Skip to main content

Posts

Bagaimanakah Michael Jordan Boleh Jadi Legenda?

DIA GAGAL MASUKKAN 9000 LONTARAN KE DALAM KERANJANG. Kalah dalam 300 pertandingan. 26 kali gagal melakukan lontaran penyudah yang tepat untuk pasukannya menang di akhir pertandingan. Dia berhadapan dengan kegagalan yang banyak. Tetapi, itulah sebab utama mengapa Michael Jordan boleh berjaya menjadi legenda dan pemain terbaik sepanjang zaman NBA (National Basketball Association). Dia tidak melihat kegagalan sebagai beban. Semuanya dilihat dalam sudut positif.   Tidak ramai yang mampu mengalihkan kekecewaan dan kegagalan menjadi sumber kekuatan. Rata-ratanya kita hanyut dibawa arus kesedihan.    Michael Jordan mampu melompat dari garis free throw untuk melakukan aksi 'terbang' slam dunk sehingga mendapat julukan Air Jordan yang kemudian menjadi simbol brand keluaran Nike.    Setiap perniagaan ada slam dunk tersendiri. Jangan terbang tinggi sebelum masanya. Bersedia dengan ilmu, pengalaman dan latihan, barulah bermain dalam liga yang lebih mencabar. Jangan ter...

Usahawan Siput : Biar Lambat Asal Selamat

SIPUT MAMPU TIDUR ANTARA TIGA HINGGA EMPAT TAHUN. Lama sungguh. Dinamakan hibernasi. Haiwan ini bergantung hidup dalam persekitaran lembab. Hanya dengan tidur, siput berupaya mempertahankan kelembapan yang berada di tubuh mereka. Tanpa cairan atau persekitaran basah, mereka akan mati.    Apakah maksud semua ini kepada kita? Biar pun perniagaan kita kelihatan lembab dan lambat bergerak seperti bisnes orang lain, tetapi jika kita tahu kekuatan dan kelemahan bisnes yang kita dilakukan, inshaAllah kita boleh sustain walaupun untung sedikit setiap tahun.    Selalu ingat, tujuan berniaga bukanlah mengejar untung yang banyak untuk jangka masa pendek, sebaliknya sejauh mana kita mampu bertahan dan sentiasa berkembang. Biar mampu bertahan dengan keuntungan yang sedikit, daripada untung 'mengejut', esok lusa rugi semula.    Usahawan bijak adalah yang kenal pelanggannya, kenal persekitarannya dan kenal kelebihan dirinya. Siput tidak mampu mendengar dan melihat dengan...

Benarkah Orang Berniaga Orang yang Tidak Normal?

RAMAI ORANG MENDAKWA ELON MUSK IALAH AHLI PERNIAGAAN yang 'tidak normal'. Seolah-olah itu adalah perkara buruk. Jiran atau kawan anda yang 'normal' tidak akan membawa kita ke Marikh.    Kata Thomas J. Peter dan Robert H. Waterman JR, "Keseluruhan penyelidikan tentang otak kiri dan kanan benar-benar memberi kesan bahawa bidang perniagaan adalah 100 peratus dipenuhi dengan manusia yang sangat tidak rasional." Itulah rumusan di dalam buku terkenal mereka In Search of Excellence .   Secara umum, terdapat dua cara untuk 'menjadi sangat tidak rasional' dalam perniagaan, kerana dalam perniagaan anda perlu menghasilkan nilai untuk berjaya.   Pertama, cuba jadi yang terbaik dalam satu perkara tertentu - contoh Stephen King atau JK Rowling adalah antara storytellers terbaik di dunia. Tetapi tidak ramai antara kita yang boleh menjadi seperti mereka berdua. Jalan itu tidak benar-benar terbuka, hanya untuk 1 peratus sahaja.   Cara kedua, seperti yang disarankan...

Musuh Utama Manusia adalah Keraguan dan Ketakutan

SEPATAH KATA WILLIAM WRIGLEY, "MUSUH UTAMA MANUSIA IALAH KERAGUAN DAN KETAKUTAN."  Seandainya kesimpulan ini mampu dihadapi, kita berupaya terbang bebas umpama burung Camar menghiasi birunya langit.   Kanye berhutang USD53 juta untuk membiayai Yeezy. Steve Jobs dipecat dari Apple dan kemudian kembali beraksi memacu kegemilangan. Elon memperoleh USD180 juta daripada PayPal, kemudian terus melabur sebanyak USD100 juta di SpaceX, USD70 juta di Tesla dan USD10 juta di Solar City. Pemenang bermain untuk menang. Percaya pada diri sendiri dan melawan rasa ragu dan takut yang terpahat di dalam sanubari. Albert Einstein gagal matematik di sekolah menengah. JK Rowling, manuskripnya ditolak oleh 15 buah syarikat penerbitan. Walt Disney diberitahu bahawa dia tidak mempunyai khayalan yang cukup untuk maju. Kisah-kisah orang yang berjaya ini asalnya adalah kisah kegagalan. Setiap daripada kita memiliki sisi kegagalan yang tersendiri. Tetapi yang terbaik daripada kita ialah mereka yang san...

Baggio yang Bangkit Semula

BOLA MELINTAS DI ATAS GAWANG. TENDANGAN PENALTINYA TERSASAR. Itali tewas. Brazil Juara. Roberto Baggio kecewa. Dia gagal melakukan tendangan penalti di Piala Dunia 1994. Dia membawa beban mental yang berat untuk sekian lamanya. Reputasinya jatuh. Para pentaksub memakinya. Empat tahun kemudian, sekali lagi situasi yang hampir sama berulang. Tetapi kali ini, tendangan penaltinya telah menyelamatkan Itali daripada dimalukan oleh Chile.     Dalam perniagaan, bukan soal berapa banyak peluang yang diberi, tetapi peluang mana yang mampu anda sempurnakan dengan baik. Peluang yang terhidang, gagal disempurnakan, hanya membunuh reputasi syarikat.   Tetapi, Roberto Baggio bangkit semula. Menyudahkan tendangan penaltinya saat menentang Chile di Piala Dunia 1998 – walaupun Itali tidak menjadi juara, Roberto Baggio terpaksa menanti empat tahun untuk memulihkan reputasi. Apabila sesuatu peluang perniagaan diberi, sempurnakan dengan dedikasi dan berkualiti kerana untuk mengembalikan ke...

Belajar daripada Kekesalan Mike Tyson

JOE ROGAN BERTANYA, "APAKAH ITU DISIPLIN?" Mike Tyson menjawab, "Lakukan apa-apa yang anda tidak suka lakukan, tetapi ingat, lakukannya seperti anda sangat menyukainya."   Mike Tyson, bekas juara tinju kelas heavyweight termuda yang berbakat, dibesarkan dalam undang-undang rimba di lorong Brooklyn. Tiada belas ihsan, hidup dalam dunia keras, penuh penindasan, berdiri di atas kaki sendiri, berjuang bersendirian, tiada yang peduli, tiada yang sudi membantu, hidup miskin dan sentiasa dibenci. Tetapi dia lelaki yang paling ditakuti di atas gelanggang. Memegang rekod 50 - 6 termasuk 44 KO. Hebat bukan.      Dia hebat kerana berdisiplin, sama dalam perniagaan. Anda berdisiplin, bermakna anda membina rutin hebat yang konsisten. Rutin yang konsisten mencipta kejayaan. Berdisiplin menjadikan anda tidak hilang fokus. Lagi kuat daya fokus anda, lagi tinggi disiplin anda. Peluang untuk anda menang dalam persaingan semakin cerah.    Tetapi, segala fokus dan disipli...

Wal-Mart : Rahsia Kejayaan Sam Walton

PADA TAHUN 1992, PENGASAS PERNIAGAAN GUDANG MEMBELI BELAH terulung Amerika Syarikat, Wal-Mart, Sam Walton meninggal dunia. Kekayaannya pada waktu itu dianggarkan lebih daripada USD 25 billion dengan Wal-Mart memiliki lebih daripada 8,000 gudang di 15 buah negara.    Pada mulanya saya amat yakin, kejayaan Sam Walton membina empayar Wal-Mart di seluruh dunia adalah disebabkan oleh faktor kepintaran p ara pengurus dan plan strategi perniagaan mereka yang jitu. Rupa-rupanya terdapat faktor lain yang mendorong Wal-Mart menjadi sebuah syarikat luar biasa.   Ramai dalam kalangan usahawan dan organisasi perniagaan hari ini yang mengabaikan pembentukan "falsafah perniagaan" terlebih dahulu sebelum meletakkan misi, visi dan sasaran perniagaan. Di Wal-Mart, Sam Walton memulakan falsafah ringkas perniagaannya dengan memaksa para pengurusnya memakai lencana yang tertulis We Care About Our People.   We Care About Our People ialah falsafah asas semua jenis perniaga...

Mahathir Menyerang Lagi...

Kemenangan Lim Kit Siang di Gelang Patah akan menyebabkan konfrontasi kaum, kata Tun Dr Mahathir hari ini, serta menyatakan kerjasama ekonomi antara masyarakat Melayu dan Cina akan hancur. Dengan tinggal beberapa minggu sahaja lagi menjelang Pilihan Raya 2013, bekas perdana menteri tersebut membuat ramalan hebat dengan menghentam pemimpin pembangkang sambil menggambarkan kemenangan Lim akan menyebabkan timbul pergaduhan kaum sekaligus menghancurkan kerjasama sedia ada antara majoriti masyarakat Melayu dengan masyarakat Cina. “Kit Siang akan membawa konflik dan permusuhan antara kaum, untuk menimbulkan sentimen benci dikalangan orang Cina ke atas orang Melayu,” tulis Dr Mahathir dalam blognya chedet.cc. Pemimpin veteran berusia 87 tahun tersebut dilihat sebagai ketua kempen de facto, lebih bersemangat berbanding mereka yang lebih muda dalam Barisan Nasional (BN) sekaligus menunjukkan cabaran kali ini daripada lawan mereka Pakatan Rakyat (PR) adalah yang paling sengit....

Kita Tetap Yakin Kepada Allah - BN InshaAllah Menang Besar

Seorang pakar Feng Shui meramalkan Barisan Nasional (BN) akan memenangi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) di peringkat kerajaan pusat serta merampas semula Selangor dan Kedah. David Koh, 67, turut meramalkan BN akan meraih lebih banyak kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang berbanding semasa pilihan raya umum lepas. Bagaimanapun, BN dijangka menghadapi persaingan sengit di Negeri Sembilan dan Perlis, katanya ketika dihubungi Bernama . Sebelum ini, Koh pernah memberitahu Bernama TV beliau meramalkan pengundian PRU13 akan jatuh pada 5 Mei depan dan nyata tekaan beliau tepat apabila Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengumumkan tarikh tersebut, semalam. Biarpun ramai beranggapan ramalannya hanya sekadar 'tembak angin' namun Koh berkata ramalan itu berasas kerana ia menggunakan pengiraan Feng Shui dikenali sebagai 'Shi' yang membawa maksud perang. "Selepas pembubaran pada 3 April lepas, kita ada 60 hari untuk me...

Setelah Puas "Membelasah" Syed Mokhtar al-Bukhary, Kini Mokhzani Pula Sasaran Anwar Ibrahim

GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. “Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. “Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu at...

Demokrasi Harus Mati!

1. Pernah satu ketika Uthman Al Huwairith mengisytiharkan dirinya sebagai raja kota Makkah setelah mendapat dukungan kerajaan Rom, namun akhirnya dia mati dibunuh.  2. Malah semasa Rasulullah SAW berdakwah, Uthbah Ibnu Rabi’ah datang kepada Nabi lalu menawarkan jawatan raja kota Makkah kepada Baginda dengan syarat berhenti sebar Islam. Dua kes ini menunjukkan Makkah tidak memiliki raja atau ketua negara, sebaliknya Makkah menjalankan sistem Demokrasi Perwakilan. Majlis mala’ dalam Darul Nadwah 3. Makkah mengamalkan sistem Perwakilan dipanggil Mala’ yang bersidang di Dewan Darul Nadwah. Ahli Majlis Mala’ terdiri daripada setiap ketua kabilah di Makkah. Al Fasi menyatakan, setiap keputusan dibincangkan dalam Darul Nadwah perlu mendapat persetujuan wakil-wakil Mala’ yang lain, barulah keputusan akan dilaksanakan dan diterapkan ke atas penduduk Makkah. (lihat: Syifa’ al Gharam). 4. Oleh kerana itu Jawwad Ali menetapkan ada persamaan antara sistem pentadbi...