Skip to main content
Penulis Bersama Datuk Shahrir Samad
ketika Perasmian Forum Ekonomi Islam


Datuk Shahrir Samad
Cuba Renung Kembali


Apabila Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDNHEP mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan isu beliau keluar daripada UMNO, Tun Mahathir menjawab dalam blognya seperti berikut, “Satu lagi pemimpin UMNO ialah Shahrir Samad yang lupa bagaimana dia keluar daripada UMNO, jadi calon bebas dan lawan dengan UMNO, dalam pilihan raya kecil dengan simbol kunci. Siapakah kamu yang nak kritik tindakan saya? Jika tidak kerana kakak Tun Musa sebagai Ketua Wanita Johor Bahru datang pagi-pagi ke rumah saya untuk merayu supaya Dato dibenar kembali ke pangkuan UMNO, Dato akan jadi duri dalam daging UMNO lebih lama. Walaupun Dato maki hamun saya semasa pilihan raya kecil saya bersetuju Dato masuk balik UMNO. Saya ucap tahniah kerana Dato dapat sekali lagi jadi Menteri. Jagalah harga barang baik-baik. Tak usahlah komen tentang diri saya. Tepuk dulang paku serpih. Katakan orang awak yang lebih."


Ulasan Saya : Saya dari satu segi hormat dengan cara Datuk Shahrir bekerja. Tegas dan tidak memilih bulu. Tetapi saya juga faham bahawa beliau kurang senang dengan Tun Mahathir. Saya tidak tahu mengapa, tetapi saya fikir kerana faktor sejarah yang lampau. Saya lihat semua penentang-penentang Tun Mahathir bermula Pak Lah sehinggalah dalam kalangan menteri-menterinya mempunyai satu paten (corak) yang sama, iaitu sama ada dulu mereka pernah menentang Tun Mahathir atau dahulunya mereka menyokong Anwar Ibrahim. Mereka ini satu kumpulan bagi saya. Semuanya ini yang menentang Tun Mahathir daripada dahulu sehingga sekarang sebenarnya tiada satu pun yang mempunyai idea yang bernas dalam membangunkan negara.


Hakikatnya, semua orang bimbang melihat cara dan gaya Pak Lah menguruskan ekonomi negara. Tanyalah hati kita masing-masing tiada keyakinan terhadap dasar-dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh beliau selama menjadi PM. Saya tak tahulah sama ada menteri-menteri yang menyokong Pak Lah sedar akan hal tersebut? Tun Musa Hitam, Datuk Shahrir, Datuk Seri Nazri Aziz atau seangkatan dengan mereka, semuanya mempunyai struktur kepimpinan yang gagal- maksudnya tiada ciri seorang pemimpin yang mempunyai keintelektualan dan idea yang jauh ke hadapan. Mereka sekadar menjadi pemimpin atas nama jawatan semata-mata.


Karisma, Idealisme, Pandangan yang Tajam, Misi Masa Hadapan dan Visi Besar Negara terlalu kerdil dalam jiwa mereka. Inilah paten pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang sibuk menghunus keris kepada Tun Mahatir. Hendak menikam takut, hendak bertarung bimbang, akhirnya keris sahaja yang dihunus dan mulut telopong. Untuk menentang Tun Mahathir bukan dengan keris, tetapi tajamnya fikiran! Lagi banyak kita melalak, lagi jelas kelemahan dan kebodohan kita. Inilah masalah kita, selepas Tun Mahathir bersara, tiada pemimpin Melayu yang besar jiwanya, tiada pemimpin Melayu yang berani bercakap benar. Sampai bila? Bangsa Cina dan India sudah berganda usahanya dalam perniagaan bagi menghadapi krisis ekonomi yang mereka sudah jangkakan akan berlaku 4 tahun yang akan datang, tetapi kita pula sibuk mempertahankan seorang pemimpin UMNO yang lemah, semata-mata takut dan menjaga hati!


Maaf jika kritikan ini pedas dan kurang enak didengar, tetapi apa lagi yang tinggal untuk generasi seperti saya ini? Apa anak cucu kami nak makan 5 tahun dari sekarang? Nasi atau ubi? Apa kenderaan yang anak cucu kami gunakan 5 tahun dari sekarang? Basikal atau motokar? Jangan salahkah bangsa Cina atau India jika mereka menuntut yang bukan-bukan daripada kita. Salah pemimpin kita sendiri, yang lemah dan tiada misi yang jelas! Semua yang menentang Tun Mahathir perlu sedar bahawa mereka berada dalam struktur golongan orang-orang yang gagal. Dan mereka hanya menanti masa untuk gagal!

Comments

MAFA8881 said…
emmm...ulasan yg agak baik (tepat)
Adat berpolitk, bila-bila masa sesiapa sahaja boleh bertukar menjadi kawan dan lawan.
azlishukri said…
Politik sememangnya begitu nadzri, apa yang kita harapkan ialah akan lahir pemimpin politik yang ikhlas dan jujur.
Anonymous said…
Politik hanyalah lakonan. Siapa yang pandai membawakan wataknya dengan berkesan, akan menjadi pelakon terbaik yang popular atau pelakon terbaik tetapi tidak popular.
azlishukri said…
ada keenaran kata-kata kak rita ni..kita berharap kemunculan ahli politik yang jujur dan ikhlas..
mohad said…
salam.. saya sudah link blog awak dalam blog saya..
azlishukri said…
terima kasih ijad
Di Malaysia, sejak 1946, ada dua tokoh yang terus menerus mencorakkan kepemimpinan dan lanskap politik Malaysia. Satu serius, satu playful. Mereka kawan dan musuh. Bila kita tahu siapakah mereka, kita boleh baca setiap pergerakan lain-lain individu, seperti Shahrir Samad, kenapa dia berperasaan begitu atau begini. Begitu juga tokoh dan pemimpin yang lain. Boleh dibaca...
Anonymous said…
interesting.... keep up the good work
Azli Shukri, tulisanmu memang tepat.

Begini sudi ditambah...

Diakui Shahrir Samad seorang Melayu yang hebat, menonjol bila di media, luas bacaan, dan pandai berhujjah.

Itu dulu.

Kini dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, si Shahrir Samad ini hanyalah sekadar Pak Lawak, membosankan di media, semacam tidak bersekolah, dan berhujjah hilang punca.

Kenapakah Shahrir Samad telah berubah menjadi begitu teruk sekali?

Shahrir Samad ialah pemimpin yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin yang paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.

Shahrir Samad sanggup mencacatkan dan merencatkan diri sendiri, kerana mahu bersekongkol dalam satu pentadbiran kerajaan yang sudah hilang tumpuan dan menyimpang dari hala tuju sebenarnya.

Shahrir Samad pelawak dan Abdullah Ahmad Badawi ketua pelawak, dalam satu komedi slapstik yang akan diingati rakyat khususnya PRU 13 akan datang, sebagai dua pencorak yang telah mengsensarakan rakyat Malaysia dan membebankan negara Malaysia dengan membuat keputusan menaikkan harga petrol dan diesel.

Apakah alasan kenaikan harga bahan ini?

Bekalan minyak global tidak mencukupi?

Ini boleh disangkal oleh pemuda blogger yang masih bersekolah tingkatan lima.

Negara OPEC memberi jaminan bekalan cukup dan meningkatkan pengeluaran adalah mudah.

Dalam konteks ini pelajar tingkatan 6, ramai yang boleh menjadi pemimpin lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi dan Shahrir Samad, jika kenaikan harga bahan penting ini di Malaysia adalah kerana kekurangannya di peringkat global.

Adakah Abdullah Ahmad Badawi dan Shahrir Samad tidak berpelajaran dan tidak punyai sijil kelulusan? Mereka ada itu semua, tetapi hati busuk dan busuk hati, telah mengelabui akal dan menghantui minda mereka berdua.

Harga minyak di peringkat global naik, naik, dan terus naik mendadak?

Kerajaan tidak dapat lagi bertahan dengan kenaikan itu, dan boleh menghadapi bebanan hutang, lalu subsidi perlu distruktur semula dan harga dinaikkan sebagaimana yang kita maklum.

Lihatlah lawak mereka berdua. Seorang kata minyak naik pada bulan Ogos, dan seorang lagi kata minyak naik 5 Jun, 2008.

Dikatakan bila harga minyak dunia naik, harga minyak di Malaysia naik. Bila harga minyak dunia turun, harga minyak di Malaysia turun.

Kita semacam tidak dapat berbuat apa-apa dan semacam terikat dan bergantung kepada harga pasaran dunia.

Selepas itu diumumkan pula harga minyak tidak naik tahun ini.

Abdullah Ahmad Badawi mahu bertanding mengekalkan jawatan presiden UMNO Disember ini.

Tunggu dan siaplah kita semua bila dia ini menang.

Shahrir Samad tidak akan melengahkan lagi kenaikan berterusan harga petrol dan diesel di Malaysia mengikut harga pasaran dunia.

Harga apakah yang kedua-dua pelawak ini ikut?

Bukan harga sebenar minyak di pasaran global. Tetapi, harga minyak di pasaran hadapan.

Yakni, Futures Trading, atau perdagangan komoditi di pasaran hadapan. Harga cara yo-yo.

Kenapa Shahrir Samad sanggup letak otaknya dilutut?

