Skip to main content

Sibu 2010 : Apabila Masa Terhenti


Sibu 2010
Apabila Masa Terhenti


SIBU, 17 Mei: Kerjasama erat antara PAS, PKR dan DAP tidak boleh dinafikan antara faktor penyumbang kemenangan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu semalam.

Timbalan Pengarah III Jabatan Pilihanraya PAS Pusat, Dr Siti Mariah Mahmod berkata seluruh peringkat bermula dari pimpinan tertinggi ketiga-tiga parti hingga ke peringkat jentera, mempamerkan semangat berpasukan yang tinggi sepanjang kempen di sini.

"Kita sangat berpuas hati dengan keputusan yang kita dapat.

"Pilihan raya ini kita dapat lihat kerjasama cukup padu dan jitu dalam Pakatan Rakyat," katanya. Usaha kuat ketiga-tiga jentera parti dalam Pakatan Rakyat ini juga jelasnya turut dirasai calon DAP yang telah menang, Wong Ho Leng dan diakui oleh Setiausaha DAP, Lim Guan Eng sendiri.

Dengan keadaan masyarakat Sibu yang kurang terdedah dengan maklumat dan hanya mendengar sebelah pihak, kemenangan kali ini dianggap berbaloi dengan usaha yang telah dilakukan jentera Pakatan Rakyat. Ianya juga membuktikan, strategi kempen rumah ke rumah sangat berkesan menangkis tohmahan BN yang meggunakan seluruh saluran yang mereka ada.

"Kalau melihat kepada bendera di rumah-rumah, kita rasa memang kita kalah.

"Rupa-rupanya mereka tidak mahu dilihat bersama dengan Pakatan Rakyat, tetapi mereka sebenarnya mengundi kita," katanya.

Selain itu, mengulas ringkas kekalahan memalukan BN pula beliau berkata, antara lain dilihat berpunca dari protes kaum Melayu terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Menurutnya, masyarakat Melayu di beberapa tempat sepeti di Nangka, Pelawan dan Seduan kecewa dengan layan tidak sama rata Najib yang beberapa kali datang berkempen. Najib, katanya seperti meminggirkan masyarakat Melayu Melanau di situ kerana mungkin yakin mereka pengundi tegar BN.

"Saya belum lihat secara keseluruhan lagi, cuma mungkin pengundi Melayu protes terhadap Najib.

"Najib datang tiga kali tapi bertemu dengan bukan Melayu dengan menawarkan pelbagai insentif," ujarnya. Dalam pilihan raya kecil semalam, Wong Ho Leng yang juga Adun Bukit Assek, memperoleh 18,845 undi menewaskan calon BN, Robert Lau Hui Yew, yang mendapat 18,447 undi manakala calon Bebas, Narawi Haron memperoleh 232 undi.


Ulasan Saya

1. Sejak kemenangan DAP di Sibu semalam - saya melihat golongan yang paling gembira dan bahagia ialah PAS. Mereka - seolah-olah melompat-lompat keriangan, tatkala melihat BN tumbang di Sibu. Malah, PAS seakan-akan mahu sahaja menjerit kegembiraan dengan menyanyikan lagu, "Kami Telah Membunuh Syaitan yang Besar". Inilah hakikat iman bagi manusia yang menjadikan politik dan demokrasi melebihi daripada perintah Allah dan Rasul-Nya.


2. Musuh umat Islam yang utama dijadikan rakan - manakala saudara seIslam sendiri dianggap seolah-olah seperti syaitan atau seperti manusia yang tidak beriman. Bukankah Allah sudah mengingatkan kita semua melalui firman-Nya di dalam surah al-Maidah ayat 55-56 yang bermaksud, "Sesungguhnya penolong kamu hanyalah Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman yang mendirikan solat dan menunaikan zakat seraya mereka tunduk kepada Allah. Dan sesiapa yang menjadikan Allah, Rasul-Nya dan orang-orang yang beriman sebagai penolongnya, maka sesungguhnya pengikut agama Allah itulah yang pasti menang." Ayat ini sudah sangat jelas - sesungguhnya Islam tidak akan menang dan bangkit semula selagi kita meminggirkan orang-orang yang beriman. Dan sesungguhnya PAS sama sekali tidak akan berjaya menegakkan Islam melalui lidah para pemimpin DAP! PAS juga jangan bermimpi di siang hari kononnya Islam semakin baik dan diterima di bawah Pakatan Rakyat.


Ini semua pembohongan yang jijik dan sengaja dibuat atas nama perjuangan Islam. Apakah kita menyangka bahawa Islam akan menang dengan cara menjadikan DAP yang jelas menolak dan memusuhi Islam sebagai pembantu untuk menjatuhkan saudara semuslim kita? Apakah kita yakin sesungguhnya perjuangan kita diredhoi Allah apabila kita sanggup bersengkongkol dengan musuh Allah atas nama demokrasi dan peti undi bagi menghalalkan perbuatan kita menjatuhkan saudara seIslam kita sendiri? Apakah ini namanya perjuangan Islam tatkala kita sendiri mengetahui, sesungguhnya PAS di dalam Pakatan Rakyat, bersama DAP dan PKR langsung tidak mempunyai sedikit pun ruang dan peluang untuk melaksanakan Islam di negara ini? Tetapi, mengapa PAS masih terus berdegil dan bongkak?


Walaupun semua ahli PAS dan kepimpinan PAS tahu dan sangat arif, sesungguhnya adalah mustahil untuk mereka melaksanakan Islam (sama ada hudud, dll) di negara ini melalui kerjasama antara DAP dengan PKR. DAP dan PKR bukan parti Islam - mereka merupakan parti sekular yang menolak Islam.


Dalam surah Ali Imran ayat 28 pula Allah berfirman yang bermaksud :"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan." Soalnya sekarang, mengapa PAS mengambil DAP sebagai penolong/pemimpin serta meninggalkan orang-orang UMNO yang jelas beriman kepada Allah? Bukankah sudah jelas kekafiran DAP dan prinsip mereka terhadap Islam? Dan mengapa PAS masih mahu lagi bersama dengan DAP?



Dan di dalam surah Al-Mumtahanah, ayat 1, Allah berfirman yang bermaksud, "Wahai orang-orang yang beriman, jangalah kamu mengambil musuhKu dan musuhmu menjadi wali (pembantu), kamu hubungkan kepada mereka kasih sayang, padahal mereka telah kafir (menyangkal) kebenaran yang datang kepadamu." Bukankah PAS tahu bahawa DAP begitu anti dengan hukum hudud dan negara Islam? Jadi mengapa PAS tetap berdegil untuk meneruskan kerjasama dengan DAP? Malah yang lebih pelik, mengapa PAS masih tetap mahu menjadikan DAP sebagai wali (pembantu) bagi menghancurkan saudara seagama (UMNO) semata-mata mahukan kuasa? Bukankah PAS tahu bahawa DAP telah menyangkal kebenaran yang terkandungan di dalam al-Quran dengan menolak hukum Hudud dan negara Islam? Jadi apakah alasannya lagi untuk PAS meneruskan hubungan kasih-sayangnya dengan DAP?



Dalam hal ini adalah jelas, selagi umat Islam menjadikan musuh Allah (kaum kafir) sebagai penolong untuk menegakkan kalimah tauhid, maka selagi itulah umat Islam akan gagal dan kecewa. Sehingga kini, tiada satu pun negara Islam yang berjaya menegakkan daulah Islamiyyah selagi mereka bersengkongkol dengan musuh Allah. Hal yang sama juga tidak terlepas daripada PAS, selagi PAS mengabaikan peringatan Allah ini, maka PAS harus bersiap sedia menggali lubang kuburnya sendiri.


Lantaran itu, bersoraklah penyokong-penyokong PAS atas kemenangan DAP di Sibu, "Hore, Hore, Hore, kita menang, kita menang - UMNO kalah", maka kita pun bergembira sakan melihat saudara sendiri berjaya ditumbangkan, lantas tergadailah Islam, ibu pertiwi dan bangsa sendiri, lantaran disebabkan kejahilan dan kebodohan kita memahami erti demokrasi, peti undi dan Islamisasi. Jangan kita tangisi apa-apa selepas ini, andaikata negara dan bumi tercinta kita bertukar tangan serta Islam yang kita laung-laungkan itu tergadai akibat daripada kebodohan dalam kita berjuang! Wallahualam.

Comments

PenaKiri said…
Ali Imran ayat 28 pula Allah berfirman yang bermaksud :"Janganlah orang-orang mukmin mengambil orang kafir menjadi pemimpin (pelindung) dengan meninggalkan orang mukmin. Barangsiapa berbuat sedemikian, nescaya lepaslah ia daripada pertolongan Allah, kecuali kerana muslihat yakni memelihara diri daripada sesuatu yang ditakuti daripada mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap dirinya (siksa-Nya), dan hanya kepada Allah kamu dikembalikan."

Mengapa undi Kamalanathan? bukankah Zaid itu melayu dan Islam?
Bukanakah sekarang kerusi islam dalam parlimen telah berkurangan?

Adakah MCA dan Gerakan iktiraf dan sokong Malaysia ini negara Islam? TIDAK. Sudah lupakah menteri2 bukan islam hantar memo pada PM Abdullah minta 121A dipinda?

MCA demo depan pej PAS tolak hudud.

PAS gembira kerana PAS mendapat publisiti percuma di Sarawak. PRU Sarawak dulu PAS hanya bertanding satu kerusi, dengan populoriti yg semakin meningkat mungkin PAS kan dapat lebih kerusi untuk bertanding.

Siapakah yang ambil APCO sebagai penolong?
Anonymous said…
tuan tak boleh kata gitu, kalau BN menang pon kapir juga jadi MP, sama saja...

Tapi apa yang saya boleh kata ialah Taib Mahmud patut berenti
Mohd said…
Najib harus memberi perhatian yg serius dgn yg berikut:
1. BN tidak lagi diterima oleh kaum Cina. Mereka telah nampak bhw MCA dan Gerakan tidak mampu utk memenuhi cita2 kaum Cina iaitu utk memerintah Malaysia spt Singapura. Kaum Cina tidak berpuas hati dgn hanya memegang 70% ekonomi Malaysia. Mereka kalau boleh mahu bolot semua.

2. Kaum Cina sedar bhw DAP yg berkiblatkan Singapore akan menjadikan negara Malaysia sebuah republik utk mereka berkuasa politik seterusnya. Jika ini berlaku, tak usah haraplah orang Melayu boleh bangkit semula. Pembangkang Melayu akan disenyapkan dgn tindakan memufliskan mereka spt yg berlaku di Singapore.

3. Inilah masa yg sangat sesuai utk Cina merebut Puterajaya melalui PKR dan PAS. Sebab kaum Melayu berpecah kpd UMNO dan PAS. PAS pula hanya mahu dapat peluang memerintah sahaja. PAS tak kira kalau kuasa politik yg sebenarnya akan berada di tangan DAP. Tengok sahaja di Selangor dan di Penang, bagaimana PAS bagaikan patung bisu yg tidak langsung membela kaum Melayu.

4. Perhatikan bagaimana Anwar dari PKR digunakan oleh DAP utk menekan Nik Aziz dari kumpulan Erdogan PAS supaya jangan sekali2 berkerjasama dgn UMNO spt yg diura2kan oleh Hadi dan Nasha. DAP tahu jika UMNO dan PAS boleh berkerjasama, orang Melayu akan jadi sangat kuat dan berupaya menghalang cita2 jahat kaum Cina. Melayu boleh meminda perlembagaan dan melenyapkan terus kuasa ekonomi dan politik kaum Cina dgn cara yg dilakukan oleh Kerajaan PAP Singapore. Niat jahat mesti dihalang dgn tegas dan berani.

5. Ini sekarang kaum Melayu sedang melihat bagaimana Najib sedang sangat berlembut dgn orang Cina dan membiarkan diri dipulas tangan (arm twisting) oleh MCA dan Gerakan. Kononnya nak ambil hati kaum Cina. Tak perlu lagi sebab kaum Cina sudah tak ada hati lagi dgn BN!

6. Utk kembalikan kuasa politik kpd orang Melayu di PRU13 nanti, UMNO haruslah meletakkan calon Melayu tempatan di kawasan majoriti Melayu. Calon Cina atau India hanya boleh diletakkan di kawasan majoriti Cina sahaja. Jangan beri muka kpd kaum Cina ini. Ada mereka beri muka kpd kaum Melayu?

7. Utk survival orang Melayu, PAS dan UMNO mesti berkerjasama. Tolak ke tepi segala perbezaan. Tengok bagaimana kaum Cina dari MCA, Gerakan dan DAP pun boleh bersatu utk agenda jahat mereka. Kenapa kita orang Melayu tak boleh?

8. Tengok bagaimana PR telah mainkan isu agama dan perkauman di PRK Sibu dan Najib tidak ambil sebarang tindakan yg tegas dan berkesan. Kalau zaman Tun Mahadir sudah lama petualang2 negara ini telah diISAkan. Fikirkanlah utk keselamatan rakyat. Jangan asyik berselogan shj yg rakyat akan didahulukan! Sebenarnya kaum Melayu nampak slogannya harus ditukar kpd "Cina didahulukan!"

9. Orang Melayu dan Raja2 Melayu mestilah bangun dari tidur sebelum terlambat. Jangan tunggu sehingga nasi menjadi bubur! Menyesal dahulu kedapatan menyesal kemudian tak berguna!

Allah hu Akbar.
miya said…
testing
azmi said…
bila menang boleh plak kata ini adalah kerana kerja kuat dan kerjasama semua pihak..bila kalah taknak plak mengaku yang mereka tak bekerja kuat..mulalah salahkan orang..sampai ke hantu dilibatkan..kesian hantu2..sekarang mereka menang..kenapa tak suruh buat suruhanjaya mengesan hantu??mana tahu kalau majoriti yang 300 lebih tu hantu..apapun kita di pihak BN dah sentiasa mengalami kekalahan..janganlah BN ikut rentak hantu2 tu..
Unknown said…
”Harap Umno dan BN sedar, tidak semua manusia boleh dibeli. Taburlah berlian dari langit sekalipun, prinsip bukan barang dagangan, kami di Kelantan sudah lama kenal perangai Umno,” kata Mursyidul Am PAS di sini.
Hmm.. Dah kalah baru teringat Islam???

Masa PRK Hulu Selangor tu.. Kamalanathan atau Zaid yang berugama Islam?

Zaid Ibrahim berugama Islam.. jadi kenapa perlu dikalahkan beliau dan diberikan kemenangan kepada Kafir?
jenjaluk said…
hahahahahh

dah bukak kitab Al-Quran pulok.....
masa Kamalanathan menang, punyer la riang org UMNO, buat kenduri kesyukuran.....siap doa lagi... di masjid lagi....

DAP pun skrg boleh berjuang menentang judi sedara...menentang zionis...
bukankah kejayaan PAS kalau dpt mentarbiahkan DAP.....walaupun sikit dahulu....apa UMNO sudah tarbiah Chua Soi Lek???
Wake UP! said…
PAS itu akan buat apa sahaja untuk menjatuhkan UMNO dan BN. Jadi dia pun sanggup bersatu dengan orang yang dia panggil setan.

Don't be insane
Anonymous said…
pencacai UMCO ni tetiba pulak jadi alim.hahaha..ada pulak hadis firman. cewahhh..poyo betoi la si empunya blogger ni.

poyo mcm NAJIS (NAJIB) punya bini.. hahaha..
shamshul anuar said…
Saudara Hashim,

Suasana politik Melayu kini bolehlah diibaratkan Arab pada awal kurun ke 20. Ketika negara seperti Arab saudi, Oman , Qatar, Iraq, Jordan,, Lubnan, Palestine, Syria dibawah pemerintahan Kerajaan Osman.

Orang putih( dalam kes Kerajaan Osman) menghasut orang Arab untuk jatuhkan Kerajaan Osman ( yang satu ugama tetapi berlainan bangsa). Mereka melakukan perkara ini melalui Gabenor arab ( lantikan Kerajaan Osman).

Gabenor arab( Syarif Hussein) dijanjikan kemerdekaan jika membantu jatuhkan Kerajaan Osman. Termakan dengan tipu helah British, dia pun giat mengkhianati Kerajaan Osman.

Kerajaan Osman tumbang. Balasannya? Palestine diberi pada Yahudi. Jika pada 1897, Sultan Turki tegas menolak jualkan pada Yahudi, kini tiada lagi kuasa umat Islam untuk pertahankan umat Arab.

Umat Arab yang rata-rata mundur tiba-tiba berhadapan dengan Yahudi yang disokong Barat. Jika dulu mereka berlindung dibawah SultanTurki, kini Empayar telah runtuh.

Apa pun kita mengumpat pasal UMNO, saya rasa UMNO lah yang menjadi satu-satunya penghalang pada cita-cita Yahudi( yang saya rasa ialah DAP).

Selama ini cita-cita DAP untuk menguasai politik Malaysia terhalng kerana benteng dari UMNO.

RUntuhnya UMNO bermakna berakhirlah kuasa politik Melayu. Kita kena ingat yang berkuasa dalam PR ialah DAP, PAS cuma melukut ditepi gantang. PAS cuma berguna untuk "menyucikan" DAP supaya dapat diterima oleh orang Melayu.

DAP pun benci pada PAS tetapi maklumlah DAP perlukan PAS untuk jatuhkan UMNO.

TIADA SIAPA orang Melayu yang untung bila NIk Aziz tidur sebantal dengan Kit siang. Yang jelas Islam tergugat kerana perbuatan PAS jual ugama untuk dapatkan kuasa.

Pada Najib, hentikan budaya beri bantuan pada sekolah Cina sebelum pilihanraya. Mesti tegas dan nyatakan bantuan hanya diberi jika menang. Tumpukan perhatian pada orang Melayu yang setia pada UMNO.

Buat apalah habiskan duit menolong orang yang tidak tahu bersyukur. Dikhuatiri orang Melayu bengang dengan layanan "emas" pada bangsa Cina.

Dan pastikan kawasan Melayu ditandingi oleh calon UMNO. Ini untuk ajar MCA dan MIC supaya sedar langit tinggi rendah. Selama ini mereka hanya seperti tetamu yang tak buat kerja. Mereka takut untuk nyatakan kebenaran bila UMNO difitnah oleh DAP.

Dan pada PAS, sedatrlah yang undi mElayu pada anda merosot sebab orang Melayu muak dengan perangai jual ugama untuk kuasa dan kesenangan. Semoga Nik aziz bertaubat kerana perbuatannya yang begitu benci saudara seIslam tetapi sayangkan musuh ugama seperti DAP merosakkan umat Islam. NIk aziz mesti sedar yang serban bukan tiket untuk porak perandakan ISlam.

Dan pada orang Melayu yang masih nak tidur sebantal dengan DAP, maka bersedialah untuk kehilangan kuasa politik. Bersedialah untuk dimaki hamun oleh anak cucu sebab terlalu boidogh dan tidak mahu terima nasihat.

Apa yang dikatakan Mufti Perak memang benar. PAS ajar kebencian terlampau terhadap saudara seagama hanya kerana kuasa. Nabi Muhammad SAW gunakan kuasa untuk perjuangkan ugama. PAS jual ugama untuk sedikit nikmat didunia.

Sikap PAS dalam isu perkataan "allah" jelas tunjuk mereka tak kisah iasnya merosakkan akidah selagi diteriuma bukan Islam.

Paa Melayu, sedarlah apa pun UMNO buat sudah tak lakuu pada mereka. Bukan sebab UMNO tak berjasa tetapi kerana PKR DAN PAS sanggup beri apa saja pada bukan Melayu termasuk gadaikan hak Melayu.

Pada orang Cina, lebih senang menghadapi PAS yang melukut ditepi gantang dalam PR dari menghadapi UMNO yang merupakan "Boss" dalam BN.

