Skip to main content

Judi Bola Sepak 2010 : The World Is Not Enough


Judi Bola Sepak 2010
The World Is Not Enough

KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.

"Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam.

Chee Heung berkata, memandangkan banyak kes perjudian secara haram dilaporkan pada masa ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia 2010 dalam keadaan yang terkawal.

"Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa," katanya.

Menurutnya, beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

"Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu," ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.

"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya.


Ulasan Saya


Ramai dalam kalangan ahli dan penyokong UMNO sangat kecewa dengan keputusan kerajaan berhubung isu meluluskan lesen judi bola sepak kepada Berjaya Group baru-baru ini. Walauapa pun alasannya - kerajaan sama sekali tidak harus meluluskan lesen tersebut. Selain daripada faktor judi itu sememangnya haram di sisi Islam, ia juga memberi implikasi yang sangat buruk terhadap imej, maruah dan prinsip perjuangan UMNO yang mengimpikan perubahan.

Rakyat, khsusunya ahli UMNO menolak keputusan ini bukanlah bersandarkan faktor politik semata-mata - bahkan bagi saya, penolakannya utamanya adalah kerana Islam itu sendiri mengharamkan segala bentuk aktiviti judi. Apatah lagi - keputusan memberi lesen judi bola sepak ini pasti ditafsirkan sebagai permulaan untuk menghalalkan perbuatan haram yang lain atas nama undang-undang pencegahan dan pengawalan.

Saya dan rakan-rakan blogger yang cintakan kebenaran - memohon kepada kerajaan agar segera menarik balik kelulusan tersebut. Selain daripada isu ini bakal dipolitikkan oleh PAS, ia juga secara tidak langsung merosakkan imej dan sokongan rakyat kepada UMNO. Wallahualam.

Comments

Unknown said…
salam bang azli
keputusan ini akan memburukkan lagi imej UMNO. Ia membuktikan bahawa UMNO tidak serius dalam isu berkaitan agama, halal dan haram. Menjadikan UMNO semakin buruk di mata rakyat.
Perlu ada satu tindakan tegas dari ahli UMNO sendiri untuk menghalang perkara ini.
Nashrul Sabri said…
Salam,

"Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu,"

Papan kenyataan yang sama juga diletakkan di setiap kedai Magnum 4D dan TOTO. Tetapi mereka masih menjual tiket pertaruhan pada orang Islam. Wallahua'lam..
Anonymous said…
Isu ini akan berlarutan dan menjadi modal untuk PRU 13 nanti. Judi adalah isu sensitif umat Islam.. Orang Islam akan menentang baik umno mahupun pas. Mufti perlu tegas dalam hal ini. Jangan pakai lagi ungkapan melayu mudah lupa ungakapan Dr M.. pakailah ungkapan melayu akan ingat sampai bila-bila apabila kita membuat kejahatan.
Wake UP! said…
Walaupun begitu, lesen judi itu hanyalah untuk yang bukan Islam. Kalau tak diberi lesen pun, judi secara haram pun banyak juga berlaku.

PAS tak perlu hipokrit kerana di Kelantan pun mereka tak haramkan arak. Malahan pelacuran dan kes HIV bertambah di Kelantan.

Relinquishing the special rights of the Malay
Alaa... kalau Anwar Berahim jadi PM pun dia akan luluskan lesen judi ni. Silap2 semua jenis judi dia luluskan, asalkan masyukkkkk....
tanpanama said…
Kerajaan BN (didalamnya ada MCA, MIC, Gerakan, dll parti bukan Islam) luluskan judi world cup diorang heboh tp Nik Aziz sokong penggunaan kalimah Allah mereka senyap pulak. Kalau ikutkan Pas, semua kerajaan buat tak betul mereka je betul. Kalau Anwar sah2 bersalah kerana berjubur pun nanti dia kata Anwar betul jugak! Tak caya tengoklah nanti
Anonymous said…
apapun alasannya dan kaitannya,,UMNO adalah parti dominan dlm pemerintahan,,tak seharusnya di lesenkan perjudian ini,,,judi sepatutnya dikurangkan dan bukan diperluaskan,,kitakn negara ISLAM..walau judi tak dpt dihapuskan kerna ada pemainnya dari bukan ISLAM,sepatutnya ia dikurangkan..
ishh,,ape aku nak ckp!!!yang haram jgan dihalalkan..diperlesenkan pun,,judi haram tetap ada..yg kaya!!CINAAA JUGA!!!

bacokbugis
Anonymous said…
Mana lebih berat rasanya antara memberi LESEN perniagaan judi kepada bukan Islam dengan memberi KEBENARAN DAN MENYOKONG ahli kafirun menggunakan kalimah ALLAH didalam gereja? Golongan warna apakah yang mengizinkan – hitam atau putih? PAS atau UMNO? Tanya Nik Aziz dan Khalid Samad.
Anonymous said…
Salam,

Ahli politik mesti gelak baca komen kat sini.

Aku yg bukan ahli politik pn rasa lucu baca komen-komen korang. ;)

Kdgkala tindakan seperti ini membuatkan org-org mcm aku terasa malu utk mengakui yg aku seorg ahli parti dominan Malaysia.

Di mana semangat keMELAYUan kita? UMNO membangun kerana MELAYU, tapi bila MELAYU korupsi, bagaimana UMNO nak membangun?

Kita tak menang di Sibu kerana keangkuhan kita org MELAYU. Patutlah Tun Dr. M pernah cakap MELAYU mudah LUPA. Aduih..

Politik Malaysia makin meruncing. Yang kaya raya ahli politik juga. Yang menyokong dapat apa? Subsidi gula ditarik balik, harga minyak bakal naik.
Anonymous said…
As-salam,

knape org melayu msih blom sedar yg mrk sbnrnya ditindas?tlglah pilih pemimpin yg betul2 layak utk memimpin..tak srh pilih pas pn..cuma pilih pemimpin tak kire la dari parti mane pn..asalkn dia pandai memimpin..dia menggunakn akal utk memimpin..bkn skdr otak je yg berfungsi..

psl isu judi ni,aku nk ckp ape lg kn..sbb sblm ni pn dh ade genting,ade magnum,ade toto..tp bila smpai tahap nk luluskn lesen utk pelacuran plak tu ape kes?lepas ni ape plak?luluskn lesen menjual dadah?makin ramai la anak bangsa kita yg akn rosak kerana seorg pemimpin yg xmampu utk membendung sesuatu kemusnahan..

p/s: sape sokong kelulusan lesen pelacuran mmg terang2 dia suka melanggan..susah nk ckp..rambut sama hitam,jiwa kt dlm lain2..
Anonymous said…
Tak payah nak mengutuk Nik Aziz @ Khalid Samad @ Yusof Qardawi.... Kalau Ilmu tuan melebihi mereka bertiga, Tuanlah yang paling layak menjadi PM.. Mengapa bodoh sangat. Kerajaan BN pun tak boleh ambil tindakan apa-apa walaupun terdapat ramai ulama. Mengapa ? Orang bodoh pun boleh berfikir. Takkan tuan ni lebih bodoh daripada orang yang bodoh....
PAScacamarba said…
"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenar jual oleh orang bukan Islam kpd golongan itu sahaja, kerana jika ia diharamkan sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam menikmatinya" Nika Aziz, 19 November 1992.
-fatwa sape ni?
anon 11:10pm,nampak sangat ko ni mangkuk sangat
yassir said…
Maksiat!!!!! Negara Islam Malaysia Luluskan Lesen Judi
Zek Al Johari said…
Kalau kerajaan ingin meneruskan juga rancangan gila ini, janganlah terkejut kalau sesuatu yang tidak baik berlaku kepada masa depan kerajaan.

Aku rasa ini adalah satu grand design untuk menghancurkan kerajaan yang memberi jalan untuk diexploit oleh parti pembangkang. Kerajaan sengaja memberi peluru dan senapang untuk ditembak dan dibunuh.

Aku tetap tidak bersetuju walaupun ia hanya dibuka kepada orang bukan Islam. Meluluskan lesen judi itu pun adalah haram.
Ahmad Mimpi said…
Salam

mula2 luluskan zouk, ruum jungle,GAB, carlsberg, toto, magnum, casino de genting

lepastu luluskan judi piala dunia

lpasni mgkin benarkan pusat pelacuran halal red district bg membendung pelacuran haram

sori bro, wa rs hal ni cukup mengecewakn.

alasan tidak diterima

sedih
Anonymous said…
Alasan tak boleh diterima yang haram tetap haram. takkan yang haram nak jadi halal pula. Baik kita semua pikir bagaimana nak hentikan perjudian ini baik umno mahupun pas sebab masalah judi ni melibatkan umat Islam. Betul tak En. Azli ????
Anonymous said…
ada salah judi..

Allah diperjudikan...
Islam diperjudikan...
Masjid diperjudikan...
Liwat diperjudikan...
Derma diperjudikan...
Isteri diperjudikan...

mau cari rezeki untuk tanggung anak bini makan..

mau tolong orang susah...

Allah mengira walau sebesar zarahpun kebaikan yg dilakukan..

ramai alim agama kaya raya hasil judi balak..
Fathi Adha said…
yang hak dan yang batil tidak boleh bersatu!

Pilihan Pembaca

Daripada Rakyat Kepada Rakyat : Ke mana Mukhriz Selepas Ini?

Daripada Rakyat Kepada Rakyat Kita harus bersyukur - sesungguhnya "Kem Kebenaran" sudah menang. Setidak-tidaknya gandingan Datuk Seri Najib bersama Tan Sri Muhyiddin sangat sesuai dan mampu meneruskan perjuangan UMNO. Setakat ini, nampaknya kumpulan bersih telah berjaya mewarnai dan menerajui kepimpinan tertinggi UMNO - walaupun saya agak kecewa sedikit dengan kekalahan Datuk Seri Rais Yatim dan Datuk Mukhriz Mahathir. Namun demikian, suara lantang masih wujud di dalam UMNO. Datuk Seri Shahrizat dalam ucapannya setelah bergelar Ketua Wanita UMNO, turut mengucapkan terima kasih beberapa kali kepada Tun Mahathir - kerana banyak menyokongnya dalam dunia politik. Tan Sri Muhyiddin dan Datuk Seri Najib juga dikatakan sangat rapat dengan Tun Mahathir - ini menandakan, InsyaAllah mungkin banyak idea dan pandangan Tun Mahathir akan didengari selepas ini. Saya ucapkan tahniah juga kepada Datuk Seri Hishamuddin, Datuk Syafie Apdal dan Datuk Seri Zahid Hamidi kerana berjaya seperti mana...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...