Skip to main content

Posts

Tahniah Zulkifli Noordin!

Tahniah Zulkifli Noordin! KUALA LUMPUR 26 Jan. – Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin menegaskan beliau bersedia menghadapi sebarang kemungkinan termasuk dipecat daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) berikutan ketegasannya dalam memperjuangkan isu berkaitan Islam. Walaupun akur dengan keputusan mesyuarat Biro Politik PKR hari ini yang akan menghadapkan beliau kepada jawatankuasa disiplin parti kerana membuat laporan polis ke atas Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad, namun Zulkifli berkata, beliau juga mempunyai hak dan pendirian berhubung perkara itu. ‘‘Tidak apa saya tunggulah sebulan apa yang hendak dilakukan oleh jawatankuasa disiplin parti kerana ia dilaksanakan berdasarkan kepada peruntukan parti, itu hak mereka, tetapi saya juga ada hak. ‘‘Malahan saya tidak perlu pun tunggu sebulan untuk mengambil pendirian dan membuat keputusan, saya ada pilihan berbuat demikian tanpa menunggu jawatankuasa disiplin,’’ katanya. Ulasan Saya : Saya sangat bersetuju deng...

Di Mana Kita Sekarang?

Di Mana Kita Sekarang? KUALA LUMPUR, 18 Jan (Harakahdaily): Pro-mahasiswa (pro-M) Nasional mengucapkan tahniah kepada kumpulan pro-M di Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang telah memenangi sebanyak 11 daripada 12 kerusi yang telah dipertandingkan dalam pilihan raya kampus, semalam. Pengerusinya, Mohd Shafie Hashim berkata, walaupun terdapat halangan demi halangan oleh pihak pentadbiran dan 'tangan ghaib' yang tidak bertanggungjawab, namun kumpulan pro-M berjaya di UMT. “Kemenangan ini membuktikan bahawa perjuangan pro-mahasiswa diterima oleh semua dan pro-aspirasi semakin hilang pengaruhnya,” ujarnya yang juga Pengerusi pro-M Universiti Malaya. Katanya, kemenangan itu merupakan gelombang awal sebaik sahaja Misi-10 dilancarkan oleh pro-mahasiswa baru-baru ini. “Selepas ini, pro-M akan terus meningkat usaha sehabis mungkin untuk memastikan gelombang kemenangan di UMT ini akan terus dibawa ke Universiti Islam Antarabangsa (UIA) yang dijangka tahu keputusannya 21 Januari ...

Gereja Katolik 2010 : Jangan Bermain Dengan Ular

Gereja Katolik 2010 Jangan Bermain Dengan Ular KOTA KINABALU 13 Jan. - Seorang lagi tokoh Kristian dari negeri ini, Webley Disim, yang juga Yang Dipertua Dewan Usahawan Bumiputera Sabah hari ini menggesa akhbar Herald-The Catholic Weekly menggugurkan kes tuntutan penggunaan kalimah Allah di mahkamah Tegasnya, langkah itu, penyelesaian terbaik bagi mengelak pertelingkahan atau konflik antara agama terus berlaku sehingga mencetuskan ketegangan. "Sebagai tanda hormat kepada agama rasmi negara ini iaitu Islam dan juga masyarakat pelbagai kaum, Herald-The Catholic Weekly wajar menimbang tindakan ini," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Ahad lalu, Presiden Majlis Jaksa Pendamai Malaysia, Datuk Clarence Bongkos Malakun menyarankan akhbar itu menggugurkan kes berkenaan sebagai jalan penyelesaian yang terbaik. Menurut tokoh Kristian dari Sabah itu, tindakan tersebut perlu, memandangkan perkembangan isu berkenaan semakin membimbangkan sehingga mengakibatkan beberapa ...

KJ dan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti

Khairy Adakan Pertemuan dengan Pemimpin Pelajar Universiti Saya dihubungi oleh salah seorang pemimpin pelajar IPTA sebentar tadi - menurut pemimpin pelajar itu, Ketua Pemuda UMNO Malaysia - saudara Khairy Jamaluddin sedang giat menjemput para pemimpin pelajar universitri tempat untuk bertemu dengan beliau dalam waktu terdekat ini. Majlis pertemuan itu, masih belum diketahui tarikh dan lokasinya, malah, saya juga tidak tahu tujuannya - namun demikian, saya menyeru semua pemimpin pelajar yang pro-Mukhriz agar menghadiri perjumpaan tersebut. Saya melihat langkah Khairy ini dari sudut positif, bahkan inilah masanya yang paling sesuai agar para pimpinan pelajar universiti dapat berdialog secara one to one kepada saudara Khairy. Saya yakin banyak perkara yang perlu ditimbulkan dalam pertemuan tersebut antaranya : 1. Mengapa Pemuda UMNO kelihatan sangat lemah ketika ini? 2. Mengapa masih terdapat perpecahan yang sangat ketara antara penyokong KJ dengan Dato' Mukhriz? 3. Mengapa Pemuda UMN...

Cara Terbaik Penyelesaian Isu Kalimah Allah

SERUAN DAKWAH! Saya mengambil kesempatan sebagai rakyat Malaysia dan beragama Islam menyeru kepada semua penganut Kristian di Malaysia agar berimanlah kepada Allah dan Rasul-Nya iaitu Nabi Muhammad SAW. Hanya dengan beriman kepada Allah dan Rasul-Nya sahajalah kamu semula akan beroleh keselamatan di dunia mahu pun diakhirat. Saya mengulang apa yang pernah disabdakan oleh Rasulullah 1431 dahulu yang berbunyi, "Masuklah kamu ke dalam Islam, nescaya kamu selamat". Maka, atas dasar itu, saya dengan penuh tawaduk dan rendah diri -menyeru kepada semua penganut Kristian di negara ini agar mengucaplah kalimah tauhid, Lailahaillah, Muhammadur Rasulullah (Tiada Tuhan Melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah) sekaligus secara rasminya tuan-tuan menjadi orang Islam. Hanya dengan cara ini sahaja, keamanan di Malaysia akan sama-sama kita nikmati. Saya juga menyeru kepada semua ahli DAP agar segeralah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya, semoga kita beroleh keamanan dan kesejahteraan...

Azli Shukri 2010 : Selamat Datang Tahun Yang Ke-31!

Azli Shukri 2010 Selamat Datang Tahun yang Ke-31 Selamat pagi semua, hari ini merupakan harijadi saya yang ke-31, saya memohon kepada Allah semoga dilimpahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan saya pada tahun ini. Sepanjang hampir dua tahun saya menjadi blogger amatur, banyak perkara yang saya pelajari - tentang nilai persahabatan, nilai perjuangan dan nilai moraliti - namun demikian, sesungguhnya - hidup adalah perjuangan dan kesihatan - tanpa apa-apa perjuangan, kehidupan adalah kosong dan tanpa kesihatan yang baik, kehidupan umpama nikmat yang tidak cukup. Percayalah asas kekuatan kita ialah Iman dan Islam - peganglah ia kuat-kuat, nescaya Allah akan membantu kita dalam segenap urusan. Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada semua yang menjadi pembaca setia blog saya - mana-mana yang baik terimalah dan mana-mana yang tidak secocok dengan agama, maka tinggalkanlah. Tidak lupa juga kepada semua pihak yang terlibat dalam urusan pertunangan saya baru-bar...

Isu Nama Allah : Menjawab Kebobrokan Khalid Samad

Khalid Samad Keliru! SHAH ALAM, 1 Jan (harakahdaily) : Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad petang tadi bersetuju dengan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menolak permohonan Kementerian Dalam Negeri (KDN) melarang orang-orang bukan Islam dari menggunakan perkataan 'Allah'. Beliau yang sebelum ini dilihat lantang mempertikai usaha KDN di di Parlimen, menganggap keputusan Mahkamah semalam menepati nas al-Quran."Keputusan Mahkamah itu menepati dengan al-Quran, iaitu perkataan Allah bukan milik eksklusif umat Islam sahaja tapi semua manusia patut menyembahnya," jelas beliau selepas menyertai solat Jumaat di Surau Nur Hidayah, di sini.Beliau turut menasihatkan KDN supaya tidak melarang sesuatu yang jelas digalakkan dalam Islam."Kalau kita (KDN) nak menghalang keputusan itu, secara tidak langsung seolah-olah menghalang apa yang digalakkan oleh Allah sendiri . "Yang membeza orang Islam dan bukan Islam bukanlah tuhan kita adalah Allah dan tuhan mereka tidak (d...

Memperkasakan Perkasa

MEMPERKASAKAN PERKASA KUALA LUMPUR 28 Dis. – Sudah menjadi lumrah dunia, setiap sesuatu yang mula menarik perhatian umum akan dicemburui, lebih teruk lagi apabila terdapat pelbagai usaha untuk menghancurkannya. Sedari atau tidak, Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (Perkasa) sebuah pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini mula terkena tempias jahat itu. Pendedahan itu dibuat oleh Veteran UMNO, Tan Sri Sanusi Junid dalam entri bertajuk Yahudi kuasai dunia melalui NGO, satu formula untuk survival bangsa dalam blognya, sanusijunid.blogspot.com. Menurut beliau dalam entri itu, maklumat yang amat mengejutkan itu diterima daripada seorang ketua UMNO cawangan, sebuah Bahagian UMNO di Perak semasa tiba untuk merasmikan penubuhan Perkasa cawangan Perak pada 19 Disember lalu. “Sebaik turun daripada kereta, seseorang telah mendekati saya dan membisikkan bahawa beliau ialah seorang Ketua UMNO Cawangan yang telah menerima SMS (khidmat pesanan r...

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun Oleh Shamsul Amri Baharuddin Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia. Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21. Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya. Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama...

Blog Pro-Kerajaan Diserang!

Blog Pro-Kerajaan Diserang! Usaha untuk memadamkan kebenaran semakin giat dijalankan oleh para hacker (penggodam) untuk menutup kelemahan parti pembangkang atau pemimpin agung mereka, Anwar Ibrahim. Setelah salah seorang blogger Pembela Negara, saudara Kumbang melalui blognya analisisringan.blogspot.com digodam dua hari yang lepas, para hacker ini bersembunyi dibalik nama blog tersebut untuk melancarkan serangan bertali-arus terhadap blog-blog yang pro kerajaan lewat petang semalam dan sehari sebelumnya. Blog saya juga tidak ketinggalan daripada diserang sebanyak dua kali melalui domain blog milik Kumbang tersebut. Serangan terpaksa dipatahkan seberapa segera, agar domain atau tapak blog tersebut tidak digunakan lagi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab bagi melancarkan serangan yang penuh dengan kejelekan dan tidak bermaruah ini daripada terus-menerus memporak-perandakan persahabatan serta hubungan ukhwah sesama blog pro-kerajaan. Modus operandinya adalah sangat mudah - iaitu memil...

Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir

Menjawab Buku Fitnah Terhadap Mahathir Apabila buku bertajuk Malaysian Maverick: Mahathir Mohamad in Turbulent Times diterbitkan baru-baru ini, maka - riuh-rendahlah semua orang - khususnya parti pembangkang kononnya mahu mengheret Tun Mahathir ke muka pengadilan. Malah, tuduhan kononnya Tun Mahathir bertanggungjawab atas "kehangusan" RM100 billion wang negara kerana membina pelbagai projek mega selama 22 tahun beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia, menjadi agak janggal kerana tidak pula dikaitkan secara adil dengan pencapaian unggul beliau selama 22 tahun yang terbukti berjaya menarik pelaburan dan keuntungan kepada negara sebanyak hampir RM300 billion. Bahkan, di sisi lain pula - jika kita merupakan manusia yang ada "otak" pelaburan Tun Mahathir - jika sekali pun benar bahawa beliau telah membelanjakan RM100 billion untuk membina projek mega selama beliau menjadi Perdana Menteri Malaysia - maka pulangannya pula adalah sebanyak RM300 billion kepada negara sela...

Satu Tindakan Bijak

Satu Tindakan Bijak KOTA BHARU 22 Dis. – Sehari selepas diperintahkan Mahkamah Tinggi Syariah agar tidak tinggal bersama isteri keduanya, Ketua Penerangan Dewan Pemuda Pas negeri, Dr. Rosli Allani Abd. Kader meletakkan semua jawatan dalam parti itu berkuat kuasa serta- merta. Keputusan itu diambil beliau selepas kes perkahwinannya dengan Ilyani Mohd. Noor, 30, mendapat liputan meluas media hari ini. Menurut Dr. Rosli Allani, 35, surat peletakan jawatannya akan dihantar kepada Dewan Pemuda Pas Kelantan (DPPNK) dalam masa terdekat. Beliau turut memohon maaf kepada pucuk pimpinan dan ahli-ahli Pas jika masalah peribadinya telah mencalar imej atau mendatangkan masalah kepada parti. Dalam pada itu, beliau turut mengakui menjadi mangsa sindiket perkahwinan diuruskan oleh seorang bekas imam muda yang memberikan sijil dan kad perkahwinan tidak didaftarkan. Menurutnya, walaupun yakin berada di pihak yang benar, peletakan jawatannya itu adalah untuk menjaga nama baik, integriti dan persep...

Bagi Anwar - Kerajaan Semua Tidak Betul

Bagi Anwar Ibrahim Kerajaan Semua Tidak Betul KUALA LUMPUR, Dis 15: Bajet 2010, yang dibentangkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini hanya diluluskan dengan majoriti tiga undi sahaja iaitu 66 menyokong dan 63 menentang dalam pengundian lewat malam tadi. Ia berlaku apabila bajet 2010 itu dibuat bacaan untuk kali ketiga dan diluluskan lewat malam tadi. Ia menjadi ujian besar kepada kredibeliti Najib kerana ini adalah bajet pertama yang beliau bentangkan. Peristiwa ini juga adalah yang pertama kali berlaku apabila satu bajet diluluskan dengan perbezaan undi yang sangat tipis. Jika ditolak, ia membawa implikasi besar terhadap kerajaan pimpinan Umno itu. Semasa undian dibuat peringkat Jawatankuasa untuk Kementerian Dalam Negeri, iaitu kementerian yang terakhir yang dibahaskan, ia hanya diluluskan dengan majoriti satu undi sahaja. Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib dan beberapa menteri kebinet bergegas ke Parlimen malam tadi bagi mengundi untuk bajet ...

PAS adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat"

PAS Adakan Kempen "UMNO Pengkhianat Rakyat" KUALA LUMPUR, 14 Dis: PAS akan melancarkan kempen 'Umno Pengkhianat Rakyat' pada 9 Januari 2010 bagi membongkar segala pembohongan dan juga kezaliman yang telah dibuat oleh Umno hingga ke hari ini kepada rakyat khususnya bagi orang-orang Melayu dan umat Islam. Ketua Penerangannya, Ustaz Idris Ahmad dalam satu kenyataan memberitahu jentera penerangan disemua peringkat telahpun diminta bersedia untuk mengerakkan kempen tersebut hingga ke peringkat akar umbi, khususnya dikubu-kubu kuat Umno bagi memastikan rakyat dapat melihat wajah sebenar Umno. "PAS akan mengunakan segala fasiliti media dan saluran maklumat yang pelbagai bagi memperjelaskan fakta-fakta kezaliman yang selama ini disembunyikan oleh Umno. "Umno yang selama ini selalu melaung-laungkan slogan Hidup Melayu kini tersepit kerana semakin ramai orang-orang Melayu hilang kepercayaan kepada Umno selepas beberapa siri kezaliman yang mereka lakukan. "Kaum ...

PAS Haramkan Perkataan "Salam 1Malaysia"?

Mengapa PAS Mahu Haramkan Perkataan "Salam 1Malaysia"? KOTA BHARU, 14 Dis (Harakahdaily): Selepas Islam Hadhari tenggelam bersama Tun Abdullah Ahmad Badawi, kini rakyat digalakkan melakukan perbuatan bidaah (tidak menjadi amalan Nabi Muhammad saw) apabila dipaksa melafazkan ucapan 'Salam 1Malaysia’. Ulama menjelaskan ucapan seperti itu merupakan satu perbuatan bidaah dan tidak ada dalam Islam. Malah, kata mereka ucapan itu seperti mempersendakan Islam yang menganjur umatnya melafaz ucapan 'assalamu alaikum warahmatullahi wabarakaatuh'. Sehubungan itu, ia perlu dikaji semula dan pandangan dari para ulama yang adil perlu diambil untuk menilainya. Bekas Yang Dipertua Abim Kelantan, Mohamad Mustafa berkata, ucapan Salam 1Malaysia adalah salam nasionalisme yang berpangkal kepada tuntutan agama. "Rasulullah saw tidak pernah mengajar 'Salam 1Madinah ketika baginda mula-mula menegakkan kerajaan Islam selepas diusirkan kafir Quraisy dari Mekah. “Sekiranya mahu m...