Berapa banyakpun ayat yang telah digunakannya di pejabat, di tv, di parlimen, jawapannya mudah.

Satu cara halus perancangan rapi supaya Tun Dr Mahathir Mohamad lepas jawatan sebagai Penasihat Petronas.

Meletakkan orang Pak Lah untuk menerajui dan berkuasa di Petronas. Sedutan kewangan yang bakal melumpuhkan sebuah lagi syarikat nasional.

Kini, rakyat akan berhadapan dengan rentetan kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini.

Jadi, bila bibir Shahrir Samad bergerak menutur kata, lihatlah berapa cepat perubahan berlaku di Petronas.

Ada 129 lagilah individu yang sama ada faham atau tidak faham komedi ini tetapi telah menyokong Shahrir Samad dan Abdullah Ahmad Badawi.

Inilah jadinya kepada manusia pemimpin di Malaysia, sekadar pelawak sahaja.
assalamualaikum...
hurm...
saya setuju dgn ulasan abang azli shukri
tp saya nk tanya dgn abg
adakah kepimpinan DS Najib akan datang yg akn menerajui kepimpinan BN
akan menstabilkn kgoyahan politik skarang nih..
coz ramai yg mangatakn DS Najib memerintah akan merosakkn negara kite
bagaimana dgn pndpt abg?????

Pilihan Pembaca

Tan Sri Isa Samad 2009 : Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi

Tan Sri Isa Samad 2009 Gendang Perang Yang Tidak Berbunyi MUAR 21 Sept. - Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Barisan Nasional (BN) akan memilih calon yang berwibawa, dihormati dan mampu menjalankan tugas dengan baik untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang, Negeri Sembilan. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, nama calon berkenaan yang memenuhi kriteria dan mengambil kira pandangan semua pihak akan diumumkan pada 29 September ini selepas perbincangan mengenainya selesai."Itu kriteria biasa kita gunakan. Penerimaan masyarakat setempat juga penting kerana mereka yang akan menjadi pengundi, itu juga akan diambil kira, kita mengambil kira semua perkara," katanya. Beliau berkata demikian kepada pemberita pada majlis rumah terbuka Timbalan Perdana Menteri di Kompleks Seri Pekembar di Pagoh di sini hari ini. Beliau mengulas persiapan BN dalam menghadapi Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang yang dijadual pada 11 Oktober ekoran kematian wakil ra...
NOVEMBER TO REMEMBER Oleh Muhammad Azli Shukri Saya terpaksa berterus-terang pada kali ini dengan perspektif yang lain daripada aliran blogger semasa, sama ada suka atau tidak, saya akan tetap berterus-terang, tentang isu yang mendominasi bulan November ini. Bermula dengan kempen untuk merebut jawatan utama dalam parti UMNO, khususnya kerusi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang hangat ketika ini, sehinggalah kemenangan Barack Obama sebagai Presiden Amerika Syarikat yang ke-44. Disusuli kemunculan jutawan segera Tun Salleh Abbas dengan jumlah pampasan Ex-Gratianya yang menggoncang setiap jantung warga Malaysia. Kemudian, kita dikejutkan dengan keseriusan pemimpin UMNO untuk bekerjasama dengan BPR bagi meranapkan politik wang yang selama ini menjadi duri dalam daging kepada sebuah sistem yang tidak demokratik sifatnya dalam UMNO. Dan tidak kurang pentingnya baru-baru ini, akhbar Watan keluaran 9-15 November menyiarkan komen bekas ahli parlimen Kuala Nerus, Datuk Ibrahim Azmi Hassan, be...

Berakhirnya Kuasa FaceBook!

KEJATUHAN nilai saham Facebook akibat apungan pasaran saham syarikat barangkali menunjukkan perkara yang lebih buruk bakal berlaku. Seorang penganalisis senior pelaburan meramalkan syarikat itu akan mengalami kejatuhan dan lenyap dalam masa lapan tahun. Eric Jackson, dari syarikat Ironfire Capital meramalkan bahawa Facebook mengalami kejatuhan yang sama seperti bekas gergasi internet seperti Yahoo, kerana ia bersaing dengan syarikat-syarikat yang lebih baru. Menurutnya seperti yang dilaporkan oleh NBC, Facebook terpaksa berjuang dengan laman sesawang mobile yang lebih moden dan akhirnya ia akan lenyap. "Dalam masa lima hingga lapan tahun ia akan lenyap sama seperti bagaimana Yahoo lenyap. Yahoo masih menghasilkan wang, ia masih menguntungkan, masih memiliki 13,000 pekerja yang berkhidmat untuknya, namun nilainya kini hanya 10% daripada nilai pada tahun 2000" Kata Jackson. Faktor utama yang menjadi bencana kepada facebook menurut ramalan Jackson terhadap lama...