MAHATHIR BARU
Tidak ramai yang berkesempatan bertemu secara bersemuka dengan tiga orang anak Tun Dr. Mahathir Mohamad dan berbincang-bincang dengan mereka, tentang politik, ekonomi dan perniagaan. Salah satu sebab mengapa saya mahu bertemu mereka adalah kerana, saya tidak suka mendengar fitnah tentang keluarga Tun Mahathir yang dilemparkan oleh penyokong-penyokong Anwar Ibrahim. Lebih selesa saya bertemu dengan mereka dan bertanya sendiri bagaimanakah sikap dan cara Tun Mahathir di rumah dalam mendidik mereka.
Melalui itu, kita akan dapat menangkap “cara” dan “kaedah” Tun Mahathir mentadbir negara. Kerana sikap seseorang itu hanya dapat dihidu dan dibaca oleh ahli keluarganya yang rapat sahaja. Lantaran itu, analisis kita akan lebih menghampiri kebenaran dan bukan tohmahan dan andaian semata-mata. Bagaimana Tun Mahathir mendidik dan mentadbir rumah tangganya, maka begitu jugalah cara dan kaedah beliau menguruskan negara. Dalam ruang yang terhad ini, saya tidak bisa menyimpulkan kesimpulan yang terlalu panjang, tetapi saya memilih “tips” yang paling hampir kepada jawapan “Mengapa Tun Mahathir Memecat Anwar Ibrahim”. Mungkin bukti ini akan disangkal oleh ramai orang, namun demikian saya percaya bahawa seseorang itu tidak mudah menukar sifat dan peri lakunya yang semula jadi. Oleh sebab itu, dalam bidang psikologi kelakuan seseorang merupakan indikator penting dalam membuat sesuatu analisis dan pemerhatian terhadap sikap dan pemikiran seseorang itu.
Saya bertemu dengan anak Tun Mahathir yang kedua, Mirzan Mahathir di pejabatnya. Selaku Presiden Institut Kepimpinan dan Strategi Asia (ASLI) beliau mempunyai pengalaman yang luas tentang aspek kepimpinan, khususnya yang melibatkan kepimpinan dalam dunia korporat. Ketika diajukan soalan bagaimanakah Tun Mahathir mendidik anak-anaknya, beliau dengan tegas menjawab, dalam kehidupan anak-anak Tun Mahathir, sejak kecil lagi mereka telah dilatih agar tiap-tiap sesuatu yang hendak diperkatakan atau dibincangkan bersama, yang mustahak mesti menyediakan bukti dan hujah yang meyakinkan, jika tiada lebih baik diam. Tiada maknanya sesuatu pandangan atau pendapat tanpa disertakan dengan bukti dan hujah yang terang dan jelas. Budaya ini membesar dalam keluarga Tun Mahathir, sebab itu ramai orang yang tidak gemar cara pengurusan Tun Mahathir, kerana beliau mementingkan bukti dan hujah yang meyakinkan. Hanya orang yang banyak membaca dan berilmu sahaja yang mampu mengikut cara Tun Mahathir ini.
Lantaran itu, apabila saya bertanya kepada Mirzan, adakah beliau percaya apa-apa yang dikatakan oleh Tun Mahathir kepada pentadbiran Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selama ini, beliau menjawab, “Ya saya yakin”. Hal ini adalah kerana, Tun Mahathir sama sekali tidak akan membangkang dan menentang seseorang itu, melainkan beliau sudah ada bukti yang nyata dan hujah yang tidak diraguinya sama sekali. Kerana itu jugalah beliau berani bertindak dan melakukan sesuatu perkara, walaupun ia bercanggah dengan pandangan ramai. Menurun Mizan lagi, dalam fikiran Tun Mahathir, yang diutamakan dulu ialah bangsanya, negaranya, partinya dan yang terakhir keluarganya.
Menyentuh soal Datuk Mukhriz, Mirzan mendakwa bahawa Mukhriz, walaupun nampak lembut dalam aspek perwatakan, namun demikian sikapnya adalah tegas dan sama seperti Tun Mahathir. Lantaran itu, beliau yakin Mukhriz mampu pergi lebih jauh dalam politik. Hal yang sama turut dikongsi oleh Datuk Mokhzani Mahathir anak ketiga Tun Mahathir. Walaupun beliau begitu sibuk dalam urusan perniagaan, namun minatnya tidak pernah padam dalam politik. Beliau keluar UMNO bersama ayahnya, dan pernah menjadi Penolong Bendahari Pemuda UMNO Malaysia. Pertemuan saya dengan beliau lebih daripada dua jam menjelaskan lagi bahawa, sememang merupakan satu fitnah terhadap diri dan ayahnya, apabila ada tuduhan yang mendakwa bahawa beliau pernah dibantu oleh Tun Mahathir demi menyelamatkan perniagaannya. Pembohongan ini dijaja oleh pembangkang sehingga menjadi fitnah yang besar kepada beliau dan keluarga Tun Mahathir.
Pengerusi Kencana Petroleum Berhad ini sangat tegas dan tidak gemar bermain dengan kata-kata. Menurut Mokhzani, anak-anak Tun Mahathir tidak mendapat layanan istimewa dalam perniagaan, ketika beliau hampir muflis Tun Mahathir hanya menyuruh agar beliau belajarlah sendiri tentang susah senang dalam perniagaan seperti orang lain. Tiada bantuan dan keistimewaan sebagai anak Perdana Menteri. Dan sekarang beliau berjaya menjadi salah seorang daripada 25 orang korporat terkaya Malaysia adalah daripada usaha beliau sendiri. Itu pun selepas ayahnya bersara.
Berkenaan Datuk Mukhriz Mahathir pula, saya sememangnya rapat dengan beliau. Saya menyokong beliau bukan atas nama ayahnya. Tetapi, sepanjang saya mengenali beliau dan sering berjumpanya, di samping berbincang serta mempunyai hubungan yang rapat dengan para pegawainya, saya dapati mereka tidak meninggalkan solat. Malah, keikhlasan Mukhriz dan pegawai-pegawainya sangat jelas kelihatan dan mereka jujur dalam perjuangan serta tidak mementingkan diri sendiri. Saya menilai mereka ini dengan mata hati dan bukan dengan cakap-cakap orang.
Sebab itu, saya berdoa agar beliau menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia yang baharu. Saya yakin Pemuda UMNO di bawah Mukhriz akan lebih baik dan cemerlang. InsyaAllah, sebagai pewakilan Pemuda UMNO Bahagian Kuala Kangsar, saya akan mencalonkan nama beliau sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia untuk bertanding pada hujung tahun ini! Selamat berjaya Datuk!.
Setelah saya mengenali tiga orang anak Tun Mahathir ini, bertemu dan berbual-bual, saya secara tidak langsung dapat mengetahui, bagaimanakah Tun Mahathir mendidik anak-anaknya. Beliau tidak suka mendengar khabar angin atau cakap-cakap orang, tanpa bukti yang nyata dan jelas, sebelum mengambil apa-apa tindakan. Oleh sebab itu, saya percaya dan yakin, beliau telah mendapat bukti yang sangat jelas dan meyakinkan – sebelum bertindak memecat manusia yang bernama Anwar Ibrahim, 10 tahun yang lalu!
Comments
average minded talk about event,
great minded talk about ideas.
:)
Manusia berilmu yg tidak membicarakan tentang manusia adalah manusia yang tersesat dalam hutan ilmunya..
Selamat Hari Raya aidil fitri, maaf zahir bathin.
selamat ari raya..maaf zahir batin
Sebulan genap kita semua berpuasa,
Semoga digolongkan kepada orang yang berjaya,
Diperintah sudah oleh Yang Maha Berkuasa,
Sesudah berpuasa kita semua beraya,
Berhati-hati dijalan raya,
Itulah pesan kepada semua,
Sama-sama menyambut hari raya,
Bermaaf-maafan di hari bahagia...
SALAM ADILFITRI MAAF ZAHIR BATIN...
Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin. Semoga berjumpa calon bakal orang umah semasa raya nanti. He..he..hee
Maaf Zahir Batin
Kenyataan saudara bahawa beliau dan para pegawainya yang menjaga solat amat melegakan saya. Saya banyak mendengar tentang TDM dan ibadahnya daripada orang lain dan juga bapa saya. Bapa saya pernah menceritakan TDM boleh beriktiqaf di dlm masjid selama berjam-jam pada waktu malam seorang diri.
wallahu'alam.
mahkamah telah memutuskan anwar bebas dari tuduhan liwat - puak umno kata bebas sebab teknikal. katalah apa sahaja umno weh..
junjung sana-sini tilam, ubah2 fakta kes sbb silap plan. kondo yang didakwa masa berlaku liwat tak siap lagi! ubah lagi umno coklat hack.. ubahlah ape sahaja umno weh. memang dasar kau gila kuasa.
tribute to UMNO and penyokong tegar. Kitaran kekuasaan kau makin hampir luput.
selamat berjuang azli. tak usahlah kau nak 'ubah' UMNO dari dalam. Ia sudah rosak tinggal kulit sahaja.
selamat hari raya.
Bila pemimpin nun di atas sana sedang
keliru dan hilang arah, kita di bawah jangan hilang fokus....mana tahu satu hari nanti kita akan ganti mereka bila semua dah 'hilang'. Maka kitalah yg tinggal.... he he he
putera bumi - nak bezakannya kita kena tengok solatnya dahulu. kita akan tahu kehidupannya.
Saudara Azli, izinkan saya memberi pandangan disamping mengucapkan Selamat Hari Raya dan Memohon Maaf.
Komen Saya Khusus Untuk Blogger Home User.
Daripada kata-kata Home User, saya dapat merasakan beliau bukan seorang warganegara yang mempunyai ideologi politik.
UMNO pun bukan..
PAS pun bukan..
PKR pun bukan..
dan parti-parti yang lain pun bukan.
Pandangan beliau amat sempit seolah-olah seorang yang amat kecewa kerana tidak memahapi politik dan perkembangan pentadbiran negara, beliau juga seorang yang lupa sejarah perjuangan UMNO sejak penubuhannya di Johor oleh Dato' Onn Jaafar.
Tidak salah membetulkan perjuangan UMNO jika mempunyai niat yang baik untuk kesinambungan ketuanan melayu dan pengekalan status quo.
Home User bukan kenal sangat pun Dato Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin-peminpin negara yang lain. Jadi sepatutnya orang kecewa seperti beliau ini perlu segera mengubah minda agar tidak ketinggalan zaman dan dipijak oleh bangsa yang lain.
Orang seperti Home User adalah perosak masa depan bangsa.
Saya cadangkan beliau membina rumah di Sepang berhampiran Projek Penternakan Babi besar-besaran untuk menunjukkan ketaatsetiaan kepada Keadilan.
Selamat Hari Raya
Kepada Saudara Azli dan semua blogger-blogger yang lain.
artozy - selamat hari raya juga untuk saudara.Bakal pasangan tak tahu lagi orang mana.
zam - selamat hari raya juga untuk awak. maaf zahir batin.
ros - Doakan semoga jumpa calon2nya..
hawk tan - terima kasih
Kepada sesiapa yang berkesempatan membaca komentar saya ini, marilah kita membetulkan pandangan kita, jangan jadi seperti Home User..
1. Jika berpolitik, jangan taksub kepada pemimpin, tetapi sokonglah perjuangan Parti. Saya yakin Home User bukan menyokong Parti, tetapi menyokong individu. Ini sangat bahaya.
2. Bayangkan jika kita menyokong individu, apa akan jadi selepas individu itu meninggal dunia. Cuba jawab, siapa dalam PKR yang mampu menggantikan Dato Seri Anwar Ibrahim?
3. Jangan terlalu taksub dengan satu-satu ideologi politik, hal ini menjadi faktor perpecahan bangsa, agama dan individu itu sukar untuk berjaya.
4. Belajarlah dari sejarah kegemilangan Tamadun Dunia, ambil yang baik daripada semua peradaban supaya kita menjadi bangsa atau setidak-tidaknya individu berjaya.
Kesimpulannya, untuk berjaya, janganlah kita terlalu berkomentar tentang isu yang tidak memberi manfaat kepada diri, keluarga, agama dan bangsa kita.
satu lagi, saya sokong kenyataan en adil kepada home user ni yang berbunyi "Saya cadangkan beliau membina rumah di Sepang berhampiran Projek Penternakan Babi besar-besaran untuk menunjukkan ketaatsetiaan kepada Keadilan."
selamat hari raya home user - maaf zahir batin...ingat jangan dibuat rendang dan satey perisa daging babi.
Semasa era Tun, perjuangan Islam amat rancak dan Malaysia di kenali seluruh dunia. Banyak yang beliau lakukan dalam membangunkan Islam, tetapi beliau tidak suka menghebohkannya. (Beliau lebih suka senyap dalam hal agama,tidak suka publisiti)
Tetapi pengganti beliau tidak seperti itu,suka bercakap (Kononnya Islam Hadhari, Modal Insan), tetapi di mana kita sekarang.
Tidak perlu saya cerita pengalaman saya semasa Tun menjadi PM, cukuplah kita memikirkan bahawa Tun bukan sembarangan Tokoh yang perjuangkan Islam dan Ketamadunannya.
1. Penternakan Babi di Sepang, kawasan majoriti Melayu oleh Kerajaan Selangor.
2. Isu Uitm, cadangan yang menghapuskan Ketuanan dan Hak Melayu.
3. Isu tanah di Perak
4. Keberanian Teresa Kok bicara tentang Islam.
4. Penghapusan DEB oleh Kerajaan Pulau Pinang.
5. Pembohongan 16 Sept. Dulu kata ada keajaiban, sekarang kata 16 tarikh mula bincang kerajaan baru, jadi dulu sibuk-sibuk bukan bincanglah. Ingat pula Kerajaan Langit..AP.
6. Janji / manifesto Keadilan jika memerintah Selangor. Apa yang dia dah buat? Air percuma? Tolong baca manifesto NEGARA KEBAJIKAN mereka.
6. Apa perundangan yang digunakan Keadilan untuk mengawal negara agar terus harmoni jika ISA dimansuhkan.
(Saya ada melebihi 200 isu, cukuplah untuk difikirkan)
I like this entry. BTW, saya sentiasa menyokong TM dan saya rasa agak lega bila TM masuk UMNO semula... Saya harap ada perubahan yg positif, aminnn...
Anyway, Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin. Kalau ada comment saya yg menyinggung perasaan, harap maafkan...
Kerana kita perlu tahu siapa yang gila kuasa sebenarnya.
1. Matlamat Dato Seri Anwar bertanding permatang Pauh adalah untuk menjadi Perdana Menteri semata-mata.
2. Membentuk kerajaan atas kemungkinan Lompat Parti adalah bukti gila kuasa.
3. Dalam Pakatan Rakyat telah ada tokoh yang lebih lama menjadi ahli parlimen dan berpengaruh, mengapa DSAI mengatakan dia akan jadi Perdana Menteri.
4. Dulu kata nak jual Putrajaya bila membentuk kerajaan sebab Putrajaya membazir, tetapi slogan dah ubah, KITA SEMAKIN HAMPIR KE PUTRAJAYA.
5. Dato Seri Anwar tidak menyertai PAS dan menubuhkan keadilan, adalah bukti beliau tidak ikhlas dalam perjuangannya.
Kepada Home User, saya ramai kawan dalam Keadilan, PAS dan UMNO. Tetapi saya akan menyatakan ketidakbetulan sama ada PAS, UMNO atau Keadilan. Ini adalah lebih baik untuk bangsa kita lebih maju, tetapi saudara sangat mengagungkan Keadilan dan menghentam UMNO.
Saudara perlu bezakan antara Individu dan Parti.
lihat sahaja Tun Dr. Mahathir, kritikan beliau kepada pemimpin, bukan Parti.
Maknanya, kalau saudara tidak suka Kepada Pemimpin, maka adakah saudara tidak suka kepada negara yang dipimpin pemimpin tersebut? Jadi buatlah negara sendiri.
Home User, tolong jawab soalan ini?
1. Betulkah saudara Ahli PKR atau sekadar "menyalak" tak tentu pasal?
2. Kalau benar saudara Ahli PKR, apa yang saudara telah lakukan kepada parti? Pernah tak ke Marchant Square untuk mesyuarat Parti? Atau saudara tak tahu pun pejabat Keadilan di mana?
