Skip to main content

Monolog Azli Shukri : Bab 15 : Monolog Terakhir Azli


MONOLOG AZLI SHUKRI
Bab 15 : Monolog Terakhir Azli



Kurang 6 hari lagi, genaplah setahun saya menjadi bloggers amatur dalam alam maya. Penuh ranjau dan berliku untuk menjadi bloggers yang cuba sedaya upaya bercakap benar. Segala macam cemuhan, fitnah dan cacian saya terima, malah tidak kurang juga pujian dan sanjungan. Semua itu, merupakan asam garam kehidupan. Kita harus berhadapan dan bersabar dengan barisan kawan-kawan yang tidak setia dan jujur, dengan kawan-kawan yang menikam dan memburukkan kita dari arah belakang, dan dengan kawan-kawan yang mahu melihat kita tersungkur. Namun demikian, dalam hidup ini masih terdapat juga kawan-kawan yang benar-benar menghargai persahabatan.



Monolog ini adalah monolog terakhir saya, setelah selama setahun ia disiarkan di dalam blog ini. Ada yang menyokong dan ada yang tidak menyukainya. Tetapi, itu merupakan hak masing-masing. Saya masih percaya kepada kebebasan bersuara dan mengeluarkan pendapat. Itu adalah hak asasi manusia.



Blog seharusnya menjadi tempat bagi percambahan pendapat dan pandangan, bukan tempat untuk bergaduh dan mencari musuh. Blog juga tempat mencari kebenaran dan memilih jodoh. Setahun telah berlalu sejak kerajaan BN tewas besar dalam PRU Ke-12, banyak yang dipelajari dan dihayati. Hakikatnya orang Melayu masih berada dalam mimpi dan fantasi. Dan agama yang kita cintai semakin rakus dinodai. Semua ini seharusnya membuka mata kita, sama ada mahu mencari perbezaan atau memilih titik pertemuan.



Menyalahkan kerajaan dan memburukkan pembangkang semata-mata - itu bukan jalan penyelesaian. Malaysia akan memasuki fasa politik penuh cabaran selepas ini, tiada lagi parti yang kuat dan kukuh, orang Islam akan banyak bergantung kepada bangsa lain untuk berjaya dan yang lebih penting, hak dan keistimewaan orang Melayu akan mula dipersoalkan oleh bangsanya sendiri.



Sepanjang saya menjadi bloggers - saya tidak hanya hilang pekerjaan lantaran sesetengah pihak yang membenci mendengar kebenaran, saya dituduh menyeleweng dan mengkritik bekas Perdana Menteri Malaysia Tun Abdullah dan menantunya Khairy Jamaluddin di dalam blog ini, maka tindakan harus segera diambil ke atas saya. Saya diminta untuk menutup blog ini , gara-gara saya mengkritik Pak Lah dan Khairy - orang seperti ini tidak faham antara mengkritik kerajaan, UMNO dan kepimpinan. Hari ini, dunia semakin berubah dan terbuka, mana-mana individu yang sukar untuk menerima kritikan, maka akan ketinggalan dalam meningkatkan kemampuan dan ketahanan diri mereka. Sekarang, terbukti bukan sahaja Tun Mahathir mempunyai blog, malah Datuk Seri Najib dan Tuan Guru Nik Aziz pun sudah mempunyai blog masing-masing. Inilah gambaran langit terbuka dan mengizinkan sesiapa mengeluarkan pandangan dan pendapat.



Sepanjang saya menjadi bloggers, tidak kurang tulisan-tulisan saya telah dijadikan rujukan serta perbincangan hangat diserata dunia, ada yang mencemuh dan ada juga yang menyokong. artikel saya bertajuk "Kebenaran Tanpa Penghujung" telah dilayari lebih daripada 2000 pengunjung dan tidak kurang daripada 300 laman web/blog menyiarkan artikel tersebut, sama ada sebagai paparan umum mahupun sebagai perbincangan dalam komuniti alam siber masing-masing. Manakala, siri Monolog Azli Shukri pula, merupakan antara artikel yang begitu banyak mendapat perhatian komuniti maya sejak ia dipaparkan di dalam blog ini. Mana-mana yang baik ambillah, dan mana-mana yang tidak baik maka tinggalkanlah.



Dan tidak kurang juga, artikel saya bertajuk "Hikayat Dewan Ekonomi" benar-benar menggemparkan ramai pihak, khususnya para pembaca majalah tersebut. Kisah benar yang menimpa saya itu, telah saya rakamkan untuk tatapan umum, bagi memastikan masyarakat dan rakan-rakan saya mendapatkan gambaran yang sebenar tentang apa-apa yang telah berlaku ke atas diri saya selama ini, khususnya ketika saya bekerja di DBP. Walaupun siri tersebut belum tamat, dan masih dalam penyambungan, tetapi permintaan terhadap kisah tersebut sangat menggalakkan. Saya terpaksa memberhentikan kisah tersebut untuk sementara waktu, kerana beberapa faktor, antaranya terdapat rakan-rakan saya yang telah ditekan di tempat kerja akibat penyiaran kisah tersebut, dan yang kedua, blog saya ingin memberi laluan khas kepada kempen Datuk Mukhriz bagi merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO baru-baru ini.


Sepanjang setahun ini, banyak yang saya pelajari sebagai seorang blogger, jika kita bercakap benar sekalipun orang tetap tidak akan suka, apatah lagi jika kita berbohong. Maka, pengajaran yang penting harus kita ketahui ialah, "Jangan peduli siapa yang kata, yang penting kebenaran harus tetap ditegakkan." Salam Bloggers dan terima kasih kerana setia membaca blog saya ini, hanya Allah sahaja yang membalas jasa tuan-tuan yang sudi membacanya, moga kita memperoleh manfaat.



Seperti yang saya jelaskan, ini merupakan Monolog Azli Shukri siri terakhir setelah genap setahun siri ini berada di alam maya, namun demikian siri ini akan digantikan dengan posting yang lebih menarik dan berinformasi iaitu, Tafsir Al-Azli. Artikel tersebut bukanlah tentang tafsir al-Quran, sebaliknya lebih kepada bentuk tazkirah dan nasihat untuk umat Islam bersatu dan berpadu. Wallahualam. Akhir kalam, terima kasih atas segala sokongan rakan-rakan, baik yang saya kenali mahupun yang tidak saya kenali. Semoga Allah merahmati kita semua.


Gambar : Penulis bersama dengan Datuk Nazir Razak, CEO CIMB.

Comments

A.I said…
Insyaallah...

Yg penting apa yg kita tulis tu adalah perkara yg sejujur-jujurnya dari hati dan pikiran kita. tak perlu hipokrit. kan azli kannnnnnnn? ;P
Unknown said…
Sdr Azli,
Kawan yang tak setia & tak jujur, suka menikam dan memburuk-burukkan kita, ingin melihat kita tersungkur itu bukan kawan namanya tetapi musuh dalam selimut yang pura-pura baik dengan kita.
Saudara cukup bertuah kerana blog ini mengajar saudara mengenali hati budi orang di sekeliling sdr dengan lebih jelas lagi.
Bukan mudah memperoleh persahabatan yang sejati, sebab itu kata orang kalau kita boleh dapat seorang sahaja sahabat sejati nescaya ia lebih baik daripada mendapat kawan ketawa yang seribu.
Perjalanan sdr masih jauh lagi, berhati-hatilah memilih kawan, jangan sampai "kawan" menjadi "lawan", musuh pula disangka kawan.
Selamat berjuang demi kebenaran!!!
KINAS said…
Saya diperkenalkan mengenai blog oleh tiga kawan saya...kemudian ianya berlegar di antara kami sahaja sehinggalah saudara datang mengunjungi blog saya....ada sesuatu yang saya perolehi..terima kasih saudara
nabilah_2908 said…
salam ziarah dari nabilah..(^_^)
azlishukri said…
ai - betul tu ai

alamanda - saya suka mendengar penjelasan tuan alamanda

jasa - saya juga sangat menghargai pandangan tuan jasa

nabila - salam ziarah juga.
Unknown said…
saya berharap agar saudara azli meneruskan perjuangan sebagai bloggers kerana pandangan saudara Azli sangat bermanfaat untuk negara. Saya bersyukur kerana bertemu dengan bloggers yang hebat seperti saudara Azli.Semoga kita dapat mengeratkan lagi kerjasama sebagai bloggers =)

salam takzim
Zharif
Anonymous said…
SETAHUN SUDAH BERLALU...

Baru semalam saya menyentuh tentang CIMB, akhirnya muncul gambar orang kuat CIMB. Tahniah.

Tapi ini bingkisan saya kali.

Tahniah atas kesabaran saudara menghadapai kesusahan dan kesenangan. Sepak teranjang dan caci maki. Bukan mudah sebenarnya kita menghadapi cabaran ditekan pihak atasan.

Kita akan terasa betapa pahitnya hidup. Namun yang pahit itu adalah penawar.

Kita sering sahaja mendengar kawan ketawa dan kawan menangis. Tapi dalam hidup kita, buka sahaja kawan ketawa dan kawan menangis, kawan yang buat kita menangis pun ramai.

Apabila kita dibenci oleh seseorang ketua, akan ada orang menangguk di air keruh. Dia akan pura-pura baik dengan ketua. Dia akan kata kita macam-macam depan bos. Yang malang, orang ini mungkin kawan kita sendiri.

Kenapa tergamak buat demikian, dalam dunia ini ramai yang melihat nikmat dunia, tidak pula ingat azab akhirat. Sebab itu tikam-menikam ini banyak berlaku.

Orang seperti ini saya kata lebih teruk daripada seekor anjing. Kita pernah beri ia makan, tetapi tatkala terdesak, digigitnya tangan kita. Tangan yang memberinya makan suatu ketika dahulu. Tapi baginya tak apa, kerana kita sudah tersungkur dan tidak mampu lagi memberinya makan. Maka dicarinya orang yang boleh memberinya makan. Begitulah kehidupannya.

Sebab itu dalam apa keadaan sekalipun, kesabaran, doa dan munajat kepada Allah amat penting. Apabila Allah menguji kita, kita perlu bersabar. Kesabaran itu akan dibalas dengan nikmat yang tidak kita sangka-sangka.

Kepada mereka yang suka menikam dari belakang dan memburukkan orang lain kerana ingin mengampu ketua bahagian atau bos mereka, bertaubatlah dan renungkanlah dosa-dosa anda. Penghinaan yang anda jaja tentang orang lain akan dibalas oleh Allah s.w.t.

Tidak adakah rasa bersalah dalam diri anda?
Hari ini anda baik dengan ketua gara-gara memburukkan kawan sendiri, esok anda akan diburukkan dihadapan orang lain dan di hadapan Allah.

Saya dalam berniaga yang kini sudah mencecah umur persaraan bagi kakitangan awam telah melalui saat-saat yang paling sukar termasuklah daripada rakan kongsi dan rakan perniagaan.

Sekali lagi saya bangga dengan tokoh dalam gambar untuk posting kali ini. Marilah kita doakan semoga CIMB terus mampu bertahan menghadapi krisis kali ini.


Dato Adil
Kuala Lumpur.
fahmi said…
salam bro azli

Semoga Allah merahmati kita semua.
amin..:)
rafaizil_j@yahoo.com said…
Saya suka membaca tulisan saudara. kalau boleh, saya nak saudara terus menulis... menulis... menulis... idea-idea saudara banyak yang boleh diterima pakai. cuma kalau tak boleh diterima pun sikit je... Namun demikian, saya dapat merasakan betapa tulus dan ikhlasnya saudara memberikan pandangan dan pendapat. Apapun, syabas saudara azli... Teruskan usaha murni saudara... Selamat maju jaya...Semoga ombak yang besar dapat kita harungi dan redahi dengan selamat.. aman dan harmoni....
Carlos Abdullah said…
Salam Sdr Azli,

Teruskan perjuangan anda. Kebanyakan manusia ni "kaki bodek" dan "kaki ampu". Mereka ni bukan manusia jenis kritis dan terbuka minda. Saya pon senasib dengan saudara. Kena buang dari persatuan di Singapura pasal blog. Tapi saya tak sehebat saudara. Your writings are much more professional.

Keep on the good work.
Unknown said…
Sdr Azli,
Orang yang paling berbahaya ialah orang yang pernah sangat rapat dengan kita; setelah kita ceritakan segala-galanya, dia 'jual' pula cerita kita kepada pihak yang berkepentingan untuk mendapatkan keuntungan (dalam bentuk kenaikan pangkat ataupun ubah status kontraknya kepada tetap). Dalam hal ini sdr sangat malang kerana pernah menaruh perasaan sayang pada seekor 'sesumpah' yang cepat berubah warna mengikut keadaan. Tanpa segan silu ia mengutuk sdr di hadapan rakan-rakan semata-mata untuk menunjukkan sokongannya pada bos.
Tapi semasa berada di kalangan kawan-kawan, ia mengumpat pula hal bos, membongkar cerita sensasi bos dengan ... pula.
Inilah perempuan talam dua muka yang semakin mendapat kepercayaan di tempat lama sdr.
Tapi apa pun, Tuhan Maha Esa, pemecatan sdr ada rahmatnya... sekurang-kurangnya sdr tidak tersalah pilih jodoh!
saya sangat tertarik dengan cara penulisan Azli.

saya juga berminat jika dapat semakin rapat dengan saudara.

mungkin ada ruang dan peluang kita dapat satukan antara bangsa melayu agar mereka semakin kuat.

tanpa meninggalkan asas perjuangan iaitu demi Allah dan RasulNYA..

salam hormat


ada masa kita YM..

add email saya panglimaperangcyber@yahoo.com

kita boleh bertukar tukar fikiran..

tq


Panglima Perang Cyber
http://penembak-tepat.blogspot.com
Salam bro Azli yangsemakin marvelous, coretan ini lagi tajam rasanya daripada yang semalam, Saya tulisan yang baru di alam idea yang abru nanti akan lebih dasyat lagi. Apapun saya teringat falsafah hebat daripada pengasas Toyota, jalan yang terbaik ialah jalan yang banyak halangannya, kerana kalau kita mampu mengharunginya, maka kita akan menjadi Samurai yang hebat dan perkasa. Moga bro akan teruskan usaha menulis dalam bkog Bro yang hebat ini.so ganbatteyou.. Ya Allah Selamatkanlah kami dan anak isteri kami di dunia dan akhirat dan jauhkanlah kami daripada manusia yang bertopengkan syaitan dan berhati lebih daripada binatang.amin...
fital said…
membaca monolog saudara teringat saya kata-kata ini " janganlah kau takut musuh yang ingin membunuh kamu tapi takutlah kawan yang akan menjatuhkan kamu"
Koboi BM said…
Kalau nak main politik di malaysia tapi nak cerita pasai bercakap benar saya rasa " boleh jalanlah " hehe..saya dengan hati yang kering meluahkan rasa tidak simpati langsung dgn monolog terakhir ini kerana bagi saya sdr azli masih belum memahami apa itu poltik malaysia. Bagi saya selama setahun ini juga sdr azli tidak di beri pelajaran dan ilmu dari yang 'Diatas " kerana saya tidak nampak sdr azli semakin pintar dalam arena politik di malaysia. Di malaysia ruas poltiknya berbeza azli....kalau hari ini sdr azli di marahi kerana dikatakan menegur bekas perdana menteri iaitu pak lah dan menantusnya khairi maka sepatutnya hari ini sdr azli harus dewasa , harus sedar kandang mana yang benar-benar menternak sapi dan kandang mana yang cuma nama kandang sapi saja sedangkan sapinya sapi transit...
Kalau benar saudara mahukan kebenaran bagi saya jgnlah bermain dengan politik malaysia sdr azli..sedangkan ulama yang benar-benar ikut al-quran dan sunnah pun di katakan sesat di Malaysia tetapi mesir dan arab saudi cukup menyajung tinggi akan pendapat ulama seperti yang saya katakan. Terang-terang ada juga ulama yang di katakan sesat oleh sebilangan org alim di malaysia kerana tarikat beliau tapi mesir dan saudi tidak mengatakan ianya sesat akhirnya pemimpin yg kata dia sesat pun ikut punggung org alim yang dikatakan sesat......
apa lagi yang tidak dapat membuka mata sdr azli tentang politik di malaysia ni...mahukan kebenaran??? Tidak semudah seperti yg sdr azli jangkakan.....cara yg paling baik nasihat saya pada sdr azli ialah balik kampung dan buat sesuatu dulu di kampung sendiri. kalau org kampung sendiri boleh terima sdr azli bermakna rakyt malaysia boleh menerima sdr azli.......
zedmagel said…
Salam Bro Azli,

Saya suka membaca Monolog Azli - tapi kali ni yang terakhir. Tulisan bro banyak memberikan maklumat pada saya dan rakan blogger yang lai.

Keep blogging bro. Kita bukan tamat disini. Episode seorang blogger seperti kita dan semua rakan blogger terutamanya orang Melayu, akan terus bermula dan baru bermula.
Koboi -M Sebenar said…
Koboi M bodoh ni awat azli?

tiba2 muncul, nama pun tak tahu, salam pun tak ada.

cukuplah koboi M, kat malaysia tak ada koboi, sori la. boleh bla..
Budak Kampung said…
Untuk Koboi-BM atau nama sebenarnya Koboi Bangang dan Meluat

1. Hang marah sangat kat azli kenapa? dengki ape? we..kalau dengki cakap secara jantan, sonang sikit. Kita bukan tak tahu orang melayu ni banyak penyakit dengkinya.

