Saya rasa Anwar Ibrahim akan menyaman Tun Mahathir dengan jumlah amaun yang sangat besar - mungkin mencecah RM 1 Bilion. Mahathir sangat berani mendedahkan kebenaran, sekali pun beliau mungkin akan dizalimi oleh Anwar dan kumpulannya. Berita di bawah saya petik daripada portal Agenda Daily - tulisan Helme Hanafi. Selamat membaca. 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMAD mengakui sepanjang 22 tahun mentadbir Malaysia beliau buat banyak silap, tetapi menegaskan keputusan memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Timbalan Perdana Menteri bukan satu kesilapan sama sekali. Bekas Perdana Menteri itu berkata Anwar sepatutnya menjadi pemimpin nombor satu negara kini, tetapi itu tidak berlaku kerana perbuatannya sendiri Ini dinyatakan beliau dalam memoir bertajuk ‘A doctor in the house’ yang dilancarkan di Kuala Lumpur petang Selasa. 2. Dr Mahathir menulis dua bab dalam buku itu untuk menjelaskan tentang isu Anwar.Buku setebal 816 muka surat itu keseluruhan terbahagi kepada...
Memimpin Kebijaksanaan
Comments
Kerana Kuasa..
Kerana Nama..
Kerana Pangkat..
Islam hanya dijadikan alat untuk mencapai perkara-perkara di atas?
Kita selalu sebut agama sebagai panduan hidup manusia. Tetapi malang yang teramat malang, apabila bijak-pandai Islam memperalatkan agama demi kepentingan diri dan parti politik sahaja?
Syukur kepada Allah, aku memahami siapakah manusia yang berjuang dilandasan yang sebenarnya.
Aminn......
Ubat itu pahit dan kebenaran itu kadangkali pahit bagi mereka yang tidak suka kepada kebenaran.