Pada Najib, jangan malu alah. UMNO berhak jadi Boss kerana ada jumlah lebih separuh kerusi BN. Ini lumrtah alam. Jika anda ada hampir 70% saham sebuah syarikat, maka anda dianggap sebagai pemutus kata.

Macam DAP dalam PR. Belum kuasai separuh kerusi PR pun sudah mahu buli orang lain.

Insaflah Melayu.
ART said…
Salam saudara.

Jangan lah bila dah tersepit baru nak ingatkan Tuhan kita iaitu Allah S.W.T.

Ini lah antara perkara yng aku benci pada UMNO...Islam hanya di rujuk bila berada dalam tersepit,tetapi UMNO gagal menjadikan Islam melalui Al-Quran sebagai Ad-Din...Contoh mudah adakah Najib layak menjadi pemimpin negara Islam...Bini dia pun gagal di suruh menutup aurat...Bukankah tanggungjawab Suami untuk memastikan Isteri menutup aurat...Ingatlah aurat itu wajib bro....Perkara mudah ini sendiri gagal di lakukan oleh Najib bagai mana kita nak mentaati pemimpin seperti Najib...Ini antara contoh mudah jer bro...aku malas la nak layan UMNO bila berbicara soal agama...Terbaru mengenai kelulusan lesen judi bola sepak...macam mana pulak tu..yang 'declare' pun orang melayu Islam gak...Harap UMNI jangan la memainkan Islam...senang jer..istihar jer Malaysia ni sekular..abih citer..kesian kat orang kampung...menjawab lah di sana...

Sekian buat kali ini...
Anonymous said…
salam..
saya setuju dengan saudara ART, bila dah tersepit baru ingat Islam, baru ingat perpaduan. tu lah salah satu sikap orang UMNO yang saya dapat trace...
UMNGOK said…
Salam Tuan Blog,
Xperlu la nak bercakap pasal islam...rakyat malaysia terutamanya melayu mmg dah meluat dengan UMNO...time tersepit baru nak ingat islam..pegidahhhh..ckp xserupa bikin...umno dulu kini dan selamanya, perompak, penipu rakyat..pegi jahanam UMNO/BN
azlishukri said…
saya akan jawab semua persoalan yang tuan2 bangkitkan...
ikan kekek said…
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0415&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_15.htm
Anonymous said…
Kepada Azli Shukri.....

DAP yang menang memang bukan melayu, bukan Islam. Ringkasnya KAFIR yang musuh islam.

Saya nak tanya anda, Yang menang kat Hulu Selangor itu siapa ? APa agamanya ? apa bangsanya?

Kalau saudara dah tak dapat bezakan saya berutahu anda...

Di Hulu Selangor, yang menang adalah seorang ynag beragama hindu, berbangsa Inda dan tergolong dalam golongan kafir.

Jadi apa beza dengan DAP di sibu ?

Kerana yang menang di HS adalah pilihan UMNO/BN, maka segalanya adalah halal dan wajib disokong walau dia sama kafir ?

Itu ke yang ada dalam pemikiran saudara dan semua ahli UMNO/BN ?

Jadi kenapa nak dijadikan isu ?

