Ezam Mohd Noor 2010 Ke Mana Khairy Selepas Ini? KUALA LUMPUR 28 April - Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd. Noor adalah antara empat individu yang akan dilantik sebagai ahli Dewan Negara. Ezam yang juga bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan mengenai berita pelantikannya sebagai senator itu tetapi enggan mengulas lanjut. "Ya, benar Alhamdulillah. Cuma saya akan buat kenyataan hanya selepas majlis angkat sumpah nanti. Sekarang masih di Jakarta, bertugas,'' katanya ketika dihubungi di sini malam ini. Beliau juga Pengerusi Yayasan Generasi Baru Nusantara. Dalam pada itu, Utusan Malaysia difahamkan, turut akan dilantik sebagai senator ialah Timbalan Presiden MIC, Datuk G. Palanivel; Pengerusi Eksekutif Rahim & Co, Datuk Abdul Rahim Abdul Rahman dan Ketua Wanita UMNO Bahagian Pagoh, Noriah Mahat. Mereka akan mengangkat sumpah jawatan untuk tempoh tiga tahun di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abu Zahar Ujang pada...
Memimpin Kebijaksanaan