Skip to main content


MONOLOG AZLI SHUKRI
BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR


“UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad



Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya tidak mampu menipu diri sendiri bahawa UMNO rosak adalah kerana ketidakmatangan sebahagian besar ahli-ahlinya dalam memilih pemimpin. Kita lebih banyak berfikir untuk jangka masa pendek dan bukan jangka masa panjang. Kita lebih melihat wang ringgit daripada masa hadapan anak dan cucu-cicit kita. Sesetengah ahli UMNO tidak faham bagaimana untuk memilih pemimpin dalam keadaan tertentu, khususnya ketika UMNO sedang tenat dan lemah. Manakala, di sisi lain pula pemimpin UMNO yang menawarkan diri untuk bertanding tidak faham realiti dan diri mereka sendiri. Mereka mendakwa semua ahli UMNO berhak untuk menawarkan diri bertanding apa-apa jawatan di dalam parti, tetapi apabila terdapat Ketua UMNO Cawangan menawarkan diri untuk bertanding jawatan Presiden UMNO, maka terdengar suara sumbang agar Ketua UMNO tersebut mengukur baju di badan sendiri.




Saya juga tidak bersetuju dengan seorang Ketua UMNO Cawangan yang menawarkan diri untuk bertanding jawatan yang begitu besar tanggungjawabnya itu. Namun demikian, tidak hanya Ketua UMNO Cawangan sahaja yang patut mengukur baju di badan diri sendiri, sebaliknya pemimpin UMNO yang berkasta tinggi pun harus mengukur baju di badan sendiri. Fikirlah kepentingan parti dahulu sebelum memikirkan kepentingan diri sendiri. Sekali pun ingin menawarkan diri untuk bertanding, lihatlah keadaan dan situasi terlebih dahulu. Bukan main tawarkan diri sahaja. Cermin diri terlebih dahulu. Apa rekod yang kita ada, barulah tawarkan diri untuk bertanding.



Mana-mana pemimpin UMNO yang sudah mencemarkan nama UMNO harus letak jawatan dan jadi ahli UMNO biasa sahaja. Begitu juga mana-mana pemimpin UMNO yang tidak boleh berucap dan berdebat dengan baik, elok letak jawatan sahaja. Realiti yang sedang dihadapi oleh UMNO pada saat ini memerlukan beberapa ciri baru yang wajib ada bagi sesiapa sahaja yang ingin menjadi pemimpin UMNO. Jika mereka tiada ciri tersebut, eloklah berundur diri dan jangan rosakkan UMNO dengan wang ringgit.




Oleh itu, apakah ciri pemimpin UMNO yang sangat diperlukan sekarang? Demi menyelamatkan UMNO dan menarik kembali sokongan orang ramai terhadapnya, di samping memulihkan keyakinan kaum lain terhadap orang Melayu dalam berhadapan dengan Anwar Ibrahim serta konco-konconya kelak? Setelah menganalisis secara jujur, akhirnya saya telah mendapat jawapan yang sangat memuaskan hati saya. Sebelum menghuraikan ciri yang perlu bagi seseorang ahli UMNO untuk menjadi pemimpin parti tersebut, haruslah kita tahu terlebih dahulu, keadaan dan senario dunia politik Malaysia. Maka, daripada situlah kita akan dapat mencungkil ciri kepimpinan yang diperlukan oleh seseorang yang ingin memimpin UMNO dan memulihkan kembali parti orang Melayu terbesar itu.




Perkara pokok yang harus kita faham ialah zaman politik yang sedang dihadapi oleh UMNO ketika ini, ialah zaman penuh fitnah. Pendek kata, apa-apa sahaja yang dilakukan oleh UMNO atau pun pemimpinnya akan menjadi fitnah. Sama ada perkara yang dilakukannya itu betul atau pun salah, ia tetap menjadi fitnah kepada masyarakat. Dengan kata lain, UMNO dilihat sebagai parti yang sangat hodoh dan jahat, sudah tiada lagi kebaikan UMNO selama ini. Segala yang UMNO buat – akan dilihat dari kaca mata yang sangat jelek dan keji. Jadi inilah situasi UMNO yang sebenar pada kaca mata masyarakat muda dan tua. Tiada apa-apa lagi yang tinggal dengan UMNO. UMNO hanya tinggal nama sahaja, rohnya sudah tiada. Seperti orang yang hendak meninggal dunia. Menghitung hari untuk mati. Inilah tanggapan masyarakat terhadap UMNO! Kita harus terima hakikat ini terlebih dahulu.



Mengapa saya kata bahawa UMNO sedang berhadapan dengan zaman fitnah besar (fitnatul kubra) yang belum pernah terjadi dalam sejarah penubuhannya selama ini? Ada tiga alasan utama mengapa saya berpendapatan sedemikian.


  1. Orang biasa sudah tidak lagi mahu mengingati segala kebaikan yang pernah UMNO berikan selama parti ini memerintah. Orang ramai pada hari ini hanya nampak kekotoran dan keburukan UMNO semata-mata, tiada rasional lagi dalam menilai UMNO, betul atau tidak fakta ini? Oleh sebab perkara ini semakin berleluasa dalam kalangan masyarakat, maka ia mengundang fitnah yang berterusan kepada UMNO.

  1. Tidak pernah berlaku sedahsyat politik hari ini, apabila Presiden UMNO, Datuk Seri Abdullah Badawi, dibenci sebenci-bencinya oleh semua kaum. Sehinggakan, andaikata wajahnya terpampang di dada akhbar atau di skrin televisyen, kita seolah-olah tidak sanggup melihatnya sama sekali. Ini juga merupakan tanda fitnah yang sangat dahsyat kepada politik UMNO. Mahathir juga pernah dibenci dahulu, tetapi tidaklah sampai semua kaum membencinya.

  1. Semua pemimpin UMNO yang ada, tidak lagi dipercayai oleh orang ramai dan masyarakat, bagi mereka pemimpin-pemimpin UMNO yang ada sekarang, hanya tahu bagaimana untuk membolot harta dan kekayaan semata-mata, tetapi mutu perkhidmatan mereka kepada masyarakat sangat mengecewakan. Imej yang terbayang dalam kotak fikiran masyarakat terhadap pemimpin UMNO ialah – kaki rasuah, kaki projek dan kaki perempuan! Walaupun tidak semua pemimpin UMNO semacam itu, namun demikian, yang baik dan berprinsipnya tidak ramai dan tidak dapat naik ke puncak hanya dengan keikhlasan mereka semata-mata. Maka itu, ini juga tanda UMNO sedang dilanda fitnah yang sangat besar.

Berasaskan tiga hujah ini, jelaslah UMNO merupakan parti yang sedang dilanda fitnah yang sangat dahsyat dan memerlukan seorang pemimpin UMNO yang mempunyai ciri tertentu yang mampu melenyapkan zaman fitnahnya yang semakin membengkak dan bernanah. Lantaran itu, UMNO sangat mengharapkan seorang pemimpin yang ditunggu-tunggu untuk menyelamatkan parti yang banyak berjasa itu.



Jadi siapakah pemimpin UMNO Al-Muntaza (yang ditunggu-tunggu) itu? Apakah cirinya dan bagaimanakah sikap serta tindakkannya untuk memulihkan UMNO agar mendapatkan kembali sokongan rakyat kepadanya? Lantaran itu, berasaskan senario politik UMNO pada hari ini yang sedang dilanda goncangan fitnah yang hebat, maka pemimpin yang sangat diperlukan ialah pemimpin yang berada di luar struktur kepimpinan UMNO lama, yang telah rosak itu. Maknanya, pemimpin tersebut perlulah lahir dari sistem yang jauh berbeza dengan sistem UMNO yang terdapat ketika ini.



Dengan kata lain, ciri yang terdapat pada diri pemimpin UMNO yang ditunggu-tunggu ini, merupakan ciri yang khusus, serta dapat melawan arus fitnah yang sedang melanda UMNO dan seluruh kepimpinan yang ada sekarang. Mengapa diperlukan ciri khusus? Kerana cubaan dan cabaran yang sedang dihadapi UMNO kini, sangat memerlukan pemimpin yang jauh lebih hebat daripada pemimpin-pemimpin UMNO yang terdahulu. Pemimpin yang diharapkan ini haruslah bijaksana, serta mengetahui jalan penyelesaian yang terbaik bagi membawa UMNO keluar daripada pintu fitnah yang sedang membakar seluruh jasa-jasa baiknya. Dengan sedaya upaya, saya paparkan analisis ringkas saya terhadap pemimpin UMNO Al-Muntazar yang diinginkan itu. Kepada Allah jua saya berdoa dan berharap.



1. Taat dengan perintah dan larangan daripada Allah SWT. Berpegang teguh dengan nas dan hujah yang jelas kebenarannya. Tiada kompromi dalam soal kebenaran dan sentiasa berusaha ke arah mendapatkan kebenaran dengan merujuk Al-Quran dan Al-Hadis (Shahih) sebagai sumber utama kepimpinannya.


2. Berupaya untuk berhujah dan berdebat serta tidak kekok untuk bercakap di khalayak ramai dengan dalil dan pandangan yang bernas, serta sanggup berhadapan dengan sesiapa pun (ini penting dalam usaha menghancurkan fitnah).



3. Menguasai pelbagai disiplin ilmu, agar pandangan yang diberi serta pengurusan yang diamalkan tidak hanya dilihat dari satu aspek semata-mata, sebaliknya melalui pelbagai dimensi dan perspektif.



4. Tidak banyak beretorik (seperti Anwar Ibrahim), sebaliknya idea yang di sampaikan lebih bersifat pragmatisme.


5. Tiada banyak protokol dan mudah bergaul dengan semua peringkat masyarakat.


6. Mementingkan dan mengutamakan kebenaran terlebih dahulu daripada hati dan perasaan orang lain. Sanggup bercakap benar kepada sesiapa pun, sama kepada ahli mahupun barisan kepimpinan.


7. Menggunakan pendekatan agama dan dakwah dalam membersihkan unsur-unsur tidak sihat dalam UMNO. Menekankan soal solat, menutup aurat, serta ketaatan kepada Islam.



8. Bijaksana, yakni pantas menghidu masalah yang bakal timbul pada masa hadapan serta cara mengatasinya. Memahami realiti yang sedang berlaku dan bertindak mengikut keadaan semasa dan bukan ikut nafsu.



9. Mempunyai banyak idea yang mampu menukarkan sistem UMNO yang sedia ada kepada sebuah sistem yang lebih baik. Berupaya menggerakkan idea tersebut dengan meyakinkan ahli-ahli UMNO.


10. Seorang yang disenangi, mudah didekati serta diterima semua jenis kumpulan di dalam UMNO, sama ada yang beraliran agama, atau pun tidak.


11. Menekankan kasih sayang dan ehsan dalam perjuangan.


12. Bersifat lembut dan keras. Lembut tidak bererti lemah, keras tidak bererti kasar.


13. Menjauhi kemewahan dan kekayaan yang selama ini membaluti pemimpin-pemimpin UMNO yang banyak mengundang fitnah dan cacian orang ramai.


14. Menarik orang ramai dengan idea dan hujah yang bernas dan bukan dengan duit dan projek.Tahu membezakan antara Politik dengan Perniagaan dan tidak mencampuri kedua-duanya dalam satu bekas – agar fitnah tidak bermaharajalela.



15. Sanggup dikritik dan sedia berlapang dada dengan sesiapa sahaja. Dan apabila kebenaran sampai kepadanya, terus diterima tanpa banyak soal dan tanpa mempertikaikan. Tunduk sepenuhnya kepada kebenaran seperti Sayidina Umar.


Gambar : Penulis bersama dengan Tan Sri Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim, di pejabatnya di Universiti Malaya.

Comments

Unknown said…
Salam Sdr Azli,

Memang menarik segala kriteria yang diletakkan oleh Sdr. Cuma rasa seperti artikel ada sambungannya sebab Sdr tak menyatakan sama ada pemimpin tersebut wujud dalam UMNO atau siapakah yang memenuhi sifat-sifat tersebut pada pandangan Sdr.

Walaupun sifat yang diutarakan ideal, saya rasa amat sukar untuk memenuhi kesemua lima belas ciri yang diterangkan. Sebagai rakyat Malaysia, saya rasa kalau kembali kepada idea bersih, cekap dan amanah pun sudah cukup memadai.

Pada pendapat saya, satu lagi ciri yang penting ialah dipercayai oleh kaum-kaum lain di Malaysia. Ini amat penting dalam suasana yang sedikit tegang sekarang ini terutamanya di kalangan ahli parti politik (walaupun saya rasa di kalangan rakyat biasa tak banyak masalah).

Sekiranya semasa menulis artikel ini, ada pemimpin yang pada pendapat Sdr memenuhi ciri yang disenaraikan, diharapkan Sdr dapat maklumkan kepada pembaca, terutamanya kami yang berada di luar kancah politik.
TheSpeaker said…
Waduhh... waduh... itu cirinya pemimpin terhebat.. adakah pemimpin seumpama ini bg azli?

The Speaker
http://malaysiacomplain.blogspot.com/
mohad said…
politik adalah kuasa...dan kuasa adalah amanah
RAHISAM RAMLI said…
Salam saudara azli.

Siyasah Islam juga tidak pernah lekang dengan badi fitnah. Nabi pernah difitnah,Aisyah r.ajuga dilemparkan fitnah, khulafa' rasyidin yang dijanjikan oleh Allah dengan syurga turut menjadi bahan fitnah.

Kini,UMNO apatah lagi dengan gelombang politik yang semakin ramai mengambil berat turut melemparkan fitnah. Beza zaman Tun Mahathir dan Pak Lah ialah skala fitnahnya sahaja..fitnah tetap fitnah kecil atau besar.

Apa puncanya? PROVOKASI adalah satu alat fitnah.

Ye pemimpin ideal harapan saudara itu menjadi idaman semua.Selagi mana pemimpin itu tidak menghalang kita melakukan kewajiban selagi itulah tugas kita mentaati mereka. Biarlah kita menerima bahawa politik tidak akan terhenti dengan harapan yang begitu ideal.

So,jangan banyak provokasi kerana itulah garisan mula kepada fitnah.

wallahu'alam
Brahim Nyior said…
Saya kod semula tulisan sdr:
"..UMNO rosak adalah kerana ketidakmatangan sebahagian besar ahli-ahlinya dalam memilih pemimpin."

Saya setuju dah hairan bagaimana Paklah boleh anggap tindakan Tun sebagai 'orang luar'? Selebihnya, bacalah sendiri dalam entry Tun bertajuk Bidas Membidas di:
http://test.chedet.com/che_det/

Paklah ni pun satu, apsal nak halang orang beri pendapat. Negara ni negara demokrasi berparlimen.

Tentang pertandingan dalam UMNO pun, seolah-olahnya hanya untuk satu golongan. Sebenarnya Ali Rustam dan Muhammad tak layak bertanding pun. Ali berfikiran tak matang (artis Bollywood diberi gelaran Datuk...kelakar!) sementara Muhammad hanya seoran g Senator yang dilantik melalui ihsan pemimpin, bukan rakyat.

Pemilihan Ketua Pemuda pun nampaknya memihak kepada Mukhriz, tapi jangan lupa, Khairi ada 'banyak cara' untuk menang. Khairi tak dapat banyak pencalonan, tapi lambat laun, akan layak juga bertanding.

Akhirnya, jadilah UMNO parti untuk orang 'berduit' sahaja.
Anonymous said…
Mana datoadil ni, saya menunggu komennya, saya yakin datoadil banyak hujah. Please datoadil, beri pandangan.
add said…
Assalamualaikum,
Sdr Azli , Saya bersetuju dengan artikel anda. Disini saya mempunyai saranan kepada pemimpin UMNO ("Pak Lelah mantan PM mac 2009).Seharusnya Pak Lelah tidak membawa masuk pemimpin yang telah mempunyai rekod yang agak tidak begitu bagus dalam kepimpinan umno sekarang ini. Sebagai contoh, Muhamad Taib ada kes pasal duit dan bawa lari anak sultan, jangan la bagi beliau meneraju umno lagi, Yang kedua Rahim Tamby Chik. Dulu satu negara heboh, so janganlah bagi peluang menerajui syarikat yang berkepentingan dalam kerajaan. cukuplah dengan kilang motor je. Serorang lagi ni kaum "Cha ya nun Alif" dah memang terang-terang dia lakukan salahlaku seks, janganlah dok nak ambil jadi menteri atau timbalan menteri, buat satu dasar bahawa sesiapa yang telah melakukan kesalahan /salahlaku tidak boleh memegang jawatan dalam kerajaan walaupun menang jawatan timbalan presiden "em ci a". Disini Pak Lelah kena sedar taktik perancangan orang "em ci a" ni.
C.H.E Dayat said…
Salam abang. Satu lagi posting yang bernas daripada abang. Blog ni mmg saya tunggu-tunggu posting terbaru yang amat menarik dan ilmiah... Memang benar, kita sekarang dahagakan pemimpin seperti yang abang sebutkan.

Pandangan saya, Kitalah, sebagai generasi Muda harus memupuk sikap sikap sebagai pemimpin dan pejuang sejati didalam diri kita. Jatidiri yang tinggi adalah penting dan inilah yang akan kita bawa apabila tiba masanya untuk barisan pemuda seperti kita mengambil alih kepimpinan negara.

Pemuda hari ini menggambarkan masa depan sesebuah negara dan juga bangsa.

Maaf tak dapat nak post bahan terbaru. akan post pada weekend ni. Sekarang tengah cramp dengan assignment dan test... Harap abang dan rakan bloggers yang lain mendoakan kejayaan saya semester ni.

Sekian,

Hidayat Rashid

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
UMNO dan MCA sebagai parti dominan dalam Barisan Nasional harus mengikut rentak suara rakyat dalam memilih pemimpin.

Chua Soi Lek yang orang ramai sudah tahu tentang skandal seksnya sudah dipilih pemimpin no. 2 MCA. Orang Melayu secara umum tidak dapat menerima pemimpin sebegini.

Azli
Cek sudah saya terima. Saya dalam proses untuk menulis artikel seterusnya. Dalam sehari dua lagi dijangka siap.
Anonymous said…
Abdullah Ahmad Badawi naik sebagai perdana menteri ketika kebencian rakyat terhadap Dr Mahathir Mohamad, Umno dan BN sedang memuncak.

Oleh kerana itu, keputusan pilihanraya umum 2004 menyaksikan BN menang besar, Terengganu dirampas daripada pemerintahan PAS, Kelantan hampir-hampir tumbang dan PKR hanya tinggal satu kerusi.

Kemenangan BN dalam pilihanraya umum ke-11 bukanlah kerana kebijaksanaan “budak tingkat empat” akan tetapi rakyat mahukan perubahan setelah 22 tahun bawah kepemimpinan kuku besi bekas perdana menteri.

Abdullah pada ketika itu dilihat seorang “Mr. Clean” yang mampu mereformasikan Malaysia daripada kepincangan sistem peninggalan Dr Mahathir.

Secara peribadinya, saya dan teman-teman aktivis mahasiswa daripada Universiti Bangsar Utama (UBU) mempunyai pengalaman lucu bersama Abdullah.

Ketika itu, tahun 2001, Abdullah sebagai timbalan perdana menteri (TPM) melawat Universiti Putra Malaysia (UPM).

Saya dan teman-teman ingin menghantar memorandum kepadanya berhubung tuntutan kami mengenai isu-isu kebajikan mahasiswa.

Oleh kerana kawalan dan halangan ketat oleh pengawal-pengawal keselamatan UPM, kami tidak dapat bertemu dengan Abdullah secara bersemuka selepas beliau menyampaikan ucapan di Fakulti Komunikasi.

Kami kemudian merancang bertemu Abdullah di tempat yang kurang kawalan keselamatan UPM. Kami menunggu rombongan kereta beliau berhampiran dengan pintu keluar fakulti tersebut.

Apabila rombongan TPM menghampiri pintu keluar, seorang teman menahan kereta yang dinaikinya dengan berdiri di tengah-tengah jalan.

Kereta tersebut berhenti dan secara spontan pengawal pengiring Abdullah meluru ke arah kami.

Tiba-tiba Pak Lah yang berada di dalam kereta menurunkan cermin keretanya dan menjerit, “jangan tahan pelajar, mereka hanya ingin serahkan surat kepada saya”.

Pengawal pengiring berhenti daripada bertindak dan kami dibenarkan menyerahkan memorandum kepada Abdullah.

Kami tidak pasti sama ada beliau membaca memorandum tuntutan kami atau tidak, akan tetapi kami semua tercengang dan kagum melihat perwatakan Abdullah yang dirasakan baik hati.

Sehingga hari ini, kami tidak mendapat apa-apa respons daripada beliau mengenai tuntutan-tuntutan dalam memorandum tersebut.

Sepanjang pemerintahan beliau selepas pilihanraya Mac 2004, Abdullah gagal melaksanakan reformasi seperti yang dijanjikan oleh beliau dan diharapkan oleh rakyat.

Contohnya, penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC).

Cadangan menubuhkan suruhanjaya itu diuar-uarkan oleh Abdullah demi memperbaiki imej polis yang tercemar akibat berlakunya banyak aduan mengenai salah laku polis, khususnya oleh aktivis-aktivis Gerakan Reformasi.

Sudah tentulah cadangan untuk menubuhkan IPCMC akan mendapat tentangan polis kerana bimbang kuasa mereka berkurangan.

(IPCMC akan memberikan peluang kepada rakyat mengadu tentang salah laku polis dan tindakan boleh diambil terhadap polis jika terbukti bersalah).

Pegawai-pegawai kanan polis secara terang-terangan melawan agenda penubuhan IPCMC sehingga terkeluarnya buletin khas Bukit Aman yang bertajuk “IPCMC: Kuasa Yang Tidak Boleh Dicabar?”.

Buletin tersebut turut disiarkan di laman web rasmi Polis Diraja Malaysia (PDRM) - ia mengandungi 12 bab yang meliputi latar belakang IPCMC, dialog antara PM dengan pihak kumpulan pegawai PDRM dan sebab-sebab mengapa mereka membantah penubuhannya.

Selain itu, IPCMC turut tidak disenangi oleh pemimpin-pemimpin Umno terutamanya yang manjdi proksi kepada bekas Dr Mahathir, termasuk ketua Pemuda, Hishammuddin Hussein.

Abdullah ibarat tersepit di tengah-tengah - antara janjinya kepada rakyat dan penentangan daripada Umno dan PDRM.
Anonymous said…
Tidak berapa lama selepas Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan untuk tidak mengekalkan jawatan presiden Umno, muncul spekulasi mengenai kebangkitan kembali legasi pemerintahan Dr Mahathir Mohamad melalui kepemimpinan Mohd Najib Razak sebagai perdana menteri yang keenam.

Cakap-cakap ini bukan sahaja berlegar di kalangan pemimpin Pakatan Rakyat dan penentang-penentang Umno, malahan ia turut diperkatakan oleh pemimpin Umno sendiri.

Zaid Ibrahim, yang meletakkan jawatan menteri di Jabatan Perdana Menteri daripada kabinet Abdullah ekoran penggunaan ISA baru-baru ini, lantang menyuarakan kebimbangan ramai tentang kemungkinan itu.

Menurut peguam itu, jika Najib menjadi perdana menteri, “Mahathirisme” akan kembali di Malaysia. Lebih parah lagi, beliau turut meramalkan bahawa Dr Mahathir akan menjadi perdana menteri de facto di belakang Najib.

Ini kerana ahli parlimen Pekan - yang hanya menang dengan majoriti 241 pada pilihanraya umum 1999 - dilihat sebagai benteng peninggalan Dr Mahathir di zaman pemerintahan Abdullah.

Ketika Zaid masih bersama kabinet, reformasi kehakiman yang cuba dibawanya – sebagai sebahagian projek reformasi perdana menteri – telah ditentang hebat oleh kelompok-kelompok pro-Dr Mahathir yang bernaung bawah payung Najib.

Anak bekas perdan menteri yang kini bakal menduduki jawatan Pemuda Umno, Mukhriz Mahathir menyerang Zaid secara terbuka di Dewan Rakyat dengan mengatakan menteri de facto undang-undang itu melaksanakan "apa yang diperjuangkan oleh Pakatan Rakyat".

Walaupun reformasi kehakiman direstui oleh Abdullah, ia tetap tidak dipedulikan oleh pemimpin-pemimpin Umno (juak Dr Mahathir) yang jelas menentang segala usaha untuk melaksanakan pembaharuan ke arah memantapkan demokrasi di Malaysia.

Ketika pemerintahan Dr Mahathir selama 22 tahun, rakyat menyaksikan bagaimana kerasnya beliau apabila berhadapan dengan penentang-penentangnya – sama ada dalam atau luar kerajaan dan partinya.

Dalam Umno, Musa Hitam dan Anwar Ibrahim terpaksa membayar kos politik yang besar sewaktu menjadi timbalannya kerana kekhuatirannya mereka boleh mencabar kedudukan teratasnya.

Hanya pemimpin seperti Abdullah yang boleh mengiyakan apa sahaja tindakan Dr Mahathir sehingga akhirnya berjaya menjadi perdana menteri kelima.

Lagipun kerana Mahathir sedar, jika beliau terus menerajui pemerintahan negara, nasibnya mungkin akan sama seperti apa yang berlaku kepada Soeharto di Indonesia dan Marcos di Filipina – ditumbangkan oleh gerakan rakyat yang menuntut reformasi.

Dalam kalangan penentang-penentang Dr Mahathir di luar Umno, nasib mereka lebih parah lagi.

Pada November 1985, berlaku tragedi Memali di Baling, Kedah yang sungguh menyayat hati. Ibrahim Libya dan tiga belas orang penyokongnya terkorban, manakala 159 penduduk kampung itu ditahan polis untuk menutup tragedi berdarah di kampung terpencil itu.

Dr Mahathir cuci tangan daripada insiden itu, dan sebaliknya menyalahkan Musa, timbalan perdana menteri merangkap menteri dalam negeri yang berada di dalam negara pada ketika itu. Dr Mahathir berada di luar negara.

Mengenali cara pemerintahan Dr Mahathir, tanpa restunya, tidak mungkin Musa berani mengeluarkan arahan kepada polis untuk bertindak.

Pemimpin-pemimpin pembangkang dan aktivis sosial turut menjadi mangsa kekejaman politik Dr Mahathir. Pada Oktober 1987, Operasi Lalang membaham 106 orang, memaksa mereka berdekam bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).

Tokoh-tokoh politik yang menjadi mangsa antaranya Lim Kit Siang, Karpal Singh, Kua Kia Soong, Lim Guan Eng, Ibrahim Ali, Chandra Muzaffar, Mohammad Sabu, Mahfuz Omar, dan Yunus Ali.

Kestabilan ekonomi sering dijadikan alasan Dr Mahathir menghalalkan tindakan menutup ruang demokrasi – walaupun jelas ia ditujukan kepada pengkritik-pengkritiknya.

Selain Dr Mahathir, Lee Kuan Yew dari Singapura juga turut menggunakan alasan yang sama untuk bersikap kuku besi di republik itu.

Sebenarnya alasan tersebut telah dibuktikan tidak benar di Korea Selatan.

Selepas demokrasi dikembalikan di negara tersebut pada tahun 1987, pertumbuhan ekonomi negara tersebut berjalan dengan rancak.

Kini Korea Selatan boleh berbangga dengan pencapaian ekonominya di Asia kerana berdiri bersama-sama dengan Jepun, Singapura dan Taiwan.

Najib, yang berjinak dengan politik Mahathirisme, adalah tokoh Umno yang mampu untuk menjalankan pemerintahan bekas pemimpin itu.

Oleh kerana anak Razak Hussein itu, bekas perdana menteri, tidak dikenali sebagai seseorang yang mempunyai ideologi atau pemikiran asli, mudah baginya untuk melaksanakan pemerintahan dengan menggunakan nasihat Mahathir.

Sebab itu dalam wawancaranya, Zaid berkata:

Anda mempunyai 22 tahun era Dr Mahathir. Katakanlah Najib bertahan menjadi PM selama 10 tahun, ertinya 32 tahun Malaysia berada bawah Mahathir.

Keputusan pilihanraya umum 8 Mac jelas membuktikan bahawa semakin ramai rakyat Malaysia menolak Barisan Nasional dan menuntut perubahan.

Jika Najib mahu meneruskan era kuku besi ala Dr Mahathir, tidakkah beliau takut dengan kebangkitan rakyat?

Jika Mahathir dan Abdullah selamat daripada diturunkan melalui pilihan(jalan)raya, apakah Najib akan mengulangi nasib Soeharto dan Marcos?

Selain dibelenggu bayang-bayang Dr Mahathir, Najib turut dibayangi oleh imej isterinya Rosmah Mansor – seumpama Imelda Marcos, isteri presiden Filipina yang digulingkan oleh kekuatan rakyat pada 1986.

Imelda terkenal dengan kehidupan bergaya dan pernah dilaporkan membelanjakan USD5 juta ketika membeli-belah di New York, Rom dan Copenhagen pada 1983 di kala majoriti rakyat Filipina dibelenggu kemiskinan.

Imelda juga pernah membelanjakan USD51 juta untuk membeli Crown Building di kawasan mewah Manhattan pada 1980-an.

Rosmah tidak kurang juga hebatnya. Baru-baru ini ahli parlimen Gombak, Azmin Ali membangkitkan di Dewan Rakyat mengenai aktiviti membeli-belah Rosmah ketika berada di luar negara.

Orang rumah Najib dikatakan menggunakan Kedutaan Malaysia di London untuk urusan penghantaran pulang barang-barang tersebut ke Malaysia.

(Najib menafikan dakwaan naib presiden PKR itu)

Rosmah juga tercemar dengan imej kes pembunuhan warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

Raja Petra Kamarudin, yang kini meringkuk bawah ISA, mendakwa sedemikian dalam akuan bersumpahnya tetapi Najib dan Rosmah menafikannya.

Raja Petra yang kini masih dibicarakan dibawah Akta Hasutan kerana menulis artikel tersebut turut ditahan di kem Kamunting, Taiping selama dua tahun.

Jika Malaysia kembali lagi ke era ala Dr Mahathir, rakyat berundur semula ke zaman yang lebih gelap.

Tetapi seorang teman diskusi penulis bersikap positif dalam hal ini. Katanya: “lebih keras penindasan, maka lebih keraslah perlawanan.

“Lebih kuat Najib menekan, lebih cepat Barisan Nasional akan disumbat dalam tong sampah sejarah”.
Anonymous said…
Berdasarkan dua artikel di atas, ternyata masih ada blogger bodoh yang yang seperti dalam tulisan tersebut, termasuk pemilik blog ini.
azlishukri said…
Anonymous : "Berdasarkan dua artikel di atas, ternyata masih ada blogger bodoh yang yang seperti dalam tulisan tersebut, termasuk pemilik blog ini."

Wah mudah sangat mendakwa orang lain bodoh...biasanya yang mendakwa bodoh itu yang sebenarnya bodoh. wallahualam.
add said…
sdr azli. secara prinsipnya senang saja.kalau kita guna cra menunding jari kepada orang lain menggunakan jari telunjuk,maka tiga jari (hantu,manis dan kelingking) akan menunjukkan kepada diri sendiri dan ibu jari menunjukan bahawa Allah menilai atas segala perbuatannya.kesimpulannya kalau kita kata orang lain bodoh kita 3 kali lagi bodoh (sama dengan Pak lah,kj dan kamaludin)
Anonymous said…
Siapa Yang Sokong UMNO Memang Bodoh

Abdullah Ahmad Badawi akhirnya mengumumkan untuk tidak mempertahankan jawatan presiden Umno dalam pemilihan parti yang ditangguhkan ke Mac 2009.

Beliau mengumumkan sehari sebelum mesyuarat bahagian parti tersebut yang dijadual bermula hari ini.

Ahli parlimen Kepala Batas akhirnya akur kepada desakan-desakan yang diterimanya agar melepaskan jawatan lebih awal daripada pelan peralihan kuasa yang telah dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT) Umno pada pertengahan Jun 2010.

Semenjak pilihanraya 8 Mac yang menyaksikan BN kehilangan kuasa dua pertiga di Parlimen dan penguasaan terhadap negeri-negeri Perak, Selangor Kedah dan Pulau Pinang, Abdullah menerima tekanan daripada Umno dan parti-parti komponen BN.

Abdullah menerima tamparan hebat apabila SAPP meninggalkan BN. Kira-kira 60 peratus daripada ahli-ahli Gerakan juga mahukan parti tersebut meninggalkan BN.

Tekanan yang diberikan kepada perdana menteri bertambah hebat apabila Anwar Ibrahim berjaya memenangi pilihanraya kecil Permatang Pauh dengan majoriti yang lebih besar berbanding undi yang diraih oleh presiden PKR dalam pilihanraya umum lalu.

Walaupun Najib Razak yang bertanggungjawab sebagai pengarah pilihanraya kecil tersebut dan sering dilihat di Permatang Pauh untuk berkempen, kesalahan diletakkan di bahu Abdullah seratus peratus dan nama Najib langsung tidak dikaitkan.

Kekalahan BN dalam pilihanraya kecil itu telah memberikan suntikan kepada bekas naib presiden Umno, Muhyiddin Yassin untuk mendesak Abdullah berundur lebih awal daripada pelan peralihan kuasa 2010.

Mampukah Najib?

Najib kini disebut-sebut sebagai bakal pengganti Abdullah sebagai presiden Umno sekali gus perdana menteri keenam.

Akan tetapi ia masih belum pasti seperti yang dikatakan oleh Abdullah semalam kerana Najib masih perlu menang sebagai presiden Umno dalam pemilihan parti tersebut Mac depan.

Namun, mengenali Umno yang tidak demokratik dan sering menggunakan alasan perpaduan parti untuk tidak mempertandingkan jawatan tertinggi terutamanya presiden dan timbalannya, peluang Najib untuk menaiki takhta dilihat cerah.

Persolan yang harus difikirkan oleh Umno dan BN pada ketika ini ialah, mampukah anak perdana menteri kedua itu memikul tanggungjawab untuk mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap BN?

Kepimpinan Abdullah yang diregukan bersama Najib dihukum oleh rakyat dalam pilihanraya umum lalu kerana gagal menunaikan janji-janji untuk melaksanakan reformasi terhadap sistem kehakiman, mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap polis, memerangi rasuah dan membuka ruang demokrasi.

BN menang besar dalam pilihanraya 2004 kerana rakyat mengharapkan Abdullah melaksanakan reformasi dalam pentadbiran kerajaan setelah hidup selama 22 tahun bawah pemerintahan autokratik Dr Mahathir Mohamad.

Setelah sepenggal pemerintahannya, Abdullah gagal melaksanakan reformasi, lantan rakyat menolak BN.

Jika pilihanraya umum tersebut berjalan secara telus, bebas dan adil, sudah pasti BN menjadi sejarah.

Era kuku besi dan 'momok Altantuya'

Ramai penganalisa politik menjangkakan bahawa Najib akan mengembalikan Malaysia ke era pemerintahan Dr Mahathir apabila hanya sedikit ruang kebebasan yang dapat dikecapi hari ini akan dirampas kembali.

Analisis begini timbul kerana Najib dilihat sebagai penyambung legasi pemerintahan Dr Mahathir yang pernah menyaksikan tragedi Memali, Operasi Lalang, skandal kewangan dan pembungkaman media arus perdana.

Ramai penganalisis percaya bahawa Dr Mahathir akan memainkan peranan penting dalam pentadbiran kerajaan sewaktu Najib menjadi perdana menteri.

Telah timbul juga cakap-cakap mengenai bekas perdana menteri itu akan dilantik menjadi penasihat kerajaan selepas Abdullah melepaskan jawatan secara rasminya pada Mac tahun hadapan.

Selain dilihat sebagai pemimpin yang bakal mengambil tindakan keras, najib juga dihantui kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dalam perjalanannya ke Seri Perdana.

Baik di peringkat kebangsaan mahupun di peringkat antarabangsa, persepsi tidak dapat diubah bahawa timbalan perdana menteri itu tercemar dengan imej pembunuhan kejam wanita Mongolia yang sekarang ini masih lagi dibicarakan dimahkamah.

Sumpah yang dilafazkan oleh Najib sewaktu kempen pilihanraya kecil di Permatang Pauh bahawa beliau tidak mengenali Altantuya dan tidak tahu-menahu mengenai kes pembunuhan kejam itu masih tidak dapat meyakinkan rakyat. Keputusan pilihanraya kecil Permatang Pauh itu boleh dijadikan sebagai bukti.

Ke mana reformasi Abdullah?

Antara perkara yang paling memeningkan kepala Abdullah menjelang saat-saat akhir pemerintahannya ialah, bagaimanakah rakyat Malaysia mengingatinya pada masa akan datang?

Tunku Abdul Rahman dikenang sebagai Bapa Kemerdekaan Negara. Abdul Razak pula adalah Bapa Pembangunan Malaysia. Hussein Onn dilihat sebagai Bapa Penyatuan Malaysia dan Dr Mahathir diingati sebagai Bapa Pemodenan Malaysia.

Apakah gelaran rakyat terhadap Abdullah? Buat masa ini masih belum ada gelaran yang sesuai selain bapa mertua Khairy Jamaluddin.

Sebab itulah Abdullah kini akan berusaha keras untuk melaksanakan Reformasi yang pernah dijanjikan olehnya sebelum meletak jawatan secara rasmi.

Tiga langkah akan dilaksanakan oleh beliau sebelum berundur:

Memperkukuhkan institusi negara dengan melibatkan penubuhan tiga buah suruhanjaya yang berkaitan pelantikan hakim, pencegahan rasuah dan agensi penguatkuasaan.

Inisiatif kedua, memperkukuh dan memperluas jaringan keselamatan sosial kerana kekayaan dan hasil kemakmuran negara perlu diagihkan secara adil ke serata negara.

Kerajaan dan BN memperbaharui komitmen mereka terhadap usaha mewujudkan sebuah negara yang bersatu dan harmoni.

Mampukah Abdullah melaksanakan perubahan yang besar tersebut dalam masa enam bulan?

Jika sepanjang tempoh empat tahun sejak 2004 perkara-perkara di atas gagal terlaksana, apakah tempoh enam bulan akan menyaksikan perubahan yang mendadak tersebut?

Mampukah Abdullah berhadapan dengan Umno yang jelas menolak reformasi beliau daripada dilaksanakan di Malaysia?
Anonymous said…
Siapa umno, sokong Homoseks (Jilat Buntut Anuar)

Apakah maksudnya menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat Datuk Dr Ng Yen Yen berkata bahawa golongan homoseksual boleh menerima bantuan kerajaan sekiranya syarat dipenuhi.

Kenyatan beliau ini jelas mengelirukan dan mengganggu sensitiviti umat Islam di Malaysia. Sewajarnya beliau lebih peka dan menghormati sensitiviti masyarakat Malaysia secara amnya.

Adakah golongan yang tidak diiktiraf ini telah diiktiraf kedudukanya di Malaysia?

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan cek Program Amal 'Love and Care' bernilai RM15,000 oleh Central Market Sdn Bhd kepada Persatuan Orang Kurang Upaya Shuang Fu, Rumah Anak Yatim dan Saudara Baru Shifa serta Rumah Kebajikan Anbu Illam.

Masalah perlakuan hubungan songsang ini adalah satu penyakit yang perlu diubati dan dicegah penularannya di Malaysia.

Malaysia yang mempunyai prinsip rukun negaranya - antaranya, kepercayaan kepada Tuhan dan kesopanan dan kesusilaan.

Malahan perlakuan ini tidak diikitraf oleh Kristian dan Islam. Tahun 1975, Vatikan mengeluarkan keputusan bertajuk The Vatican Declaration on Sexual Ethics.

Isinya, antara lain, menegaskan: "It (Scripture) does attest to the fact that homosexual acts are intrinsically disordered and can in no case be approved of."

Dalam Pidato Paus Benediktus XVI pada malam Tahun Baru 2006, sekali lagi beliau menegaskan perbuatan homoseksual adalah terkutuk.

Dalam hal ini, perlu kita membetulkan sikap kita kepada perilaku Homoseksual ini. Sikap yang patut kita ambil ialah bukannya menjadikan mereka ini musuh. Tetapi kita perlu menyedarkan bahawa perbuatan mereka itu salah. Inilah sikap yang perlu kita ambil.

Saranan ini telah dinyatakan oleh Amir Syarifudin pengerusi Majlis Ulama Indonesia.

Dalam kita menangani permasalahan ini, usah kita mengubah norma-norma kehidupan masyarakat Malaysia.

Dalam kita memperjuangkan hak kesamarataan, usah sehingga ke tahap menghalalkan perkahwinan sesama jenis ini. Usah sehingga nasib negara kita sama menjadi seperti Amerika Syarikat dan beberapa negara Barat.

Akhirnya institusi kekeluargaan menjadi rosak, seterusnya meruntuhkan sistem masyarakat dan sistem insani itu sendiri.

Di dalam sebuah buku yang bertajuk Indahnya Kawin Sesama Jenis: Demokratisasi dan Perlindungan Hak-hak Kaum Homoseksual ada menyebut tentang bagaimana usaha strategi gerakan golongan ini menyuburkan perbuatan terkutuk ini dalam masyarakat Indonesia dan tidak mustahil gerakan ini menular ke Malaysia.

Buku ini adalah kumpulan artikel di dalam Jurnal Justisia Fakulti Syariah Institut Agama Islam Nasional Semarang edisi 25, Tahun 11, 2004.

Strateginya:

1. Menggembleng tenaga kaum homoseksual untuk bersatu dan berjuang mendapat kembali hak-haknya yang telah dirampas oleh negara.

2. Memberi pemahaman kepada masyarakat bahawa apa yang terjadi pada golongan homoseksual adalah sesuatu yang normal dan menurut fitrah semula jadi; sehingga masyarakat tidak memisahkan darinya, malah sebaliknya masyarakat ikut terlibat mendukung setiap gerakan kaum homoseksual dalam menuntut hak-haknya,

3. Mengkritik dan menulis semula tafsir dalam agama (tafsir kisah Luth dan konsep pernikahan) yang tidak memihak kepada kaum homoseksual,

4. Mencadangkan pindaan Undang-undang Perkahwinan No 1/1974 yang mendefinisikan perkahwinan mestilah di antara lelaki dan wanita." (hal. 15)

Secara peribadinya saya berasa gusar apabila Dr Ng menyebut:

"Kecenderungan seksual seseorang bukan menjadi faktor untuk menerima bantuan daripada kementerian. Kementerian juga melihat mereka sama seperti individu lain.

"Justeru, jika mereka menghadapi sebarang masalah dari aspek kewangan iaitu mempunyai pendapatan kurang RM700 sebulan dan menepati kriteria lain, bantuan akan diberi"

Sekali lagi saya ingin mempersoalkan di sini - adakah golongan ini diiktiraf di Malaysia?

Mengapa mereka seolah-olah layak mendapat bantuan seperti sebuah keluarga miskin? Atas kriteria apa yang digunakan sekiranya ia dibenarkan?

"Dan (Kami juga telah mengutus) Luth (kepada kaumnya). (Ingatlah) tatkala dia berkata kepada kaumnya: 'Mengapa kamu mengerjakan perbuatan keji itu, yang belum pernah dikerjakan oleh seorang pun sebelum kamu. Sesungguhnya kamu mendatangi lelaki untuk melepaskan syahwat, bukan kepada wanita; malah kamu ini kaum yang melampaui batas'.

"Jawab kaumnya tidak lain hanya mengatakan: 'Usirlah mereka dari kotamu ini, sesungguhnya mereka adalah orang-orang yang berpura-pura mensucikan diri".

"Kemudian Kami selamatkan dia dan pengikut-pengikutnya kecuali isterinya; dia termasuk orang-orang yang tertinggal (dibinasakan). Dan Kami turunkan kepada mereka hujan (batu); maka perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang berdosa itu." (Al-A'raf: 80-84).

Homoseksual bukan fitrah tetapi barah dan penyakit. Sesungguhnya manusia tidak mampu membuat penafsiran sendiri terhadap hukum alam.

Manusia tidak dapat lari daripda fitrah rasa bertuhan. Tepuk dada tanyalah hati kecil anda. Adakah anda benar di landasan fitrah.
Hope said…
Saya sangat sangat bersetuju dengan posting saudara Azli. Memang dalam saat saat genting seperti ini kita perlukan seorang leader yang mempunyai semua characteristic seperti yang saudara listkan.
Tapi persoalannya, adakah lagi leader leader seperti itu di dalam government kita sekarang?

The reason why UMNO dilanda fitnah seperti yang saudara simpulkan adalah berpunca dari perbuatan perbuatan mereka sendiri. Kenapa rakyat hilang kepercayaan? Kerana mereka membuat perkara perkara yang menghilangkan kepercayaan rakyat. Rasuah, corruption, menjatuhkan sesama sendiri, tiada unity, bergaduh dan berbalah in their own party; semuanya dibuat di depan mata rakyat.

Pada saudara, siapakah yang boleh mengambil responsibility untuk menjadi seorang pemimpin yang boleh menangani semua masalah masalah ini?
Anonymous said…
Bloger add bodoh, lu macam lu punya kepla. Pora....
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
Aku anti umno sama penilius blog ini.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
azlishukri said…
AMARAN KERAS : Kepada sesiapa yang menggunakan Anonymous sila menulis dengan cara baik dan berhikmah dan jangan sekali-kali mewujudkan isu-isu provokasi antara kaum. Komen anda akan dipadam.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
Gestiberia es una empresa especializada en posicionamiento en buscadores, marketing en internet, publicidad digital y gestión de la

Elige tus preferencias y encuentra tu piso de alquiler en tu ciudad, escoge entre las opciones que la red te da, informate como..
Assalamualaikum

Apa yang diutarakan oleh saudara itu benar.

Kini rakyat sudah bersuara tentang kepincangan didalam UMNO. Walaupun dilaporkan ramai ahli UMNO yang tidak mengundi parti semasa pilihan raya lalu, itu bukanlah bererti mereka membenci UMNO. Mereka cuma hendak menegur UMNO. Menegur pemimpin UMNO yang sudah kemaruk berkuasa.

UMNO kini dilihat sebagai parti kotor. Hanya mementingkan kroni tertentu dan amalan rasuah berleluasa.

Jika tidak percaya, tanya ahli bawahan UMNO. Jangan ditanya pada ketua cawangan, atau sesiapa yang mempunyai jawatan/kuasa sebaliknya tanyalah rakyat biasa.

Pasti ada cerita yang memualkan tentang orang orang kuat didalam UMNO. Ketua bahagian/cawangan/ajk yang tamak kuasa dan mengamalkan kronisme serta politik wang.

UMNO haruslah dicuci bersih dari orang orang seperti ini sebelum pilihanraya ke13. Kalau tidak, UMNO pasti dikuburkan sekali lagi.

Renung renungkan dan selamat beramal.

p/s : Orang yang gunakan Anonymous adalah talibarut anwar dan penakut. Takut terhadap kebenaran serta bayang bayang sendiri. Disyorkan supaya fungsi Anonymous ditutup untuk mengelakkan berlakunya pertelingkahan.

http://malaysiaheaven.blogspot.com
azlishukri said…
Razali Razman - saya sangat menyakini, bahawa dalam 4 juta ahli UMNO tersebut ada pemimpin yang saya maksudkan. cuba keadaan belum mengizinkan dia muncul. UMNO akan menghadapi zaman gelapnya, tetapi tidak lama, apabila sistem lamanya semakin runtuh.
Cheguman said…
Assalamualaikum,
Nampaknya kebebasan sering disalahguna. Justeru sdra perlu tegas menapis komen yg tidak bertanggung jawab.

Saya sokong cadangan razali razman agar sdra 'tunjukkan' pemimpin yg dimaksudkan.
add said…
Jangan melatah bro. Kita ada hujah masing-masing.
azlishukri said…
thespeaker - saya yakin ada ciri pemimpin seperti ini. jika ia hadir, maka UMNO mampu dipulihkan kembali.

ijad - saya setuju

Rahisam - saya setuju

brahimnyior - itulah yang perlu dihalang sekarang.

add - saya percaya sesiapa pun tidak terlepas daripada hukuman tidak kira bangsa dan agama.

dayat - orang muda mcm dayat inilah yang diharap2kan.

nadzri - semua bangsa tidak dapat menerima perbuatan seperti itu.
add said…
Assalamualaikum,Saya ada pengalaman apabila menutarakan kepada sahabat saya untuk menyertai UMNO. Sedangkan beliau ini adalah fanatik PAS. Apabila diajukan soalan untuk menyertai UMNO, perkara yang pertama diajukan pada saya balik ialah berapa banyak projek yang boleh beliau perolehi jika masuk UMNO?.

Moral dari cerita diatas ialah :
1.UMNO adalah lubok projek.
2.Pemimpin UMNO majoritinya dapat habuan (projek).
3. Sila sambung .....

Maka dengan ini kita mestilah membetulkan kembali niat kita menyertai UMNO semata-mata berjuang untuk keamanan dan perjuangan Melayu,Bangsa lain dan Negara kita. Jangan Projek yang diutamakan. Kalau ada projek laksanakan dengan penuh tanggungjawab dan beretika. Kerana apa ?rezeki yang diperolehi dari cara yang halal akan membawa keberkatan dunia dan akhirat. Keberkatan unuk memberi makan minum keluarga mestilah dari sumber yang halal.Apa bila ini brlaku maka kehidupan anak-anak kita akan menjadi mudah dibentuk dan dilentur.Maka aman damai lah keluarga kita dari segala jenis gejala sosial yang sedang rancak melanda sekarang ini.Kalau kita muhasanah diri kita inilah perkara pokok yang sebenarnya.Wassallam.
azlishukri said…
- Muchas Grasias Anonymous, porque interesente en este blog. Eres espanola? o bueno estranjero que hablar en espana.

- Demang, pada pandangan saya pemimpin tersebut sudah ada tetapi belum muncul dengan sistem UMNO yang lama ini.

-Add, saya setuju bhawa kita harus membetulkan niat kita jika mahu masuk UMNO.
. said…
saudara,

saya telah memasukkan blog ini dalam blogroll:

http://debatrakyat.blogspot.com
dan
http://nobisha.blogspot.com
Unknown said…
yang aku nampak kita mengalami krisis kepimpinan yang amat teruk.... ada yang berani memimpin tapi kurang peka terhadap yang dipimpin, ada yang bercita2 nak jadi pemimpin namun tiada ilmu memimpin.....

pemimpin yang paling bagus bila membenarkan dirinya dipimpin....

perlu tindakkan yang drastik membina generasi yang akan datang supaya menjadi pemimpin yang terpimpin....mardhotillah
Terima kasih kerana link blog saya. Saya sangat menghargainya.

Artikel saudara berasas. Sangat ramai mereka yang bercita-cita untuk menjadi pemimpin. Sebilangan daripada mereka melihat ini sebagai satu peluang yang sangat baik melonjakkan diri dalam hireraki politik. Namun kewujudan mereka sekadar dapat dinilai melalui kemewahan dan keangkuhan. MENTALITI memberikan perbezaan akan sejauh mana makna "peluang" itu diklasifikasikan mengikut variasi hala tuju, identiti cita-cita, dan kepentingan mengikut prinsip politik yang terurus, standard moral dan etika penghayatan tatakerja yang tulus.

Kita mempunyai kerajaan yang kita wakilkan melalui undi. Sejumlah besar personaliti yang kini bergelar Yang Berhormat merupakan institusi yang bertanggungjawab terhadap segala saluran yang memberikan justifikasi masa depan negara.. Hayat negara ditentukan oleh sejauh mana makna perjuangan mereka. Menyedihkan bila mereka telah sampai kepada peringkat diamanahkan untuk memimpin, mereka mudah terlupa bila segala-galanya menjadi mudah, keinginan nafsu material yang dapat disudahkan dengan ‘segera’, kesenangan hidup yang tidak lagi bertatih-tatih untuk dinikmati.

Bagaimanakah para pemimpin kita menangani tiga kekuatan yang memberi impak tanpa batas iaitu KUASA WANG dan KUASA POLITIKdan KUASA MEMIMPIN dalam satu hasrat dan hala tuju yang jelas agar dapat menjelmakan kekuatan dasar berkerajaan yang berintergrasi, pragmatik, dinamika, memiliki cita-cita yang berpaksikan kesedaran dan akal yang berhemah termasuk dalam mengatur misi dan visi kecemerlangan dan ketamadunan negara. Bukan mudah memegang tanggungjawab bila diberi peluang untuk BERKUASA.
terlupa untuk memaklumkan bahawa blog saudara juga saya telah link. Tulisan saudara saya sentiasa ikuti sejak beberapa waktu ini.

keep on blogging...
azlishukri said…
nobisha - terima kasih, sama2 kita berkongsi idea dan pengalaman.

pendekar - saya sangat bersetuju dengan kenyataan saudara.

litte mike - terima kasih, komen saudara amat saya hargai.
Anonymous said…
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said…
Assalamualaikum, Salam Hormat dan Selamat Bertemu Lagi.

Apa khabar saudara, semoga sihat sejahtera. Lama juga saya tidak memberi komen kerana saya telah mansuhkan blog sebelum ini, tatkala saya bertolak ke China atas urusan perniagaan. Meninjau-ninjau peluang perniagaan di negara yang hangat dengan isu Melamine itu. Ekonomi China nampaknya tidak begitu positif.

Setibanya saya di ibu negara, cuaca suram, bumi asyik menangis sahaja, staf-staf saya ramai yang demam selsema, lewat cuaca yang begini. Namun semuanya adalah Rahmat daripada Allah Yang Maha Esa.

Cuma saya sedikit bersimpati dengan nasib kawan-kawanb kita di sebelah utara, banjir sangat teruk di sana. Jumlah yang dipindahkan nampaknya semakin bertambah. Saya amat mengharapkan negeri-negeri dibawah Pakatan Rakyat ini dapat memberi seadilnya, bantuan dan perhatian oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Amat saya tatkala melihat kanak-kanak dan orang tua melihat mangsa banjir ini.

Dalam kedinginan hujan yang tiada hentinya ini, kepanasan politik Malaysia khususnya UMNO semakin mendapat tempat. Saudara nampaknya terus berjuang tanpa putus asa, saya baru sahaja selesai menatap tulisan saudara berkenaan pemimpim dalam UMNO.

PEMIMPIN OH PEMIMPIN

Untuk menjadi pemimpin bukanlah mudah. Kemahiran dan ilmu harus sejajar adanya. Cuma saya amat hairan, lewat saudara-saudari bicara soal kepimpinan, ada pula orang bernama "Anonymous" sibuk perjuang isu kaum mereka.

Saya menyarankan blogger bodoh dan tidak beretika ini memberi komen dalam Bahasa Melayu (Saya terbaca ada tulisan menyamai india). Apa maksudnya semua ini? Bukankah kita boleh memberi ulasan dalam Bahasa Melayu.

Saya tidak berhasrat menimbulkan sentimen perkauman di sini, cuma sarang tebuan jangan dijolok. Berlagaklah seperti pendekar. Kalau menulis itu ialah orang India (Kalau bukan saya minta maaf), mari berdepan seperti Pahlawan Asoka atau Chandragupta Maurya, seperti mana Melayu dengan semangat Tuah dan Jebat, kita sedia bicara dalam medan demokrasi.
Jangan lupa pula asal usul kita, dari mana datangnya kita. Ingat juga, kalau kail panjang sejengkal, jangan laut hendak diduga.

Saudara Azli, saya berhasrat memberi komen tentang kepimpinan ini, tetapi emosi saya tidak senang melihat komen dalam blog ini, ada yang tiada etika nampaknya.
Pengalaman saya menerajui sebuah firma adalah sangat bernilai untuk anda semua generasi muda. Dikesempatan saya bicara soal ini.

Akhirnya, jangan menjolok sarang tebuan, buruk padahnya.

Dato Adil
Kuala Lumpur.
ketam said…
This is my suggesttion regarding UMNO Election..

Semua mesyuarat bahagian hendaklah dibenarkan pengundian secara terbuka dalam pemilihan ,bukan pencalonan tetapi pemilihan, jika perkara ini berlaku maka UMNO akan dapat mengekang politik wang.

Apakah maksud seseorang calon itu bahawa dia akan berkerja keras melobi dalam pemilihan nanti jika PENDAHULU PENCALONAN yang dicalonkan mendapati majoriti dalam pemilihan di BAHAGIAN??
Bukankah jika wakil BAHAGIAN itu beralih-arah mengundi CALON yang lain daripada CALON YANG DITENTUKAN SEMASA PENGUNDIAN DIBAHAGIAN yang telah dipilih oleh AHLI boleh dikatakan wakil itu tidak AMANAH dan undi itu bukan undi daripada AHLI??

Kesimpulannya disini penentuan pemilihan perlu ditamatkan di peringkat MESYUARAT BAHAGIAN SAHAJA..

Lebih logik dan sesuai lagi di beri tempoh untuk PEMIMPIN YG INGIN MENAWARKAN DIRI UNTUK MENDAFTAR SEBAGAI CALON(seperti PRU) kemudian diberi tempoh sebulan atau dua bulan untuk berkempen sebelum MESYUARAT CAWANGAN(tempoh sebulan)dan akhirnya MESYUARAT BAHAGIAN (tempoh sebulan) maka dengan ini betul-betul pengundian atas sokongan akar umbi diambil kira.
Anonymous said…
Tan Sri Profesor Datuk Dr. Khoo Kay Kim...
really wish to meet him.
Anonymous said…
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

SERUAN AGAR CELIK EKONOMI

Izinkan saya memberi pandangan agar dapat dikongsi bersama pembaca blog Saudara Azli yang budiman.

Kami golongan korporat mula bimbang dengan keadaan ekonomi dunia yang melanda kita. Penstrukturan semula syarikat terpaksa dilakukan dengan mengambil kira banyak perkara.

Tatkala kita asyik bercakaran tentang politik semasa negara, khususnya pemimpin negara, hal ekonomi dan kebajikan rakyat yang mungkin terjejas perlu diambil perhatian.

Kepada pembaca yang menatap tulisan saya dalam blog ini, saudara-saudari perlulah memikirkan tentang beberapa perkara:

1. Menguatkan dan mengukuhkan simpanan dengan mengambil kira sekurang-kurangnya 3 bulan simpanan itu dapat menampung ketiadaan sumber pendapatan.

2. Bagi yang berkenderaan atau ada pinjaman, sebaiknya membayar satu bulan kehadapan lebih awal.

3. Mengelakkan penggunaan kad kredit tatkala berbelanja.

4. Membuat penjimatan dalam berbelanja, jika perlu mengubah corak kehidupan.

5. Memastikan simpanan dan pelaburan dibuat di tempat yang ada jaminan kerajaan.

Ini adalah langkah-langkah awal sahaja, namun ianya dapat mengelakkan sebarang kemungkinan negatif.

Saya ada berbincang dengan seorang pakar ekonomi dan beliau ada menyuarakan teorinya berkenaan pusingan kemelesetan dan kehancuran ekonomi dunia pada tahun 2009.

Saya juga gembira sekiranya saudara Azli selaku Editor Majalah Ekonomi Berbahasa Melayu terbaik di Malaysia dapat menulis perkara ini agar dapat kita berkongsi maklumat dengan pihak lain yang mengunjungi blog ini.

Dato "Adil"
Kuala Lumpur.
Anonymous said…
Encik Azli, saya juga menulis pandangan ini dalam blog Editor Dewan Bahasa. Mohon sedikit pandangan.


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera


KELESUAN BULAN BAHASA DAN SASTERA

Saya ingin beri pandangan berkenaan Program Bulan Bahasa(BBSN).
Saudari, apa sebenarnya yang berlaku dan dilakukan dalam bulan bahasa, saya tidak nampak roh dan semangat Bahasa Melayu tatkala program ini berlangsung.

Sebagai rakyat Malaysia, saya terkilan dengan pelaksanaan BBSN, terlalu hambar dan tiada kedengaran langsung sambutannya.
Adakah DBP syok sendiri atau masih dibuai mimpi yang masyarakat hari ini cukup hormat kepada Bahasa Ibunda tercinta?

Sepatutnya semaraknya membara, membakar petualang-petualang yang Memperlekeh Bahasa Melayu, bahasa jiwa bangsa.
Tersergam indah Menara Dewan Bahasa, dipenuhi pakar dan pejuang bahasa, tetapi kenapa? Kenapa BBSN sunyi sepi seribu bahasa?

Bukankah banyak wang rakyat yang diperuntukkan untuk sambutannya? Adakah wang itu untuk joli sini sana mereka yang sepatutnya bersuara?

Wahai nadi dan Benteng Bahasa (DBP), jangan lupa amanah rakyat, jangan khianati pejuang bahasa kita dengan sikap sambil lewa. Kalaulah Pendeta Za,ba masih hudup, pasti beliau terkilan dengan cara perjuangan kita.

Dato Adil
Kuala Lumpur.
Gambar bersama Prof Koo Kay Kim adalah wawancara yang dimuatkan dalam majalah Dewan Ekonomi, Oktober 2008?

Artikel kedua saya telah dihantar untuk perhatian.
AhmadRazinHjYob said…
Salam'

Kita sering menanti dan mencari pemimpin yang akan memimpin kita tetapi pemimpin yang sering datang agak 'sakit' dan 'goyang'. Kita mengambil risiko yang besar samada menolak atau menerima jenis pemimpin tersebut. Apa pilihan yang kita ada ? Di telan pahit dibuang sayang!
add said…
salam saudara azli, lama nya mencari data salah laku KJ sehingakan tak pasal-pasal calon ketiga (mantan MB "penyapu" dah dapat kuota bertanding KP.
Pada pendapat saya walaupun Khir Toyo Penyapu(KTP) dapat bertanding, ini gara-gara bahagian rasa serba salah untuk pilh dua calon Datuk Mukhriz(DM)dan KEL&NG Jadian (KJ), tu yang KTP banyak dapat pencalonan tu.

Tapi sekarang ni cepat ke lambat ke Perhimppinan Agung Umno (PAU) jawatan KP konform menang KJ dah kerana kita semua maklum budak sekor ni memang :
1.ketua segala ketua dalam campurtangan pentadbiran kerajaan.
2.Kuat beri rasuah pada pihak yang berurusan dengan beliau.
3.Kuat mengepau untuk kepentingan peribadi (cuba saudara selidik duit di felda masa bulan puasa banyak mana si budak bahlol ni mengepau.
4.Kuat mengugut ketua pemuda bahagian.
5.Menantu tak sedar diri (menganggapkan diri macam anak sendiri)
6.Tak gunting rambut (menantu biadap)
Disini saya nak beri amaran dan mengepau semua perwakilan PERgerakan Pemuda UMNO nanti.
Sekiranya anda memangkah KJ , ini bermakna anda akan memusnahkan peluang "keturunan anda" bermula dengan cucu atau cicit anda. Masa anda dan anak anda mungkin belum menjadi kenyataan, tetapi apabila anda semua dah meninggal dunia "cucu,cicit anda akan merana dek kerana atuk atau onyang aku" dulu yang bangang.
Maka ingatlah wahai perwakilan semua: dah la duduk dalam kubur kena seksa lepas tu kena sumpah seranah dek keturunan anda sendiri pulak. Kalau anda kata DM ni tak boleh pakai, kalau KJ ni memang dah sah tak leh pakai.
Anonymous said…
RASANYA ELOK DICAMPAK KE KOLAM TAHI.

Kemarahan saya kembali lagi apabila mendapati budak biadap KJ ni semakin kurang ajar lakunya. Dahlah hidungnya asyik kembang saja, mulut busuknya asyik muncung macam mulut b_ _ i saja.

Saya marah kerana baru sahaja melepasi kouta pencalonan, nak cabar pula buat debat. Kalau berdebat soal UMNO dan Perjuangan Melayu, Si Kucing jalang biadap ini tidak layak. Layaknya meniduri pelacur dan pondan sahaja.

Kepada Si BIADAP KHAIRI, AKU BERDOA KEPADA TUHAN SEMOGA KAU MATI DILANGGAR LORI.

KHAIRI SERUPA ANJING KURAP DIJALANAN.
Anonymous said…
KEPADA PERWAKILAN YANG MENYOKONG BUDAK BIADAP TU, SAMALAH MACAM MEREKA MAKAN TAHI SI BODOH TU.
Anonymous said…
sebenonya dolah sangap nak buat dinasti di mesia, sebijik macam harry lee and famili dia

jangan terkejut penasihat dolah dan kj seme tu background negara temasek dan skuad israelis

madey dah sound masa ceramah..jangan adakan dinasti, dia dah nampak mende tu akan berlaku

KJ tau loyalty oang2 dia tu seme bergantung kuasa dia ada dan kuasa pak mertua dia ada..jatuh dolah jatuh ler dia..bertaburan lain pencacai dia seme..ni bukan cite bohong pun

apa budak ingus ni tau pasal melayu dan sejarahnya?

diberanakkan di kuwait..kendian sekolah merata esp di international school singapore sebab pak dia diplomat, kawan dolah di PTD

mana nak letak muka dia , oang kawasan dia di rembau pun rejek dia?:lol:

kalo dolah cuma diplomat or maybe menteri luar negara lagi yang dah nak pencen pasal dah nyanyok..budak itam tu teringinkan nak nikah nori tembam bulat cam kuih pau tuh :lol:

manusia niat busuk ni terpancar di muka tu, takdok seri..buleh nampak pun

dolah salu bebel suh kasik peluang dulu, kita bukan nak tutup peluang ke hape..tenguk je lah perangai kaduk naik junjung

isu nya ialah dolah di pengaruhi anak menantu dia ni, dia kasik kj kebebasan apa saja , menang naib ketua pemuda tadak celen, menang timbalan presiden FAM tadak celen dan bermacam2 hal lagi so btui ler rumour duk kata mesia di perintah oleh budak ingus ni..tu pasal banyak mende telungkup contoh paling baik is Proton.

macam mana kompeni beberapa taun lepas ada simpanan cash 2 billiun dan buat kilang sendiri tanpa pinjaman, kini asik loss?

mesia kene ada industri berat, automatif sebab misal nanti kalo perang, industri cam ni mudah alih bina ketekebal kete perisai seme armour car tuh..sebab tu mesia buat Pewaja

tapi 'kita' tau, ada pihak takmo cam tu..depa anggap TEMASEK buleh tolong apa apa jadi misal kalo indonesia perang kita so now di johor depa plan nak buat 2 superbridge plak dah

jangan tekejut..kalo satu hari Singapore akan kembali cantum with Malaysia in case dolah dan pamili terus memerintah, masa tu kebanyakan melayu cuma supir saja keje depa, or jadi jaga or barua cam polis ..sebilangan kecik melayu baru cam dolah tu jadik proksi meke2 macam harry lee, dia ler tuan melayu ganti tuan omputih macam dulu2.

harry lee pun dah bising2 cakap Singapore akan kembali pada Malaysia. Singapore tadak masa depan pun..macam soang manusia kaya yang mati di hempap kekayaan dia sendiri..sebab nak kaya tapi tak pedulik manusia lain, kiasu..itu ler Singapore..skang da nazak. So Singapore pasang agen dalam kerajaan mesia..budak itam itu ler agen depa , terang tak bersuluh lagik dah..memang anak haram pun..sama macam Kali hindu priest islam mullah tuh..mole or agen Singapore.
Anonymous said…
Kita Mesti Lancarkan Kempen

TAK NAK KHAIRY
Anonymous said…
Khairy Jamaluddin

Ya, saya sedang menulis mengenai anda. Tentu anda bangga bukan. Ya lah, nama anda sedang diperkatakan oleh saya yang kerdil jika mahu dibandingkan dengan anda yang sudah pun bergelar YB. Tapi kenapa ya saya masih mengata anda. Kenapa ya? Oh ya, sebab anda masih angkuh. Mari sini baca artikel ini. Saya mahu menyedarkan anda supaya berpijak kepada dunia nyata.

Lupakah anda satu ketika dahulu anda pernah berkata golongan muda sudah mula mengalihkan sokongan kepada Umno. Dengan bangganya anda sewaktu perhimpunan agung Umno sebelum PRU 12 dijalankan menayangkan video bagaimana sengsaranya Umno ketika gerakan REFORMASI dilancarkan pada tahun 1998. Anak muda pada waktu itu langsung tidak mahu menyokong Umno dan akhirnya menyebabkan Terengganu dirampas oleh PAS, Kedah nyaris tumbang di tangan PAS, beberapa kawasan kubu kuat Umno nyaris tumbang kepada PAS dan KeADILan waktu iu. Tapi, pada tahun 2004 Umno kembali berkuasa dengan begitu selesa. Nah dengan segera anda claim orang muda mula mengalihkan sokongan Umno. Persembahan video yang anda reka itu menunjukkan bagaimana orang muda mula megah memegang bendera dacing. Tapi kan YB Khairy, ye ke orang muda mula beralih arah? Kalau beralih arah, masakan 4 negeri tumbang di tangan Barisan Rakyat.

Lupakah anda dengan kempen “18 Tahun Pade Doh” yang kononnya rakyat Kelantan sudah muak dengan PAS. Tapikan Khairy, dahlah Kelantan anda tak dapat rampas, negeri kelahiran bapa mertua anda pula yang terlepas ke tangan Barisan Rakyat. Haishhh, kesian. Saya tahu anda begitu yakin Kelantan akan jatuh ke tangan Barang Naik (BN) sebab itulah anda telah membeli Kuari di Kelantan tapi kesian kuari pergi mana Penang pun entah ke mana.

Lupakah anda wahai Khairy Jamaluddin ketika pilihanraya kecil di Ijok, anda dengan garang (konon) tampil dengan slogan “SEDIA GEMPUR, PKR TERKUBUR”. Ya anda menang ketika waktu itu (mahu tak menang semua jentera kerajaan diulangi jentera kerajaan bukan jentera parti sahaja tumpu kat sana). Tapikan Khairy, ermm PRU 12 Ijok dapat dekat siapa ya. Siapa nama dia…Tan Sri Khalid Ibrahim kan?

Lupakah anda Khairy Jamaluddin, ketika Ijok berjaya dimenangi oleh BN anda dengan muka macam Khaipanzi mengatakan pengaruh Anwar Ibrahim telah terkubur. Ermm terkubur ek. Kalau terkubur tak ada lah sampai 4 negeri tumbang dan kerusi di parlimen di Kuala Lumpur BN hanya mampu pertahankan satu sahaja.

Lupakah anda Khairy Jamaluddin, ketika Pengerusi Umno Negeri Selangor yang baru yang kaki rasuah mula membuat langkah menyerang para bloggers anda selamba beruknya mengatakan blogger – blogger ini macam monyet. Tapikan bapa mertua kamu yang negerinya tergadai pun telah mengaku para blogger lah yang memainkan peranan yang paling aktif dalam melaporkan perkara sebenar yang akhirnya ermm jangan marah saya nak sebut. Sampai majoriti 2/3 BN tak dapat.

Lupakah anda Khairy Jamaluddin, kerana terlalu yakin rakyat akan menyokong anda kerana hanya berdasarkan keputusan pilihanraya kecil di Pengkalan Pasir, Machap dan di Ijok. Tapi YB Khairy, jangan lupa pula dengan kemenangan anda di Rembau. Dengan gaya gangster, dengan gaya angkuh dan terlalu yakin menang anda telah dikejutkan dengan langkah pahlawan anak muda yang tidak sekaya anda. Nak saya ingatkan siapakah gerangan anak muda tersebut. BADRUL HISHAM aka Chegu Bard. Gelombang yang dicetuskan oleh beliau telah menyebabkan anda pada kiraan undi awal telah tewas sebanyak 800 undi lebih dan ya lah anak menantu mana boleh anak menantu kalah maka anda telah mengarahkan pihak SPR menghalau orang – orang PKR keluar dari dewan dan 3 buah kenderaan pacuan 4 roda masuk ke dewan dan dengan segera anda menang dengan majoriti 5 ribu lebih. Ermm tahun 2004 Parlimen Rembau, BN menang 18 ribu lebih tapi tahun ini 5 ribu lebih sahaja. Jadi jangan bongkak ya. Apa maknanya? Orang Umno Rembau sendiri benci kepada anda inikan pula rakyat Rembau yang tidak berparti.

Jadi buat Khairy Jamaluddin, sudah – sudahlah mengeluarkan kenyataan untuk mengecam tindakan kerajaan BR di Kedah kerana memberikan tiket percuma untuk rakyatnya. Anda tak serik lagi ke? Anda ingat Ustaz Azizan itu bodoh ke? Tak usah nak ingatkan dia mengenai jumlah wang yang perlu dibayar kepada FAM tahulah lelaki berumur itu jalankan tanggungjawab dia sebagai pemimpin. Bukan macam kamu, konon pertahankan Melayu. Tapi Umno Terengganu panggil Sultan Terengganu binatang, tak ada pula tindakan selanjutnya. Kalau nak jadi pemimpin, tegaslah. Kalau betul nak bela Melayu, pergi tangkap Derih and The Gang. Jangan tunjuk jaguh tapi bila Sultan Terengganu (Daulat Tuanku! Patik hormat Tuanku) kena hina diam menikus takut, bacul dan penipu. Konon bela Melayu.

Jadi Khairy Jamaluddin, cukuplah, nasihatilah ayahanda mertua kamu untuk letak jawatan dan anda pergilah jaga butik anda di Pavillion yang bernama TENC (The Emperor New Clothes). Jangan sibuk – sibuk lagi dengan politik.

SEBAB BAGI KAMI ANDA TIDAK LAYAK MENJADI PEMIMPIN.
Cheguman said…
Azli,
Dah lihat?
“Deklarasi Janda Baik”

Sila layari http://deklarasijandabaik.blogspot.com untuk maklumat lanjut.
Anonymous said…
Sdra Azli,

Apakah ketaatan kepada pemimpin itu tanpa syarat?

Apakah pemimpin yang melakukan kesalahan seperti rasuah, mungkir janji, berbohong, berbelanja boros seperti membeli kapalterbang bernilai RM200 juta dan membaik pulih rumah kediaman berjuta-juta ringgit pun kita harus taat juga?
Anonymous said…
Sdra Azli,

KHAIRY JAMALUDDIN

Setelah melepasi kuota bagi melayakkan diri untuk bertanding Ketua Pemuda maka berkokoklah dia dengan mencabar Dato Mukhriz dan Dato Seri Khair Toyo untuk berdebat dengannya.

Kononnya dia pendebat yang terror. Almaklumlah di berkelulusan Oxford University tentulah hebat berdebat.

Aku rasa tak perlu le nak berdebat kerana kamu tu bertanding sesama ahli parti, pertandingan adik beradik. Lagi pun perwakilan pemuda UMNO bukannya tengin sangat sampai tak dapat menilai pemimpin yang hendak mereka pilih.

Aku dapat tahu daripada sumber yang boleh dipercayai, wang rasuah politik telah bertaburan di tiap-tiap bahagian untuk mendapatkan pencalunan. Belum lagi kepada perwakilan nanti. Mungkin mencapai beribu ringgit tiap-tiap seorang perwakilan. Kayalah nanti sesiapa yang menjadi perwakilan pemuda dengan duit haram yang akan dibelanjakan kepada anak isteri untuk jadi darah daging. Berkatkah duit tersebut?

Bagi KJ kalau dia habis beratus juta ringgit sekalipun tak mengapa kerana perbelanjaan itu merupakan pelaburan. Kalau dia menang Ketua Pemuda nanti dia akan dapat lebih lagi. Sebelum menjadi ahli Parlimen Rembau pun dia sudah menjadi jutawan tanpa perlu bekerja. Hanya dengan tiket sebagai menantu PM sahaja sudah cukup untuk bergelar jutawan muda.

Aku tidak heran kalau KJ menang Ketua Pemuda sebab perwakilan Pemuda UMNO kebanyakannya adalah mereka yang mengejar kebendaan. Tak ramai yang bersemangat dan menghayati perjuangan UMNO iaitu untuk Agama Bangsa dan Tanahair. Apa nak kira semua itu, janji aku senang sudahlah. Peduli apa dasar perjuangan parti UMNO.

Dulu pun orang Melayu pernah dijajah selama 441 tahun, Melayu masih tak hilang di dunia. Janji orang melayu boleh hidup tak kira dalam hutan ke atau atas pokok ke janji orang melayu tak hilang di dunia.

Yakinlah kalau KJ jadi ketua Pemuda UMNO Malaysia, maka tammatlah riwayat UMNO sebagai wadah perjuangan orang Melayu.

UMNO sebagai parti teras kerajaan BN akan menutup tirainya dengan huruf N melengkapkan tiori R.A.H.M.A.N selewat-lewatnya tahun 2013.

Tetapi kalau Dato Mukhriz jadi Ketua Pemuda UMNO Insya Allah ada harapan UMNO dapat dipulihkan. Jadi terserah kepada kebijaksaan perwakilan Pemuda UMNO yang akan menentukan siapakah yang akan memimpin Pergerakan Pemuda nanti pada bulan Mac tahun 2009.

Kalau wang yang jadi keutamaan maka KJlah yang menang tetapi kalau KEIMANAN, KETAQWAAN, KEIKHLASAN, DAN KEJUJURAN jadi pegangan, selamatlah negara ini Insya Allah.
Cheguman said…
Assalamualaikum,
Jenuh jugak membaca komen2 kali ni Azli ye? Masing2 ada pandangan sendiri, sebab kita melihat daripada sudut berbeza.

Apa kata kita lihat pula ciri kepimpinan yg ditulis Nik Abduh di http://nikabduh.wordpress.com

Beruntung kita kerana berpeluang melihat satu perkara dari sudut berbeza. Bukankah itu salah satu tujuan Allah SWT menjadikan kita?

Namun jangan kita lupa bahawa ketua negara ialah YDAgong. Yg mereka gaduhkan hanyalah utk memilih pemimpin yg akan membantu YDAgong memerintah negara. Yg inilah yg DAP dan Hindraf lupa. Mereka juga lupa yg tentera adalah bertugas menjaga YDAgong.

Nantikan artikal terbaru Demang yg membandingkan tulisan Azli Shukri dengan Nik Abduh.

Wassalam.
Cheguman said…
Ralat (lihat komen Demang di atas):

"Beruntung kita kerana berpeluang melihat satu perkara dari sudut berbeza. Bukankah itu salah satu tujuan Allah SWT menjadikan kita?"

Sepatutnya dibaca:
"Beruntung kita kerana berpeluang melihat satu perkara dari sudut berbeza. Bukankah itu salah satu hikmah Allah SWT menjadikan kita berbilang bangsa?"

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Jadi Super Jutawan dalam Masa Enam Tahun!

ENAM KALI GAGAL BERNIAGA, SATU KETIKA DUIT  HANYA TINGGAL RM2.50   di dalam akuan bank. Diminta keluar dari rumah sewa. Tiada ijazah, tiada mewarisi kekayaan keluarga. Lahir daripada keluarga sederhana, berhenti belajar kerana mahu mengejar impian. Dia ialah Rites Agrawal pemuda India berusia 26 tahun, menjadi super jutawan (billionaire) hanya dalam masa enam tahun. Pemilik jenama OYO Rooms, perniagaan hotel bajet terkenal di dunia.     Tidak ramai usahawan muda yang ada jiwa macam Rites Agrawal, dia tahu apakah yang dia mahu dan impikan. Misinya jelas matlamatnya tidak pernah berubah. Dia berhenti belajar bukan bererti membenci pendidikan, tetapi berpindah pembelajaran daripada universiti formal kepada universiti realiti. Dia memilih jalan yang berbeza daripada rakan-rakan sebayanya untuk memperoleh hasil yang berbeza. Realiti menjadi gurunya.   Perniagaan ialah dunia yang macam-macam boleh terjadi. Orang biasa boleh jadi luar biasa. Banyak perkara yang kita tidak disangka boleh terja