SHAH ALAM 19 Julai - Semua pemimpin UMNO di setiap peringkat akan mengikuti program latihan dan motivasi secara berperingkat bagi menyuntik semangat baru di kalangan mereka mulai bulan depan, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu akan dimulakan dengan penyertaan Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Institut Latihan Memperkasa UMNO (ILMU), Janda Baik, Pahang. Beliau memberitahu, program yang dipersetujui di peringkat Jawatankuasa Pengurusan dan MT UMNO itu akan diperluaskan ke seluruh negara dan melibatkan pemimpin UMNO bahagian dan cawangan. Katanya, langkah itu untuk menyuntik semangat pemimpin-pemimpin UMNO di semua peringkat dalam usaha membangkitkan semula keyakinan baru dan kepercayaan masyarakat kepada parti tersebut. "Kita tidak mahu selepas pilihan raya umum lalu di beberapa tempat dan negeri yang kita kalah, seolah-olah ahli parti sudah tidak bersemangat lagi, Saya percaya perlu ada suntikan baru jadi dengan pendekatan dan modul baru ini saya yakin ini dapat membangkitkan semangat baru di kalangan ahli-ahli parti," kata beliau.
Ulasan Saya :
1. Punca terjadinya orang-orang UMNO lemah semangat dalam berjuangan ada tiga sebab utama sahaja, lain-lain sebab merupakan sebab sampingan sahaja. Sebab utama mengapa ahli-ahli UMNO hilang semangat berjuang adalah seperti berikut :
a. Terlalu lama seseorang ahli UMNO itu memegang sesuatu jawatan, seperti jawatan Ketua Bahagian/Ahli Parlimen/Ahli Dewan Undangan Negeri, menyebabkan rakyat muak dan ahli UMNO akar umbi kecewa kerana di bahagian masing-masing tiada perubahan dari aspek kepimpinan.
b. Kebanyak ahli UMNO kecewa kerana susah untuk berjumpa dengan pemimpim-pemimpin UMNO bahagian, sehingga banyak program dan aktiviti tidak dapat dilaksanakan dengan baik.
c. Ketua UMNO Bahagian seringkali bersikap prejudis kepada sesiapa sahaja yang disyaki tidak menyokong atau mempunyai pandangan yang berbeza dengannya, maka akibatnya banyak ketua UMNO cawangan yang bagus bekerja tidak diberi perhatian serius dan disisih begitu sahaja. Akhirnya UMNO bahagian tersebut kelihatan tidak bermaya atau bersemangat. Tetapi, hakikatnya tidak begitu, ramai ahli UMNO di peringkat cawangan yang bagus bekerja dan mempunyai banyak idea, tetapi tidak diberi peluang untuk menyumbang tenaga dan kreativiti bagi memantapkan UMNO di bahagian tersebut.
Kesimpulannya, kepimpinan tertinggi parti harus mendengar rintihan hati ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi, manakala ahli-ahli UMNO di peringkat akar umbi pula haruslah tidak malu atau takut untuk berkata benar dan jujur dengan apa-apa yang bergolak dalam UMNO bahagian masing-masing. Wallahualam.
Comments
Pelikkan?
Mereka ini semuanya bersemangat dan mempunyai pendirian yang tegas.
Bukan saja isu lokal malah isu nasional di ambilkira oleh pengundi ini. Selagi pemimpin di atas gagal mengurus negara ini secara cekap dan berkesan, menjadi contoh tauladan, mempunyai dasar yang menyakinkan maka selagi itu lah BN akan gagal mendapat sokongan.....
- pasal diskaun tol
- pasal ngv kata nak buat banyak stesen, mana dia...
- kereta elektrik
- skim untuk peminjam along
- rasuah khairy tak tau cerita
- dll
Lembaga disiplin tidor. Tak buat kerja.
Akar umbi mendapat persepsi UMNO dan Lembaga Disiplin adalah penipu. Hanya pilih-pilih sahaja dalam mengambil tindakan.
UMNO takut kep[ada Mahkamah. Orang yang takut pada mahkamah ni sebenarnya orang yang banyak buat salah. Buktinya, ahli-ahli tidak dibenarkan bawa kes parti ke Mahkamah. Rujuk kes UMNO bahagian Tanah Merah.Kalau nak tahu.Betul benarnya kata-kata ini.
Dalam kes Tanah Merah semua benda ada. Bukti bertimbun-timbun. Ada video clip.Ada pitih,ada saksi berlori-lori. Akhirnya segala-galanya kosong.Tindakan: Nahi-nahi, elek-elek.
... yg sdra sebut tu byk yg betul...
Jadi kembalilah kepada UMNO asal, Apa perjuangannya?
Samakah perjuangannya dulu dengan perjuangannya sekarang !!?
UMNO jangan jadi lalat dalam botol kaca, tak tahu di mana jalan keluarnya...
bagus lah kalau UMNO nak buat kursus bina semangat, tapi yang paling penting mereka yang menyertainya biarlah kumpulan sasaran iaitu pemimpin sebenar diperingkat bahagiandan cawangan, jangan pulak bila dah keluar duit berjuta-juta utk kursus, akhirnya yang dibawak ke kem latihan budak sekolah umur 17 thn ke bawah.
Selalu la sangat berlaku benda2 mcm ni, baru ni di Langkawi, satu bahagian UMNO di Pulau Pinang anjur kursus, pada janji mula peserta adalah pemimpin cawangan dan pemuda, tapi akhirnya yg datang budak sekolah yg tak tau perjuangan pun, mengundi pun ta bleh lagi...
itu lah kelemahan pemimpin UMNO, kata ada pengikut, sebenarnya budak sekolah di bawa itupun setelah dibohongi untuk pergi melancong...
tq.
kita senada,
'kebenaran itu pasti datang'
Biar walau sekalipun mereka tidak mahu bergerak atau berganjak walau sedikit,
'Kebenaran itu pasti datang menjemput mereka'.
Sekiranya mereka masih lagi berdegil, maka 'Kebenaran itu akan menghimpit mereka',
Setelah kebenaran menghimpit, dan jikalau mereka masih lagi juga berdegil,
'Kebenaran yang bersaksikan empat penjuru alam, dengan fakta yang benar dan soheh, dengan rujukan-rujukan yang telah disepakati, maka 'Kebenaran akan terus melenyapkan mereka dari muka bumi ini'
Yakinlah dengan sepenuh-penuh keyakinan, 'Kebenaran itu PASTI datang', Yakinlah dengan Nurul yaq'in- Kebenaran PASTI datang. Yakin dan percaya dengan Haq'ul Yaq'in- Kebenaran PASTI datang menjemput mereka.
Telah kita tahu isi segala, kita saksi isi segala, kita yakin dan percaya dengan sebenar-benar keyakinan.
'Kebenaran itu PASTI datang menjemput mereka'.
my blog
http://buaya-merah.blogspot.com