Skip to main content
Penulis Bersama Tengku Razaleigh di Rumah Beliau.

Faktor X
Dan Kemenangan
Tengku Razaleigh Hamzah


Pada 25 Mei 2008 yang lalu, Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah meminta bahagian-bahagian UMNO di Sabah tidak takut untuk mencalonkan beliau bertanding jawatan Presiden parti pada pemilihan Disember ini. Katanya, ''Janganlah takut untuk mencalonkan saya, jika rakyat Sabah mahukan perubahan, sekarang adalah masanya untuk menunjukkan keberanian. "Sabah bukan lagi rakyat kelas kedua dan tidak kurang berbanding dengan rakyat di Semenanjung," katanya. Beliau berkata demikian ketika berucap pada pertemuan dengan para pemimpin peringkat akar umbi UMNO Sabah pada satu majlis di sini malam tadi. Pertemuan yang bermula pada pukul 8 malam itu, dihadiri kira-kira 1,000 ahli UMNO dari seluruh negeri ini dan Razaleigh dikatakan menggunakan majlis tersebut untuk meraih sokongan bertanding jawatan Presiden UMNO. Bagaimanapun, dalam pertemuan yang berlangsung hampir tiga jam itu tiada ketua UMNO sama ada di peringkat bahagian atau negeri hadir.-Utusan

Ulasan Saya : Saya bertemu dengan Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah pada tahun lepas di pejabat dan merangkap rumahnya di kawasan kedutaan Amerika Syarikat jalan Ampang (jika tidak silap). Tengku Razaleigh amat saya kagumi, seorang pejuang yang pernah tersilap jalan, tetapi kembali ke pangkal jalan dengan penuh rendah diri dan keikhlasan. Malah, Tun Mahathir turut memaafkan segala kesalahan beliau sewaktu berlakunya perpecahan di dalam UMNO, sehingga munculnya parti Semangat 46. Tengku Razaleigh masuk UMNO semula dan berjuang sehingga sekarang. Kemudian, bangkit kembali apabila melihat pucuk pimpinan UMNO yang ada pada hari ini sudah terpesong daripada jalan perjuangan yang sebenar. Pada tahun 2004, sewaktu beliau mendapat hanya satu undi untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, beliau seolah-olah diperlekeh dan diperlecehkan oleh ahli-ahli UMNO yang lain, dengan dakwaan bahawa beliau tidak akan mampu mencabar kerusi panas tersebut.


Malangnya, ramai yang tidak sedar bahawa Tengku Razaleigh mempunyai dua jenis sejarah politik yang orang lain tidak tahu dan miliki. Beliau mempunyai politik ala-pembangkang (sewaktu dalam S64) dan politik ala-kerajaan (sebelum keluar UMNO dan masuk kembali ke dalam UMNO) bahkan jauh lebih hebat, beliau mempunyai dua jenis struktur kepimpinan politik, iaitu struktur seorang pemimpin politik yang kecewa dan tewas. Yakni, tewas 2 kali dalam usaha menentang Tun Mahathir, pertama dalam pemilihan UMNO pada tahun 1987 dan kedua, tewas untuk menumpaskan Tun Mahathir dan UMNO melalui saluran luar iaitu S46.


Yang kedua, Tengku Razaleigh juga mempunyai struktur pemimpin yang berjaya, pertama pernah dilantik semula oleh Tun Mahathir menjadi Menteri Kewangan walaupun tewas dalam pemilihan parti. Dan yang kedua, beliau tidak pernah tewas sebagai ahli Parlimen Gua Musang walau sebagai mana hebat tsunami politik yang melanda di Kelantan. Beliau begitu kebal di sana. Lantaran itu, saya melihat Tengku Razaleigh mempunyai kedua-dua struktur kepimpinan tersebut- gagal dan berjaya.


Apabila kita berhadapan dengan orang yang sebegini, kita tidak boleh memandang rendah, apatah lagi mendakwa bahawa beliau tidak mempunyai pengaruh terhadap mana-mana Ketua UMNO Bahagian, terutamanya apabila beliau berkempen ke Sabah baru-baru ini. Ramai yang memandang rendah keupayaannya.


