Skip to main content


MONOLOG AZLI SHUKRI
Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy


Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah sesuatu organisasi tersebut. Dan kita menanggung dosanya.


Bertitik tolak daripada hal itu, dalam pemilihan Ketua Pemuda UMNO Malaysia, calon yang hendak dipilih mestilah benar-benar kita kenal. Dari segi akhlaknya, pemikirannya dan juga latar belakangnya. Jika tidak, UMNO akan hanyut daripada hati orang-orang muda. Jika kita sayangkan UMNO, kepimpinan pemuda harus benar-benar utuh dan bebas daripada fitnah yang boleh merosakkan nama baik pemuda UMNO itu sendiri. Dalam soal ini, kita harus rasional dalam berpolitik dan bukan lagi berpolitik ikut suka dan ikut bulu. Kita harus mengikut kebenaran dan membuat pertimbangan dengan rasional dan adil, serta mencari Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang memperjuangnya kebenaran dan tidak mementingkan diri sendiri.


Saya secara peribadi melihat calon yang terbaik menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia ialah Datuk Mukhriz Mahathir, dan bukan Khairy Jamaluddin atau calon-calon yang lain. Kita harus faham terlebih dahulu kondisi atau keadaan UMNO ketika ini. UMNO sedang berhadapan dengan zaman pancaroba dan zaman fitnah paling dahsyat dalam sejarahnya. Oleh sebab itu, Ketua Pemuda UMNO yang harus dipilih, ialah individu yang mampu berhadapan dengan fitnah dahsyat dan dakyah pembangkang, di samping mampu menyerapkan unsur-unsur agama dan amanah dalam perjuangan pemuda. Dalam hal ini, saya tidak nampak mengapa mesti ada pemuda bahagian yang mencalonkan Khairy Jamaluddin? adakah mereka tidak dapat melihat apakah yang telah berlaku kepada UMNO selama beliau berada di dalam UMNO?


Semua orang, tanyalah kepada hati kecil masing-masing, tiada sesiapa pun yang mampu menafikan, bahawa Khairy Jamaluddin merupakan salah satu faktor yang menyebabkan UMNO dipandang negatif dalam kalangan masyarakat, bahkan dalam kalangan ahli pemuda UMNO sendiri. Semua orang tahu, beliau merupakan fitnah besar kepada UMNO dan Pemuda UMNO, itu realiti dan bukan fantasi.


Oleh sebab itu, setelah saya menganalisis secara rapi berkenaan Khairy Jamaluddin, maka saya bertanggungjawab untuk menyampaikan perkara yang hak dan benar, bahawa beliau tidak berupaya memimpin Pemuda UMNO Malaysia untuk masa hadapan. Lantaran itu, para perwakilan pemuda harus merenung kembali analisis-analisis saya ini, sebelum mencalonkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia.


Mohon petunjuk kepada Allah dan hindarilah saya daripada menganalisis beliau secara tidak amanah dan jujur. Sama-sama kita renung hujah-hujah saya ini. Dan bersama-samalah kita berdoa yang terbaik untuk pemuda UMNO Malaysia.


Dalam siri pertama ini saya bentangkan 3 hujah dahulu daripada (7+1 hujah) agar sama-sama kita berfikir sebelum mencalonkan beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Kepada Kahiry Jamaluddin saya mohon maaf, kerana saya terpaksa bercakap benar dan tidak boleh lagi menyimpan perkara yang hak dan saudara akan dinilai dengan adil dan saksama. "Ya Allah, Engkau berikan kekuatan kepada hamba-MU ini untuk bercakap perkara yang hak dan benar, dan janganlah sesekali Engkau pesongkan niat dan hasrat murni hamba-Mu ini. Hanya kepada-Mu aku berserah, agar tulisan ini lahir dengan rasa kesedaran dan keikhlasan dan bukan untuk menimbulkan fitnah kepada mana-mana individu. Amin."



Hujah 1 : Imej merupakan nadi penting kepada seseorang pemimpin. Jika imejnya buruk dan jelek, maka pemimpin itu dikira buruk dan jelek pada kaca mata masyarakat. Pemimpin pada hari ini, akan diukur kepada sejauh mana imej beliau di kaca mata masyarakat. Jika imej seperti seorang ustaz, maka imej baiklah yang akan muncul pada pandangan masyarakat. Jika imejnya seperti seorang doktor, maka imej pandailah yang melekat dalam minda masyarakat. Oleh sebab itu, imej amat penting dalam memilih pemimpin. Semasa Nabi Muhammad sebelum diutus sebagai rasul, imej baginda dalam kalangan penduduk Mekkah ialah al-Amin, yakni orang yang sangat dipercayai dan tidak pernah menipu serta jujur dalam tutur katanya. Maka, itulah imej baginda sehingga baginda wafat. Jadi, imej amat penting bagi seorang pemimpin untuk membina pengaruh dan meyakinkan orang ramai.


Nah, sekarang mari kita tutup sebentar mata kita. Dan sebuat nama Khairy Jamaluddin, berlaku jujur, apakah imej yang anda bayangkan untuk beliau? Kita akan banyak terbayang perkara yang negatif tentang dirinya – umpamanya imej yang terlintas dalam kota minda kita ialah, beliau seorang yang gelojoh dan ingin cepat berkuasa dalam politik, tidak tahu erti sabar, banyak campur tangan dalam pentadbiran negara, banyak mempengaruhi perdana menteri, suka ambil kesempatan, dan sering menimbulkan masalah. Dan sekarang, cuba imejkan pula individu yang bernama Datuk Mukhriz Mahathir, apakah yang kita bayangkan? Seorang yang berani, jujur, tidak suka mengambil kesempatan sewaktu ayahnya menjadi perdana menteri, berterus-terang dan mempunyai visi dan misi seperti ayahnya juga. Pendek kata, imej Mukhriz adalah positif berbandingan dengan Khairy dan calon-calon lain, apatah lagi Mukhriz dibayangi oleh ketokohan ayahnya yang sangat dikagumi oleh banyak pihak, “Mahathir” nama yang meniti di setiap bibir lawan dan kawan – jadi, mengapa masih terdapat pemuda-pemuda UMNO bahagian yang masih memilih Khairy? Apakah agenda kita yang sebenarnya sewaktu kita mencalonkan nama Khairy? Saya tidak nampak imej baik Khairy pada kaca mata masyarakat? Tetapi, mengapa masih ada yang terus mencalonkannya?



Hujah 2 : Sepanjang Khairy Jamaluddin memasuki UMNO, dan semenjak beliau ingin bertanding jawatan Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, fitnah telah menjalar terlalu kuat dalam UMNO dan tempiasnya turut terkena kepada seluruh lapisan Masyarakat. Batang tubuh Khairy Jamaluddin telah menjadi fitnah yang sangat dahsyat kepada UMNO, bukan sahaja kerana beliau naik begitu pantas, malah lebih daripada itu. Dengan munculnya versi Hikayat Khairy Jamaluddin yang tersebar luas di alam maya, namanya sudah terlalu kotor untuk dibersihkan kembali. Tatkala Tun Mahathir berhujah bagaimanakah peranan beliau melakukan campur tangan dalam pentadbiran Pak Lah dan mempengaruhi perdana menteri berhubung isu-isu politik, namanya sudah harum semerbak – sebagai watak jahat dalam episod “Pemuda UMNO yang Paling Berkuasa dalam Zamannya.”


Semua ini melengkapkan ramuan sebuah kek fitnah yang paling besar dalam sejarah penubuhan UMNO dan Pemudanya. Beliau tidak hanya dikaitkan dengan sifat suka campur tangan dalam pentabdiran negara dan politik – bahkan namanya juga terheret dalam tayangan gambar paling panas berjudul “Skandal KJ dan Maya Karim”. Walaupun semua ini didakwa sebagai fitnah, namun demikian, punca pintu fitnah ini dibuka adalah melalui sikap dan sifat beliau sendiri, bukan orang lain. Tidak perlu menyalahkan sesiapa pun dalam soal ini. Beliau sendiri yang merebahkan dirinya dalam gaung fitnah yang amat dalam. Dan sekarang, seluruh warga UMNO dan Barisan Nasional menerima padahnya dalam pilihan raya ke-12.


Mereka yang masih menafikan faktor KJ yang menyebabkan BN kalah teruk dalam PRU ke-!2, telah cuba membelanya dengan mendakwa, bahawa isu rasuah dan penyelewengan kuasa yang dilakukan pada zaman Tun Mahathir adalah penyebab utama UMNO dan BN kalah teruk dalam PRU-Ke12. Hujah ini dangkal dan mudah dipatahkan – yakni bukankah isu rasuah dan penyelewangan kuasa adalah isu yang sememangnya dimainkan oleh semua orang sejak Tun Mahathir memimpin Malaysia lagi? Tetapi mengapa, UMNO dan BN tidak pernah kalah seteruk ini dalam pilihan raya?


Jadi, sudah pasti ada faktor lain yang membantu menggoncangkan kekuasaan UMNO dan BN yang tidak pernah berlaku dalam sejarahnya. Bukankah sebelum ini, isu rasuah, perempuan dan kronisme sering didendangkan oleh pembangkang? Tetapi mengapa BN tetap kukuh dengan kuasa majoritinya di Parlimen? Oleh sebab itu, sudah pasti terdapat faktor lain yang menyebabkan BN kalah seteruk ini. Hal ini, tak lain dan tak bukan, adalah disebabkan oleh faktor Khairy Jamaluddin! Beliau merupakan fitnah yang jauh lebih dahsyat daripada fitnah-fitnah yang lain, termasuk isu rasuah dan sebagainya. Dalam diri Khairy itu terhimpun pelbagai fitnah yang sangat sukar untuk dibuang dan dicuci. Beliau dikaitkan dengan begitu banyak fitnah – beliau merupakan watak kronisme dan nepotisme paling nyata dalam sejarah penubuhan UMNO, menggunakan hubungan darah dan sijil nikah untuk melompat naik ke puncak – satu watak yang sukar diampunkan oleh sesiapa pun. Beliau turut menjelmakan watak Machiavelli – pemuda Itali yang gila kuasa. Semua ini adalah fitnah kepada UMNO dan menghancurkan dirinya. Dan orang seperti ini, tidak layak dilantik sebagai pemimpin. Pemimpin yang penuh dengan fitnah tidak layak memimpin parti dan kerajaan, kerana rakyat akan muak dan memberontak. Cukup! Hentikan pencalonan kepada Khairy!


Hujah 3 : Satu lagi faktor yang mudah orang lupa ialah, prestasi kerja Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia selama hampir empat tahun. Sekarang mari kita berlaku jujur dan jangan menipu diri sendiri lagi. Apakah yang hendak kita tulis berkenaan rekod pencapaian kerjanya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia selama ini? Sangat Cemerlang, Cemerlang, Kurang Cemerlang, Sederhana atau Gagal? Mana satu pilihan kita – berlaku jujur dalam soal ini. Jangan teruskan monolog bodoh kita, dengan berbisik “Aku Tidak Tahu”. Tanyakan kepada akal serta hati dan bukan bertanya kepada Khairy “How Much You Want To Give?”.


