Skip to main content

Bagan Pinang 2009 : Bila Derita Menjerit


Bagan Pinang 2009
Bila Derita Menjerit


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana itu adalah pilihan parti. Menurut bekas Perdana Menteri, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.


"Ia bagus, kita akan menang," katanya selepas program A Meeting of Minds antara beliau dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes, Steve Forbes di sini hari ini. Ditanya apakah Barisan Nasional (BN) boleh menambah majoritinya jika menang di Bagan Pinang, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak boleh meramalkan perkara itu. "Saya tidak tahu itu, mungkin ia akan meningkat," katanya.


Jelas beliau, terletak di tangan pengundi untuk membuat penilaian apakah Mohd. Isa adalah satu pemilihan yang tepat. Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak merancang untuk berkempen bagi pihak BN di Bagan Pinang. Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu di Hospital Pakar Seremban (SSH) kerana jangkitan dalam darah.


Azman yang mewakili BN memperoleh 6,430 undi menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu dengan kelebihan 2,333 undi. DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi iaitu 62.77 peratus pengundi Melayu, 20.74 peratus kaum India, 10.96 peratus Cina dan 5.54 peratus kaum lain.


Ulasan Saya : Saya mengingatkan diri saya dan para pembaca sekalian. Sesungguhnya kita akui kawasan Bagan Pinang merupakan kubu kuat UMNO - malah rata-rata ahli UMNO percaya bahawa UMNO akan menang di Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar. Namun demikian, saya berharap agar kita tidak terlalu yakin, kerana kenyakinan yang terlalu tinggi kadang-kala akan memakan diri sendiri. Lihatlah contoh di Manek Urai - PAS terlalu yakin mereka boleh menang dengan mudah di sana, tetapi, akhirnya PAS hanya berupaya memperoleh 65 undi majoriti sahaja. Walaupun PAS menang - tetapi menang dalam tewas. Begitu juga di Bukit Gantang - kita yakin berupaya menumpaskan PAS, tetapi ternyata undi kaum Cina masih belum berubah. Pada pandangan saya, kempen yang dilancarkan oleh PAS, PKR dan DAP di Bagan Pinang lebih tertumpu kepada kaum India dan Cina - iaitu undi yang akan menentukan kemenangan kepada seseorang calon. Tetapi, kita harus faham bahawa niat PAS di Bagan Pinang bukanlah untuk menang kerana mereka akur Bagan Pinang merupakan kubu kuat UMNO, sebaliknya PAS hanya mahu mengurangkan majoriti yang telah diperoleh UMNO dalam PRU yang lepas (2333) - itu pun sudah memadai buat parti pembangkang. Jadi nasihat saya hanya satu, iaitu UMNO harus memastikan ahli-ahlinya turun mengundi, khususnya golongan muda. Malah, pastikan juga bahawa setiap penyokong UMNO itu sememangnya boleh membuang undi - jika tidak, ia hanyalah satu sokongan yang sia-sia. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Salam.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada golongan yang baik di sisi-Nya
Cheguman said…
Saya baru balik dari Bagan Pinang dan berjaya membawa balik dua pelepah upih pinang untuk sukaneka hari Sabtu ni (betul ke penjodoh bilangan tu Azli?).

Walaupun pada mulanya saya kurang bersetuju dengan pemilihan TS Isa (kerana bimbang jadi bahan fitnah pembangkang) namun saya akui pengaruh TS Isa di Bagan Pinang amat besar. Ini mungkin kerana adat budaya kekeluargaan yang amat erat di sana.

Apapun, saya setuju dengan Azli agar tidak terlalu yakin, dengan maksud kita perlu sentiasa waspada dengan strategi lawan.
Anonymous said…
kalau x keberatan,wa nak ajak lu mai lepak2 gelak2 kat blog gua..hehe
Anonymous said…
Sebelum TS Muhyiddin Yassin mengumumkan nama TS Isa Samad sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang, beliau telah bertanya kepada rakyat yang hadir siapakah yang mereka mahu sebagai calon. Dengan serentak mereka menyebutkan nama TS Isa Samad.

Jelas rakyat di DUN Bagan Pinang mahukan TS ISA SAMAD sebagai wakil rakyat mereka.

Melihat kepada sokongan padu yang diberikan oleh pengundi2 di DUN BP saya rasa kemenangan berpihak kepada calon BN InsyaAllah.

Tetapi petugas2 BN janganlah berasa selesa. Mereka harus bekerja lebih kuat dan bersatu hati.

Saya doakan kemenangan bagi TS ISA SAMAD. AMIN!

Penyokong BN
azlishukri said…
waadat - saya sependapat, namun saya masih berpegang kepada prinsip orang yang pernah melakukan rasuah tidak sesuai dijadikan pemimpin kerana dibimbangi fitnah akan terus berlaku.
Mohd Radzian said…
Adat perpatih kalau kahwin kena masuk suku. Ikut adat Negeri Sembilan, Isa Samad ni dah lama dan jauh masuk suku.

Nak letak orang baru untuk bertanding susah sebab, sure kena reject , belum masuk suku atau belum banyak jasa kepada masyarakat setempat.

Nak masuk suku ni simple tapi rumit. Kena belajar budaya dan pemikiran adat perpatih.

Kalau letak orang muda atau orang baru, masyarakat tanya , apo jaso budak mudo ni , cokau sano cokau sini .. kato borsih tapi hasil kojo tak nampak.

Masalah ni sama gak berlaku di Perak, letak calon mudo..muko baru nampak borsih tapi jaso dan bakti hancus tak do profile tak do recognition .. Tu pun nasib baik ada duo ADUN berpaling ke BN.. Natijahnyo, apa dah jadi Perak sekarang ni ?

Nogori.. hampir samo nak berlaku macam tu... BN, Pakatan hampir 50:50.. Sanggup ko eden tengok Nogori jadi macam Perak ?
ikan emas said…
Dgn pengundi tak sampai 14,000 tu pun tak tolak undi pos lg, semua bertumpu kat sini.Tak kira pemimpin besar kecil...dan nak ingatkan janganlah ramai yg datang hanya utk menghurung mengekori bigboss !!
Ekeng A/L Etong said…
Terima kasih Tun kerana memberi menyetujui pencalonan TS Isa Samad walaupun mulanya agak kurang berkenan. Inilah sifat terpuji seorang negarawan, menyokong keputusan parti walau pun ada ketika ianya tidak serasi dengan pandangan sendiri. Apa pun parti mesti diutamakan!
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
T.Sri Isa Samad memang popular di Bagan Pinang....masalahnya ialah dengan kemenangan beliau akan menambah lagi liabiliti kepada BN kerana:-
i) Pasti akan ada penyokongnya yang dah mula berangan2 kerusi empuk no 1 N9
ii) Bila jadi gitu akan jadi kem A kem B....b+ lagi kem yang sediada kat PD (....kem tentera..he he)
iii) Isu rasuah...BN kena menjawab lagi kenapa seorang yang perasuah boleh jadi calon dan menang lak tu...akan jadi modal PRU 13 nnt
iv) Rakyat akan berfikir macaman nak banteras rasuah kalau dah wakil2 nya sumer rasuah.....renung2kan dan selamat beramal.

Pilihan Pembaca

KENALI DATUK MUKHRIZ MAHATHIR Siri Pertama "Saya membesar seperti kanak-kanak lain." Oleh Muhammad Azli Shukri Menelusuri kehidupan zaman remaja Datuk Mukhriz Mahathir, sangat teruja. Anak ketiga kepada mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad ini begitu ceria sewaktu membicarakan zaman remajanya kepada penulis. “Zaman remaja saya penuh dengan keriangan, saya seperti kanak-kanak lain, hidup dalam budaya Melayu yang sangat menekankan soal adat dan agama Islam.” Ujar Mukhriz ketika memulakan perbualan. “Saya dibesarkan dalam keluarga yang mementingkan pendidikan dan agama, ayah saya Tun Mahathir sangat tegas dalam pendidikan kami. Walaupun beliau sibuk sebagai ahli politik, namun pendidikan anak-anaknya sangat diambil berat.” Sambung Mukhriz lagi. Menurut beliau, zaman remajanya sangat menarik untuk dikongsi bersama. Walaupun keluarga Mukhriz sangat dihormati oleh masyarakat pada ketika itu, kerana Tun Mahathir merupakan seorang doktor perubatan, namun hubungan...
"Beli Emas Ketika Ekono mi Tidak Menentu." - Prof. Bala Shanmugam Oleh Muhammad Azli Shukri Ekonomi dunia yang semakin tertekan akibat daripada masalah kewangan yang melanda AS, diburukkan lagi dengan pengumuman ahli kongres AS yang meluluskan pakej bantuan kewangan berjumlah AS$700 bilion bagi tujuan menstabilkan pasaran kewangannya yang dikatakan semakin teruk. Pengumuman tersebut menggambarkan betapa serius masalah kewangan yang sedang melanda AS dan langkah yang sewajarnya perlu diambil. Sehubungan dengan itu, ikuti pandangan Profesor Dr. Bala Shanmugam dari Monash University Sunway dan penulis buku Subprime Mortgage Crisis : Causes, Effects and The Way Forward bagi mendapatkan pandangannya berkenaan isu tersebut. Apakah sebenarnya yang berlaku semasa krisis Subprima di Amerika Syarikat? Krisis Subprima pada asasnya berlaku disebabkan oleh dua perkara, pertama pihak bank yang memberi pinjaman telah mengehadkan kadar pinjaman kepada peminjam. Hal ini ...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 11 : Bukan Salah En. Jamaluddin Saya sebenarnya malas untuk mengulas isu debat yang dilaung-laungkan oleh Khairy Jamaluddin (KJ) sejak cadangan tersebut beliau utarakan di media massa. Pada hemat saya, berdebat untuk merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, seperti yang disarankan oleh beliau hanyalah sia-sia, dan sama sekali tidak akan mencapai objektif yang diharapkan. Sebelum kita pergi jauh, sebab musabab mengapa saya tidak bersetuju dengan debat ini haruslah diketahui terlebih dahulu dan kemudian kita bisa menganalisisnya secara jujur. kita harus tahu apakah matlamat utama debat yang begitu diminati oleh KJ ini? selepas mengetahui matlamatnya, barulah dibincangkan apakah debat tersebut mampu mengukuhkan UMNO dan menarik minat orang muda kembali kepada UMNO, jika tidak, lupakan sahaja. Orang luar daripada UMNO tidak tahu apakah kesan debat ini terhadap imej dan nama UMNO itu sendiri. Mereka mungkin menyokong agar debat calon-calon ketua Pemuda UMNO M...