Skip to main content

Syabas Mufti Selangor!

Semoga Allah merahmati ulama yang ikhlas berjuang kerana-Nya. Sudah tiba masanya seluruh ulama bersatu di bawah kerajaan UMNO dalam menghadapi agenda jahat musuh Islam yang terang-terang mahu memurtadkan umatnya di Malaysia. Baca berita ini. KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan.

Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik. Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam.

Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Islam, Adat Istiadat Melayu dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Mohd. Ali yang bertindak mempertahankan tindakan JAIS itu.

Menurutnya, orang yang mempertahankan kebenaran Islam seperti Hasan wajib disokong oleh seluruh umat Islam, bukannya dicaci dan dikecam hanya kerana kepentingan politik sempit yang bersifat keduniaan.

“Akidah adalah salah satu daripada maqasid syariah yang wajib dipertahankan oleh setiap yang bergelar Islam. Akidah bukan bahan dagangan politik, ia tidak boleh dijual beli.

“Jika ada musuh yang menyerang, kita wajib mempertahankan diri. Begitu juga dalam soal akidah, jika ada musuh agama yang cuba memurtadkan orang Islam, kita wajib bangkit menentang.

“Lihat bagaimana para sahabat sanggup mati syahid, sanggup diseksa dan sanggup dibunuh demi akidah tetapi untuk menjual agama Allah, mereka tidak sesekali berbuat demikian,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai penemuan bukti berbentuk ‘12 soalan kuiz’ mengenai agama Islam pada majlis ‘berbuka puasa’ yang dianjurkan gereja tersebut, Mohd. Tamyes berkata, tindakan JAIS tepat. Katanya, JAIS tidak bertindak secara semberono jika tiada maklumat lengkap mengenai aktiviti penyebaran agama Kristian kepada orang Islam tetapi malangnya jelas beliau, ada segelintir pemimpin Islam sendiri mempertikaikan tindakan itu.

Comments

Anonymous said…
Mana dia tukang keluar fatwa. Apasal diam???
Anonymous said…
tukang keluar fatwa kata..
"Lu jangan kasi wa mati pun wa boleh diam"
hahahahaha nampak sangat baculnyer..
berbeza betul dgn ayat cite KL gangster... hehehehehehehehe.....
Pakcu Rantau Panjang said…
Salam persaudaraan buat tuan.

Tahniah dan syabas buat blog tuan dan juga Mufti Selangor yang kedepan memberi penjelasan mengenai isu dakyah Kristian di gereja tempoh hari.

Peranan Mufti sebagai penjaga agama sepatutnya lebih berani biarpun kadang--kadang terpaksa berdepan dengan berbagai tuduhan yang tak sepatutnya datang dari golongan politik bila ianya menyentuh tentang hal akidah.

Mungkin juga impak kata-kata dari orang politik yang turut mau menjatuhkan nama mufti kerana tempias politik lalu maka yang lain pun turut terdiam.

Berkatalah....walaupun sepahit mana jika itu kebenaran apalagi jika sesuatu yang hak dalam agama kita. Jangan biarkan orang awam tersasar jauh dari akidah Islam kerana kekaburan yang dimainkan oleh manusia yang berkepentingan.....walahualam
Anonymous said…
Dr Asri kata Islam ugama hujah bila berhadapan isu Gereja. Bila isu Bersih sokong pula demo. Ini kah Ulama tersohor???????.
otaklunyai said…
Jaga Aqidah itu memang wajib. Tapi dato' mupti tak nampak ke terlalu banyak jalan yg menjurus kepada kerosakkan Aqidah ini sekarang ni... dan akhirnya Murtad adalah produk terakhirnya. Jadi kenapa orang2 yg diberi berkuasa contohnya seperti doto mupti sendiri tidak melakukan sesuatu utk mencegah jalan2 kepada kefasikkan, rosak Aqidah, rosak Iman dan bila longgarnya iman akhirnya akan membawa kepada murtad. Bukan tiba2 saja berlaku murtad... Apa kata dato mupti betulkan rancangan2 di TV dulu. Bulan Ramadhan ke tak bulan Ramadhan ke rancangan nya semacam saja... boleh dikatakan semuanya membawa kepada kerosakan akhlak dan akan melarat2 kepada kerosakkan Aqidah... ada rancangan tadarus tapi masih lagi penonton disumbat dgn iklan2 maksiat. benda ni halus dato... jangan nampak yg depan mata saja... dato patut bercakap pasal murtad sejak dato kenal agama Islam ini... bukan hari ni je dato... bila ada isu baru nak buka mulut yg luas tu...

