Skip to main content

MONOLOG AZLI SHUKRI
Bab 6 : Sisi Gelap Kebenaran

Salah satu kebodohan dan kejahilan ketara yang sering kita lakukan dalam membuat kesimpulan terhadap sesuatu isu yang diperdebatkan, ialah ketidakemampuan kita melihat isu tersebut dari disiplin ilmu lain, kegagalan itu – akhirnya membawa kita ke jurang kesesatan yang paling bahaya, bahkan menyebabkan kita terlalu mudah menjatuhkan sesuatu penilaian hanya berasaskan kepada latar belakang pendidikan yang kita terima. Umpamanya, isu kebebasan bersuara dan kebebasan untuk melakukan rapat umum dan berdemonstrasi, sering kali dilihat dari kaca mata perundangan semata-mata. Apatah lagi jika orang yang berbicara berkenaan isu tersebut merupakan lulusan undang-undang. Begitu juga apabila kita menyentuh soal ekonomi, kita sering melihat isu tersebut berasaskan kepada latar belakang pendidikan tinggi kita, dan jika kelulusan kita dalam bidang agama, maka isu tersebut hanya akan dilihat dari sudut agama semata-mata. Jarang kita memikirkannya di luar kepompong disiplin ilmu yang kita miliki untuk lebih memahami topik dan mencari kebenaran yang sejati terhadap sesuatu isu itu.




Hal ini terjadi adalah kerana, kemalasan kita untuk memahami disiplin ilmu lain, atau dengan kata lain, kadang kala kita terlalu ego dengan diri sendiri kerana merasakan bahawa disiplin ilmu yang kita kuasai selama ini sudah cukup untuk membuat analisis yang tepat terhadap isu yang sedang diperbincangkan.



Jalan terbaik untuk kita berlaku adil terhadap perbincangan yang melibatkan pelbagai isu, ialah kita, seharusnya mengetahui disiplin sesuatu ilmu yang berkaitan dengan isu yang sedang diperdebatkan, dan bagaimanakah ahli dalam bidang tersebut melihatnya. Lantaran itu, dalam membicarakan sesuatu isu, sama sekali kita tidak boleh melihat dari satu aspek semata-mata, tetapi dari pelbagai aspek, mengikut disiplin ilmu tersebut. Mahu atau tidak mahu, kita harus mengetahui pelbagai disiplin ilmu, barulah sesuatu isu itu dilihat dengan matang dan bertujuan untuk mencari kebenaran.


Jika isu tersebut berkenaan agama, maka seharusnya kita mengetahui disiplin ilmu agama untuk mengupas isu tersebut, agar lebih adil dan bertujuan mencari kebenaran. Jika isu melibatkan ekonomi, maka disiplin ilmu ekonomilah yang harus kita ketahui, agar rumusan kita kelak tidak terkeluar daripada kebenaran. Dan adalah baik, jika kita berupaya menguasai pelbagai disiplin ilmu agar kita bisa membuat kesimpulan yang lebih menghampiri kebenaran dan keadilan.



Dalam hal ini, isu berkenaan demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum?. Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar?



Aneh, dan kadang kala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahupun tidak. Mereka seolah-oleh bersetuju bahawa cara berdemonstrasi itu merupakan cara terbaik menegakkan kebenaran dan keadilan di negara ini. Tidak kurang juga terdapat ulama-ulama kerajaan yang termakan dengan pelbagai alasan yang dikemukakan oleh para ulama parti pembangkang, kononnya demonstrasi yang sering diadakan itu adalah bertujuan menegakkan kebenaran dan menghapuskan kebatilan.


Maka, mereka pun menghimpunkan ribuan manusia membanjiri jalan-jalan raya sambil berarak memprotes kerajaan yang mereka dakwa terlalu zalim itu. Manakala, para peguam dan pengamal undang-undang yang jahil pula – mengangkat bendera sokongan, kononnya semua itu adalah sah di sisi undang-undang dan kerajaan tidak sepatutnya menghalang mereka untuk berdemonstrasi. Begitulah syaitan menyesatkan kita semua. Dan kini, saya tidak bisa lagi menyembunyikan ilmu yang telah saya ketahui, setelah mengkaji dan melakukan penyelidikan. Kebenaran tetap kebenaran, kerana sifat kebenaran itu sememangnya pahit untuk ditelan.


Mengapa ini semua terjadi? tak lain dan tak bukan ia disebabkan kegagalan kita menguasai disiplin ilmu lain yang tidak kita pelajari di universiti. Lantaran itu, saya mencari jawapan berkenaan persoalan yang sering berlegar dalam kotak minda saya,selama ini, iaitu bagaimanakah Islam memandang demonstrasi? Dan apakah pula hukumnya jika kita sama-sama menyertai dan menghalalkannya? Hal ini terfikir oleh saya setelah melihat para ulama berdiam diri seribu bahasa dalam soal tersebut. Rakyat jadi keliru, apakah ini budaya yang disarankan oleh Islam dalam mengamalkan amar makruf nahi mungkar? Apakah berdemonstrasi itu juga merupakan sebahagian daripada menegakkan kebenaran dan keadilan dalam Islam? Akhirnya saya mendapat jawapan. Dan kebenaran ini, akan saya gigit dengan kemas-kemas sebagai hujah dan dalil yang terang dan jelas. Moga-moga hati kita tidak lagi buta dalam melihat kebenaran.



Demonstrasi pada amnya merujuk kepada konsep tunjuk perasaan, baik ia bersifat aman, mahupun ekstrim. Yang penting, konsep demonstrasi difahami sebagai cara untuk meluahkan rasa ketidakpuashatian di khalayak ramai dengan mengadakan perarakan serta rapat umum yang melibatkan orang ramai.



Pada dasarnya, demonstrasi bukanlah kaedah yang dianjurkan oleh Islam untuk menyampaikan dakwah serta menganjurkan amar ma’ruf nahi mungkar dalam kalangan masyarakat. Hal ini adalah kerana, demonstrasi mempunyai unsur-unsur yang boleh membawa pelakunya bermaksiat kepada Allah. Apatah lagi jika demonstrasi itu dilakukan dengan tujuan membuka aib golongan tertentu, serta menjatuhkan kepimpinan masyarakat Islam. Maka, hal ini amat jelas dosanya. Antara kemungkaran yang dibawa oleh demonstrasi adalah :


1. Demonstrasi amat jelas berbentuk tasyabbuh, yakni perbuatan yang menyerupai perbuatan orang-orang kafir. Sedangkan tasyabbuh amat dilarang oleh Islam. Sabda Rasulullah, “Barangsiapa yang menyerupai suatu kaum itu, maka dia termasuk kaum mereka.” (Riwayat Abu Dawud). Menurut Ibn Taimiyyah, tasysbbuh kepada orang kafir, mempunyai beberapa tingkat hukum. Yang tertinggi adalah haram, dan yang terendah adalah makruh. Sebagai contoh, tasyabbuh kepada pakaian orang-orang kafir yang mendedahkan aurat di khalayak ramai adalah haram. Dalam hal ini, berdemonstrasi adalah mirip golongan kafir. Hanya golongan yang lemah iman dan yang tidak beriman sahaja suka melakukan demonstrasi.




2. Demonstrasi termasuk khuruj, yakni keluar menentang pemerintah, yang jelas ditegah oleh Rasulullah dalam banyak hadis shahih baginda. Seperti, “Barangsiapa yang melihat sesuatu yang tidak disukainya daripada penguasanya, maka hendaklah ia bersabar, kerana barangsiapa yang memisahkan diri daripada jamaah sekadar sejengkal, maka kematiaannya adalah kematiaan jahiliah.” (Riwayat Bukhari). “Akan ada sesudahku para imam atau kepala negara yang tidak mengikut petunjuk dan tidak menjalankan sunnahku. Dan akan bangun pada mereka (dalam kalangan mereka) laki-laki yang hati mereka adalah hati syaitan dalam tubuh manusia. Bertanya Huzaifah, bagaimanakah saya hendak lakukan jika saya menemuinya, Ya Rasulullah? Baginda bersabda, hendaklah engkau mendengar dan taat, walaupun ia memukul belakangmu dan mengambil hartamu. Dengar dan taatlah.” (Riwayat Muslim). “Akan ada pemerintah yang kamu mengenali mereka dan kamu mengingkarinya. Maka, barangsiapa yang mengenali, sesungguhnya ia telah bebas dan barangsiapa yang membenci maka ia selamat. Akan tetapi orang yang redho dan mengikutnya? Mereka bertanya, bolehkah kami memerangi mereka? Rasulullah bersabda, Tidak! Selama mereka bersolat.” (Riwayat Muslim).


Hadis-hadis sahih di atas merupakan peringatan Rasulullah agar umat Islam mengelakkan sebarang perkara yang boleh memecahbelahkan kesatuan umat Islam. Demonstrasi sama sekali tidak mendatangkan manfaat kepada masyarakat dan negara, bahkan lebih banyak menimbulkan kerosakan. Demonstrasi di jalan-jalan raya serta di tempat awam, merupakan tatacara meluahkan perasaan yang terpesong jauh daripada roh Islam yang lebih menggalakkan musyawarah serta menanamkan perasaan sabar.

3. Unsur ketiga pula, demonstrasi sering disertai dengan ucapan-ucapan dan ceramah yang menaikkan semangat dalam kalangan para petunjuk perasaan. Di samping itu, para penceramah dan pemidato juga akan membuka aib serta keburukan individu serta pemimpin tertentu yang tidak mereka senangi. Perbuatan sebegini cukup jelas dilarang oleh Islam. “Dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang.” (Al-Hujrat 12). “Sesungguhnya orang-orang yang menyukai agar tersebar keburukan dalam kalangan orang-orang beriman, bagi mereka adalah azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak mengetahui”. (An-Nur 19).

4. Selain daripada itu, demonstrasi juga memiliki unsur ikhtilath, yakni bercampur-baur antara lelaki dengan perempuan. Bahkan kadang-kala berhimpit-himpit dan bergesel-geselan. Perbuatan ini sama sekali bercanggah dengan etika sosial Islam. Walaupun kadang-kala terdapat demonstrasi yang memisahkan antara lelaki dengan perempuan, tetap perbuatan menggalakkan wanita keluar dari rumah untuk menyertai demonstrasi tersebut merupakan perbuatan yang membelakangi sunnah. Malah, ia juga boleh menimbulkan fitnah.

5. Unsur kelima, ialah demonstrasi itu sendiri mampu mencetuskan huru-hara, di samping mencetuskan bermacam-macam fitnah yang akhirnya kembali kepada masyarakat Islam itu sendiri. Dan sesungguhnya, inilah unsur yang amat berbahaya kepada agama, masyarakat dan negara. Hal ini bermakna, demonstrasi lebih banyak membawa mafsadat (kerosakan) berbandingan dengan maslahat (kebaikan) terhadap harta benda, perasaan dan jiwa yang sememangnya ditegah oleh Allah di dalam Al-Quran.

6. Unsur keenam, ialah demonstrasi bukanlah cara menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar yang dituntut Islam, kerana demonstrasi lebih menjurus ke arah kekerasan dan lebih condong untuk menunjukkan pengaruh dan kuasa. Sedangkan dalam menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar, sifat halus dan penyabar adalah dituntut. Firman Allah dalam surah Ali Imran, “Maka disebabkan rahmat daripada Allah-lah kamu berlaku lemah-lembut terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap kasar lagi berhati kasar, tentulah mereka menjauhkan dari sekelilingmu.” Dalam hal ini, Ibn Taimiyyah dalam kitabnya, Al-Amru bil Ma’ruf wan Nahyi ‘Anil Mungkar, mengemukakan dua buah hadis shahih berkenaan keperluan sifat lemah lembut dan halus dalam berdakwah. Sabda Rasulullah, “Tiadalah sikap halus dalam sesuatu hal, melainkan memperindahkan sesuatu itu dan tiadalah sikap kasar dalam hal melainkan memperburukkannya.” (Riwayat Muslim). “Allah bersifat sangat halus, menyukai sifat halus dalam semua urusan dan Dia memberi kerana sikap halus itu, sesuatu yang tidak akan Dia berikan kerana sikap kasar.” (Riwayat Bukhari). Kemudian, Ibn Taimiyyah menyambung, “Para penyeru dakwah (yang melakukan amar ma’ruf nahi mungkar) harus bersifat sabar dan tabah terhadap setiap gangguan, sebab ia pasti menemui gangguan. Jika tidak tabah dan sabar, maka ia lebih banyak membawa kerosakan daripada maslahat. Demonstrasi merupakan kaedah menyampaikan amar ma’ruf nahi mungkar yang terpesong daripada cara berlemah lembut dan bijaksana dalam menyampaikan risalah tauhid, yang dituntut oleh Islam.

Berasaskan hujah-hujah di atas ini, agak malang kerana masih terdapat dalam kalangan umat Islam di negara ini yang cuba menghalalkan demonstrasi dengan beralaskan kepada riwayat-riwayat mungkar, serta tidak boleh dijadikan dalil dan hujah. Seharusnya, umat Islam khususnya di Malaysia, menjadikan peristiwa pembunuhan Khalifah Uthman sebagai ikhtibar, kerana peristiwa berdarah tersebut adalah berpunca daripada tercetusnya fitnah yang dijaja melalui demonstrasi oleh Abdullah bin Saba’ dalam kalangan kaum muslimin. Dan akhirnya, demonstrasi menjadi amalan umat Islam sehingga Saidina Ali turut menjadi mangsa.

Inilah kesan serta impak daripada perbuatan golongan yang gemar menganjurkan demonstrasi. Manakala, masyarakat yang jahil pula begitu mudah terpengaruh dengannya, tanpa berfikir panjang. Sedangkan Allah mengingatkan kita dengan firmannya, “Dan janganlah kamu mengikuti apa-apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya, pendengaran, penglihatan dan hati, semua itu akan diminta pertanggungjawapannya.” (Al-Isra 36).

Nah, sekarang saya bisa terasa beban sudah terlepas dengan menyatakan yang hak dan kebenaran. Segala ilmu yang saya ketahui dalam persoalan ini telah saya sampaikan kepada para pembaca sekalian. Terpulang sama ada Allah membuka hati kita untuk menerima kebenaran tersebut. Tanggungjawab saya telah terlepas dengan menyampaikan apa-apa yang telah saya kaji dan ketahui, maka mari sama-sama kita mengambil manfaat daripada firman Allah dalam surah Fusshilat ayat 33-34, “Siapakah yang lebih baik perkataanya daripada orang yang menyeru kepada Allah, mengerjakan amal yang salih dan berkata, ‘Sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang menyerah diri. Dan tidaklah sama kebaikan dan kejahatan. Tolaklah (kejahatan itu) dengan cara yang lebih baik, maka tiba-tiba orang yang antara mu dengan antara dia ada permusuhan seolah-olah menjadi teman yang sangat setia.”