Yang tidak disedari oleh ramai orang ialah Tengku Razaleigh mempunyai “naluri kecil” tentang “rasa” dan “aura” berkenaan erti kegagalan dan kejayaan. Beliau pernah melalui kedua-duanya. Struktur manusia seperti ini tidak boleh diduga. Tetapi jika struktur manusia seperti ini menentang struktur manusia seperti Tun Mahathir, beliau memang boleh kalah. Kerana struktur manusia seperti Tun Mahathir merupakan struktur orang-orang yang berjaya, beliau tidak pernah tewas apabila menentang dengan sesiapa pun, baik dengan Britain, Amerika Syarikat, ICJ (kita menang kes Pulau Linggitan dan Sipadan) Raja-Raja Melayu, PAS, Anwar Ibrahim, Tengku Razaleigh, Tun Musa Hitam dan banyak lagi.


Namun demikian, jika struktur Tengku Razaleigh ini menentang struktur Pak Lah yang terbukti lemah dan gagal, Tengku Razaleigh memang boleh menang. Pihak media agak bingung apabila melaporkan bahawa kempen Tengku Razaleigh untuk bertanding menjadi Presiden UMNO seolah-olah tidak mendapat sambutan dalam kalangan Ketua-Ketua Bahagian UMNO. Sebenarnya, mereka harus mengetahui keadaan UMNO pada hari ini, golongan yang seharusnya diberi perhatian ialah Ketua-Ketua Cawangan, Ketua-Ketua Penerangan Cawangan dan AJK-AJK Cawangan yang sering menjadi perwakilan ke Bahagian. Malah, mereka tidak mempunyai apa-apa kepentingan dan sanggup bersuara lantang serta melakukan perubahan dengan mengemukakan usul-usul yang mampu menggegarkan sesebuah Bahagian UMNO itu, sekali gus mampu mendesak Bahagian untuk mencalonkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden UMNO kelak.


Tengku Razaleigh bijak mengatur strategi, beliau berjumpa dengan ahli UMNO akar umbi yang sejati dan tidak berharap kepada Ketua-Ketua Bahagian UMNO yang boleh dibeli dengan wang ringgit. Untuk membetulkan UMNO, beliau perlu membangkitkan semangat akar umbi terlebih dahulu, agar UMNO di setiap Bahagian dibersihkan dahulu, jangan menjadi Pak Angguk semata-mata. Dengan cara ini, perubahan secara raksasa dalam UMNO mampu dilakukan, seperti mana berlakunya “Tsunami Pilihan Raya” baru-baru ini.


Sehingga kini, tidak nampak mana-mana tokoh UMNO lain yang sanggup menawarkan diri bagi merebut jawatan Presiden UMNO. Jika Tengku Razaleigh yang kelihatan bersungguh-sungguh, saya berharap calonkan sahaja beliau. Sekurang-kurangnya, demokrasi dalam UMNO masih tetap hidup!

Comments

azmanmdsah said…
perubahan yang kami nanti2kan dalam umno, pemimpin yang semakin lupa, keadaan hura hara caca merba yang cuba disembunyikan, perjuangan yang semakin kelam kerana kerakusan pemimpin tertentu mengaut tamak haloba hamba wang ringgit sehingga sanggup mengadaikan bangsa sendiri semata kerana $$$$. pemimpin seperti ini kah yang perlu kita sanjung...ya allah
selamatkan lah melayu...

sehingga kini dimanakah yang berubah....?.

azmanmdsah.blogspot.com
azlishukri said…
benar azman, tanggungjawab kita melakukan perubahan
Anonymous said…
Tengku Razaleigh amat saya kagumi, seorang pejuang yang pernah tersilap jalan, tetapi kembali ke pangkal jalan dengan penuh rendah diri dan keikhlasan.

Saya setuju. Saya juga pernah menemu bual beliau untuk majalah Dewan Bahasa. Seorang yang merendah diri, melayan orang lain dengan baik, sarat dengan jati diri Melayu, dan jiwa pemimpin akar umbi.
azlishukri said…
Terima kasih kak Ritah yang saya kagumi...
Unknown said…
Islam Hadhari tak ada rasa nak buat syura ke?
azlishukri said…
Pak Lah pun dah tak sebut Islam Hadhari lagi dah la ni..
Zaid@Zaidel said…
Ku Li sahaja pada saya sekarang ini yang mampu imbangkan senario politik UMNO. Selebihnya kita tunggu dan lihat apa-apa yang akan berlaku bermula saat ini hinggalah pemilihan Disember hadapan.
azlishukri said…
betul tu zaidel..
zeme said…
Salam,

Ya, Tengku Razaleigh seorang yang begitu 'humble', merendah diri dan bilamana kita berbicara dengan beliau tidak terasa jurang sehinggakan kita tidak tersedar bahawa kita sedang berbicara dengan seorang putera keturunan raja, kerana sifat beliau yang lebih berjiwa rakyat.

Saya tertarik dengan perwatakan beliau yang begitu pentingkan kemajuan dan pembangunan orang Melayu tanpa mengugat kaum-kaum lain dalam segenap bidang terutama ekonomi yang menjadi tunjang kepada keadilan sosial dan masyarakat.

Wasalam.
zeme said…
This comment has been removed by the author.

Pilihan Pembaca

KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...

Kabinet Najib : Masih Kenal Saya?

NOSTRADAMUS SUDAH MATI! Hampir semula ramalan dan tekaan daripada para pemerhati politik dan ahli-ahli politik telah gagal membaca betapa dalamnya hati nurani DS Najib bagi memilih senarai ahli kabinetnya sebentar tadi. Saya percaya, beberapa hari yang lalu, lobi melobi telah berlaku, malah tidak kurang juga ratusan SMS berlegar diruang udara, menceritakan siapa yang bakal dilantik ke kementerian tertentu. Namun demikian, saya percaya pasti ramai yang terkejut dengan barisan kabinet DS Najib pada kali ini, kerana sangat jelas bahawa DS Najib tidak terpengaruh dengan sesiapa pun ketika beliau membuat keputusan melantik ahli jemaah menterinya. Hal ini sangat jelas, tatkala semua ramalan awal dan ramalan di saat-saat akhir turut tersasar jauh daripada hakikatnya. DS Najib memang bijak, maka tidak hairanlah mengapa Tun Mahathir menginginkan beliau menjadi PM, dan terbuktilah juga mengapa Anwar Ibrahim selama ini begitu bimbang andaikata DS Najib menerajui negara. Sesungguhnya, banyak tin...
Hikayat Dewan Ekonomi Episod Dua : Lombong Emas En. Ferderhof 1. Saya agak sedikit kecewa, tidak banyak. Tetapi kecewa. Begitu banyak respons yang saya terima ekoran tersiarnya Hikayat Dewan Ekonomi di blog saya baru-baru ini. Baik respons positif mahupun respon negatif. Semuanya saya terima dengan hati yang terbuka. 2. Rupa-rupanya hikayat tersebut telah menyebabkan sesetengah orang “melompat” dan terasa dengan apa-apa yang pernah mereka ucapkan kepada saya. Malah, ada sesetengah pihak yang tidak mahu mengaku dengan apa-apa yang telah mereka katakan kepada saya pada suatu ketika dahulu. 3. Namun demikian, itulah adalah sikap manusia – dan lumrah manusia untuk menjaga “periuk nasi” mereka sendiri. Dan saya sama sekali tidak akan mempedulikan semua itu, kerana kebenaran perlu didedahkan. Tidak kurang juga yang mahu agar hikayat ini tidak diteruskan lagi, kerana kononnya ia hanya membuka pekung dan keburukan organisasi kita sendiri, khususnya tentang apa-apa y...