Skip to main content
Penulis Bersama Datuk Mokhzani Mahathir di Pejabatnya.

Mokhzani keluar UMNO


Pada 21 Mei 2008 Bekas Penolong Bendahari Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Mokhzani Mahathir, 47, mengumumkan keluar daripada UMNO mengikuti jejak bapanya, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Datuk Mokhzani berkata, beliau telah menghantar surat membatalkan keahliannya dalam UMNO kepada Pejabat UMNO Bahagian Merbok, semalam dan berkuat kuasa serta-merta.``Saya akan terus berkhidmat kepada negara, kerana untuk berkhidmat kepada negara tidak semestinya hanya melalui politik,’’ katanya ketika dihubungi di sini hari ini-
Utusan.


Ulasan Saya : Nampaknya ramai yang tidak mengenali anak ketiga Tun Mahathir Mohamad ini dengan lebih dekat. Saya agak kecewa apabila orang bercakap bukan berdasarkan sejarah. Benar kata-kata pepatah Arab yang berbunyi, “Manusia akan menjadi musuh dengan apa-apa yang mereka tidak ketahui”. Apabila Menteri Pelancongan, Datuk Seri Azalina Othman Said dan Menteri Belia dan Sukan Datuk Ismail Sabri Yaakob menggesa Datuk Mokhzani meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC), mereka tidak ubah seperti orang yang semakin tertekan untuk terus kekal dengan jawatan masing-masing melalui cara membodek. Kita harus ingatkan, jika Pak Lah tidak lagi menjadi PM, menteri-menteri seperti inilah yang harus disingkirkan terlebih dahulu.


Apakah mereka tahu bahawa salah seorang ahli korporat yang merana dan terseksa akibat Krisis Kewangan Asia 1997 itu ialah Mokhzani? Menanggung hutang dan menyelesaikan hutang tanpa bantuan bapanya? Apakah mereka tahu bahawa Tun Mahathir tidak membantu beliau ketika beliau berada dalam keadaan yang tenat dan merana itu? Apakah mereka tahu bahawa Tun Mahathir pernah berkata perihal Mokhzani dengan mengatakan , “Dia tanggunglah sendiri kesusahan dalam berniaga, jika gagal belajar la, tidak ada yang mudah dalam berniaga.”


Mokhzani terpaksa melupuskan 12.6 peratus saham dalam Tongkah Holdings dan 32.9 peratus saham dalam Pantai Holdings semata-mata untuk melangsaikan hutang piutangnya. Tiada sesiapa yang membantu. Kejayaan beliau menjadi rakyat Malaysia ke-20 terkaya bukan kerana bantuan bapanya, tetapi usaha sendiri. Namanya hanya naik setelah bapanya meninggalkan kerajaan. Beliau juga pernah meletakkan jawatan sebagai Penolong Bendahari Pemuda UMNO semata-mata tidak mahu dikatakan mendapat keistimewaan kerana ayahnya ialah Presiden UMNO. Apabila beliau berjaya pada hari ini dengan syarikat Kencana Petroleum bersama pengasasnya En.Chong Hin Loon, beliau tidak dibantu oleh sesiapa. Kejayaan beliau ini adalah hasil usaha mereka berdua yang tidak mengenal erti letih dan gagal. Mereka tidak banyak mengharap kontrak daripada Petronas, kerana bapa Mokhzani merupakan penasihat Petronas. Tun Mahathir menyuruh Mokhzani agar berusaha mendapatkan peluang perniagaan di luar negara dan jangan bergantung kepada kerajaan. Siapa tahu semua ini?


Menggesa agar beliau meletakkan jawatan sebagai pengerusi Sepang International Circuit (SIC) merupakan kerja orang yang tidak faham dan tidak tahu membezakan antara kemahiran yang dimiliki seseorang dengan sentimen politik yang sempit. Ahli korporat kental seperti Mokhzani inilah yang seharusnya ditonjolkan, berjaya dengan usaha sendiri dan bukan berjaya dengan nama bapa mertua atau mencanak naik atas nama SCOMI.


Nampaknya, semakin ramai pembodek-pembodek rasmi yang berada di sekeliling Pak Lah, yang lebih mementingkan perut mereka daripada kepentingan negara dan agama. Malaysia memerlukan tokoh korporat seperti Mokhzani, sanggup meninggalkan politik demi mengelakkan fitnah kepada bapanya dahulu. Tetapi sayang, manusia berkualiti seperti beliau inilah, yang hendak disingkir dan dibuang oleh anasir-anasir perosak di dalam UMNO. Siapakah Azalina Othman dan Ismail Sabri yang begitu lantang menyuruh Mokhzani meletakkan jawatan SIC? Apakah kejayaan dan pengorbanan yang kalian lakukan untuk negara dan rakyat begitu berasa bangga? Jika kalian belum mampu berkorban seperti mana yang dialami oleh Mokhzani dalam perniagaannya, lupakan sahaja. Dan masyarakat lebih menghormati manusia seperti Mokhzani, yang memiliki prinsip dan sanggup menanggung risiko demi menegakkan kebenaran.

Comments

Sham al-Johori said…
Sdr Azli,
Begitulah sejarah bangsa Melayu. Para penguasa sedang membunuh SAJARAHWAN dan ILMUAN Melayu secara berani. Demi kedudukan kuasa sementara itu, mereka sanggup menongkat langit dan menimba laut. Dan kini, mereka sedang menuju ke pulau impian bergelar kehancuran.
azlishukri said…
benar sham, kita mesti bertindak dan bergerak, agar segala kemusnahan ini akan dapat kita hentikan..
Zaid@Zaidel said…
Bro, gambar tu mahallah...jeles aku..
azlishukri said…
murah aje harganya...RM2
Anonymous said…
Asyik pakai baju merah je dalam kebanyakan sesi dengan tokoh. Baju keramat ke?
tunku said…
very interesting blog, teruskan .
S.YanaZ said…
Mokhzani yg juga 'kebal' spt Tun.

Sy pun perasan...Azli ada beberapa baju keramat;
yg plain-maroon,dark green dan dark grey.Betul tak?

ha.ha.
azlishukri said…
saya suka baju merah...tak tahu la ngape..
afandi said…
Sdr. Azli
Ex-UM student .. sya pun sama
salam ziarah
azlishukri said…
selamat bertemu kembali..
Mohd Faizal said…
Pembodek-pembodek ni kena baca Dewan Ekonomi Januari 2008 untuk kenal Datuk Mohkzani..
Hawk Tan said…
Sdr Azli,
First time visited your blog, keep up the good work.
Saya setuju benar dengan kenyatan saudara. Kadang kadang sedih melihat sikap sesetengah ahli politik yang hanya mementingkan diri sendiri sahaja.
Good work Azli, I support you.
By the way terima kasih for your comment on my blog .
kaum muda said…
salam bro, aku pun rasa sedey sekarang, aku dulu punya la pendokong aspirasi ketuanan Melayu, tidak kira masa dan tempat, aku ditempelak untuk untuk tindakan aku, sekarang mereka sibuk dengan ketuanan Melayu, abes yang mereka membuang kawanan melayu hanya kerana yang tak ikut arus ni, tapi yang ikut arus banyak dah hanyut dalam dunia sendiri, aku wat blog aku pun bukan kerana duit, Tok Pah pun tak kenal aku, tapi masih melihat dan mentafsir tindakan mereka, jgn sampai aku wat blog sokong Karpal singh bru mereka sedar kot, huhu
azlishukri said…
hawk tan, pandangan anda tepat..

Kaum muda...inilah budaya Politik UMNO yang dah lari daripada perjuangan..
bronaga said…
memang dasar pembodek sehingga perkara yang salah pun dianggap benar, sehingga menghalalkan segala cara yang haram untuk mengejar matlamat, setuju dengan mokhzani tidak akan meletakkan jawatan pengerusi SIC itulah nama berprinsip...UMNO bukan hak Pak Lah ia parti warisan nenek moyang kita...siapa diantara kita orang melayu yang berkaliber kita wajib menaikkan mereka setinggi mana yang boleh, cuma melayu bodoh sahaja yang berfikiran seperti 2 menteri yang menyuruh anak Tun letak jawatan, nampak sangat hipokrit aka pelesit bangsa...
Hawk Tan said…
Melihat perkembangan politik negara sekarang, saya berasa sungguh sedih sekali dan tiada lagi kepercayaan kepada pemimpin negara atau wakil wakil rakyat yang dilantik oleh rakyat jelata. Zaman sekarang ini macam kalau hendak status dan kaya masuk politik. Bukan-nya masuk politik kerana hendak membela rakyat jelata dan membangun negara ketahap yang lebih tinggi. Tak kiralah, sama ada ahli politik Melayu, Cina ataupun pemimpin India, semua sama saja.
Selepas Tun Dr. Mahathir. Kenapa sekarang ini tiada seorang pemimpin yang benar benar kita sanjungi, hormati dan percaya yang akan membela dan sanggup berkorban untuk negara dan bukan kerana ingin kuasa, status dan nikmat kewangaan.
Terus terang saya nyatakan. Tiada lagi rasa hormat kepada ahli politik yang sedia ada sekarang melainkan seorang dua sahaja.

Maaf kalau kalau Bahasa Malaysia saya kurang baik, maklumlah BM yang saya belajar lain dari sekarang..mana ada perkataan csnggih,isu dll..
sekian
Salam mesra...saya Cina tapi rakyat setia tanah air ku, Malayisia
azlishukri said…
terima kasih atas komen tersebut, inilah yang ahli-ahli UMNO rasai..

Pilihan Pembaca

MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 8 : Kenapa Bukan Khairy Memilih pemimpin bukanlah seperti memilih pakaian. Mana-mana yang kita berkenan, maka kita terus memilih dan membeli tanpa banyak berfikir. Memilih pemimpin juga bukanlah seperti memilih makanan yang mana-mana kita suka, maka kita terus makan, tanpa banyak berfikir. Tetapi, memilih pemimpin adalah umpama memilih seorang isteri atau seorang suami. Mesti kenal dan mesti pastikan bahawa calon isteri atau suami tersebut memahami diri dan mengetahui hati budi kita yang sebenar. Begitu juga dalam memilih seorang pemimpin, sebelum kita memilih seseorang pemimpin, seharusnya kita fahami terlebih dahulu siapakah pemimpin yang hendak kita pilih itu. Bukan boleh main ikut suka atau ikut hati semata-mata. Kita seharusnya melakukan analisis terlebih dahulu, layak atau tidak seseorang itu memegang sesuatu jawatan yang sedang dipertandingkan. Hal ini adalah kerana, jawatan adalah amanah dan tanggungjawab. Jika salah kita memilih, maka akan hancurlah ses...
Penulis Bersama Tun Daim Zainuddin di Pejabatnya. Terima Kasih Guru! ( Penyelesaian Krisis Harga Minyak Siri 1 : Dejavu ) Saya tidak mengulas terlalu panjang berkenaan isu kenaikan harga minyak sebelum ini. Alasannya mudah pertama, terlalu banyak andaian dan teori berkenaan isu tersebut. Sengaja saya menunggu sehingga hampir dua bulan kerana saya ingin merasai sendiri kesannya sebagai manusia biasa yang bekerja makan gaji. Akhirnya, saya terpaksa memerah otak dan merenung jauh akan tindakkan yang telah kerajaan ambil berhubung kenaikan harga minyak ini. Apakah kita sudah tiada lagi alternatif lain untuk mengelak daripada meningkatkan harga minyak atau kerajaan sudah kehabisan idea untuk menyelesaikannya? Saya memerhati segenap hujah sama ada di pihak pembangkang, khususnya Datuk Seri Anwar Ibrahim dan kumpulannya serta hujah daripada pihak kerajaan termasuk daripada Tan Sri Nor Mohamed Yackop, Menteri Kewangan II, tidak lupa tokoh yang amat saya kagumi Tun Dr Mahathir Mohamed dan saya...
Machiavellianisme Metode Bahaya Pendakwahan ISA : Pernah Wujud Zaman Saidina Umar? Oleh MUHAMMAD AZLI SHUKRI (Artikel ini sudah disiarkan di dalam Utusan Malaysia pada 08/01/2004) Setelah Cyrus berjaya menumpaskan Medes untuk memimpin bangsa Parsi, dan Theseus berjaya menukarkan wajah masyarakat Athens, di samping Romulus mendirikan kerajaan Rom. Semula sejarah tokoh besar ini dirakam dan dijadikan pedoman oleh seorang anak muda berbangsa Itali, yang kemudiannya menjadi terkenal sebagai seorang negarawan, politikus dan pemikir dunia. Beliau ialah Niccolo Machiavelli yang lahir pada 3 Mei 1469, pengasas dan pembangun mazhab "Matlamat Menghalalkan Cara" yang cukup popular dengan bukunya The Prince. Teknik beliau untuk mendapatkan kuasa amat kuat mempengaruhi kuasa imperialis Barat, bahkan, konsepnya juga telah melahirkan pelbagai ungkapan seperti, "Machiavellian Approach", "Machiavellian Tactics" dan "Machiavellian Politics". Semua ini, masih teta...