Skip to main content

Doa Untuk Awang Had Salleh

Marilah bersama-sama kita mendoakan kesejahteraan dan kebaikan kepada tokoh pejuang bahasa yang tidak asing lagi kepada kita semua, Tan Sri Datuk Profesor Emeritus Dr. Awang Had Salleh yang sedang bergelut dengan strok. Semoga beliau segera sembuh dan menyumbang buah fikiran demi kedaulatan bahasa Melayu di bumi tercinta ini.

KUALA LUMPUR 13 Okt. - Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr. Rais Yatim melawat Sasterawan Negara Profesor Emeritus Tan Sri Awang Had Salleh, yang dirawat kerana strok di Hospital Selayang dekat sini, hari ini. Awang Had merupakan bekas pensyarah bahasa semasa Rais menuntut di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai dalam tahun 1960-an.

"Tan Sri Awang Had Salleh adalah pejuang bahasa kebangsaan, seorang komunikator yang sangat berkesan, pendidik di samping memperjuangkan pembelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Utara Malaysia serta Maktab Perguruan Bahasa di mana saya mengenali beliau sebagai seorang pensyarah yang sangat berkesan.

"Apabila mendengar beliau sakit strok, saya terharu dan ingin melihat keadaan sebenar. Kita juga terpanggil untuk mendoakan supaya beliau pulih dan memberi sokongan kuat kepada keluarga beliau,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di Hospital Selayang.

Awang Had, 77, memulakan kerjayanya sebagai guru sekolah pada tahun 1950-an, dan kemudian sebagai tenaga pengajar pensyarah di Maktab Perguruan Bahasa Lembah Pantai sebelum menjadi pensyarah di Fakulti Pendidikan Universiti Malaya dan kemudian sebagai Dekan fakulti tersebut pada 1974.

Pada 1975, beliau dilantik sebagai Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UM selama tiga tahun dan kemudian sebagai Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada 1980 dan pada 1984 menjadi Naib Canselor pertama Universiti Utara Malaysia.

Pada Julai 2000, Awang Had dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Pendidikan Sultan Idris. Selain terkenal dan aktif dalam bidang akademik, Awang Had juga banyak menghasilkan karya kreatif, termasuk buku, risalah dan kertas kerja mengenai bidang pendidikan, bahasa, dan budaya. Antara karyanya ialah kumpulan cerpen Merah Kuning Biru dan novel Biru Warna serta skrip drama “Buat Menyapu Si Air Mata. “ — Bernama

Comments

otaklunyai said…
Semoga Allah merahmati dia... AMIN

Pilihan Pembaca

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca ...
MONOLOG AZLI SHUKRI BAB 9 : PEMIMPIN UMNO AL-MUNTAZAR “UMNO telah mengguna pakai sistem demokrasi untuk pastikan pengkhianat parti dapat ditolak dan digantikan dengan mereka yang lebih berupaya. Tetapi jelas demokrasi UMNO tidak selalunya berjaya. Ramai yang berjaya merebut jawatan walaupun mereka sebenarnya tidak berkebolehan dan tidak jujur. Apabila sampai ke puncak mereka gunakan jawatan dan kuasa yang ada untuk menghalang demokrasi daripada menyelamatkan parti. Dengan memberi jawatan dan wang serta pangkat, dengan menyalahgunakan kuasa yang diberikan kepada mereka, dengan menggunakan pelbagai bentuk ancaman, mereka ini telah berjaya menyekat apa-apa usaha untuk mengusir mereka, setidak-tidaknya untuk sekian masa.” – Tun Mahathir Mohamad Saya mulakan Monolog Azli Shukri Bab 9 kali ini dengan kenyataan Tun Mahathir yang didakwa oleh ramai pihak bahawa beliau cuba campur tangan dalam mempengaruhi pemilihan dan pencalonan pemimpin-pemimpin UMNO Mac depan. Namun demikian, saya t...
Neurosis Pekerjaan Oleh Muhammad Azli Shukri (Artikel ini sudah tersiar di dalam Majalah dewan Ekonomi, Mei 2008) Buku The 8th Habit : From Effectiveness to Greatness tulisan Stephen R. Covey dihasilkan dua puluh tahun sesudah buku paling terkenal beliau The Seven Habits of Highly Effective People dihasilkan. Buku tersebut dilihat oleh kebanyakan ahli pengurusan dan kepimpinan sebagai sebuah buku yang ditulis dengan “hati dan bukan tangan”, ekoran ideanya yang mengagumkan. Kemunculan buku tersebut mengundang kefahaman yang amat mencabar tentang konflik dunia pengurusan yang semakin rapuh, ketika memasuki gerbang ekonomi dunia berasaskan pengetahuan pada lewat 90-an. Para pekerja hari ini khususnya generasi muda tidak boleh lagi diikat dengan kata-kata “Aku ketua, kamu ikut sahaja” sebaliknya, “Aku ketua, dan kamu akan dipimpin”. Dunia semakin sempit untuk diurus seperti mana ketika kebangkitan Revolusi Industri yang mementingkan siapa ketua dan siapa pengikut. Dalam hal ini Covey ...