Sesungguhnya kebenaran sudah jelas, tetapi kita degil dengan mengikut hawa nafsu sebagai petunjuk. Dan benarlah dengan firman Allah ini, “Dan siapa yang lebih sesat daripada orang yang mengikuti hawa nafsunya, dengan tidak mendapat petunjuk daripada Allah sedikit pun.” (Al-Qashash 50).

Apabila kita sudah dihadapkan dengan kebenaran, janganlah berpaling lagi. Peganglah ia kuat-kuat, agar iman kita bertambah.Firman Allah, “Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu, tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudharat kepadamu, apabila kamu telah mendapat petunjuk.” (Al-Maidah 105).

Dan sekarang, bagaimanakah prinsip kita terhadap demonstrasi yang sering dilakukan dan dianjurkan oleh pihak pembangkang, khususnya PKR? Masihkah kita menerimanya sebagai perkara yang halal? Bukankah sebelum ini kita disajikan dengan macam-macam demonstrasi yang dianjurkan oleh pembangkang, seperti demonstrasi BERSIH, demonstrasi turun harga minyak dan pelbagai lagi. Jadi pada hari ini, sebagai manusia yang mengaku beriman kepada Allah. Tepuklah dada dan tanyakanlah iman kita.

Manakala, bagi sesetengah ulama yang masih tidak berani berkata benar dalam hal ini, fikirkanlah tentang kepentingan agama, bangsa dan negara . Janganlah kita begitu mudah terpengaruh dengan dakyah dan retorik kosong pihak yang menghalalkan demonstrasi jalanan yang jelas terpesong jauh daripada tatacara berdakwah generasi salaf. Sesungguhnya, pada hari ini, kebenaran seakan-akan tidak diendahkan lagi, malah, bagi mereka yang mengkritik parti pembangkang kerana menganjurkan demonstrasi jalanan pula yang dipersalahkan, kononnya mereka tidak demokratik dan tidak memahami perundangan. Dan kini, saya rasakan kebenaran sudah berada di sisi gelapnya. Manakala ulama pula, membisu seribu bahasa. Semoga Allah selamatkan negara ini.Wallahualam.

* Gambar : Penulis ketika mewawancara Dr. Catherine Chandler Crichlow, Presiden Pertubuhan Kepimpinan Antarabangsa di pejabat International Center For Leadership In Finance (ICLIF) Kuala Lumpur. Sebelah kiri penulis ialah Datuk Sa Wai, Pengurus Besar ICLIF Malaysia.

Comments

Pok Li said…
Terima kasih kerana singgah. Selamat Hari Raya. Blog yang sarat dengan perbandingan. Bravo.
Anonymous said…
Manusia sering tersilap membuat tanggapan terhadap sesuatu perkara. Mereka sekadar melihat dari sudut selera sendiri, sedangkan selera orang lain langsung diabaikan. (Saya telah link blog saudara)
C.H.E Dayat said…
Salam saudara,

Saya ingin mengambil kesempatan ini mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir dan Batin.. Berhati-hati di jalan raya...

Sekian

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
Puteri Ezza said…
Assalamu'alaikum Saudara Azli.

Salam kenal daripada saya di Negeri di Bawah Bayu. Selamat Hari Raya Aidilfitri ye. Senang-senang, datanglah berkunjung ke laman blog saya (^_^)
Unknown said…
secara kebetulan - saya dah dapatkan & baca buku tuan ( mungkin 4 tahun dulu ) - memang saya kena duduk kembali , membaca kolum tuan disini - menarik untuk dijadikan perbincangan. Semuga kita mampu memanafaatkan ruang ini untuk kepentingan dan kebaikan bersama.
Azam Ismail said…
Salam ukhuwah dan Aiilfitri untuk anda dan semua...

Kita takut, alim ulama yang berpaksikan politik semata-mata, mendiamkan diri DEMI KUASA DAN TAKHTA.
Bukan terniat untuk menghina mana-mana ulama kerana mereka adalah pewaris Nabi...cuma ini yang kita takutkan.
Apa kata kita usaha ULAMA kan UMNO.
Rakyat mencari pemimpin dan khalifah di bumi Malaysia. Ada kesempatan pi la Masjid, jumpa rakyat, sekali sekala jadi imam ka, bilal ka. Tohmahan orang pasti ada, tapi keikhlasan sebenar tampak oleh Tuhan bukannya manusia. InsyaAllah.
Selamat maju jaya buat saudara Azli.
eJAI said…
bolehkah jika berdemonstrasi utk menegakkan kebenaran seperti dituntut Islam?
RAHISAM RAMLI said…
Assalamualaikum Saudara Azli. SELAMAT HARI RAYA.
Baru pagi tadi terima SMS dari saudara dan InsyaAllah akan diselesaikan seperti yang saya janjikan
2 perkara yang saya minat untuk menyambung isu ini iaitu:
1. Ulamak membisu
2. Demontrasi

Kedua-duanya mempunyai pertembungan antara Agama dan aliran siyasah syari'iyyah (politik menurut pandangan Islam)Apa yang telah dibentuk pada zaman ini kerana aliran pemikiran bahawa politik bukanlah urusan ulamak.

Sebab itulah banyak fatwa yang hendak diputuskan mengambil tempoh yang lama. Kita kekurangan ulamak yang proaktif..ramai yang reaktif.

Demontrasi hanya sebahagian isu yang hangat sekarang. Tetapi isu ekonomi, perundangan, teknologi, perubatan dan sains kita masih jauh ke belakang.

Pengamatan saya ramai umat Islam dahagakan ilmu Islam, tetapi di manakah sumber yang harus mereka rujuk?

Gandingan antara hukum Islam dan isu semasa memerlukan pemikiran analitikal dan berprinsip. Itulah blok yang masih menjadi halangan utama banyak isu agama menjadi bahan arkib, isu lapuk dan OTAI..
SALAM.
azlishukri said…
pok li - terima kasih balas kunjungan saya. sama2 kita tukar fikiran dan ilmu pengetahuan.

putera bumi - saya setuju dengan kenyataan saudara.

che dayat - selamat hari raya kembali, soalan2 itu akan abang jawab seberapa segera.

puteri ezza - terima kasih sudi singgah.

jinggo - maksud saudara buku Psikosemantik saya? terima kasih betul buku tersebut telah saya tulis 4 tahun dahulu. sama2 kita tukar fikiran dan idea.

Capt azam - itulah yang saya cuba lakukan dalam UMNO, ia sebuah parti yang baik, tetapi yang bermasalah ialah pemimpin2nya. unsur agama diketepikan dan kuasa yang diutamakan. Saya kagum dengan Captain, ada hasrat dan niat murni. Dan itulah juga perjuangan saya.

ejai - Islam memang menyuruh kita menegakkan kebenaran, tetapi ada caranya, dan konsep matlamat menghalalkan cara adalah ditegah dalam Islam. Demonstrasi jelas jalan yang tidak secocok dengan kaedah Islam, kerana kita sama sekali tidak boleh menegakkan Islam dan kebenaran dengan jalan yang ditegah oleh Islam sendiri. Dalam soal ini, Imam Ahmad dalam kitab Musnadnya meriwayatkan sebuah hadis shahih berbunyi, "Jihad yang paling utama ialah menyatakan kebenaran di hadapan penguasa yang zalim". hadis ini sangat jelas menyuruh kita menyatakan yang hak dan benar, dan nabi tidak menyuruh kita menentang dan berbuat kerosakan dengan berdemonstrasi untuk menyampaikan kebenaran dan keadilan kepada para pemimpin atau penguasa seperti mana yang berlaku pada hari ini. tidak boleh beralasan dengan mendakwa bahawa untuk menegakkan kebenaran, maka demonstrasi terpaksa dilakukan, mana mungkin kebenaran akan terlaksana jika cara adalah salah dan terpesong daripada akhlak dan syariat Islam? wallahualam.
Unknown said…
akhirnya saya meluangkan masa yang panjang membaca - kembali buku saudara dan blog saudara : tahniah kerana kita masih dilandasan yang betul ( mungkin laluan yang berbeda ) - saya bukan ahli politik tapi mengamal politik ( yang baik ) - saya terlibat secara terus dalam proses pembikinan manusia ( PLKN )- kami mengajar tentang keperluan untuk melihat segala di paksi yang betul berdasarkan niat yang betul. Ilmu yang berpaksikan kepada keinginan itu seharusnya jelas. Kita sebagai pemimpin Melayu tidak seharusnya lari dari 2 fakta besar ( melayu + islam )- polimik dan konflik yang berterusan seakan tidak membenarkan kedua2 fakta besar ini di lunasi. Jadilah apa yang berlaku hari ini. Retorik berterusan.Tahniah kepada keinginan saudara , semuga ruang terbuka ini mampu memberi impak ke arah pembentukan generasi hari esok yang lebih tahu ( niat + keperluan ). Saya sebagai pendidik - berharap kepada saudara ( yang terlibat secara terus )melihat impak dari cerita perjuangan yang tak sudah ini....
Cheguman said…
This comment has been removed by the author.
Cheguman said…
Asslamualaikum,

Maaf, komen tadi terpaksa saya padam kerana 'typing error'. Berikut adalah salinannya:

Fakta dan huraian yg bagus. Sebaiknya tulisan sdra dijadikan panduan bagi anak muda yg berminat mengambil tahu hal politik dan ingin ikut mencorakkan negara.

Emosi dan semangat memang perlu dlm perjuangan. Namun ia sekadar satu momentum dan tidak harus jadi asas perjuangan.

Demonstrasi adalah lanjutan drpd perangai budak-budak yg inginkan aiskrim tetapi tidak dibenarkan oleh ibu bapanya.

Demonstrasi mempunyai unsur kemeriahan dan dgn mudah menarik org ramai terutama golongan muda menyertainya tanpa begitu mementingkan tujuan penganjuran.

Kata isteri saya:
Cuba lihat di konsert hiburan, lebih ramai org mudakah atau org tua?

Lihat di masjid/surau, lebih ramai org mudakah atau org tua?

Lihat pula semasa demonstrasi, lebih ramai org mudakah atau org tua?

Saya berfikir sejenak: Dalam peti undi manakah yg banyak menyokong pembangkang, peti undi orang mudakah atau orang tua?

Kata Sukarno: "berikan aku sepuluh org muda..."

Kata-kata Sukarno jelas menunjukkan betapa org muda amat sesuai digunakan bagi mencapai maksud atau tujuan seseorg pemimpin merealisasikan perjuangannya. Namun bagi merancang dan membina sebuah negara, kita lebih memerlukan kematangan.

Rasulullah pernah mengingatkan bahawa peperangan adalah tipu muslihat.

Kalau saya menjadi panglima perang, maka orang muda lah yg akan saya bawa. Naikkan semangat mereka, dan kita akan dapat menawan mana-mana negara. Namun utk merancang strategi dan membina negara saya perlukan org tua yg berpengalaman dan bijaksana.

Saya juga pernah muda dan belum lagi tua. Marilah kita berjuang dengan penuh kebijaksanaan dengan akal yg waras, berpandukan iman dan taqwa.

Demonstrasi bukan caranya!

Melalui kekerasan kita mungkin boleh mati syahid, tetapi adakah kita pasti saudara-saudara kita yg lain sanggup mempertahankan iman mereka apabila ditawan, diancam, diasak dan disiksa sebagaimana berlaku di Iraq, Palastin, Bosnia, Andalusia dll?

Jangan lupa, kita ada sejarah Melaka.

Api jangan dibuat main..!
azlishukri said…
jinggo - terima kasih atas komen saudara, saya sangat menghargainya. kita mempunyai perjuangan yang sama. cuma jalan yang berbeza.

Demang - saya sangat setuju engan keyataan saudara. tetapi masih ramai yang tidak mahu menerima kebenaran dalam hal ini.
This comment has been removed by the author.
Salam AZLI SHUKRI,

Baca...
Bacalah dengan nama Tuhanmu (Iqra')

Read...
Read in the name of your Lord (Iqra')

Alhamdulillah, terima kasih AZLI SHUKRI

:)

Salam Hormat.
ZUL RAHMAN
melayuangkat said…
Assalamualaikum Azli,

Mak Cik ucapkan Terima Kasih atas posting yang sarat dengan Ilmu dunia dan akhirat ini.

Mak Cik memang telah lama terfikir bagaimana "Ulama" di Malaysia agak Pendiam dalam banyak isu-isu. Apa lagi kalau isu itu melibatkan atau terkait dengan Politik.

Jelas apa yang Hindraf buat pada Majlis Rumah Terbuka PM di PWTC itu bermotifkan Politik atau berkait dengan Politik dan Hadi Awang pun beri sokongan moral pada Hindraf walaupun kita tahu ianya satu perbuatan yang amat tidak baik dari segi moral, adap sopan, budaya dan dilarang oleh Agama.

Pada pendapat Mak Cik, seseorang itu atau kita semua mesti ada banyak dispilin Ilmu, memang betul tetapi adakah kita akan Mengamalkan kesemua Ilmu yang kita pelajari dalam realiti kehidupan kita??

Dalam kes menceroboh masuk ke Majlis orang lain dengan tidak bertertib walau di jemput sekali pun, ini tidak perlu apa apa Degree atau Diploma.. semua bermula dari didikan ibu bapa di rumah sejak kecil lagi, ..dan bukan mengajar budak budak kurang ajar sejak kecil lagi.

WaAllahuAlam..Azli lebih Arif dari Mak Cik.
azlishukri said…
zul rahman - memang benar kenyataan saudara.

melayu angkat - saya setuju dengan makcik.
Anonymous said…
saudara azli, harap boleh hubungi saya di email themalayhope@yahoo.com. terima kasih.
azlishukri said…
dr. sid - saya boleh dihubungi di email - psikosemantik@yahoo.com atau azli@dbp.gov.my
This comment has been removed by the author.
Anonymous said…
jika saudara menggunakan email psikosemantik@yahoo.com untuk account blogger ini, saya telah menghantar jemputan ke email saudara untuk menjadi ahli http://combinedforces.blogspot.com/
azlishukri said…
zul rahman - sesungguhnya Ayat Allah itu berat untuk dilaksanakan dengan kata-kata yang berbunga2, barangkali andaikata kita memahami cara Umur ib Al-Khatab menegakkan kebenaran dengan lisan dan kata-kata, mungkin saudara juga akan menulis perkara yang sama kepada saidina Umar tersebut. Percayalah adab dan tatasusila hanya akan berhasil jika kebenaran itu kita sampaikan dengan ikhlas dan jujur. Bacalah bagaimnakah ulama-ulama salaf menegakkan kebenaran yang jelas di tengah2 masyarakat. saudara akan menjumpai hikmahnya di sana. wallahualam.
Ezo said…
Assalamualaikum....

Saudara Azli,
Saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri.....

Blog saudara sarat dengan maklumat dan informasi yang berguna bagi saya....

Jemputlah ke blog saya....wwww.ezoegypt.blogspot.com
azlishukri said…
ezo- saya sudah link blog saudara, umur saudara masih mudah, namun kematangannya sudah makin jelas.
Anonymous said…
SALAM AIDUL FITRI !!!

PUNCA ROSAKNYA MANUSIA

Manusia rosak banyak sebabnya.Ada sebab luaran dan ada sebab dalaman. Ada sebab lahir dan ada sebab batin. Namun kalau semua sebab-sebab itu dianalisa, puncanya dapat dirangkumkan ke dalam tiga perkara yang pokok.

Pertama adalah kerana manusia sudah kehilangan Tuhan.Kedua kerana ketandusan kepimpinan dan ketiga kerana sistem hidup manusia sudah punah ranah.
Manusia Sudah Kehilangan Tuhan

Manusia umumnya sudah kehilangan Tuhan. Manusia sudah melupakan Tuhan. Tuhan sudah tidak lagi menjadi teras dan pegangan dalam hidup manusia.Tuhan sudah tidak lagi menjadi matlamat hidup manusia. Dalam banyak hal, Tuhan diketepikan dan dikesampingkan. Tuhan tidak diletakkan dihadapan. Manusia sudah tidak merujuk lagi kepada Tuhan.Manusia sudah tidak patuh lagi kepada hukum-hakam dan peraturan Tuhan. Malahan hidup manusia bukan lagi untuk Tuhan.

Manusia sudah tidak cinta dan tidak takut dengan Tuhan.Tempat Tuhan telah digantikan dengan tuhan-tuhan palsu yang lain. Secara sedar atau tidak, Tuhan telah digantikan dengan dunia, dengan pangkat dan kuasa, dengan hartabenda dan kekayaan, dengan wang ringgit, dengan nama dan glamour, dengan populariti, kemasyhuran dan sebagainya. Untuk ini semualah tujuan manusia hidup, bukan lagi untuk mendapat Tuhan.

Hatta, orang agama yang lahirnya nampak macam kuat beragama juga kehilangan Tuhan. Dalam solat mereka, tidak ada Tuhan. Dalam puasa mereka tidak ada Tuhan. Dalam zakat dan haji mereka tidak ada Tuhan. Dalam wirid, zikir dan bacaan Quran mereka juga sudah tidak ada Tuhan. Paling baik, mereka mengejar pahala dan fadilat, bukan Tuhan. Pahala dan fadhilat jadi matlamat, bukan Tuhan.Mereka hanya membesarkan syariat, bukan membesarkan Tuhan. Di samping itu,ramai juga orang agama yang mengejar nama dan jawatan diatas ilmu dan amalan agama mereka.

Segala apa yang manusia fikirkan, segala apa yang manusia mahukan dan segala apa yang manusia rasakan, kesemuanya tertumpu kepada matlamat material dan keperluan hidup didunia semata-mata. Bukan untuk mengabdikan diri, berbakti atau untuk mendapat redha, rahmat, kasih sayang dankeampunan Tuhan.

Manusia sudah tidak yakin lagi dengan Tuhan. Sudah tidak tawakkal, tidak berserah diri dan tidak bergantung harap dengan Tuhan. Manusia menyangka seolah-olah Tuhan itu tidak ada peranan dalam hidup mereka. Mereka menganggap Tuhan tidak relevan dalam hidup mereka. Kalaupun lidah mereka tidak menyebut tetapi tindak tanduk dan amalan mereka membuktikannya. Mereka lupa dengan firman Allah SWT: Maksudnya: Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk mengabdi diri kepada-Ku. (Az-Zariat:56) Ramai manusia percaya kepada Tuhan. Tetapi mereka hanya setakat percaya sahaja. Orang Yahudi percaya Tuhan.Orang Nasrani percaya Tuhan. Orang Hindu pun percaya Tuhan. Malahan, kalau ditanya kepada setiap manusia dimuka bumi, siapakah yang menjadikan alam ini? Merekasemua akan berkata bahawa Tuhan yang menjadikannya. Tetapi percaya bukan satu keyakinan. Percaya bukan suatu itiqad. Percaya sahaja tidak cukup sebagai aqidah danpegangan. Yang sedihnya, ramai orang Islam sendiri baru setakat percaya dengan Tuhan. Ia belum menjadi aqidah ataupegangan. Mereka percaya Tuhan itu ada tetapi wujudnya Tuhan itu tidak memberi apa-apa kesan kepada matlamat dancara hidup mereka. Mereka percaya Tuhan itu ada tetapi dalam kehidupan seharian, mereka bertindak seolah-olah Tuhan itu tidak wujud. Mereka ini termasuk golongan orang-orang yang kehilangan Tuhan.

Bilamana manusia melupakan Tuhan, maka Tuhan pun melupakan mereka. Bilamana manusia memutuskan hubungan mereka dengan Tuhan, maka Tuhan pun berlepas diri dari mereka. Tinggallah manusia terumbang-ambing dalam arus kehidupan dunia. Tuhan tidak memimpin mereka lagi. Tuhan tidak membela mereka lagi. Manusia hanyut dalam kesesatan dan dibawa arus menuju kehancuran. Hidup manusia menjadi kucar-kacir, kelam-kabut dan haru-biru. Manusia dilanda berbagai gejala dan penyakit sosial. Hilang kasih sayang.
Punca Rosaknya Manusia

Hilang perpaduan. Manusia bergaduh dan berperang. Jenayah berleluasa. Timbul kezaliman, penindasan dan tekan-menekan sehingga manusia cemas dan ketakutan. Perangai manusia tidak ubah seperti haiwan. Ini semua adalah akibat manusia meninggalkan Tuhan.

Manusia hilang tempat mengadu. Hilang tempat merujuk.Hilang tempat berserah dan bergantung harap. Hilang tempatmeminta pertolongan. Alangkah ruginya manusia kalau sudah kehilangan Tuhan.

Ada sebuah kisah yang berlaku kepada Syeikh Abdul Qadir Jailani. Dia didatangi oleh pemuka-pemuka kota Baghdad untuk diajak bersama dalam satu majlis ibadah malam secaraberamai-ramai. Dia menolak tetapi pemuka-pemuka tersebut berkeras juga mengajak beliau hadir. Untuk dapat berkat, kata mereka. Akhirnya, dengan hati yang berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju untuk hadir.

Pada malam berkenaan, di satu tempat yang terbuka,beratus-ratus orang hadir dengan melakukan ibadah masing-masing.Ada yang bersolat. Ada yang berwirid. Ada yang membaca Quran. Ada yang bermuzakarah. Ada yang bertafakur dan sebagainya. Syeikh Abdul Qadir duduk di satu sudut dan hanya memerhatikan gelagat orang-orang yang beribadah itu.

Di pertengahan malam, pihak penganjur menjemput Syeikh Abdul Qadir untuk memberi tazkirah. Dia cuba mengelak tetapi didesak berkali-kali oleh pihak penganjur. Untuk dapat berkat, kata mereka lagi. Akhirnya dengan hati yang sungguh berat, Syeikh Abdul Qadir bersetuju.

Tazkirah Syeikh Abdul Qadir ringkas dan pendek sahaja.Dia berkata: Tuan-tuan dan para hadirin sekelian. Tuhan tuan-tuan semua berada di bawah tapak kaki saya.

Dengan itu, majlis terkejut dan menjadi gempar dan riuh rendah.Para hadirin terasa terhina dan tidak puas hati.Bagaimanakah seorang Syeikh yang dihormati ramai dan terkenal dengan ilmu dan kewarakannya boleh berkata begitu terhadap Tuhan mereka. Ini sudah menghina Tuhan. Mereka tidak sanggup Tuhan mereka dihina sampai begitu rupa.

Mereka sepakat hendak melaporkan perkara itu kepada pemerintah. Apabila pemerintah dapat tahu, diarahnya kadhi untuk menyiasat dan mengadili Syeikh Abdul Qadir dan jika diadapati bersalah, hendaklah dihukum pancung.

Pada hari pengadilan yang dibuat di khalayak ramai,Syeikh Abdul Qadir dibawa untuk menjawab tuduhan.

Kadhi bertanya, Benarkah pada sekian tempat, tarikh dan masa sekian, Tuan Syeikh ada berkata di khalayak ramai bahawa tuhan mereka ada di bawah tapak kaki Tuan Syeikh?

Dengan tenang Syeikh Abdul Qadir menjawab, Benar, saya ada kata begitu.

Kadhi bertanya lagi, Apakah sebab Tuan Syeikh berkata begitu?

Jawab Syeikh Abdul Qadir , Kalau tuan kadhi mahu tahu, silalah lihat tapak kaki saya.

Maka kadhi pun mengarahkan pegawainya mengangkat kaki Syeikh Abdul Qadir untuk dilihat tapak kakinya. Ternyata ada duit satu dinar yang melekat di tapak kakinya. Kadhi tahu Syeikh Abdul Qadir seorang yang kasyaf.

Fahamlah kadhi bahawa Syeikh Abdul Qadir mahu mengajar bahawa semua orang yang beribadah pada malam yang berkenaan itu sebenarnya tidak beribadah kerana Tuhan. Tuhan tidak ada dalam ibadah mereka. Hakikatnya, mereka tetap bertuhankan dunia yang duit satu dinar itu menjadi lambang dan simbolnya.

Kalau di zaman Syeikh Abdul Qadir Jailani pun manusia sudah hilang Tuhan dalam ibadah mereka, apatah lagi di zaman ini. Itu dalam ibadah. Kalau dalam hidup seharian, sudah tentu Tuhan tidak langsung diambil kira.
Manusia Ketandusan Kepimpinan

Manusia sudah tidak terpimpin lagi kerana manusia sudah ketandusan kepimpinan. Oleh itu, manusia hanyut dan sesat dalam kehidupan ini tanpa menuju ke sesuatu arah yang tertentu dan tidak dapat memenuhi tujuan dan maksud mengapa manusia itu dijadikan. Manusia sudah tidak berfungsi sebagai manusia lagi.

Pemimpin yang ada di dunia sekarang sebenarnya bukan pemimpin. Bush bukan seorang pemimpin. Blair juga bukan seorang pemimpin. Begitu juga dengan Putin, Musharaf dan Hosni Mubarak. Mereka bukan pemimpin. Paling tinggi mereka itu hanya pentadbir. Mereka mentadbir hal-hal negara,kewangan, khazanah dan ekonomi negara. Mereka hanya memenuhi keperluan lahir dan tidak langsung mengambil berat tentang keperluan rohani rakyat.

Pemimpin dalam Islam bukan setakat menyelesaikan keperluan lahir. Yang lebih penting ialah keperluan rohani.Pemimpin dalam Islam bertanggungjawab mendidik dan membina keinsanan rakyat. Membawa rakyat kepada Tuhan.Mengajar mereka supaya cinta, takut, taat dan patuh kepada Tuhan. Pemimpin dalam Islam berkewajipan menjaga kehidupan beragama rakyat dan menjadikan rakyat baik, beriman dan bertaqwa.

Soal keperluan lahir juga penting tetapi ia jatuh nombor dua.Dalam Islam, memimpin itu seperti membuat kerja Rasul.Rasul itu sebenarnya pemimpin. Siapa yang membuat kerja-kerja rasul juga dianggap sebagai pemimpin. Pemimpin seperti inilah yang sudah tidak ada lagi. Selagi pemimpin seperti ini tidak ada dan tidak dicari, maka selagi itulah hidup manusia akan menjadi rosak dan kucar kacir.

Para pentadbir dan pemimpin dunia seperti yang ada sekarang tidak mampu memimpin. Mereka tidak mampu membina keinsanan rakyat, membawa rakyat kepada Tuhan atau menjadikan rakyat orang-orang yang beriman dan bertaqwa.

Mana mungkin mereka mampu berbuat demikian dalam keadaan mereka sendiri pun tidak terpimpin. Keluarga mereka sendiri pun kucar-kacir.Mereka ini hanya akan melalaikan dan merosakkan keinsanan rakyat. Mereka ini hanya akan membawa manusia kepada dunia dan menjauhkan mereka dari Tuhan dan dari akhirat.

Paling baik, mereka hanya boleh membawa pembangunan dan kemajuan lahiriah dan membina ekonomi negara dan rakyat. Mungkin rakyat boleh hidup dengan selesa. Tetapi kebahagiaan manusia bukan terletak kepada keselesaan hidup.Ia terletak kepada jiwa yang terisi dan fitrah yang terlaksana.

Keperluan fitrah manusia yang utama ialah keinginan berTuhan, keinginan menyembah, taat, patuh dan mengabdi diri kepada Tuhan.Apabila hati-hati manusia terisi dengan dunia dan hidup mereka bermatlamatkan dunia, maka nafsu mereka akan bermaharajalela dan dunia akan menjadi rebutan. Memang dunia itu bahan rebutan dan punca pecah belah dan pemusnah kasih sayang. Manusia akan berebut-rebut dunia, menekan dan menindas seperti anjing yang berebut bangkai. Akhirnya manusia akan bergaduh, berkelahi dan bunuh-membunuh.Tidak ada kasih sayang dan perpaduan.
Sistem Hidup Manusia Sudah Punah

Sistem hidup manusia di muka bumi ini tidak lagi berteraskan syariat Tuhan. Ia adalah hasil dari ciptaan akal manusia yang begitu dhaif dan lemah. Sistem yang kononnya dirancang untuk kebaikan dan kebahagiaan manusia itu telah makan tuan dan telah merosakkan dan mengkucar-kacirkan kehidupan manusia itu sendiri.

Di antaranya:
1. Sistem pendidikan sekular yang hanya bermatlamatkan dunia telah merosakkan akhlak manusia. Manusia hilang akhlak kepada Tuhan dan hilang akhlak terhadap sesama manusia. Manusia menjadi pencinta dan pemburu dunia.Manusia menjadi jahat, sombong, bakhil, hidup nafsu-nafsi,zalim dan pentingkan diri sendiri. Walhal sistem pendidikan Islam membawa manusia kepada Tuhan dan membina jiwa serta akhlak manusia. Hasilnya, manusia menjadi baik, berguna, bertolong-bantu dan berkasih sayang.

2. Sistem ekonomi ciptaan manusia terutama sistem kapitalis hanya mementingkan untung tidak kira dengan cara apa.Tidak kira sama ada hasil atau khidmat ekonomi itu perkara yang sia-sia, maksiat dan merosakkan orang atau ia menindas pekerja untuk mendapat untung berlipat ganda atau membazir atau merosakkan moral manusia dalam iklan untuk menjual barangan. Berlaku monopoli, oligopoli,kartel, menetapkan harga yang menekan dan berlebihan yang menyusahkan manusia serta berbagai-bagai lagi hanya kerana hendakkan keuntungan yang banyak.Walhal sistem ekonomi Islam menekankan khidmat kepada masyarakat dan membekalkan keperluan masyarakat sebagai suatu ibadah dan tanda kasih sayang. Segala kegiatan ekonomi tidak terkeluar dari syariat dan hukumhakam Tuhan dan tidak lari dari tujuan untuk mendapat keredhaan Tuhan.

3. Sistem kebudayaan berteraskan nafsu telah melalai dan merosakkan akhlak manusia terutama muda-mudi. Mudamudi diajak menghayati rock, pop, metal, berpoya-poya, bergaul bebas dan berjinak-jinak dengan arak dan dadah.Hasilnya, moral muda-mudi runtuh. Timbul bohsia, bohjan,anak luar nikah, buang anak, penagihan dadah dan macammacam lagi. Walhal sistem kebudayaan Islam membawa manusia kepada mengenal, mencintai dan takutkan Tuhan dan merindui hari akhirat. Menginsaf dan menyedarkan manusia tentang tanggungjawab mereka sebagai hamba dan khalifah Tuhan. Menyegarkan dan menghidupkan jiwa mereka.

Kalau hidup manusia mahu dibetulkan, tidak dapat tidak,ketiga-tiga perkara ini perlu ditangani.
Pertama, manusia perlu dibawa kepada Tuhan. Manusia mesti mula mengenal dan takut pada Tuhan.
Kedua, pemimpin yang sejati yang boleh mendidik manusia perlu dicari. Ketiga, sistem hidup manusia yang sudah punah ranah ini perlu dibaiki dan perlu mengikut peraturan hukum-hakam dan mengikut cara yang Tuhan mahu.

Namun, di antara ketiga-tiga perkara ini, pemimpin sejati itulah yang perlu didapatkan dahulu. Kerana pemimpinlah yang akan dapat membawa kita kepada Tuhan dan pemimpin jugalah yang akan dapat membuat perubahan dan memperbaiki sistem hidup kita. Kita tidak akan dapat mengenal Tuhan tanpa ada pemimpin yang memperkenalkan Tuhan kepada kita. Dan sistem hidup kita tidak akan berubah dengan sendiri tanpa ada pemimpin yang berusaha mengubahkannya.
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera.

Apa khabar saudara Azli, lama saya tidak mengunjungi blog saudara lantaran bercuti dan baru balik dari luar negara.

Saya akan menjawab persoalan saudara mengenai tekaan saudara berkenaan penganugerahan pangkat 'Datuk' selepas saya merespons kepada SEORANG BLOGGER YANG AMAT KECEWA DAN DENGKI NI. Yang saya maksudkan ialah Blogger Zul Rahman.

Saudara Zul Rahman, Apa niat saudara sebenarnya dalam komen saudara? Saudara amat lemah membezakan banyak perkara dan otak macam dah tak betul.

Apa isu dan mesej yang saudara bawa dengan cara penyampaian dan penulisan yang berputar-belit dalam komen saudara?

Orang seperti Zul Rahman ni ramai bertebaran di muka bumi ni, nampak macam hebat dan TERTIB SERTA BERADAB sangat, tetapi biasanya ada masalah psikologi dan gagal mengawal diri sendiri.

Biasanya kerana ada masalah dan sedikit kecelaruan, maka dia menulis umpama pujangga dalam gelap.

Wahai Zul Rahman insaflah, pandanglah ke langit dan tanya diri sendiri, bagaimana saya nak menyelesaikan masalah saya, kemudian barulah saudara ada sedikit kelegaan.

Saya juga nasihatkan saudara banyak membaca tulisan berunsur agama, karya kreatif dan akademik, barulah saudara matang dan dapat membezakan hakikat dalam penulisan.

Zul Rahman, jangan terus dengan kebodohan diri sendiri kerana merasa diri terlalu pandai,
renung-renungkan dan selamat beramal.
Anonymous said…
Berkenaan Soalan Saudara Azli kepada saya, (Betulkan saya menerima anugerah Gelaran 'Datuk', tetapi masih menggunakan 'Datu',)

Saya rasa saudara semakin hampir dan mengetahui identiti saya. Sebabnya biarlah kita bincang dalam satu pertemuan. Saya bercadang menghantar Pegawai Khas saya untuk menemui Saudara di Dewan Bahasa untuk membincangkan satu kerjasama, tetapi dalam beberapa bulan lagi.

Saya tidak mahu membincangkannya secara terbuka di sini, nanti semakin ramai pula Dengki seperti Saudara Zul Rahman, tak pasal-pasal semua bangunan, perniagaan dan wisma saya jadi mangsa.

Saudara, seorang kawan lama saya berminat bertanding jawatan Timbalan Presiden dalam pemilihan akan datang, beliau mungkin akan mengumumkannya dalam masa terdekat.

Teruskan perjuangan, saya akan menyokong saudara untuk menjadi sebahagian barisan pejuang negara berdasarkan kebolehan dan bakat yang ada pada saudara, semoga ketemu lagi.

Dato' "Adil"
Bangsar, KL.
azlishukri said…
raja marzuki - saya setuju dengan kupasan saudara.

en Adil - jadi benarlah saudara mempunyai gelaran Datuk Seri? dan bukannya Datuk?
Assalamualaikum warahmatullah...

Astagfirullahiladzim,.. Beristighfar panjang saya dan terus berpuluh-puluh kali saya membaca dan baca kembali apa yang telah saya tulis dan mesej apa yang ingin saya sampaikan secara menumpang di Blog saudara AZLI SHUKRI ini sehingga menimbulkan rasa ketidak senangan dihati Datuk ADIL dan mungkin Saudara AZLI SHUKRI sendiri. Astagfirullahiladzim. Salah saya.

Kehadapan Datuk ADIL dan saudara AZLI SHUKRI yang saya hormati. Terlebih dahulu idzinkan saya membuat kenyataan ini.
Saya, ZUL RAHMAN Saudara 'Bloggers' tuan memohon ampun dan maaf kepada saudara dan permohonan ampun maaf saya ini saya lafadzkan berserta "Ashaduan la ila haillAllah, Wa ashhaduan na Muhammadarrasullullah" Syahadah Islam saya. InsyaAllah saya berada didalam keadaan sepenuhnya sedar dan saya tidak melupakan saban hari dengan sebutan wajibnya sumpah Syahadah ini sebanyak sembilan kali setiap hari, InsyaAllah.

Pujian bagi Allah, yang Awal sebelum penciptaan dan kehidupan,..

Saya memohon maaf dan berlapang dada demi membincangkan apa jua perkara.
Tiada langsung rasa 'curiga atau dengki' seperti yg dikatakan dan saya memohon adalah kiranya walau sedikit belas kasehan terhadap saya.
Maafkan saya diatas keterlanjuran saya jikalau ada, kerana yang baik itu sesungguhnya datang daripada Allah SWT dan yang tidak baik itu datang nya daripada diri saya sendiri.

