Skip to main content

James Bond : Kepintaran ialah Jenama

SEBILANGAN PEMIMPIN BESAR INDUSTRI INI IAITU Elon Musk, Bill Gates dan Mark Zuckerberg walaupun sangat sibuk, memperuntukkan sekurang-kurangnya satu jam sehari (atau lima jam seminggu) sepanjang karier mereka untuk tiga aktiviti yang penting ini, iaitu : membaca, refleksi dan melakukan eksperimen.
 

Apakah tujuannya? Tujuannya untuk mendapatkan sebanyak mungkin idea baharu dan membina sebanyak mungkin solusi melalui inovasi orang lain. Berfikir dengan kreatif dan berstategi adalah satu bentuk kompetensi yang sangat diperlukan oleh semua usahawan. Usahawan kecil atau besar - wajib memiliki kemahiran berfikir aras tinggi untuk mengembangkan perniagaan mereka.
 
Baik. Bagaimanakah kita ingin membentuk pemikiran aras tinggi? Salah satu caranya adalah banyak membaca buku yang bermanfaat. Membaca buku-buku yang bermanfaat akan menambah idea. Idea yang banyak akan membentuk garis hubungan. Garis hubungan antara satu idea dengan idea yang lain akan membina jaringan. Jaringan yang banyak akan membina struktur. Dan struktur yang lengkap akan membina gambaran tentang isu atau world view yang lebih menyeluruh. Pandangan yang menyeluruh akan memudahkan anda membuat keputusan dan tindakan yang benar-benar produktif dalam perniagaan. 
 
Inilah plot storytelling yang terdapat dalam filem terbaharu James Bond, "No Time to Die". Semua musuh dan kisah sebenar James Bond akan terjawab dalam filem terakhir lakonan Daniel Craig ini. Idea umpama satu titik kecil. Lagi banyak idea, lagi banyaklah titik-titik kecil muncul. Tanggungjawab kita adalah menghubung semua titik tersebut untuk melihat gambaran sebenar cerita dan mesej yang ingin disampaikan. 
 
Dalam perniagaan juga sama. Satu idea saya tidak cukup. Sentiasa mencari dan meneroka idea baharu. Banyak membaca dan membuat percubaan. Itulah yang dilakukan oleh usahawan besar yang berjaya dalam menawarkan penyelesaian kepada pelanggan.
 
Ia umpama kisah James Bond. Setiap filemnya sentiasa ada musuh baharu dengan idea yang berlainan. Jadi, filem James Bond mampu kekal lama. Mereka tidak memasarkan aksi lasak James Bond semata-mata. Mereka memasarkan idea tentang teknologi, kepintaran dan gaya hidup. Hubungan yang berterusan antara idea-idea ini dibentuk melalui konflik dengan para musuh James Bond yang juga sentiasa mempunyai titik pertalian antara satu sama lain. 
 
Akhirnya mereka mencipta puncak musuh paling hebat James Bond bernama Safin. Jadi semua idea tentang Bond dan para musuhnya sebelum ini akan terjawab dalam No Time to Die. Asas idea filem James Bond adalah untuk memaparkan industri pintar, teknologi aras tinggi dan gaya hidup, yang semuanya dibungkus dengan watak musuh yang memiliki jaringan komunikasi luar biasa dan kekayaan yang tak terkira. Realitinya, filem ini membina gambaran keseluruhan jenama James Bond dengan positioning mereka yang jelas - 'Kepintaran adalah Brand Kami'. Kami ada hero yang pintar. Teknologi yang pintar dan musuh yang pintar! Jadi kepintaran adalah gaya hidup kami. Mereka ingin menunjukkan semua jenis kepintaran adalah milik Bond. James Bond. Kepintaran emosi. Kepintaran teknologi dan kepintaran strategi. 
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020. Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, 
personal branding dan bisnes.


Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun

Mahathir Tetap Berjasa Selama 22 Tahun Oleh Shamsul Amri Baharuddin Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad telah diberi pelbagai nama jolokan dan gelaran, positif dan negatif, oleh pelbagai kelompok manusia, kawan dan lawan, di dalam dan luar Malaysia. Kepada kawan di Malaysia beliau pernah dipanggil `Bapak Perindustrian', `Perwira Melayu', `Bapak IT' dan puluhan lagi gelaran. Kepada kawan di luar Malaysia beliau pernah dikenal sebagai `The Voice of the South, The Master Strategist', `Hero of the Underdog' dan paling terakhir sebagai Ibnu Khaldun abad ke-21. Kepada lawan di Malaysia beliau pernah dicemoh sebagai `Penjahanam Bangsa', `Penjual Harta Negara', `Pembela Korporat Korap' dan pelbagai lagi gelaran yang tak enak bunyinya. Di luar Malaysia, media Barat pernah menggelarnya `The Dictator', `Anti-Semitic', `Authoritarian and Corrupt' dan bermacam lagi nama yang keji bunyinya. Yang menariknya, gelaran-gelaran ini amat terpolarisasi sifatnya, sama...

Air Pasang Surut

Air Pasang Surut Oleh Muhammad Azli Shukri Tiada kata-kata manis lagi untuk dihemburkan kepada akhbar Herald Catholic yang jelas menghina agama Islam – apabila dengan sengaja menyamakan perkataan “Tuhan” dengan “Allah” dalam artikel terbitan mereka. Hal ini bukan sahaja biadab dan kurang ajar. Tetapi sesungguhnya seluruh umat Islam Malaysia – yang cintakan agama Islam harus berganding bahu melakukan segala yang termampu, agar penghinaan sebegini dihentikan segera. Malah, tindakkan yang berat harus segera diambil terhadap pihak yang begitu berani mencemar kesucian agama Islam. Ini adalah jihad kita – mempertahankan nama Allah yang cuba digambarkan dengan cara yang sangat tidak baik dan merendah-rendahkan namaNYA . Semua bloggers disaran agar bersama-sama mengeluarkan pandangan serta mendesak agar pihak terbabit diambil tindakkan dengan segera. Begitu juga seluruh umat Islam tidak kira latar belakang dan ideologi parti politik – harus bertegas dan serius mempertahan agama Alla...

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil...