KUALA LUMPUR 12 Mei - Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan. Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung menjelaskan, lesen itu bukanlah lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada syarikat berkenaan.
"Syarikat itu pernah menerima lesen tersebut pada 1987 tetapi telah memulangkannya kembali kepada kerajaan pada tahun 1990 kerana pada masa tersebut tidak ramai yang berminat untuk bertaruh," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Sebuah akhbar berbahasa Cina melaporkan Kementerian Kewangan telah bersetuju mengeluarkan lesen pertaruhan itu kepada Berjaya Group semalam.
Chee Heung berkata, memandangkan banyak kes perjudian secara haram dilaporkan pada masa ini, syarikat berkenaan telah membuat permohonan untuk mendapatkan kembali hak penganjuran pertaruhan Piala Dunia 2010 dalam keadaan yang terkawal.
"Setelah diteliti, kerajaan telah menimbangkan permohonan ini agar aktiviti perjudian dan pertaruhan haram dapat dikawal dan dipantau pihak berkuasa," katanya.
Menurutnya, beberapa garis panduan telah diberikan kepada syarikat tersebut untuk dipatuhi antaranya hanya 200 cawangan pusat perjudian di seluruh Semenanjung dibenarkan menganjurkan pertaruhan itu dan tidak termasuk Sabah dan Sarawak. Selain itu Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.
"Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu," ujarnya.
Dalam pada itu, beliau berkata, kajian yang dibuat kerajaan mendapati negara lain seperti Singapura, Hong Kong dan Australia turut bersetuju supaya pertaruhan kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 diadakan secara terbuka agar kegiatan perjudian haram tidak bermaharajalela.
"Cukai yang dikutip daripada pertaruhan itu boleh digunakan untuk membangunkan bidang sukan tertentu di negara ini malah digunakan untuk kerja-kerja amal yang bersesuaian," jelasnya.
Ulasan Saya
Ramai dalam kalangan ahli dan penyokong UMNO sangat kecewa dengan keputusan kerajaan berhubung isu meluluskan lesen judi bola sepak kepada Berjaya Group baru-baru ini. Walauapa pun alasannya - kerajaan sama sekali tidak harus meluluskan lesen tersebut. Selain daripada faktor judi itu sememangnya haram di sisi Islam, ia juga memberi implikasi yang sangat buruk terhadap imej, maruah dan prinsip perjuangan UMNO yang mengimpikan perubahan.
Rakyat, khsusunya ahli UMNO menolak keputusan ini bukanlah bersandarkan faktor politik semata-mata - bahkan bagi saya, penolakannya utamanya adalah kerana Islam itu sendiri mengharamkan segala bentuk aktiviti judi. Apatah lagi - keputusan memberi lesen judi bola sepak ini pasti ditafsirkan sebagai permulaan untuk menghalalkan perbuatan haram yang lain atas nama undang-undang pencegahan dan pengawalan.
Saya dan rakan-rakan blogger yang cintakan kebenaran - memohon kepada kerajaan agar segera menarik balik kelulusan tersebut. Selain daripada isu ini bakal dipolitikkan oleh PAS, ia juga secara tidak langsung merosakkan imej dan sokongan rakyat kepada UMNO. Wallahualam.
Comments
keputusan ini akan memburukkan lagi imej UMNO. Ia membuktikan bahawa UMNO tidak serius dalam isu berkaitan agama, halal dan haram. Menjadikan UMNO semakin buruk di mata rakyat.
Perlu ada satu tindakan tegas dari ahli UMNO sendiri untuk menghalang perkara ini.
"Kesemua cawangan diwajibkan untuk meletakkan papan kenyataan yang mengatakan orang Islam tidak dibenarkan membeli tiket pertaruhan itu,"
Papan kenyataan yang sama juga diletakkan di setiap kedai Magnum 4D dan TOTO. Tetapi mereka masih menjual tiket pertaruhan pada orang Islam. Wallahua'lam..
PAS tak perlu hipokrit kerana di Kelantan pun mereka tak haramkan arak. Malahan pelacuran dan kes HIV bertambah di Kelantan.
Relinquishing the special rights of the Malay
ishh,,ape aku nak ckp!!!yang haram jgan dihalalkan..diperlesenkan pun,,judi haram tetap ada..yg kaya!!CINAAA JUGA!!!
bacokbugis
Ahli politik mesti gelak baca komen kat sini.
Aku yg bukan ahli politik pn rasa lucu baca komen-komen korang. ;)
Kdgkala tindakan seperti ini membuatkan org-org mcm aku terasa malu utk mengakui yg aku seorg ahli parti dominan Malaysia.
Di mana semangat keMELAYUan kita? UMNO membangun kerana MELAYU, tapi bila MELAYU korupsi, bagaimana UMNO nak membangun?
Kita tak menang di Sibu kerana keangkuhan kita org MELAYU. Patutlah Tun Dr. M pernah cakap MELAYU mudah LUPA. Aduih..
Politik Malaysia makin meruncing. Yang kaya raya ahli politik juga. Yang menyokong dapat apa? Subsidi gula ditarik balik, harga minyak bakal naik.
knape org melayu msih blom sedar yg mrk sbnrnya ditindas?tlglah pilih pemimpin yg betul2 layak utk memimpin..tak srh pilih pas pn..cuma pilih pemimpin tak kire la dari parti mane pn..asalkn dia pandai memimpin..dia menggunakn akal utk memimpin..bkn skdr otak je yg berfungsi..
psl isu judi ni,aku nk ckp ape lg kn..sbb sblm ni pn dh ade genting,ade magnum,ade toto..tp bila smpai tahap nk luluskn lesen utk pelacuran plak tu ape kes?lepas ni ape plak?luluskn lesen menjual dadah?makin ramai la anak bangsa kita yg akn rosak kerana seorg pemimpin yg xmampu utk membendung sesuatu kemusnahan..
p/s: sape sokong kelulusan lesen pelacuran mmg terang2 dia suka melanggan..susah nk ckp..rambut sama hitam,jiwa kt dlm lain2..
-fatwa sape ni?
anon 11:10pm,nampak sangat ko ni mangkuk sangat
Aku rasa ini adalah satu grand design untuk menghancurkan kerajaan yang memberi jalan untuk diexploit oleh parti pembangkang. Kerajaan sengaja memberi peluru dan senapang untuk ditembak dan dibunuh.
Aku tetap tidak bersetuju walaupun ia hanya dibuka kepada orang bukan Islam. Meluluskan lesen judi itu pun adalah haram.
mula2 luluskan zouk, ruum jungle,GAB, carlsberg, toto, magnum, casino de genting
lepastu luluskan judi piala dunia
lpasni mgkin benarkan pusat pelacuran halal red district bg membendung pelacuran haram
sori bro, wa rs hal ni cukup mengecewakn.
alasan tidak diterima
sedih
Allah diperjudikan...
Islam diperjudikan...
Masjid diperjudikan...
Liwat diperjudikan...
Derma diperjudikan...
Isteri diperjudikan...
mau cari rezeki untuk tanggung anak bini makan..
mau tolong orang susah...
Allah mengira walau sebesar zarahpun kebaikan yg dilakukan..
ramai alim agama kaya raya hasil judi balak..