Skip to main content

Maafkan Saya....KJ


Maafkan Saya...KJ


Belum terlewat kirasanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kejayaan beliau menamatkan kursus asas ketenteraan - bahkan beliau juga turut diumumkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan dan Peserta Terbaik Akademik. Saya melihat apa yang telah dilakukan oleh Khairy ini sebagai perbuatan yang baik dan patut dicontohi oleh generasi muda. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika saya memuji kehebatan khairy tatkala melihat beliau berpakaian segak dengan uniform tentera - benar-benar memiliki kelasnya yang tersendiri. Syabas Khairy!


Maka - hari ini, adalah hari yang sangat saya nanti-nantikan. Menjadi bukti kepada semua penyokong Khairy sesungguhnya Khairy Jamaluddin sememangnya pintar dan selayaknya beliau menjadi penjawat awam, seperti mana pelajar-pelajar pintar yang lain. Dunia politik terlalu kotor untuk anda. Anda sama-sekali tidak mempunyai seni berpolitik di samping ketumpulan karisma dan ketokohan sebagai seorang ahli politik yang sejati. Secara ikhlas, biarlah saya berterus-terang kepada saudara Khairy yang saya kasihi.


Sesungguhnya, saudara seorang yang pandai, terimalah hakikatnya ini dan kepandaian saudara itu sepatutnya digunakan dalam sektor awam. Dengan kata lain sebagai penjawat awam. Bidang pekerjaan yang sesuai untuk saudara adalah seperti Pegawai Tentera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau setidak-tidaknya sebagai seorang pensyarah. Anda tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu. Cukuplah dengan apa-apa yang telah berlaku sewaktu bapa mertua saudara menjadi Perdana Menteri. Dan sekarang - Pemuda UMNO semakin lemah dan lesu. Perpecahan yang berlaku akibat daripada nafsu politik saudara yang terlalu besar dalam politik UMNO - menyebabkan UMNO semakin nazak. Cukuplah, wahai saudaraku Khairy. Saudara telah buktikan bahawa saudara layak untuk menjadi seorang tentera yang baik dan berdedikasi. Sesungguhnya, dunia ketenteran di Malaysia tidak sabar-sabar menanti insan seperti saudara. Tidak mustahil pada satu hari nanti saudara mampu bergelar Jeneral.


Justeru itu, saya dengan rendah diri, memohon kepada saudara agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan segerlah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - bakat anda terselah sebagai seorang tentera yang berjiwa patrotisme. Saya percaya, kerajaan Malaysia tiada masalah untuk melantik saudara terus ke pangkat Mejar, dengan syarat saudara tinggalkan politik dan berbaktilah sepenuh masa untuk negara. Percayalah, saudara tidak mempunyai bakat seorang politik, sebaliknya saudara mempunyai bakat yang sangat terserlah sebagai seorang tentera, ahli akademik atau pun sebagai PTD. Mohon, saudara tinggalkan jubah politik UMNO segera. Dan saya percaya ahli-ahli Pemuda UMNO akan bersyukur dalam hal ini. Maafkan saya jika saya berterus-terang dengan nada yang mungkin kurang enak untuk didengar. Wallahualam.

Comments

pencinta kebenaran said…
saya sokong pendapat azli..tapi sy ada satu lg permintaan pd keri..klau masuk ATM tu nanti jgn pula didedahkan rahsia sulit ATM pd juburi, singapork or sapa je yg nak amik kesempatan pd negara kita ni
Anonymous said…
actually he has got the chance during tun abdullah administration but i dont think khairy make good use of the opportunity...he actually misuse it...
Anonymous said…
Saya tidak menyokong sekiranya KJ ingin meninggalkan arena politik tanah air.... sebenarnya KJ seorang yang berkarisma dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat namun terdapat satu halangan yang dicipta oleh orang2 tertentu untuk menghalang KJ melebarkan pengaruhnya.. Hidup Khairy.. Hidup umno...
Singh Is Kinng said…
This comment has been removed by the author.
Singh Is Kinng said…
Salam Saudara Azli, your opinion about KJ in this post has also been published at mine ...... ambil dulu baru minta izin ..... HA HA HA
tulah singh, kao ni takde langsung idea yg ori. main gunting tampal sama je dengan bos mu.

komen azli komen dialah. kalau dia hebat sangat gua fikir yg anak bongsu dr mahathir tu takkan berjaya menggondol tempat TERAKHIR dlm PAU 2009.

But at least he uses his own brain..not like some people.

Kah kah kah
Anonymous said…
hahaha...ulasan yang sgt bijak..terima la kenyataan zaman mu sudah berakhir KJ..mungkin yang menyokong hanya kerana kuasa dan wang ringgit tidak seikhlas mana pun..hayat anda semakin hampir..insyaallah

ipoh marley
PARPUKARI said…
Good article Bro Azli!

Singh, si Paria wenger upahan yang dibayar melalui Yayasan Endon dah ada balik dah! Bermacam cara dicuba sebab nak jadi menteri, akhirnya elok dia masuk RELA lagi bagus la...muahahahahahaha

KALAU TAK KERANA PAK MENTUA DIA YANG BEBAL NAK MAMPOS HARI TU, SAH SI KERRY POKEMON NI KALAH PUNYA!
Anonymous said…
Sdra Azli, terima kasih kerana memberi nasihat dengan berterus terang, jujur dan ikhlas. KJ patut terima nasihat ini dengan hati yang terbuka.

Kenapa tak datang mesyuarat tadi?

Orang Kuale Kangso.
Wake UP! said…
Latihan askar wataniah ni mesti kacang bagi KJ sebab dia pernah dapat latihan lebih keras lagi.

Jesus Christ is not the same as Allah.
Sangat2 jujur dan saya menyukai dan menyokongnye... Syabas dengan artikel ini En.Azli.... :)
hans said…
wah
entry yg best dan berani
congrats saudara azli
thumbs up untuk kamu
Anonymous said…
statement KJ pasal wataniah bagus yg lebihkurang, tak yah senang-senang amek pangkat kehormat tp turun dulu latihan barulah real...ni tak ahli politik kita semua nak mudah....kalau dia masuk tentera bagus tp takut nanti dia jual abis jet,peluru,kereta kebal,helikopter...dah la kg baru bakal tergadai....hihihi..bangsa kita ni mmg suke jual tanah...

From Chulalongkorn with love..
Anonymous said…
ooii..hangpa.. bila dulu pak mertua dia berkuasa...hangpa tatang dia bagai menatang minyak penuh..semua dia punya urusan hangpa sokong naa.....laa..bila pak mertua dia takdak,dah takdak kuasa takdak apa apa..hangpa duk cemuihdia hangpa kata mcam macam kat dia....hangpa memang betui la....melayu mudah lupa....hangpa kena ingat duit dia banyak oiii...hasil limbang..

Orang Ko'diang
detguaq said…
Hello Azli...

Aku nak CnP posting hang kali ni. Buat orang Kodiang, hang ni mimpi ka mamai ka???? Yang kalah samapai 5 negeri tu tatang jadah kehapa??? lihat kembali blog-blog pro umno seperti blog SIK, PK, aku dan lain-lain termasuk Big Dog, ABiTW dan banyak lagi. kami telah mula bersuara semasa paklah tido tu PM lagilah tewwww
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Anonymous said…
detguaq HANG BERSUARA TAK BERBUNYI PON HIKHIKHIK..SUARA APA LAGU TU...?BISU KA?


ORANG KO'DIANG

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang.
KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, na

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seper