Skip to main content

Isu PAS Kena Bantai : Wooo Pedas Berapi Siut!

1. Saya sungguh terpesona dengan hujahan daripada Ramziredang yang menulis di portal Detikdaily. Tulisannya tepat, pedas dan sangat menyedarkan kita semua. Baca artikel beliau di bawah ini : JIKA PAS BENAR-BENAR membawa perjuangan Islam yang sebenar, kenapa anak orang PAS ramai yang merempit, hisap dadah atau berbagai gejala sosial sedangkan ibu bapa mereka berjuang di dalam parti Islam? Adakah jawapan mudah, "anak nabi Nuh pun ingkar"?

2. Jika benar pemimpin PAS menghayati Islam, kenapa di dalam pejabat pemimpin besar PAS ada juga perempuan bertudung yang berbaju lengan pendek menghidangkan air kepada tetamu? Apakah perkara aurat ini terlalu remeh kerana ada 'mudharat' yang lebih besar perlu diperjuangkan?(saksikan video aziz bertemu dr azizan)

3. Muktamar PAS adalah jalan 'terbuka' untuk memilih pemimpin. PAS adalah parti Islam. Maka sudah pasti ianya perlu dijalankan secara Islam. Islam itu adil. Jadi pilihlah dengan adil. Para penganjur, pemantau dan pemimpin yang menggalaskan tanggungjawab terhadap 'adilnya' pemilihan perlulah ingat, berada di dalam parti Islam, tidak sekali kali membenarkan kamu menggunakan taktik kafir.

4. Jangan ada unsur dan taktik kafir di dalam Islam. Penipuan atau penyelewengan adalah taktik kafir atau kuffar. Janganlah beralasan berbuat 'sesuatu' tersebut atas dasar mencegah 'mudharat' yang lebih besar . Jangan kamu lupa, sama ada kamu berada di dalam parti Islam atau tidak, tiap saat perbuatan kamu tetap dihitung oleh yang Menguasai Sekalian Kerajaan Langit dan Bumi. Ada juga setengah pemimpin beralasan walaupun buruk, tetapi PAS adalah lebih baik dari UMNO yang tidak mahu kepada Islam. Bagi aku itu bukan alasan. Itu adalah penyelewengan di dalam Islam.

5. Kita tidak mahu,malah tidak memandang langsung kepada UMNO, kerana UMNO jelas menentang Allah dan Rasul. Kita berbincang pasal PAS. Kerana PAS adalah parti Islam. Maka bila disebut parti Islam, tidak semestinya kebaikan semalam membolehkan kita melakukan keburukan pada hari ini. Kita ingin cuba dan berusaha menjadikan imej Islam yang dibawa ini lebih baik dari semalam. Bila ingin menjadikannya lebih baik dari semalam, maka ianya haruslah bermula dari semua segi.

6. Lantaran itu dalam suasana menjelang muktamar, maka bersamalah bermuhasabah. Jika setengah golongan mengesyaki sesuatu, maka perjelaskanlah. Hilangkanlah segala keraguan mereka. Jangan lagi timbul tandatanya. Pepatah melayu ada berkata 'jika tiada angin masakan pohon bergoyang". Betul atau salah maka buktikanlah dengan amal. Buangkanlah unsur unsur kafir di dalam parti Islam. Kembalikanlah kepada kesucian Islam. Jika kamu ada kepentingan diri, buangkanlah kepentingan diri kamu. Jika kamu ada puak, buangkanlah rasa berpuak kamu. Jangan wujudkan assabiyah di dalam parti Islam.

7. Jika PAS ingin menuntun umat ke jalan syurga, maka tuntunlah dari segenap segi. Bukan sekadar jubah dan hujah. Jangan ada di antara kita yang saban hari berceramah tentang kelebihan menuju syurga, tetapi diri sendiri menempah jalan ke neraka. Jika jawatan pemimpin itu adalah sesuatu yang menjadi kebanggaan kamu, maka tentunya kamu sendiri lebih jelas tentang sesuatu yang bakal menimpa kamu.

Comments

Anonymous said…
Alhamdulillah... Ya Allah sekiranya komen-komen mereka itu tidak benar...agar Engkau tukarkan mulut-mulut mereka dengan mulut-mulut babi agar kami di dunia ini dapat menyaksikan kebenaranMu ya Allah. Ya Allah ampun nilah dosaku ini ya Allah.. Amin.
cheguman said…
Hujahan yg bagus. Nak salin dlm blog la.
rosmahmansor said…
kuman di seberang laut nampak, GAJAH depan mata tak nampak. umno umno.

orang luar tahu malaysia gelarkan diri sebagai negara islam,

apa kes bini perdana menteri tak amal cara islam?

haha.

lawak lah umno ni. kelakarnya.
Anonymous said…
Hujah yang amat tepat. Mudah-mudahan penyokong2 PAS akan muhasabah diri dan menjadikan iktibar kepada mereka.

Islam bukan hanya pada pakaian saja. Sedangkan ajaran2 Islam yang lebih penting ditinggalkan.

Berbaik sangka, ukhuwah, membangunkan ekonomi ummah, pendidikan, penerapan nilai-nalai Islam dan banyak lagi yang perlu didahulukan selain menjaga akhlak, dan lain-lain lagi.

Memilih pemimpin juga harus bijak. Orang yang pernah terlibat dengan peristiwa berkhalwat perlu diketepikan. Jangan tersalah pilih buruk akibatnya.

Mudah-mudahan PAS akan membuat perhitungan yang bijak di muktamar nanti.

Pemerhati
Anonymous said…
Bini Najib tak pakai tudung tu orang panggil 'berdosa'. Itu jelas. Sapa pompuan yg tak tutup aurat betul2, hukumnya berdosa kepada Allah.

Ubatnya: Kena dia bertaubat kepada Allah..., pastu perbaiki cara pemakaian dia.

Orang yang dok ngata2 kat bini Najib tu, orang panggil 'berdosa' jugak. Berdosa kepada Allah dan berdosa kat bini Najib.

Ubatnya: Kena pergi mintak maaf kat bini Najib (lebih kurang macam Nik Aziz kata kena pergi jilat kaki Anwar tuu), dan selepas dia maafkan..., kena bertaubat kepada Allah.

Sekian, terima kasih.
Anonymous said…
Anon 7.30, jawapan yg mantop. Penyamar rosmahmansor 6.42, apa tunggu lagi, gi la jilat kaki Rosmah. Dia tak pakai tudung pon tentu dapat banyak pahala sebab kena fitnah & kutok selalu. Engko yg ngaku alim dok dapat dosa selalu sebab dok fitnah Rosmah tak habes2...islamic konon..
Anonymous said…
he he he
tak pernah dengar ke Nik aziz berbicara?
Org luar pun panggil PAS parti kafir. org islam kat malaysia pun panggil PAS parti kafir.
masuk gereja. ada kilang beer. rasuah terangan. sanggup jual negara utk DAP dan tidak pernah mengaku islam agama kat malaysia.
semoga PAS dan nik aziz laknatullah masuk neraka jahanam. AMIN.
koloGnyer said…
to owner rosmahmansor May 18, 2011 6:42 PM....

"orang luar tahu malaysia gelarkan diri sebagai negara islam,"

ahax ahax statement xtahan...main serkap jarang shj...apara aku yg duk luar negara nie tidak pernah pulak dengar dia org kata Malaysia suka2 gelarkan diri sendiri sebagai negara Islam....yg aku slalu dengar bila berjumpa dan BERIKTERAKSI dgn dia rg nie slalunya dia org puji...Malaysia bagus, Malaysia is a good Islamic and Muslim country...muslimnya berdisiplin ketika menunaikan haji....
ckty said…
aku tak kisah bro parti umno ke pas, tp dah memang tanggungjawab kita sbagai khalifah...

parti tu digerakkan oleh manusia, bukan dgn sendirinya. kalau kita sape lagi? asyik tunding jari je . haha
Anonymous said…
Bro.. aku rasa artikel ko ni tak ilmiah langsung.. bodoh pun ada aku rasa.. kalo nak pertikai pasal tudung..aurat.. tak payah hurai pun orang dah tau mana lebih baik..