Biarkan pendapat ini dipaparkan, jangan saudara padam. Biar semau dibaca oleh mereka yang melayari blog ini.
Anonymous said…
Dasar pencacai jilat BN (buntut Najis).. nak jadi pemimpin, anda hendaklah buta kepada warna kulit, bangsa dan agama serta pegangan politik mereka. Barulah dihormati..jgn jd org yg takliq, cam lembu dicucuk hidung..bodo x bertempat..
Unknown said…
What a sucks article.. Sudahlahhh... makin meluat aku!! inilah masalahnya orang UMNO dulu kini dan selamanya...
Anonymous said…
taik hang aihhhhhhhh
Al-Muallij Nasa said…
saya ni dok kat hulu selangor.jadi yang tak tau kisah sebenar kat hulu selangor jangan mcm2.KORANG TAU SABAN HARI MEREKA HANTAR MAJALAH KARTUN MENGINA ZAID, BUKANKAN DIA BANGSA MELAYU?INGAT TAUBAT SESEORANG HANYA ALLAH SHJ YG BERHAK MENENTUKAN., ADA BANGSA LAIN YANG MENGHINA ZAID WAKTU ITU..TIDAH..HANYA UMNO YANG BERIYA2 MENGHINA..WAKTU ZAID DLM UMNO TAK PULAK NAK KELUAR ISU ARAK, BILA DAH KELUAR CKP ISU ARAK..ARAK NI DAH LAMA GELUMANG DLM UNO..ZAID DAH INSAF..UMNO LAIN BILA NAK INSAF????
Anonymous said…
Banyak merapulah En. Shamshul Anuar.. Pas ajak muzakharah umno cakap buang masa. Pas ajak berdebat umno cakap jangan layan. Dalam Islam kita digalakkan bermuzakharah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mengapa UMNO tk nak.. takut rahsia jahat terbongkar. Kenapa takut sangatttttt... Inilah sifat orang yang rasa dia telah membuat dosa terhadap umat Islam.. Teruskan usaha anda dengan memperbanyakkan hiburan di kaca2 televisyen dan penuhkan konsert2 setiap hujung minggu. Inilah negara Islam yang dikehendaki UMNO.. Cuba meruntuhkan akhlak umat Islam. Pernah DAP meluluskan Konsert hiburan. Pernahkah DAP meluluskan lesen judi. Pernahkah DAP meluluskan pusat-pusat hiburan. Pernahkah DAP cuba mengganggu gugat negeri Kelantan yang diperintah oleh ulama Islam. Pernahkah DAP menelenjangkan sistem kehakiman yang ditertawakan seluruh dunia. Pernahkah DAP membuat Demontrasi apabila perayaaan Islam disambut... Jawab..jawab..jawab..Dah tahu sebab DAP belum perintah Malaysia. Tapi di Pulau Pinang macamana. Peruntukan untuk menegakkan syiar Islam meningkat dua kali ganda jika nak dibandingkan semasa pemerintahan BN... Aku malas layanlah dengan pencacai UMNGOK.. Rakyat lebih cerdik dan mampu menilai mana yang baik dan yang buruk...
Anonymous said…
Banyak merapulah En. Shamshul Anuar.. Pas ajak muzakharah umno cakap buang masa. Pas ajak berdebat umno cakap jangan layan. Dalam Islam kita digalakkan bermuzakharah untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Mengapa UMNO tk nak.. takut rahsia jahat terbongkar. Kenapa takut sangatttttt... Inilah sifat orang yang rasa dia telah membuat dosa terhadap umat Islam.. Teruskan usaha anda dengan memperbanyakkan hiburan di kaca2 televisyen dan penuhkan konsert2 setiap hujung minggu. Inilah negara Islam yang dikehendaki UMNO.. Cuba meruntuhkan akhlak umat Islam. Pernah DAP meluluskan Konsert hiburan. Pernahkah DAP meluluskan lesen judi. Pernahkah DAP meluluskan pusat-pusat hiburan. Pernahkah DAP cuba mengganggu gugat negeri Kelantan yang diperintah oleh ulama Islam. Pernahkah DAP menelenjangkan sistem kehakiman yang ditertawakan seluruh dunia. Pernahkah DAP membuat Demontrasi apabila perayaaan Islam disambut... Jawab..jawab..jawab..Dah tahu sebab DAP belum perintah Malaysia. Tapi di Pulau Pinang macamana. Peruntukan untuk menegakkan syiar Islam meningkat dua kali ganda jika nak dibandingkan semasa pemerintahan BN... Aku malas layanlah dengan pencacai UMNGOK.. Rakyat lebih cerdik dan mampu menilai mana yang baik dan yang buruk...
BapaJudiNegara(Najib) said…
ececece..bukak pasai agama lak ye....bantah dulu lesen judi tu kalo berani..kalo tak pi duduk dalam kadang babi.
Anonymous said…
KUALA LUMPUR 19 Mei — Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mencadangkan negara-negara Islam mewujudkan model baru ekonomi yang dibangunkan untuk memenuhi kehendak khusus dunia Islam.
ye ye ye ye
dengan meluluskan lesen judi..
apa comment kau AZLI SHUKRI
shamshul anuar said…
Saudara Anonymous,

Pada en Anonymous, ingin saya bertanya satu soalan cepu emas iaitu "Akan untungkah Islam bila diperintah oleh orang yang terang-terang sudah menentang Islam?".

Sekiranya kita nak cari salah, saya boleh sekarang tulis sepuluh kesalahan UMNO. Dan saya juga boleh tulis sekarang ini 100 kesalahan PAS.

Hanya kerana satu kesalahan UMNO tidak bermakna ia tidak berguna.

Saudara salahkan UMNO 100% pasal konsert. Kenapa pula pengidap AIDS paling banyak di Kelantan? Salah UMNO juga ke?

Salah UMNO juga ke bila Mohd Sabu dalam ceramah gelarkan "Anwar "Aljuburi" dan cabar Dr Mahathir pecat Anwar sekitar awal 1998. Bila Anwar dipecat, PAS demi kuasa sanggup sembunyikan kebenaran.

Dari cara saudara menulis, saya dapat agak inilah hasil bila kebencian disebarkan. Saudara bercakap seolah-olah UMNO tiada kebaikan.

Saudara menyerang peribadi isteri PM hanya kerana dia isteri PM. Bagaimana dengan akhlak pemimpin PAS juga. Kahwin tanpa restu ayah mertua. Kahwin pula di lapangan terbang saja.

Yakah UMNO menolak perpaduan. Atau PAS yang pagi petang memfitnah berselang seli ayat Kuran. Saya dengar sendiri segala "fatwa" yang merosakkan. Dr Khir semasa MB Selangor dimaki hamun dalam masjid dan dituduh munafik hanya kerana cuti di Selangor jatuh pada ahad bukan Jumaat. Anehnya tiada pula orang PAS tuduh MB sekarang munafik .

Apa semuanya ini. Ini tunjukkan yang mereka melacurkan ugama macam Pope zaman dulu kala hanya untuk kepentingan didunia. Mereka lupa akan ingatan Allah SWT akan ujud satu jenis makhluk yang jual ayat Kuran dengan harga yang murah.

Mohd Sabu berpantun pantun dalam muktamar PAS persendakan Najib dengan menuduh beliau ada hubungan dengan altantuya. Apa buktinya. Raja petra?

Orang fasik seperti Raja Petra jadi sumber berita.

Saya juga sedih bila PAS demi nask jadi "kuli" DAP sanggup terima perkataan "Allah" diguna untuk bukasn Islam.

Mula mula kongsi nama. Kemudian kongsi akidah. tak begitu saudara Anonymous.

Dulu kata haram UMNO berbaik dengan MCA. Sekarang bukan setakat berbeik dengan DAP, tetapi sudah gugur perkataan "Islam" hanya nak dapat persetujuan DAP.

Dengan DAP, pertikaian asas iaitu pasal penubuhan negara Islan tak jadi masalah. Dengan UMNO, orang PAS yang hendak hubungkan silaratulrahim dituduh pengkhianat.

Pada bukan Melayu PAS memang jadi pilihan berbanding UMNO. Ini saya tak nafikan. Maklumlah UMNO berkuasa dalam BN.

Jadi lebih untung kalau pilih PR dimana yang berkuasa ialah DAP. PAS setakat melukut ditepi gantang saja. Jadi jka ditakdirkan jika BN tumbang, yang menggantikannya ialah DAP.


PAS akan ditendang keluar.

Oh ya. Jika dulu giat Dr Khir serbu rumah pelacuran semasa jadi MB , kini semuany BERKEMBANG SUBUR di selangor.

Tahniah.
Anonymous said…
Muhammad Azli Shukri said...
saya akan jawab semua persoalan yang tuan2 bangkitkan...

May 18, 2010 10:49 AM

Mana jawapan nye Tuan???

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...