Skip to main content

Nasihat Ridhuan Tee Abdullah

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal.

Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan saya walaupun ada akhbar lain yang berasa kecut.

Cikgu S yang dimaksudkan itu adalah sahabat karib saya, seorang guru bahasa, berbangsa India beragama Kristian yang mengajar di salah sebuah sekolah rendah di Lembah Kelang. Kami sering berhubung dan bertukar-tukar pandangan mengenai agama. Beliau amat menghormati agama Islam. Seperti telah saya sebutkan dalam artikel itu, beliaulah yang memberikan segala bukti bagaimana seorang kanak-kanak darjah satu diajar oleh guru tuisyennya mengenai Kristian dan Nabi Isa. Kanak-kanak lebih memahami Kristian daripada Islam.

Beliau mengambil inisiatif melaporkan kepada pihak berkuasa, tetapi tidak ramai ambil berat sehinggalah berita tersebut disensasikan oleh media. Terfikir juga saya, siapa sebenarnya bertanggungjawab menjaga kepentingan Islam, orang Islam atau orang bukan Islam? Kita hanya sensitif bila isu menjadi sensasi. Maklumlah mahu mencari publisiti. Sedarkah kita akan implikasi ke atas Islam jika ramai yang murtad? Terus-terang, saya amat jarang jumpa non-Muslim yang amat prihatin dengan orang Melayu dan agama Islam. Beliau seolah-olah sudah Islam di sisi Allah SWT. Tertanya-tanya juga dalam diri, kenapa tidak ramai orang Islam seperti beliau.

Saya yakin selepas ini jika identiti beliau didedahkan, beliau akan menjadi sasaran bukan Islam, terutama orang Kristian. Saya berdoa kepada Allah SWT, semoga beliau tabah dan kehidupannya diberkati. Saya sebenarnya tidak mahu bersangka buruk kepada orang Kristian. Tetapi realiti yang berlaku, membenarkan sangkaan buruk saya ini. Missionari Kristian bergerak aktif dalam segala aspek. Mereka akan mengambil kesempatan, ruang dan peluang untuk menyebarkan agamanya kepada orang Melayu (Islam), walaupun dilarang oleh undang-undang. Namun, atas alasan hak asasi manusia dan mendapat perlindungan antarabangsa, mereka nampak kebal dan tetap meneruskan niat mencabar kedudukan agama Islam. Sedihnya, kita terlalu berlembut. Sedangkan kita semua tahu, agama Islam tidak boleh disamaratakan dengan agama bukan Islam. Kita boleh berkongsi nilai-nilai baik agama-agama, tetapi kita tidak boleh berkongsi agama, kerana bagi kamu agamamu, bagi aku, agamaku. Itulah ingatan Allah dalam surah al-Kafiruun, Lagipun, Islam mendapat perlindungan dalam Perlembagaan. Sila rujuk perkara Perkara 8, iaitu persamaan dan hak sama rata dan pengecualian peruntukan ini dalam soal agama, kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.

Perkara 10 (4), iaitu batasan hak kebebasan bersuara daripada menyentuh kedudukan Raja-Raja, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan seumpamanya. Perkara 38, iaitu kuasa Majlis Raja-Raja menghalang Parlimen membuat undang-undang yang menyentuh kedudukan Raja-Raja Melayu, orang Melayu, bahasa Melayu dan Islam. Perkara 150 (6a), iaitu kedudukan agama Islam, adat istiadat Melayu dan Bumiputera Sabah dan Sarawak, kewarganegaraan meskipun dalam keadaan darurat. Perkara lain yang berkaitan dengan kedudukan Agama Islam ialah: Perkara 11 (4) - tentang kebatasan kebebasan agama orang Islam. Perkara 12 (2) - peranan Persekutuan dan suatu negeri dalam memajukan pendidikan Islam.

Sedarlah wahai saudaraku, orang Melayu akan hancur tanpa Islam. Islamlah yang memartabatkan orang Melayu selama ini. Justeru, janganlah hari ini kita terlalu sombong dan bongkak sehingga menjadi sukar untuk menjaga kepentingan Islam. Islam tidak akan tercabut walaupun mungkin sesuatu bangsa itu mungkin pupus. Islam mendapat jagaan Allah, tetapi kuasa dan takhta belum tentu.

Comments

Anonymous said…
http://samakita.blogspot.com/
Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan
Anonymous said…
PAS tak kisah ini semua, dakwah konon, buka puasa dalam pusat ibadat bukan Islam sambil nyanyi lagu ibadat bukan Islam pun tak apa, toleransi konon. Hinggakan petugas yang menjalankan tugas dituduh menceroboh ke pusat ibadat itu pula. Kemudian Exco yang pertahankan tindakan petugas yang menjalankan tugas mengikut undang-undang dikecam hebat pula, macam-macam tekanan diberikan kerana hendak menggembirakan DAP. Inilah Pakatan Rakyat cakap saja lebih, tapi tindakan pandir, lebih pandir dari Pak Pandir. Pakatan Rakyat penipu dan perosak.
Salam Sdr Azli,
Harap belum terlambat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf zahir batin.
Anonymous said…
Memang betul yang sudah lama sesetengah kumpulan mubaligh kristian cuba mempengaruhi kanakkanak Islam. Masa saya di sekolah menengah tahun 70an lagi ada kes macam ini kerana saya dan kawan saya telah diajak oleh rakan kelas seorang Cina untuk join group youth activity mereka. Rupa rupanya it was a Christian group. Mujurlah kami memang ada basic didikan ugama oleh keluarga dan sekolah. Setahu saya, ibubapa kawan saya yang Kristian tu pun tidak menyukai aktiviti anak mereka dalam group tu. Saya rasa ramai lagi ibubapa berketurunan Cina juga memang tidak suka anakanak mereka didakyahkan oleh some of these so called Christian group. Jadi, ini bukan sajalah masaalah orang Melayu tetapi kaum lain juga menghadapi masaalah ini, hanya kita tak bertanyakan pada mereka. Suami saya dibesarkan sebagai Methodist di one of the bible belt states USA tetapi memeluk Islam setelah mengkaji Quran di universiti walaupun semasa itu dia di latih untuk menjadi mubaligh Kristian.Dia kata bukan matlamat ugama Kristian untuk memurtadkan orang lain dan group group yang macam DUMC tu memang jauh terpesong pun dari ajaran Kristian.Sedihlan kenapa orang melayu begitu bodoh untuk menerima ajaran kumpulan yang terpesong pun dari segi ugama Kristian. Tingkatkanlah usaha kita untuk menarik kanak kanak kita balik ke ajaran Quran. Kita tak boleh menggunakan kaedah lama lagi seperti yang digunakan oleh ibubapa kita...the kids will not be attracted to the mosque or Islam if we dont 'speak' their lingo or dont understand what they want or what they perceive is important to them.Kita kena guna approach yang lebih relevant dan tarik anakanak kita perlahanlahan.,,just like what that DUMC group is doing..the time for discussing round the table is over..lets discipline ourselves and follow it up with some real action before its too late
shamshul anuar said…
Saudara azli,

Saya ingin mengulas tentang Mohd Sabu dan ucapannya yang mengagungkan penyerang Balai polis Bukit kepng sebagai pejuang tanahair.

Salah seorang ahli politik negara yang mewarnai politik Malaysia ialah Mohd Sabu.

Berasal dari Pulau Pinang , Mohd Sabu bukanlah dari kalangan Profesional atau seorang yang ahli dalam hukum hakam ugama. Semasa muda, dia menimbulkan masalah di Universiti dengan aktiviti memberontaknya.

Ketika muda, anak muda ini begitu bergelora menentang kerajaan namun tiada juga pernah beri idea untuk mengatasi segala "kepincangan' kerajan yang dicercanya.

Satu ketika dulu, Mohd sabu memaki hamun Anwar Ibrahim sebagai "alJuburi' dan siap mencabar Dr Mahathir memecat beliau. Semuanya dilakukan atas pentas PAS.

Kerana memaki hamun diatas pentas PAS, maka orang Melayu boleh menerima segala caci maki sebegini. Walaupun Islam melarang perbuatan memaki hamun dan memfitnah , namun orang Melayu tak lah rasa begitu berdosa mendengar dan juga menyebarkan fitnah kerana fitnah dan maki hamun berselang seli dengan petikan ayat alKuran diatas pentas PAS, sebuah parti yang berperangai seolah olah Islam itu milik mutlaknya.

Mohd Sabu "laku" kerana sikap orang melayu yang sanggup terima ahli politik tak guna seperti beliau.

Apa sumbangan beliau? Beliau tidak dikenali dikalangan akademik. Tidak pernah saya baca tulisan bernas beliau mengenai isu sesuatu dan cara mengatasinya seperti yang saya baca dari tulisan Dr ridhuan Tee.

Beliau juga bukan ahli dalam hukum hakam. Dan beliau juga diTUDUH oleh orang PAS sendiri menyalah gunakan derma untuk anak anak yatim Memali.

Beliau siap berpantun pantun persendakan Najib dan cuba kaitkan Najib dengan Altantuya walaupun jelas sumber berita beliau ialah orang fasik dan munafik serta kafir. Maknanya sumber berita itu sendiri diragui.

Beliau juga terbukti kata Dr Mahathir gila .

Mohd sabu juga ingkar perintah Yang DiPertuan agung supaya jangan amal sikap melampaui seperti demonstrasi. Sebaliknya nasihat Ambiga yang berperang dengan Islam jadi ikutan.

Mohd Sabu juga berbohong kononnya beliau dirempuh polis ketika BERSIH. Hakikatnya beliau terjatuh dan ini dilihat dalam video rakaman polis sendiri.

Dan kini beliau menyamakan anggota polis yang pertahankan Balai polis kepong sebagai "tali barut British". Dia tak sebut "tali barut" tetapi dengan pertikaikan pengorbanan mereka yang pertahankan balai polis itu, semua orang tahu maksudnya mereka "tidak baik" kerana zaman itu zaman pemerintahan British.

Soalan yang kita semua patut tanya pada Mohd Sabu ialah adakah sanak saudara beliau sendiri yang kebetulan kerja di jabatan Kerajaan di zaman British juga pengkhianat negara jika itulah prinsip yang Mohd Sabu pakai.

Dari muda hingga umur di waktu senja masih tak berubah dengan sikap suka memfitnah dan memberontak.

Dihari baik bulan baik Mohd sabu sibuk berceramah. Bukan nak kejar ganjaran Ramadhan. Sebaliknya giat cari dosa buat fitnah.

Dan sedih sekali orang Melayu boleh terima karut marut begini semuanya hanya ianya dipentas parti politik PAS yang merasakan orang lain tak seIslam PAS. Seolah olah Islam itu milik mutlak PAS.

Selagi orang MMelayu sanggup terima pecacai macam Mohd sabu, selagi itu racun akan keluar dari mulut Mohd Sabu dan merosakkan ummah.

Kalau Mohd Sabu di Saudi arabia, dah lama kena pancung. Kalau di zaman Sultan Melaka, dah lama kena sula sebab suka jaja fitnah.
azlishukri said…
Selamat hari raya maaf zahir batin...

Pilihan Pembaca

Ranking Terbaru Blog Politik : Di Mana Kedudukan Anda?

Terlalu ramai blogger yang telah menghantar alamat blog mereka dan setelah diaudit, 10 blog baru telah tersenarai kedalam Top 100 dan 10 blog yang berada didalam Top 100 pada 15 Disember telah terkeluar. Pada kali ini sebanyak 54 blog telah jatuh anak tangga, yang paling teruk ialah blog 'Buaya Merah' sebanyak 23 anak tangga. Sebanyak 23 blog berjaya berubah tempat yang mana blog 'Ipoh Malay' melompat sebanyak 13 anak tangga dan 13 blog lagi kekal ditangga masing-masing. Pihak kami masih menerima mana-mana blog yang tiada dalam senarai Top Ranking Online. Memandangkan terlalu banyak blog yang mempunyai potensi untuk meningkat naik, pihak kami mungkin akan menambah 50 anak tangga lagi, menjadikan ia sebagai Top 150 pada masa akan datang. Segala sokongan daripada anda semua sangat-sangat kami alukan. Untuk memudahkan, anda boleh melihat dibahagian bawah laman Top Ranking Online adakah blog anda ada dalam senarai jika tiada, sila hantar alamat blog anda. Lihat ranking terb...

Mengapa Mesti Di Masjid? Mana Kaum Lain?

Saya terpanggil untuk berkongsi sebuah rencana yang agak menarik untuk kita renungi. Rencana yang ditulis oleh JEFRI ZACHARIAH dari Malaysia-Instinct ini sedikit banyak mampu membuka fikiran orang Melayu dan mengapa bangsa kita selalu diperbodohkan oleh orang lain. Baca tulisan menarik beliau : APA SUDAH JADI dengan orang Islam? Itulah persoalan yang bermain di benak saya apabila melihat majoriti mereka yang hadir dalam perhimpunan haram semalam di Masjid Negara. Pada mulanya saya membayangkan bahawa perhimpunan haram ini akan dihadiri oleh rakyat Malaysia berbilang kaum yang tidak berpuas hati dengan kenaikan tariff air. Malangnya apa yang saya bayangkan tidak kesampaian. Nampak sangat orang Islam telah dipergunakan oleh pihak tertentu untuk menjerit di masjid. Nampak sangat pihak tertentu ini bukan sahaja mahu mempergunakan orang Islam tetapi juga mengganggu orang Islam lain yang hendak beribadat. Pernahkah kita terfikir kenapa setiap kali demonstrari haram ...

Mufti Perlis Perlu Betulkan Kenyataan

Saya fikir, Mufti Perlis, Dr. Juanda Jaya tidak benar-benar memahami apa yang sedang berlaku di dalam negara kita pada waktu ini (baca di sini) . Isu S.Kesavan yang memetik dua terjemahan ayat dalam surah Ali Imran secara songsang dan menyimpang jauh daripada kebenaran merupakan kemuncak segala penyelewengan yang telah dilakukan oleh kaum bukan Islam di negara ini, selepas tercetusnya isu bacaan merapu Nga Kor Ming, Setiausaha DAP Perak, terhadap ayat suci al-Quran pada pilihan raya kecil Bukit Gantang tahun lalu. Juanda Jaya seharusnya faham, Jawatankuasa Majlis Fatwa Kebangsaan tidak hanya melihat isu S.Kesavan semata-mata dalam menetapkan hukum, sebaliknya para mufti yang hadir pada malam tersebut, telah mendalami isu ini terlebih dahulu secara holistik dan menyeluruh, agar ia tidak menimbulkan fitnah yang berterusan terhadap agama Muhammad! Sejak akhir-akhir ini, orang bukan Islam semakin berani mempersendakan al-Quran atas alasan demokrasi dan kebebasan bersuara - manakala sebahag...