Dalam Islam pun ada mengajar supaya kita bertindak denganberhemah... sapa yg tak marah kalau rumahnya diceroboh dan penceroboh buat sesuka hati... gunakanlah hikmah... bukan salah depa... kata sebenarnya yg tak jaga agama kita... yg berkuasa pun dok makan tidoq jer... dgn kata lain makan gaji buta... sorry lah dato... saya dah muak dgn lakonan2 pelakon tak bertauliah begini..
Anonymous said…
Biasanya orang yg nak murtad itu dah tak amal Islam sekian lama spt solat, puasa dll. Jadi, bagaimana pula peranan JAIS, Jakim dan Menteri Agama dlm persoalan mereka yg tidak menegakkan rukun Islam. Apa peranan media massa pulak, apa peranan PM sebagai khalifah umat Islam-melayu ? Kena selesai potensi-potensi yg akan berlaku murtad itu.
Anonymous said…
mengemukakan usul yang juga meminta Dewan Rakyat mewujudkan undang-undang mencegah murtad seperti meminda Perkara 11(1) Perlembagaan Persekutuan dengan memasukkan peruntukan yang jelas menghalang individu Islam daripada secara bebas mengisytiharkan diri keluar daripada agama Islam.

"Usul itu juga tidak dipedulikan oleh kerajaan dan ahli-ahli Parlimen Umno,"
Anonymous said…
otaklunyai nak guna cara Dr asri...nak berhujah dgn mufti selangor....

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...

Dari Kuala Kangsar Ke Bukit Gantang

Dari Kuala Kangsar ke Bukit Gantang Saya terpanggil bagi menjawab beberapa tuduhan liar Datuk Seri Nizar di Kemunting semalam, dengan mendakwa bahawa rakyat di Bukit Gantang harus menolak BN beralaskan kepada beberapa alasan tersebut : 1. BN/UMNO mengamalkan politik perkauman. 2. BN/UMNO mengugut rakyat. Kedua-dua hujah yang dikemukakan oleh Nizar semalam begitu jelas menggambarkan kegoncangan hati dan emosi beliau selama ini. Saya sangat berkeyakinan bahawa Nizar merupakan seorang yang baik - tetapi malang kerana terpengaruh dengan gaya politik PAS selama ini, akhirnya beliau menjadi kasar serta terikut-ikut dengan rentak dan gaya pemimpin PAS yang lain. Benarkah UMNO mengamalkan politik perkauman? Jawapannya mudah UMNO hanyalah sebuah parti yang percaya bahawa asal Malaysia ini adalah hak orang Melayu, lantaran itu terkandung di dalamnya beberapa hak yang harus ada kepada penduduk asalnya. Dan UMNO hanya mempertahankan hak bangsanya sahaja. "Hak" bermaksud kepunyaan wajib ...
Kebenaran Tanpa Penghujung Oleh Muhammad Azli Shukri "Manusia menjadi musuh dengan apa-apa yang tidak diketahuinya." - ini adalah pepatah orang-orang Arab. Bukan hadis nabi. Namun demikian, kata-kata ini banyak kebenarannya. Saya sedikit agak kecewa, bahkan mungkin merungut sedikit. Saya memohon maaf jika tulisan saya kali ini agak pedas dan keras (syadid) sikit daripada biasa. Hal ini adalah kerana saya sememangnya tidak gemar apabila seseorang begitu mudah memberi hukum tanpa usul periksa. Isu memboikot barang-barang tertentu yang jelas bersekongkol dengan Israel, saya tegaskan bahawa saya sangat bersetuju dilaksanakan, tetapi lakukan boikot tersebut dengan bijaksana dan berhikmah. Bukan dengan membuta-tuli atau berlandaskan kejahilan serta kebodohan yang kita miliki. Umat Islam menjadi lemah adalah disebabkan sifat ingin tahu mereka terlalu rendah. Malah, untuk mencari ilmu pengetahuan pun kita begitu malas. Umat Islam, khususnya di Malaysia- lebih gemar mendengar khabar a...