Skip to main content

Apakah Kemahuan Ahli UMNO Akar Umbi?


APAKAH KEMAHUAN
AHLI UMNO AKAR UMBI?

SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu akan dimulakan dengan penyertaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan. Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut. "Kita tidak mahu selepas pilihan raya umum lalu di beberapa tempat dan negeri yang kita kalah, seolah-olah ahli parti sudah tidak bersemangat lagi, Saya percaya perlu ada suntikan baru jadi dengan pendekatan dan modul baru ini saya yakin ini dapat membangkitkan semangat baru di kalangan ahli-ahli parti," kata beliau.


Ulasan Saya :

1. Punca terjadinya orang-orang UMNO lemah semangat dalam berjuangan ada tiga sebab utama sahaja, lain-lain sebab merupakan sebab sampingan sahaja. Sebab utama mengapa ahli-ahli UMNO hilang semangat berjuang adalah seperti berikut :

a. Terlalu lama seseorang ahli UMNO itu memegang sesuatu jawatan, seperti jawatan Ketua Bahagian/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri, menyebabkan rakyat muak dan ahli UMNO akar umbi kecewa kerana di bahagian masing-masing tiada perubahan dari aspek kepimpinan.

b. Kebanyak ahli UMNO kecewa kerana susah untuk berjumpa dengan pemimpim-pemimpin UMNO bahagian, sehingga banyak program dan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan baik.

c. Ketua UMNO Bahagian seringkali bersikap prejudis kepada sesiapa sahaja yang disyaki tidak menyokong atau mempunyai pandangan yang berbeza dengannya, maka akibatnya banyak ketua UMNO cawangan yang bagus bekerja tidak diberi perhatian serius dan disisih begitu sahaja. Akhirnya UMNO bahagian tersebut kelihatan tidak bermaya atau bersemangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu, ramai ahli UMNO di peringkat cawangan yang bagus bekerja dan mempunyai banyak idea, tetapi tidak diberi peluang untuk menyumbang tenaga dan kreativiti bagi memantapkan UMNO di bahagian tersebut.

Kesimpulannya, kepimpinan tertinggi parti harus mendengar rintihan hati ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi, manakala ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi pula haruslah tidak malu atau takut untuk berkata benar dan jujur dengan apa-apa yang bergolak dalam UMNO bahagian masing-masing. Wallahualam.

Comments

Qorie Afifi said…
Dalam UMNO bukan saja satu-satu jawatan itu dipegang terlalu lama tetapi ini juga terjadi kepada pemberian / penyewaan gerai Jkkk terutama di Pulau Pinang. Gerai JKKK yang seluas 16' X 12' di beri sewa oleh kerajaan pusat dengan kadar harga rm80.00 sebulan. Ada penyewa yang dah hampir 6 tahun masih lagi menyewa dengan muka subsidi. Jika hal ini dibiarkan berlarutan maka pusingan penyewa dan mereka yang memerlukan subsidi seperti ini tidak akan dapat secara menyeluruh. Maksud saya , penyewa yang terdiri dari ahli UMNO di gerai tersebut tak mahu melepaskan gerai-gerai itu walaupun dah sewajarnya mereka memberi peluang pula kepada orang lain. Kalau bukan kepada orang lain cukuplah ianya menjadi peluang kepada ahli umno yg lain. Walaupun hal ini dianggap hal kecil namun ianya menjadi sebab besar juga kepada penyumbang kepincangan umno dalam mentadbir subsidi kepada rakyat. Orang lain pun teringin nak dapatkan gerai sewaan dgn harga rm80.00 sebulan.
Anonymous said…
satu lagi ialah bila lembaga displin sudah mengesahkan ketua ketua UMNO bersalah, tapi masih memegang peranan dalam UMNO. contohnya KJ sudah disahkan bersalah dalam merasuah ahli umno, tetapi org inilah juga diguna utk memperjuangkan UMNO dan digunakan utk membersih kan umno.
Pelikkan?
AKU ANAK GURUN said…
Sikap pemimpin UMNO yang berkepentingan diri sendiri, Mengejar Projek kerajaan, Ahli diabaikan, dalam UMNO sekarang kebanyakan yang inign bertanding sebagai Jawatankuasa Bahagian berkepentingan diri sendiri. Jika Menteri atau orang berkuasa tidak bagi projek, merekalah yang memburuk-buruk UMNO di kedai kopi. Nak kembalikan UMNO zaman pemerintahan guru-guru berkuasa sebagai pemimpin UMNO dan orang-orang yang ikhlas berjuang tunggulah sampai kucing bertanduk. Lagi satu pemimpin bahagian berkepentingan bodek Pemimpin atasan supaya kekal sebagai wakil atau dilantik memegang jawatan. UMNO dah terlambat kecuali bubar semua cawangan, bahagian dan lantikan dibuat oleh Ahli itu pun jika jujur. Orang kaya akan memimpin UMNO , Orang tidak berada ditinggalkan. Malah ada pemimpin tertinggi UMNO berkata pada salah seorang Ahli UMNO yang bertanding Bahagian dengan " awak tak bagi duit kalah leee"
mengkuang said…
Apakah orang UMNO dan pengundi muda dari seluruh negara yang memberi undi kepada pihak pembangkang tempoh hari memerlukan suntikan semangat??? memerluka kursus?? Lagi sekali UMNO akan terjebak dengan andaian yang salah..dan penyelesaiannya juga akan turut salah

Mereka ini semuanya bersemangat dan mempunyai pendirian yang tegas.
Bukan saja isu lokal malah isu nasional di ambilkira oleh pengundi ini. Selagi pemimpin di atas gagal mengurus negara ini secara cekap dan berkesan, menjadi contoh tauladan, mempunyai dasar yang menyakinkan maka selagi itu lah BN akan gagal mendapat sokongan.....
Anonymous said…
umno bodoh suka buat pengumuman tapi tak buat pun... apa punya bodoh da... cth

- pasal diskaun tol
- pasal ngv kata nak buat banyak stesen, mana dia...
- kereta elektrik
- skim untuk peminjam along
- rasuah khairy tak tau cerita
- dll
Anonymous said…
Umno adalah lubuk untuk kumpul kekayaan.lagi lama berkuasa lagi bertambah kaya.sapa yang tak mahu buat duit?lagipun jawatan sebagai YB dan ketua bahagian tu adalah hasil daripada pelaburan sebelum itu. mereka sudah banyak melabur untuk mendapat jawatan itu, sekaranglah masa untuk menuainya! jangan buat-buat tak faham.
Nik Amir. said…
Mahukan keadilan. semua mesti sama. Tikam sekali atau berkali-kali kalau dah mati hukumnya 'gantung sampai mati'.Tak kira sekali atau berkali-kali.

Lembaga disiplin tidor. Tak buat kerja.

Akar umbi mendapat persepsi UMNO dan Lembaga Disiplin adalah penipu. Hanya pilih-pilih sahaja dalam mengambil tindakan.

UMNO takut kep[ada Mahkamah. Orang yang takut pada mahkamah ni sebenarnya orang yang banyak buat salah. Buktinya, ahli-ahli tidak dibenarkan bawa kes parti ke Mahkamah. Rujuk kes UMNO bahagian Tanah Merah.Kalau nak tahu.Betul benarnya kata-kata ini.
Dalam kes Tanah Merah semua benda ada. Bukti bertimbun-timbun. Ada video clip.Ada pitih,ada saksi berlori-lori. Akhirnya segala-galanya kosong.Tindakan: Nahi-nahi, elek-elek.
Anonymous said…
korang macam tak tahu tuan punya blog ni pun nak kaut kekayaan, kalau tak apa hal dia sibuk bodek umno nih...
Carlos Abdullah said…
Kenapa saudara tidak tulis tentang isu MACC-Teoh? Apakah kerana ia tidak menguntungkan politik saudara?
red rooster said…
Salam,
... yg sdra sebut tu byk yg betul...
Kenapa pula UMNO mahu berubah? UMNO kuat dan mendapat sokongan sejak dahulu, cuma kini goyah.

Jadi kembalilah kepada UMNO asal, Apa perjuangannya?

Samakah perjuangannya dulu dengan perjuangannya sekarang !!?

UMNO jangan jadi lalat dalam botol kaca, tak tahu di mana jalan keluarnya...
wakilrakyat said…
salam.
bagus lah kalau UMNO nak buat kursus bina semangat, tapi yang paling penting mereka yang menyertainya biarlah kumpulan sasaran iaitu pemimpin sebenar diperingkat bahagiandan cawangan, jangan pulak bila dah keluar duit berjuta-juta utk kursus, akhirnya yang dibawak ke kem latihan budak sekolah umur 17 thn ke bawah.
Selalu la sangat berlaku benda2 mcm ni, baru ni di Langkawi, satu bahagian UMNO di Pulau Pinang anjur kursus, pada janji mula peserta adalah pemimpin cawangan dan pemuda, tapi akhirnya yg datang budak sekolah yg tak tau perjuangan pun, mengundi pun ta bleh lagi...

itu lah kelemahan pemimpin UMNO, kata ada pengikut, sebenarnya budak sekolah di bawa itupun setelah dibohongi untuk pergi melancong...

tq.
This comment has been removed by the author.
Salam hormat saudaraku azli yang dihormati,

kita senada,

'kebenaran itu pasti datang'
Biar walau sekalipun mereka tidak mahu bergerak atau berganjak walau sedikit,
'Kebenaran itu pasti datang menjemput mereka'.

Sekiranya mereka masih lagi berdegil, maka 'Kebenaran itu akan menghimpit mereka',

Setelah kebenaran menghimpit, dan jikalau mereka masih lagi juga berdegil,
'Kebenaran yang bersaksikan empat penjuru alam, dengan fakta yang benar dan soheh, dengan rujukan-rujukan yang telah disepakati, maka 'Kebenaran akan terus melenyapkan mereka dari muka bumi ini'

Yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan, 'Kebenaran itu PASTI datang', Yakinlah dengan Nurul yaq'in- Kebenaran PASTI datang. Yakin dan percaya dengan Haq'ul Yaq'in- Kebenaran PASTI datang menjemput mereka.

Telah kita tahu isi segala, kita saksi isi segala, kita yakin dan percaya dengan sebenar-benar keyakinan.
'Kebenaran itu PASTI datang menjemput mereka'.
Your blog is very nice. The photographs are very beautiful. Let us pray for peace for the world. Let us make the world pollution free and save it for our children. Wish you all the best. God is Great.
my blog
cpj said…
Salam Azli...orang kuat UMNO tak nak komen ke n3 politik terbaru cpj...jemputlah bagi pendapat, jangan biarkan orang memperli orang kuat macam Azli Shukri ni!...selamat datang En Azli...
buaya said…
SALAM ZIARAH...

http://buaya-merah.blogspot.com

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

Yang Cuit Dan Mencuit : Terima Kasih Zaini Hassan

Yang Cuit Dan Mencuit Terima Kasih Zaini Hassan Saya mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang semakin mula dihargai - sekurang-kurangnya diberi pernghargaan dengan pujian. Pada perkiraan saya, ini merupakan satu permulaan untuk semua bloggers kerajaan diberi pengiktirafan yang sewajarnya atas pengorbanan dan penat lelah mereka selama ini. Sebagai bloggers picisan, sekali lagi saya merakamkan kegembiraan dan sekalung tahniah kepada semua bloggers pro-kerajaan yang terbukti menjadi barisan utama bagi menggempur barisan Pakatan Rakyat yang semakin kucar-kacir sejak akhir-akhir ini. Walaupun saya tidak dapat hadir pada majlis tersebut, sekurang-kurangnya, semua bloggers pro-kerajaan sudah meluahkan rasa hati mereka. Semoga Allah juga yang membalas jasa baik tuan-tuan semua, Wallahualam. Baca tulisan Zaini Hassan di sini...