Skip to main content

Nik Aziz 2009 : Daun-Daun Dosa


NIK AZIZ 2009
Daun-Daun Dosa


KOTA BHARU 27 Julai - ''Salam ini bukan di antara UMNO dengan Pas, tetapi antara kerajaan Kelantan dan Pusat, tak timbul masalah UMNO ini, pergi jahanamlah UMNO.' 'Demikian reaksi Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat ketika diminta menjelaskan lebih mendalam mengenai 'salam' yang dihulurkan beliau kelmarin. Malah, Mursyidul Am Pas itu tetap dengan pendiriannya menolak sebarang perbincangan atau kerjasama dengan UMNO kerana menganggap parti itu telah menyimpang daripada perjuangan Islam. Beliau berkata, kesediaan untuk bekerjasama disebabkan negara ini mengamalkan sistem persekutuan dan di antara kerajaan negeri atau Pusat mempunyai kewajipan masing-masing.

"Sistem yang diamalkan kita ialah federalisme, bukan kerana apa, Pusat ada kewajipan kepada negeri dan negeri ada kewajipan kepada Pusat.

"Kerana apa nak sekat (peruntukan dan kerjasama), ada menteri sekat pegawainya beri kerjasama dengan kementeriannya, ini bukan menteri," katanya kepada pemberita selepas melawat Taman Ternakan sempena Hari Peladang peringkat di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas pandangan pelbagai pihak terhadap kenyataannya sebelum ini yang mahukan sebarang sengketa di antara kerajaan negeri dan Pusat diselesaikan demi kepentingan rakyat.


Ulasan Saya :

Nik Aziz buat hal sekali lagi, tidak cukup dengan menyamakan UMNO seperti Komunis dan Ajaran Sesat Ayah Pin. Kali ini, beliau dengan penuh keceluparan seperti dirasuk syaitan dan dendam kesumat yang amat sangat terhadap UMNO, beliau menghemburkan kata-kata, "Pergi Jahanamlah UMNO". Seorang ulama yang dikatakan penuh ilmu agama di dada, rasanya perlu arif bahawa ucapan seperti ini bukanlah menunjukkan akhlak seorang muslimin yang sejati. Nabi Muhammad tidak pernah mencela dan menyakiti hati sesiapa pun. Baginda hanya menyampaikan yang hak dan berkata benar, sesuai dengan apa-apa yang telah Allah wahyukan kepadanya. Tetapi malang, kata-kata kesat dan makin hamun seolah-olah halal di sisi PAS, hanya kerana perasaan benci yang melampau terhadap UMNO dan pemimpinnya. Lantaran itu, saya merasakan sudah tiba masanya PAS diberi hukuman yang setimpal dengan perbuatan mereka yang terlalu kuat menentang suruhan Allah, yang melarang umat Islam daripada saling memaki dan cemuh-mencemuh. Selagi PAS terus menerus-menerus mengamalkan akhlak yang buruk ini, saya yakin PAS akan berkubur dan hancur kerana perbuatan mereka sangat jelas hanya mengamalkan Islam dibibir sahaja. Sesungguhnya, tidak akan ada satu parti Islam pun yang akan menang, selagi para pendukungnya lebih mengutamakan kuasa daripada dakwah. Islam hanya akan bangkit dan kembali kuat sekiranya para penganutnya ikhlas berjuang kerana Allah dan bukan untuk mengejar kuasa dan kedudukan. Yang jelas, sikap Nik Aziz sejak akhir-akhir ini menunjukkan beliau seolah-olah sudah bersikap buang tabiat. Walaupun sudah jelas firman Allah agar umat Islam wajib bersatu padu dan melarang mereka daripada saling berbalah dan bersengketa. Tetapi, Nik Aziz tetap berdegil dengan hujah-hujahnya yang terpesong jauh daripada kebenaran. Semoga Allah menyelamatkan kita semua daripada keceluparan para pemimpin PAS. Wallahualam.

Comments

omarhanafi said…
Sdr Azli.

Dalam hal ini saya selalu merojok pada ungkapan lama 'BAHASA MENUNJUKKAN BANGSA'.

Nik Aziz sudah lama mempamerkan bangsanya. Dia bukan ulamak dalam pengertian yang kita selalu faham. Dia seorang ahli politik sama seperti Kit Siang, Karpal dll.

Tutur kata seorang ulamak selalunya lembut dan mengobat hati.
suhaimi @ meme said…
Asm Abg Li...

Semoga sentiasa dalam lindungan rahmat Allah..

Akhir-akhir ni hebat betul tulisan Abg Li pasal TG Nik Aziz.

Dari kaca mata seorang adik dan sahabat, meme rasa ada baiknya Abg Li kaji balik tulisan-tulisan Abg Li. Secara peribadi walaupun walaupun kata-kata TG akhir-akhir ini nampak sedikit keras, tapi peribadi beliau jauhhhh lebih baik dari setengah-setengah pemimpin lain dalam parti lawannya...

Bandingkanlah keperibadian TG dengan seorang pemimpin tertinggi dalam kerajaan... InsyaAllah Abg Li akan dapat lihat perbedaannya.

Semoga Allah sentiasa membimbing kita ke jalan yang lurus...

meme
wénkt said…
Soy de kelantan.

kekadang nak cakap: "callate nik aziz!"

estoy cansado. seriously.
Anonymous said…
Salam Azli

Nik Aziz adalah ahli politik. Kelebihannya adalah pada kekuatan agamanya yang menjadi darah dagingnya ..


Azli..sekarang kerje kat mana?

Salam dari Ho Chi Minh City , Vietnam
Teh Isniyati
As-Salam Bro Azli,..terima kaseh sudi melawat blog gue yg berterabur tu,..heheh,..apo nak dikato,.. sal Pok Nik( dh hilang status dia sbgai Tok Guru) ni pelik bila dia kata dia bagi salam kat kerajaan Pusat yakni BN so kepala BN ialah UMNO(Melayu Islam) yg lain nye MCA/MiC dn lain2 yg kebanyakkan nya kafir so yg kena sambut salam sudah semesti nya UMNO yakni Ketua Kerajaan Pusat= Perdana Menteri=DSNajib=UMNO,.. nyantuk dh org tua ni,.. gue selalu hormat pada org tua bro tp yg nak menghancurkan perpaduan kaum ngan Malaysia cam Pok Nik ni gue hilang rasa hormat pada nya,.. yg gue nampak dia ni kian hanyut dek politik dan material... wat else can I say,..heheh,..(,")

http://brobrotherhood.blogspot.com/2009/07/mj-mikaeel-murder-conspiracy.html

p.s. bro, I heard d 'whisperers' saying dat bro AnWar had promise to Pok Nik d freedom of Nik Adli if he bcame d PM & Pok Nik have to support him,..heheh,..is it true or anothr conspiracy,..wat else can I say,..(,")
Anonymous said…
memang dia bukan nabi,setidak nya janganlah melatah tak tentu pasal.
Sekurang pun ikut lah sunnah nabi,org bagi taik kita bagi bunga. itulah sikap yang murni.
Tapi pas.,tak melambang sifat nabi mahu pun ulama.
PAS ..jangan jadi Parti HamPAS.
Oleh : Aramak ex-PR
Anonymous said…
Peribadi N.Ajis...?
Memang berbeza. Pergi jahanamlah kau N.Ajis..... Padan muka kau setannn..
cpj said…
tapi bang azli, nabi s.a.w menjahanamkan tangan bapa saudaranya sendiri abu lahab!...macamana pulak tu?
azlishukri said…
senyumsempoi - saya sependapat

meme - agak kelam untuk menghitug dan membandingkan akhlak antara para pemimpin, ia sebenarnya banyak bergantung kepada hati dan niat.

cpj - bagaimana pula dengan bapa saudara nabi yang satu lagi tu? bukankah ada yang membela baginda? yang jelas abu lahab terang-terang menentang baginda,sebab itu dia harus dihapuskan. Jadi kiasan apa yang hendak kita lakukan?
azmi yusof said…
saya pernah ada seorang kawan orang kelantan..pernah saya bercakap dengan dia tentang nik aziz..dan depan dia saya kata nik aziz juga perlu ditegur..bukan semua dia lakukan adalah betul..tapi dia melenting marah saya..pada dia nik aziz tak boleh ditegur..terus dia bagitau saya ada seorang di kelantan yang baru lepas mengata nik aziz mati kemalangan selepas itu..itulah katanya penangan nik aziz..hebat orangnya..kuat agamanya..entahlah..kita diberi akal, samalah kita menilainya..
ADAKAH SEMUA INI
KONDUSIF UNTUK PERPADUAN ?

Untuk mewujudkan perundingan ke arah perdamaian, satu tempoh yang boleh dipanggil sebagai “gencatan senjata” adalah sangat diperlukan. Ia boleh dijadikan satu jangka waktu untuk bertenang, semua pihak memuhasabah diri, dan menyediakan persekitaran iklim dan mood yang kondusif ke arah perbincangan yang positif.

Dalam hal cadangan perundingan dan perpaduan UMNO dan PAS, adakah semua pihak sedar tentang itu, dan melakukan apa yang sepatutnya, untuk memastikan matlamat yang disasarkan tercapai.

Misalnya sikap para pemimpin bawahan yang suka membuat kenyataan provokatif, kecaman melampau, dan sengaja menimbulkan suasana hubungan semakin tidak selesa.
Begitu juga media arus perdana, mahupun media picisan, atau media arus baru, terutama yang sepatutnya mendukung mesej perpaduan Melayu, perlu menjauhi liputan yang besifat melaga-lagakan.

Keberanian pelbagai pihak membuat tuntutan melampau, penghakisan hak Melayu yang membimbangkan, HANYA BERPUNCA KERANA MELAYU LEMAH DAN TIDAK BERPADU. Maka jawapannya, jangan layan sebarang tuntutan, sebaliknya perkuatkan perpaduan.

Tapi ke arah mewujudkan perbincangan, semua pihak mesti bertanggungjawab menyediakan suasana yang kondusif.
SEMAKIN LAMA KITA BERPECAH – MELAYU SEMAKIN RUGI
SEMAKIN LAMA KITA LEMAH - SEMAKIN BANYAK KITA HILANG
Anonymous said…
aku rase n.ajis ttekan kot...mklum la...skang dh campur islam kafir dlm 1 parti...x pun...nyanyok....pegi jahanam la ngan pas...aku pulang balik kate2 die
Anonymous said…
Apa nak kesah sangat dengan kenyataan "Nik AJIS BABI" ni....

Jangan dok layan sangat la NIK AZIZ BERUK ni...

Jangan dok pikir sangat la pasal NIK AZIZ SETAN ni...

pergi JAHANAM DAN PERGI MAMPOS LA KAU NIK AZIZ....
keris panjang said…
Bertaubat lah anda pengikut2 pas. Tok2 guru anda sudah jelas kesesatannya. Anda perlu lebih berhati2 kerana mana tahu dibawah serban mereka terdapat "dua tanduk!".

Bagi orang yang berfikiran waras, peranan mereka didunia yang sementara ini, hanyalah sebagai ketua penghasut yang jelas menjadi pemecah belah umat islam.

Tidakkah ada perasaan malu dihati anda semua terhadap saudara2 tabligh kita yang sanggup bersusah payah datang dari jauh dipelusuk dunia semata2 menyeru kepada perpaduan ummah, manakala anda dan pemimpin2 anda melakukan sebaliknya yang hanya menjadi pemecah belah perpaduan umat islam, semata2 untuk mengejar sekelumit kuasa dan harta dunia yang sementara ini. Tidakkah anda berasa malu trhadap diri anda, lebih2 lagi kepada Allah swt, akan kelakuan anda yang tidak mencerminkan sifat2 muslim yang bertakwa kepada Allah swt. Tidakkah anda malu dengan slogan2 islam anda, sedangkan anda malakukan sebaliknya. Maka peranan anda sebenarnya hanyalah sebagai pemecah belah umat.

Tok2 guru anda menyediakan pelbagai fatwa bagi menghalalkan penyelewengan2 yang dilakukan. Sedarlah anda, wahai pengikut2 yang taksub, akan penyelewengan anda dan balasan yang menanti anda dipadang mahsyar kelak. Biarkanlah orang2 yang anda panggil sebagai tok2 guru tu tenggelam didalam kesesatan mereka kerana mereka sedang dipandu syaitan nir rojim mengejar sekelumit kuasa dan harta dunia.

Janganlah hanya kerana seseorang wanita itu tidak memakai tudung kepala, anda menghina, mencaci serta mengaibkan mereka. Sucikan hati anda terlebih dahulu dan sentiasalah berbaik sangka. Mana kita tahu, mungkin hati mereka jauh lebih mulia dari hati anda dan tok2 guru anda sendiri. Itu semua kerja Allah swt. Adakah lebih besar dosa wanita yang tidak memakai tudung kepala berbanding orang yang berserban besar tetapi hati mereka dibaluti warna hitam kelam penuh kebencian, sedangkan kerja mereka tidak pernah puas memfitnah, mencaci umat seagama, mengadu domba, berburuk sangka dan apa yang lebih menjiikkan ialah usaha2 mereka yang tidak pernah jemu2 memecah belahkan perpaduan umat islam.

Saya dengan ikhlas dan tidak ada sebarang keraguan lagi, percaya kepada Allah swt dan rasulnya Nabi Muhammad saw, sesungguhnya mempercayai bahawa parti anda adalah parti yang meruntuhkan agama islam kerana peranannya sebagai pemecah belah umat islam. Kepercayaan ini bersandarkan kepada segala peranan yang dimainkan sama ada secara tersurat mau pun yang tersirat selama ini.

Fikir2kan lah wahai saudara2 seislamku.
nadya.s said…
salaam,

nak gelak pun ada, sedih pun ada. tapi nih la dia..senario politic malaysia dan sentiment org melayu.

sebolehnya, jangan lah mempersenda kan sesiapa, atau mencerca,.. atau memberi panggilan2 yg kurang elok. itu mempamirkan keaiban diri sendiri apa bila kita sendiri berbicara sedemikian..

pendapat peribadi, kita nak cerca2 org nih...diri kita..sempurna sgt ke? diri kita tidak ada kekurangan langsung ke..? hebat kan sgt allah cipta diri kita sampai org lain semua nampak burukknya,tapi diri kita sendiri tidak ada salah silap langsung??..

kengkadang, saya muhasabah diri, dan melihat persekitaraan saya, saya malu jadi rakyat malaysia..dan sedih dengan mentaliti rakyat.. melayu secara khususnya.

apapun, saya hanyalah 1 nyawa yg dtg dari allah, yg equal dgn semua manusia lain, ciptaanNya, yg punya kelebihan dan kekurangan.semoga kita lihat, satu2 entiti atau soul, dari 2 sudut, kebaikan mereka,dah juga kekurangan. jgn satu belah sahaja.. adil itu perlu.

slamat berhujung minggu :)
Che Ritz said…
ha ha ha... saudara azli shukri, saya rasa nik aziz ni dah nyanyuk... ini tanda2 perangai orang tua nyanyuk... saya dulu sangat mengagumi tok guru ni.. tapi dalam tahun2 kbelakangan ni saya lihat beliau dah semakin melalut, baik cakap atau keputusan yang di buat... seolah2 berbaik dengan melayu yang bukan pembangkang tu.. najis, tapi berbaik dengan kapir2 laknat yang tak sedar diri tu, wajib..

senang saja kalau kita nak melihat keikhlasan orang nak membela agama dan bangsa.. kalau begini orang bodoh, pekak, buta dan bisu pun tau menilai.. ha ha

lagi pun sekarang kalau saya balik kampung, saya boleh lihat gambar nik aziz di mana2... besar2.. maklumlah semua billboard di tepi jalan menunjukkan gambar beliau, sehinggakan iklan jus, insuran, tabloid, menggunakan muka nik aziz. ha ha ha

firaun zaman dulu pun letak patung mereka kat kuil jer... ini dah sepanjang jalan...penuh gambar dia. ha ha ha.. dah macam orang nyanyok, rela di eksploitasi oleh semua orang.. demi apa AGAMA atau WANG...???

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil