KUALA LUMPUR, 5 April (harakahdaily): Bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainal Abidin dilaporkan sedang berusaha untuk menubuhkan parti politiknya sendiri bagi membolehkan beliau dan rakan-rakannya menyertai pilihan raya. Menurut sumber, untuk mempercepatkan proses itu, beliau dilaporkan berusaha untuk mengambil alih parti Angkatan Keadilan Insan Malaysia (Akim) namun ditolak oleh para pemimpin mereka.
Akim ditubuhkan pada tahun 1995 ekoran tindakan PAS terhadap ketuanya, Musa Salleh. Dalam pilihan raya umum 1999, Akim bertanding dua kerusi parlimen iaitu Kota Bharu dan Pasir Puteh namun kalah kedua-duanya. Presidennya, Hanafi Mamat menyertai pilihan raya kecil Permatang Pauh namun hanya mendapat 92 undi sahaja. Menurut sumber, ekoran kegagalan untuk mendapatkan persetujuan mengambilalih Akim, Asri sedang berusaha untuk mendaftar sebuah parti politik baru.
Baru-baru ini, Asri telah berhenti menjadi kolumnis akhbar milik Umno, Utusan Malaysia. Ekoran itu, beliau mula menulis dengan laman web Malaysiakini. Menurut sumber Utusan, tulisan terakhir Asri di Utusan ditolak oleh sidang editornya kerana terlalu banyak unsur-unsur kefahaman Wahabi yang dikaitkan dengan Asri dalam tulisan itu.
"Kami telah cuba edit dan memotong hampir separuh tulisannya tetapi masih tidak boleh disiarkan kerana masalah itu," kata satu sumber Utusan.
Sebelum ini, Ketua Dewan Ulamak PAS, Datuk Harun Taib pernah mengunjungi Asri di rumahnya dekat Pulau Pinang. Dalam pertemuan itu, Asri dilaporkan berkata, Harun menawarkan beliau menyertai PAS. Namun begitu, Harun dalam jawapan balasnya berkata, beliau bukan menawarkan Asri menyertai PAS tetapi meminta atau mengarahkan Asri menyertai PAS. Akhbar Sinar Harian pernah melaporkan, Asri pernah berminat untuk menyertai PAS.
“Masa jadi Mufti Perlis dahulu, dia memang sayang PAS. Masa jadi pensyarah universiti pun dia sayang dengan PAS. Masa jadi penceramah agama pun begitu. Saya yakin sekarang pun begitu. Saya pernah mengatakan dia layak masuk PAS memandangkan parti ini berjuang menegakkan Islam syumul, tidak seperti UMNO. Maka PAS adalah parti yang paling sesuai dengannya,” kata Harun Taib sebagaimana dilaporkan akhbar itu November 2009. Pandangan politik Dr Asri tidak diketahui kebelakangan ini. Beliau yang turut serta di perhimpunan Perkasa pimpinan Ibrahim Ali memuji ucapan Dr Mahathir di majlis itu. Beliau kini masih dalam perbicaraan oleh Mahkamah Syariah Selangor ekoran tangkapan yang dibuat ke atas beliau kerana memberikan kuliah agama tanpa tauliah.
1. Saya sama sekali tidak bersetuju dengan tuduhan kononnya Dr Asri berfahaman Wahabi. Hanya orang yang jahil dan bodoh sombong sahaja yang tidak tahu membezakan antara Salaf dengan Wahabi. Kejahilan ini berpunca daripada sikap kita sendiri yang malas membaca dan mentelaah kitab-kitab muktabar yang ditulis oleh ulama silam - khususnya generasi salaf. Orang Melayu sangat gemar dan mudah percaya kepada khabar angin dan "cakap orang" berbanding dengan melakukan penyelidikan dan mengkaji sesuatu masalah itu secara menyeluruh dan terperinci. Akibatnya - orang Melayu tidak hanya dituduh sebagai bangsa yang malas membaca dan berusaha, bahkah kita juga dituduh sebagai bangsa yang mudah ditipu dan dijual-beli, gara-gara sikap negatif yang kita ada ini.
2. Kedua, jika memang benar Dr Asri ingin menubuhkan parti politiknya sendiri - maka, sayalah orang pertama yang akan menentangnya. Hal ini adalah jelas, penubuhan parti baharu hanya mengundang perpecahan yang lebih parah dalam kalangan orang Melayu-Islam di negara ini. Sedangkan Dr Asri sendiri sering kali mengingatkan kita bahawa ulama salaf sangat memusuhi perpecahan dan menganggap perpecahan umat Islam sebagai perbuatan keji dan bidaah yang sama sekali tidak boleh dikompromi lagi. Lantaran itu, jika Dr Asri ingin menubuhkan sebuah lagi parti politik untuk orang Melayu - maka, ia sama sahaja dengan memecahbelahkan perpaduan orang Islam yang sedia ada.
3. Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri - maka saya fikir kita akan berkongsi pengalaman dan penghayatan yang sama - sesungguhnya mana-mana individu yang mengikut metod salaf, maka parti kerajaanlah pilihannya. Kita dilarang mencaci dan membuka aib kepimpinan negara, jika mereka melakukan kesalahan, maka tegurlah dengan cara berhikmah dan jika mereka melakukan kezaliman, kita harus bersabar dan mendoakan mereka perkara yang baik-baik, dan bukan dengan cara mengadakan demonstrasi atau perarakan jalanan yang sering dianjurkan oleh PAS dan PKR. Islam tidak mengajar kita seperti itu.
4. Jika Dr Asri berhasrat untuk membetulkan negara - maka UMNO adalah parti terbaik untuk beliau. Bawalah seramai mungkin ahli-ahli Salaf ke dalam UMNO, betulkan UMNO dari dalam dan bukan dengan cara mewujudkan satu parti lagi. Perjuangan UMNO sudah betul dan jelas - hanya kita perlu mewujudkan ahli-ahli UMNO yang berakhlak dan mentaati agama. Jika terdapat budaya politik UMNO yang kotor dan jijik, maka mari sama-sama kita perbetulkan. Perjuangan UMNO tiada masalah, yang bermasalah hanyalah sebahagian daripada ahli-ahlinya yang mengamalkan rasuah, politik wang dan tidak taat kepada agama. Itu sahaja. Rasanya, Dr Asri boleh melupakan hasrat beliau untuk mewujudkan politik baharu di negara ini. Ia tidak akan pergi ke mana-mana. Percayalah.
5. Pada hemat saya, UMNO harus segera memancing Dr Asri agar segera menyertai parti tersebut. Selain beliau mempunyai pengaruhnya yang tersendiri - beliau juga mampu membawa perubahan dan tajdid dalam budaya politik UMNO yang selama ini telah dilihat kotor dalam kalangan masyarakat. Peluang ini harus segera diambil dan bukan dibiarkan begitu sahaja. Wallahualam.

Ulasan Saya

Comments
UMNO telah dikotori oleh beberapa kerat manusia yang rakus dan mencari jalan mudah untuk mengecapi habuan duniawi.
Biarlah ramai tokoh agama, tokoh ilmuan dan para sarjana diberi ruang dan tempat yang selamat untuk berjuang bersama-sama UMNO, demi umat Islam, bangsa Melayu dan negara Malaysia.
adam amin
Jerlun, Kedah.
berdasarkan surah zukhruf ayat 43..telah jelas menyatakan bahawa akidah utama sunnah wal jamaah hendaklah bermanhajkan as salaf as salih..
dijelaskan pula dalam hadis sahih..
Sebagaimana sabda Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam:
"Sebaik-baik generasi ialah generasiku, kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiin) dan kemudian orang-orang yang sesudahnya (tabiut at-tabiin)"
Ibn Taimiyah rahimahullah telah memfatwakan tentang penentuannya siapa sebenarnya mereka yang berhak bergelar Ahli Sunnah wal-Jamaah yang bermanhaj Salaf as-Soleh sehingga setiap orang yang beriman diwajibkan bermanhaj dengan manhaj mereka:
"Ahli Sunnah ialah mereka yang berpegang dengan kitab Allah (al-Quran) dan Sunnah Rasulullah sallallahu 'alaihi wa-sallam (Hadis sahih) dan apa yang disepakati oleh orang-orang pendahulu yang awal (salaf) yang terdiri dari kalangan Muhajirin dan Ansar dan juga orang-orang yang mengikuti mereka dengan baik"
maknanya disini saudara azli yg cukup saya hormati..sunnah wal jamaah adalah bemanhajkan as salaf as soleh..itu yg saya nak tegaskan..itu maksud saya..saya juga adalah sunnah wal jamaah dan bermanhajkan as salaf as soleh..
saya bersependapat dengan saudara azli mengenai wajarnya Dr. Asri menyertai UMNO dan memperjuangkan agama dan bgsa bersama2 pemimpin kita dalam UMNO demi agama bgsa dan negara..
andai saya tersalah kata..dengan komen dan teguran saya..saya pohon maaf..perbetulkanlah jika ada salahnya..ini hanyalah pandangan seorang anak muda..Salam..
Sunnguh ramai yg masih blur tentang wahabi ini. Termasuk mereka yg mendakwa ahli dlm ugama.
Al-Amin
Kuala Lumpur
Saya juga sokong Dr Asri masuk UMNO tetapi boleh kah orang UMNO terima terutama mereka yang gunakan UMNO untuk kepentingan peribadi.
Golongan beginilah yang membusukkan UMNO. Dan saya juga pasti mereka akan menentang sekiranya Dr Asri dibawa masuk dan diberi jawatan.
Golongan pencinta dunia akan sentiasa mencari helah untuk memastikan habuan mereka tidak hilang.
http://www.kdn.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=290
http://www.kdn.gov.my/template03.asp?tt=news&newsID=305
sekian pemerhatian kami.
salam...
bertemu kembali kpd semua saudara ku yg mengaku islam...
saya juga ahli sunnah wal jamaah yg bermanhaj salaf dan mengikuti pendirian Syeikh Yusuf Qardawi...
tetapi saya lebih cenderong kpd PAS dlm menegakkan islam di bumi malaysia ini...
sebagaimana hujah anda bahawa ramai ahli UMNO yg jahil dan fasik...yg telah mengotorkan UMNO...begitu jugalah hujah saya...iaitu PAS juga telah dikotorkan dgn ahli2 yg jahil,munafik dan ada yg fasik...ini lumrah dalam satu komuniti yg besar samada dlm organisasi parti politik atau organisasi yg lain...tetapi didlm PAS tidaklah terlalu ramai yg jahil berbanding didlm UMNO...
dasar yg perlu kita tengok sblm menyertai parti politik atau memberi sokongan pada satu2 parti politik itu ialah perlembagaan parti tersebut...kemudiannya diikuti situasi semasa parti itu...di pimpin oleh siapa...adakah orang yg zalim atau orang yang amanah dan memenuhi ciri2 kepimpinan dalam islam...
berbalik kpd hukum demontrasi...ianya bukanlah satu perkara yg diharamkan secara mutlak oleh islam...jika anda benar2 seorang yg bermanhaj salafus soleh...anda pasti tahu perkara ini dan cara2 menanggani perbezaan pendapat di kalangan ilmuan islam...oleh itu x perlulah untuk sy ulas di ruangan yg terhad ini...tapi jika masih x memahami boleh sy jelaskan di masa akan datang...insyaAllah.
Penentangan akan berlaku dengan cara ilmiah.bukan kekeranasan. seperti kita lakukan sekarang.
Saya tidak setuju Dr Asri yang tak mengaku sebagai wahabi ditarik masuk ke dalam parti.
Jelas beliau menerusi pendedahan Tuan sendiri cuba mengambil alih AKIM namun gagal.
Jelas sekarang Dr Asri cuba menggunakan saluran politik untuk tujuan menyebarkan wahabi.
Maafkan saya, wahabi tidak akan ada tempat di mana mana negara Islam seluruh dunia.Salafi tidak wajar dikatakan sebagai Wahabi.Jauh antara langit dan bumi.
Baca sedikit kupasan tentang salafiyah wahabiyah dan kaitan dengan JI di blog saya.
maaf sekali lagi tetapi perkara ini perlu jelas antara kita semua. tanpa perlu takut pada sesiapa dan apa-apa.
salam perjuangan.