Skip to main content

Posts

Kita Masih Kabur Dengan Takrif Intelektual - Dr Ridhuan Tee Abdullah

Isu zakat dan dakyah Kristian menjadi sepi buat seketika, apabila isu komunis menutupi. Itulah budaya politik Malaysia. Satu isu belum selesai untuk dibahaskan, muncul pula isu baru. Selepas ini akan muncul pula isu lain. Akhirnya nanti, semua isu tergantung, tidak dapat diselesaikan sehingga ke akar umbi. Kita seolah-olah hilang fokus. Masalah terus menjadi masalah, tanpa penyelesaian. Kita asyik berpolitik. Berkaitan dengan isu Mat Indera dan komunis, setakat ini lebih 942 laporan polis dibuat ke atas Mat Sabu. Beberapa hari lagi akan melebihi angka 1,000. Bayangkan berapa banyak masa, wang ringgit dan tenaga terbuang, untuk melayan dan membincangkan isu yang boleh dianggap ‘remeh’ ini. Ia belum termasuk saman menyaman yang akan berlaku dan desakan demi desakan dibuat supaya sejarah kemerdekaan ditulis semula mengikut versi sebenar. Siapa untung, siapa rugi, fikirlah sendiri. Tolak campur, tolak campur, umat Islam juga yang rugi. Masa depan masih kabur b...

Hujah Terbaik Daripada Mashitah

BAGI menutup malu Pas kerana terhimpit dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di sebuah gereja 3 Ogos lalu, Datuk Mustafa Ali cuba mengalih pandangan dan menuduh UMNO sebagai dalang di sebalik isu itu. Bagi UMNO Selangor, ini satu pembohongan, dan sudahpun memulakan proses menyaman Setiausaha Agung Pas itu. Dalam pada itu, seorang pemimpin Pas, Dr. Che Rosli Che Mat menyelar Ahli Parlimen Kuantan, Fuziah Salleh kerana banyak mengeluarkan kenyataan tidak benar mengenai projek pemprosesan nadir bumi Lynas di Gebeng. Che Rosli, seorang pakar sains nuklear, mendapati Fuziah menggunakan fakta palsu. Che Rosli juga mengkritik Harakah kerana menyiarkan laporan tidak benar. Tapi Penerangan Pas Pusat dan kalangan pemimpin Pas tidak senang dengan tindakan Ahli Parlimen Pas Hulu Langat ini. Ini semua bermaksud apa? Pas lebih senang rakyat terus dibohongi dengan maklumat palsu daripada diberikan fakta sebenar. Terbaru, Jamilah Abu Bakar, yang meliha...

Nasihat Ridhuan Tee Abdullah

Pada 5 Ogos 2011, saya telah menulis satu artikel dalam blog saya, http://ridhuantee.blogspot.com, bertajuk “Awasi dakyah Kristian”. Kisah benar bagaimana perancangan Kristian memurtadkan orang Melayu Islam ketika mereka masih kanak-kanak lagi. Namun, tidak ramai ambil pusing, sehinggalah berita ini diperbesarkan oleh sebuah akhbar yang dituduh oleh ultra kiasu sebagai akhbar rasis atau ultra Melayu. Akhbar ultra kiasu tidak kurang juga ultranya, tetapi mereka tidak pernah disalahkan, maklumlah sekapal. Artikel ini pada mulanya saya tulis untuk akhbar ‘ultra Melayu’ tersebut untuk siaran 7 Ogos 2011, kerana ketika itu isunya masih panas, berkaitan pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) ke atas sebuah gereja di Damansara Utama. Malangnya, ia tidak disiarkan. Mungkin editor akhbar itu menganggap saya mereka-reka cerita ataupun editornya mungkin takut untuk menyiarkannya. Saya berterima kasih kepada akhbar Sinar Harian kerana begitu neutral dan berani menyiarkan setiap penulisan ...

Syabas Ustaz Fathul Bari! Inilah Yang Kita Mahu

Mashitah Berhujah Lagi!

Sekali lagi Pas berada di persimpangan, sama ada berpaksi kepada perjuangan ‘amal makruf nahi mungkar’ atau tunduk saja kepada DAP atas dasar setia kawan dalam pakatan politik untuk memenangi pilihan raya. Kemelut Pas berhubung tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) menjalankan pemeriksaan di gereja, dipercayai cuba memurtadkan orang Islam minggu lalu, membuka pekung di dada. Rakyat, termasuk penyokong Pas sendiri mahu melihat yang mana menjadi pilihan parti bernama Islam ini. Andainya Pas memilih dasar perjuangannya mendaulatkan Islam, mereka mesti menyokong tindakan Jais, yang bertindak atas laporan awam dan bahan bukti. Mesti berdiri tegak di belakang Datuk Dr Hasan Ali, Exco Hal Ehwal Agama Islam di Selangor, yang mempertahankan tindakan Jais mahu menyelamatkan akidah 12 Muslimin. Setakat ini, ramai penyokong Pas, NGO dan pertubuhan Islam, menzahirkan sokongan terhadap tindakan Jais. Namun, Pas bersikap dingin dan melahirkan hasrat untuk mendapat maklumat lanjut daripada piha...

Syabas Mufti Selangor!

Semoga Allah merahmati ulama yang ikhlas berjuang kerana-Nya. Sudah tiba masanya seluruh ulama bersatu di bawah kerajaan UMNO dalam menghadapi agenda jahat musuh Islam yang terang-terang mahu memurtadkan umatnya di Malaysia. Baca berita ini. KUALA LUMPUR 9 Ogos – Seluruh umat Islam di negara ini diseru supaya bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat oleh musuh agama, sekalipun terpaksa menghadapi apa sahaja rintangan. Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid (gambar) berkata, adalah menjadi kewajipan ke atas setiap orang Islam untuk mempertahankan akidah kerana maqasid syariah itu tidak boleh dijual beli dengan apa sekalipun, hatta kepentingan politik. Sehubungan itu, beliau menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist, kerana percaya ia dibuat berdasarkan bukti terdapatnya usaha memurtadkan umat Islam. Pada masa yang sama, beliau juga berdiri teguh di belakang Pengerusi J...

Di Manakah Jalur Gemilang Kita?

Oleh Aznan Bakar. KIRA-KIRA tiga minggu lagi kita bakal menyambut Hari Kemerdekaan yang ke-54. Kebetulan pada tahun ini sambutan itu boleh dikatakan jatuh serentak dengan ketibaan Hari Raya Aidilfitri. Sedikit sebanyak ia tentu menimbulkan dilema di kalangan rakyat mengenai mana satu yang perlu diutamakan. Sambutan Hari Kemerdekaan atau Hari Raya? Yang pasti kehadiran kedua-duanya cukup signifikan kepada penduduk negara ini. Hari Raya merupakan hari kebesaran kepada umat Islam selepas kejayaan menunaikan ibadat puasa. Sementara Hari Kemerdekaan merupakan tarikh penting negara bebas daripada belenggu penjajahan. Namun, disebabkan kedua-dua tarikh penting itu datang serentak sudah tentu tumpuan rakyat terutama yang beragama Islam lebih kepada keperluan Ramadan dan persiapan Hari Raya. Tetapi ia tidak bermakna kehadiran tarikh keramat 31 Ogos tahun ini perlu dibiarkan berlalu begitu sahaja. Menunaikan ibadah puasa dan kesibukan menyambut Hari Raya bukan bermakna...

Syabas Dr Mashitah! Satu Hujah Terbaik

1. Sebaik-baik Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengumumkan di muktamar Pas baru-baru ini bahawa partinya menggugurkan matlamat membentuk negara Islam, sebaliknya mahu wujudkan negara berkebajikan jika dapat memerintah Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengucapkan tahniah kepada Pengerusi DAP Karpal Singh. 2. Ini kerana setelah puluhan tahun, akhirnya hasrat Pengerusi DAP dan partinya untuk menghalang Pas membentuk sebuah negara Islam telah berjaya. Perjuangan Pas sejak tahun 1950-an berjaya dipatahkan DAP. Kata orang Kelantan, "Pas aloh ko DAP" (Pas kalah kepada DAP). 3. Ini hakikat yang sukar diterima orang Pas. Pusingan U yang diumumkan Hadi Awang buka sahaja mengaibkan ramai penyokong Pas akar umbi, malah dianggap menghina pejuang dan aktivis sebelum ini. Sekali gus, mengiktiraf kedudukan dominan DAP dalam pakatan pembangkang yang dianggotainya. 4. Seminggu selepas muktamar, Naib Presiden Pas Salahuddin Ayub mengumumkan bahawa sebuah panel khas a...

Apa Pasal Lim Guan Eng Takut Sangat Dengan Video Ini?

Baca penjelasa di sini...

Jom Kita Sokong!!!

MB Selangor : Baru Dapat Kuasa Sebesar Kuman, Sudah Lupa Daratan

SHAH ALAM 3 Ogos – Bekas Naib Canselor Universiti Selangor (Unisel), Datuk Dr. Rosti Saruwono tidak menolak dakwaan kemungkinan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menggunakan kuasanya untuk mengeluarkan arahan supaya beliau melucutkan jawatan tiga pegawai kanan universiti itu. Menurutnya, secara teknikal, Abdul Khalid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengarah universiti mempunyai kuasa untuk mengeluarkan arahan sedemikian kepadanya sebagai Naib Canselor. “Saya menerima arahan untuk menurunkan jawatan ketiga-tiga individu tersebut tetapi saya tidak bersetuju kerana pada saya, ia perlu dibuat mengikut peraturan yang ditetapkan dan bukannya boleh dibuat sesuka hati. “Untuk menyelamatkan keadaan, saya berundur diri supaya pihak yang mempunyai kuasa itu dapat meneruskan hasrat mereka. Mudah-mudahan ia memudahkan kerja mereka dan sebab itulah saya mengambil keputusan untuk meletakkan jawatan,” katanya ketika ditemui pemberita di kediamann...

Nak Tahu Makna Zalim? Inilah Kezaliman!

Kalau nak tahu apakah makna zalim, Nah! inilah perbuatan zalim yang nyata lagi terang! Menutup periuk nasi orang lain dengan jalan haram. SPRM perlu segera menyiasat tindakan Menteri Besar Selangor ini. Terdapat banyak penyelewengan yang berlaku di Unisel sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri. Ini baru sikit kezaliman mereka, bagaimana kalau puak-puak ini memerintah negara pula? Hancur pentadbiran dan organisasi kerajaan akibat campur tangan politik keji mereka. Seteruk-teruk kerajaan BN dalam berpolitik, paling kuat pun, seorang guru yang menyokong parti pembangkang hanya akan ditukar tempat kerjanya sahaja - sebagai contoh suami Cikgu Mala yang cuba menipu dengan sijil sakitnya. Beliau ditukar tempat kerja, tetapi tidaklah sampai tahap hendak dibuang kerja seperti mana yang berlaku di Unisel. Saya rasa sudah sampai masanya, Pakatan Rakyat dinyahkan dari Selangor. Kononnya memperjuangkan keadilan atas nama rakyat, tetapi terbukti merekalah yang ...

Mari Kita Mulakan Amalan Ini...

Menjelang Pertemuan Malaysia-Singapura Esok : Rajagobal Ada Fomula Misteri

Izinkan saya memberi komen menjelang perlawanan kedua antara Malaysia dengan Singapura, Khamis ini - sama ada kita suka atau tidak, saya yakin dan percaya, Malaysia akan berjaya ke peringkat seterusnya. Walaupun kita tewas 5-3 baru-baru ini, tetapi itu bukanlah penutup kepada segala-galanya. Dalam satu kenyataan, Datuk K. Rajagobal mendakwa bahawa beliau mempunyai fomula misteri dalam berhadapan dengan Singapura malam esok - saya yakin dan percaya, formula misteri tersebut mampu meranapkan keegoan Singapura, sekali gus melenyapkan impian besar mereka. Sekali lagi secara peribadi saya mengucapkan agar pasukan dan anak didik Rajagobal akan terus menunjukkan prestasi cemerlang malam esok, serta tidak mengecewakan para peminat mereka. Go Harimau Malaya Go! Baca berita di bawah: KUALA LUMPUR, 27 Julai — Ketua jurulatih Datuk K Rajagobal berkata, beliau ada formula terbaik ‘membakar’ semula semangat barisan Harimau Malaya yang luntur untuk bangkit mengatasi defisit dua gol d...

Tahniah Tan Sri! Kita Memerlukan Lebih Ramai Seperti Ini

Saya mengambil kesempatan secara peribadi mengucap setinggi-tinggi tahniah kepada Tan Sri Hamad Kama Piah yang baru sahaja menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup daripada majalah perniagaan berpengaruh dunia - The Leaders. Sememangnya beliau sangat layak untuk menerima anugerah yang berprestij tersebut. Sekali lagi saya ucapakan syabas dan diharapkan beliau terus berusaha membangunkan ekonomi orang Melayu-Islam ke persada antarabangsa. Doa saya semoga kesihatannya sentiasa terpelihara dan persahabatan kita terus berkekalan. KUALA LUMPUR, 23 Julai — Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) Tan Sri Hamad Kama Piah Che Othman menerima anugerah Pencapaian Seumur Hidup pada majlis Anugerah Kepimpinan Global di sini. Hamad Kama Piah , yang mempunyai pengalaman 30 tahun di bidang pelaburan dan pengurusan unit amanah, membangunkan PNB dengan aset di bawah pengurusan meningkat berganda dari RM40.7 bilion pada Disember 1997 kepada hampir RM150 bili...