2. Siapa yang sebanrnya lebih tahu pasai politik hang atau azli? blog hang hampas pun tak dak. Betul dulu blog hang kalau ada niat nak komen mcm hebat sangat.

3. Yang hang suka sangat datang ke blog azli? hang pun suka baca tulisan dia jugak..mengaku sahaja la..jangan bodoh sombong weh, tak baik..

4. Koboi bodoh, balik dululah, belajar dulu banyak2 pasai politik, hang banyak tak belajak lagi, buat malu sahaja nak kondem orang lain. Cermin diri dulu la.

5. Koboi boy, jangan marah ya..mulut aku panas sikit. Aku benci orang talam dua muka mcm hang, tak tahu sape2 main sedap belasah orag.
semalu said…
Salam...

"Tinggalkan apa yg meragukanmu, kerjakanlah apa yg tidak meragukanmu.Sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan dan dusta itu menimbulkan keraguan"

(Attirmidzi)
perfectwater75 said…
Salam,

Sahabat...

sekali bersahabat selamanya akan bersahabat...

thx!
Anonymous said…
Terima kasih kerana sudi singgah ke blog saya. Salam ukhuah dan persaudaraan.Terimalah persamaan dan akurlah perbezaan.Datang-datanglah lagi.Jika ke pendang datanglah keteratak cabuk saya di kampung Sawa kechil.
Syameer Firdaus said…
saudara azli,

saya fikir bila kita tulis blog tak perlulah kita hipokrit dan seperti yg saudara kata itu memang saya suka kerana kita boleh kritik sesiapa sahaja yg buat salah utk betulkan kslhn mereka. baik Barisan Nasional atau pkr klu salah seorang buat salah kita boleh kritik juga.

artikel yg saudara tulis saya fikir bagus dan berani! tahniah saudara!
add said…
Terima kasih diatas kesederhanaan sifat sdr MAS dalm berbicara,,,dan hubungan baik antara kita di alam maya ini...
Koboi BM said…
Dey tambi orang kampung ! aku tak ade masa nak melayan gilo meroyon kome ni...ayat yg terakhir yg aku suruh azli balik kampung ni adalah ayat TUN mahadir. Sapa2 yg jumpa dia , tak kiralah pemuda ka atau pe-tua kah , mahadir akan tanya apa yg kau buat kat kg kau? kalau kg pun tak leh terima kau...bermakna rakyat malaysia pun tak leh terima. Ini teori untuk tahu diri. Jangan main belagak orang kampung oiii..kat KL kau cakap semua org kenal kau tapi balik kampung ...sorang tak hingin nak kenal kau...pirah.....mana ada orang umno satu muka jer kekeke kalau talam 2 muka ni lah yang selalu angkat umno hehehe kalau kau tak der talam dua muka jgn harap lah kau nak jadi org umno. Nak hidup dalam umno kena tahu buat talam dua muka tapi kalau kau boleh buat sampai 3 muka lagi baek lah beb.,...
Ibnusinaputra said…
salam ziarh sngh mnum cappucino jap kt ci..hihi..nice blog,bnyk info pasal politik negara..
tp ma'lisyh ana stiil student di bumi anbiya' nie.so ana belum terlibat dgn dunia2 seperti ni di msia..hehe

ape pun syukran cz sudi jd folower ana...smga trus tahbat dlm penulisan anda...
PAPA GOMO said…
salam bro...

meh layan ni...

APA PASAL YANG BERHORMAT PKR BERTINDIK DI KEMALUAN NYA???

http://gomo-no1.blogspot.com/2009/04/ratu-porn-pkr-di-puja-anwar-al-juburi.html
toqki said…
salam..

saya tak paham kenapa perlu sokong dan mendokong UMNO??

Relevan lagikah UMNO??
salam
please vote me as supermummy amazing blogger award at the top banner in my blog!
thanks in advance.
ikan emas said…
Saudara Azli,
dulu orh kata"kuasa mata pena lebih tajam dr mata pedang"..skrg ??

Kita tak perlu menjadi hipokrit,sesumpah,talam atau plastik.Yg penting kejujuran,keikhlasan dan keprihatinan kita terhdp sesuatu isu yg berlaku...niat yg baik !!