Hampir semua idea dan projek di bawah Khairy telah mengalami kegagalan. Ke mana perginya MyTeam? Apakah yang sudah terjadi dengan program mengurangkan pengangguran dalam kalangan lepasan ijazah yang kononya dahulu mendapat kerjasama yang amat baik dengan syarikat-syarikat besar tempatan? Apakah yang sudah terjadi dengan program “Dampingi Mat Rempit” yang pernah dilakukan dahulu di Dataran Merdeka dan menerima kritikan pedas daripada pelbagai pihak, kerana program tersebut didakwa lebih banyak membawa musibah serta menggalakkan pergaulan bebas. Apakah yang terjadi dengan program “Terjun Kutub Utara” yang kononnya ingin membuat rekod anak Melayu adalah hebat dan ingin menanam al-Quran di sana sebagai tanda kehebatan anak Malaysia, nasib baik idea gila ini ditegur oleh Mufti Perak. Berapa ramaikah pemuda Malaysia yang dibenarkan terjun lagi? Apakah impaknya? Rakyat tidak nampak.


Sebagai bekas Pengerusi Forum Halal Sedunia suatu ketika dahulu, apakah yang telah beliau lakukan dalam membantu pemuda-pemuda UMNO menceburi industri yang sangat menguntungkan ini. Berapa ramai ahli pemuda UMNO yang berjaya atas nama industri Halal? Boleh dihitung dengan ibu jari kaki. Rakyat dan ahli UMNO tak nampak. Sekarang, Sebagai Timbalan Presiden FAM – kita tercari-cari idea Khairy dalam menyuntik pembangunan bola sepak negara agar lebih bertenaga dan berjaya. Tetapi, hasilnya semakin teruk, kekalahan demi kekalahan dialami oleh pasukan bola sepak Malaysia. Akhirnya, semua ini membawa kita kepada satu kesimpulan, bahawa beliau merupakan seorang Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang gagal dalam menjalankan tanggungjawabnya selama ini.


Lantarannya itu, apakah alasannya lagi untuk beliau diberi peluang menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia pula? Ketika Khairy sebagai Naib Ketua Pemuda, beliau telah diberi secukupnya ruang dan peluang, bagi membuktikan keupayaan sebenar beliau. Dengan kemenangan percuma yang diterimanya sebagai Naib Ketua Pemuda, ditambahkan pula sebagai menantu kepada Perdana Menteri Malaysia, sesungguhnya beliau sudah cukup selesa dan kuat untuk melaksanakan idea dan tanggungjawabnya sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang paling berjaya dan cemerlang dalam kepimpinan Pemuda UMNO Malaysia yang tidak pernah tertulis dalam lipatan sejarah– tetapi malang, beliau telah gagal dan hasilnya tiada. Yang ditemui hanyalah “Cetusan Rasa Perkauman yang Menakutkan ” melalui ciuman bergilir si Keris Sang Saka Bangsa – idea siapakah itu?


Khairy Jamaluddin, nama yang gagal sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Dan apakah dengan segala kegagalan ini, melayakkan beliau untuk dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Hanya mereka yang tidak tahu makna cemerlang, gemilang dan terbilang sahaja, yang sanggup mencalonkan nama Khairy Jamaluddin. Orang yang telah terbukti gagal dalam tanggungjawabnya, tidak layak untuk dinaikan pangkat. Sudah, hentikan pencalonan untuk Khairy!


Bersambung....


Comments

Anonymous said…
saya setuju dgn anda... pendapat peribadi saya... dia tak seharusnya wujud dalam politik malaysia... bisa menambahkan kacau bilau...
Bangau said…
semua pandangan saudara adalah berlandaskan bayangan imej dan persepsi yang kemudiannya saudara kritik dengan sepedas-pedasnya dengan pandangan.

kalau dipejamkan mata dan dibayangkan pula UMNO dan pemimpin2nya, apakah yang kita nampak? bukankah duit dan projek? bukankah kontrak yang kemudiannya diali babakan? bukankah hinanya bahasa melayu sekarang? bukankah orang2 kampung yang terus dipujuk berpuas hati dengan saham felcra untuk terus ditambat hidung dan lena di kedai kopi...lantas UMNO terus gah dengan semua kerusi hanya diperoleh di pedalaman dan kawasan felda?

Khairi ialah individu, tetapi UMNO memberikannya sistem untuk dia besar dan bersayap. Mukhriz juga jangan harap boleh 'berani' dan berkokok kalau bukan ayahnya seorang Mahathir.

Sistem UMNO yang memberi sayap kepada Khairy dan sistem itu warisan Mahathirlah juga. Kenapa dengan semua kebencian yang saudara wakili dari imej2 yang saudara bentangkan itu tidak mampu mengumpil Khairi? Kerana sistem UMNO sentiasa akan benarkan keadaan serupa berlaku.

Khairi boleh pergi, tetapi ribuan lagi khairi juga makan kenyang di dalam sistem yang saudara dukungi. Isa samad yang jika kita pejam mata, imej kayanya bole menyebabkan mata terjegil, kini bertanding juga naib presiden. Tak perlu segan silu jika dilucut naib presiden dulu kerana politik wang sebab sistem UMNO tidak pandang itu. Mat Taib pun ingin timbalan, tak perlu segan juga.

Cerita telah menggelegak bahawa bakal2 perwakilan akan tergolek kekenyangan dalam pemilihan kali ini. Malah sekarang pun ada dengar2nya yang dah mula merasa nikmat pertandingan sengit pemilihan UMNO. Siapa memimpin dalam UMNO? tak perlu bicara ketokohan, jangan cadangkan idea dan wawasan. Pasang agen dan biar dana masing2 menentukan.

Sekarang saya buka mata.. saya rakyat biasa, yang saya lihat adalah ranjau kehidupan seharian yang makin sukar, orang2 sebangsa semakin menyedihkan. Dan di blog ini saudara masih melagukan kesalahan2 individu kerdil seperti khairi..
azlishukri said…
Ahmad - nampaknya saudara Ahmad masih tidak melihat dengan mata hati, apa yang harus diutamakan dahulu. apa-apa sahaja yang telah berlaku kepada UMNO bukan hanya kritika semata-mata seperti mana yang saudara lemparkan. beritahu saya mana parti yang mampu menggantikan UMNO? buka mata saudara, dan pejamkan kembali, jangan buka mata dalam mimpi. Kehancuran UMNO adalah kerana individu yang tamak dan hakap, tetapi indidvidu yang jujur dan ikhlas seperti saudara melarikan diri entah ke mana, mengapa? mengapa tidak sahaja dibantu UMNO yang semakin rosak itu? tanyakan kepada dalam diri dan naluri saudara, apakah saudara yakin dengan pembangkang? saudara yakin suara baru yang berlegar di dalam PKR, DAP dan PAS? saudara pun sebenarnya ragu. sayang manusia yang diharapkan seperti saudara ini, tidak mahu membantu membetulkan UMNO, tetapi lebih selesa menghentam dan mengkritik, dan sayang juga kita hanya mahukan kehancuran dan bukan penyelesaian. wallualam.
Teddy said…
tuan,

saya juga kerap mengunjungi blog saudara.. teruskan menulis. salam persahabatan!
sentosa77 said…
Assalamualaikum..
Saya bersetuju dgn analisis yng dibuat oleh En.Azli.. saya bekerja di stesen minyak & setiap hari saya berpeluang berbual dgn masyarakat (tidak kira apa latar belakangnya) yng sememangnya sentiasa berbual mengenai harga minyak & politik.. mengenai imej Khairy, masyarakat sebenarnya dah meluat tengok beliau.
mummybosan said…
Mummy bersetuju dengan pandangan En. Ahmad.

Azli, sebagai individu yang dekat dengan UMNO, mummy yakin Azli sedar bahawa UMNO sudah terlalu rosak kerana dikuasai oleh orang2 yang rosak. Dan mummy yakin penolakan terhadap UMNO adalah kerana ramai yang tidak mahu menjadi sebahagian daripada perosak2 tersebut. Pada mummy sehingga kini masih belum ada penawar pada penyakit dalaman UMNO ini. Doktor2 yang cuba mengubat pun dah tak berani nak dekat sebab penyakit ni mudah berjangkit. Lihat sahaja apa yang dah jadi kepada DSAI yang dahulunya mahu membersihkan UMNO dari dalam kononnya. Apa yang mampu sangat dilakukannya? Dan kini dia dipertanggungjawabkan sebagai perosak bangsa, agama & negara.

Apa dosanya jika kita beramai2 berhijrah daripada UMNO yang rosak? UMNO hanya satu parti politik sahaja, bukannya agama wahyu dari Tuhan yang wajib ditauhidkan.
Unknown said…
Salam buat saudara. Terima kasih kerana bertandang ke blog saya.

Pada penghayatan saya memang KJ adalah libaliti pada UMNO. Pendapat saudara adalah betul.

Di dalam keadaan sekarang UMNO memang gawat. Maka ia perlu kepada seseorang mampu memperbaiki imej dan persepsi masyarakat terhadap UMNO.

Saya juga adalah ahli UMNO dan apa yang menyebabkan saya tawar hati terhadap UMNO? Sebenarnya saya tawar hati terhadap pemimpinya bukan terhadap UMNO.

Sekarang pemimpin UMNO jarang sangat mempedulikan ahli bawahan dan masyarakat yang mahukan kemudahan dari UMNO/Kerajaan. Tetapi malangnya MP UMNO serahkan kawasan masing-masing kepada wakilnya saja dan dia sendiri sibuk dengan dengan perniagaan percaturan projek di KL.

Di peringkat Pemuda lagi lah meragukan. Apakah Hishamuddin dengan kementerian pejarannya telah maju dan berubah? Naibnya KJ tak payah tanya. Beliau memang gagal di dalam segala hal.
Faisal Admar said…
Setuju dengan pendapat saudara Azli. KJ sepatutnya sedar akan unsur-unsur negatif yang dibawa masuk oleh beliau ke dalam politik Malaysia.

Lihat saja bagaimana beliau berhujah di dalam parlimen dengan menghentam opposition dan memanggil mereka Projek Khinzir Negara. Itukah calon yang kita nak pilih?

Hidup Mukhriz!
Assalamualaikum saudara..Setiap manusia ada kelebihan dan kekurangan. Sememangnya kehadiran Kj secara mengejut telah menyebabkan huru hara didalam UMNO.

Sebelum Pak Lah menjadi PM,masyarakat tidakpun mengenali beliau. Setelah PakLah menjadi PM, terus dia menjadi naib pemuda Umno.

Selamat Hari Raya Aidilfitri
azlishukri said…
mummybosan - saya tahu bahawa itulah pandagangan para pembangkang terhadap UMNO serta masyarakat yang baru berjinak2 dengan politik,alasan bahawa orang tidak mahu dekat dengan UMNO kerana UMNO sudah rosak, merupakan hujah yang cetek. bukankah kita wajib membantu sudara yang berada dalam kesusahan dan bukan membiarkan ia mati dalam keadaan yang tragis. UMNO kotor kerana ada sebahagian ahli2nya yang kotor, bukan semuanya ahli UMNO jahat. Tetapi jika manusia seperti Mummybosan dan en Ahmad, menyertai UMNO dan membawa rakan2 yang ikhlas dan jujur menjadi ahli UMNO, UMNO akan bersih kembali, seperti mana pada awal penubuhannya. Tetapi hakikatnya tidak begitu. Sekarang adakah dengan melihat bahawa ada seorang ahli PKR yang mendakwa bahawa Zina itu sedekah, maka kita menuduh semua ahli PKR jahat dan berzina? sudah tentu tidak. Maka, begitu juga dengan UMNO. bukan semua ahli UMNO yang hampir 4 juta itu jahat dan korupsi. Segelintir sahaja. sokong lah kalau sudah ada kesedaran dalam kalangan ahli UMNO untuk mengubah budaya negatif yang selama ini membaluti UMNO, jangan cepat putus asa. Tentang Anwar, beliau tidak ada buat apa-apa untuk membersihkan UMNO, kerana cita-cita politik peribadinya mendahului hajatnya untuk membersihkan UMNO. Beliau gagal kerana beliau tidak ikhlas. Beliau sebenarnya tidak melakukan apa-apa usaha untuk membersihkan UMNO dari dalam. Jika ada cuba senaraikan.

satu lagu hujah En Ahmad bahawa UMNO rosak kerana sistem. Percayalah apa-apa sahaja sistem yang dilakukan oleh manusia ia tetap ada kelemahan tiada yg sempurna, hanya Allah yang sempurna. Jika sistem tersebut tidak lagi sesuai maka UMNO perlulah berubah, dan sekarang apabila ada ahli UMNO yanh ikhlas seperti Mukhriz untuk mengubah sistem yang ada, maka kita sokonglah, tiada sistem yang sempurna, termasuk parti pembangkang.

Pelik rasanya, apabila UMNO ingin berubah, masih ada suara sumbang yang memperlecehkannya. Sememangnya jika boleh parti pembangkang inginkan Pak Lah terus berkuasa dan Khairy bermaharajalela, untuk memastikan UMNO terus lemah dan kemudian kita sama2 bersorak dengan drama bertajuk "UMNO Telah Hancur", tetapi sedarkah kita siapa yang sebenarnya hancur? anak-anak dan cucu-cucu kita yang hancur, kerana apa? kerana Melayu tidak bersatu dan berpecah belah. Ini merupakan kehendak musuh2 kita dan orang Yahudi, tetapi kita terus bersorak dan jauh sekali untuk memulihkan UMNO. kerana sistem pendidikan kita di sekolah tidak mengajar, "bagaimana menjadi manusia bersyukur", sebaliknya kita diajar hanya pandai untuk mengkritik dan memberi idea, tetapi tidak diajar untuk membantu dan bersatu. wallahualam.
sahabat gunung said…
Aku tak fikir UMNO itu rosak. Sebab tidak kira UMNO, PAS, KeADILan, DAP atau apa-apapun parti politik yg ada di dunia ini, merupakan pemain dalam sistem politik itu sendiri.

UMNO kotor, bagaimana dengan ADIL. Adakah seks yg dikatakan sedekah itu merupakan satu perkara bersih dalam politik.

Ketika Anwar dalam UMNO, Mat Sabu dulu yang mengatakan bahawa Anwar kaki Jubur. Berapa lama plak Tun M pertahankan Anwar.Tapi bagaimana bila Anwar dalam pembangkang, tidak pula kata Anwar kaki jubur.

Bila UMNO bersama MCA dalam Barisan Nasional, apa PAS kata.... UMNO kafir tapi bagaimana pula pakatan PAS bersama DAP yg semakin erat sejak 1998, confirm masuk syurga ke ahli-ahli PAS.

Sehubungan dengan itu, tidak kira apa pun parti kita, percayalah bahawa politik itu tidak kotor.

Kita sebenarnyalah pemain politik tersebut.

Ada pepatajh mengatakan "tidak ada kawan dan musuh yang kekal dalam politik, yang kekal hanyalah kepentingan".
Bangau said…
Saudara azli,
maaf kerana mungkin terlebih emosi. Hanya ingin diskusi sihat dan menyampaikan rasa hati orang kecil seperti saya.

Saya sebenarnya kecewa kerana UMNO gagal mencerna isyarat PRU12. Hanya salah menyalah sesama ahli dan parti gabungan tidak akan menyamankan rakyat. Hanya fokus khilaf individu tapi lupa terus bahawa individu itu khilaf kerana dibenarkan sistem yang juga khilaf.

Mungkin tidak ada parti boleh mengganti UMNO. Mungkin juga tidak akan ada gula2 orang melayu semanis gula2 UMNO. Tetapi ada sistem yang boleh membuatkan UMNO menjadi murni. Malah keraguan yang saudara bayangkan ke atas parti2 PR juga boleh dilegakan.

UMNO menjadi seperti sekarang hanya setelah melewati usia setengah abad. Sepanjang wujudnya, berakar kuasa tunjang menunjang dalam masyarakat melayu, UMNO tidak banyak kerenah. TEtapi bila setengah abad tidak muncul jagoan alternatif yang sama hebat dan sama bakat, maka warga UMNO pun bertukar rasa. Lantas timbullah segala imej, persepsi dan cap-cap hodoh pada UMNO sekarang.

Ubat yang UMNO perlu untuk kembalikan kemurnian adalah wujudnya satu sistem demokrasi 2 parti di malaysia. Di mana pembangkang adalah sama kuat, sama hebat dan sama bakat untuk menjadi pilihan lain bagi rakyat pada bila2 masa UMNO dan kerajaan dilihat tersasar. Sistem ini hanya datang bila aspirasi politik rakyat semakin matang. Dan masanya ialah sekarang.

Tidak siapa taksubkan UMNO, tidak siapa taksubkan PR. Yang ditaksubkan ialah sistem yang membuatkan UMNO dan PR bekerja untuk negara. Menjadi sebenar2nya hamba rakyat kerana kerajaan duduk disitu hanya kerana rakyat yang membenarkannya. Sistem 2 parti boleh mencapai ini.

Dengan memperkuat pembangkang, kerajaan tidak boleh pandang ringan tindak tanduk ahlinya kerana rakyat sentiasa ada pilihan. Dan sebarang laporan salahlaku mesti disegerakan siasatan (setakat ini laporan rasuah tahap tertinggi oleh mazlan harun terhadap PM ketika memanggil wakil2 bahagian di PWTC menggunakan dana kementerian penerangan masih tiada susulan).

Saya tidak perlu tanya diri saya soalan2 yang saudara cadangkan, samada percaya atau tidak dengan pembangkang itu. Kerana semua orang jika ada peluang ada saja tanduk2 yang tumbuh di kepalanya. Tapi saya yakin sistem 2 parti boleh cantas tanduk2 itu.

Saya tidak lari dari UMNO, saya cuma mahu UMNO murni semula. Tetapi UMNO tidak akan murni kalau terus-terusan dikendong dan didodoi. Sayangkan anak tangan2kan. 'Anak' disini bukan UMNO, tetapi apa juga parti politik yang memegang teraju negara. Mesti tahu bahawa undi adalah amanah, dan kuasa hanya sementara. kalau tersasar, rakyat punya pilihan.

Sampai jumpa lagi
azlishukri said…
ahmad - satu hujah yang sangat ikhlas. jika itu yang dipohon dan ikhlas yang hadir, berdoa agar kebaikan untuk negara. salam jumpa lagi.
RAHISAM RAMLI said…
Salam saudara Azli.

Berapa banyak mudarat yang telah dihamburkan kepada landskap politik tanah air ketika Pak Lah menjadi PM?

Kini UMNO/BN mengakui kesilapan selepas kehilangan 5 buah negeri selepas PRU 12 yang lalu.

Kita kena keluar dari kepompong/zon selesa hanya kerana UMNO itu Melayu dan Melayu adalah tuan di Malaysia.

Semakin banyak kempen memerangi rasuah tetapi jenayah ini masih banyak berlaku, cuma kaedah sahaja yang diadjust sebab itu istilah sedekah pun dah taktahu beza.

UMNO,PKR, PAS semakin banyak dibogelkan dek isu Melayu jauh menyimpang dari ajaran Islam.

UMNO/Melayu teras perjuangannya adalah Islam. Berkempenlah untuk mendekati Islam dengan jiwa yang ikhlas.

Gunakan kaedah pemilihan dalam Islam..."jika terdapat dua perkara yang mudarat, maka pilihlah mudarat yang lebih kecil"/elakkan mengambil mudarat yang lebih besar.

Wallahua'lam
Budak Kampung said…
This comment has been removed by the author.
azlishukri said…
rahisam - saya sangat bersetuju
add said…
Assalamualaikum.
Saya amat bersetuju dengan hujah saudara Azli. Kalau boleh "link" kan semua ke blog -blog atau hantar kepada bahagian Pemuda UMNO yang masih belum mengadakan mesyuarat bahagian.

Saya mohon dari Allah agar KJ tidak cukup pencalonan, itu saja,kerana apa? pada saya sekiranya KJ dapat pencalonan yang cukup maka sah lah Datuk Mukhriz akan kalah dalam pertandingan merebut kerusi Ketua Pemuda UMNO.Kepada Pemuda Bahagian UMNO yang masih belum bersidang ,maka saya merayu agar pilihlah Datuk Mukhriz demi agama,parti UMNO dan segalanya. Pilih KJ seumpama pilih projek juta-juta.

Cadangan saya kepada BPR sekiranya mana-mana bahagian UMNO yang menyokong KJ sebagai calon ketua pemuda selidik-selidik lah latarbelakang jawatankuasa bahagian tersebut sebelum dan selepas PRU 12 serta akan datang punya muslihat projek-projek .

Akhir sekali
Pesanan kepada KJ : Guntinglah rambut anda se skema yang mungkin, cuba tonjolkan imej anda sebagai menantu bakal bekas PM.

Pesanan kepada Khir Toyo: Anda tidak layak jadi ketua pemuda kerana dari fizikalnya anda terlalu banyak uban,pemuda tak ngam nak berdampingan dengan mantan MB. Kalau anda tidak menjadi MB sebelum ini, boleh la kot.

Kepada Datuk Mukhriz : Carilah ilmu sebanyak mungkin dari ayahnda TDM tetapi bukan mengikut telunjuk ayahnda TDM.
Wallahualam.
Brahim Nyior said…
Azli,
pos kali ini bukan membedah siasat laluan Ketua Pemuda, tapi saudara menghenyak Khairi hingga ke tali gelanggang dan memberi pukulan KO.

Pada saya, Khairi memang tidak mendapat sokongan akar umbi. Buktinya, Pemuda Jelebu dan Rasah di Negeri Sembilan, negerinya sendiri turut mencalonkan Mukhriz sebagai Ketua Pemuda.

Apa dah jadi? Mukhriz akan meneruskan legasi Tun Dr Mahathir.

Satu lagi, saya baca komen sdr Ahmad dan mummybosan, dan terfikir juga mereka adalah golongan atas pagar. Tapi sdr mudah melabel orang sebagai pembangkang.

Jangan emosional. Sediakan ruang untuk membahaskan secara baik. Mungkin ada betulnya pandangan mereka. Jika tidak, gunakan hujah yang mampu mengubah pandangan mereka.

Ini penting sebab golongan atas pagar adalah pengundi senyap. Mereka boleh menentukan jumlah undi majoriti dalam pilihan raya akan datang.

Masyarakat semakin celik. Banyak sumber media yang memberi maklumat. Jika saudara mahu BN kembali perkasa, fikirkanlah pendapat orang lain juga.

Salam..
Pok Li said…
Cerita awalnya, kepimpinan UMNO juga yang memberi ruang dan peluang kepada Khairy untuk naik. Justeru itu pastikan selepas pemilihan ini tiada lagi pemimpin UMNO yang juga mempunyai style dan cara seperti sebelumnya. Saya 'hormat' dengan cara Tun M, tidak membenarkan anak beranaknya terlibat semasa pemerintahannya.
add said…
Saya sokong POK Li,
Pak Lah ni 2X5 macam Anwar je, sorang ni bawa menantu, yang kawan ni pulak asyik dok kelek anak pompuan je. mentang-mentanglah datang dari satu kapai (BM dan KB ) tak jauh no...
perfectwater75 said…
Salam,
Tuan Azli,izinkan saya menjawab komen tuan.

Mungkin tuan tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada saudara Ismail Hashim sehingga menyebabkan beliau 'terpaksa' menarik diri hanya selepas 24 jam beliau beria-ia menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO. Kalau tuan hendak boleh saya berikan nombor telefon Ismail Hashim untuk tuan bertanyakan hal yang sebenar-benarnya. Tentang siapa yang menekan beliau, siapa yang menelefon Shahidan Kassim untuk mengarahkan penarikan diri dibuat. Mungkin pada ketika itu, tuan sedar bahawa ada juga ahli UMNO terutama di peringkat kasta yang lebih tinggi melakukan perkara sebegini. Untuk makluman tuan, saya bukan penyokong2 pembangkang. Kesimpulannya, apa yang berlaku adalah satu penghinaan kepada Ismail Hashim semalam.

Ini soalan saya tentang mukhriz, benarkah mukhriz bersih? Dari konteks rasuah politik, adakah mukhriz tidak menggunakan taktik yang sama digunakan oleh KJ?Saya menerima maklumat bahawa ada bahagian yang menetapkan pakej wang RM 15k untuk menaikkan nama calon yang bertanding? Mungkin Pemuda UMNO Kuala Kangsar bersih dari rasuah politik? Bagaimana ciri pemimpin yang berakhlak yang boleh ditonjolkan dari insan bernama mukhriz? Lihat keluarganya sendiri, ibunya 'taat' kepada ajaran Islam dengan memilih fesyen rambut sebegitu? isterinya bagaimana pula? 'Bertudung labuh' menutupi segenap inci kepalanya?Atau mungkin saudara azli mempunyai hujjah seperti hujjah yang saudara gunakan untuk meneima ISA sebagai akta yang perlu mengikut syariat Islam sedangkan pada zaman Nabi SAW tiada pula ditahan Abdullah bin Ubay tanpa bicara atas kesalahan menjadi Bapa Munafiq mengikut 'akta' yang serupa dengan ISA? Apakah Umar Al-Khattab lebih maksum dari Rasulullah SAW dalam mengendalikan siasah?hingga membolehkan beliau menggunakan 'akta' atau undang-undang yang hampir serupa dengan ISA? Saya 'arifi kesarjanaan tuan tentang ilmu berkaitan...jadi saya tunggu sahaja jawapan tuan.

thx!
melayuangkat said…
Assalamaualikum anakku,

Mak Cik tak pandai politik seperti kamu kamu semua, tapi yang Mak Cik tahu dan bimbang adalah FITNAH DAJAL yang melanda UMNO selama ini dan mungkin sampai bila bila. Fitnah amat merbahaya. Lebih dasyat dari satu pembunuhan dengan senjata.

Bilalah Orang Melayu semua akan betul betul bersatu. Orang UMNO akan ikhlas berjuang untuk parti iaitu untuk Bangsa, Agama dan Negara mereka dan bilakan kita akan sedar dan terus mengambil satu langkah yang benar benar ke arah kesatupaduan kita semua?? Bila??

Jawapannya Mak Cik beri sendiri: BILA kita semua luruskan dan sucikan niat masing masing. Tentang siapa layak apa jawatan dalam UMNO rasanya Mak Cik tak ada tauliah langsung nak komen tapi biarlah rezeki siapa yang dapat asalkan ianya untuk kebaikkan Parti, Bangsa, Agama dan Negara.

WaAllahuAlam.
AhmadRazinHjYob said…
Salam,

Pendapat sdr adalah benar dan telah terbukti berlaku.Tetapi punca utama adalah terletak kepada pendukung parti itu sendiri. Ahli UMNO yang bermesyuarat di cawangan mempunyai tanggungjawab yg besar menentukan hala tuju UMNO.

Tetapi yang selalunya terjadi ialah ahli ahli diperingkat bawahan sering diperbodohkan oleh ketua ketua mereka. Bila tiba mesyuarat, kawalan akan dilakukan oleh Ketua Bahagian bersama dgn AJK dan kroninya. Perubahan boleh dilakukan tetapi halangan telah bermula dari bawah lagi.

Ramaikah anak anak muda yang berminat dengan UMNO? Mereka sebenarnya bukan lari atau menjauhkan diri. Mereka sebenarnya 'di halau' dari UMNO.

Mengapa saya katakan 'di halau'? Pernahkah kita mengejar ayam dikampung untuk disembelih sebagai lauk? Ramai yang pernah mengalaminya dan ramai yg tidak, tetapi itu tidak penting. Ayam ini bila tidak di beri makan yg cukup, ia akan pergi merata kampung untuk mencari makan. Bila naik ke rumah jiran, ia akan di halau dan mungkin di baling dengan penyapu.

Tetapi suasana akan bertukar jika seandainya ayam ayam ini akan di gulaikan.Pertama sekali,beras akan ditabur untuk 'mengumpan' ayam ini.Jika gagal ditangkap semasa mematuk beras,ia akan dikejar habis habisan. Anak jiran turut sama mengejar ayam ayam ini dengan harapan bila masak nanti dapatlah semangkuk gulai ayam kampung, upah penat mengejar ayam tadi...

Pada hakikatnya walau bagaimanakan situasi yang wujud kepada ayam kampung ini,akhirnya ia akan di sembelih jua. Tuan rumah mungkin tidak menghalau ayamnya yg berkeliaran di kampungnya tetapi penyapu akan terbang seandainya ayam itu 'tersesat' memasuki dapur, dikhuatiri ia akan berak atau membuat pinggan berselerak!

Begitulah yang terjadi kepada sebahagian ahli UMNO. Bila ada pilihanraya,pemilihan caw. atau bahagian, ahli UMNO akan di jadikan 'ayam kampung'. Mereka di tabur dengan janji manis seumpama beras di tabur kepada ayam... Bila kenyang ,ditangkap dan isembelih'. Jika gagal di'tangkap', maka nasib ahli tersebut adalah seumpama ayam kampung yang masuk ke dapur tadi.....

Sebab itulah ramai ahli UMNO memilih jalan yang selamat iaitu menjadi ayam daging. Walaupun tahu diri akan di sembelih dalam masa 45 hari, namun apabila memikirkan keselesaan yang ada sebelum disembelih, ayam ayam ini 'merelakannya'...dan kadang kadang yang bernasib baik akan dapat bangsal yg ada air-con..

Seandainya hanya ada 2 pilihan dalam hidup, yang mana satu kita akan pilih, menjadi ayam kampung atau ayam daging ? Tetapi penamatnya tetap sama, mati dihujung pisau... dan ayam kampung tentunya lebih sedap dan manis dagingnya...
Cheguman said…
Azli,
Nampaknya ramai yg tidak begitu mengikuti perjalanan politik Anwar semasa beliau ada kuasa dlm UMNO.

Malam tadi seorang rakan saya (ustaz) bercerita kisah Anwar di asrama sambil bersumpah. Setakat itu sahaja yg saya boleh kongsi. Saya pun dengar cerita orang.

Tapi kalau nak tahu kenapa PAS baik dgn Anwar, saya ada bincangkan di blog saya (waadat).

Bagi saya, UMNO seperti sebuah rumah. Kalau hantu jembalang di dalamnya, memang lah rumah itu berpuaka. Tapi kalau kita ramai-ramai masuk ke dalamnya, baca Al-Quran, buat ibadat dsbnya, insya Allah walaupun rumah itu tidak dinamakan surau namun hantu jembalang tidak akan berani lagi berumah di situ.

Kecewa, bosan dan geram seharusnya dikeluarkan drpd kamus perjuangan.

Dilihat sekali imbas, memang saudara membalas hujah sesetengah komen dgn agak keras namun saya dapati komen yg mereka beri pun agak keras. Masalahnya ialah ramai yg mengharap diberi layanan baik sedangkan mereka sendiri tidak begitu menghormati tuan rumah.

Err... saya tak kata para tetamu kat sini. Saya maksudkan Hindraf.

Sempena hari raya ni, saya jemput sesiapa yg belum mengenali blog saya, silalah ke sana jika sudi (blog waadat)

Wallahu'alam.
Terbalikkan Piramid! :-)
azlishukri said…
saya akan menjawab satu persatu hujah Perfecwater : Saya berdoa agar kita ikhlas untuk mencari kebenaran.

Komen saya di blog saudara adalah berasaskan kepada kenyataan saudara sendiri yang berbunyi sebegini,

"Saya telah diminta oleh bekas calon yang menawarkan diri untuk jawatan Presiden UMNO iaitu Saudara Ismail bin Hashim a.k.a Mail Bangsawan untuk menyampaikan rasa terkilan kerana ada tangan-tangan yang "baik hati" telah menyebabkan blognya "SEKILO GARAM" disekat oleh Google hanya selepas 24 jam dibuka. Kerja siapakah ini? Kalau beginilah politik UMNO, saya rasa terlalu hina menyebut nama UMNO...ada sesiapa sokong saya dalam hal menghalang suara rakyat dari didengar oleh umum???Semoga Allah memberi jutaan rahmat kepada mereka yang berlaku khianat! Aamiiin

Ya Allah Ya Tuhanku Andai Aku Berada Di Pihak Yang Benar Maka Engkau Berikan Kebaikan Kepada Mereka Yang Khianat..."

Nah bukankah frasa daripada kata-kata saudara yang berbunyi begini,
"Kalau beginilah politik UMNO, saya rasa terlalu hina menyebut nama UMNO.." bukankah ini merupakan frasa tuduhan? ia sangat berbeza dengan kenyataan saudara di dalam blog saya ini yang berbunyi

"Mungkin tuan tidak mengetahui hal sebenar yang berlaku kepada saudara Ismail Hashim sehingga menyebabkan beliau 'terpaksa' menarik diri hanya selepas 24 jam beliau beria-ia menawarkan diri bertanding jawatan presiden UMNO. Kalau tuan hendak boleh saya berikan nombor telefon Ismail Hashim untuk tuan bertanyakan hal yang sebenar-benarnya. Tentang siapa yang menekan beliau, siapa yang menelefon Shahidan Kassim untuk mengarahkan penarikan diri dibuat."

dua tuduhan ini adalah sangat berbeza satu berkenaan isu Ismail Hashim yang ditekan agar menarik diri, dan yang satu lagi, yakni yang saudara paparkan di dalam blog saudara adalah tuduhan kepada UMNO keseluruhan bukan kepada individu. dua fasa yang berbeza.

Nah, sekarang cuba baca kembali komen saya di dalam blog saudara yang berbunyi,"saya kurang setuju saudara terus menunding jari atas nama UMNO. penyokong2 pembangkang tidak seharusnya membuat tuduhan melulu seperti ini."

bukankah jelas mesej yang saya sampaikan di atas, saudara tidak tahu siapakah yang menyuruh pihak google menutup akaun blog "Sekilo Garam" milik Ismail Hashim itu, betul ke ini kerja UMNO? atau kerja pihak lain yang menggunakan nama UMNO, mana saudara tahu? apakah saudara fikir pihak google begitu bodoh dengan mendengar arahan pihak-pihak tertentu dengan buta-buta untuk menyekat sesebuah blog itu beroperasi? Ismail Hashim bukanlah nama besar yang perlu ditakuti pengaruhnya oleh orang-orang tertentu di dalam UMNO. terlalu mudah saudara membuat kesimpulan berasaskan kepada hanya daripada satu sumber sahaja, yakni Ismail Hashim, sudahkah saudara menghubungi pihak google Malaysia? jika perlu boleh saya berikan nombornya. Persoalan yang saya kemukakan ialah, jangan sewenang-wenangnya menggunakan nama UMNO untuk segala perbuatan jelek dan keji, seolah-olah UMNO itu umpama najis yang sangat kotor dan busuk. Apabila ada yang ikhlas untuk membetulkannya, kita tetap kutuk dan kata macam2, jadi apakah niat kita yang sebenarnya? perbuatan sebeginilah yang banyak mencemarkan nama UMNO, kita fitnah terus atas nama UMNO tanpa kita banyak berfikir. memang UMNO tidak sempurna, san kitalah yang wajib membantu membersihkan UMNO dan bukan menambahkan ramuan fitnahnya lagi. Apabila nabi bersabda, bantulah orang zalim, maka para sahabat beliau bertanya, Ya Rasulullah, jika Tuan menyuruh kami membantu orang yang teraniaya, itu kami tahu dan faham, tetapi bagaimanakah untuk membantu orang yang berbuat zalim?, nabi bersabda, dampingi dan nasihatlah dia."

Jika saudara bahawa UMNO itu zalim dan kotor, sama2 lah kita bersihkan. bukan menyisihkannya, bantu UMNNO dan sama2 kita pulihkan apa-apa yang tidak baik di dalam UMNO. Masalahnya, kita ego dan tak nak. kita degil dan hanya suka mengkritik. Inilah masalahnya. wallualam.
Tinta Biru said…
Salam Saudara,
Saya setuju dengan pendapat yang saudara utarakan,Tapi pada saya sesiapapun yang ingin bertanding biarlah mungkin mereka mahu mencuba nasib...untung nasib timbul untung sabut tenggelam...
azlishukri said…
"Ini soalan saya tentang mukhriz, benarkah mukhriz bersih? Dari konteks rasuah politik, adakah mukhriz tidak menggunakan taktik yang sama digunakan oleh KJ?Saya menerima maklumat bahawa ada bahagian yang menetapkan pakej wang RM 15k untuk menaikkan nama calon yang bertanding? Mungkin Pemuda UMNO Kuala Kangsar bersih dari rasuah politik? Bagaimana ciri pemimpin yang berakhlak yang boleh ditonjolkan dari insan bernama mukhriz?"

-Sebelum saya menjawab soalan saudara, saya ingin bertanya, apakah yang saudara maksudkan dengan kata-kata "adakah mukhriz tidak menggunakan taktik yang sama digunakan oleh KJ?" Wah saudara lebih arif daripada ahli UMNO sendiri berkenaan taktik khariy? apakah taktik khairy yang saudara ketahui? boleh kita kongsi bersama? Nampak benar saudara merupakan orang yang lebih gemar melihat keburukkan berbanding dengan kebaikan.Analisis kita perlu adil dan berpijak di bumi yang nyata.

Tentang RM15 K itu saya tidak tahu. saudara lebih tahu. dan hanya Allah yang tahu.Pemuda UMNO kuala kangsar bebas rasuah? hanya Allah yang tahu. saya tidak tahu. tetapi rakan2 saya tidak makan rasuah. itu saya boleh komen. tetapi kami tidak sampailah sanggup mendakwa zina itu sebagai sedekah. Itu lagi teruk.

soal saudara yang berbunyi "Bagaimana ciri pemimpin yang berakhlak yang boleh ditonjolkan dari insan bernama mukhriz?" saya jawab begini, saya kenal mukhriz, bukan seperti orang lain yang menyokong membuta tuli. saya ingin bertanya kembali, amal ibadah hanya tuhan yang nilaikan, jika banyak amal ibadah sekali pun tetapi hati tidak ikhlas, Allah tidak akan terima. Saya ingin bertanya saudara pernahkah saudara nampal Mukhriz berzina? minum arak? atau tinggalkan solat? jika saudara tidak nampak, maka itulah akhlaknya. Yang hendak ditonjolkan daripada mukhriz ilah "Keikhlasan"nya, bukan amalnya, seperti pemimpin2 PAS - serban tinggi - tetapi mengumpat.

Cubalah tengok hal ini baik2. Sewaktu Abu Dzar memohon kepada nabi akan suatu jawatan, maka nabi menjawab , "Tidak perlulah Abu Dzar, kamu lemah. sesungguhnya jawatan itu adalah amanah dan akan dipertanggungjawabkan." saya percaya saudara tahu siapakah Abu Dzar di sisi nabi dan para sahabat. Orang yang kuat ibadahnya, malah ahli-ahli Sufi mendakwa bahawa kehidupan sufi itu diambil daripada cara hidup Abu Dzar, tetapi kenapa nabi tidak melantik beliau untuk sesuatu jawatan yang dimintanya itu? apakah nabi tidak tahu tahap keimanan Abu Dzar? bukan, bukan nabi tidak tahu, tetapi abu Dzar lemah dari banyak segi, terutama dari aspek kepimpinan. Memang, Abu Dzar kuat ibadahnya, tetapi untuk menjadi seorang pemimpin, bukanlah hanya dilihat kepada kuatnya ibadah semata2, tetapi kekuatan daya kepimpinan dan pemikiran sangat diutamakan oleh Rasulullah.

Pengajaran daripada hadis ini ialah, jika seseorang itu kuat dari segi ibadah dan akhlak, tetapi lemah dari segi kepimpinan dan daya fikiran, ia tidak boleh dilantik, kerana apa? kerana dikhuatiri mengundang fitnah kepada agama Allah yang mulia ini. Jadi saudara jangan tersilap dalam mempelajari fiqh kepimpinan. Sebab itu pada saya, Nik Aziz gagal menjalankan amanah sebagai pemimpin, tetapi ahli ibadah saya akui Nik Aziz memang hebat, sebab itu apabila doktor menyatakan sebab utama mengapa perjalanan darah beliau begitu baik seperti orang muda, kami para doktor berkata ini adalah natijah daripada solat malam beliau.

saya akui kehidupan ibadahnya, tetapi melantik seorang pemimpin bukan semata2 dilihat dari aspek ibadahnya yang hebat semata2 banyak aspek lain, seperti mana yang tertera salam hadis Abu Dzar tersebut. Wallualam. Jadi apakah yang hendak kita tonjolkan daripada Mukhriz - jawapan saya "Kepimpinan dan Kecerdikan Beliau" yang seperti bapanya juga. Wallualam.

saya ingin sahaja menceritakan fiqh kepimpinan kepada saudara, tetapi ruang yang sangat terbatas dalam perdebatan ini. satu masa nanti saya akan menerangkannya panjang lebar dalam blog saya ini.
Tinta Biru said…
Salam Perjuangan dan terima kasih kerana mengunjungi blog saya
azlishukri said…
"Bagaimana ciri pemimpin yang berakhlak yang boleh ditonjolkan dari insan bernama mukhriz? Lihat keluarganya sendiri, ibunya 'taat' kepada ajaran Islam dengan memilih fesyen rambut sebegitu? isterinya bagaimana pula? 'Bertudung labuh' menutupi segenap inci kepalanya?"

Satu lagi kedangkalan fakta daripada saudara. Saya tidak pernah mengatakan bahawa tidak memakai tudung itu merupakan suatu "Ketaatan" beragama dalam keluarga Tun Mahathir. Yang salah tetap salah. Itu jelas, kita harus menasihatinya. tetapi faktor itu tidak sama sekali, saya ulang sekali lagi, tidak sama sekali "menggugurkan" kelayakkan seseorang itu untuk menjadi pemimpin.

saudara nampaknya lebih banyak menekannya soal lahiriah yakni apa yang dilihat, seperti berjubah, bersereban dan lain2, itu syiar dan syariat Islam yang sama sekali tidak diragui. Wajib bagi kita berdakwa kepada masyarakat dalam soal ini.

Tetapi kita harus faham, hal itu seperti isterinya tidak bertudung atau ibunya tidak bertudung, sama sekali tidak menggugurkan kelayakkan beliau untuk menjadi seorang pemimpin.Saudara tidak boleh menghitung iman dengan bentuk lahiriahnya. hal ini akan saya jawab dalam satu artikel nanti berkenaan fiqh kepimpinan. (Jika sudi saudara baca Monolog Azli Shukri, Bab 6 : Sisi Gelap Kebenaran, di sana perlunya kita mengetahui sesuatu disiplin ilmu dalam mengupas sesuatu isu itu.) wallualam
azlishukri said…
"Atau mungkin saudara azli mempunyai hujjah seperti hujjah yang saudara gunakan untuk meneima ISA sebagai akta yang perlu mengikut syariat Islam sedangkan pada zaman Nabi SAW tiada pula ditahan Abdullah bin Ubay tanpa bicara atas kesalahan menjadi Bapa Munafiq mengikut 'akta' yang serupa dengan ISA? Apakah Umar Al-Khattab lebih maksum dari Rasulullah SAW dalam mengendalikan siasah?hingga membolehkan beliau menggunakan 'akta' atau undang-undang yang hampir serupa dengan ISA? Saya 'arifi kesarjanaan tuan tentang ilmu berkaitan...jadi saya tunggu sahaja jawapan tuan.

Jawaban saya - sekali lagi, nampaknya saudara tidak menggunakan hujah fiqh al-sirah dalam perdebatan ini.Isu yang saudara dakwakan seperti berikut,

"sedangkan pada zaman Nabi SAW tiada pula ditahan Abdullah bin Ubay tanpa bicara atas kesalahan menjadi Bapa Munafiq mengikut 'akta' yang serupa dengan ISA? Apakah Umar Al-Khattab lebih maksum dari Rasulullah SAW dalam mengendalikan siasah?"

Isu ini sudah dijawab banyak ulama di seantero dunia. saudara harus faham terlebih dahulu fiqh Waki' yakni suasana ketika "Bapak Mubafik itu hidup dalam zaman nabi Muhammad" jangan ambil mudah ilmu ini. Ia sangat penting dikuasai, kerana awal2 dahulu saya juga keliru seperti saudara, tetapi alhamdulillah, Allah temuikan saya dengan kebenaran.

saudara tahu atau tidak bahawa pada awal kemunculan Islam, Islam begitu lemah , malah umat Islam begitu ditindas dan ditekan dan jika nabi Muhammad silap mengambil tindakan, maka kesannya adalah besar kepada agama Allah. Maka, di sinilah letakknya salah satu sifat wajib ke atas nabi yakni "Bijaksana".

Dan apakah saudara tahu bahawa Bapak Munafik yang saudara tuliskan itu dan namanya ialah Abdullah bin Ubay begitu berpengaruh orangnya? Malah, apakah saudara tahu bahawa beliau bukan berseorangan dalam menentang Rasulullah? Apakah saudara tahu bahawa Abdullah bin Ubay begitu ramai pengikut setianya? dan apakah saudara tahu apakah kesanya jika Abdullah bin Ubay ditangkap oleh Rasulullah?

Dalam soal ini Seluruh ulama sudah memperdebatkannya sejak berkurun2 lagi. bukan nabi tak mahu menanggkap dan membunuh beliau, tetapi jika beliau dibunuh dan ditanggap, kesannya kepada umat Islam dan agama Islam adalah sangat hebat.

Apakah saudara berfikir bahawa tiada sahabat2 baginda yang mencadangkan agar Abdullah bin Ubay dibunuh sahaja? tak akanlah begitu buta mata para sahabat Rasulullah dalam soal ini?

tetapi, mengapa Rasulullah tidak mengambil tindakan? mengapa baginda tidak sahaja bertindak menangkap Abdullah bin Ubay? jawapannya adalah kerana, jika Abdullah bin Ubay ditangkap, sudah tentu bencana besar akan menimpa umat Islam.

Dengan pengaruh yang dimiliki bapak munafik itu, maka umat Islam akan bertempur sekali lagi dan tidak mustahil umat Islam akan diseksa dan dibunuh di mana-mana sahaja jika mereka ditemui oleh pengikut2 Abdullah bin Ubay. Maka inilah yang cuba dielakkan oleh Rasulullah, jangan membaca fiqh sirah dengan disiplin sejarah sekolah.bahkan ini jugalah fakta yang membuktikan kebijaksanaan nabi Muhammad dalam usaha berdakwah yang akhirnya menghasilkan disiplin ilmu Fiqh al-Marhalah, Fiqh al-Awaliyyat dan Fiqh al-Waqi' Wallahualam.
azlishukri said…
"Apakah Umar Al-Khattab lebih maksum dari Rasulullah SAW dalam mengendalikan siasah?"

Ini satu lagi provokasi yang mencacatkan nama para sahabat mulia nabi Muhammad. Umar tidak maksum, tetapi beliau merupakan salah seorang daripada 10 sahabat nabi yang dijamin masuk syurga.

Apabila Umur memberhentikan seketika hukum hudud di zamannya, apakah saudara sanggup mendakwa bahawa Umur telah melawan perintah Allah dan Rasulnya? sudah tentu tidak, bukan? dalam banyak2 sahabat nabi, Umur merupakan sahabat nabi yang sangat arif tentang maqasid syariah, yakni tujuan2 sesuatu hukum atau ayat al-Quran itu diturunkan.

Apabila nabi bersabda ""Yang paling kutakuti menimpa kepada umatku ialah munafik yang pandai bercakap." (Hadis shahih riwayat Ahmad dan at-Thabrani).Umur memahami tidak hanya dari aspek matan lahiriah hadis ini semata-mata, tetapi lebih jauh daripada itu. beliau mempraktikkan falsafah yang beliau faham dalam matan hadis tersebut, maka beliau laksanakannya. (seperti mana dalam tulisan saya tersebut berkenaan isu ini) Wallahulam.
azlishukri said…
Demang - saya sangat setuju dengan kenyataan saudara, manakala kata-kata saudara yang berbunyi di bawah ini,

"Dilihat sekali imbas, memang saudara membalas hujah sesetengah komen dgn agak keras namun saya dapati komen yg mereka beri pun agak keras."

boleh saya jawab bahawa, dalam blog saya ini saya memberi kebebasan kepada siapa2 untuk berhujah, demi mencari kebenaran.
Anonymous said…
ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM PERTEMUAN

Saya menghentam Khairy Dalam Tulisan Saudara Azli Sebelum Ini. Nampaknya Saudara Berminat Dan Segera Mengulasnya Dalam Satu Tajuk.

Saya Mulakan Komen Saya.

1. Blogger Ahmad menghairankan saya, macam suka dengan KJ, apa masalah dia ni? Orang kuat Khairy ke?
KJ hanya seketul "Najis" dalam Politik Malaysia, hanya tahu menghentam orang lain, dia bukan apa pun. Budak hingusan ni guna Pak Lah je nak naik cepat. Kerana kebiadapan dan kebodohan orang macam ini, rosak parti. Dia ibarat Tiang Membawa Rebah.

Blogger Ahmad janganlah nak banding dengan pemimpin lain dalam UMNO, kita bicara si KJ yang biadap dan celupar ni, maka seharusnya kita tumpu. Nak bandingkan dengan pemimpin lain, mana ada yang biadap sebiadap KJ ni. Mungkinkah anda berperangai seperti beliau?
Anonymous said…
Khairy Gagal Dan Biadap

1. KJ orang bertanggungjawab dengan program MAT REMPITNYA, apa jadi dengan program yang dia buat. Mat Rempit mandi dalam kolam mengambil air sembahyang. Khairy bukan pantau pun program dia.

2. Nak jadi pembela Siswazah Menganggur. Macam-macam program dia buat, tapi habuk pun tak ada. Khairy..khairy, kau sendiri tahu pembohonganmu.

3. Sibuk nak buat MyTeam. Kononnya dia hebat. Nak jadi juara kembalikan kegemilangan kegemilangan Bola Sepak Malaysia. Dia kata orang lain tak bijak bangunkan bola sepak, idea dia tu ok. Bila Persatuan Bola Sepak Malaysia bawa dia masuk, satu apa pun tak ada. Cakap macam si bodoh.

4. Menggelar beberapa pemimpin lain dengan gelaran BERUK. Biadapnya menantu si pengasas Islam Hadhari ni? Menggelar orang dengan gelaran seperti itu.

5. Jadi Pengerusi Forum Halal Sedunia (Saudara Azli Lebih Tahu senab dia Wawancara KJ, saya tahu berdasarkan gambar), Dia ni ada ilmu ke tentang agama?

6.Pejuang Bahasa. Si KJ ni nak popular, setiap kali berucap dalam Perhimpunan, dia akan bicara soal Bahasa Melayu. Lepas tu dia popular, sebab isu ini menarik perhatian, tapi lepas dia berucap, macam ayam berak kapur, tak ada apa.
Anonymous said…
Khairy Macam Kerang Busuk, Orang Meluat.

1. Siapa dia sampai tahu isi kandungan laporan polis Saiful yang mendakwa di liwat Dato Seri Anwar, sampai berani bercakap perkara tersebut di Parlimen?

2. Siapa dia nak tuduh Datuk Khalid (MB Selangor) ambil rasuah sempena sambutan 100 pemerintahan selangor. Orang derma dia kata rasuah.
Inilah KJ, kalau dia bagi rasuah Politik Wang, kalau orang lain Rasuah (Istilah orang UMNO)

3. Siapa dia nak kuburkan Politik Anwar di Permatang Pauh? Kerana kebiadapan dan kebodohannya, maka dia yang terkubur dengan keceluparan mulutnya.

4. Siapa dia mengkritik orang lain, Isu ECM Libra sendiri menghantui dirinya.

Khairy oh Khairy
Memang rupamu aku benci
Namun lubang mulut dan hidungmu tetap menjadi pujaan BEBERAPA BLOGGER.

Insaflah.

Sekian.
Anonymous said…
CERPEN : (K) PEMBURU WANITA (J)

by : DA

Aku ada seorang kawan, katanya, kau tahu tak kenapa si KJ-Kucing Jantan Hitam tu marah sangat kat DSAI. Aku kata tak tahu. Si KJ ni masa kat luar negara berangan-angan nak masuk politik malaysia. Tapi tak gentelmen, bacul. Habis apa yang dia buat. Masa tu DSAI ada puteri NI namanya, masa tu DSAI kan TPM. Jadi dia kata mesti senang kalau dapat si NI jadi bini. Tapi siapa nak layan si Kucing Hitam ni, NI dan Papanya tak peduli pun si jahil ni. Tu yang depa pi hambat anak si Mr. Clean tu. Lo ni strategi depa menjadi la....

Tema Novel : Tentang seekor Kucing Hitam ingin mendapat kuasa dengan mengahwini Anak Ketua Segala Kucing di Negara Miaow Miaow...
Anonymous said…
PANTUN BUAT KJ

Dari Rembau Ke Putrajaya
Singgah Mari Mengalas Perut
Aku rasa masa dah tak lama
Leherku pasti kena jerut

Kelip-kelip ku sangka api
Rupa-rupanya siren polis
Aku takut sangat ayahanda pergi
Nanti aku pula yang mampus

Putrajaya indah sekali
Kebanggaaan seantero benua
Aku kini resah sekali
Keceluparanku dulu membawa bala

Kanak-kanak main pelita
Main pelita di hari raya
Perhimpunan bakal bermula
Aku risau tak jadi Ketua Pemuda
Anonymous said…
SYAIR KEBODOHAN MEMBAWA REBAH


Pesan pujangga jangan dilupa
Kelak diri ditimpa bencana
Pabila bicara janganlah alpa
kelak nanti mendapat murka

Jika berkata hendaklah hemah
Supaya tidak ditimpah susah
Bahasa kita sangatlah indah
Mengapa kau pilih bicara lucah

Wahai KJ menantu Pak Menteri
Insaflah diri sebelum Mati
Jika tidak kau akan dicaci
Tujuh keturunan terus dibenci
Anonymous said…
Dedikasi Kepada Blogger Yang Menyokong Khairy


Khairy oh Khairy
Memang rupamu aku benci
Namun lubang mulut dan hidungmu tetap menjadi pujaan BEBERAPA BLOGGER.
Tahniah blogger yang menyokong KJ, jangan terkejut jika anda menggelar atau digelar BERUK.
Tinta Biru said…
Salam Saudara,
terima kasih kerana link kan blog saya,
salam aidilfitri dan salam perjunangan dari SAUDARI TINTABIRU
perfectwater75 said…
Salam Tuan Azli,

Terima kasih atas penjelasan. saya hanya menggunakan frasa "kalau' dan tidak melulu secara khusus menyatakan UMNO, tetapi saudara terus mengecop frasa itu ditujukan terus kepada UMNO.

Saya akui tuan ikhlas dalam memperbetulkan UMNO tetapi soalnya berapa ramai pejuang seperti saudara? Mungkin frasa yang saya gunakan terlalu umum, tetapi bukankah apa yang berlaku dalam PRU-12 bukti rakyat menolak UMNO/BN secara umum tidak secara individu.Umumnya tidak menghukum parti atas individu tetapi menghukum parti secara umum kerana sebilangan besar pimpinannya melakukan kerosakan, hanya pemimpin kasta rendah seperti kita yang tegar memperjuangkan nilai UMNO yang sebenar.Kalau mengikut apa yang ada pada saudara, saya yakin saudara yang layak untuk bertanding jawatan lebih tinggi tetapi mungkin tuan tidak mampu dari segi kewangan seperti 2 3 orang calon yang bertanding.

Benarkah Mukhriz memiliki kepimpinan dan kecerdikan bapanya atau meniru secara terus tanpa mempunyai identiti sendiri atau dalam istilahnya KLON semata-mata?
Atau...hanya kerana tuan pernah bertemu dengan Mukhriz menyebabkab tuan jatuh hati dengan cara layanan beliau kepada tuan?
Apa yang saya nampak, mukhriz hanyalah seorang yang pandai mengambil kesempatan atas kesilapan orang lain. Tak lebih dari itu. Apa jawatan yang dia pegang selain dari exco pergerakan pemuda UMNO Malaysia khususnya dalam cawangan dan bahagian? Bagaimana boleh tuan katakan dia layak menjadi ketua pemuda UMNO hanya berbekalkan kekuatan bapanya?
Pernahkah dia berjalan kaki ke sekolah atau merasai susahnya orang kampung membeli keperluan harian yang semakin naik setiap hari? kalau setakat dia kata dia memahami sahaja, lupakanlah tuan... Hanya pemimpin yang pernah merasai keperitan hidup sahaja yang boleh memahami keperitan orang lain dan lebih menghargai kehidupan...Tuan pernah tanya kepada Mukhriz, dia ada masalah ke dengan kenaikan harga minyak sekarang ini? Kalau nak bicara tentang kereta, lagilah jauh tuan dan saya jika nak bersaing dengan keempukkan kerusi kereta mewah mukhriz.. Apapun tahniah kerana pemuda UMNO bahagian tuan bebas rasuah tetapi bahagian2 lain?
Minta maaf tetapi saya suka bersahabat dengan tuan..ikhlas dalam perjuangan..

thx!
C.H.E Dayat said…
Salam saudara.. Satu posting yang bernas, hebat dan mutakhir.. menepati jangkaan semua akar umbi UMNO.. Saya di bahagian pokok Sena juga mencalonkan Dato' Mukhriz sebagai Calon Ketua Pemuda.. harap UMNO dapat dipulihkan dengan Sinergi yang mantap dari setiap sudut.

www.kisahsebuahbangsa.blogspot.com
White Rabbit said…
Posting yang hebat kerana mampu mencetuskan komen-komen yang bernas dan hebat. Seronok baca pandangan-pandangan yang penuh informasi dan menunjukkan kemampuan intelek masyarakat kita. Teruskan usaha demi bangsa dan negara kita.

http://bangkitlahusahawanmalaysia.blogspot.com/
Rahimin Idris said…
hah, setuju. KJ nampak berlebih2 menonjolkan diri. entah2 apa2 betul.

soal UMNO dah rosak itu biasa bila dah berlaku perebutan kuasa atau bila ada yg nak jadikan politik tu lombong emas. parti2 lain pun macam tu saya rasa bila dapat kuasa.
Anonymous said…
KHAIRY DAN GELARAN

Siapa agaknya (Sultan atau YDPN) yang akan memberi gelaran Datuk atau Dato Kepada si Khairy Jamaluddin ni pada masa yang akan datang?

Mari kita fikirkan, maklumlah, sikhairy ni mesti berangan-angan pangkat tu. Malulah dipanggil Encik Khairy Jamaluddin?

Datuk Khairy Jamaludin
(Tunggulah, kut-kut Pak Lah lepas bersara jadi Yang Dipertua Negeri)
Anonymous said…
PERIBAHASA BUAT SI KHAIRY

1. Seperti Kerang Busuk

2. Seperti Kacang Hantu

3. Tongkat Membawa Rebah

4. Seperti Kaduk Naik Junjung

5. Seperti Tikus Membaiki Labu

6. Bagai Anjing Menyalak Bukit

7. Seperti Ketam Mengajar Anaknya Berjalan Lurus

8. Seperti Ayam Berak Kapur

9. Bagai Murai Tercabut Ekor

10. Bagai Cacing Kepanasan - Nak Dapatkan Jawatan Ketua Pemuda.
Yb Nasir said…
Saudara,sesetengah manusia dilahirkan untuk menjadi pemimpin,manakala sesetengah lagi dilahirkan untuk menjadi pengikut tetapi ada juga sesetengah yang dilahirkan untuk menjadi pengikut tetapi bercita-cita untuk menajadi pemimpin walaupun tidak berkemampuan,saudara,saya berharap agar dapat menyokong saya dalam pertandingan di bulan mac tahun hadapan,saya bertanding kerusi majlis tertinggi sahaja....

yb nasir
perfectwater75 said…
Salam, saya petik dari TKO:,

Pagi semalam (sabtu) saya menerima mesej daripada seorang sahabat yang dahulunya pensyarah UIAM dalam bidang ekonomi Islam (baca: Dr. Asraf Wajdi Dusuki). Beliau meninggalkan jawatannya kerana masuk bertanding dalam pilihanraya yang lepas dan tewas( baca: atas tiket BN dan kalah kepada Dato Kamarudin Jaafar, Parlimen Tumpat). Saya kenal kesungguhan cita-cita Islam dan kebaikan dirinya. Dia bukan sahaja memiliki Ph.D dalam bidang ekonomi Islam, bahkan mempunyai pengetahuan dan disiplin Islam yang baik dalam perkara-perkara yang lain.

Namun mungkin masa tidak menyebelahinya, walaupun hasratnya baik untuk membaiki kepincangan politik. Sehari dua ini, parti yang dimasukinya sibuk membuat mencalonan jawatan itu dan ini (baca: Umno lah), dan dia juga mencuba nasib untuk jawatan ketua pemuda di suatu bahagian tertentu (baca: Tumpat). Dalam mesejnya itu, setelah menyatakan parti yang dimasukinya tidak sesuai lagi untuk orang sepertinya, dia menyebut: “Saya kalah kepada lawan yang tidak lulus SPM, kerja penyeludup beras dan bekas penagih ubat batuk hanya kerana wang. Dia diongkosi oleh Ketua Bahagian yang melihat saya sebagai ancaman. Jawatan parti hari ini adalah jawatan yang disandang berasaskan siapa yang dapat membida harga tertinggi bukan siapa yang berkualiti dan mahu berbakti”.

Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa.

Sementara itu, Dr. Asraf Wajdi turut mengesahkan perkara yang sama didalam blognya. Ikuti sebahagian daripada keluhannya,



Apabila Kalah Lebih Baik Daripada Menang

Saya minta maaf kerana lama tidak mengemas-kini blog ini. Sebenarnya sejak Ramadan, amat sibuk dengan pelbagai program di Tumpat. Mungkin ada yang sudah maklum mengenai penglibatan saya dalam pertandingan Ketua Pemuda Tumpat. Mesyuarat dan pemilihan sudahpun selesai Jumaat lalu. Keputusannya saya tewas kepada calon yang ditaja Ketua Bahagian dengan majoriti 85 undi (Saya dapat 173, beliau dapt 258).

sepenuhnya http://www.asyrafwajdi.com/blog/?p=48

komen tuan benarkah UMNO bersih dari rasuah?
azlishukri said…
perfecwater - saya ikhlas dengan sesiapa pun termasuk saudara, demi kebenaran dan keikhlasan.
azlishukri said…
"Mesejnya jelas menunjukkan dia amat kecewa dengan partinya. Itulah natijahnya apabila politik yang bertujuan untuk membaiki dan mengendalikan urusan umat agar selaras dengan kehendak wahyu dijadikan medan pertaruhan demi membolot harga dan kuasa, maka manusia atau organisasi itu akan menjadi binasa."

Perfecwater - kecewa dan putus asa tidak seharusnya ada dalam kamus perjuangan, Asraf lebih tahu bagaimana Nabi berjuang, adakah nabi Muhammad berputus asa?
bronaga said…
bro Azli nice job! bukanlah secara membuta tuli kita semua menolaknya dan bukan juga secara totok kita memilih Mukhriz, lihatlah dengan mata hati kita...sememangnya beliau memang tidak layak!
add said…
Saudara Azli . Saya mohon saudara sampaikan dalil-dalil mengapa KJ tidak diperlukan dalam UMNO bukan sahaja kepada Pemuda malah UMNO dan BN kepada bahagian yang belum bersidang. Pls,pls berambus lah kau wahai pencacai (KJ) dari UMNO dan BN. Kalau kau nak masuk PKR pun masuk lah saya rasa orang UMNO dan BN tak heran lah.Kau adalah manusia yang paling hina dalam UMNO dan BN wahai KJ.Saudra AZLI kalau perlu saudara buat PC pun buatlah dan tunjukan sokongan secara terbuka. saya merayu pada anda. Saya hanya boleh hantar email pada kekawan sahaja.
Anonymous said…
Salam Hormat Semua.

Saudara Bligger Add, Saya rasa Saudara Azli tidak boleh secara terbuka memenuhi permintaan saudara seperti mengadakan PC dan seumpamanya. Pada saya, beliau ni terikat dengan Akujanji Perkhidmatan Awam (Saya Tak Pasti). Seperti juga Pelajar Universiti Terikat dengan AUKU. Saya tak pasti tentang itu, sebab saya seorang ahli perniagaan dan bukan kakitangan awam.

Tetapi, semua orang (Satu Malaya/Malaysia) dah tahu si KJ ni biadap dan tiada etika. Jadi apa lagi nak dihairankan.

Bahagian yang bersidang lalu memilih KJ saya anggap mereka BODOH, atas alasan apa mereka ni menyuarakan sokongan pada Kucing Jantan ni?
Anonymous said…
KJ Memang Biadap Kerana Ada Pak Lah

1. KJ pernah secara terbuka mengkritik Tun Dr. Mahathir, kebiadapan beliau amat menyakitkan hati rakyat Malaysia.

2. Mengkritik Pemimpin Pas dan menggelar dengan gelaran tidak sepatutnya. Pas marah macam manapun kepada si KJ ni, mereka hanya katakan dan gelar dia sebagai "Budak Nakal UMNO".

3. Nilailah sendiri sumbangan KJ, apa yang dia buat, tidak ada apa, dia hanya mencaci orang lain. Tunggulah, kalau Pak Lah tak berkuasa nanti, nak tengok muka dia pun ahli UMNO nak termuntah.
Anonymous said…
KHAIRY DAN EZAM PATUT TUBUHKAN PARTI BARU.


1. Saya cadangkan KJ dan Ezam tubuh parti baru. Namanya Parti Beruk.

2. Dulu Ezam nak masuk UMNO, berangan nak Jadi Ketua Pemuda, kasihan, sampai lo ni tak dengar nama depa.

3. Buka keahlian kepada semua beruk-beruk kat Malaysia, banyaklah sikit.

Dua orang ni terhegeh-hegeh, hidung tak mancung-pipi tersorong sorong. Kasihan si Ezam, keluar keadilan, masuk UMNO tapi tak jadi Ketua Pemuda.
Ingat lagi masa mula-mula dia masuk UMNO, saya nak kuatkan Pemuda... malu-malu, Pemuda UMNO tak pandang pun dia.
Anonymous said…
"TARIKH BARU PEMBANGKANG BENTUK KERAJAAN KARUT", Kata Pak Lah Kepada Wartawan.


Betulke karut?

Apa kesan pemilihan UMNO dan kegagalan pemimpin tertentu dalam UMNO merebut jawatan kepada Tarikh Itu?

Mari kita fikir-fikirkan.

Saya juga gembira hari ini kerana iklim ekonomi dunia ada pemulihan dan tanda positif, sebagai korporat saya amat terkesan dan mengikut perkembangan ekonomi ini. Kita pun perlulah juga prihatin dalam kita berbicara soal politik ini.

Wassalam
Dato Adil
Dari Singapura.
add said…
Terima kasih dato adil. memang orang dah sedia maklum bahawa Kucing Jantan ni biadap tetapi dek kerana "masyuk lebih",projek masyuk,peduli apa orang nak kata janji "masyuk". Inilah perjuangan yang sedang dilaungkan oleh bahagian yang menyokong Kucing Jantan sekor ni. KJ ni sebenarnya partner dengan TK Teresa Kok je. Baru boleh diistilahkan KJ versi TK. Kelemahan UMNO ni sebenarnya datang dari pemimpin itu sendiri bukan dari ahli bawahan. Aapbila dunia mengetahui dan memahami tentang tenatnya keputusan PRU 12 yang lepas angkara KJ ni tapi pada pencacai KJ (yang menyokong)masih lagi berseronok dan leka dan dengan penuh rasa bodohnya beri sokongan pada Kucing Jantan ni.
Kepada KJ kalau anda memang sayangkan UMNO dan BN lupakanlah saja UMNO dan BN. Buatlah bisnes dengn abang ipar ,bapa saudara ipar,sedara mak mertua tiri awak tu, kautlah sebanyak mungkin projek tu.kalau nak ambil bisnes sedara mertua awak pun boleh tukar je jenama Brahim tu jadi Krahim pun tak pe , saya sokong dan kalau dulu saya ke luar negara saya bawa menu Brahim dan tahun depan boleh lah saya bawa menu Krahim pun tak apa. Saya menyokong perniagaan anda.
azlishukri said…
dato; adil dan add - cadangan daripada saudara akan saya pertimbangkan. untuk buat PC, saya rasa biar ketua2 pemuda UMNO yang lakukan. Saya tidak sesuai, apa yang mampu kita lakukan sekarang ialah bercakap benar, bahawa KJ hanya mengundang fitnah kepada UMNO semata-mata.
add said…
bila nak sambung bab kj seterusnya
azlishukri said…
add - sabar, saya sedang kumpul maklumat.
Assalamualaikum warahmatullah,
Salam hormat kepada Saudara Muhammad Azli Shukri yang saya kasehi,

AZLI SHUKRI Quote: "Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian......
Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab."-Monolog, Bab 8.

Ceritakanlah kepada kami dan rujukkanlah kami tentang 'demokrasi'.

Dimana dan bagaimanakah 'demokrasi' dunia bermula, bagaimana ia terbentuk dan bagaimana ia dibentuk sehingga terjadinya 'demokrasi' tersebut?

Salam hormat kepada P067.
azlishukri said…
zul rahman - sahabat yang sangat saya kasihi. Permintaan saudara tersebut akan saya tunaikan. kerana apabila seseorang sahabat bertanyakan sesuatu. dan yang orang ditanyakan itu mempunyai ilmu, maka wajib baginya menyampaikan yang hak dan benar. tanpa takut. saya akan mencuba.
Jun said…
setuju, setuju...politik di malaysia semakin buruk...muga akan hadir pemimpin yg benar2 ikhlas...akak yg dok kt ceruk dapo ni pon risau...
terimakasih singgah kat rumah akak tu..
Assalamualaikum Li, aku ni Nordin, erm menarik tulisan hang menghentam Khairy, aku rasa sampei mesej ini kepada Pemuda Umno, tetapi aku hairan juga, kenapa masih ada pemuda yang nak juga calonkan Khairy, erm mungkin kerana mereka tak tahu gelagat Khairy sebenarnya.Tak Apalah walau kita berbeza idealogi, aku sokong hang bab pilih Mukriz sebagai Ketua Pemuda Umno. Tq Leeee.. (kenangan kita bersama sahabat-sahabat di UM amat indah)
perfectwater75 said…
Salam Azli,

Terima kasih atas penjelasan tuan, saya amat menghargai keikhlasan tuan menyampaikannya. tautan persahabatan melalui blog ini tetap utuh dan takkan bercerai hanya kerana bedanya pendapat antara kita.

thx
azlishukri said…
perfecwater - itulah yang saya harapkan. moga persahabatan kita akan tetap utuh demi agama, bangsa dan negara. saya secara peribadi sangat hormat kepada saudara.
azlishukri said…
wan - ko tetap kawan yang sukar dicari ganti. kita berjaya dalam aliran yang berbeza..
Anonymous said…
kahkahkah. anda terlalu mahathirista. kahkahkah.
azlishukri said…
farid - saya menilai dengan pertimbangan yang sewajarnya. bukan dengan pertimbangan membuta tuli.
Anonymous said…
Bila nak tulis sambungan KENAPA BUKAN KHAIRY?
Anonymous said…
Sdra Azli,

Boleh komen sikit kenapa Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar tidak langsung mencalunkan DMM sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia?

Apakah semua Pemuda UMNO K.Kangsar telah dibeli oleh you know who?
seribugis said…
Salam
Saudara, saya yakin dan pasti saudara maklum penubuhan UMNO adalah didasari oleh ahli-ahli UMNO, melayu yang tentunya islam dan bukannya atas desakan para pemimpin. Pada masa kini pula semua sepakat bahwa suatu remedi harus dirumuskan untuk menghindar kehancuran UMNO. Semua sepakat bahwa penyelesaiannya adalah UMNO harus berubah. "Berani Berubah"- DMM, "Kembalikan ke Akar Umbi","Lahirkan M'sia yang patriotik"- Rahim Thamby Chik dan macam-macam lagi.. Saudara dalam dunia ni dah terbukti.. Sosialis dah hancur, demokrasi dalam kelemasan.. Pemimpin UMNO nampaknya berfikir dan terus berusaha mencari penyelesaian berasaskan logika. Tapi syukur masih ada yang ingin kembalikan ke nilai-nilai; bersih, cekap, amanah, kepimpinan melalui teladan dan berbagai lagi nilai-nilai murni. Tetapi sayang tak seoranggpun yang secara terus terang berani untuk menyatakan kembali ke Islam. Mengapa???.. Apakah Islam hanya milik PAS. Atau para pemimpin UMNO masih mau menafikan bahwa ISLAM dapat menyelesaikan masalah ke duniaan anda termasuk masalah poliitik UMNO??? Saudara himpunkanlah masalah anda dalam UMNO fikirlah,bahaslah, debatlah, bincanglah.. Saya pasti dan yakin anda akan kembali ke ISLAM..(Bagi yang berani.. yang 1/2 berani kembali ke nilai-nilai islam je..) Apa ertinya pemimpin yang pintar tapi tak patriotik. Patriotik tapi tak bermoral.. Saya percaya pula saudara pasti tak setuju atau 1/2 setuju sebab penyelesaian ini memang antara yang paling tak popular.. Tapi anda tak ada jalan keluar..
KJ hanya satu titik nila dalam belanga.. Apakah akan rosak susu sebelanga.. belum tentu.. Bagaimana pula dengan tetesan nila yang lain.. Apakah belanga itu pula sebesar tangki air kat SYABAS.... mungkin???. Sejak PRU12, hanya Zahid Hamidi dan Shidan Kassim je yang berani mengemkakan penyelesaian ini (dalam wawancara AWANNI) meskipun penemuramah tak suprise.Yang lain masih mencari-cari...
Mukhriz harus lebih berani..jangan hanya setakat nilai-nilai murni je..

Lakum Dinukum Wall Yaddhim...

Wassalam
Saya Sayangkan UMNO tapi Hormat Kat PAS.

Pilihan Pembaca

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Tulisan Terbaik Mufti Perak

1. Minggu yang lepas telah memaparkan semula perbahasan tentang ancak serta beberapa isu yang berkesinambungan dari perkara-perkara yang sepatutnya sudah selesai dan tidak diperbincangkan lagi di media cetak dan elektronik mahupun laman sesawang. Tidak kurang juga beberapa ulasan dari blogger tentang isu ancak yang masih tidak berkesudahan nampaknya. Tambah menyemarakkan keadaan, terdapat komen-komen yang agak pedas di samping cacian, pendustaan dan kalam-kalam yang terbit dari hati sekiranya dibaca berulang kali boleh membawa kepada kesedihan yang amat mendalam 2. Itulah realiti yang perlu ditempuh oleh semua orang terutamanya para pemimpin, pendakwah atau pun sesiapa sahaja. Itulah juga mentaliti sebahagian dari kita yang banyak menghabiskan masa dan memerah fikiran semata-mata untuk memuaskan hawa nafsu mereka yang selama-lamanya tidak akan puas. 3. Masih ramai di kalangan umat Melayu-Islam ini tertarik dan terpesona untuk membuat ungkapan, percakapan ma

10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia

Di bawah ini saya senaraikan 10 buah buku yang pada perkiraan dan pendapat saya, merupakan buku-buku yang penuh dengan kontroversi serta memberi impak besar ke atas masyarakat Malaysia, baik dari aspek politik, agama mahu pun perkauman. Saya mengalu-alukan sebarang komen daripada tuan-tuan sekiranya terdapat penambahbaikan dalam senarai ini. Harap maklum. 10 Buku Paling Kontroversi Di Malaysia 1. Falsafah Takdir (1932) : Pendita Za'ba 2. Dilema Melayu (1970) : Mahathir Mohamad 3. Aurat Muhammadiyah Pegangan Darul Arqam (1985) : Ashaari Muhammad 4. Hadis : Satu Penilaian Semula (1986) : Kassim Ahmad 5. 50 Dalil Mengapa Anwar Tidak Boleh Jadi PM (1998) : Khalid Jeffry 6. Shit (1999) : Shahnon Ahmad 7. Khairy Jamaluddin Bakal Perdana Menteri? (2004) : Yahaya Ismail 8. The March To Putrajaya (2010) : Kim Quek 9. Menuju PAS Baru (2010) : Mujahid Yusuf Rawa 10. Interlok (Versi 2010) : Abdullah Hussien .