Apabila saya rujuk kembali, maka benarlah seperti yang diungkapkan, saya mungkin berada didalam dunia saya sendiri diketika itu, dan, benarlah seperti pesan Baginda Muhammad Saaw melalui hadis baginda bahawa "Jangan kamu marah"

Para pertama saya seperti yang saya tulis sebenarnya memberikan sanjungan dan pujian kepada saudara kita AZLI SHUKRI kerana pandangan beliau melalaui hujah-hujah fakta yang dilengkapi dengan perbandingan dan rujukan sejarah yang tepat amat saya kagumi.
Lantas, saya mengharapkan agar AZLI SHUKRI meneruskan perjuangan itu untuk menjadikannya 'budaya' dikalangan pemimpin warga MUDA, iani budaya yang mendalami dan menghalusi ilmu agama Islam melalui pencarian dan perjalanan yang ditempuhi oleh saudara AZLI SHUKRI dan juga para Anbiya yang terdahulu. Pengetahuan ilmu dan amalan serta iman sebegini perlu ada kepada semua anak MUDA yang bergelar pemimpin negara.
Mungkin saudara AZLI SHUKRI kita ini bisa mendahuluinya (PILOT) kerana ketokohan beliau sudah nampak ada cahayanya. Rakyat yg muda remaja lainnya akan mengikuti cara tersebut melalui 'influence'.

Para yang kedua, mungkin saya sudah tersasar jauh ke angkasa lepas kerana 'gila' mencari orbit yang diputari bumi, ada yg menggelarkannya 'cakra'.
Pusingan dan putaran yang dicari itu adalah pusingan paksi putaran bumi yang tertibnya SAMA seperti pusingan tawafnya manusia di Kaabah' dan,
pusingan bumi pada orbitnya itu sama seperti pusingan molekul2 darah ['DNA']didalam badan manusia. Saya mencarai lagi yg selainnya. Arah pusingannya adalah berlawanan pusingan jam. Semuanya sama, tawaf, tasbih? Allah huakbar. Wallahualam (Ampunkan saya jikalau saya tersilap lagi, saya juga masih belajar dan mahu terus belajar, tegurlah.)

Terus, saya disarankan oleh sahabat2 saya untuk 'melihat diri melalui sudut 'universe/cosmic/cosmos' atau sudut 'disebalik sana' dan menyedari betapa kecilnya kita. Dan apabila melihat kepada bintang yang bertaburan di langit, sudah tentunya teori seperti 'The Big Bang' itu sebenarnya telah diceritakan 1400 tahun lebih lama dulu dengan kalimah Allah SWT di dalam Al-Quran melalui Rasulullah Saaw.
Bismillahirohmanirrahim...
“Dan apakah orang-orang yang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah satu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?”
(AL-Anbiyaa (Nabi-Nabi), Ayat 30)
[Terima kasih Cikgu :), Dr.Ary Ginanjar A.& ESQ165Team, Dr.Ghouse OFMA, dll semuanya]

Siang tadi, saya terus memandang ke langit seperti yg disuruh oleh Datuk ADIL dan sudah pasti, jikalau kita melihat diri kita melalui 'disebalik sana',
saudaraku semua tentu tahu dan dapat merasakan ketakutan kepada Yang Maha Besar itu, Allah Azzawajalla.

Bagi Para ketiga, dan saya harap para yang yang terakhirnya,
adalah TIDAK sama sekali saya menujukannya kepada Saudaraku AZLI SUKRI yang saya kasehi.
Soal Adab, Sopan-santun serta Tertib itu sebenarnya kepada KITA dengan merujuk kepada perkara terkini dengan apa yang terjadi kepada kes HINDRAF yang berhari-raya di majlis jemputan Perdana Menteri kita.
HINDRAF yang sudah hilang ke'tertib'an melalui 'protokol' pendaftaran pertubuhan itu sudah jelas melanggari batasan perundangan.

Jikalau sudah hilang ke'tertib'an yang sepatutnya diikuti,
Apa lagi soal 'Adab' dan sudah tentu jauh sekali soal 'Sopan-santun'nya.

Itu HINDRAF, Bagaimana pula dengan kita? Perlukah kita mengikut tindak tanduk mereka, biarkanlah mereka dengan cara mereka.
Soalnya masyarakat kita, bagi rujukan perkara terkini lain-lain yang terjadi, Bolehkah kita yang terlebih dulu berlapang dada berbincang, memohon maaf selaku memimpin mereka melalui adab, tertib dan sopan santun yang telah diajari lama dulu.
Saya menegaskan bahawa saya TIDAK melakukan apa saja 'PERSONAL' attack, melainkan hanya sekadar bertanya,
"Kemana hilangnya perilaku dan perihal soal Adab dan Sopan ini?, Mengapa sudah mula dilupai?" Bukankah kita (umat Muhammad Saaw)adalah cermin dan perhiasan bagi diri Baginda Muhammad Saaw dan keluarganya Yang Tersayang.

"Leadership is Influence"

Saya pasti saudara kita AZLI SHUKRI yang baik budi ini tahu, ada, faham dan mengerti tentang soal-soal ini. InsyaAllah.

Sekali lagi, saya memohon ampun dan maaf terutamanya kepada Saudara AZLI SUKRI yang saya hormati, Saudara Datuk ADIL yang saya kenali dilaman ini dan kepada semua saudara2 yang saya kasehi. Saya akan memadamkan posting saya yang barangkali keterlanjuran itu.

Akhir kata, ingin sekali saya sudahi dengan mohon ampun dan maaf, jikalaulah ada walau sedikit belas kasehan dihati, maafkanlah saya.

"Syukri' iyya'ka min in' amatika".

Salam hormat, Mohon ampun dan maaf,
Wassalam,
ZUL RAHMAN
azlishukri said…
Zul rahman - saya tidak mengenali en adli. dan maaf jika kata2nya menyinggung hati saudara.
fahana_ann said…
kadang2 mereka tidak terfikir.yang terzahir itu mudh sahaja diterima.saya sendiri masih berusaha untuk membuka dan meluaskan fikiran..dan ia bukan sesuatu yang mudah..namun keseronokan untuk mempelbagaikan ilmu itu penting
This comment has been removed by the author.
This comment has been removed by the author.
astagh'firullahiladzim...,
'allazi laillahhaillahu wal hai'yyul qhai'yyum mu waatubuilaih...,
La ilahaillallah huwahdahu la syarikalah,
lahulmul kuwalahul hamduyuhyi wayumitu wahuwa'ala kullisyai'in qhodir...,
This comment has been removed by the author.
:)

salam kembali,
mohon ampun dan maaf,


pergi jauh sementara, berbatu-batu,


usah kau tanya mengapa.
salam hormat,
zul rahman

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...

Isu Kristian Agama Rasmi : Jangan Cepat Hentam Utusan Malaysia dan BigDog

Saya berfikir isu "Kristian Mahu Menjadi Agama Rasmi Malaysia" perlu dilihat secara holistik. Persoalan pengembangan agama Kristian di Malaysia sudah dibicarakan secara serius oleh Mufti Perak, Tan Sri Harussani hampir 10 tahun yang lalu. Sekiranya kita masih ingat, pada suatu ketika dahulu kecoh berkenaan begitu ramai orang Melayu masuk Krtistian dan pendedahan seorang Paderi Besar Kristian dari Sabah yang sudah memeluk Islam berhubung strategi Paderi-Paderi Kristian dalam usaha mengkristian para penduduk Sabah, khususnya yang tinggal dipedalaman. Bahkan terdapat kerjasama antara organisasi Kristian di Singapura dengan organisasi Kristian di Malaysia dalam menyediakan sumber kewangan untuk melakukan kristianisasi di negara ini. Persoalan yang perlu diberi penekanan ialah : 1. Sejauh mana organisasi Kristian di Malaysia mengembangkan agama mereka dalam kalangan penganut Islam? Seperti yang kita sedia maklum, agama lain boleh diamalkan di negara ini, tetapi tida...

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y