Skip to main content

Wal-Mart : Rahsia Kejayaan Sam Walton

PADA TAHUN 1992, PENGASAS PERNIAGAAN GUDANG MEMBELI BELAH terulung Amerika Syarikat, Wal-Mart, Sam Walton meninggal dunia. Kekayaannya pada waktu itu dianggarkan lebih daripada USD 25 billion dengan Wal-Mart memiliki lebih daripada 8,000 gudang di 15 buah negara. 
 

Pada mulanya saya amat yakin, kejayaan Sam Walton membina empayar Wal-Mart di seluruh dunia adalah disebabkan oleh faktor kepintaran para pengurus dan plan strategi perniagaan mereka yang jitu. Rupa-rupanya terdapat faktor lain yang mendorong Wal-Mart menjadi sebuah syarikat luar biasa.
 
Ramai dalam kalangan usahawan dan organisasi perniagaan hari ini yang mengabaikan pembentukan "falsafah perniagaan" terlebih dahulu sebelum meletakkan misi, visi dan sasaran perniagaan. Di Wal-Mart, Sam Walton memulakan falsafah ringkas perniagaannya dengan memaksa para pengurusnya memakai lencana yang tertulis We Care About Our People.
 
We Care About Our People ialah falsafah asas semua jenis perniagaan. Yang menggerakkan segala operasi, pengurusan dan sesebuah perniagaan adalah manusia yang digelar sebagai pekerja. Walton mahu menumpukan terlebih dahulu kepada isu meningkatkan produktivi para pekerjanya. Beliau yakin jika para pekerja dilayan dengan baik, apa-apa sahaja perniagaan akan berjaya dan maju.
 
Walton menyebut mereka sebagai rakan, bukan pekerja. Dia mendengar apa-apa yang mereka katakan. Beliau berkata, "Kuncinya ialah keluar masuk kedai dan mendengar apa-apa yang diperkatakan oleh mereka." Beliau mahu tahu realiti dan isi hati pekerjanya. Hal ini amat berbeza dengan kebanyakan CEO dan pengurusan tertinggi organisasi yang tidak suka mendengar realiti, bahkan lebih gemar memaksa para pekerjanya agar mendengar segala impian yang mereka inginkan. 
 
Sekali lagi, Walton menitik beratkan soal komunikasi dan bukan plan strategi syarikat! Beliau sangat gembira dan menjadi rutinnya untuk mendengar pandangan orang bawahan, katanya, "Penting sekali bagi setiap orang untuk melibatkan diri. Idea-idea kami yang terbaik datang daripada kerani dan orang-orang di gudang." Berbeza dengan keadaan sekarang. Ramai para pengurus-pengurus besar syarikat yang menganggap mereka terlalu hebat dan serba tahu.
 
Di Wal-Mart - Walton percaya bahawa perniagaannya hanya akan berjaya sekiranya para pekerjanya dilayan dengan baik, kerana pekerja yang dilayan baik oleh majikannya pasti akan melayan baik para pelanggannya juga. 
 
Falsafah di Wal-Mart adalah mudah. Layan pekerja sebagai manusia dewasa. Layanlah mereka dengan hormat. Jika sesebuah syarikat menginginkan produktiviti, syarikat tersebut harus memperlakukan para pekerjannya sebagai harta yang paling bernilai.
 
Syarikat-syarikat unggul seperti Wal-Mart, mereka mementingkan kebahagian dan berorentasi penampilan individu yang saling menghormati. Pengurusan tertingginya juga percaya bahawa kejayaan syarikat bukannya lahir daripada amalan "memukul meja atau menendang pintu". Sebaliknya kejayaan hadir melalu cara syarikat melayan pekerjanya sebagai individu yang dewasa. 
 
Tidak ada hal yang lebih menyeronokkan bagi seorang pekerja selain daripada merasakan diri mereka dihargai dan diperlukan. Itulah asas bagi mana-mana perniagaan yang berhasrat untuk maju.
 

Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020 Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw