Skip to main content

UMNO Masih Belum Selamat?

UMNO MASIH BELUM SELAMAT?

Sumber menyatakan bahawa, UMNO masih belum selamat di Bukit Gantang, ada beberapa perkara harus segera diteliti dan difahami. Antara maklumat yang mungkin mampu membantu kemenangan UMNO di Bukit Gantang antara adalah :


1. Pembentukan Kabinet Baru oleh Datuk Seri Najib, rakyat mahu melihat kabinet yang bersih dan kelihatan bersih.

2. Kedudukan Datuk Mukhriz dan Tun Mahathir dalam UMNO.

3. Tindakan yang dikatakan akan diambil segera ke atas pemimpin-pemimpin UMNO yang melakukan rasuah dalam pemilihan baru-baru ini.

4. Isu "rampasan kuasa" yang dicanang oleh pembangkang, adakah sah atau sebaliknya, mahkamah masih lambat bertindak.

5. Majlis Tertinggi UMNO, siapa pilihan Datuk Seri Najib bagi mengisi kouta pilihan Presiden.

6. Pakej rangsangan ekonomi, rakyat menginginkan rasa selamat dan harmorni.



Ini merupakan sebahagin kecil maklumat yang penulis terima daripada beberapa sumber. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Saya akan bicara soal dan kongsikan kemelaratan ekonomi yang perlu diberi perhatian oleh Kerajaan agar kalangan rakyat tidak terkesan dan terus parah ekonominya. Hal ini seolah-olah tidak diberi perhatian serius.

Ekonomi kita sebenarnya parah tetapi sering dinafikan banyak pihak. Saya sebagai antara ahli korporat di malaysia melihat kepada isu ekonomi lebih penting daripada kita terus-terusan bercakaran soal politik yang menjengkelkan ini.

Syarikat saya antara yang terpaksa membekukan bonus pekerja dan vss 50 pekerja. Namun jika pulih ekonomi, kita akan tawarkan semula pekerjaan. Malah Bank sendiri kini terpaksa memberhentikan dan menutup beberapa cawangan.

Sekian.
Anonymous said…
Nizar yang mendengar kenyataan Tajol itu, bangun meminta penjelasan.

“Di manakah dalam mana-mana transkrip PAS yang menyatakan bahawa PAS nak melaksanakan negara Islam. Saya minta pandangan dan minta jawapan di manakah dalam transkrip PAS, dalam memorandum ke ...dalam Perlembagaan PAS ... ada menyatakan PAS nak melaksanakan negara Islam,” tanya Nizar.

Jawapannya itu disambut oleh Tajol dengan menyatakan, “Saya tahu ramai orang PAS dalam Dewan ini tapi itulah jawapan YAB Menteri Besar (mengenai negara Islam)”.

Patut la bila orang buat khabar angin nak tutup kedai ekor dia sibuk pi report polis,rupa nya dia LEMBU belaan DAP..

Teringat aku babak akhir filem Sarjan Hasan lakunan tan sri P.Ramlee sewaktu beliau berlawan dengan buang.
azlishukri said…
masalah ekonomi yang melanda Malaysia akan saya bincangkan dalam satu lagi posting yag baru. Harap Maklum.
Anonymous said…
home minister shit hamid mesti ditendang balik ke indo. dia yg melakukan begitu banyak kesilapan menyebabkan rakyat begitu marah & bengang ke atas kerajaan BN.
cicakkubing said…
datoadil patut masuk tanding calun bebas
wanbaki said…
dato adil memang layak jadi wakil rakyat. aku sokong pandangan cicakubing.
BOB said…
Dato adil bukan sahaja layak jadi wakil rakyat, malah jadi kuli batak pun layak.
Z-MAY said…
pandaangannya masih berbalam-balam... dan sesekali sedikit kelam... ada rezeki, ada la tu... tunggu ajelah...
iKa said…
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
helo2
azli shukri
memihak kepada siape?
salam hormat saudaraku az'li shukri yang aku sayangi,


kata orang:
"baiklah, mari kita turun kepadang"

kata kami:
"selama ini kami menitip duri dipadang,
tiada pula yang datang bertandang"

kata orang:
"kita tentang,
kita lawan,
kita tentang habis-habisan"

kata kami:
"kita tentang siapa?
kita lawan siapa?
kita mahu tentang habis-habisan dengan siapa?

bukankah duri yang perlu kita buang dipadang?
sediakanlah jalan,
supaya nanti,
anak-anak kita senang berjalan"


kita bertemu dipadang,
tuan melihat dari sudut yang lain,
kami melihat dari sudut yang lain,

jalan kita sama,

tapi,

tak serupa.


salam hormat, salam kembali, salam ampun ketersibukan berjuang,

apa yang pasti,

akan kami tunggu kamu disana,


-zul rahman
cicakkubing said…
si bob ni jenis melayu dengki. aku bukan memihak siapa tapi yang kau dengki sampai nak suruh jadi kuli batak apa pasal. kau ni bodoh betullah.
cicakkubing said…
b babi

o orangutan

b beruang
cicakkubing said…
aku nak sambung lagu dato adil

bob oh bob kenapa engkau bodoh

macam mana aku tak bodoh aku nak jadi gigilo
azli shukri yang kami sayangi,


apabila banyak
berkata-kata,
disitu jalan masuk dusta,

apabila kita
kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan nak sesat,

apabila banyak
mencela orang,
itulah tanda diri kurang,

apabila perkataan
yang lemah lembut,
lekaslah orang mengikut,

apabila perkataan
yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar,

apabila pekerjaan
yang amat besar,
tidak boleh orang buat onar



assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

salam hormat dan salam sayang kepada saudara az'li shukri yang kami hormati lagi kami sayangi,


'gurindam dua belas, pasal yang ketujuh-huraian: S.Takdir Alisjahbana-1948, sumber gurindam: rohani b.'
PAPA GOMO said…
SALAM BRO..
SEMEMANGNYA RAKYAT SEDANG MENUNGGU APAKAH TINDAKAN DS NAJIB DALAM HAL INI. SAYA JUGA MENGHARAPKAN YANG SAMA.....
Anonymous said…
saya tidak fasih tentang politik.
tp saya masih mengharap kan politik negara kembali stabil.=]]
Cheguman said…
Dato' Adil,
Orang sihatpun kalau kita ulang-ulang memberitahu pada dia bahawa dia sakit, akan betul-betul sakitlah akhirnya. Begitu juga ekonomi negara. Jika kita hari-hari beritahu rakyat betapa ekonomi sedang teruk, maka akhirnya bertambah teruklah... Satu lagi... wabak juga tidak boleh terlalu diwar-warkan, namti lebih cepat membiak. Mungkin faktor kesan psikologi. Tak kesah lah apa sebabnya, yang penting jangan dihebohkan sangat.
Anonymous said…
maklumat risikan terkini menyatakan sokongan orang melayu untuk Ismail safian jauh meninggalkan calon Pas, Nizar Namrud. Kebanyakan orang Melayu dah malas nak layan politik pentingkan diri dan mereka benar-benar perlukan pemimpin anak tempatan. kemasukan Tun Dr M ke dalam umno turut menyumbang terhadap peningkatan sokongan Melayu terhadap Ismail Safian

Dun trong 70% BN 30% Pas
Dun Kuala Sepetang 60% BN 40% Pas
Dun Changkat Jering 63% BN 37% Pas

Purata ketiga-tiga DUN 64%BN dan 36% Pas
azlishukri said…
Demang - saya setuju kenyataan saudara

Saya percaya PAS akan tewas di Bukit Gantang
salam Bro Azli the great, Saya fikir kalau lah ada jabatan pemuda-pemudi negara, Bro Azli lah sesuai menjadi Ketua utama nya, Ini kerana kehebatan ilmu pemikiran yang ada pada bro azli boleh membantu meningkatkan kebangkitan para belia negara kita untuk maju kehadapan, ini terbukti dengan Blogger Bro Azli yang menjadi terkenal dan dilayari seluruh dunia. maknanya,Bro azli punya idea dapat di terima pakai. Tentang Bukit Gantang, saya rasa UMNO boleh menang melihat kepada calonnya melalui TV semalam, Bagi saya kalau lah semua ADUN dan AHLI PARLIMEN dan juga Menteri- Menteri lakukan seperti sebelum mereka bertanding yakni turun padang seperti di tunjukkan dalam berita di kaca TV semalam, melawat dari rumah ke rumah, 1 mimnggu 4-5X, melawat taman-taman, kampung-kampung pasar, kedai run cit tanya masaalah dan lain-lain lagi. tentulah mereka akan kekal untuk kemenangan seterusnya,bayangkanlah ADUN atau ahli parlimen naik basikal raound kawasan mereka. alangkah mudahnya mereka mendapat perkhabaran dari rakyat terus. barulah di sanjungi dan pemerintahan parti dapat di kekalkan dan segala masalah kawasan nya dapat di atasi. setidaknya-tidaknyaq tunjuk muka bagi menunjukkan YB buat kerja.Ini tidak, asyik nak di sambut dengan besar-besaran, banyak sangat protikol, itu yang rakyat fedup. Saya memuji kebawah duli yang maha mulia Tuanku Sultan Pahang,keperihatinan baginda terhadap rakyatnya mendapat perhatian seluruh masyarakat seluruhnya dan disayangi rakyat, begitu juga anakanda baginda kebawah duli yang teramat mulia Tuanku Tengku
mahkota Pahang yang sentiasa mengambil berat masalah rakyat baginda sehingga rakyat amat menyayangi baginda. Hah.. kalau lah menteri ,Adun, Ahli Parlimen seperti baginda, alangkah indahnya pemerintahan negara. Gunalah Konsep 'biar berlaku di depan mata adalah satu realiti'.Ya Allah semoga akan lahirlah semula pemimpin berjiwa rakyatseperti Saidina Umar r.a, Iskandar Zulkainain dan khalifah Umar Abdul Aziz di Malaysia ini. Dan Selamatkanlah anak,isteri serta keturunan kami..amin.
cicakkubing said…
hoi zul rahman kalau nak ajar gurindam hang pi turun kempen mansuh ppsmi. hang cakap apa aku tak paham da...
jebbat said…
Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Di atas kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah.

Saya sebagai hamba Allah menyampaikan seruan Allah dan RasulNya.

“Bukanlah dari kami orang-orang yang menyeru kepada assabiyyah, berperang atas dasar assabiyyah dan mati kerana (mempertahankan) assabiyyah” [HR Abu Daud].

Wahai saudaraku, wahai kaum Muslimin,
Kembalilah ke jalan Islam dan memperjuangkan Islam bukan atas dasar memperjuangkan Assabiyah iaitu bangsa kerana Rasulullah SAW tidak mengaku akan umatnya yang memperjuangkan assabiyah…

Rasulullah SAW telah mengkabarkannya kepada seluruh manusia bahawa bukanlah dari umat Muhammad jika mereka memperjuangkan bangsa.

Adakah kita hanya mengamalkan ajaran Islam separuh masa dan separuh lagi kita meninggalkannya...???

Allah SWB berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu " (Al-Baqarah(2):208)

Bersatulah saudaraku dengan kalimah Lailahaillallah Muhamadulrasulullah…!!!
Bersatulah kita di bawah panji kebesaran Islam…!!!

Ingatlah wahai saudaraku...

Sekecil kecil dan sebesar-besar amalan di dunia akan di hitung di akhirat kelak.

MAMPUKAH KITA MENJAWABNYA NANTI APABILA KITA BERDEPAN DENGAN ALLAH SWT...???

Ya Allah, aku telah jalankan perintahmu…
azlishukri said…
jebbat - saya ikhlas bercakap bahawa tidak ada seruan ke arah asabiah dalam UMNO. mencintai kaum sendiri bukan asabiyyah, yang dikatakan asabiyyah itu adalah menyokong kaum atas melakukan sesuatu kezaliman, jika PAS melakukan kezaliman seperti memburuk2 kan pemimpin negara, atau memfitnah pemimpin negara, dan saudara menyokong pula, maka itu dikatakan sebagai asabiyyah, jangan sempitkan takrif asabiyyah yang seperti mana saudara fahami. baca artikel saya berkenaan asabiyyah.
azlishukri said…
Jabbat : Saya mohon agar saudara meluangkan masa untuk membaca artikel saya yang pernah tersiar dalam Utusan Malaysia. Harap saudara memahami takrif sebenar Assabiyyah. Wallahualam. Ini adalah jawapan saya.


Tahun ini merupakan tahun ke-52 tanah air kita mencapai kemerdekaan. Semua lapisan rakyat, tidak kira agama dan bangsa, telah menikmati kemakmuran dan keamanan, hasil daripada usaha dan perjuangan tokoh-tokoh kemerdekaan terdahulu. Tidak ternilai segala jasa dan pengorbanan mereka itu. Dan bersyukur merupakan sebahagian daripada tanda kenangan kita terhadap perjuangan mereka itu.


Kemerdekaan sama sekali tidak dapat dipisahkan daripada konsep nasionalisme. Iaitu semangat cinta akan tanah air dan bangsa sendiri. Namun begitu, terdapat segelintir umat Islam di negara ini, yang menyalah tafsirkan konsep nasionalisme sehingga ada yang sanggup mendakwa bahawa konsep tersebut merupakan konsep yang bercanggah dengan ajaran Islam. Dakwaan golongan ini adalah mudah. Iaitu nasionalisme adalah sama ertinya dengan assabiyah. Mereka berhujah berdasarkan sabda Rasulullah, “bukan daripada golongan kami orang yang menyeru kepada assabiyah, dan bukan daripada kami orang yang berperang atas dasar assabiyah dan bukan daripada kami orang yang mati atas dasar assabiyah.” (Riwayat Abu Daud).


Apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Rasulullah dengan perkataan assabiyah itu? Apakah assabiyah semakna dengan konsep nasionalisme itu sendiri? Soalan-soalan sebegini harus segera dijawab agar tidak lagi menimbulkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat. Nasionalisme berasal daripada perkataan Latin natio yang mendukung erti “kelahiran”. Pada zaman ini, nasionalisme sudah diterima sebagai istilah bagi suatu keyakinan politik. Malah daripada kalimah natio itu juga terbentuknya istilah-istilah lain seperti nation (bangsa), nationality (perasaan kebangsaan), nationalization (menjadikan sesuatu harta kekayaan sebagai hak milik negara) dan nation-state (negara bangsa).


Tokoh-tokoh sejarah barat seperti Hans Kohn mentakrifkan nasionalisme dengan agak sempit iaitu, “satu keadaan fikiran yang menyerap ke dalam jiwa segenap masyarakat dan mereka mengiktiraf negara bangsa sebagai bentuk organisasi politik yang unggul, dan bangsa sebagai punca bagi segala kehidupan budaya yang membina dan mengguna kebajikan ekonomi. Oleh itu kesetiaan ulung manusia adalah tertumpu kepada bangsanya, kerana kehidupannya sendiri adalah dipercayai berdasarkan kepada dan dimungkinkan oleh kebajikan bangsanya.”


Ini merupakan takrif golongan yang tidak beriman kepada Allah. Golongan seperti ini menjadikan perjuangan atas nama bangsa sebagai perjuangan untuk mencapai segala-galanya. Sedangkan dalam Islam, konsep nasionalisme diletakkan pada kedudukannya yang sesuai dan wajar, serta tidak terkeluar daripada garis syariat itu sendiri. Oleh kerana itu, Islam sama sekali tidak menolak kesemua ciri yang terdapat di dalam konsep nasionalisme tersebut. Menurut Islam mana-mana ciri nasionalisme yang sesuai dengan roh dan syariat Islam, maka ia harus diterima, manakala ciri yang terpesong daripada ajaran Islam, maka ia harus segera ditolak. Ada benarnya juga apa yang telah di dakwa oleh bekas Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Dr. Muhammad Abdul Rauf, “konsep Barat yang sempit mengenai nasionalisme tidak ada tempat di dalam negara Islam.”


Di Malaysia, terjadinya salah faham terhadap konsep nasionalisme dalam kalangan masyarakat di sebabkan kesilapan mereka sendiri, yang memahami nasionalisme di Malaysia merupakan nasionalisme yang ditakrifkan oleh orang-orang barat seperti di atas. Sedangkan nasionalisme yang dibentuk di Malaysia sejak dahulu lagi adalah berasaskan kepada nasionalisme yang dilihat dari perspektif Islam itu sendiri.


Lantaran itu, tidak hairanlah mengapa Dr. Burhanuddin al-Hilmy pernah berkata dalam kongres Parti Islam Se-Malaya dalam tahun 1964, “Biarlah saya mengambil peluang mengingatkan lagi kepada bangsa-bangsa di dunia ini bahawa Melayu itu adalah nama satu bangsa yang mempunyai kebudayaan dan tanah airnya sendiri. Menghapuskan nama rupa bangsa Melayu adalah satu pengkhianatan politik kepada bangsa Melayu.”


Oleh kerana itu, di Malaysia nasionalisme diertikan dan difahami oleh tokoh-tokoh pejuang kemerdekaan dahulu merujuk kepada konsep cintakan tanah air dan bangsa sendiri, di samping perasaan benci kepada sebarang bentuk penjajahan kuasa luar, seperti mana takrif yang terdapat di dalam Kamus Dewan. Mencintai tanah air dan bangsa sendiri merupakan perkara yang sama sekali tidak bercanggah dengan roh Islam itu sendiri.


Golongan yang cuba mengelirukan masyarakat dengan mentakrif bahawa assabiyah adalah sama dengan semangat nasionalisme, merupakan golongan yang cuba merosakkan fikiran masyarakat yang kurang berpengetahuan. Hal ini kerana, Rasulullah telah bersabda ketika seorang sahabat bertanya “Ya Rasulullah, adakah terbilang daripada assabiyah seseorang itu yang kasih akan kaumnya?'' baginda menjawab “Tidak! Tetapi, terbilang daripada assabiyah menolong kaumnya melakukan kezaliman (Riwayat Ahmad dan Ibn Majah). Perkara ini diperkuatkan dengan satu lagi sabda Rasulullah apabila baginda ditanya oleh Wailah bin Asqah “Ya Rasulullah, Apakah yang dikatakan assabiyah itu?'' Jawab baginda “Bahawa engkau menolong kaummu dalam kezaliman.” (Riwayat Abu Daud).


Cukup jelas sabda-sabda Rasulullah tersebut. Assabiyah adalah merujuk kepada “menolong kaum sendiri dalam melakukan kezaliman”, seperti mana yang firman Allah “hendaklah kamu tolong-menolong dalam mengerjakan pekerjaan yang baik dan janganlah bantu membantu dalam mengerjakan dosa.” (Al-Maidah:2) Malah, assabiyah ini lebih menghampiri makna dengan ta`assub atau fanatik. Hal ini adalah kerana, kebiasaannya orang-orang yang ta`ssub sahaja yang gemar mengikuti kumpulan, kaum atau bangsanya secara membuta-tuli, walaupun kadang kala sudah jelas kesalahan atau dosa yang mereka lakukan.


Dan ini sudah pasti berbeza dengan takrif nasionalisme yang menjurus kepada makna “rasa cinta serta kasih kepada bangsa dan tanah air sendiri” serta menolak sebarang bentuk penjajahan kuasa luar. Ini kerana, Rasulullah sendiri mempunyai perasaan kasih dan sayang kepada bangsa dan tanah airnya sendiri. Kerana itulah, setelah beberapa tahun Rasulullah dan para pengikutnya berhijrah ke Madinah, mereka mula merasa rindu kepada tempat kelahiran mereka sendiri iaitu Mekah. Rasa rindu mereka bertambah-tambah sehinggalah hajat mereka ditunaikan oleh Allah.


Justeru itu, nasionalisme di Malaysia merupakan nasionalisme yang berada pada garis yang benar dan secocok dengan roh Islam itu sendiri. Seperti mana yang pernah dikatakan oleh Dr Muhammad Abdul Rauf, “walau bagaimanapun, nasionalisme sebagai sentimen yang semula jadi, cinta dan kesetiaan kepada tanah air sendiri adalah konsisten (secocok) dengan semangat Islam dan menggerakkan semangat untuk menghalang penjajah kuasa luar dengan apa cara sekalipun adalah selaras dengan konsep izzah (kehormatan diri sendiri) yang ditujukan Allah dengan firmannya “al-izzah ialah untuk Allah dan pesuruh-Nya dan yang beriman kepada Allah, tetapi orang munafik itu tiada mengetahui.” (al-Munafiqun: 8).


Ibnu Khaldun di dalam kitabnya Muqaddimah memetik sebuah hadis yang bermaksud “Allah tidak mengutus seseorang nabi melainkan dengan kekuatan kaumnya sendiri.” Dalam membincangkan hadis ini, Ibn Khaldun berpendapat bahawa kekuatan kaum adalah penting bagi setiap perjuangan, termasuk gerakan dakwah agama. Menurutnya, jika nabi pun memerlukan kekuatan kaumnya terlebih dahulu dalam menyampaikan risalah Allah, maka sudah tentu, kita sebagai insan biasa amat memerlukannya lagi.


Nabi Muhammad juga pada permulaan dakwahnya dibantu oleh kekuatan keturunan dan salasilah keluarganya yang berasal daripada bani Hasyim. Selain itu, baginda turut dibantu oleh isterinya, Siti Khadijah yang tidak hanya disegani kerana kekuatan perniagaannya, tetapi kerana keturunannya yang dimuliakan oleh penduduk Mekah.


Maka, sekali lagi Nabi Muhammad dibantu oleh “kekuatan kaum” dalam saat baginda menyampaikan risalah Allah SWT Jadi kaum atau bangsa yang kuat amat diperlukan sebagai medium menyampaikan risalah Allah di muka bumi ini. Kekuatan kaum atau bangsa ini tidak mungkin diperoleh tanpa rasa kasih sayang yang ditanam di dalam diri kita sendiri.


Oleh itu dapat kita perhatikan bahawa, nasionalisme yang mempunyai kaitan dengan semangat kasih sayang dalam mempertahankan bangsa dan negara, haruslah digunakan berpandukan kaca mata al-Quran dan sunah. Menolak seratus peratus konsep nasionalisme, merupakan sesuatu yang cukup malang dan berbahaya. Namun demikian, membiarkan konsep nasionalisme tanpa bimbingan al-Quran dan sunah juga bakal mendatangkan keburukan. Dalam Islam mempertahankan agama dan memperjuangkannya adalah perkara yang utama, namun mencintai tanah air dan bangsa sendiri juga merupakan perkara yang harus di sisi Islam.


Oleh itu, tanggungjawab setiap individu ialah memperkemaskan diri mereka dengan pelbagai ilmu pengetahuan, agar sesuatu penilaian kita itu berasaskan kepada ilmu dan bukannya nafsu.
jebbat said…
Terima kasih atas pandangan saudara. Yang pasti ada UMNO sendiri mengunakan BANGSA sebagai platform. Jangan di lupa UMNO juga memperjuangankan ketuanan Melayu. Kenapa tidak di perjuangankan Ketuanan Islam.??? Di sini ana bukan hendak memburukkan saudara Islam ana, tetapi adalah sekadar peringatan kepada mereka yang semakin hanyut. Jadi jika hendak butiran dan penerangan lebih lanjut, anta boleh hubungi ana melalui email. InsyaAllah.

Jadi setakat ini ulasan ana dan ini adlaah yang terakhir kerana ana tidak suka memburukkan lagi keadaan dengan membuat komen ulasan begini. Lebih senang melalui email kerana ia lebih privacy. Sekian

Wassalam WBT.
Anonymous said…
tunggu najib umumkan kabinet baru..
azlishukri said…
ketuanan Melayu itu salah ke dalam Islam? Bagaimana pula jika kita menyebut ketuanan Islam, tetapi tindakan serta gaya perjuangan kita tidak selari dengan kehendak Islam? Islam meminta agar kita taat kepada pemimpin walaupun ia zalim, selagi ia tidak menghalang kita untuk bersolat dan menunaikan zakat, jika pemimpin sudah menghalang daripada kita solat dan mengeluarkan zakat maka wajib kita peranginya, tetapi di Malaysia itu tidak berlaku. ana yakin anta tahu akan hal ini.

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil