Skip to main content

Posts

Mariko Bersedih Lagi : Menjawab Persoalan Calon Paling Layak di Hulu Selangor

Mariko Bersedih Lagi Menjawab Persoalan Calon Paling Layak di Hulu Selangor 1. Mungkin, dan barangkali mungkin - saya tidak sependapat dengan sebahagian besar para blogger dan ahli-ahli UMNO yang lain, berhubung isu siapakah yang layak dicalonkan sebagai wakil rakyat untuk mewakili BN di Hulu Selangor. Adakah mesti mengikut tradisi? atau kita harus akur dengan kehendak akar umbi. Jika kita mengikut tradisi - maka calon dari MIC adalah pilihan, tetapi jika kita mengikut suara hati dan akar umbi, maka calon dari UMNO haruslah kita dahului. 2. Soalnya sekarang ialah, apakah kaedah yang digunapakai bagi memilih calon terbaik untuk memastikan kemenangan BN di Hulu Selangor? Adakah kaedah melalui "unsur perkauman" masih relevan untuk BN merampas kawasan tersebut atau pun, kita harus kekal dengan kaedah lama iaitu, berteraskan muafakat dan kesepaduan parti komponen. Jika kita memilih unsur perkauman dan majoriti pengundi di kawasan tersebut, maka kita terpaksa mengorbankan semangat ...

Ke Mana Selepas Ini?

POLITIK MALAYSIA 2010 Ke Mana Selepas Ini? KUALA LUMPUR 24 Mac – Genap seminggu Dewan Rakyat digemparkan dengan kejutan pertama, hari ini giliran Zulkifli Noordin (Bebas-Kulim Bandar Baharu) pula membuat pendedahan menggegarkan politik negara. Beliau mendakwa pernah diberi tawaran lumayan oleh pihak tertentu untuk mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu. Tanpa mendedahkan pihak terlibat, beliau berkata, antara tugasnya ialah mendapatkan pengakuan bersumpah daripada Perdana Menteri dan isterinya selain diminta membuat surat akuan bersumpah bahawa Najib dan Rosmah terlibat dalam pembunuhan tersebut. Zulkifli berkata, ganjaran yang ditawarkan memang boleh menggoyahkan iman namun begitu beliau bersyukur kerana Allah melindunginya daripada terlibat dengan fitnah itu. “Atas sebab ini juga saya menarik diri daripada terus mengendalikan kes berkenaan kerana adanya gangguan daripad...

DBP 2010 : Legasi JJ Berakhir

DBP 2010 Legasi JJ Berakhir Sudah hampir empat tahun Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) berkocak dan tidak tentu arah. Bermula dengan campur tangan Datuk Johan Jaaffar (Pengerusi Lembaga Pengelola DBP) berhubung isu pelantikan Timbalan Ketua Pengarah DBP, En Kamarulzaman yang penuh diselubungi misteri dan tanda tanya - disusuli pula dengan pertentangan secara berterusan antara pihak pengurusan DBP dengan pihak Kesatuan Sekerja DBP yang selama ini benar-benar berasa sudah bosan dengan segala macam bentuk penyelewengan dan politik tikam menikam - yang akhirnya mengakibatkan staf DBP berpecah teruk menjadi tiga puak. Iaitu, puak yang menyokong dan taat setia kepada kumpulan Johan Jaaffar, puak yang berpihak kepada kebenaran yang diperjuangkan oleh Kesatuan Pekerja DBP dan puak yang ketiga ialah puak yang berdiri atas pagar, tunggu, lihat dan ambil kesempatan. DBP pada hari ini tidak lagi seperti DBP dahulu - ia tidak lagi dihormati, kepakarannya sudah mula dipertikaikan oleh masyarakat, manak...

Selamat Petang Liow Tiong Lai!

Selamat Petang Liow Tiong Lai Saya secara peribadi menyokong sepenuhnya kepimpinan Datuk Seri Liow Tiong Lai yang merupakan bekas Naib Presiden MCA dan Menteri Kesihatan Malaysia untuk dicalonkan semula bagi menerajui MCA. Sudah tiba masanya keikhlasan Liow Tiong Lai dibalas dengan sebaik mungkin. Selama ini pertikaian antara Timbalan Presiden MCA dengan Presiden MCA telah menyebabkan Liow Tiong Lai menjadi mangsa keadaan dan dikambinghitamkan. Sekarang, mahu atau tidak, pemilihan pucuk kepimpinan MCA mesti dilakukan semula bagi memilih Presiden, Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang baharu. Semoga pada kali ini MCA akan kembali ke landasan yang betul, sekali gus mengukuhkan semula sokongan masyarakat Cina kepada pihak kerajaan. Saya juga tanpa berselindung memikirkan bahawa Datuk Seri Liow Tiong Lai amat sesuai dicalonkan sama ada sebagai Presiden MCA atau pun Timbalan Presiden MCA. Dengan cara ini sahaja MCA akan kembali bersatu.

Ku Li vs DS Najib 2010 : Yang Tersirat Disurat

Isu Royalti Minyak Kelantan Hasrat Ku Li Yang Tak Terlihat Saya memetik tulis Datuk A.Kadir Jasin berhubung isu ini dan kemudian saya beri ulasan saya di bawah : PRESIDEN Umno Mohd Najib Abdul Razak pada 25 Februari berkata dia menyerahkan kepada keahlian parti memutuskan jika tindakan perlu diambil ke atas Tengku Razaleigh Hamzah. Tindakan Ku Li menentang dasar kerajaan pusat mengenai tuntutan royalti minyak/gas oleh kerajaan Kelantan dilaporkan mendapat bantahan beberapa orang ahli Majlis Tertinggi Umno. Mereka mempersoalkan “kekebalan” bekas Naib Presiden Unmo itu. Mohd Najib menyatakan pendirian itu ketika ditekan oleh pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat bulanan MT. Nampaknya, Mohd Najib sama ada mahu mencari jalan selamat mengelakkan konfrontasi dengan Ku Li atau dia mahu ahli Umno membantunya menamatkan riwayat politik Ku Li. Umno sudah biasa dengan taktik main selamat Mohd Najib. Tetapi perlu disebutkan juga yang Ku Li telah mencuba menyekat Mohd Najib daripada mengisi ...

Jawapan Terhadap Kebimbangan TS Muhyiddin

Jawapan Terhadap Kebimbangan TS Muhyiddin MARAN 21 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta pemimpin dan ahli UMNO di semua peringkat menghapuskan segala bentuk persengketaan dan perbalahan dalaman yang dilihat menjadi punca kelemahan parti. Beliau yang juga Timbalan Presiden parti menegaskan, masalah itu tidak boleh dipandang remeh kerana kajian menunjukkan ia menjadi punca utama kegagalan calon UMNO dan Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi pada pilihan raya lalu. Sehubungan itu beliau mengingatkan kedudukan UMNO dan BN adalah kritikal jika masalah dalaman seumpama itu tidak diselesaikan segera. ''Kegagalan itu berdasarkan kajian yang dibuat selepas pilihan raya umum lalu bagi mencari punca sebenar kenapa UMNO dan BN gagal mempertahankan kemenangan (majoriti) dua pertiga dalam pilihan raya umum lalu itu. ''Jika tiada perubahan dilakukan, kita (UMNO) tidak mampu bertahan," katanya ketika berucap menutup Konvensyen UMNO Pahang di ...

Tuan Ibrahim 2010 : Apabila Malam Terlelap

Tuan Ibrahim Tuan Man 2010 Apabila Malam Terlelap KUALA LUMPUR, 7 Nov (Harakahdaily): Selain agama melarang membuat dan menyebarkan fitnah, tindakan dan perbuatan yang mengundang fitnah juga wajib dielakkan. Naib Presiden PAS Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man berkata tanggapan atau persepsi salah terhadap parti dan pimpinan mestilah dicegah supaya ianya tidak merebak menjadi besar dan merosakkan perjuangan parti itu sendiri. Justeru katanya lagi PAS mempunyai akhlak jemaah yang mesti dipelihara dan sebarang perselisihan pendapat mestilah dikemukakan melalui saluran yang sedia ada. "Jangan emosi walaupun berselisih pendapat sehingga sahabat satu jemaah kita hentam. Kita ada saluran. "Jangan kemukakan ketidak-puasan hati melalui media baru," katanya sewaktu menyampaikan ucapan di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi. Tuan Ibrahim menjelaskan bahawa PAS sebuah parti yang sentiasa terbuka kepada kritikan dan tegur...

Tafsir Al-Azli (3) : Para Da'ie PAS Perlu Ubah Sikap

Tafsir Al-Azli (3) Para Da'ie PAS Perlu Ubah Sikap Pada suatu ketika dahulu, sebelum mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad bersara. Rakyat Malaysia pernah dikejutkan dengan beberapa siri sikap media massa Barat yang begitu berani bersikap kurang ajar terhadap kepimpinan negara andaikata segala kemahuan mereka tidak kita penuhi. Hal ini terbukti benar apabila salah satu media terkenal Barat - Business Weeks sanggup mengugut Tun Mahathir untuk memburuk-burukkan Malaysia dan kepimpinannya, jika mantan perdana menteri itu enggan diwawancara oleh pihak majalah tersebut. Keberanian dan kebiadaban mereka memaksa dan mengugut Tun Mahathir, menjelaskan bertapa media Barat sangat bersikap prejudis dan suka merendah-rendahkan para pemimpin dunia Islam. Apatah lagi ketika ini dunia Islam dilihat berada dalam keadaan yang sangat lemah dan saling berpecah-belah dalam kalangan mereka sendiri. Ditambah lagi dengan pelbagai bentuk penjajahan Barat ke atas umat Islam, baik melalu...

Tahniah Zulkifli Noordin!

Tahniah Zulkifli Noordin! KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu. ‘‘Tidak apa saya tunggulah sebulan apa yang hendak dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana ia dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan parti, itu hak mereka, tetapi saya juga ada hak. ‘‘Malahan saya tidak perlu pun tunggu sebulan untuk mengambil pendirian dan membuat keputusan, saya ada pilihan berbuat demikian tanpa menunggu jawatankuasa disiplin,’’ katanya. Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju deng...

Di Mana Kita Sekarang?

Di Mana Kita Sekarang? KUALA LUMPUR, 18 Jan (Harakahdaily): Pro-mahasiswa (pro-M) Nasional mengucapkan tahniah kepada kumpulan pro-M di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah memenangi sebanyak 11 daripada 12 kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kampus, semalam. Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim berkata, walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab, namun kumpulan pro-M berjaya di UMT. “Kemenangan ini membuktikan bahawa perjuangan pro-mahasiswa diterima oleh semua dan pro-aspirasi semakin hilang pengaruhnya,” ujarnya yang juga Pengerusi pro-M Universiti Malaya. Katanya, kemenangan itu merupakan gelombang awal sebaik sahaja Misi-10 dilancarkan oleh pro-mahasiswa baru-baru ini. “Selepas ini, pro-M akan terus meningkat usaha sehabis mungkin untuk memastikan gelombang kemenangan di UMT ini akan terus dibawa ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dijangka tahu keputusannya 21 Januari ...

Gereja Katolik 2010 : Jangan Bermain Dengan Ular

Gereja Katolik 2010 Jangan Bermain Dengan Ular KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan. "Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik. Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa ...

KJ dan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti

Khairy Adakan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti Saya dihubungi oleh salah seorang pemimpin pelajar IPTA sebentar tadi - menurut pemimpin pelajar itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saudara Khairy Jamaluddin sedang giat menjemput para pemimpin pelajar universitri tempat untuk bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat ini. Majlis pertemuan itu, masih belum diketahui tarikh dan lokasinya, malah, saya juga tidak tahu tujuannya - namun demikian, saya menyeru semua pemimpin pelajar yang pro-Mukhriz agar menghadiri perjumpaan tersebut. Saya melihat langkah Khairy ini dari sudut positif, bahkan inilah masanya yang paling sesuai agar para pimpinan pelajar universiti dapat berdialog secara one to one kepada saudara Khairy. Saya yakin banyak perkara yang perlu ditimbulkan dalam pertemuan tersebut antaranya : 1. Mengapa Pemuda UMNO kelihatan sangat lemah ketika ini? 2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz? 3. Mengapa Pemuda UMN...

Cara Terbaik Penyelesaian Isu Kalimah Allah

SERUAN DAKWAH! Saya mengambil kesempatan sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam menyeru kepada semua penganut Kristian di Malaysia agar berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sahajalah kamu semula akan beroleh keselamatan di dunia mahu pun diakhirat. Saya mengulang apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah 1431 dahulu yang berbunyi, "Masuklah kamu ke dalam Islam, nescaya kamu selamat". Maka, atas dasar itu, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri -menyeru kepada semua penganut Kristian di negara ini agar mengucaplah kalimah tauhid, Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah) sekaligus secara rasminya tuan-tuan menjadi orang Islam. Hanya dengan cara ini sahaja, keamanan di Malaysia akan sama-sama kita nikmati. Saya juga menyeru kepada semua ahli DAP agar segeralah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, semoga kita beroleh keamanan dan kesejahteraan...

Azli Shukri 2010 : Selamat Datang Tahun Yang Ke-31!

Azli Shukri 2010 Selamat Datang Tahun yang Ke-31 Selamat pagi semua, hari ini merupakan harijadi saya yang ke-31, saya memohon kepada Allah semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan saya pada tahun ini. Sepanjang hampir dua tahun saya menjadi blogger amatur, banyak perkara yang saya pelajari - tentang nilai persahabatan, nilai perjuangan dan nilai moraliti - namun demikian, sesungguhnya - hidup adalah perjuangan dan kesihatan - tanpa apa-apa perjuangan, kehidupan adalah kosong dan tanpa kesihatan yang baik, kehidupan umpama nikmat yang tidak cukup. Percayalah asas kekuatan kita ialah Iman dan Islam - peganglah ia kuat-kuat, nescaya Allah akan membantu kita dalam segenap urusan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pembaca setia blog saya - mana-mana yang baik terimalah dan mana-mana yang tidak secocok dengan agama, maka tinggalkanlah. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pertunangan saya baru-bar...

Isu Nama Allah : Menjawab Kebobrokan Khalid Samad

Khalid Samad Keliru! SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily) : Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri . "Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (d...