Skip to main content

Posts

Laporan Khas Azli Shukri (Episod Satu) : Produk Terbaik Khairy adalah Kegagalan

Laporan Khas Azli Shukri Episod Satu : Produk Terbaik Khairy adalah Kegagalan Oleh Muhammad Azli Shukri Sehingga ke hari ini, saya masih bertegas - bahawa Ketua Pemuda UMNO Malaysia mestilah Datuk Mukhriz Mahathir. Mengapa? Kerana UMNO harus segera mengelakkan fitnah yang akan melanda parti tersebut jika calon lain yang memenangi kerusi panas tersebut. UMNO tidak berupaya lagi untuk menangkis satu lagi gelombang tsunami politik dalam PRU yang akan datang. Saya jelaskan dengan hati yang ikhlas mengapa semua perwakilan pemuda UMNO harus memilih Datuk Mukhriz, pertama - imej beliau adalah bersih dan terbukti beliau tidak menggunakan wang untuk mendapatkan pencalonan baru-baru ini. Nama beliau dicalonkan dengan sebulat suara daripada akar umbi, tanpa dipaksa atau dibayar apa-apa. Kedua, terbukti beliau merupakan calon yang tiada rekod kegagalan dalam menjalankan tugas yang telah diamanahkan oleh parti kepadanya. Ambil contoh Aman Malaysia - yang terletak di bawah Biro Antarabangsa Pergerak...

"Semalam, Saya Menerima SMS daripada Datuk Seri Rais Yatim."

Tahniah Datuk Seri Rais Yatim! Oleh Muhammad Azli Shukri Akhirnya, saya harus berterus-terang dengan jujur dan ikhlas – sesungguhnya salah seorang Naib Presiden UMNO yang harus dipilih oleh perwakilan kelak, ialah Datuk Seri Rais Yatim. Malah, saya juga sudah berazam untuk membantu kempen Datuk Seri Rais Yatim – melalui blog saya ini bagi memastikan salah satu kerusi Naib Presiden UMNO dimiliki oleh beliau. Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – membuka mata saya bahawa “inilah diri sebenar Datuk Seri Rais Yatim” – agak malang kepada sesiapa yang sayangkan UMNO tidak menonton siaran Hujah semalam yang menampilkan dua lagi calon Naib Presiden UMNO, iaitu Datuk Seri Syafie Afdal dan Datuk Seri Rais Yatim. Pada pandangan peribadi saya, sejak siaran Hujah keudara di TV9 – Rais Yatimlah satu-satunya pemimpim UMNO yang sanggup berterus-terang tentang hasrat dan perubahan yang diinginkan oleh akar umbi selama ini. Lantaran itu, pada “ijtihad politik” saya, saya “mewajibk...

Inikah yang Kita Mahu?

Inilah Kesannya Lirik Lagu : Allah Peduli - Agnes Monica Banyak perkara yang tak dapat ku mengerti Mengapakah harus terjadi Di dalam kehidupan ini Suatu perkara yang Ku simpan dalam hati Tiada satupun kan terjadi tanpa Allah perduli Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sebab Allah mengerti Allah mengerti Allah peduli Segala persoalan yg kita hadapi Tak akan pernah di biarkanya ku bergumul sendiri Sebab Allah Yesus ku Mengerti Apabila Datuk Seri Harussani, Mufti Kerajaan Negeri Perak menentang penggunaan nama Allah dalam terbitan majalah agama Kristian - sudah tentu beliau mempunyai hujah mengapa perbuatan tersebut tidak boleh dan sudah pasti beliau dapat menghidu kesannya ke atas umat Islam pada masa akan datang. Malah, posting saya dalam blog ini turut secara terang-terangan menentang dengan sekeras-kerasnya penggunaan nama Allah oleh pihak gereja dalam penerbitan mereka. Kita harus faham kesannya ke atas mind...

Monolog Azli Shukri Bab 13 : Pemuda Tanpa Khairy

MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 13 : Pemuda Tanpa Khairy Oleh Muhammad Azli Shukri Melihat hati duka lara si Tony Fernandes, CEO Air Asia ketika menceritakan rasa penyesalannya yang tidak berkesudahan atas segala sokongan dan penajaan yang beliau berikan selama ini kepada projek MyTeam milik Khairy Jamaluddin (baca Malaysiakini post 28 Januari 2008) – sekurang-kurangnya meyakinkan saya bahawa kini, Datuk Tony sudah berpijak ke bumi setelah terbang terlalu tinggi di langit biru. Di langit lain, Sir Richard Enderson CEO Virgin Air line semakin rakus menguasai ruang angkasa dengan rakan-rakan niaganya yang bijak dan berwawasan. Nasib ini tidak upaya dimiliki Datuk Tony, tatkala beliau dikecewakan oleh si bijak pandai bernama Khairy Jamaluddin, yang asalnya cuba dijadikan aset masa hadapan oleh Tony – tetapi bertukar wajah menjadi liabiliti kepada beliau dan AirAsia. Maka, daripada kejauhan terlihatlah oleh kita, bahawa Khairy hanyalah sebutir suasa yang telah disalahtaf...

A for Azli, V for Vendetta, U for UMNO

A for Azli V for Vendetta U for UMNO Oleh Muhammad Azli Shukri Saya sudah mendengar hampir seluruh pemimpin utama UMNO menjawab soalan asas yang sangat penting - mengapa generasi muda tidak menyokong UMNO. Dalam siaran Hujah yang seringkali mengetengahkan calon-calon utama UMNO bagi merebut jawatan-jawatan penting dalam parti Melayu terbesar di dunia itu, dapatlah dibuat kesimpulan - hampir semua pemimpin UMNO tidak faham, apakah kehendak sebenar masyarakat dan akar umbi ahli-ahli UMO itu sendiri. Mereka masih terus menerus beretorik kosong dengan mendakwa begitu dan begini, serta langkah-langkah untuk menarik minat generasi muda kembali kepada UMNO. Namun begitu, hampir semua cadangan dan idea mereka masih tidak berupaya menyelesaikan masalah asas tersebut. Bahkan - lebih malang, mereka seolah-olah takut untuk bercakap benar, yakni bercakap daripada suara hati nurani dan bukan dari suara alam mimpi. Kita harus memahami terlebih dahulu - generasi muda tidak peduli apakah maknany...

Murid Terakhir Tun Daim (Episod Pertama)

Murid Terakhir Tun Daim Oleh Muhammad Azli Shukri (Episod Pertama) Apabila Tun Daim Zainuddin – dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia yang disiarkan semalam, mendakwa krisis ekonomi yang sedang melanda dunia ketika ini adalah berakar umbi daripada sifat tamak yang diajar oleh sistem ekonomi kapitalis – setelah runtuhnya komunis pada lewat tahun 1989, saya mula teringat akan kata-kata beliau sewaktu saya bertemu dengannya setahun yang lalu. Saya bertanyakan apakah Malaysia boleh mencapai negara maju dan mencapai hasrat Wawasan 2020? Beliau menjawab, “ Saya percaya, kerajaan sedia maklum, untuk mencapai semua itu, pertumbuhan ekonomi negara kita harus bergerak (pertumbuhan ekonomi) tujuh peratus setahun. Namun demikian, beberapa tahun yang lalu, negara kita gagal mencapainya." Mesej yang jelas daripada kata-kata Tun Daim tersebut dapatlah saya rumuskan bahawa, Wawasan 2020 mungkin hanya akan tinggal kenangan, untuk mencapai pertumbuhan ekonomi negara sekitar 7...