Skip to main content

Posts

Showing posts from November, 2020

Mengapakah Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami lakukan. JEFF BEZOS MELARANG MENGGUNAKAN POWER POINT DALAM MESYUARAT atau pertemuan perbincangan syarikat. Dia mahukan dokumen naratif. Dia menyedari kekuatan tulisan yang baik dan menjadikannya sebahagian daripada budaya syarikat. Mengapakah dia melakukan hal tersebut? Kerana dia tahu betapa kuatnya impak penulisan naratif sebagai medan latihan dalam menyampaikan pemikiran yang jelas dan memberikan hasil yang sangat baik kepada cara pemikiran staf dan meningkatkan daya kognitif mereka.   Bezos percaya dengan penulisan. Dia tahu kekuatan untuk menawan para pekerjanya melalui naratif pelaporan. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada idea yang baik. Dia tahu tulisan yang baik membawa kepada perbahasan yang baik. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada prestasi yang lebih baik. Dan dia tahu penulisan yang baik membawa kepada pemikiran yang lebih ...

Mengapakah Batman Memerlukan Joker?

DALAM SESEBUAH CERITA YANG MENJADIKAN SESUATU watak itu menarik bukanlah watak itu sendiri. Sebaliknya hubungan antara watak tersebut dengan watak-watak lain yang akan menjadikan sesebuah cerita itu menarik untuk diikuti.   Apakah Batman, wataknya dengan sendiri menjadi sangat menarik? Tidak juga. Tetapi di sebelahnya ada Joker, hubungan mereka berdualah yang menjadikan watak Batman  menjadi sangat menarik lagi kekal relevan.     Hubungan antara watak Batman dengan Joker membina differentiation (perbezaan). Maka lahirlah positioning (gambaran) di dalam kotak minda penonton tentang kedua-dua watak tersebut - sang jahat menentang penyelamat dunia.    Dalam marketing, differentiation ialah alat untuk membina positioning di dalam pemikiran pelanggan. Ia sama dengan apa yang berlaku di dalam filem.    Walter White menarik kerana hubungannya dengan Jesse dan Hank. Neo menarik kerana hubungannya dengan Trinity dan Ejen Smith. Don Draper menarik kerana a...

Rahsia Besar Storytelling!

RAHSIA BESAR KANDUNGAN DALAM MANA-MANA storytelling ialah ‘musuh yang paling kuat’. Mari sama-sama kita fahami. Apakah yang menyebabkan sesebuah cerita menjadi epik? Ramai yang berpandangan ia disebabkan ‘karakter’. Apakah Hang Tuah menjadi epik kerana karakternya yang perkasa, setia, bijak dan kuat semata-mata? Jawapannya – tidak!   Storytelling yang hebat adalah hubungan antara karakter dengan konflik. Pertarungan antara mereka berdua adalah konflik. Hang Tuah berjaya membunuh pendekar Jawa yang kebal Si Taming Sari. Majapahit akhirnya menghormati Sultan Melaka, semua ini adalah ‘hubungan’ yang terbentuk antara konflik dengan karakter. Kematian Taming Sari menjadikan Hang Tuah super hero yang kebal dan tidak terkalah.   Konflik ialah jantung setiap kisah epik yang hebat. Batman memerlukan Joker, Daenerys memerlukan Lannister dan Luke Skywalker memerlukan Darth Vader. Lazimnya musuh yang hebat memaksa pahlawan menjadi pahlawan. Inilah konflik yang menghasilkan kekacauan. Ke...

Yang Saya Pelajari daripada Tan Sri Azman Hashim

"AZLI, APAKAH YANG YOU TAHU TENTANG AMBANK?", Tiba-tiba suara tegas Tan Sri Azman Hashim, Mantan Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad menerjah masuk ke dalam telinga saya. Tersentak sebentar. Belum pernah mana-mana tokoh korporat yang saya interview akan bertanya soalan terlebih dahulu kepada saya. Kali ini benar-benar berbeza. Nahas ni!      Seketika berdiam mencari idea, lantas saya jawab penuh yakin. Satu persatu saya menceritakan tentang AmBank. Dia tersenyum, kemudian membetulkan setiap butiran yang saya kemukakan tadi dengan kemas lagi tersusun. Terasa malu, seolah-olah saya tidak membuat homework yang cukup sebelum bertemu dengannya. Saya fikir, saya mengetahui banyak perkara tentang AmBank, tetapi ternyata salah!   Selesai mewawancara Tan Sri Azman Hashim. Saya pulang ke rumah. Termenung sebentar di hadapan cermin. mencari pengajaran di sebalik peristiwa yang terjadi.    Setiap CEO , founder produk atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua organisasi...

James Bond : Kepintaran ialah Jenama

SEBILANGAN PEMIMPIN BESAR INDUSTRI INI IAITU Elon Musk, Bill Gates dan Mark Zuckerberg walaupun sangat sibuk, memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari (atau lima jam seminggu) sepanjang karier mereka untuk tiga aktiviti yang penting ini, iaitu : membaca, refleksi dan melakukan eksperimen.   Apakah tujuannya? Tujuannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin idea baharu dan membina sebanyak mungkin solusi melalui inovasi orang lain. Berfikir dengan kreatif dan berstategi adalah satu bentuk kompetensi yang sangat diperlukan oleh semua usahawan. Usahawan kecil atau besar - wajib memiliki kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.   Baik. Bagaimanakah kita ingin membentuk pemikiran aras tinggi? Salah satu caranya adalah banyak membaca buku yang bermanfaat. Membaca buku-buku yang bermanfaat akan menambah idea. Idea yang banyak akan membentuk garis hubungan. Garis hubungan antara satu idea dengan idea yang lain akan membina jaringan. Jaringan yang bany...