Skip to main content

Mengapakah Batman Memerlukan Joker?

DALAM SESEBUAH CERITA YANG MENJADIKAN SESUATU watak itu menarik bukanlah watak itu sendiri. Sebaliknya hubungan antara watak tersebut dengan watak-watak lain yang akan menjadikan sesebuah cerita itu menarik untuk diikuti.
 
Apakah Batman, wataknya dengan sendiri menjadi sangat menarik? Tidak juga. Tetapi di sebelahnya ada Joker, hubungan mereka berdualah yang menjadikan watak Batman  menjadi sangat menarik lagi kekal relevan.
 
 
Hubungan antara watak Batman dengan Joker membina differentiation (perbezaan). Maka lahirlah positioning (gambaran) di dalam kotak minda penonton tentang kedua-dua watak tersebut - sang jahat menentang penyelamat dunia. 
 
Dalam marketing, differentiation ialah alat untuk membina positioning di dalam pemikiran pelanggan. Ia sama dengan apa yang berlaku di dalam filem. 
 
Walter White menarik kerana hubungannya dengan Jesse dan Hank. Neo menarik kerana hubungannya dengan Trinity dan Ejen Smith. Don Draper menarik kerana adanya Roger dan Peggy.
 
Hubungan inilah yang mendorong minat orang untuk menonton dan mengikuti ceritanya. Bentuk hubungan ini adalah saling bertentangan, yang membentuk differentiation dan melekat sebagai positioning tertentu dalam pemikiran penonton atau pelanggan anda. 
 
Secara prinsipnya, positioning berusaha menempatkan produk atau servis di dalam benak pelanggan sasaran, sehingga memperoleh 'kedudukan atau posisi' unik dan unggul dibandingkan dengan produk pesaing. Posisi yang unik dan unggul ini diperoleh daripada pelbagai differentiation yang kita bina dan rancang. 
 
Apakah maksud semua ini untuk sesuatu marketing? Ini bermaksud anda mesti memahami pemikiran pembeli dan pasaran anda. Dalam marketing , semuanya mengikut konteks pelanggan dan segmen pasaran.
 
Soalan yang paling penting ialah bukan apa-apa yang dilakukan oleh produk anda - tetapi apakah yang diketahui oleh pelanggan anda tentang produk anda (apakah positioning produk anda di dalam fikiran mereka?). Segala-galanya terbina daripada itu. Ingat, marketing selalunya menjadi medan latihan untuk perbandingan. Jadikan ia sesuatu yang produktif.
 
Hakcipta Terpelihara©Muhammad Azli Shukri, 2020
Sertai telegram saya untuk tip personal branding, marketing, penulisan dan keusahawanan di t.me/azlishukri
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Shintech said…
This comment has been removed by the author.

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw