Skip to main content

Maafkan Saya....KJ


Maafkan Saya...KJ


Belum terlewat kirasanya saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada saudara Khairy Jamaluddin atas kejayaan beliau menamatkan kursus asas ketenteraan - bahkan beliau juga turut diumumkan sebagai Peserta Terbaik Keseluruhan dan Peserta Terbaik Akademik. Saya melihat apa yang telah dilakukan oleh Khairy ini sebagai perbuatan yang baik dan patut dicontohi oleh generasi muda. Malah, tidak keterlaluan rasanya jika saya memuji kehebatan khairy tatkala melihat beliau berpakaian segak dengan uniform tentera - benar-benar memiliki kelasnya yang tersendiri. Syabas Khairy!


Maka - hari ini, adalah hari yang sangat saya nanti-nantikan. Menjadi bukti kepada semua penyokong Khairy sesungguhnya Khairy Jamaluddin sememangnya pintar dan selayaknya beliau menjadi penjawat awam, seperti mana pelajar-pelajar pintar yang lain. Dunia politik terlalu kotor untuk anda. Anda sama-sekali tidak mempunyai seni berpolitik di samping ketumpulan karisma dan ketokohan sebagai seorang ahli politik yang sejati. Secara ikhlas, biarlah saya berterus-terang kepada saudara Khairy yang saya kasihi.


Sesungguhnya, saudara seorang yang pandai, terimalah hakikatnya ini dan kepandaian saudara itu sepatutnya digunakan dalam sektor awam. Dengan kata lain sebagai penjawat awam. Bidang pekerjaan yang sesuai untuk saudara adalah seperti Pegawai Tentera, Pegawai Tadbir dan Diplomatik atau setidak-tidaknya sebagai seorang pensyarah. Anda tidak boleh pergi lebih jauh daripada itu. Cukuplah dengan apa-apa yang telah berlaku sewaktu bapa mertua saudara menjadi Perdana Menteri. Dan sekarang - Pemuda UMNO semakin lemah dan lesu. Perpecahan yang berlaku akibat daripada nafsu politik saudara yang terlalu besar dalam politik UMNO - menyebabkan UMNO semakin nazak. Cukuplah, wahai saudaraku Khairy. Saudara telah buktikan bahawa saudara layak untuk menjadi seorang tentera yang baik dan berdedikasi. Sesungguhnya, dunia ketenteran di Malaysia tidak sabar-sabar menanti insan seperti saudara. Tidak mustahil pada satu hari nanti saudara mampu bergelar Jeneral.


Justeru itu, saya dengan rendah diri, memohon kepada saudara agar meletakkan jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan segerlah menyertai Angkatan Tentera Malaysia (ATM) - bakat anda terselah sebagai seorang tentera yang berjiwa patrotisme. Saya percaya, kerajaan Malaysia tiada masalah untuk melantik saudara terus ke pangkat Mejar, dengan syarat saudara tinggalkan politik dan berbaktilah sepenuh masa untuk negara. Percayalah, saudara tidak mempunyai bakat seorang politik, sebaliknya saudara mempunyai bakat yang sangat terserlah sebagai seorang tentera, ahli akademik atau pun sebagai PTD. Mohon, saudara tinggalkan jubah politik UMNO segera. Dan saya percaya ahli-ahli Pemuda UMNO akan bersyukur dalam hal ini. Maafkan saya jika saya berterus-terang dengan nada yang mungkin kurang enak untuk didengar. Wallahualam.

Comments

pencinta kebenaran said…
saya sokong pendapat azli..tapi sy ada satu lg permintaan pd keri..klau masuk ATM tu nanti jgn pula didedahkan rahsia sulit ATM pd juburi, singapork or sapa je yg nak amik kesempatan pd negara kita ni
Anonymous said…
actually he has got the chance during tun abdullah administration but i dont think khairy make good use of the opportunity...he actually misuse it...
Anonymous said…
Saya tidak menyokong sekiranya KJ ingin meninggalkan arena politik tanah air.... sebenarnya KJ seorang yang berkarisma dan mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin yang hebat namun terdapat satu halangan yang dicipta oleh orang2 tertentu untuk menghalang KJ melebarkan pengaruhnya.. Hidup Khairy.. Hidup umno...
Singh Is Kinng said…
This comment has been removed by the author.
Singh Is Kinng said…
Salam Saudara Azli, your opinion about KJ in this post has also been published at mine ...... ambil dulu baru minta izin ..... HA HA HA
tulah singh, kao ni takde langsung idea yg ori. main gunting tampal sama je dengan bos mu.

komen azli komen dialah. kalau dia hebat sangat gua fikir yg anak bongsu dr mahathir tu takkan berjaya menggondol tempat TERAKHIR dlm PAU 2009.

But at least he uses his own brain..not like some people.

Kah kah kah
Anonymous said…
hahaha...ulasan yang sgt bijak..terima la kenyataan zaman mu sudah berakhir KJ..mungkin yang menyokong hanya kerana kuasa dan wang ringgit tidak seikhlas mana pun..hayat anda semakin hampir..insyaallah

ipoh marley
PARPUKARI said…
Good article Bro Azli!

Singh, si Paria wenger upahan yang dibayar melalui Yayasan Endon dah ada balik dah! Bermacam cara dicuba sebab nak jadi menteri, akhirnya elok dia masuk RELA lagi bagus la...muahahahahahaha

KALAU TAK KERANA PAK MENTUA DIA YANG BEBAL NAK MAMPOS HARI TU, SAH SI KERRY POKEMON NI KALAH PUNYA!
Anonymous said…
Sdra Azli, terima kasih kerana memberi nasihat dengan berterus terang, jujur dan ikhlas. KJ patut terima nasihat ini dengan hati yang terbuka.

Kenapa tak datang mesyuarat tadi?

Orang Kuale Kangso.
Wake UP! said…
Latihan askar wataniah ni mesti kacang bagi KJ sebab dia pernah dapat latihan lebih keras lagi.

Jesus Christ is not the same as Allah.
Sangat2 jujur dan saya menyukai dan menyokongnye... Syabas dengan artikel ini En.Azli.... :)
hans said…
wah
entry yg best dan berani
congrats saudara azli
thumbs up untuk kamu
Anonymous said…
statement KJ pasal wataniah bagus yg lebihkurang, tak yah senang-senang amek pangkat kehormat tp turun dulu latihan barulah real...ni tak ahli politik kita semua nak mudah....kalau dia masuk tentera bagus tp takut nanti dia jual abis jet,peluru,kereta kebal,helikopter...dah la kg baru bakal tergadai....hihihi..bangsa kita ni mmg suke jual tanah...

From Chulalongkorn with love..
Anonymous said…
ooii..hangpa.. bila dulu pak mertua dia berkuasa...hangpa tatang dia bagai menatang minyak penuh..semua dia punya urusan hangpa sokong naa.....laa..bila pak mertua dia takdak,dah takdak kuasa takdak apa apa..hangpa duk cemuihdia hangpa kata mcam macam kat dia....hangpa memang betui la....melayu mudah lupa....hangpa kena ingat duit dia banyak oiii...hasil limbang..

Orang Ko'diang
detguaq said…
Hello Azli...

Aku nak CnP posting hang kali ni. Buat orang Kodiang, hang ni mimpi ka mamai ka???? Yang kalah samapai 5 negeri tu tatang jadah kehapa??? lihat kembali blog-blog pro umno seperti blog SIK, PK, aku dan lain-lain termasuk Big Dog, ABiTW dan banyak lagi. kami telah mula bersuara semasa paklah tido tu PM lagilah tewwww
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Anonymous said…
detguaq HANG BERSUARA TAK BERBUNYI PON HIKHIKHIK..SUARA APA LAGU TU...?BISU KA?


ORANG KO'DIANG

Pilihan Pembaca

Tun Mahathir Dalam Bahaya!

Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepad

Terkini Isu Rombakan Kabinet : Tahniah KJ!

Saya memetik sebuah laporan daripada blog Melayu Baru berkenaan isu pelantikan Khairy Jamaluddin sebagai menteri penuh. Sebelum ini, saya sudah maklumkan di dalam blog ini , bahawa KJ berkemungkinan besar akan menyertai kabinet DS Najib tidak lama lagi, ekoran kejayaan luar biasa beliau mendaftarkan ahli baru Pemuda UMNO melebihi 40 ribu orang dalam masa yang sangat singkat - dan jika laporan blog ini menjadi realiti, soalnya hanya satu, apakah pendirian para bloggers pro-kerajaan kelak? Apakah para bloggers ini bakal berpaling tadah dan bertukar kiblat seperti mana yang dikatakan oleh Zaini Hassan dalam kolumnya Cuit-cuit di Utusan Malaysia ? Apa-apa pun, sama-sama kita tunggu perkembangannya. Baca laporan itu di sini : NAMPAKNYA HASRAT KETUA Pergerakan Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin (KJ) untuk menjadi Menteri akan tercapai dalam rombakan Kabinet yang dijangka akan dilakukan pada hujung bulan ini. Lebih memeranjatkan, cadangan perlantikan KJ kali ini dikatakan disokong oleh Timbal

Malam Dengan Bulan Yang Sama

Malam Dengan Bulan Yang Sama Saya paparkan di sini satu komen yang bernas daripada seorang pembaca blog saya yang bernama Shamsul Anuar. Dan saya fikir sangat baik untuk sama-sama kita renungkan. Kepada saudara Shamsul Anuar, terima kasih komen saudara. Menang walaupun satu undi adalah menang. Ada beberapa perkara yang saya nampak disini. 1) Kedua dua PAS dan UMNO mempunyai pengundi setia. Pengundi Cina dan India nampaknya kearah PAS. Bukan sebab suka PAS sangat tetapi PAS tidak sepert UMNO, bukan teras dalam PR. Sekiranya ( dijauhkan Allah swt) BN tumbang, maka kuasa politik Melayu akan berakhir. Ini kerana PAS tidak akan jadi teras PR. 2)UMNO tidak teliti pada pemilihan calon. Walaupun saya rasa tidak adil menuding Rohaizat pasal tduhan isteri 2, saya sedar ianya digunakan secara efektif oileh PAS. 3) Sikap Melayu yang sanggup terima walaupun sampah kalau disulami oleh ayat-ayat Kuran . Ini adalah perkara pelik dalam masyarakat Melayu. Tahu dan sedar perkara itu salah teta