Skip to main content

Bagan Pinang 2009 : Bila Derita Menjerit


Bagan Pinang 2009
Bila Derita Menjerit


KUALA LUMPUR 30 Sept. - Tun Dr. Mahathir Mohamad menerima pemilihan Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang kerana itu adalah pilihan parti. Menurut bekas Perdana Menteri, pandangan atau perasaan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira kerana parti telah membuat keputusan secara sepakat.


"Ia bagus, kita akan menang," katanya selepas program A Meeting of Minds antara beliau dengan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Forbes, Steve Forbes di sini hari ini. Ditanya apakah Barisan Nasional (BN) boleh menambah majoritinya jika menang di Bagan Pinang, Dr. Mahathir berkata, beliau tidak boleh meramalkan perkara itu. "Saya tidak tahu itu, mungkin ia akan meningkat," katanya.


Jelas beliau, terletak di tangan pengundi untuk membuat penilaian apakah Mohd. Isa adalah satu pemilihan yang tepat. Dr. Mahathir juga memberitahu bahawa beliau tidak merancang untuk berkempen bagi pihak BN di Bagan Pinang. Pilihan Raya Kecil DUN Bagan Pinang diadakan berikutan kematian Allahyarham Azman Mohd. Nor pada 4 September lalu di Hospital Pakar Seremban (SSH) kerana jangkitan dalam darah.


Azman yang mewakili BN memperoleh 6,430 undi menewaskan calon Pas, Ramli Ismail yang memperoleh 4,097 undi pada Pilihan Raya Umum Ke-12 tahun lalu dengan kelebihan 2,333 undi. DUN Bagan Pinang mempunyai 13,664 pengundi iaitu 62.77 peratus pengundi Melayu, 20.74 peratus kaum India, 10.96 peratus Cina dan 5.54 peratus kaum lain.


Ulasan Saya : Saya mengingatkan diri saya dan para pembaca sekalian. Sesungguhnya kita akui kawasan Bagan Pinang merupakan kubu kuat UMNO - malah rata-rata ahli UMNO percaya bahawa UMNO akan menang di Bagan Pinang dengan majoriti yang lebih besar. Namun demikian, saya berharap agar kita tidak terlalu yakin, kerana kenyakinan yang terlalu tinggi kadang-kala akan memakan diri sendiri. Lihatlah contoh di Manek Urai - PAS terlalu yakin mereka boleh menang dengan mudah di sana, tetapi, akhirnya PAS hanya berupaya memperoleh 65 undi majoriti sahaja. Walaupun PAS menang - tetapi menang dalam tewas. Begitu juga di Bukit Gantang - kita yakin berupaya menumpaskan PAS, tetapi ternyata undi kaum Cina masih belum berubah. Pada pandangan saya, kempen yang dilancarkan oleh PAS, PKR dan DAP di Bagan Pinang lebih tertumpu kepada kaum India dan Cina - iaitu undi yang akan menentukan kemenangan kepada seseorang calon. Tetapi, kita harus faham bahawa niat PAS di Bagan Pinang bukanlah untuk menang kerana mereka akur Bagan Pinang merupakan kubu kuat UMNO, sebaliknya PAS hanya mahu mengurangkan majoriti yang telah diperoleh UMNO dalam PRU yang lepas (2333) - itu pun sudah memadai buat parti pembangkang. Jadi nasihat saya hanya satu, iaitu UMNO harus memastikan ahli-ahlinya turun mengundi, khususnya golongan muda. Malah, pastikan juga bahawa setiap penyokong UMNO itu sememangnya boleh membuang undi - jika tidak, ia hanyalah satu sokongan yang sia-sia. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Salam.
Marilah sama-sama kita berdoa agar Allah memberikan kemenangan kepada golongan yang baik di sisi-Nya
Cheguman said…
Saya baru balik dari Bagan Pinang dan berjaya membawa balik dua pelepah upih pinang untuk sukaneka hari Sabtu ni (betul ke penjodoh bilangan tu Azli?).

Walaupun pada mulanya saya kurang bersetuju dengan pemilihan TS Isa (kerana bimbang jadi bahan fitnah pembangkang) namun saya akui pengaruh TS Isa di Bagan Pinang amat besar. Ini mungkin kerana adat budaya kekeluargaan yang amat erat di sana.

Apapun, saya setuju dengan Azli agar tidak terlalu yakin, dengan maksud kita perlu sentiasa waspada dengan strategi lawan.
Anonymous said…
kalau x keberatan,wa nak ajak lu mai lepak2 gelak2 kat blog gua..hehe
Anonymous said…
Sebelum TS Muhyiddin Yassin mengumumkan nama TS Isa Samad sebagai calon BN di DUN Bagan Pinang, beliau telah bertanya kepada rakyat yang hadir siapakah yang mereka mahu sebagai calon. Dengan serentak mereka menyebutkan nama TS Isa Samad.

Jelas rakyat di DUN Bagan Pinang mahukan TS ISA SAMAD sebagai wakil rakyat mereka.

Melihat kepada sokongan padu yang diberikan oleh pengundi2 di DUN BP saya rasa kemenangan berpihak kepada calon BN InsyaAllah.

Tetapi petugas2 BN janganlah berasa selesa. Mereka harus bekerja lebih kuat dan bersatu hati.

Saya doakan kemenangan bagi TS ISA SAMAD. AMIN!

Penyokong BN
azlishukri said…
waadat - saya sependapat, namun saya masih berpegang kepada prinsip orang yang pernah melakukan rasuah tidak sesuai dijadikan pemimpin kerana dibimbangi fitnah akan terus berlaku.
Mohd Radzian said…
Adat perpatih kalau kahwin kena masuk suku. Ikut adat Negeri Sembilan, Isa Samad ni dah lama dan jauh masuk suku.

Nak letak orang baru untuk bertanding susah sebab, sure kena reject , belum masuk suku atau belum banyak jasa kepada masyarakat setempat.

Nak masuk suku ni simple tapi rumit. Kena belajar budaya dan pemikiran adat perpatih.

Kalau letak orang muda atau orang baru, masyarakat tanya , apo jaso budak mudo ni , cokau sano cokau sini .. kato borsih tapi hasil kojo tak nampak.

Masalah ni sama gak berlaku di Perak, letak calon mudo..muko baru nampak borsih tapi jaso dan bakti hancus tak do profile tak do recognition .. Tu pun nasib baik ada duo ADUN berpaling ke BN.. Natijahnyo, apa dah jadi Perak sekarang ni ?

Nogori.. hampir samo nak berlaku macam tu... BN, Pakatan hampir 50:50.. Sanggup ko eden tengok Nogori jadi macam Perak ?
ikan emas said…
Dgn pengundi tak sampai 14,000 tu pun tak tolak undi pos lg, semua bertumpu kat sini.Tak kira pemimpin besar kecil...dan nak ingatkan janganlah ramai yg datang hanya utk menghurung mengekori bigboss !!
Ekeng A/L Etong said…
Terima kasih Tun kerana memberi menyetujui pencalonan TS Isa Samad walaupun mulanya agak kurang berkenan. Inilah sifat terpuji seorang negarawan, menyokong keputusan parti walau pun ada ketika ianya tidak serasi dengan pandangan sendiri. Apa pun parti mesti diutamakan!
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2 semua
Anonymous said…
T.Sri Isa Samad memang popular di Bagan Pinang....masalahnya ialah dengan kemenangan beliau akan menambah lagi liabiliti kepada BN kerana:-
i) Pasti akan ada penyokongnya yang dah mula berangan2 kerusi empuk no 1 N9
ii) Bila jadi gitu akan jadi kem A kem B....b+ lagi kem yang sediada kat PD (....kem tentera..he he)
iii) Isu rasuah...BN kena menjawab lagi kenapa seorang yang perasuah boleh jadi calon dan menang lak tu...akan jadi modal PRU 13 nnt
iv) Rakyat akan berfikir macaman nak banteras rasuah kalau dah wakil2 nya sumer rasuah.....renung2kan dan selamat beramal.

Pilihan Pembaca

Syed Mokhtar al-Bukhari - Taikun Muslim yang Bernasib Malang!

Nama Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhari sangat dibenci dan sering dikecam secara jijik lagi kotor oleh Pakatan Rakyat. Tidak henti-henti mereka memburukkan usahawan muslim yang sangat zuhud lagi pemurah itu. Kebencian PR, khususnya DAP dan Anwar Ibrahim terhadap beliau sudah tidak dapat dibendung. Inilah nasib malang yang menimpa jutawan Melayu-Muslim yang baik, rendah diri dan dermawan. Mengapa mesti Syed Mokhtar dihina dan dikeji semahu-mahunya. Mengapa Taikun lain tidak diserang sehebat Syed Mokhtar? Fikir-fikirkan. Mengapa mesti mahu dihancurkan perniagaan Syed Mokhtar? Mengapa tidak Taikun-taikun yang jauh lebih kaya daripada beliau? Mengapa Taikun Muslim seperti Syed Mokhtar yang "dilanyak" bersungguh-sungguh oleh Anwar Ibrahim? Mengapa DAP dan Anwar Ibrahim memilih Syed Mokhtar sebagai Taikun yang mesti diserang bertubi-tubi? Apakah agenda sebenar mereka? (Hanya Taikun Syed Mokhtar yang diserang tidak henti-henti oleh Pakatan Rakyat, tetapi tidak Taikun yang lain)  

Setelah Puas "Membelasah" Syed Mokhtar al-Bukhary, Kini Mokhzani Pula Sasaran Anwar Ibrahim

GERIK, 5 April — Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji semalam untuk menarik balik kontrak Petronas bernilai jutaan ringgit yang dianugerahkan kepada anak Tun Dr Mahathir Mohamad, sambil menambah ia adalah salah satu langkah awal Pakatan Rakyat (PR) menghentikan kronisma sebaik sahaja memenangi Pilihan Raya 2013. Dalam satu ceramah di Taman Semarak, Ketua Pembangkang itu mengkritik hebat musuh ketatnya kerana menguruskan syarikat minyak negara terkaya seperti syarikat keluarga, terutamanya Mokhzani. “Pertama, dalam masa 24 jam Pakatan bersumpah akan menurunkan harga minyak di seluruh negara,” katanya kepada ribuan orang ramai hadir daripada kawasan sekitar di Hulu Perak. “Nombor dua, adalah kontrak minyak ini. Adakah anda berfikir di bawah Najib ia akan ditarik balik? No. Tetapi jika kita mengambil alih, saya ingin memberitahu Dr Mahathir — Saya Anwar, bukan seperti Najib.“Najib takut kepada kamu tetapi saya tidak. Saya tidak mempunyai niat untuk menjadi kejam kepada kamu at

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca