Skip to main content

Posts

Showing posts from 2020

Mengapakah Jeff Bezos Larang Menggunakan PowerPoint?

Beberapa tahun yang lalu, kami melarang 'persembahan' PowerPoint di Amazon. Ini mungkin perkara yang paling pintar pernah kami lakukan. JEFF BEZOS MELARANG MENGGUNAKAN POWER POINT DALAM MESYUARAT atau pertemuan perbincangan syarikat. Dia mahukan dokumen naratif. Dia menyedari kekuatan tulisan yang baik dan menjadikannya sebahagian daripada budaya syarikat. Mengapakah dia melakukan hal tersebut? Kerana dia tahu betapa kuatnya impak penulisan naratif sebagai medan latihan dalam menyampaikan pemikiran yang jelas dan memberikan hasil yang sangat baik kepada cara pemikiran staf dan meningkatkan daya kognitif mereka.   Bezos percaya dengan penulisan. Dia tahu kekuatan untuk menawan para pekerjanya melalui naratif pelaporan. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada idea yang baik. Dia tahu tulisan yang baik membawa kepada perbahasan yang baik. Dia tahu penulisan yang baik membawa kepada prestasi yang lebih baik. Dan dia tahu penulisan yang baik membawa kepada pemikiran yang lebih ...

Mengapakah Batman Memerlukan Joker?

DALAM SESEBUAH CERITA YANG MENJADIKAN SESUATU watak itu menarik bukanlah watak itu sendiri. Sebaliknya hubungan antara watak tersebut dengan watak-watak lain yang akan menjadikan sesebuah cerita itu menarik untuk diikuti.   Apakah Batman, wataknya dengan sendiri menjadi sangat menarik? Tidak juga. Tetapi di sebelahnya ada Joker, hubungan mereka berdualah yang menjadikan watak Batman  menjadi sangat menarik lagi kekal relevan.     Hubungan antara watak Batman dengan Joker membina differentiation (perbezaan). Maka lahirlah positioning (gambaran) di dalam kotak minda penonton tentang kedua-dua watak tersebut - sang jahat menentang penyelamat dunia.    Dalam marketing, differentiation ialah alat untuk membina positioning di dalam pemikiran pelanggan. Ia sama dengan apa yang berlaku di dalam filem.    Walter White menarik kerana hubungannya dengan Jesse dan Hank. Neo menarik kerana hubungannya dengan Trinity dan Ejen Smith. Don Draper menarik kerana a...

Rahsia Besar Storytelling!

RAHSIA BESAR KANDUNGAN DALAM MANA-MANA storytelling ialah ‘musuh yang paling kuat’. Mari sama-sama kita fahami. Apakah yang menyebabkan sesebuah cerita menjadi epik? Ramai yang berpandangan ia disebabkan ‘karakter’. Apakah Hang Tuah menjadi epik kerana karakternya yang perkasa, setia, bijak dan kuat semata-mata? Jawapannya – tidak!   Storytelling yang hebat adalah hubungan antara karakter dengan konflik. Pertarungan antara mereka berdua adalah konflik. Hang Tuah berjaya membunuh pendekar Jawa yang kebal Si Taming Sari. Majapahit akhirnya menghormati Sultan Melaka, semua ini adalah ‘hubungan’ yang terbentuk antara konflik dengan karakter. Kematian Taming Sari menjadikan Hang Tuah super hero yang kebal dan tidak terkalah.   Konflik ialah jantung setiap kisah epik yang hebat. Batman memerlukan Joker, Daenerys memerlukan Lannister dan Luke Skywalker memerlukan Darth Vader. Lazimnya musuh yang hebat memaksa pahlawan menjadi pahlawan. Inilah konflik yang menghasilkan kekacauan. Ke...

Yang Saya Pelajari daripada Tan Sri Azman Hashim

"AZLI, APAKAH YANG YOU TAHU TENTANG AMBANK?", Tiba-tiba suara tegas Tan Sri Azman Hashim, Mantan Pengerusi Kumpulan AmBank Berhad menerjah masuk ke dalam telinga saya. Tersentak sebentar. Belum pernah mana-mana tokoh korporat yang saya interview akan bertanya soalan terlebih dahulu kepada saya. Kali ini benar-benar berbeza. Nahas ni!      Seketika berdiam mencari idea, lantas saya jawab penuh yakin. Satu persatu saya menceritakan tentang AmBank. Dia tersenyum, kemudian membetulkan setiap butiran yang saya kemukakan tadi dengan kemas lagi tersusun. Terasa malu, seolah-olah saya tidak membuat homework yang cukup sebelum bertemu dengannya. Saya fikir, saya mengetahui banyak perkara tentang AmBank, tetapi ternyata salah!   Selesai mewawancara Tan Sri Azman Hashim. Saya pulang ke rumah. Termenung sebentar di hadapan cermin. mencari pengajaran di sebalik peristiwa yang terjadi.    Setiap CEO , founder produk atau sesiapa sahaja yang menjadi ketua organisasi...

James Bond : Kepintaran ialah Jenama

SEBILANGAN PEMIMPIN BESAR INDUSTRI INI IAITU Elon Musk, Bill Gates dan Mark Zuckerberg walaupun sangat sibuk, memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari (atau lima jam seminggu) sepanjang karier mereka untuk tiga aktiviti yang penting ini, iaitu : membaca, refleksi dan melakukan eksperimen.   Apakah tujuannya? Tujuannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin idea baharu dan membina sebanyak mungkin solusi melalui inovasi orang lain. Berfikir dengan kreatif dan berstategi adalah satu bentuk kompetensi yang sangat diperlukan oleh semua usahawan. Usahawan kecil atau besar - wajib memiliki kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.   Baik. Bagaimanakah kita ingin membentuk pemikiran aras tinggi? Salah satu caranya adalah banyak membaca buku yang bermanfaat. Membaca buku-buku yang bermanfaat akan menambah idea. Idea yang banyak akan membentuk garis hubungan. Garis hubungan antara satu idea dengan idea yang lain akan membina jaringan. Jaringan yang bany...

Bagaimanakah Michael Jordan Boleh Jadi Legenda?

DIA GAGAL MASUKKAN 9000 LONTARAN KE DALAM KERANJANG. Kalah dalam 300 pertandingan. 26 kali gagal melakukan lontaran penyudah yang tepat untuk pasukannya menang di akhir pertandingan. Dia berhadapan dengan kegagalan yang banyak. Tetapi, itulah sebab utama mengapa Michael Jordan boleh berjaya menjadi legenda dan pemain terbaik sepanjang zaman NBA (National Basketball Association). Dia tidak melihat kegagalan sebagai beban. Semuanya dilihat dalam sudut positif.   Tidak ramai yang mampu mengalihkan kekecewaan dan kegagalan menjadi sumber kekuatan. Rata-ratanya kita hanyut dibawa arus kesedihan.    Michael Jordan mampu melompat dari garis free throw untuk melakukan aksi 'terbang' slam dunk sehingga mendapat julukan Air Jordan yang kemudian menjadi simbol brand keluaran Nike.    Setiap perniagaan ada slam dunk tersendiri. Jangan terbang tinggi sebelum masanya. Bersedia dengan ilmu, pengalaman dan latihan, barulah bermain dalam liga yang lebih mencabar. Jangan ter...

Usahawan Siput : Biar Lambat Asal Selamat

SIPUT MAMPU TIDUR ANTARA TIGA HINGGA EMPAT TAHUN. Lama sungguh. Dinamakan hibernasi. Haiwan ini bergantung hidup dalam persekitaran lembab. Hanya dengan tidur, siput berupaya mempertahankan kelembapan yang berada di tubuh mereka. Tanpa cairan atau persekitaran basah, mereka akan mati.    Apakah maksud semua ini kepada kita? Biar pun perniagaan kita kelihatan lembab dan lambat bergerak seperti bisnes orang lain, tetapi jika kita tahu kekuatan dan kelemahan bisnes yang kita dilakukan, inshaAllah kita boleh sustain walaupun untung sedikit setiap tahun.    Selalu ingat, tujuan berniaga bukanlah mengejar untung yang banyak untuk jangka masa pendek, sebaliknya sejauh mana kita mampu bertahan dan sentiasa berkembang. Biar mampu bertahan dengan keuntungan yang sedikit, daripada untung 'mengejut', esok lusa rugi semula.    Usahawan bijak adalah yang kenal pelanggannya, kenal persekitarannya dan kenal kelebihan dirinya. Siput tidak mampu mendengar dan melihat dengan...

Benarkah Orang Berniaga Orang yang Tidak Normal?

RAMAI ORANG MENDAKWA ELON MUSK IALAH AHLI PERNIAGAAN yang 'tidak normal'. Seolah-olah itu adalah perkara buruk. Jiran atau kawan anda yang 'normal' tidak akan membawa kita ke Marikh.    Kata Thomas J. Peter dan Robert H. Waterman JR, "Keseluruhan penyelidikan tentang otak kiri dan kanan benar-benar memberi kesan bahawa bidang perniagaan adalah 100 peratus dipenuhi dengan manusia yang sangat tidak rasional." Itulah rumusan di dalam buku terkenal mereka In Search of Excellence .   Secara umum, terdapat dua cara untuk 'menjadi sangat tidak rasional' dalam perniagaan, kerana dalam perniagaan anda perlu menghasilkan nilai untuk berjaya.   Pertama, cuba jadi yang terbaik dalam satu perkara tertentu - contoh Stephen King atau JK Rowling adalah antara storytellers terbaik di dunia. Tetapi tidak ramai antara kita yang boleh menjadi seperti mereka berdua. Jalan itu tidak benar-benar terbuka, hanya untuk 1 peratus sahaja.   Cara kedua, seperti yang disarankan...

Musuh Utama Manusia adalah Keraguan dan Ketakutan

SEPATAH KATA WILLIAM WRIGLEY, "MUSUH UTAMA MANUSIA IALAH KERAGUAN DAN KETAKUTAN."  Seandainya kesimpulan ini mampu dihadapi, kita berupaya terbang bebas umpama burung Camar menghiasi birunya langit.   Kanye berhutang USD53 juta untuk membiayai Yeezy. Steve Jobs dipecat dari Apple dan kemudian kembali beraksi memacu kegemilangan. Elon memperoleh USD180 juta daripada PayPal, kemudian terus melabur sebanyak USD100 juta di SpaceX, USD70 juta di Tesla dan USD10 juta di Solar City. Pemenang bermain untuk menang. Percaya pada diri sendiri dan melawan rasa ragu dan takut yang terpahat di dalam sanubari. Albert Einstein gagal matematik di sekolah menengah. JK Rowling, manuskripnya ditolak oleh 15 buah syarikat penerbitan. Walt Disney diberitahu bahawa dia tidak mempunyai khayalan yang cukup untuk maju. Kisah-kisah orang yang berjaya ini asalnya adalah kisah kegagalan. Setiap daripada kita memiliki sisi kegagalan yang tersendiri. Tetapi yang terbaik daripada kita ialah mereka yang san...