Skip to main content

Usul Agama Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar


USUL AGAMA PEMUDA UMNO
BAHAGIAN KUALA KANGSAR

Oleh Muhammad Azli Shukri
(EXCO Pemuda UMNO KK,
Merangkap Pengerusi Biro Agama Pemuda UMNO KK)


(Usul ini telah disampaikan
dalam Mesyuarat Persidangan Pemuda UMNO KK, Pada 17 Julai 2009)



Menginsafi bahawa perjuangan UMNO sejak ditubuhkan pada tahun 1946 sama sekali tidak meminggirkan perjuangan memartabatkan agama Islam sebagai agama rasmi umat Melayu di negara tercinta ini. Oleh itu, sejak tertubuhnya UMNO lagi, begitu ramai ulama dan pejuang agama menyokong perjuangan UMNO bagi mencapai kemerdekaan. Antaranya ialah : Haji Husin Cik Dol (Kesatuan Melayu Kedah) Haji Fadhullah Suhaimi (Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan), Sheikh Ahmad Sheikh Mustafa (Persekutuan Melayu Negeri Sembilan), Haji Ismail Hamzah (Mufti Perak), Sheikh Hamzah Mu’ti (Persatuan Melayu Perak) dan Haji Mohd Nur Bakri (Pembantu Indonesia Merdeka Se-Melayu).



Menyedari bahawa dengan begitu ramai ulama dari serata tanah air memberikan sokongan terhadap penubuhan UMNO bagi mempertahankan tanah air, maka jelaslah bahawa perjuangan UMNO tidak lari daripada ladasan Islam itu sendiri. Lantaran itu, tidak hairanlah jika UMNO menubuhkan Biro atau Jawatankuasa Tetap Agama sejak UMNO ditubuhkan lagi. Malah, pada 16hb Julai 1946 UMNO telah menubuhkan sebuah JawatanKuasa Agamanya yang terdiri daripada ulama terkemuka tanah air ketika itu, mereka ialah, Hj Abdullah Fahim (Seberang Perai), Sheikh Jalil Hassan (Johor), Hj Saleh Osman (Perlis), Hj Ahmad Mahir (Kelantan), Hj Abdul Rahman Merbuk (Kedah) dan Hj Abdul Aziz Abdul Salam (Perak).



Menginsafi itu semua, maka Pemuda UMNO Kuala Kangsar yang bersidang pada hari ini, 17 Julai 2009 mengambil ketetapan dengan mencadangkan agar Biro Agama UMNO/JawatanKuasa Agama UMNO haruslah diperkukuhkan semula, agar ia mampu menarik minat golongan yang mempunyai latar belakang agama menyertai UMNO dan berjuang bersama-sama dengan UMNO bagi mendaulatkan agama, bangsa dan negara. Oleh itu, cadangan-cadangan bagi mengukuhkan Biro Agama/Jawatankuasa Agama UMNO adalah melalui berikut :


1. Menaiktarafkan Biro Agama/Jawatankuasa Agama UMNO dalam satu bentuk sayap baharu UMNO. Jika dahulu kita menarik minat generasi muda wanita dengan menubuhkan sayap Puteri, maka tidak menjadi masalah jika hal yang sama dilakukan terhadap golongan agama yang terasa terpinggir dalam perjuangan UMNO selama ini. Sedangkan pada asalnya, golongan ulama turut bersama UMNO bagi memperjuangankan kemerdekaan. Lantaran itu, bagi mempertahankan kemerdekaan juga, UMNO memerlukan sokongan golongan agamawan ini. Dicadangkan agar UMNO mewujudkan satu lagi sayap baharu bagi menarik minat golongan ini. Sayap tersebut mungkin boleh disingkatkan sebagai, PERTIMI (Pergerakan Tajdid Islami).



2. Memberikan kedudukan yang sewajarnya kepada golongan agama/ulama yang masih setia dan yakin dengan perjuangan UMNO di dalam parti. Kita harus faham, golongan muda-mudi yang berlatar belakangkan agama semakin ramai setiap tahun, dan mereka lebih tertarik dengan PAS berbandingan dengan UMNO, oleh sebab itu golongan ini terasa tersisih dan jauh daripada UMNO itu sendiri.



3. UMNO digesa agar mewujudkan sebuah jawatankuasa khas agama yang bakal menjadi penasihat kepada parti dalam hal-ehwal perjuangan dan akhlak ahli-ahlinya. Dicadangan agar UMNO mewujudkan “Majlis Syura Ulama UMNO” bagi mengukuhkan lagi kekuatan aqidah dan akhlak ahli-ahlinya dari semasa ke semasa. Ahli-ahli syura ini boleh terdiri daripada para mufti yang ikhlas seperti Tan Sri Harussani Zakaria. Majlis Syura ini antara lain tujuannya adalah mengukuhkan lagi perjuangan UMNO dari aspek perjuangan Islam.

Comments

ikan emas said…
Sy setuju yg no.3.. yg no. 1 tu rasanya utk nk menambah perebutan jawatan dan kuasa sja....!!
eyes said…
salam abang Azli...
benar itu yang kami cari... syabas Abang Azli satu idea bagus,tetapi tak perlu nak tubuh satu sayap baru dalam agama sepatutnya kita ikut saje ajaran quran dan sunah gerenti selamat dunia akhirat, kerana banyak dasar2 dalam umno hanya perkara2 tertentu saje yang berlandaskan Quran Dan sunah yang lain semua ikut dasar yang diwarisi dari penjajah walaupun kita dah lebih 50 merdeka.kalau Umno ikut quran dan sunah rasanya ramai alim-alim dan orang ramai muda mudi dalam pas atau tak berpati akan lari tinggalkan parti pas. Dan T.G.Nik Aziz pernah berkata jikalau Umno melaksanakan dasar Quran dan Hadis 100% malam ini juga Pas akan dibubarkan kerana Umno telah melaksanakan benda yang diwajibkan oleh Allah..sekian Wallaualam
azlishukri said…
ikan emas dan sebaraukecil - terima kasih pandangan saudara berdua. moga usul ini akan diperkemaskan lagi dari semasa ke semasa. Niat saya hanya satu, agar UMNO menjadi lebih baik dan bersungguh-sungguh mejalankan perintah Allah
Unknown said…
salam
UMNO sekarang perlu serius dalam memperjuangkan agenda Islam.Bukan sekadar untuk menyaingi PAS tetapi juga demi kemaslahatan umat Islam keseluruhannya.Dan cadangan en.azli ni sangat2 penting untuk ditubuhkan dalam masa terdekat
mie3425 said…
Salam Jumaat. Semoga Azli berjaya merubahnya.
Qorie Afifi said…
SALAM UKHWAH ....

Merujuk kepada perkara yang diatas terasa bahawa Pemuda Umno KK akan melakarkan satu perubahan kepada presepsi terhadap Umno selama ini. Pun begitu , perkara ini bukanlah sesuatu yang baru didalam UMNO. Membincangan tentang keperluan menumpukan semula kepada Islam dan memertabatkan kembali Islam sebagai addeen di bumi Melayu ini adalah sesuatu yang perlu dilihat sebagai menarik rambut didalam tepung. Antara UMNO dan kerajaan Persekutuan sebenarnya dipandang sebagai satu objek yang sama oleh pihak pembangkang. Oleh itu , peranan JAKIM dan Majlis Agama yang dibentuk dalam kerajaan persekutuan adalah elemen penting yang tidak perlu ditidakan akan peranan mereka terhadap sumbangan kepada UMNO dan bumi Melayu ini.

Usul suadara Azli sedikit kelihatan seumpama menambahkan lagi satu organisasi baru sedangkan JAKIM dan Majlis Agama mempunyai ruang yang banyak dan boleh dimanfaatkan oleh kerajaan.