Semoga saudara sentiasa diberi kerahmatan dan keberkatan oleh Allah swt.
Qorie Afifi said…
This comment has been removed by the author.
Qorie Afifi said…
MONOLOG BUAT SAUDARA AZLI....
Semalam ku layari laman hijau jati diri nya...
Kan genap setahun dalam benang arus yang mengalir tiba
Namun...
Azli kan tinggalkan pena nya , yang kekadang tajam menusuk daun sireh di minda manusia..
Yang bernama pemimpin , yang bernama dipimpin
Di colek oleh Azli bagaikan pedang Habsi menghiris segala tindak-tanduk mereka..
Tapi itu perjuangan nya....perjuangan saudara azli
Mahu bagaimana lagi berjuang dalam aman
Kecuali
Hanya pena dalam maya yang mampu bicara...
itu lah perjuangan tanpa suara , tanpa bicara , tanpa bahaya
Tapi akhirnya...tersingkir juga pemuda Kuala ini...tidak mampu menahan gelora..
dan beliau pun dinamakan pencundang NAMUN dalam benak pena ku
Beliau adalah wira atau bakal wira walaupun tidak sehebat waja namun wira ini lebih
baik dari 'Perdana'.....
kerana biar jelek pun wira masih mahu terima kata-kata 'MEKANIK ' yang tua......
Fhazany said…
saya pembaca senyap blog tuan.. tidak berani memberi komen dalam tiap entry.. sebab saya tidak berkemahiran mengenai politik.. tapi saya tetap mengikuti perkembangan politik semasa ..

saya juga suma membaca setiap komen-komen yang tuan terima.. semuanya datang dari mereka yang benar-benar arif tentang dunia politik dan semasa...

terima kasih kerana sedikit sebanyak memberi saya info tentang perkara-perkara yang saya tidak tahu kebenarannya selama ini..
Anonymous said…
Saya nak beri pendapat mengenai perkara yang telah menjadi trend politik pembangkang sekarang. Letak jawatan dan adakan pilihanraya kecil.

Sudah dua kawasan diadakan perletakan jawatan Wakil Rakyat. Satu di Parlimen Permatang Pauh dan satu lagi di Dun Bt.Selambau.

Berapa banyak wang telah dibelanjakan hanya untuk memuaskan nafsu politik semata-mata. Pada hal wang itu sepatutnya digunakan untuk faedah rakyat.

Saya cadangkan supaya kalau ada perletakan jawatan wakil rakyat oleh sesebuah parti politik maka tidak perlu adakan pilihanraya kecil. Tempatnya hendaklah digantikan dengan calun daripada parti tersebut.

Selamat wang tidak membazir masa.
Tumpuan seharusnya digunakan untuk memulihkan ekonomi.
Anonymous said…
Salam Sdr Azli.

Alhamdulillah anda telah membuat keputusan yang terbaik untuk beralih kepada siri tazkirah (tafsir al-Azli)yang lebih kepada bentuk nasihat untuk umat Melayu Islam bersatu dan padu.

Saya doakan siri baru ini diberkati Tuhan kerana umat Melayu Islam akhir zaman sekarang ini amat memerlukan tazkirah berterusan di kala keruntuhan moral dan kemungkaran semakin menghimpit kehidupan. Insya Allah.
munadhia said…
menyelusuri sebuah perjuangan, mencari satu kebenaran.

salam ziarah.
azlishukri said…
saya mengucapkan terima kasih atas semua komen tuan2, tak mampu untuk saya membalasnya satu persatu, jika apa2 yang saya tulis ada kebenaran, maka ambillah jika tidak ada, maka tinggalkanlah. saya doakan tuan2 sentiasa dirahmati Allah, terima kasih atas nasihat dan sokongan.
Anonymous said…
Manusia mulia,
Mereka selalu menyeru ke arah perpaduan Islam dan berjuang menegakkan akidah saudaranya yang menyimpang.

Selamat Memblog
John Albab said…
Salam Bro Azli,

terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih pd bro azli kerana melawati blog saya.

Bro Azli dikira penulis hebat pd saya walaupun anda mengikut pengiraan saya adalah pro kerajaan. saya disebaliknya.

tp ideologi kita mungkin sama, ingin melihat negara Malaysia diterajui oleh kerajaan yg berkaliber.

Tp maaf..bro Azli mungkin 'muda' dalam arena politik. Saya sudah lama mengikuti blog bro azli (entry lain).

Bercerita tentang kawan, bro perlu hati2 dalam memilih kawan. kita ada mcm2 jenis kawan. Ada yg blh pakai, ada gak disebaliknya...bro perlu berhati2.

I wish u best of luck bro...teruskan usaha bro.
jane said…
salam azli,

tempat cari jodoh ?
haha!!
Alhamdulillah,
Segala puji dan pujian hanyalah kepada Allah Azzawajalla,

Salawatu, Salawat a'la Muhammad(SAW),
Selawat salam kepada Baginda Muhammad SAW, serta kepada ahli keluarga baginda, serta para sahabat-sahabat baginda dan para anbiya yang terdahulu,

saudaraku az'li shukri yang sangat aku sayangi,

La ilaha illallahu,
"Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?"
-Sebuah syair agung (rujukan) yang sangat ingin daku hantarkan suatu waktu dulu kepadamu (dan kepada yang sudi),

Alhamdulillah,
kini, tibalah masanya untuk daku hantarkan jua kepadamu saudaraku, penghantaran ini adalah pada kadar daku jua dibacakan dan dipesankan-pesankan, demi masa,

Akrammakumullah,
saudaraku az'li shukri,
terimalah seadanya dirimu yang jua hidup dizaman yang sezaman denganku ini,

untuk itu dan untuk kesekiankalinya,
aku jua akan pergi belayar jauh, belayar terus (sailing & ride the storm), hingga aku bertemu engkau di pulau penantian itu,
(mana mungkin bisa aku mendahuluiNya)

bergembiralah serta bersabarlah saudaraku,
usahlah lagi dikau berduka lara,
terimalah dirimu seadanya saudaraku,
(mana mungkin bisa aku bicarakan tentang diriNYA)

dan dengan itu saudaraku,
demi masa, bergembiralah dengan perkhabaran ini, dan dengan ini, kepadamu pula ingin aku sampaikannya;


Syair Perahu
- Hamzah Fansuri

Inilah gerangan suatu madah
mengarangkan syair terlalu indah,
membetuli jalan tempat berpindah,
di sanalah i’tikat diperbetuli sudah

Wahai muda kenali dirimu,
ialah perahu tamsil tubuhmu,
tiadalah berapa lama hidupmu,
ke akhirat jua kekal diammu.

Hai muda arif-budiman,
hasilkan kemudi dengan pedoman,
alat perahumu jua kerjakan,
itulah jalan membetuli insan.

Perteguh jua alat perahumu,
hasilkan bekal air dan kayu,
dayung pengayuh taruh di situ,
supaya laju perahumu itu

Sudahlah hasil kayu dan ayar,
angkatlah pula sauh dan layar,
pada beras bekal jantanlah taksir,
niscaya sempurna jalan yang kabir.

Perteguh jua alat perahumu,
muaranya sempit tempatmu lalu,
banyaklah di sana ikan dan hiu,
menanti perahumu lalu dari situ.

Muaranya dalam, ikan pun banyak,
di sanalah perahu karam dan rusak,
karangnya tajam seperti tombak
ke atas pasir kamu tersesak.

Ketahui olehmu hai anak dagang
riaknya rencam ombaknya karang
ikanpun banyak datang menyarang
hendak membawa ke tengah sawang.

Muaranya itu terlalu sempit,
di manakan lalu sampan dan rakit
jikalau ada pedoman dikapit,
sempurnalah jalan terlalu ba’id.

Baiklah perahu engkau perteguh,
hasilkan pendapat dengan tali sauh,
anginnya keras ombaknya cabuh,
pulaunya jauh tempat berlabuh.

Lengkapkan pendarat dan tali sauh,
derasmu banyak bertemu musuh,
selebu rencam ombaknya cabuh,
La ilaha illallahu akan tali yang teguh.

Barang siapa bergantung di situ,
teduhlah selebu yang rencam itu
pedoman betuli perahumu laju,
selamat engkau ke pulau itu.

La ilaha illallahu jua yang engkau ikut,
di laut keras dan topan ribut,
hiu dan paus di belakang menurut,
pertetaplah kemudi jangan terkejut.

Laut Silan terlalu dalam,
di sanalah perahu rusak dan karam,
sungguhpun banyak di sana menyelam,
larang mendapat permata nilam.

Laut Silan wahid al kahhar,
riaknya rencam ombaknya besar,
anginnya songsongan membelok sengkar
perbaik kemudi jangan berkisar.

Itulah laut yang maha indah,
ke sanalah kita semuanya berpindah,
hasilkan bekal kayu dan juadah
selamatlah engkau sempurna musyahadah.

Silan itu ombaknya kisah,
banyaklah akan ke sana berpindah,
topan dan ribut terlalu ‘azamah,
perbetuli pedoman jangan berubah.

Laut Kulzum terlalu dalam,
ombaknya muhit pada sekalian alam
banyaklah di sana rusak dan karam,
perbaiki na’am, siang dan malam.

Ingati sungguh siang dan malam,
lautnya deras bertambah dalam,
anginpun keras, ombaknya rencam,
ingati perahu jangan tenggelam.

Jikalau engkau ingati sungguh,
angin yang keras menjadi teduh
tambahan selalu tetap yang cabuh
selamat engkau ke pulau itu berlabuh.

Sampailah ahad dengan masanya,
datanglah angin dengan paksanya,
belajar perahu sidang budimannya,
berlayar itu dengan kelengkapannya.

Wujud Allah nama perahunya,
ilmu Allah akan [dayungnya]
iman Allah nama kemudinya,
“yakin akan Allah” nama pawangnya.

“Taharat dan istinja’” nama lantainya,
“kufur dan masiat” air ruangnya,
tawakkul akan Allah jurubatunya
tauhid itu akan sauhnya.

Salat akan nabi tali bubutannya,
istigfar Allah akan layarnya,
“Allahu Akbar” nama anginnya,
subhan Allah akan lajunya.

“Wallahu a’lam” nama rantaunya,
“iradat Allah” nama bandarnya,
“kudrat Allah” nama labuhannya,
“surga jannat an naim nama negerinya.

Karangan ini suatu madah,
mengarangkan syair tempat berpindah,
di dalam dunia janganlah tam’ah,
di dalam kubur berkhalwat sudah.

Kenali dirimu di dalam kubur,
badan seorang hanya tersungkur
dengan siapa lawan bertutur?
di balik papan badan terhancur.

Di dalam dunia banyaklah mamang,
ke akhirat jua tempatmu pulang,
janganlah disusahi emas dan uang,
itulah membawa badan terbuang.

Tuntuti ilmu jangan kepalang,
di dalam kubur terbaring seorang,
Munkar wa Nakir ke sana datang,
menanyakan jikalau ada engkau sembahyang.

Tongkatnya lekat tiada terhisab,
badanmu remuk siksa dan azab,
akalmu itu hilang dan lenyap,
(baris ini tidak terbaca)

Munkar wa Nakir bukan kepalang,
suaranya merdu bertambah garang,
tongkatnya besar terlalu panjang,
cabuknya banyak tiada terbilang.

Kenali dirimu, hai anak dagang!
di balik papan tidur telentang,
kelam dan dingin bukan kepalang,
dengan siapa lawan berbincang?

La ilaha illallahu itulah firman,
Tuhan itulah pergantungan alam sekalian,
iman tersurat pada hati insap,
siang dan malam jangan dilalaikan.

La ilaha illallahu itu terlalu nyata,
tauhid ma’rifat semata-mata,
memandang yang gaib semuanya rata,
lenyapkan ke sana sekalian kita.

La ilaha illallahu itu janganlah kaupermudah-mudah,
sekalian makhluk ke sana berpindah,
da’im dan ka’im jangan berubah,
khalak di sana dengan La ilaha illallahu.

La ilaha illallahu itu jangan kaulalaikan,
siang dan malam jangan kau sunyikan,
selama hidup juga engkau pakaikan,
Allah dan rasul juga yang menyampaikan.

La ilaha illallahu itu kata yang teguh,
memadamkan cahaya sekalian rusuh,
jin dan syaitan sekalian musuh,
hendak membawa dia bersungguh-sungguh.

La ilaha illallahu itu kesudahan kata,
tauhid ma’rifat semata-mata.
hapuskan hendak sekalian perkara,
hamba dan Tuhan tiada berbeda.

La ilaha illallahu itu tempat mengintai,
medan yang kadim tempat berdamai,
wujud Allah terlalu bitai,
siang dan malam jangan bercerai.

La ilaha illallahu itu tempat musyahadah,
menyatakan tauhid jangan berubah,
sempurnalah jalan iman yang mudah,
pertemuan Tuhan terlalu susah.

~ Hamzah Fansuri

maka, berakhirlah sebuah episod,
sebuah episod yang sedih duka lara,
maka dengan itu,
salam hormat saudaraku,
salam penuh kaseh sayang kepadamu,
-zul rahman
azlishukri said…
john albab - terima kasih atas kesudian saudara membaca blog ini.

jane - ?

zul rahman - terima kasih atas nasibat panjang saudara.

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .