Opera bulan ini disambung kembali, setelah opera bulan September diakhiri dengan tipu daya Anwar Ibrahim bersama isu 16 Septembernya. Opera Anwar Ibrahim yang mengharu birukan ekonomi negara buat seketika itu, benar-benar menjadikan politik Malaysia tidak stabil dan berhadapan dengan krisis keyakinan dan kepimpinan yang sangat mengecewakan. Namun demikian, Opera 16 September Anwar Ibrahim, kini bersambung dalam bulan Oktober, bermula dengan sikap kurang ajar Hindraf “menyerbu” rumah terbuka Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di PWTC beberapa hari lalu, yang kemudiannya disokong secara tidak langsung oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dengan berkata “Mereka (Hindraf) dibenarkan masuk, mereka masuklah. Saya rasa itu tidak biadab, itu demokrasi.”
Mudah benar Tuan Guru Haji Hadi mendakwa apa-apa yang dilakukan oleh kumpulan Hindraf itu merupakan manifestasi demokrasi. Jadi, tidaklah salah jika ahli-ahli UMNO melakukan perkara yang sama di rumah terbuka Tuan Guru Haji Hadi atau Tuan Guru Nik Aziz? Begitukah cara kita menghormati tuan rumah. Teliti apakah yang mengecewakan Perdana Menteri dengan kata-katanya ini,(Laporan Utusan Malaysia).
Menurut Perdana Menteri, pihaknya telah bertolak ansur dengan memberikan laluan kepada para penyokong pertubuhan haram itu untuk menyertai sambutan berkenaan atas semangat Aidilfitri tetapi “menerima balasan yang tidak diduga.”
Katanya, walaupun mereka datang secara tiba-tiba dan pada asalnya dihalang oleh pasukan keselamatan daripada menyertai majlis rumah terbuka di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) itu, beliau membenarkan juga mereka masuk selepas berbincang dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak. Namun demikian, katanya, sebahagian ahli kumpulan terbabit yang memakai baju T berlogo Hindraf ternyata gagal memahami tolak ansur sempena Aidilfitri itu.
“Daripada ratusan ahli kumpulan berkenaan, hanya ada seorang yang sudi mengucapkan 'Selamat Hari Raya' kepada saya. “Selebihnya hanya menyebut, ‘Hapuskan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), ‘Lepaskan Hindraf’, ‘Hapuskan ISA’, ‘Lepaskan Hindraf’. “Itu sahaja yang dia nak cakap pada saya, jadi tiadalah semangat hari raya,” kata Perdana Menteri.
Menurutnya, penyokong Hindraf bersikap kurang sopan. Selain membuat bising, beliau berkata, pengamatan beberapa pihak menunjukkan “mereka juga tidak mahu bersalam dengan Najib dan menteri-menteri lain yang turut berada di PWTC ketika itu.”
Abdullah secara terbuka memberitahu beliau kecewa dengan sikap kumpulan itu memandangkan kesemua penyokong Hindraf itu telah dialu-alukan sebagai tetamu seperti juga rakyat lain walaupun mereka mempunyai fahaman yang agak berbeza dengan pendirian kerajaan.
“Namun demikian, sewaktu mereka (penyokong Hindraf) masuk ke PWTC, mereka membuat bising, saya sendiri tidak tahu kenapa mereka bising... ini mewujudkan perasaan tidak gembira di kalangan pengunjung lain,” katanya.
Walaupun mereka bersikap biadap dan mencemarkan majlis meraikan hari kebesaran penganut Islam itu, Perdana Menteri berkata, pihaknya tidak mempunyai sebarang rancangan untuk mengambil tindakan tegas terhadap Hindraf buat masa ini. Rabu lalu, sekumpulan penyokong Hindraf menimbulkan kekecohan pada majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri dan Menteri-Menteri Kabinet di PWTC. Tanpa mempedulikan peraturan dan protokol, mereka bertindak mendahului barisan pengunjung lain yang sudah pun beratur untuk memasuki dewan sejak pukul 10 pagi.
Saya percaya, salah seorang yang menjadi punca berlakunya perbuatan biadab ini adalah datangnya daripada Anwar Ibrahim, beliau yang membawa budaya kurang ajar dan biadab dalam usaha kononnya untuk menegakkan kebenaran dan keadilan di Malaysia. Dan sekarang, inilah Malaysia Baru yang diharapkan oleh beliau dan penyokongnya selama ini. Terima Kasih Anwar Ibrahim! Sekarang, kami baru menyedari bagaimanakah cara untuk mendidik anak-anak kami bagi mentadbir negara ini setelah saudara tidak ada lagi di bumi ini kelak.
Opera Bulan Oktober tidak berhenti di situ, diteruskan dengan beberapa kejutan dalam UMNO, apabila ahli-ahli biasanya mula turut sama terlibat dalam perebutan kuasa untuk mengapai langit yang indah, tetapi sudah semakin gelap. Apabila Datuk Nur Jazlan, Ketua UMNO Bahagian Pulai, merangkap Ahli Parlimen kawasan tersebut dan Mohammad Hanapi Salleh, Ketua UMNO Cawangan Kampung Ubai, Pekan, masing-masing berhasrat untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dan Naib Presiden UMNO – UMNO telah dilihat sebagai parti yang semakin mementingkan diri sendiri.
Tidaklah menjadi kesalahan untuk mana-mana ahli bertanding apa-apa jua jawatan di dalam UMNO, tetapi dalam keadaan UMNO yang sedang dilanda fitnah yang besar dan dahsyat ini, eloklah setiap daripada ahli-ahlinya bermuhasabah dan melihat diri sendiri, agar tindakan kita itu tidak mengundang fitnah yang berterusan kepada UMNO. Jangan pentingkan diri sendiri. Seharusnya kita mengikut petunjuk nabi, dalam soal memilih pemimpin ini, Rasulullah mengisyaratkan, bahawa baginda tidak akan memilih seseorang yang meminta-minta sesuatu jawatan, kerana jawatan itu merupakan suatu amanah. Dan bukan boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang meminta-minta. Jika budaya ini berterusan, maka kepimpinan UMNO sama sekali tidak akan pulih, walaupun Datuk Seri Abdullah Badawi, melepaskan jawatan presiden.
Dalam bulan ini, pelbagai watak protagonis dan antagonis muncul dengan pelbagai isu dan haru-biru. Tak cukup dengan tipu daya Anwar Ibrahim, isu Hindraf, dan kini pemimpin-pemimpin UMNO pula berlumba-lumba mencipta plot untuk drama ”Aku Mahu Kuasa”. Sampai bila? Sampai bila baru UMNO boleh dipulihkan? Jika drama ini berterus untuk kepentingan peribadi dan bukan untuk ibu pertiwi dan agama yang dicintai? Aneh dan pelik, masih terdapat pemimpin UMNO yang tahu bahawa diri mereka merupakan fitnah kepada UMNO, masih bertekad menawarkan diri untuk merebut jawatan di dalam parti. Tan Sri Muhammad Taib umpamanya, beliau pernah menjadi fitnah di dalam UMNO pada suatu ketika dahulu, dan seharusnya beliau faham dan memahami bahawa beliau tidak seharusnya berhasrat untuk bertanding merebut jawatan Timbalan Presiden UMNO, sekali pun beliau mungkin tidak cukup pencalonan, Namun demikian, berundur adalah jalan terbaik untuk mengelakkan fitnah ke atas UMNO yang semakin tenat.
Nama beliau, sesungguhnya sudah terlalu besar negatifnya pada kaca mata rakyat dan ahli-ahli biasa UMNO. Begitu juga dengan Khairy Jamaluddin, tidak wajar beralaskan dengan kata-kata “ini merupakan kehendak akar umbi”, maka saya menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Nama Khairy Jamaluddin – sudah terlalu sinonim dengan kejelikan dan keburukan. Adakah kita tidak sedar lagi? Kemunculan KJ lebih banyak mengundang fitnah di dalam UMNO dan mengundang rasa benci orang ramai kepada bapa mertuanya sendiri. Salah satu sebab mengapa BN tewas dalam PRU Ke-12 baru-baru ini adalah kerana manusia yang bernama Khairy Jamaluddin. Jadi bagaimana KJ mampu menyelamatkan UMNO? Saya tidak nampak. Beliau tidak seharusnya menawarkan diri untuk bertanding, sebaik-baiknya beliau mengundurkan diri. Selamatkan parti terlebih dahulu, dan bukan diri sendiri. KJ adalah fitnah kepada UMNO dan liabiliti kepada Pemuda UMNO.
Opera bulan Oktober diteruskan lagi, semua ahli UMNO menunggu pengumuman Presiden UMNO, sama ada beliau mahu bertanding jawatan presiden, atau sebaliknya. Saya menjadi pelik yang amat sangat. Pertama, dalam setiap tindakan yang selalu diambil oleh Datuk Seri Abdullah Badawi, beliau selalu menyebut bahawa keputusan yang beliau ambil adalah berasaskan kepada kesepakatan dan musyawarah, sama ada dalam komponen BN ataupun dalam UMNO. Lantaran itu, Majlis Tertinggi UMNO telah memutuskan bahawa peralihan kuasa harus disegerakan. Dan itu merupakan keputusan MT, tidak perlu Abdullah menunggu sehingga 8 atau 9 Oktober untuk membuat pengumuman sama ada akan bertanding atau pun tidak untuk jawatan Presiden UMNO. Hal ini adalah kerana, keputusan musyawarah Majlis Tertinggi adalah – Abdullah harus berundur dengan seberapa segera yang boleh. Itu merupakan mesej yang sangat jelas.
Oleh sebab itu, saya yakin Abdullah tidak akan berundur dan beliau akan mengumumkan untuk mempertahankan Jawatan presiden sama ada hari ini atau esok. Hanya orang yang mempunyai sesuatu perancangan lain, yang suka menangguhkan sesuatu keputusan yang sudah disepakati bersama secara musyawarah. Jadi persoalan yang perlu dijawab sekarang ialah, apakah opera yang akan ditayangkan pula oleh Najib dan Muhyiddin selepas ini? (Perenggan ini tidak relevan lagi setelah Pak Lah mengumumkan bahawa beliau tidak mempertahankan jawatan presiden)
Pada hari ini pula, satu lagi opera didendangkan oleh Anwar Ibrahim, dengan pembinaan replika gergasi Anwar Ibrahim di Batu Caves dan dianggap sebagai suatu pembaziran oleh ramai pemerhati. Manakala bagi saya pula, ini merupakan tahap ketaasuban yang melampau kepada beliau. Terlalu banyak opera dalam bulan Oktober ini. Dan skrip opera ini akan terus bersambung sehingga penghujung tahun ini. Marilah kita memohon kepada Allah, agar Malaysia diselamatkan kembali daripada topeng-topeng ahli politik yang kotor dan mementingkan diri sendiri.
Comments
Semangat perpaduan telah pun luntur di hati setiap warga negara Malaysia kerana mereka sangat bosan dengan perkembangan isu politik negara...
Bilakah semua ini akan selesai... ??bila???
FAIZAL ZAKARIA TANDING KETUA PEMUDA UMNO - MUKTAMAD
RUJUK >> http://TeamPemudaUMNO.blogspot.com
Perebutan jawatan, persaingan antara calon, perisytiharan tagline calon, semuanya semakin hangat tatkala krisis ekonomi global tidak menampakkan usaha yang menceriakan.
HINDRAF pun turut bersaing menjadi juara dalam suasana politik UMNO.
Tetapi orang MELAYU perlu ingat..masih banyak kerja yang tertangguh belum menampakkan hasil yang berkualiti.
orang lain bersaing tetapi semakin penuh kantung mereka.tetapi kita semakin robek dan koyak rabak dek menjual harta yang tak seberapa.
Bersediakah mereka semua ini menjawab di hari pengadilan yang mana hanya amalan sahaja menjadi saksi. Tagline DEMI AGAMA. BANGSA DAN NEGARA wajar dihayati dengan penuh taqwa..bukan dengan ego dan mendabik dada.
wallhu a'lam
hanis - saya setuju hanis
liyana - memang best
faizal - saya sokong saudara bertanding
rahisam - saya setuju.
Saudara Azli di Dewan Bahasa dan Pustaka, mahukah saudara dikutuk kerana Bahasa Melayu kini semakin terpinggir?
Jangan marahkan nyamuk kelambu dibakar.
1. Apabila hindraf buat kecoh, yang salah DSAI, adakah DSAI yang suruh semua ini, jawapannya bukan.
2. Bila kerajaan gagal uruskan ekonomi, yang salah Anwar Ibrahim, DSAI bukan ada kuasa, yang bertanggungjawab menteri BN lah.
3. Bila Majlis Peguam buat forum terbuka, yang salah DSAI sebab kononnya menyokong, bila dia sokong. Patut UMNO-BN tanya, apa yang mereka buat untuk halang majlis sensetif tu, kenapa tak sembur gas pemedih mata?
4. Bila Kerajaan selangor buat ternakan Moden, Pembangkang salah. Tapi negeri lain (BN), ladang babi tak apa, boleh buat dan tak jadi isu..
5. Bila UMNO guna wang, Politik Wang. Bila orang lain Rasuah
Itu hanya sebahagian contoh.
Persoalannya, adakah kita jujur dan ikhlas dan perjuangan politik dan membela bangsa?
Saya tak bermaksud nak sokong Hindraf, atau PKR, PAS dan DAP, cuma kalau kita asyik disogokkan dengan maklumat media arus perdana, kadang-kadang banyak yang boleh dipertikaikan.
Kesimpulannya, jika kita menyalahkan orang lain, teliti dulu diri kita dan mesti bersikap adil.
Lagipun pada masa ini siapa yang nak peduli sangat dengan UMNO. Rakyat dah tak hairan dengan perangai UMNO ni. Cuba kalau iklim politik UMNO ini melanda parti PAS, DAP atau PKR, wah... bukan main dasyhat lagi cerita kononnya pembangkang dah hancur, musnah dan macam-macam.
Tetapi, dalam kerakusan ahli UMNO bertanding ni, Pembangkang matang, dia tak peduli pun dan minat langsung menjadikan kerakusan UMNO ini sebagai cerita. Dari situ kita dah boleh nilai.
Rakyat tidak lagi melihat UMNO pembela bangsa kerana pemimpin-pemimpin dalam UMNO yang tidak tahu muhasabah diri, bongkak, angkuh, sombong dan tidak pernah merendah diri.
1. Kehendak akar-umbi
2. Memulihkan UMNO
3. Mengembalikan keyakinan rakyat
4. Berkhidmat kepada rakyat.
TAPI YANG INI TAK DISEBUT.
1. Senang dapat jawatan
2. Senang dapat kontrak
3. Senang dapat menteri
4. Status
5. Nak balas dendam
6. Malu dengan rakan yang berjawatan tinggi.
Saya masih ingat, tatkala Anwar Ibrahim dibebaskan dan diterbangkan ke London untuk rawatan, setelah didapati tidak bersalah, pemimpin UMNO terus mengeluarkan kenyataan.
"Pintu UMNO tertutup untuk Anwar"
Hampir 20 pemimpin tertinggi UMNO berkata demikian. Sedangkan belum pun Anwar berkata untuk menyertai UMNO.
Sepatutnya, DSAI dah disahkan mahkamah tidak bersalah, beliau patut berhak mendapat semula jawatannya dalam UMNO, atau paling tidak dibawa menyertai UMNO, itu kalau pemimpin UMNO ikhlas dan inginkan perpaduan.
Tetapi kerana keegoan mereka, Anwar kini menjadi ancaman dan mendapat kepercayaan rakyat.
Jadi, pemimpin UMNO memang pentingkan jawatan hingga sanggup membelakangkan perpaduan bangsa dan agama. Saya hairan, UMNO boleh terima pemimpin lain yang menderhaka kepada Parti, tetapi pemimpin yang tidak menderhaka dan teraniaya, dikutuk habis-habisan kerana ada pengaruhnya, sedangkan perpaduan Melayu akan menjadi utuh jika pemimpin UMNO tidak rakus dan mementingkan diri sendiri.
Dato 'Adil"
Bangsar, KL.
tiada manusia yang lebih teruk daripada beliau dala membuat huru hara, dahulu, apabila anwar dipecat mahathir yang salah, apabila ekonomi gawat mahathir yang salah dan sekarang apabila anwar dibebaskan pak lah yang salah. siapa suruh pak lah bebaskan anwar? dan siapa suruh anwar sokong Hindraf? sebab itu, puak hindraf naik tocang, sebab rasa ada orang 'cover' dari belakang.
yang kena zalim selama ini ialah anwar ibrahim, awat orang yang tidak ada kena mengena dengan ISA dok sibuk sama buat tunjuk perasaan? sape ajar hindraf jadi kurang ajar? bukan anwar?
bila ada korupsi salah pak lah? awat anwar sibuk2? bila ada yang kena tahan ISA anwar juga yang sibuk? duduk diam2 ajelah, bila jadi penyebuklah, keadaan makin celaru.
bila kes atantuya, awar juga yang dok sibuk, awat? bukan atantunya tu anak dia? banyak sangat yang dia sibuk.
bila bahasa melayu mundur dok salahkan DBP, awat tak tanya kat diri sendiri apa yang dah kita buat untuk bahasa kita sendiri? bapak2 menteri dok puja bahasa inggeris walaupun dalam negera sendiri, masih nak speaking juga..awat jadi lagu mcm tu? nak salahkan DBP? susah la lagu cam nie..
Kalau sdra sarankan sdra Adil dll masuk UMNO dan betulkan dari dalam maka sya rasa saya boleh agak apa yg Adil akan jawab:
"Anwar dah cuba betulkan UMNO dr dalam tapi gagal."
Sdra Azli tak perlu jawab sebab saya boleh tolong jawab: "Bila masa Anwar cuba betulkan UMNO? Bagi lagi pelingkup tu ada la.
Dan, Adil akan jawab: "..."
Azli jawab balik: "..."
Sebenarnya saudara berdua bercakap dalam dua bahasa yg berbeza dan saling tidak memahami.
Teruskan menulis Azli kerana ramai lagi yg memahaminya.
Kita ada agenda yg lebih besar drpd Anwar. Beliau pun dah +-60 tahun.
apa2pun Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin untuk semua...
Sebuah artikel yang sangat baik. Saya print untuk simpanan saya :)
http://puteriezza.com/
Kepada Demang Lebar Daun, jangan membuat kenyataan diri sendiri dengan meramal apa yang saya katakan berkenaan politik UMNO. Jangan jadi bomoh politik, bahaya.
Jawapan Saudara Azli kurang berpandu kepada hujah, kerana..
1. Kenapa saudara katakan bahawa orang tidak ditahan ISA perlu sibuk berdemonstrasi? Saudara, nak membela tahanan ISA kalau bukan orang di luar penjara?
2. Kenapa saudara katakan Datuk Seri Abdullah membebaskan Anwar, sedangkan Pak Lah sendiri membuat kenyataan beliau tidak terlibat langsung. Saudara seperti mengesahkan bahawa Pak Lah mencampuri urusan kehakiman. Apa buktinya, bukankah ini tuduhan berat.
3. Saya tidak menuduh UMNO, saya mengatakan pemimpin dalam UMNO. Jangan kerana marahkan nyamuk, kelambu dibakar. Kita bunuh saja nyamuk, kelambunya(UMNO) masih boleh digunakan.
4. Saudara jangan bertanya kemana orang lain, kenapa tak masuk UMNO. UMNO parti pejuang nasib bangsa, tidak cukupkah jumlah 3 juta, takkan semua nak masuk UMNO. Kita memerlukan bangsa yang bukan sahaja berpolitik dan bijak berkata-kata, tetapi ahli perniagaan, profesional dan lain-lain. Jadi yang ada dalam UMNO perlu sedar tanggungjawab mereka.
5. Disebalik UMNO pun ramai bukan ahli yang membantu, contohnya profesional yang membantu pemimpin pemimpin UMNO bangunkan negara, tak perlu masuk UMNO pun, kadang-kadang ucapan mereka profesor atau profesional yang sediakan. Jadi perlukan kita berduyun-duyun nak masuk UMNO. Dulu zaman Dato Onn, Tunku, bukan ramai sangat pun, tapi kita berjaya dalam banyak hal. Tidakkah kita boleh berfikir?
Anwar pernah kata, "saya menjadi mangsa atas kesilapan Tun Menuduh saya, tetapi mahkamah membebaskanan kerana tiada bukti.. namun sejak dipenjara, saya telah maafkan Tun, saya tidak berdendam"
DSAI mudah memaafkan orang lain, beliau juga menyedarkan kita dan kerajaan dari lena politik yang panjang.
Kalau kita ikhlas, kita akan nampak kebaikan dalam UMNO dan Pakatan Rakyat, begitu juga dengan kelemahan.
Tetapi, kalau kita tidak jujur, kita akan nampak kelemahan satu pihak sahaja.
Akhirnya, jangan kerana 1 kesilapan, kita lupa 1000 kebaikan orang lain kepada kita.
Kalau mcm itu maknanya Anwar tidak Ikhlas, semasam sebelum masuk UMNO kata ISA itu zalim, lepas masuk UMNO kata ISA itu perlu, lepas keluar UMNO dan kena batang hidung sendiri, baru kata ISA itu zalaim balik? apa ni Anwar Ibrahim? kenapa masa dalam UMNO tak berjuang hapuskan aje? ini maksud saya.
Ini satu lagi kebinggung kita, beliau terlibat secara tidak langung, ada beza terlibat secara langsung dengan terlibat secara tidak langsung? faham baik2, Pak Lah menyokong secara agar kes Anwar itu disemak balik, maknanya dia terlibat secara tidak langsung memberi sokongan moral agar kes itu dinilai kembali. masalah kes tersebut bukan menafikan bahawa Anwar tidak melakukan liwat, tetapi beliau dilepaskan kerana masalah teknikal.yakni masalah tarikh yang berbeza. itu sahaja.
Kalau mcm tu, en adil masuklah jadi ahli UMNO yang aktif, betulkan UMNO dari dalam, kalau ada 100 orang yang ikhlas mcm en Adil ini, tak adalah pemimpin2 UMNO yang korupsi itu dapat naik.
Ya, semua kena masuk UMNO, kalau kita ikhlas nak bantu orang Melayu, dan betulkan pemimpin-pemimpin UMNO yang kita dakwa korupsi dan gila kuasa tu. teruk sangat ke, masuk UMNO bukan bermakna tak boleh buat kerja lain, buat kerja hakiki kita. berniaga, mengajar dan lain2 waktu mengundi kita undi ahli UMNO yang ikhlas dan jujur, susah sangat ke?
Ini satu lagi masalah, membantu UMNO dari luar adalah berbeza dengan membantu UMNO dari dalam. kita memerlukan UMNO dibantu dari dalam. Zaman Dato' Onn UMNO belum sempurna sistem pemilihan pemimpin2 nya, sekarang ia sudah berubah. dulu yang jujurnya ramai sekarang yang jujurnya dah tinggal sedikit. sebab itu mana2 orang melayu yang jujur seperti en adil ini, masuklah UMNO, lagi ramai yang jujur, maka UMNO akan bebas daripada pemimpin yang korupsi.
1. Beliau ada perusahaan dan perniagaan dalam dan luar negara, perniagaan yang besar. Beliau tidak mahu lagi melibatkan diri dengan politik, kerana tanggungjawab yang besar.
2. Fitnah akan lebih banyak dan beliau akan dikaitkan dengan kontrak dan macam-macam. Sedangkan beliau tak dapat dan tak minta pun projek dan bantuan orang politik.
3. Namun perlu diingat, cukai yang syarikat bos saya berikan jutaan ringgit kepada kerajaan setiap tahun.
4. Bos saya kata, beliau lebih suka berjihad melalui perniagaan. Dengan perniagaan sekarang, beliau telah dapat memberi pekerjaan kepada hampir 3000 pekerja. Mereka mendapat rezeki daripada gaji, kurang pengangguran dan boleh beri makan anak isteri.
Bukan saudara sahaja yang mengajak bos saya sertai UMNO, PAS, PKR, pemimpin negara pun ada yang meminta dan menawarkan tempat bertanding, tapi beliau tidak berminat. Beliau ingin tumpu pada perniagaan. Dapat rezeki boleh tolong orang miskin yang tak boleh belajar, mereka yang melarat dan padanya, itu lebih murni.
Sekian
Pegawai Khas
Dato ADIL.
Saya harap orang politik dinegara kita bersikap lebih matang. Nilailah dengan minda yang waras. Bukan semua pemimpin yg kita sokong itu betul dan bukan semua pemimpin yang kita sanggah itu salah.
Bila neraca Islam dan pemikiran berasaskan ilmu diguna pakai, maka barulah kita dapat bezakan yg mana intan yang mana kaca..
Moga Allah mengurniakan kesejahteraan kepada seluruh rakyat Malaysia dan khususnya umat Islam serta mengurniakan kepada kita kepimpinan yang adil serta bertakwa pada Allah. Baldatun Thoiyyibatun wa rabbun Ghaffur.
Mungkin azli terlalu cepat meletakkan frasa (Perenggan ini tidak relevan lagi setelah Pak Lah mengumumkan bahawa beliau tidak mempertahankan jawatan presiden)
Utusan Online meletakkan tajuk Abdullah tidak bertanding..Beliau turut menafikan keputusannya tidak mempertahankan jawatan Presiden UMNO adalah akibat menerima tekanan sebaliknya menjelaskan ia dibuat atas dasar kasih sayang terhadap UMNO dan BN.
Mungkin kita semua kena fikir balik..
Adakah perisytiharan Pak Lah ini membawa makna memang Pak Lah tidak akan pertahankan kerusi no 1?
Apakah makna kasih sayang Pak Lah sekiranya pencalonan tetap utuh dibelakangnya?
Bukankah pencalonan untuk kerusi Presiden sebanyak 58 pencalonan datangnya dari perwakilan Bahagian UMNO sebagai bukti masih ada yang mengharapkan kasih sayang beliau?
Andainya cukup pencalonan bukankah Pak LAh berhak mempertahankan kerusi kerana kouta telah cukup..atau mungkin lebih.
Berita harian Online lagi yakin dengan tajuknya Pak lah lepas jawatan Mac.
Kasih sayang Pak Lah cukup pad UMNO dan BN cukup tebal..
Saya merasakan opera ini akan lebih menarik dan dramatik..
Wallahua'lam
Encik Azli dan Encik Adil, dalam saling berdebat ini, apa kata luangkan sedikit masa untuk memberikan sokongan ke atas program kebajikan dan kemasyarakatan blogger. Maklumat lanjut pada laman peribadi saya di http://puteriezza.com/
Salam hormat.
Terima kasih kerana memberi perhatian ke atas projek saya itu (^_^)
Ikhlas,
EZZA FAZLINA
http://puteriezza.com/
(teringat lagu ank kecil main api.... kini kita cm tnggl kuasa yg akan menentukn bangsa..)
Kepada Puteri Ezza, saya akan cuba minta seorang staf saya untuk menyelidik berkenaan program Kebajikan Saudari, memang saya banyak melakukan kerja-kerja Kebajikan.
kepada Puteri Ezza, jika kita menceburi hal kebajikan ni, kita perlu juga sedikit ilmu. Saya seorang Tokoh Korporat, namun tatkala saya saya menjinakkan diri dengan sedikit kerja kebajikan, saya baca buku-buku ini.
Richard Titmuss, Theory Social Division ol Welafe,
Saya juga membaca buku Abrahammovic dan beberapa buku tentang Welfare State.
Semua kita kena tahu, Pak Lah tidak mempertahankan jawatan presiden UMNO. Apa yang jelas, bukan semestinya beliau berhenti jadi Perdana Menteri pada Mac.
Saya tidak ingin mengatakan terlalu banyak, cuma mari kita selami kejujuran pemimpin UMNO yang berlumba-lumba merebut jawatan dalam pemilihan UMNO bulan Mac mendatang.
Mohon pautan blog saya Tuan Azli...
http://cabai-padi.blogspot.com/
Latest post on title :
"Bila Mufti 'Diterajang' Keluar!!!"
tq!
cabaipadi
pandangan saudara dan aliran pemikiran saudara inilah yang harus diteladani oleh ahli-ahli UMNO masa kini khususnya dan ahli-ahli politik umumnya.terima kasih ulasan yang sangat menarik dan munasabah.salam.
ajeem - terima kasih.
Nampaknya jalan untuk Najib dah jelas. Muhyidin pun mungkin tak dicantas. Tapi bagaimana dengan laluan Ketua Pemuda. Secara peribadi, saya sukakan Mukhriz, tapi bukan mudah untuk Khairi beri laluan.
Tolong fokus pada pandangan tentang dua tokoh ini.
Pos tulisan tuan panjang, tapi hujah yang segar membantu saya memahami politik semasa.
Teruskan mencurah isi. Jangan kosong, sudahlah.
Dato' Adli - saya akan kupas isu tersebut.
fahana - saya setuju dengan saudari.