Skip to main content

Muzakarah PAS-UMNO : Mimpi Dalam Paksaan


MUZAKARAH PAS-UMNO

Mimpi Dalam Paksaan


KUALA LUMPUR 6 Jun - Pergerakan Pemuda UMNO mencadangkan supaya muzakarah UMNO-Pas dimulakan semula setelah kedua-dua parti selesai pemilihan masing-masing. Ketuanya, Khairy Jamaluddin berkata, inilah masanya bagi dua parti terbesar di Malaysia untuk duduk membincangkan isu-isu nasional. Katanya, muzakarah bukan hanya demi perpaduan Melayu dan ummah tetapi juga untuk membangunkan agenda nasional. ''UMNO dan Pas perlu ketepikan perbezaan dan pergolakan politik. Kedua-dua parti mesti bekerjasama dan bermuafakat demi masa depan negara. Sehubungan itu, menurut Khairy, Pemuda UMNO turut mempelawa Dewan Pemuda Pas untuk saling bekerjasama dalam hal yang menyentuh kepentingan orang Melayu dan Islam yang sememangnya menjadi agenda bersama kedua-dua parti.

Katanya, menjadi harapan semua untuk melihat kerjasama ini menjadi kenyataan apa lagi telah wujudnya titik persamaan di antara UMNO dan Pas yang mahu melihat kejayaan orang Melayu dan Islam. Kata beliau, kerjasama ini termasuklah yang berhubung kait dengan resolusi Pemuda Pas yang mahukan dasar menetapkan 30 peratus ekuiti bumiputera dikekalkan. ''Pemuda UMNO mengalu-alukan komitmen Pemuda Pas melalui resolusi mereka itu yang sememangnya konsisten dengan perjuangan UMNO di mana kita melihat kemajuan orang Melayu sebagai agenda nasional.

''Jadi saya berharap Pemuda Pas boleh bekerjasama dengan kita untuk sama-sama merealisasikan matlamat ini dan perkara lain yang berkepentingan Melayu,'' katanya.

Pemuda Pas yang melangsungkan muktamarnya kelmarin meluluskan lima resolusi yang satu daripadanya ialah menggesa kerajaan mengekalkan dasar 30 peratus ekuiti untuk golongan bumiputera. Bagaimanapun, MCA dalam reaksi segera mereka membidas resolusi berkenaan sambil menyifatkan resolusi itu sebagai tidak membantu memajukan negara sebaliknya hanya bersifat jangka pendek.

Sementara itu Khairy yang juga Ahli Parlimen Rembau berkata, beliau percaya peluang untuk kedua-dua parti membentuk kerjasama adalah cukup cerah malah skopnya juga tidak hanya terhad kepada sesuatu perkara sahaja. Kata beliau, keyakinan ini berdasarkan pemikiran ahli akar umbi Pas yang dilihat berbeza dengan rakan kongsi mereka dalam pakatan pembangkang.

''Malah jika kita lihat kepada keputusan pemilihan muktamar parti itu kali ini termasuk bagi jawatan timbalan Presiden, saya nampak skop kerjasama terbuka luas. ''Ini belum lagi diambil kira pada resolusi-resolusi yang dibuat pada muktamar ini yang menunjukkan pemikiran akar umbi berbeza dengan rakan kongsi Pas dalam pembangkang,'' jelasnya.


Ulasan Saya : PAS dan UMNO boleh bermuzakarah, tetapi MESTI IKHLAS, baik UMNO mahu pun PAS. Rakyat tidak mahu UMNO beria-ria untuk muzakarah semata-mata kerana UMNO merasakan mereka lemah. Manakala PAS pula tidak dilihat bermuzakarah semata-mata mahu mengambil peluang atas kelemahan dan kekurangan sokong rakyat kepada UMNO. Kita mahu kedua-dua buah parti ikhlas untuk bermuzakarah. Saya cadangkan agar PAS dan UMNO menjadikan Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan mutlak. Harus diingat, bahawa bukan semua perkara yang PAS lakukan selama ini betul dan secocok dengan Al-Quran dan As-Sunnah, ada juga perbuatan mereka yang menyeleweng dan tersasar daripada Al-Quran. Begitu juga dengan UMNO, ada masanya apa-apa yang dinasihatkan oleh PAS kepada UMNO itu juga kebenaranya, jadi UMNO juga tidak perlu terlalu ego dalam menerima nasihat daripada PAS. Begitu juga dengan PAS, bukan semua perkara yang UMNO lakukan itu salah, banyak juga yang betul. Dan PAS jangan asyik mencari kelemahan dan kekurangan UMNO semata-mata. Kita harus mencari jalan untuk bersatu padu demi Islam dan negara kita. Ancaman utama kita ialah Yahudi dan Amerika Syarikat, kita harus faham. Cadangan saya begini :


1. PAS tidak boleh menggantikan UMNO seperti mana cadangan Husam. Adalah mustahil hal ini berlaku. Yang paling utama ialah mencari titik temu dengan berpandukan Al-Quran dan As-Sunah. PAS dan UMNO hanyalah parti politik, yang bersalah bukannya UMNO atau PAS yang banyak buat dosa dan menyeleweng adalah ahli-ahli partinya. Jadi kita harus faham dan membezakan antara parti dan ahli parti. Islam tidak salah, tetapi yang banyak buat dosa dan noda adalah penganutnya.


2. Selesaikan masalah asas antara UMNO dengan PAS terlebih dahulu, dan kemudian baru bermuzakarah. Apakah masalah asas PAS dan UMNO selama ini? Jika tidak tahu bertanyalah kepada Nik Aziz. Menurut Nik Aziz, UMNO menyeru kepada Assabiyyah dan perkauman, maka UMNO adalah parti sekular yang menolak Islam. Benarkah begitu? jika UMNO yakin mereka tidak begitu, maka bentangkan hujah-hujahnya, agar bersama-sama kita mencari titik pertemuan dan membetulkan segala salah faham selama ini. Jika UMNO tidak cukup orang untuk berhujah, maka saya sudi jadi wakilnya. Hakikatnya, selama ini pengikut-pengikut PAS telah terkeliru dengan memahami semua itu, malah mudah dimomokkan kononnya UMNO tidak Islamik dan menolak Al-Quran dan As-Sunnah, semua ini fitnah dan UMNO perlu mempertahankannya. Masalah utama orang-orang UMNO ialah, mereka tidak bijak berhujah dan kekurangan ilmu agama, maka dengan hal tersebut orang-orang UMNO terlalu mudah dipengaruhi oleh tuduhan yang tidak benar melalui ceramah-ceramah PAS selama ini bahawa UMNO menolak Islam. Padahalnya, semua hujah PAS berkenaan UMNO menolak Islam boleh dipatahkan dengan mudah, kerana hal tersebut adalah tidak betul. Itu pun jika kita berilmu dan mampu berhujah. Pada pandangan saya, baik PAS mahu pun UMNO, kedua-duanya ada kebenaran dan mengapa susah sangat kita mencari titik pertemuannya?


3. Muzakarah jika diadakan pun, saya fikir PAS dan UMNO perlu membetulkan diri masing-masing. Mana-mana yang salah baik UMNO atau pun PAS kita perlu tegur dan terima, jangan cepat melenting. Kita harus ingat PAS dan UMNO bukan maksum, dah banyak dosa yang kita lakukan selama ini, umpat mengumpat, caci maki, kutuk-mengutuk dan sebagainya. Cukuplah dengan segala dosa yang kita lakukan itu. Hentikan semuanya ini dan sama-sama kita berdoa agar PAS dan UMNO menjadi parti yang diredhoi Allah.


4. Muzakarah PAS-UMNO perlu diadakan tanpa syarat. Muzakarah juga perlu diadakan pada setiap bulan dan masing-masing boleh mengkritik dan berhujah dalam majlis muzakarah tersebut. Jika perlu, tawarkan juga jawatan Timbalan Menteri untuk mana-mana kementerian kepada PAS, agar mereka dapat menjalankan tanggungjawab sebagai pendakwah dan menyerapkan unsur-unsur Islam dalam sesebuah kementerian tersebut.


5. Mulai sekarang PAS dan UMNO perlu menghentikan kutuk-mengutuk, sebaliknya kita harus banyak mendoakan kebaikan dan kesejahteraan kepada pemimpin kedua-dua belah parti. Mari kita gantikan caci-maki dan umpat-keji dengan doa dan ihsan - ia lebih mulia dan mendekatkan kita dengan rahmat Ilahi. Wallahualam. Semoga Allah menyedarkan kita semua.

Comments

abdullah said…
saya sangat stuju dengan pandangan anda, dua2 pihak perlu mengetepikan emosi dan ego mereka untuk menjadikan mukarah ini berjaya. harap mereka yang diatas bertindak sewajarnya.
Mimpi dalam paksaan ..

muzakarah itu boleh dilaksanakan jika kedua belah pihak tidak menuntuk mcm2 dan meletakkan syarat bukan-bukan .

UMNO masih lg parti dominon di Malaysia dan jumlah ahli Parlimen dari UMNO adalah terbanyak berbanding parti lain. Kita mula dgn muzakarah ini dengan mencari titik pertemuan dahulu antara UMNO dan PAS perjuangkan ..sy rasa itu yg lebih baik sebelum kita pergi ke kerajaan perpaduan ..
azlishukri said…
abdullahkadir - kita sependapat

pejuang bahasa - betul tu, saya juga rasa sebelum ke arah kerajaan perpaduan titik tersebut harus ditemui terlebih dahulu.
Unknown said…
salam
UMNO dan PAS boleh bergabung tetapi haru smenyelesaikan isu2 asas terlebih dahulu..mereka harus sepakat dalam isu perjuangan dan agama
ikan emas said…
Kdgkala mimpi boleh terjadi sekiranya kita mengharap dengan yakin dan ikhlas..Isunya apa agenda Pemuda dgn syor ini? antara demi angsa atau nak tunjuk hero atau nak publisiti? maklum mereka mcm dah tak de taring..

Harap? muzkarah ini jd realiti.Sape yg sesuai Pengantara? Ibrahim Ali?
Salam Bro...
pd hemat saya..
sudah tiba masa nya UMNO dan Pas bergabung atau mewujud kan kerajaan perpaduan...
asal pokok nya yg menerajui pemerintahan malaysia sama ada pemimpin umno atau Pas...
yg pnting berpaksi kpada 1 iaitu islam dan melayu..
dan kedua2 parti tidak diperkudakn oleh bukan islam mahupun DAP, MCA atau MIC..
Atan said…
Salam,

Menurut ucapan Presiden PAS dalam muktamar PAS lalu, mereka bersetuju untuk berbincang, bukan bekerjasama. Jadi, tidak timbullah soal kerajaan Perpaduan dan sebagainya.

Yang kita minta, Presiden PAS dan Timbalannya perlu jelaskan -berbincang tentang apa? Ketuanan Melayu? Hudud? Hak sama rata? Ekonomi Melayu?

PAS dapat menggantikan peranan UMNO kalau sosok UMNO itu terus dibaluti kotoran - pemikiran ahlinya yang mendewakan imbalan, harta, projek, dan pangkat (unsur-unsur ini mungkin sedang ditanam dalam PAS).

Yang harus kita tuntut daripada PAS dan UMNO ialah persefahaman. Dengan persefahaman itu dalam pilihan raya, mereka tidak bertarung sesama mereka tetapi bersefahaman dalam menguasai kawasan majoroti Melayu yang calonnya adalah bukan Melayu. Berapa ramai calon PKR bukan Melayu yang bertanding di kawasan majoroti Melayu dan menang pula. Bukit Selambau itulah contohnya.

Persoalannya, relakah PAS melakukannya sedangkan mereka mengidam untuk menggantikan UMNO?
shahpaskal said…
teruskan perjuangan anda Bro, semuga Allah merahmati kita semua, negara dan bangsa ini.
Anonymous said…
Assalamualaikum,

Satu pandangan dan pendapat yang sangat bernas dan harus difikirkan sedalam-dalamnya oleh kedua-dua pemimpin parti yang berkaitan.

Semoga ALLAH memberikan taufik dan hidayahNYA kepada pemimpin UMNO dan PAS. AMIN!

ahbz
Guru said…
yg utamanya, bolehkah kita bermuzakarah dengan minda yang terbuka? lazimnya baik ahli-ahli PAS mahu pun UMNO, terlalu emosional...yg sorang bersorak ALLAHUAKBAR! yang sorang lagi pun akan bersorak juga.lepas tu mula la api mengapi dan kutuk mengutuk. yg tersenyumnya sape??...walaubagaimanapun... saya bersetuju dgn idea muzakarah ni...
zedmagel said…
Bro Azli,

Muzakarah yang tiada penghujungnya..PAS masih kekal begitu walaupun dengan kepimpinan barunya.
Cheguman said…
Saya setuju: UMNO dan PAS perlu ikhlas. Bermuzakarahlah dan biarkan kebenaran muncul sendiri setelah perbincangan.

Oh ya, mengenai pendapat Husam itu, biarkanlah ia berlalu kerana Husam bukan siapa-siapa lagi dalam PAS.

Ucapkan selamat tinggal kpd Husam yang begitu benci pada muzakarah dan perpaduan PAS-UMNO.
azlishukri said…
zedmagel dan cikgu man - saya merasakan bahawa PAS dan UMNO perlu menyelesaikan terlebih dahulu masalah asas mereka.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y