Skip to main content

8 July : The Last Stage


8 JULY
THE LAST STAGE


KUALA LUMPUR 22 Jun - Kes liwat yang dihadapi oleh Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya dibicarakan di Mahkamah Tinggi di sini mulai 1 Julai ditangguhkan sehingga 8 Julai ini. Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd. Diah membenarkan penangguhan bagi membolehkan beliau mendengar dua permohonan Ketua Pembangkang itu terlebih dahulu sebelum perbicaraan kes tersebut bermula. Menurutnya, pada 1 Julai ini beliau akan mendengar permohonan untuk mendapatkan dokumen berkaitan kes itu setelah Sulaiman Abdullah yang mengetuai barisan peguam mewakili Anwar memohon penangguhan bagi membolehkan pihaknya memfailkan jawapan kepada afidavit balasan pihak pendakwaan. Permohonan tersebut sepatutnya didengar oleh hakim tersebut pada hari ini. Hakim Mohamad Zabidin juga menetapkan 8 Julai ini bagi mendengar permohonan Anwar untuk membatalkan tuduhan liwat bekas pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan yang dijadualkan didengar pada Jumaat ini. ''Perbicaraan kes utama yang ditetapkan pada 1 Julai pula ditangguhkan kepada 8 Julai ini,'' kata hakim tersebut. - Utusan


Manakala Blog Saiful Bukhari Melaporkan Sebegini :


8 Julai Hari Penentuan. Mahkamah menetapkan 1 Julai untuk mendengar permohonan Anwar supaya dibekalkan dengan dokumen dan barangan berkaitan kes. Mahkamah juga akan mendengar pada 8 Julai ini permohonan untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) yang dihadapinya. Pada 8 Julai ini, sekiranya Mahkamah menerima permohonannya, maka pertuduhan akan digugurkan bermakna kes gugur(tiada perbicaraan). Jika sebaliknya, maka saya akan dipanggil untuk beri keterangan serta merta(perbicaraan diteruskan). Mahkamah Tinggi, Jalan Duta. Pada jam lebih kurang 9.00 pagi ini (22 Jun), Hakim akan mendengar permohonan pihak peguam bela tertuduh bagi mendapatkan segala bukti-bukti dari pihak pendakwaraya. Ironinya, segala bukti-bukti dan tuntutan-tuntutan mereka telahpun diserahkan dan dipenuhi namun mereka masih lagi mahu membuat tuntutan seperti menuntut BUKTI ASAL diserahkan. Tujuan mereka hanya satu, mereka ingin menunjukkan kononnya Mahkamah tidak berlaku adil jika tuntutan mereka tidak dipenuhi walhal ia sebaliknya. Menurut mereka, jika segala tuntutan mereka tidak dipenuhi, mereka mahu Mahkamah MENGUGURKAN KES sebelum ia dibicarakan. Inilah ''keadilan'' bagi mereka. [Ulasan sebelum ini] Tidak terkata, jika ditakdirkan kes ini digugurkan di Mahkamah Dunia, tidak mengapa, saya redha.. Kerana kelak semasa di Masyar (Mahkamah Allah) pasti akan dibicarakan juga.. Sebagai hamba Allah yang kerdil, saya hanya mampu berusaha, berdoa dan berserah sepenuhnya kepada Allah s.w.t sahaja, kerana Dialah yang Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa.


Ulasan Saya :

Apakah terdapat konspirasi peringkat tertinggi, khususnya dalam badan kehakiman negara bagi memastikan Anwar Ibrahim terlepas daripada sebarang hukuman dan jenayah liwat? Saya mencadangkan kepada pihak kerajaan agar segera melakukan transformasi dalam badan kehakiman negara yang sejak belakangan ini seolah-oloh telah dikuasai oleh sindrom untuk "Memenangkan apa-apa sahaja kes yang melibatkan Anwar Ibrahim atau pun parti pembangkang bagi menunjukkan keadilan dan ketelusan kepada rakyat" Benarkan ini yang sedang berlaku? Jika benar, sesuatu harus dihentikan dengan segera.

Comments

Unknown said…
salam encik azli
badan kehakiman kena keluar dari stigma begini.Kalau dah salah salahlah juga.
Masa Dr.M pecat dia sebab liwat orang tak percaya.Kes pun didapati tidak bersalah.Tapi kalau betul tak bersalah buat apa timbulkan balik isu yang sama?
Frodo Baggins said…
Salam ~ kedua2nya perlu keadilan. Tp mengapa perlu gugurkan kes andai belum dibicarakan? apa yg takut sangat kalau benar "orang itu" dipihak yang benar ? Saiful, sekiranya anda dipihak yg benar, dan kesudahannya adalah seperti ini, Allah sedang menguji anda. benarm tuntut hakmu di MASYAR yang PASTI ~

((kecewa ....)))
Sosialis Hijau said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
We should not cross the bridge before reaching it. Hence,we should just let the courts decide.
Alizul said…
Salam En Azli,

Pertama kali saya masuk blog sdr.

Soalannya, mengapa Anwar boleh melakukan sesuatu sesuka hatinya? Mengapa mahkamah dan kerajaan boleh membenarkannya berlaku? Benar, mahkamah perlu berlaku adil kepada kedua-dua pihak, tetapi kes ini sudah bermula tahun lalu dan Anwar mempunyai banyak masa untuk mengemukakan permohonannya. Mahkamah juga sepatutnya berlaku adil kepada Saiful yang telah menunggu sekian lama. Kita semua dah tahu sikap dan taktik licik Anwar untuk melenggah-lengahkan perbicaraan. Mahkamah takkanlah tak tahu tentang hal, oleh itu ia sepatutnya bersikap tegas tanpa prejudis. Selain daripada kes ini, kita dah lihat dengan jelas bagaimana Anwar bebas melakukan sesuatu mengikut suka hatinya tanpa halangan, contohnya pergi ke merata dunia, mengutuk kerajaan dalam ceramah-ceramahnya, menjadi dalang dalam kekecohan dalam negara, dll. Tetapi Kerajaan membenarkannya seolah-olah tidak terdaya untuk bertindak. Apa dah jadi...
Anonymous said…
Kenapa kerajaan terlalu memberi muka pada anu...arrh.Kesian si saiful...sabar jer la.
Anonymous said…
Assalamualaikum Sdra Azli,

Mahkamah harus berlaku adil juga kepada Saiful. Berilah keadilan kepada Saiful dengan mendengar kesnya dibawa di mahkamah.

Sekiranya berlaku pengguguran kes maka mahkamah akan kelihatan berat sebelah.

ahbz
azlishukri said…
sy sependapat dengan semua yg beri komen
Kami adalah kumpulan pancaragam, The Unspinners.

Kami dendangkan lagu-lagu kebenaran dan merungkai pembohongan dan putarbelit.

Sila mampir untuk mendengar lagu-lagu dari album terbaru kami seperti:

1. KY Jelly boleh hilangkan kesan tetapi ...
2. Mahaliwat Desperado nak tangguh kes.
3. Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau

Terima kaseyyyyy ...
hanglekuk lah sapa lagi said…
Ingat kan apalah tadi..pasal ni lagi..tak payah pk2 banyak korang ni..bnyak lagi masalh yang perlu di pkkan macam h1N1, kemerosotan ekonomi, pengngguran yang tinggi..susu baby naik lagi..citer pasal ni nak buat sampai blog..tgok blog porno sudehhhhhhhh...
org yang buat blog ni pun bangang..dah sah2..makhamh milik kerajaan. kalau hari ni keputusan nya macam ni..esok keputusan nya macam tu lak...ada paham..
jgn risau, BN tetap menang besar kat sabah n sarawak ;;Peace:)
PAS Segambut said…
aku setuju dan kau.. banyak sangat si bangang yg sibuk pasal benda bodoh ni.. ternmasuk yang si tukang komen ni,,,, bangang, macam tak ada benda lain... bangang
Frodo Baggins said…
kahkahkahkah ~

orang yang cakap org lain bangang adalah lebih bangang dari bangang sebab tu dia leh cakap bangang. sbb org banggang ni jer yg sebenar2 bangang tuk guna perkataan banggang kat org lain. even aku pnh cakap bangang gak, tp aku x spesifik bangang kat "manusia" yg dikurniakan hotak tuk elakkan ckp mende2 bangang atau menganugerahkan word banggang kat org lain!!!!

well, siapa yg bangang sbnrnya?? muhahahhahaha ~ larixxxxxxx

((p/s: sorry en. azli, Frodo merosakkan blog anda dgn bahasa yg x mnunjukkan bangsa ~ xoxoxoxo ... lalalallalala >>> ni ksas tuk creature goblin yg ske label org lain bangang!!))
Anonymous said…
to hanglekuk dan pas sgambut:

huh...memg a blog pembangkang takde pasl isu ni..nk concentrate mende len konon..klu dorg cte pasl isu ni,dorg mkn diri sebenarnya..sbb tu tak brani..sdgkn nk p mahkamah tok perbicaraan pn takot,apatah lg nk mengupas isu ni...

pas:
bahasa melambangkn keperibadian..ko nye tulisan dibaca ramai..so jaga la bhs..klu marah tgh meluap2 pn,harap kontrol k..lagi2,jika ko dr org pas..kn parti pas yg terbaek..org len sume salah tak berilmu..jd,tunjukkn korg berilmu..kata2 nista mcm tu xmenunjukkn korg adalah org berilmu..so,control k

tak lupa kpd hobbit froddo:
takpe..kebenran tetp kbenaran..jika mahkamah manusia tak dpt mengadili seadilnya,mahkamah Allah masih menunggu di sana..lg satu,jgn btindak balas thadap komen2 yg tak menggunakn akal dan menggunakn emosi srta bhs yg kasar..
azlishukri said…
frodo - memang dah ini perangai dan sikap penyokong pembangkang, jika kita kritik mereka, kita dikatakan bangang, tetapi mereka mengkritik UMNO dipanggil bijak pandai...
Anonymous said…
frodo kalau tak menyibuk tak sah.. bodoh betul kau ni frodo..
Frodo Baggins said…
This comment has been removed by the author.
Frodo Baggins said…
Kebanyakan orang mendengar dan membaca bukan dengan maksud untuk memahaminya, tetapi dengan maksud untuk menjawab tanpa mahu mendasarinya terlebih dahulu. and anon, engkau salah satu spesis goblin yg tergolong dlm "org kebanyakan" itu.

Aku bodoh? hahahhaha ;)
Anonymous said…
Frodo said....
Aku bodoh? hahahhaha

kenapa kau ketawakan diri kau sendiri?
Frodo Baggins said…
anon ~ kalau hidup dendam x sudah, tak mungkin akan kecap bahagia. lapangkan dada. salam
Anonymous said…
f
r
o
d
o
t
e
l
o
r
o
SERTAI KEADILAN said…
Alhamdulillah, sambutan pimpinan Pakatan Rakyat dan rakyat terhadap kenyataan bersama amat positif sekali. Saya berulangkali menegaskan bahawa permasalahan yang sengaja digembar-gemburkan di media UMNO dapat dileraikan seandainya pimpinan bersama menanganinya secara bijak.

UMNO kecundang lagi dalam isu kerajaan perpaduan. Strategi mereka untuk meretakkan hubungan Pakatan Rakyat berkecai. Pimpinan PAS ternyata lebih pintar; dan pastinya berpaut kepada prinsip perjuangan - istiqamah (menurut YB Tuan Guru Nik Aziz) dan memperkukuh institusi kenegaraan (”membanteras rasuah, memperbaiki badan kehakiman serta Suruhanjaya Pilihan Raya yang bebas dan adil,” tegas YB Tuan Guru Abdul Hadi).

Seharusnya kita hargai peranan YB Lim Kit Siang, YAB Lim Guan Eng dari DAP serta Dr. Syed Husin Ali, YB Azmin Ali dan YB Saifuddin Nasution dari KeADILan.

Kocakan kecil ini malah lebih mematangkan dan memantapkan Pakatan Rakyat!

ANWAR IBRAHIM
SERTAI KAEDILAN said…
Tanggal 1.7.2009 akan bermula suatu lagi sandiwara ciptaan UMNO/BN terhadap Sdr. Anwar Ibrahim. Perbicaraan kes pendakwaan tuduhan liwat buat kesekian kalinya dihadapkan kepada Anwar. Kali ini yang mungkin berbeda adalah pengadunya, kalau dulu Azizan Abu Bakar, kali ini Saiful Bukhari Azlan.

Manakala para dalangnya, mereka-mereka yang dulu juga; para Dewa Kekuasaan di atas sana akan berterusan mengaburi mata rakyat bahawa kebenaran adalah seperti yang mereka inginkan.

Saya yakin sebagaimana keyakinan yang terpahat sejak sedekad yang lalu, bahawa pertuduhan ini tidak lebih sekadar rekayasa para Dewa Kekuasaan yang takut, bimbang dan bacul akan kebobrokan yang telah mereka cipta selama ini akan terungkai dek kerana seorang Anwar. Dan saya tetap yakin bahawa seperti sedekad yang lalu, rakyat tidak akan terperdaya dan dibuai oleh muslihat Najib, Musa Hasan, Gani Patail dan para cukong mereka.


Bukankah bukti jelas terbentang dihadapan mata? Seperti kes terdahulu bagaimana keterangan dimanipulasi sebegitu rupa-dari laporan pakar perubatan sehinggalah bagaimana Azizan Abu Bakar mengaku yang dia tidak pernah di ‘anu’kan tatkala di soal oleh Allahyarhan Christopher Fernando (keterangan ini dengan perintah Hakim dibuang dari rekod) dan 1001 lowongan lainnya, maka yang ada pada hari ini juga sedemikian rupa.

Laporan perubatan dari PUSRAWI mahupun laporan pakar perubatan HKL yang dirujuk oleh polis dengan jelas, nyata, prima facie dan beyond reasonable doubt jelas menunjukkan tidak ada sebarang kesan kerosakan, koyakan, kehancuran pada batang tubuh si pengadu,Saiful! Pun begitu, jika Sdr. Anwar sekadar warga biasa, saya percaya tidak akan ada pertuduhan dilemparkan kepada beliau.

Malangnya Anwar adalah Anwar. Pemimpin bangsa dan Sang Pemula yang punya keterampilan, bobot dan pencinta rakyat. Maka kerana Anwar adalah Anwar yang bisa menggugat kekuasaan para Dewa dan para cukong maka seorang Anwar ini perlu ditangani dengan segala fitnah, konspirasi dan pertuduhan yang direkacipta.

Kerana Anwar adalah Anwar yang rakyat dekat dihatinya dan rakyat juga disisinya bukan kerana watak yang dihidupkan oleh media songsang atau didukung oleh alat kekuasaan negara tetapi tautan kerana rakyat inginkan keadilan, inginkan harakat dan maruah sebagai warga merdeka, inginkan demokrasi subur dan negara tanpa penindasan, rasuah dan salahguna kuasa maka para Dewa yang berjiwa kerdil melihat manusia Anwar Ibrahim ini suatu ancaman terhadap kekuasaan yang dibina di atas kebejatan dan di atas tangis ratap rakyat.

Kerana Anwar adalah Anwar yang peduli rakyat, yang berjuang untuk rakyat dan bergelut untuk membebaskan warga dari rantai yang membelit sekian lama, maka Anwar perlu disisihkan, perlu diketepikan, perlu dimatikan karier politiknya (political assination) dan perlu diamankan biar kembali mendekam dalam penjara.

Dan inilah citra politik haprak, kotor, jijik, penuh dendam kesumat dan di luar dari norma etika mahupun tuntutan agama. Akan apakah yang mahu dihidangkan kepada generasi jika layaknya tingkah sebegini yang ingin diwarisi kepada mereka? Apakah yang ingin diteladani kepada para pewaris kepimpinan bangsa bahawa demi kekuasaan dan takhta maka apa sahaja kaedah cara walaupun dengan fitnah dan diluar dari garis agama boleh sahaja dihalalkan?
SERTAI KEADILAN said…
sambungan.....

Apa yang berlaku kepada Anwar adalah manifestasi betapa buruknya wajah-wajah pelaku dan Dewa politik pimpinan UMNO/BN. Rakyat berhak bertanya, sebagaimana rakyat bertanya 10 tahun yang lalu, jika sebegini layanan terhadap Anwar Ibrahim, pemimpin bangsa, mantan Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO, bagaimanakah pula nasib rakyat kecil seperti kami?

Pun begitu jika mereka beranggapan fitnah jahat dan konspirasi terhadap Anwar kali ini akan melunturkan semangat rakyat menuntut perubahan, jelas mereka mengulangi kesilapan yang sama seperti 10 tahun lalu. Rakyat sudah matang dan bijak, bukan lagi boleh dibuai dengan retorika pemimpin atau menelan bulat-bulat sabda para Dewa; dan rakyat tentunya tidak akan sekadar berpeluktubuh melihat fitnah, konspirasi dan kebejatan bermaharajalela kerana keadilan bukan sekadar mimpi indah di hujung pelangi tetapi hak yang ditentukan oleh Ilahi.

Maka, kepada para Dewa dan sang penguasa, dengarkanlah, RAJAWALI itu tidak akan dibiar terbang bersendirian dan luka RAJAWALI adalah kedukaan rakyat. Tidak ada tembok benteng yang dapat menghalang arus apabila rakyat benar-benar murka.

-catatan pinggir, DenPasar, 22 Juni 2009

Apabila usul ditolak tanpa ditimbang suara dibungkam kritik dilarang tanpa alasan dituduh subversif dan mengganggu keamanan maka hanya ada satu kata: lawan!
(Peringatan Solo,1986)
Frodo Baggins said…
huhuhuhuhuhu bro sertai keadilan ~ bahasa ada munge lah!!!! hhehehe ~
hanglekuk said…
Best nyer jadi hang lekuk sebab hidup tak pk pasal politik negara yang makin kotor ni..tak perli2 org dalam blog, tak buat entry yang berbaur pergaduhan, tak sibuk ngn kuasa mahupun pangkat..hang lekuk selesa hidup ngn berbakti masyarakat, tolong org sakit...

lalalalalalalalalalalallalala
Peace....
Oh Me said…
"memang dah ini perangai dan sikap penyokong pembangkang, jika kita kritik mereka, kita dikatakan bangang, tetapi mereka mengkritik UMNO dipanggil bijak pandai..."

setuju sesangat! penyokong pembangkang ingat dia je boleh kritik orang lain, tapi kalau kita kritik mereka tak boleh...konon merekalah mat Sum dan paling "adil"...
Oh Me said…
eh jap jap...Anu-War tu kan ke matsum, dia mesti bersih dari melakukan dosa, tak gitu?
takkanlah dia buat benda2 tak senonoh tu...Kat MCKK pun rekod dia clean jer.

Apa tuduhan yang AnuWar buat semuanya konspirasi kerajaan...bestkan jadi Anuwar Inrahim ni?
PAS segambut said…
ada lagi pengampu baru masuk jadi kaki ampu kat sini... nama di me goreng.. memang dia suka kena goreng dan mereng sikit..
Anonymous said…
Aku ada cadang nak SERTAI KEADILAN dan daftar di PAS SEGAMBUT. Tapi nak tunggu DSAI buat sumpah mubahalah seperti yang dilakukan oleh Sdra Saiful Bahari dulu.

Waktu DSAI pegang jawatan Timbalan Perdana Menteri dulu berani pulak DSAI angkat sumpah dengan menyebut Wallahi, Wabillahi, Watalahi tetapi anehnya bila untuk mempertahankan maruah diri tak berani pula.

Kenapa ya? Apa pendapat saudara/saudari?
mak bedah.. said…
kenapa.... kau cakap anonymous...... kau bodoh ke apa? kau ingat hukum islam boleh buat main ke.. Cuba kau suruh si najib sumpah yang dia langsung tak kenal altantuya... apa bengong ke apa kau ni...
The Hobbit Frodo said…
si oh me tu jangan layan.. dia tu budak kecik.. tengok dia masih minum susu.. kah...kah...kah... lululululu hahahaha
Frodo Baggins said…
The Hobbit Frodo said...

si oh me tu jangan layan.. dia tu budak kecik.. tengok dia masih minum susu.. kah...kah...kah... lululululu hahahaha


*********************************

Penafian :

To Anon / sesapa saja yg used my nick ~ ingat Fitnah lebih kejam dr membunuh. mgunakan nick saya utk memburukkan org lain sama spt meletakkan diri saya di tempat anda. Ini suatu fitnah yg biadap.

Andai benar, anda seorang pejuang bangsa PAS / PKR ... jgn tunjukkan suatu contoh yg boleh mngaibkan party anda. Contohi "Suara keadilan" ... kita boleh berbeza pendapat dan pahaman politik, tp bertindak seperti ini menunjukkan minda anda takat mana jer ~

Adakah anda layak utk mngutarakan pendapat, andai anda tidak mahu mendengar pendapat org lain??

Just My 2 Cents

Wassalam
Anonymous said…
Sayang Anwar Ibrahim...jangan nanti lari masuk embassy orang lagi ye huhuh...
This comment has been removed by the author.
Salam semua, meriah betul tempat ni...

AnWAR tu betul la maksum, tu sebab sekali pun dia tak pernah jejakkan kaki ke depan Kaabah. Selalu dia terbang pun untuk jumpa wali dari Amerika, Turki dan Indonesia.

Dari kecil sampai la dah tua sakit tulang belakang ni, satu dosa pun dia tak pernah buat. Hati dia seputih susu Oh Me, tapi mata pernah jadi hitam sebab salah bergurau. Hahahaha....
Jutaan Terima Kasih atas ulasan anda dalam blog kami.

Sama2 lah kita berjuang dalam menjawab segala persoalan dan isu yang dilemparkan pembangkang agar penyokong2 pembangkang sedar akan stategi jahat pemimpin mereka menghancurkan negara.

Ketua UMNO Cawangan kami, En. Abd. Razak Muhamad mengucapkan salam kasih dan perjuangan khas buat anda.

SEKIAN, IKHLAS DARI,

Shamsury Mohd Salleh
Ketua Penerangan merangkap
Ketua Editor Blog
UMNO Cawangan Gombak Selatan.
Salam Perjuangan,

Kami telah meletakkan blog anda sebaris dengan blog2 lain dalam link kami.

Semoga kita dapat berkongsi pengalaman dalam pengendalian blog.
Anonymous said…
Assalamualaikum Sdra Azli,

Saya ada menonton lakonan hebat Anwar di dua situasi yang berbeza.

Waktu menghadiri majlis pengkebumian ibunya, Anwar kelihatan menderita "kesakitan tulang belakangnya". Dia "terpaksa duduk diatas kerusi roda" dan ketika beralih dari tempat duduknya dia terpaksa dibantu.

Tetapi apabila berada di hospital, dia boleh berjalan dengan baik seperti tidak mengalami sebarang kesakitan.

Teringat saya semasa dia mendapatkan rawatan "sakit belakangnya" di German. Selepas beberapa hari dia telah pulih sepenuhnya. Sungguh ajaib rawatan yang diterimanya di German.

Dan sungguh hebat lakonan Anwar.

ahbz
Anonymous said…
ZHARIF BADRUL mungkin tidak mengikuti kenyataan hakim. Sebenarnya ketiga-tiga hakim berpendapat bahawa Anwar memang ada melakukan kesalahan itu tetapi disebabkan kesilapan teknikal dia telah dibebaskan dengan 2-1.
SALAM EN AZLI,DSAI TIDAK PERLU MEMBATALKAN KES PERBICARAAN BELIAU,JIKA BELIAU BETOL2 TIDAK BERSALAH,KENAPA BUAT BEGITU?SEBARANG KEPUTUSAN MAHKAMAH DAN BAHAN BUKTI YANG DI RAGUI SELEPAS SELESAI PERBICARAAN,AKAN DISIASAT OLEH SURUHANJAYA KEHAKIMAN YG AHLINYA TERDIRI DRPDA PARTI KERAJAAN DAN JUGA PARTI PEMBANGKANG,JADI MENGAPA DSAI HARUS TAKUT?JGN JADIKAN KES 1998 (YG KONONNYA BUKTI BELIAU TIDAK BERSALAH DI MANIPULASIKAN) SEBAGAI ALASAN UNTUK MEMBATALKAN PERBICARAAN TERSEBUT.RAKYAT MALAYSIA MAHUKAN DSAI HADIR KE MAHKAMAH DAN MENGHADIRI KES PERBICARAAN TERSEBUT.

anakmelayu30.blogspot.com support bro!!
sdr azli

aya setuju ulasan oleh sdr Azli Shukri iaitu konspirasi peringkat tertinggi, khususnya dalam badan kehakiman negara bagi memastikan Anwar Ibrahim terlepas daripada sebarang hukuman dan jenayah liwat. Kita harap badan kehakiman telus dan tidak berpihak mana-mana pihak. Mahkamah juga sepatutnya berlaku adil kepada Saiful yang telah menunggu sekian lama perbicaraan ini . Kita semua dah tahu sikap dan taktik licik Anwar untuk melenggah-lengahkan perbicaraan.

Sekarang ini juak2 puak PKR sedang memainkan isu di akhbar mereka iaitu sokongan 100% Majlis Peguam memohon mahkamah mengenepikan kes liwat ini terhadap Anwar dengan mengatakan laporan perubatan HKL tidak mengesahkan tanda diliwat ,ujian DNA boleh diubah dan lain-lain lagi . Hal ini supaya mengubah persepsi orang ramai bahawa tiada bukti untuk mendakwa Anwar atas tuduhan liwat ini.

kita harap kes ini akan dibicarakan kerana semua rakyat mahu tahu kebenarannya
Oh Me said…
Shonzu kata..."....Seputih susu oh me" kah kah kah...
Unknown said…
salam anonymous
saya mengikuti perkembangan kes tersebut dan memang kes tersebut didapati tidak bersalah kerana masalah teknikal tetapi penyokong2 taklid PKR ni anggap benda tu tak bersalah.Nak cerita dari segi undang2 diaorang ni bukannya paham.So ikut logik akal jela.
Kalau penyokong2 taklid ni yakin tak bersalah then kenapa kes ni nak timbul lagi
saya sendiri akan mengepos Malayan Law Journal(MLJ) berkenaan kes DSAI dalam waktu yang terdekat.Terima kasih

httP://pre-lawrian.blogspot.com
Atan said…
Salam, semua... dan Azli;

Saya mungkin simpatisan Anwar walaupun bukan penyokong totoknya. Pendirian beliau tentang beberapa perkara - tentang Salman Rushdie, filem Schindler's List, dsb - menimbulkan syak wasangka dalam diri saya.

Walau bagaimapun, berkaitan isu liwat ini, saya menjadi tidak berani. Liwat kerja terkutuk dan menuduh orang melakukan liwat lebih dahsyat terkutuknya.

Kes liwat Anwar yang terdahulu banyak sekali keraguannya, sangat banyak (dari tilam sampai ke kondo, dll). Jadi, ada keraguan di situ.

Yang sekarang pun demikian, ada keraguan - khususnya laporan hospital.

Jadi, pada hemat saya, adalah baik kita reserve hal ini. Jangan kita palitkan diri kita dengan dosa yang sepatutnya tak terpalit pada diri kita.

Semoga Allah mengampuni diri kita dan mengenyahkan dosa dari dalam diri kita ini. AMIN.
Anonymous said…
Pening aku tengok...belum bicara dah keluar:
1 doktor Pusrawi + 3 dr pakar HKL kata tak ada kesan...

Maleh nak ikut perkembangan sebab kecamuk cam ni sekadar teringat kembali arwah Mokhtar Abdullah, Khalid Jaffri, Dr. Ristina....penat turun naik mahkamah.

Ikut suka lah labuuuuuu.

oleh:labu
PaKMie said…
Salam Azli dan kwn2...

Jika pn Anwar terlepas dalam kes liwat Saiful ini, Anwar juga tdk akan terlepas juga dalam kes seumpama ini sebab anjing yang makan tahi ia tetap juga akan menghidunya...

Sama2lah kita doakan semuga kebenaran akan terserlah yang jahat akan tetap dibalas oleh Allah SWT samada didunia maupun diakhirat, ini janji Allah SWT.

Memandangkan kes ini teramat berat sdh tentu belbagai usaha org yang bersalah mahu melepaskan diri. Apa yang kita tahu dari awal lagi perjalanan kes ini sdh jelas tanda2nya kepada kita siapa yang nampak gugup dan dlm ketakutan. Ini sukar utk kita menyakinkan org lain dan ianya terserah kpd nilaian sdri.

Tunggu sahaja, usaha Saiful dalam mencari kebenaran patut dipuji.

Asalamualaikum dan salam sejahtera. Slmt berjuang demi agama bangsa dan negara.
Anonymous said…
BISIK-BISIK MINGGUAN
(Awang Selamat)

'PERBICARAAN' SEBELUM PERBICARAAN

Seorang teman baru-baru ini menunjukkan kepada Awang sebuah akhbar terbitan parti pembangkang. Tujuan dia berbuat demikian hanya untuk menarik perhatian tentang beberapa isu semasa yang disajikan mengikut perspektif parti berkenaan.

Setelah membelek seimbas lalu, Awang tertanya-tanya mengapa akhbar tersebut tidak memuatkan keputusan pakatan pembangkang menolak kerajaan perpaduan sebagai berita utama.

Dari segi isu semasa, laporan tentang isu tersebut adalah terbaru, panas dan lebih mempunyai nilai berita. Berita berkaitan isu itu hanya dimuatkan sebagai berita kedua dengan disajikan gambar Anwar Ibrahim bersama para pemimpin pembangkang. Bukanlah Awang mahu bersyarah dari segi jurnalistik kerana Awang sendiri banyak kelemahan dan masih banyak yang perlu dipelajari. Apa yang menjadi berita utama? Akhbar berkenaan menyajikan empat muka surat termasuk muka depan bagi melaporkan kes liwat Anwar Ibrahim terhadap bekas pembantu peribadinya, Saiful Bukhari Azlan. Kes tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 1Julai ini.

Yang menariknya dalam kesemua laporan itu Anwar digambarkan sebagai tidak bersalah dan menjadi mangsa konspirasi. Antara topik yang disentuh ialah tiada bukti Saiful diliwat, bukti DNA yang boleh diubahsuai, pendakwa enggan serah bukti rakaman asal kamera litar tertutup (CCTV) serta tuduhan terhadap Ketua Polis Negara, Musa Hassan dan Peguam Negara, Gani Patail sebagai dalang konspirasi.

Awang musykil mengapa ada cubaan untuk mencetuskan keraguan terhadap kes yang belum pun bermula. Mana-mana pihak tidak sepatutnya mewujudkan 'perbicaraan' sebelum perbicaraan sebenar, yang ternyata tidak menghormati undang-undang.

Nampaknya dari awal lagi pembangkang khususnya Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengambil strategi pre emtif seolah-olah Anwar tidak bersalah sebelum perbicaraan bermula. Awang tidak mahu campur tangan dan tidak kisah soal sama ada pemimpin PKR itu bersalah atau tidak kemudian hari, biarlah mahkamah yang menentukan.

Tetapi pada peringkat ini, janganlah ada mana-mana pihak memberi tekanan kepada mahkamah agar membuat keputusan mengikut sentimen dan strategi yang mereka gerakkan. Awang hairan mengapa ada pihak yang gundah dan kelihatan gentar dengan perbicaraan tersebut jika mendakwa di pihak yang benar? Isu yang biasa dimainkan oleh Anwar dan pembangkang ialah keadilan untuk beliau semata-mata. Bagaimana pula keadilan untuk rakyat atau insan kecil seperti Saiful?

Apakah disebabkan Anwar seorang pemimpin maka beliau seakan ada imuniti dan tidak boleh didakwa biarpun ada aduan polis daripada mangsa? Sepatutnya kes tersebut adalah kesempatan terbaik bagi Anwar untuk mempertahankan diri dan membersihkan tuduhan terbaru. Apatah lagi selepas beliau dikritik banyak pihak dan turut diragui di kalangan sebahagian penyokong pembangkang sendiri kerana tidak berani melakukan sumpah laknat atau mubahalah sebagaimana dilakukan oleh Saiful.

Jika Anwar kelihatan takut dan mahukan imuniti, seolah-olah beliau mahu berselindung sebalik nama keadilan yang selalu dijajanya. Untuk apa menjadi pemimpin parti yang menggunakan istilah keadilan dan mendakwa memperjuangkan keadilan tetapi tiada keberanian untuk diadili?

Apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka maka akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan. Tetapi Awang percaya yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.

Jangan lupa, biar sehebat manapun percaturan dan muslihat seseorang, ia tidak akan bertahan lama. Akhirnya, Allah yang menentukan segala-segalanya.
28.6.2009

Ulasan saya: Fikir-fikirkanlah. Dan yakinlah YANG HAK PASTI BERDIRI DAN YANG BATIL PASTI JATUH.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y