Skip to main content

Doa Untuk Awang Had Salleh

Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada tokoh pejuang bahasa yang tidak asing lagi kepada kita semua, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Awang Had Salleh yang sedang bergelut dengan strok. Semoga beliau segera sembuh dan menyumbang buah fikiran demi kedaulatan bahasa Melayu di bumi tercinta ini.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim melawat Sasterawan Negara Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh, yang dirawat kerana strok di Hospital Selayang dekat sini, hari ini. Awang Had merupakan bekas pensyarah bahasa semasa Rais menuntut di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai dalam tahun 1960-an.

"Tan Sri Awang Had Salleh adalah pejuang bahasa kebangsaan, seorang komunikator yang sangat berkesan, pendidik di samping memperjuangkan pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia serta Maktab Perguruan Bahasa di mana saya mengenali beliau sebagai seorang pensyarah yang sangat berkesan.

"Apabila mendengar beliau sakit strok, saya terharu dan ingin melihat keadaan sebenar. Kita juga terpanggil untuk mendoakan supaya beliau pulih dan memberi sokongan kuat kepada keluarga beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Awang Had, 77, memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah pada tahun 1950-an, dan kemudian sebagai tenaga pengajar pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan kemudian sebagai Dekan fakulti tersebut pada 1974.

Pada 1975, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM selama tiga tahun dan kemudian sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980 dan pada 1984 menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia.

Pada Julai 2000, Awang Had dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang Had juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk buku, risalah dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya. Antara karyanya ialah kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna serta skrip drama “Buat Menyapu Si Air Mata. “ — Bernama

Comments

otaklunyai said…
Semoga Allah merahmati dia... AMIN

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...

Jangan Lupa Ucap Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan

Jangan Lupa Ucapkan Terima Kasih Kepada Semua Blogger Pro-Kerajaan Saya merasakan sesungguhnya inilah petunjuk daripada Allah, apabila terbukti kebenaran semakin hampir menghancurkan kebatilan. Kita harus bersyukur, rakyat semakin menyokong dan mula menunjukkan keyakinan terhadap UMNO/BN - lantaran itu, keyakinan ini haruslah dipertahankan dengan sungguh-sungguh. Tahniah juga patut diberikan kepada DS Najib, kerana keikhlasan beliau mengemudi negara ini ke arah yang lebih baik dan harmoni. Dalam keadaan sekarang, kita juga tidak harus lupa dan alpa terhadap peranan para bloggers UMNO/BN yang tidak putus-putus saban hari menulis, menganalisis dan membongkar penyelewengan demi penyelewengan yang dilakukan oleh pakatan pembangkang, agar ia membuka mata segenap rakyat, yang selama ini begitu mudah ditipu dan dibohongi oleh pakatan rakyat atas nama demokrasi dan keadilan. Saya yakin dan percaya, salah satu punca mengapa rakyat kembali menyokong UMNO/BN adalah disebabkan oleh peranan para bl...

Akhirnya Khairy Jadi Menteri...

Akhirnya Khairy Jadi Menteri... Semalam saya dihubungi oleh "orang penting" dari putrajaya - sama ada berita ini benar-benar betul atau shahih hanya Tuhan sahaja yang tahu. Menurut sumber tersebut Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Kahiry Jamaluddin akan dilantik sebagai Timbalan Menteri di sebuah kementerian. Hal ini adalah disebabkan desakan daripada beberapa pihak - khususnya salah seorang daripada menteri kanan. Saya tidak mahu komen banyak. Biarlah rakyat yang menilainya. Lagi pun dasar DS Najib sekarang adalah mendahului kehendak rakyat. Jika rakyat mahukan KJ sebagai Timbalan Menteri, apa yang boleh DS Najib lakukan lagi? Bukankah hal yang sama berlaku ke atas TS Isa Samad? Sekarang rakyat sudah boleh terima sesiapa sahaja sebagai pemimpin. Perasuah, Peliwat, Penzina, semuanya boleh diterima. Walau berbuih mulut kita menegur - jika rakyat mahukan sebegitu - kita terima aje la. Kesimpulannya hanya satu : Mungkin Khairy terpaksa dilantik menjadi Timbalan Menteri bagi tujuan men...