Idea / usul / Cadangan sdr azli seumpama mahukan arus perubahan dalam dakwah yang dipimpin oleh UMNO ataupun kerajaan persekutuan selama ini adalah sebuah gagasan yang baik namun harus dilihat apakah yang membendung arus dakwah di malaysia selama ini.

Pada pandangan saya ada beberapa hal yang menjadikan orang Melayu ni berpuak-puak. Satu-satunya hal yang menjadikan perkara ini adalah fahaman PAS terhadap sistem Islamiyah di Malaysia. Campuran dan kemasukan tarikat , aliran-aliran baru yang mendakwa sebagai pendakwah bagi menyucikan kembali sistem Islam di Malysia tetapi mereka ini juga mengembangkan Islam Liberal sehinggakan umat Islam di malaysia mula timbul rasa keliru terhadap beberapa ajaran dan ibadah di dalam Islam selama ini.

Jakim atau Majlis Agama harus tegas samada mahu berpegang kepada sunnah wal jemaah ataupun mengikut acuan baru.

Cadangan sayap baru itu baik tapi dalam bab beragama menubuhkan jemaah baru adalah dianggap tidak baik.
ops nak ty... kenal ke dengan pn Hamidah binti hj basir?
azlishukri said…
Qorie - saya mengharapkan agar terdapat badan ulama yang menasihat kepimpinan UMNO dan ahli-ahlinya. Penubuhan sayap baru itu, saya kira sama sekali tidak akan mewujudkan satu lagi jemaah Islam yang boleh berpecah-belah, sebaliknya tujuan sayap tersebut diharap akan berupaya merubah ahli-ahli UMNO menjadin lebih peka terhadap Islam dan amalannya.

Azila - rasanya saya kenal nama tersebut.

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan

Jangan Lupa Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan Saya merasakan sesungguhnya inilah petunjuk daripada Allah, apabila terbukti kebenaran semakin hampir menghancurkan kebatilan. Kita harus bersyukur, rakyat semakin menyokong dan mula menunjukkan keyakinan terhadap UMNO/BN - lantaran itu, keyakinan ini haruslah dipertahankan dengan sungguh-sungguh. Tahniah juga patut diberikan kepada DS Najib, kerana keikhlasan beliau mengemudi negara ini ke arah yang lebih baik dan harmoni. Dalam keadaan sekarang, kita juga tidak harus lupa dan alpa terhadap peranan para bloggers UMNO/BN yang tidak putus-putus saban hari menulis, menganalisis dan membongkar penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang, agar ia membuka mata segenap rakyat, yang selama ini begitu mudah ditipu dan dibohongi oleh pakatan rakyat atas nama demokrasi dan keadilan. Saya yakin dan percaya, salah satu punca mengapa rakyat kembali menyokong UMNO/BN adalah disebabkan oleh peranan para bl...

Akhirnya Khairy Jadi Menteri...

Akhirnya Khairy Jadi Menteri... Semalam saya dihubungi oleh "orang penting" dari putrajaya - sama ada berita ini benar-benar betul atau shahih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Menurut sumber tersebut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Kahiry Jamaluddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di sebuah kementerian. Hal ini adalah disebabkan desakan daripada beberapa pihak - khususnya salah seorang daripada menteri kanan. Saya tidak mahu komen banyak. Biarlah rakyat yang menilainya. Lagi pun dasar DS Najib sekarang adalah mendahului kehendak rakyat. Jika rakyat mahukan KJ sebagai Timbalan Menteri, apa yang boleh DS Najib lakukan lagi? Bukankah hal yang sama berlaku ke atas TS Isa Samad? Sekarang rakyat sudah boleh terima sesiapa sahaja sebagai pemimpin. Perasuah, Peliwat, Penzina, semuanya boleh diterima. Walau berbuih mulut kita menegur - jika rakyat mahukan sebegitu - kita terima aje la. Kesimpulannya hanya satu : Mungkin Khairy terpaksa dilantik menjadi Timbalan Menteri bagi tujuan men...