Skip to main content

Baggio yang Bangkit Semula

BOLA MELINTAS DI ATAS GAWANG. TENDANGAN PENALTINYA TERSASAR. Itali tewas. Brazil Juara. Roberto Baggio kecewa. Dia gagal melakukan tendangan penalti di Piala Dunia 1994. Dia membawa beban mental yang berat untuk sekian lamanya. Reputasinya jatuh. Para pentaksub memakinya. Empat tahun kemudian, sekali lagi situasi yang hampir sama berulang. Tetapi kali ini, tendangan penaltinya telah menyelamatkan Itali daripada dimalukan oleh Chile.
 
 
Dalam perniagaan, bukan soal berapa banyak peluang yang diberi, tetapi peluang mana yang mampu anda sempurnakan dengan baik. Peluang yang terhidang, gagal disempurnakan, hanya membunuh reputasi syarikat.
 
Tetapi, Roberto Baggio bangkit semula. Menyudahkan tendangan penaltinya saat menentang Chile di Piala Dunia 1998 – walaupun Itali tidak menjadi juara, Roberto Baggio terpaksa menanti empat tahun untuk memulihkan reputasi. Apabila sesuatu peluang perniagaan diberi, sempurnakan dengan dedikasi dan berkualiti kerana untuk mengembalikan kepercayaan bukanlah semudah ABC.
 
Pemain bola sepak yang gagal menyempurnakan tendangan penalti umpama orang yang kehilangan wibawa dan maruah. Tetapi, itu bukanlah penutup kepada kerjaya mereka. Setiap orang diberi peluang yang sama untuk bangkit. Baggio berkata, “Semua orang bertanya apakah saya mampu melakukannya atau sekali lagi saya akan memalukan Itali? Tetapi saya tidak peduli, yang penting saya yakin dan percaya saya mampu melakukannya.” Lantas dia menendang bola, dan Gol! Maka terpaparlah iklan dengan sebaris kata, ‘Roberto Bagio’s Walk : 1994-1998’. 
 
Akhirnya dia bangkit memberi inspirasi dan dikenali sebagai orang yang tidak menyerah dan terus berjalan ke hadapan. Dalam perniagaan terlepas peluang bukanlah penutup segala-galanya. Bangkit semula dan cipta peluang baharu!
 
Hakcipta © Muhammad Azli Shukri, 2020 Sertai telegram saya di t.me/azlishukri untuk tip penulisan, personal branding dan bisnes.
 
Telegram   : t.me/azlishukri 
FB Profile : Azli Shukri
FB Page    : Muhammad Azli Shukri
Instagram  : azli.shukri
Twitter       : AzliShukri
LinkedIn    : Muhammad Azli Shukri
YouTube    : Azli Shukri Channel
Blogspot    : Azli Shukri Jurnal
TikTok      : Azli Shukri

Comments

Pilihan Pembaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Yang Mana Satu?

Fikir-fikirkan...yang mana satu Allahyarham Baharuddin Ahmad, Baharuddin meninggal di KLCC, tetapi gambar yang dikatakan sebagai arwah itu diambil di Hentian Puduraya, cuba lihat gambar kedua tersebut, tertera di belakangnya tertulis Puduraya. Baca juga penjelasan menarik daripada sahabat saya di sini... Double Y

Isu Tan Sri Ali Hashim : Di Sini Putih Bukanlah Warna

1. Saya mengenali bekas Pengerusi dan CEO Johor Corporation, Tan Sri Ali Hashim hampir dua tahun. Selalu berurusan dengan para pegawai kanannya dan sering pula menulis tentang perkembangan anak-anak syarikat JCorp. Sepanjang saya menjadi wartawan, saya sangat selesa bekerjasama dan begitu mudah mendapatkan pandangan dan idea daripada Tan Sri Ali Hashim. Secara jujur saya katakan, beliau merupakan salah seorang CEO yang sangat saya kagumi dan hormati. Cara dan strategi Tan Sri Ali Hashim mengIslamisasikan organisasi di bawah pentadbirannya, patut dipuji dan diberi penghargaan. 2. Walaupun apa pun yang dikatakan oleh musuh-musuhnya - ia masih belum mampu menafikan segala kebaikan dan jasa beliau dalam membina dan membangunkan JCorp, sehingga dihormati dan dikagumi oleh banyak pihak. Saya tidak tahu apakah sebenarnya yang telah berlaku dalam pentadbiran JCorp sejak akhir-akhir ini. Namun demikian, saya yakin ada sesuatu yang tidak kena, sehingga Tan Sri ali Hashim bertindak meletakkan jaw