ketika Perasmian Forum Ekonomi Islam
Datuk Shahrir Samad
Cuba Renung Kembali
Apabila Datuk Shahrir Samad, Menteri di KPDNHEP mengkritik Tun Dr. Mahathir Mohamad berkenaan isu beliau keluar daripada UMNO, Tun Mahathir menjawab dalam blognya seperti berikut,
Hakikatnya, semua orang bimbang melihat cara dan gaya Pak Lah menguruskan ekonomi negara. Tanyalah hati kita masing-masing tiada keyakinan terhadap dasar-dasar ekonomi yang telah diperkenalkan oleh beliau selama menjadi PM. Saya tak tahulah sama ada menteri-menteri yang menyokong Pak Lah sedar akan hal tersebut? Tun Musa Hitam, Datuk Shahrir, Datuk Seri Nazri Aziz atau seangkatan dengan mereka, semuanya mempunyai struktur kepimpinan yang gagal- maksudnya tiada ciri seorang pemimpin yang mempunyai keintelektualan dan idea yang jauh ke hadapan. Mereka sekadar menjadi pemimpin atas nama jawatan semata-mata.
Karisma, Idealisme, Pandangan yang Tajam, Misi Masa Hadapan dan Visi Besar Negara terlalu kerdil dalam jiwa mereka. Inilah paten pemimpin-pemimpin UMNO yang sedang sibuk menghunus keris kepada Tun Mahatir. Hendak menikam takut, hendak bertarung bimbang, akhirnya keris sahaja yang dihunus dan mulut telopong. Untuk menentang Tun Mahathir bukan dengan keris, tetapi tajamnya fikiran! Lagi banyak kita melalak, lagi jelas kelemahan dan kebodohan kita. Inilah masalah kita, selepas Tun Mahathir bersara, tiada pemimpin Melayu yang besar jiwanya, tiada pemimpin Melayu yang berani bercakap benar. Sampai bila? Bangsa Cina dan India sudah berganda usahanya dalam perniagaan bagi menghadapi krisis ekonomi yang mereka sudah jangkakan akan berlaku 4 tahun yang akan datang, tetapi kita pula sibuk mempertahankan seorang pemimpin UMNO yang lemah, semata-mata takut dan menjaga hati!
Maaf jika kritikan ini pedas dan kurang enak didengar, tetapi apa lagi yang tinggal untuk generasi seperti saya ini? Apa anak cucu kami nak makan 5 tahun dari sekarang? Nasi atau ubi? Apa kenderaan yang anak cucu kami gunakan 5 tahun dari sekarang? Basikal atau motokar? Jangan salahkah bangsa Cina atau India jika mereka menuntut yang bukan-bukan daripada kita. Salah pemimpin kita sendiri, yang lemah dan tiada misi yang jelas! Semua yang menentang Tun Mahathir perlu sedar bahawa mereka berada dalam struktur golongan orang-orang yang gagal. Dan mereka hanya menanti masa untuk gagal!
Comments
Begini sudi ditambah...
Diakui Shahrir Samad seorang Melayu yang hebat, menonjol bila di media, luas bacaan, dan pandai berhujjah.
Itu dulu.
Kini dalam pentadbiran Abdullah Ahmad Badawi, si Shahrir Samad ini hanyalah sekadar Pak Lawak, membosankan di media, semacam tidak bersekolah, dan berhujjah hilang punca.
Kenapakah Shahrir Samad telah berubah menjadi begitu teruk sekali?
Shahrir Samad ialah pemimpin yang dipimpin oleh Abdullah Ahmad Badawi, pemimpin yang paling teruk dalam sejarah politik Malaysia.
Shahrir Samad sanggup mencacatkan dan merencatkan diri sendiri, kerana mahu bersekongkol dalam satu pentadbiran kerajaan yang sudah hilang tumpuan dan menyimpang dari hala tuju sebenarnya.
Shahrir Samad pelawak dan Abdullah Ahmad Badawi ketua pelawak, dalam satu komedi slapstik yang akan diingati rakyat khususnya PRU 13 akan datang, sebagai dua pencorak yang telah mengsensarakan rakyat Malaysia dan membebankan negara Malaysia dengan membuat keputusan menaikkan harga petrol dan diesel.
Apakah alasan kenaikan harga bahan ini?
Bekalan minyak global tidak mencukupi?
Ini boleh disangkal oleh pemuda blogger yang masih bersekolah tingkatan lima.
Negara OPEC memberi jaminan bekalan cukup dan meningkatkan pengeluaran adalah mudah.
Dalam konteks ini pelajar tingkatan 6, ramai yang boleh menjadi pemimpin lebih baik daripada Abdullah Ahmad Badawi dan Shahrir Samad, jika kenaikan harga bahan penting ini di Malaysia adalah kerana kekurangannya di peringkat global.
Adakah Abdullah Ahmad Badawi dan Shahrir Samad tidak berpelajaran dan tidak punyai sijil kelulusan? Mereka ada itu semua, tetapi hati busuk dan busuk hati, telah mengelabui akal dan menghantui minda mereka berdua.
Harga minyak di peringkat global naik, naik, dan terus naik mendadak?
Kerajaan tidak dapat lagi bertahan dengan kenaikan itu, dan boleh menghadapi bebanan hutang, lalu subsidi perlu distruktur semula dan harga dinaikkan sebagaimana yang kita maklum.
Lihatlah lawak mereka berdua. Seorang kata minyak naik pada bulan Ogos, dan seorang lagi kata minyak naik 5 Jun, 2008.
Dikatakan bila harga minyak dunia naik, harga minyak di Malaysia naik. Bila harga minyak dunia turun, harga minyak di Malaysia turun.
Kita semacam tidak dapat berbuat apa-apa dan semacam terikat dan bergantung kepada harga pasaran dunia.
Selepas itu diumumkan pula harga minyak tidak naik tahun ini.
Abdullah Ahmad Badawi mahu bertanding mengekalkan jawatan presiden UMNO Disember ini.
Tunggu dan siaplah kita semua bila dia ini menang.
Shahrir Samad tidak akan melengahkan lagi kenaikan berterusan harga petrol dan diesel di Malaysia mengikut harga pasaran dunia.
Harga apakah yang kedua-dua pelawak ini ikut?
Bukan harga sebenar minyak di pasaran global. Tetapi, harga minyak di pasaran hadapan.
Yakni, Futures Trading, atau perdagangan komoditi di pasaran hadapan. Harga cara yo-yo.
Kenapa Shahrir Samad sanggup letak otaknya dilutut?
Berapa banyakpun ayat yang telah digunakannya di pejabat, di tv, di parlimen, jawapannya mudah.
Satu cara halus perancangan rapi supaya Tun Dr Mahathir Mohamad lepas jawatan sebagai Penasihat Petronas.
Meletakkan orang Pak Lah untuk menerajui dan berkuasa di Petronas. Sedutan kewangan yang bakal melumpuhkan sebuah lagi syarikat nasional.
Kini, rakyat akan berhadapan dengan rentetan kenaikan harga barang dan perkhidmatan lain akibat kenaikan harga petrol dan diesel ini.
Jadi, bila bibir Shahrir Samad bergerak menutur kata, lihatlah berapa cepat perubahan berlaku di Petronas.
Ada 129 lagilah individu yang sama ada faham atau tidak faham komedi ini tetapi telah menyokong Shahrir Samad dan Abdullah Ahmad Badawi.
Inilah jadinya kepada manusia pemimpin di Malaysia, sekadar pelawak sahaja.
hurm...
saya setuju dgn ulasan abang azli shukri
tp saya nk tanya dgn abg
adakah kepimpinan DS Najib akan datang yg akn menerajui kepimpinan BN
akan menstabilkn kgoyahan politik skarang nih..
coz ramai yg mangatakn DS Najib memerintah akan merosakkn negara kite
bagaimana dgn pndpt abg?????