3. Kenapa Saudara berhujah dengan kisah 10 tahun lalu, adakah saudara malas membaca dan tidak tahu fenomena politik dalam negara kita?
4. Saya teringin berdebat dengan Saudara berkenaan Fenomena Politik Hari Ini, tapi dengan hujah.
5. Adakah saudara gagal Subjek Sejarah semasa bersekolah dahulu?
Home User, belajarlah sejarah, agama dan falsafah politik agar lebih matang bila bicara.
Saya harap Saudara Azli tidak marah dengan pandangan saya, saya rasa blogger home user Jahil Politik, jadi tidak salah saya ajar, saya takut beliau mengalami nasib BAGAI SI LUNCAI TERJUN DENGAN LABU-LABUNYA KE _________.
Terima kasih atas ucapan Aidilfitri anda.
Kalau tak silap saya gambar anda dgn Tun Daim dlm Majalah Ekonomi. Kematangan pada usia 29thn adalah anugerah Tuhan paling istimewa. Anda mendapatkannya.
Buat bloggers yg lain, akan ada blogger yg provoking. Ucap Selamat Hari Raya lah padanya.
Tun Mahathir akan dikenang sampai bila2. Kita kasih pada Tun kerana adanya manusia anugerah Tuhan yang berjaya menjadikan Malaysia terkenal.
Kita lihat skrg ekonomi US,akhirnya depa ambik Reserve Fund. Dulu depa kutuk Tun, IMF kutuk Tun...skrg depa ambik pendekatan yg sama. It was 10years ago...Tun buat mcmtu. Anugerah Tuhan dapat dekat Tun.
Pasal Anwar liwat. Hanya Tuhan yang tahu. Tp kita hairan kenapa Saiful tak boh penendang pada yang nak meliwatnya?
Kita berdoa Datuk Mukhriz Ketua Pemuda UMNO. Cuma bukan disebabkan dynastic, tetapi kepimpinan yg fantastic.
Small people talk bout people (mengumpat, tikam belakang, kutuk)
Average people talk bout things (nak beli Nokia ka Sony Ericsson, Wira aku ni kalau up grade boleh jd evo ni)
BIG people talk bout ideas (Tabung Haji, Sepang circuit, LCCT)
Gracias Sinor...
Salam Aidilfitri untuk anda dan peminat2 anda.
zaidel - saya sependapat dan selamat hari raya maaf zahir batin.
nobisha - selamat hari raya dan maaf zahir batin juga kepada awak.
adil - hujah saudara kali ini sangat bernas. terima kasih dan selamat hari raya. saya agak tahu siapakah identiti en Adil ini. cuma saya rasa pelik mengapa en Adil menggunakan gelaran 'Dato' dan bukan "Datuk Seri"? menurut sumber2 yang saya dapat En adil telah mendapat gelaran tersebut daripada sultan sebuah negeri di pantai timur, benarkah? selamat hari raya dan maaf zahir batin.
capt.azam - benar saya merupakan editor majalah tersebut. terima kasih sudi singgah ke blog saya.
otai - setakat ini saya lebih selesa dengan kem Mukhriz - mereka lebih jujur.
AVERAGE people talk about THINGS
SMALL people talk about OTHER PEOPLE
Salam Aidil Fitri Maaf Zahir dan Batin...Moga tuan terus cemerlang dalam penulisan walau mungkin pendapat kit asesekali bercanggah namun harapan saya ikatan persahabatan yang terjalin dalam blog ini takkan bercerai... Saya akan balik kampung isteri di Taiping Aidil Fitri ini...tak jauh tu dengan Kuala Kangsar...Insya Allah panjang umur kita ketemu di layar yang sebenar...
thx!
Saudara 'homeuser' menulis tentang "membetulkan UMNO dari dalam". Kita faham yg beliau maksudkan ialah "Anwar pernah menyatakan hendak membetulkan UMNO dari dalam dan akhirnya dia yg rosak."
Nampaknya 'homeuser' tidak tahu langsung bahawa hampir tidak ada usaha Anwar membetulkan UMNO dari dalam. Malah beliaulah yg menyemarakkan politik wang dalam setiap pemilihan UMNO. Homeuser juga tidak tahu bahawa kebanyakan program Islamisasi yg dilaksanakan Anwar asalnya buah fikiran dan arahan TDM selaku PM ketika itu. Malah kemasukan Anwar atas jemputan TDM juga bagi membantu TDM bukan untuk mendapatkan idea ISlam drpd Anwar. TDM tahu bahawa Anwar ada pengaruh besar dalam perkara itu.