Pilihan Pembaca

Akhil 2009 : Hari Tanpa Esok

AKHIL 2009 Hari Tanpa Esok KUALA LUMPUR 25 Mei - ''Februari lalu, dia pernah meminta kebenaran untuk mengahwini Waheeda. Saya reda dan membenarkannya. ''Bagaimanapun, selepas dia mendiamkan diri termasuk tidak pulang ke rumah dan menjawab telefon, saya sudah hilang sabar serta nekad untuk menuntut cerai.'' Itu tegas isteri kepada penyanyi dan pendakwah Akhil Hayy, Maizawati Zainal, 33, berhubung kemelut rumah tangga mereka yang kini sedang hangat diperkatakan gara-gara Akhil didakwa mempunyai hubungan dengan penyanyi Waheeda atau Norwahidah Abdul Wahab, 31. Menurut Maizawati, selepas lama memendam perasaan, dia hilang rasa sabar dengan apa yang melanda hidupnya ekoran gosip hubungan berkenaan termasuk apa yang telah Akhil lakukan terhadap dirinya. ''Saya pernah beberapa kali menghubunginya tetapi dia tidak menjawab telefon. Alasan yang diberikan adalah sibuk dengan kerja. ''Dia juga sudah lama tidak pulang ke rumah. Ketika saya memfailka...

"Kajian Membuktikan Masyarakat Mahukan Mukhriz Memimpin Pemuda."

INI KETUA PEMUDA UMNO MALAYSIA YANG DIKEHENDAKI AKAR UMBI DAN MASYARAKAT LUAR Oleh Muhammad Azli Shukri Laporan Khas Azli Shukri yang saya paparkan semalam mendapat begitu banyak respon yang pro dan yang kontra. Hari ini saya menyambungnya kembali - namun demikian, laporan kali ini lebih menjurus kepada menjawab persoalan-persoalan asas mengapa terdapat sebahagian perwakilan yang tidak mahu memilih Datuk Mukhriz sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Di sini saya kemukakan satu pandangan dahulu - pertama, mereka berhujah bahawa Datuk Mukhriz begitu lembik, manakala Khairy Jamaluddin begitu lantang dan tegas dalam mengemukakan beberapa isu. Agak malang jika inilah yang menjadi hujah utama mereka dalam usaha menyokong Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO Malaysia. Saya tanyakan terlebih dahulu kepada mereka apakah yang mereka faham berkenaan makna "lembik" dalam kepimpinan? Apakah hanya dengan sikap lantang yang tidak bertempat sudah memadai menarik sokongan daripada orang Melayu di ...

Sultan Azlan : Tanda Harga Tanggungjawab

Sultan Azlan Tanda Harga Tanggungjawab Nampaknya, hampir semua orang keliru dan dikelirukan berhubung dengan mengapa kerajaan dan Sultan Perak tidak mahu mengadakan pilihanraya semula di negeri tersebut. Banyak hujah dan penerangan di alam maya gagal disampaikan kepada rakyat berkenaan hal tersebut secara tepat dan jujur. Sebaliknya, banyak pihak yang terus termakan dengan omong kosong Anwar Ibrahim melalui slogan "Mahkamah Rakyat", "Kuasa Rakyat" dan sebagainya. Semua lapisan rakyat ditipu oleh Anwar Ibrahim. Malah, semua orang tidak tahu hakikat sebenar mengapa Sultan Perak tidak mahu menerima usul bagi membubarkan DUN Perak sebelum ini. Mari kita sama-sama bertanya kepada diri kita terlebih dahulu, sebelum kita pergi lebih jauh dalam isu ini. Andaikan jika pilihanraya diadakan semula di negeri Perak, parti manakah yang akan menang? Saya fikir semua orang akan tahu jawapannya, baik orang UMNO mahupun orang PAS. Jawapannya mudah, yang menang nanti ialah - PAS, PKR ...