Skip to main content

Gurkha : Siapa Ketua Saya?


Saya Gurkha
yang Sebenar




Apabila Khairy Jamaluddin berkata bahawa beliau sanggup menjadi Gurkha kepada UMNO, saya merasakan bahawa ia tidak betul dan tidak sesuai diucapkan oleh seorang Ketua Pemuda UMNO yang baharu. Kita harus faham apakah maknanya Gurkha itu. Menjadi seorang askar upahan bernama Gurkha - bermakna kesetiaannya boleh dijual beli. Jika Khairy berkata bahawa beliau sanggup menjadi Gurkha, bermakna beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO Gurkha, dan kami ini pula sebagai ahli pemuda UMNO hendak dipanggil apa pula? ahli pemuda UMNO Gurkha? Saya sedikit kecewa dengan hal tersebut, adalah lebih baik kita tidak menyatakan apa-apa pun, walaupun mungkin kita merasa agak kecewa lantaran tidak dilantik sebagai Menteri mahupun Timbalan Menteri. Isu ini akan menjadi bahan ketawa sahaja untuk pembangkang menyindir pemuda UMNO kelak.



Askar Gurkha merupakan askar upahan yang diambil oleh British untuk sama-sama menentang Komunis. Jika namanya pun sebagai askar upahan, apakah Khairy juga bermaksud bahawa beliau merupakan Ketua Pemuda UMNO upahan? - tidak tepat rasanya jika beliau cuba menunjukkan taat setia melalui perlambangan dirinya sebagai seorang Gurkha kepada UMNO. Kita akui askar Gurkha merupakan askar yang berani, walaupun bertubuh kecil, namun demikian, keberanian dan kesetiaan mereka adalah berasaskan kepada upah yang lumayan - pendek kata mereka mampu belot andaikata terdapat tawaran yang lebih lumayan untuk mereka melakukan pembelotan. Ku Li pada suatu ketika dahulu pernah menyatakan bahawa beliau merupakan Gurkha kepada UMNO - tetapi ia sangat berbeza, kerana pada waktu itu, Ku Li tidak mempunyai apa-apa jawatan di dalam UMNO setelah beliau membubarkan Semangat 46. Sebaliknya, Khairy memegang jawatan yang penting ketika beliau mengucapkan dirinya adalah umpama Gurkha kepada UMNO. Mungkin niat beliau baik, tetapi dalam keadaan sekarang eloklah beliau mengelakkan fitnah yang lebih besar ke atas dirinya. Wallahualam.



Semoga Khairy selepas ini akan lebih berhati-hati apabila menyuarakan sesuatu. Yang penting adalah nama baik Pemuda UMNO itu sendiri.

Comments

najamarine said…
lebih baik jgn cakap yg bukan2..buat kerja tanpa banyak bercakap adalah lebih baik dari banyak cakap tapi kurang bekerja.

sebenarnye khairy cuba nak tunjuk kesetian nya apabila tidak di lantik dalam kabinet menteri najib.tapi ter-overacting pulak.ahaks..
azlishukri said…
najamarine - betu tu, saya juga berpendapat begitu, lebih baik kita buat kerja sahaja.
Sebaiknya buat kerja daripada banyak bercakap tetapi KJ tidak diberi jawatan dan tanggungajwab selaku Menteri atau Timbalan untuk buat kerja.

Sebagai seseroang yang tidak berjawatan, wajar KJ istihar dirinya sebagai Gurkha menandakan kesetiaanya kepada UMNO dengan syarat dia diberi upah untuk menggerakkan Pemuda - tanpa upah bagaimana mahu memperkasakan Pemuda, tidak mungkin dengan air liur sahaja, tidak mungkin menadah mangkuk seperti PAS untuk membiayai aktiviti.

tindakan serta merta wajar di ambil ke atas KJ jika dia di dapati bersalah, jangan biarkan dia tergantung dengan penuh misteri dan menjadi sindiran politik bila Mukriz diberi jawatan.
Anonymous said…
speaks louder than words...goes to KJ...covered the unsatisfaction with words - ASKAR GURKHA
Anonymous said…
Mintak maaf, bukan selama nie KJ mmg berperangai ala Gurkha apa.... "Think Before You Speak" KJ... dah lah persepsi buruk orang kat dia macam-macam..... Jadilah seperti Salahudin Al-Ayubi...
PAS utk mu said…
klu dah tak suka ,perkataan yg disebut pun jadikan isu!!Hah..dak tak ade idea ker?

Kenapa x nak komen aktiviti PEMUDA syok sendiri?Klu itu kamu komen...ada gak faedahnya.Klu ketua kami sanggup jadi GURKHA...kamu yg ahli ni kena mcm tu jugalah,kena anggap diri tu hamba parti!Kerja lebih sikit..bantu-bantulah..kempen kat bdk muda-muda kat luar sana msk UMNO ataupun kempen msk PAS!Aksi lompat!!

Org UMNO nih dah selesa sangat kot..tu yang sama-sama nak gaduh!Wei masuklah PAS...kami x dalah sampai tikam kawan sendiri!!
Tunggu PRU 13...hancus kamu.Tapi aku nih wlu PAS,salute kak mamat nih!!Berani...!Sekarang cakap lepas ja...

PATIK MOHON DERHAKA...
KABINET RAKYAT......
RAKYAT DIDAHULUKAN..hah itu bukan hamba ke namanya!Hamba rakyat!!Ahli politik sekarang nih kena jadi ku li rakyat!!Bukannya mcm u all yg perasan hebat..tapi.hmm..tahu2lah sendiri!!
C.H.E Dayat said…
izinkan saya komen sedikit.. berkenaan dengan istilah hamba ini.. saya tidak berani nak menggunakan perkataan hamba kepada sesiapa..

seperti yang PAS untukmu katakan, saya rasa beliau pun tidak memahami perjuangan partinya. jika kita berpegang kepada Islam, kita adalah HAMBA KEPADA SATU, HAMBA KEPADA ALLAH S.W.T. bukan hamba kepada rakyat, bukan hamba kepada parti..

didalam menggunakan istilah, kita harus berhati-hati. Jangan sampai ia boleh membuatkan kita lari dari Aqidah...

Seperti mana yang Pak Lah sebut dahulu bahawa beliau adalah hamba no 1 negara. Saya juga tersilap didalam kempen di kampus, saya menggunakan slogan saya adalah hamba kepada pelajar dan kampus. Maka, setelah saya rujuk kepada ustaz-ustaz dan alim ulama, saya menarik balik istilah tersebut kerana khuatir akan membawa maksud yang lain.

Kita boleh berkata bahawa kita adalah pekerja untuk rakyat, pekerja untuk parti dan sebagainya. Jangan gunakan istilah hamba. Kerana kita adalah HAMBA kepada ALLAH sahaja dan bukan yang lain..

Sekadar mengingatkan, bukan untuk mengata.

Sekian,

CHE Dayat

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Lord Garam said…
Jika KJ berkata sanggup menjadi Gurkha, kita perlu memikirkan motif sebenar disebalik ucapan itu. Ahli politik yang kehilangan talian hayat akan melakukan apa saja untuk bernafas.
sebaiknya berfikir sebelum bercakap..hendak pula dia orang terkenal..

tapi ada baiknya buat masa sekarang tidak ada lagi sebarang komen yang boleh memecah belahkan umno.

kita senyapkan cerita cerita tentang ahli umno terutama ahli yang kita tidak berkenan..dan banyakkan cerita yang membela rakyat..

itu lebih baik dari memburukkan sesama ahli umno.
pronabil said…
rilex semua... mari kita buat lawak, pasal baru tadi nabil jadi juara anugerah berita harian

Lawak bodo kasi korang hepi..

Apek : itu potong zaka ada bagut ka ?
Ali : manyak bagut..bila lu potong haa lu punya barang manyak bersih loo..
Apek :?!! err..saya kawan ada cakap,potong zaka aaahh.. manyak ploblem..
Ali : apa probrem ? apek:manyak buang lui..lagi aahh..dia punya performance
tatak bagut.. manyak cinang semputloh..
Ali : cehh.. apek, lu apa celita.. saya suda lama potong..tada apa problem..
bini saya manyak puas woo..
Apek :lu mini puas sama itu potong zaka ka?
Ali : ya la.. bila lu potong aahh.. lagi sedap maen woo..lu lagi lambat pancut..
Apek :???!!! err..lu punya 1.3 atau 1.5 ??
Ali : ??!! woi apek cakap baik2 sikit ha.. saya punya 6 incila..
Apek:??! tiu nia ma.. lu jgn maen2 haa.. mana ada potong zaka 6 inci..
Ali : cilaka apek ni..nah tengok ( bukak sluar tunjuk pale butoh..)
Apek: chee sin punya olang..gua tanya baik2 lu tunjuk lu punya lancau..
Ali : abis.. lu tarak percaya..saya tunjuk la..
Apek: saya tatak tanya sama lu punya lancau..saya tanya lu pasal itu nasional car.. potong zaka.. molo punya olang..
Ali : aiya.. Apek.. lain kali lu sebut betul2 la..kasi susa saja..bukan potong zaka la..
proton saga.. cinabeng btulla..