Terima kasih kpd 'homeuser' kerana membangkitkan beberapa perkara untuk didedahkan kebenarannya.
Selamat hari raya aidil fitri. Maaf zahir bathin.
Walllahu'alam.
Mengenai Mahathir, ada satu buku baru yang ditulis oleh Ahmad Mustapha Hassan, bertajuk "Membina dan Meruntuh Malaysia" (SIRD,2008). Penulisnya berpendapat,Tun Razak telah membina Malaysia.Sebaliknya Mahathir telah meruntuhkan Malaysia.
Selamat hari raya.
Tun Jeram
(juga menulis dengan nama Gagak Di Rimba, Salman Madani, Andin Salleh, Sang Rajuna dll).
Mak Cik ucapkan Selamat Hariraya AidiFitri, Maaf Zahir Batin.
Terima Kasih atas segala Penulisan-penulisan bernas dalam blog kamu.
Rasenye abg li dulu dlm arah yang lain.. kenape sekarang dah tukar? rasenye mcm ade yang tak berape kene dgn tulisan abg li dlm blog ni. anyway.. berminak nak borak2 dgn abg li kalau ade mase. InsyaAllah abg Li boleh call meme kalau ade mase.
Hafiz - tidak mengapa, InsyaAllah kebenaran tetap akan terlaksana.
akmal - selamat hari raya juga. maaf zahir batin. kenyataan saudara sememangnya tepat.
Perfectwater - sahabat tetap sahabat, malah sahabat nabi pun bercanggah pendapat.
melayu angkat - selamat hari raya juga, maaf zahir batin.
zaidon - selamat hari raya dan maaf zahir batin.
adnan - selamat hari raya dan maaf zahir batin.
Tak siapa dapat nafikan jasa Mahathir membangunkan Malaysia ke tahap yang hebat.
Mungkin zamannya sudah berlalu, tetapi kesinambungan ini boleh diteruskan oleh Mukhriz.
Bagaimana dengan Khairi Jamaluddin? Sudahkah saudara mewawancara lulusan universiti terkemuka itu? Hebat benarkah? Jika hebat, di manakah hebatnya? Secara peribadi, saya sukakan keberanian Mukhriz, tapi untuk mengatakan mudah untuk dia berada di kerusi Ketua Pemuda, susahlah sikit, selagi ada KJ... Betul tak?
Nice and very informative writings..love reading your blog..keep it up...
Ianya mungkin tak relevan sangat dgn negeri Sarawak tapi ianya memberi kesan terhadap negeri Bumi Kenyalang ini...
Salam aidilfitri....
mokk - terima kasih. saya link blog saudara.
jinggo - terima kasih dan saya akan link blog saudara.
Saya sudah membeli Dewan Ekonomi keluaran Oktober.
Kebetulan artikel dinar saya disiarkan dalam bulan Oktober, Tun Dr. Mahathir ada turut menyentuh sedikit tentang dinar dalam penulisan blog beliau yang bertajuk "PEGGING".
http://www.warisan-marzuki.blogspot.com/2008/10/sywl-jth-dlm-okt-utk-kt-braya-ianya-jgk.html
jk anda ada info lain, sila emailkan lmn web ATAU no telnya ke sronoknya@gmail.com ATAU sms +60128624623 segera!
thx... semua d jmpt hdr & jgn malu2
apa komen anda psl video d bwh ini;
http://www.youtube.com/watch?v=VdXf2iI8ap4
http://test.chedet.com/che_det/2008/09/selamat-hari-raya-aidilfitri.html#comments
http://rantingsbymm.blogspot.com/2008/10/open-housing-in-kl-and-jakarta.html
maaflah TUN... drkm pun ms tgh kecewa, lpr, malu & mrh! sape yg sepatutnya mhn maaf nie?
pandangan saudara terhadap isu politik semasa mmg menarik.. teruskan usaha saudara
bboy - terima kasih