Skip to main content

Posts

Kata Kunci Najib

Kata Kunci Najib Saya sangat bersetuju dengan saranan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak (baca di sini) yang mahu setiap daripada ahli UMNO untuk bersatu-padu mempertahankan Putrajaya. Saya fikir, ini adalah mesej paling penting yang menandakan pilihan raya umum yang ke-13 semakin hampir. Ramalan para pemerhati politik mendakwa - selewat-lewat pilihan raya umum ke-13 adalah penghujung April 2011 - sekiranya ini benar, kerja kita sebagai ahli UMNO perlu digandakan. Tiada jalan pintas untuk menang dan tiada jalan mudah untuk berjaya. UMNO perlu mengembalikan semangatnya yang telah hilang dalam PRU-Ke 12 yang lalu. Namun demikian, sejak akhir-akhir ini, kekuatan UMNO semakin pulih dan luka yang dialaminya pun semakin sembuh. Tanda-tanda UMNO mampu bangkit di DUN Galas semakin jelas - sekiranya DUN Galas kembali ke pangkuan UMNO, maka tidak mustahil PRU-Ke 13 bakal menyaksikan UMNO kembali kukuh dan kuat. Untuk mengambalikan kekuatan UMNO terdapat lima jalan yang jelas, iaitu : 1. ...

Khairy Desak Najib?

Khairy Desak Najib? Saya kurang pasti apakah niat sebenar kenyataan Khairy Jamaluddin di bawah ini? Apakah beliau mendesak DS Najib agar memberikannya jawatan kabinet? Peluang apa yang dimaksudkan oleh Khairy dalam ucapannya itu? Dan apakah maksud tanggungjawab yang lebih besar harus diberikan kepada Pemuda UMNO? Khairy banyak bermain dengan retorik bahasa yang memualkan. Saya ingin mengingatkan Pemuda UMNO, agar tidak terlalu berbangga dengan angka dan jumlah ahli yang telah didaftarnya - yang penting sudahkan semua ahli UMNO yang baru itu berdaftar sebagai pengundi? Jika belum, sia-sia sahaja usaha Pemuda mendaftarkan mereka sebagai ahli UMNO. Khairy berkata tentang peluang dan tanggungjawab - soalnya sudahkah beliau memberi peluang kepada para penyokong Mukhriz dan Khair Toyo untuk memegang jawatan dalam barisan EXCO Pemudanya? Jika belum, rasanya tidak perlulah beliau meminta Presiden Parti memberi peluang dan tanggungjawab yang lebih kepadanya. Wallahualam. KUALA LUM...

Demi Allah! Kita Tidak Boleh Terima Semua Ini!

Demi Allah! Saya Tidak Dapat Menerima Semua Ini! Pertamanya saya mengucapkan terima kasih (semoga Allah membalas jasa baik seorang pembaca blog saya - Jibam) atas maklumat dan informasi yang saya SEMEMANG TIDAK TAHU (bukan buat-buat tidak tahu) berkenaan satu program atau majlis yang dipanggil sebagai Islamic Fashion Festival (Baca di sini) . Majlis ini melibatkan Perdana Menteri dan isterinya. Untuk seketika dengan nama Allah, saya mengurut dada dan mengucap panjang apabila saya melihat gambar di majlis tersebut - apakah yang saya lihat ini betul atau pun imaginasi semata-mata. Agak lama saya cuba "menyiasat" cerita ini - dan akhirnya iman saya mendahului segala-galanya. Kebenaran dan hak perlu ditegakkan walaupun kita mungkin dibenci oleh semua orang. Sesungguh saya bertanggungjawab -atas nama seorang muslim menegur pemimpin negara atas kesalahan yang jelas dan bertentangan dengan agama. Tiada kompromi dalam hal ini. Saya tanpa berselindung dengan tegas sesunguhnya pengajur...

Mufti Perak Di Pihak Yang Benar

Mufti Perak Di Pihak Yang Benar Saya menyokong penuh kenyataan Mufti Perak yang menjelaskan bahawa "lompat parti" tidak salah di sisi Islam. Yang bersalah dan berdosa ialah wakil rakyat yang tidak menjalankan amanah yang diberikan. Saya percaya ulama-ulama PAS tidak akan bersetuju sama sekali dengan fatwa Harussani ini. Menurut mereka yang berpegang teguh dengan fatwa Nik Aziz, mereka yakin dan percaya sekiranya wakil rakyat PAS melompat parti - ia akan menjadi haram dan berdosa besar, tetapi sekiranya wakil rakyat UMNO yang melompat masuk menyertai PAS ia akan diberi pahala dan ganjaran syurga oleh Allah. Inilah penyelewengan akidah yang paling merbahaya pada zaman ini. Baca Laporan di bawah : IPOH – Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) atau ahli Parlimen yang bertindak lompat parti dianggap tidak bersalah selagi mereka tidak mengabaikan tanggungjawab sebagai wakil rakyat kepada parti yang diwakilinya. Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata demikian dalam sepucuk surat ...

Demokrasi : Apa Yang Kita Cari?

Demokrasi Apa Yang Kita Cari? 1. Saya sangat bersetuju dengan kenyataan Tun Mahathir di bawah. Sesetengah demokrasi tidak membawa apa-apa kemakmuran kepada sesebuah negara yang mengamalkannya. Dalam konteks Malaysia, saya percaya demokrasi tidak banyak membawa kejayaan dan ketenangan kepada rakyatnya yang berjumlah 27 juta ini. Kewujudan parti pembangkang yang gilakan kuasa dan tidak memperdulikan undang-undang - merosakkan lagi demokrasi yang sedia ada. 2. Di Malaysia, pada hemat saya tidak sesuai dijalankan sistem demokrasi bebas tanpa sempadan. Seharusnya demokrasi di negara ini dipimpin dan ditunjukkan arahnya. Kita sudah dapat melihat keadaan Malaysia yang porak-peranda selepas PRU ke-12, apabila Pakatan Pembangkang mendapat kuasa di beberapa buah negeri - mereka menjadi gila dan tidak ingat dunia. Mereka lebih banyak mengganggu kerajaan daripada membantu memakmurkan negara. Demokrasi yang mereka inginkan, hanyalah demokrasi untuk bebas bersuara dan memburukkan part...

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat Lagi Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan?

UMNO Nyanyuk? Tidak Ingat Tahun Yang Ke Berapa Perhimpunan? 1. Ada satu soalan penting, siapa tahu, tahun ini, tahun yang ke berapa kali Perhimpunan Agung UMNO telah diadakan? Rasanya mungkin ramai ahli UMNO sendiri yang tidak mampu menjawab. Saya bangkitkan isu ini kerana ia sudah mula dipertikaikan oleh sesetengah pihak. Bahkan seakan-akan terdapat kekeliruan dalam hal yang sangat remeh seperti ini. Kita tidak mahu pembangkang menjadikan isu tersebut untuk menggambarkan seolah-olah "UMNO Sudah Nyayuk" dan pelupa. 2. Urus setia UMNO Pusat harus prihatin dengan isu seperti ini, agar parti kesayangan kita tidak terus-menerus dilayak dan diketawakan oleh parti pembangkang, semata-mata hal-hal yang sangat kecil seumpama ini. Selesaikan segera, sebelum terlambat. Baca Laporan di bawah : Jadi, ada sesiapa yang boleh tolong jawabkan? KUALA LUMPUR, 19 Okt (MalaysiaAktif) -- Dalam kesibukan jentera UMNO menyambut dan meraikan hampir 5,000 anggota perwakilan ke Perhim...

Majlis Peguam Pula Diserang!

Majlis Peguam Pula Diserang! 1. Majlis Peguam Malaysia merupakan salah satu badan yang sangat aktif mengkritik dan menghentam pihak kerajaan. Hampir tiada yang baik sedikit pun undang-undang di negara ini dari kacamata badan ini. Semua perkara hendak dikritik. Walaupun mereka mendakwa kononnya Majlis Peguam bebas dikongkong oleh pengaruh dan ideologi parti politik - tetapi semua orang tahu, majlis ini sangat membela kaum tertentu dan parti politik tertentu. Slogan "bebas" yang dilaung-laungkan badan tersebut hanyalah retorik kosong semata-mata. 2. Sekiranya Majlis Peguam mahu menegakkan keadilan dan ketelusan dalam badan kehakiman di negara ini - eloklah rasanya mereka terlebih dahulu menegakkan keadilan dan kebenaran dalam badan tersebut terlebih dahulu. Terlalu banyak peguam yang dinaung oleh badan tersebut terlibat dengan salahlaku dan menyalahi etika guaman. Pada hari ini, istilah "peguam membunuh", "peguam menipu", dan "peguam memak...

Namewee Terlalu Kebal!

Namewee Terlalu Kebal! Saya sebenarnya malas untuk mengulang perbicaraan berhubung isu kebiadapan Namewee. rasanya sudah terlalu lama kita membazir masa untuk meminta ihsan kerajaan agar budak kurang ajar ini dihadapkan ke mahkamah. Orang Melayu menjadi sakit hati adalah berpunca daripada sikap kerajaan juga, yang kelihatan sangat bertegas dengan dua guru yang kononnya mengeluarkan kenyataan racis dan berbau perkauman - tetapi malangnya, bukti yang terang lagi bersuluh berkenaan "sikap kurang ajar" Namewee, seakan-akan dibiarkan begitu sahaja, sedangkan tindakan telah diambil serta-merta ke atas dua guru tersebut, walaupun kesalahan mereka masih belum dibuktikan. Soalnya sekarang, kerajaan takutkan siapa sebenarnya? Baca tulisan yang menarik di bawah, semoga menjadi renungan kita bersama : YB Nazri Aziz dilihat begitu proaktif dan bersemangat waja mahu mengambil tindakan dua guru masing-masing di Johor dan Kedah yang dikatakan mengeluarkan kenyataan berunsurkan perkauman pa...

Mahathir Serang Najib?

Mahathir Serang Najib? Kenyataan terbaru Tun Dr Mahathir mungkin akan menghayalkan sebentar para juak dan penyokong parti pembangkang (Baca di sini) . Mereka mungkin berandaian, kononnya mereka mampu menumpaskan BN dalam PRU ke-13 yang akan datang. Tetapi percayalah, ia hanya mimpi. InsyaAllah Allah akan membantu BN/UMNO untuk menang selesa dalam PRU yang akan datang.

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim

Menanti Kemenangan Zaid Ibrahim Oleh Lukman Abdullah (Agenda Daily) 1. Semua orang sudah tahu siapa tiga calon yang akan bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR bila pengesahan pencalonan mereka yang nak bertanding dalam pemilihan parti itu ditutup petang Sabtu. Azmin Ali dan Mustapha Kamil Ayub tidak begitu menjadi tumpuan kerana itu memang satu-satunya jawatan yang kedua mereka dah set nak bertanding sejak awal-awal lagi. 2. Wartawan yang membuat liputan di ibupejabat PKR di Tropicana,Petaling Jaya dari pagi sampai ia ditutup lebih nak tahu apa cerita Datuk Zaid Ibrahim sehingga beliau muncul sebelah tengahari untuk mengesahkan bertanding jawatan nombor dua. Pengumuman itu dengan sendirinya menjadikan kedudukan Datuk Seri Dr wan Azizah Ismail tidak terusik dan menang tanpa bertanding jawatan Presiden. 3. Zaid asalnya sudah bikin suspen kerana tidak menolak kemungkinan bertanding jawatan nombor satu itu kerana ditangannya ada empat pencalonan. Kemungkinan Azmin-Mustapha-Zaid saja ber...

Model Politik Baru : Bersediakah Pemimpin UMNO Berubah?

Model Politik Baru Bersediakah UMNO Berubah? Saya agak tertarik dengan istilah "Model Politik Baru" yang diperkenalkan oleh DS Najib semalam. Saya juga mengharap agar ia bukan sekadar model semata-mata, malah mampu menjadi budaya dan amalan dalam kalangan ahli UMNO. Pada hemat saya, antara "Model Politik Baru" yang mesti menjadi amalan dalam politik UMNO adalah seperti berikut : 1. Para pemimpin UMNO tidak boleh memimpin sesebuah bahagian terlalu lama. Cukuplah sekadar tiga hingga empat penggal. Begitu juga untuk menjadi wakil rakyat, cukup sekadar tiga hingga empat penggal menikmati elaun sebagai wakil rakyat. 2. Semua ahli UMNO diberi kuasa untuk memilih siapa presiden dan ahli Majlis Tertinggi yang mereka inginkan. 3. Mana-mana ahli UMNO yang sudah dikenakan tindakan disiplin, tidak lagi diizinkan aktif bagi merebut mana-mana jawatan tertinggi parti. 4. Ulama mesti diberi kedudukan yang tinggi dalam hieraki kepimpinan UMNO. Islam dan Melayu mesti dijadikan perjua...

Terima Kasih Tuan!

Terima Kasih Tuan! Berikut ialah intipati Bajet 2011 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga Menteri Kewangan, di Dewan Rakyat hari ini, Soalnya sekarang, bagaimana pula dengan bajet kita? 1. Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025. 2. Pembinaan projek bersepadu "Warisan Merdeka" dengan menara 100 tingkat tertinggi di Malaysia bernilai RM5 bilion yang dijangka siap pada 2015. 3. Pembangunan Zon Akuakultur Bersepadu di Pitas, Sungai Telaga dan Sungai Padas di Sabah serta di Batang Ai dan Tanjung Manis di Sarawak dengan peruntukan RM252 juta. 4. Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit. 5. Melanjutkan galakan potongan cukai pendapatan bagi pelabur dan pengecualian cukai pendapatan bagi syarikat dalam aktiviti pengeluaran bahan makanan sehingga 2015...

Apabila Zaid Ibrahim Mendedahkan Segalanya...

Apabila Zaid Ibrahim Mendedahkan Segalanya Saya fikir, pendedahan surat Zaid Ibrahim yang diutuskan kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR - merupakan satu mesej penting bertapa PKR berada dalam keadaan yang sangat jijik dan kotor. Tidak mungkin Zaid Ibrahim sanggup menulis surat tersebut sekiranya, keadaan politik PKR begitu baik dan sejahtera. Soalnya, apakah ini jenis parti yang boleh kita yakini untuk memerintah Malaysia? Tepuk dada tanya iman. Wallahualam. Baca surat Zaid di bawah : Datuk Zaid Ibrahim Rabu mendedahkan surat beliau kepada Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) PKR, Dr Molly Cheah pada 5 Oktober lalu menuntut parti melaksanakan tujuh perkara yang perlu dilaksanakan bagi memastikan pemilihan parti pada November ini, baik dan adil. Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu berkata, beliau telah meniliti dan mengikuti perkembangan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) yang baru selesai dan mengesan banyak masalah timbul hing...

Wee Choo Keong Dedah Kisah Akuan Bersumpah Rahimi Osman

Wee Choo Keong Dedah Kisah Akuan Bersumpah Rahimi Osman Walaupun ramai pihak yang tidak percaya andaian saya bahawa dua akuan bersumpah Rahimi Osman yang berada dalam simpanan Latheefa Koya telah hilang - tetapi saya yakin ia sebenarnya telah hilang. Jika akuan itu tidak hilang, saya pasti sudah lama para peguambela Anwar Ibrahim akan mendedahkan kedua-dua akuan bersumpah tersebut untuk dibaca oleh khalayak ramai. Namun demikian, hakikatnya dua akuan bersumpah tersebut telah hilang. KUALA LUMPUR, 13 Okt ( Bernama ) — Anggota Parlimen Wangsa Maju Wee Choo Keong mendakwa wujudnya konspirasi oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri beliau, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes liwat ketua umum Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim. Perkara ini, menurut Wee, jelas terbukti apabila kandungan surat akuan bersumpah (SD) pertama yang ditandatangani bekas setiausaha sulit Anwar, Muhamad Rahimi Osman pada 29 Jun...

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir

Mahathir Belum Mati! Tulisan Terbaik Tun Mahathir 1. I would like to apologise to the students and others for failing to turn up to give the talk I had agreed to. I would also like to thank those who sent get well messages, fruits and flowers while I was in hospital in Melbourne. Honestly I feel I have lost an opportunity to meet and talk to what may be the future leaders of Malaysia. For this reason I am writing down here what would have been the contents of my talk. 2. The suggested topic for my talk was, "Are we ready for 1 Malaysia: Does Race Still Play a Part?" I will be frank but factual. My only interest is the country we all love. I am past self-interest. First let me refer to the slogan "1 Malaysia". Without the Government spelling out the precise meaning of 1 Malaysia, different people are giving their own interpretations which not only differ from each other but are in conflict with each other. 3. The M...