hahahahaha.. lawak bodo
saudara,
(berlaku lagi)

gurindam dua belas,
pasal yang ketujuh


apabila banyak
berkata-kata,
disitu jalan masuk dusta,

apabila kita
kurang siasat,
itulah tanda pekerjaan nak sesat,

apabila banyak
mencela orang,
itulah tanda diri kurang,

apabila perkataan
yang lemah lembut,
lekaslah orang mengikut,

apabila perkataan
yang amat kasar,
lekaslah orang sekalian gusar,

apabila pekerjaan
yang amat besar,
tidak boleh orang buat onar



gurindam dua belas,
pasal yang ketujuh
[raja ali haji, pulau penyengat]
huraian: s.takdir alisjahbana-1948,
sumber gurindam: rohani b., puisi warisan, roslan madun'

salam hormat,
zul rahman
vee_elviana said…
I agree with YB Raz, apa-apa pun sebagai salah seorang bangsa Melayu di Malaysia ni, I berdoa atas kesejahteraan kesemua orang2 Melayu... moga-moga tidak terjadi yang bukan-bukan. Takut gak.. kalau terjadi darurat ke ape ke... nanti nak pi beli beras pun takut kan...
azlishukri said…
sebenarnya isu ini saya ketengahkan adalah bertujuan untuk mengingati sesama kita, saya yakin jika kita ikhlas berjuang, kita akan lebih banyak buat kerja berbanding dengan menimbulkan pelbagai retorik bahasa seperti Anwar.
eh, kebetulan mereka merayakan hari vasakhi, semalam pun ada cerita pasal askar gurkha, hari ini cerita pasal KJ jadi askar gurkha pulak, elok sangat laa tu, anyway, dia dah mengaku dia hanyalah askar upahan, apa yang orang lain susah, dia dah menerangkan diri dia yang sebenarnya, so, lets face it, hehe

www.armyofhope.blogspot.com
Nizar_Ryza said…
apa la hangpa semua ni..

dalam istilah politik malaysia, gurkha tu bermaksud ahlis biasa yang xdak apa2 jawatan dan buat kerja belakang tabir..

mcm Tg Razaleigh Hamzah masa mula2 masuk UMNO dulu, dia kata ' saya cuma gurkha umno sahaja'.. x kan bermaksud askar upahan pulak? jagan dibaca secara harfiah sahaja..
Atan said…
Saudara-saudara,
Dlm konteks ketua yang tidak berjawatan menteri, sesuailah perkataan GURKHA itu digunakan untuk dirinya. Untuk survival politik UMNO, beliau perlu berani, setia, dan bersedia untuk dipergunakan.

Soal retorik bahasa dalam berpidato, sangat penting kerana melambangkan pengetahuan yang dimiliki. Tidak percaya? Sdr-sdr bandingkan ucapan dan retorik bahasa yang digunakan mantan PM Tun Abdullah dgn PM kini, DS Najib - yang mana menarik diikuti.

Untuk menarik perhatian pembicara lain, apakah akan jadi jika LPPK diletakkan di bawah Kementerian Pengangkutan spt dicadangkan menterinya? Uh, inilah salah satu padah penghapusan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi!
azlishukri said…
my reality - secara kebetulan tu

nizar - tapi orang tetap faham sebagai askar Gurkha..

atan - saya akan kupas hal itu nanti
hafiz said…
hahaha..pemuda umno gurkha dan celakha...hahaha..perasuah pun boleh jadi pemimpin pemuda umno..mmg terbukti pemuda umno gurkha dan celakha...
Anonymous said…
Hafiz, cuba lah fikir baik2 apa yang ditulis.
Pak Lang Kiwi said…
hafiz... saya pun tak suka dgn pemuda UMNO ni, tapi bahasa tu jaga sket ek
Zawir Al-Hamidi said…
Congratulations!! You have a great blog.
ISAC said…
Apayang nak dihairankan dengan Gurkha?

Lihat Rejimen askar Gurkha British kan ke taat dengan British, sehingga mereka mendapat kerakyaatan British....Ada pernah terdengar masa perang dunia kedua dulu tentera Gurkha berpaling tadah kerana askar Jepun bayar mereka lebih? ingat mcm bola sepak professional ke?

Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah mengatakan bahawa beliau adalah "Gurkha" Umno apabila beliau masuk balik selepas membubarkan Parti Semangat 46.

Nasihat saya isu kecik janganlah diperbesarkan.... Melayu/Islam Mesti Bersatu!!!!!

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil