Skip to main content

Mahathir Tidak Berdosa!

Akhirnya kebenaran terselah juga - kenyataan terbaru daripada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir tidak bersalah sama sekali terhadap penangkapan dan penahanan 106 ahli-ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987, sebaliknya tindakan tersebut adalah atas kehendak pihak polis yang melihat suasana dan keadaan yang boleh mengancam keselamatan negara pada ketika itu. Kenyataan Tun Hanif Omar ini secara tidak langsung menjawab kritikan pedas Lim Kit Siang semalam, yang mendakwa kononnya Mahathir telah berbohong dalam isu tersebut. Saya secara peribadi lebih menyakini kata-kata Mahathir daripada Lim Kit Siang. Maka jelaslah bahawa sepanjang Tun Mahathir mentadbir negara ini, beliau telah memimpin dengan penuh amanah serta tidak suka melakukan campurtangan dalam hal-hal pentadbiran yang berada diluar kemahiran dan kepakarannya. Baca laporan di sini...

Comments

Pokok said…
Tun M dah buat yang terbaik untuk negara. jangan sesekali menghina Tun M. Percayalah.. berjuta rakyat malaysia berada dibelakang dia.. Ingat tu Azmin..
To Live Again said…
Baru diaorg tau sape yg bercakap bohong selama ini..Jelas lagi bersulu Tun M sentiasa mengamalkan sistem pengasinagn kuasa..

Tp lumrah puak2 pas yg lbh mempercayai ckp kafir harbi lbh dr sesama Islam sndiri..
Anonymous said…
sejujurnya pemimpin bn tidak pernah campur tangn dalam urusan polis..
Fairosza said…
kalau menuduh bn tu laju je..
Anonymous said…
Hairan bin Ajaib.
Penyokong PAS lebih percaya Kafir Harbi daripada kata-kata saudara Muslim.

Apakah jadah yang ada dalam minda PAS. Kebenaran kelihatan Jahat dan kejahatan nampak mulia.
PAS sudah memesong umat Islam dengar Lidah Rasmi Harakah. Sejahat-jahat umat yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri, melacurkan Islam dan memutar-belitkan kebenaran demi kepentingan diri dan parti.

PAS kelihatan tidak memiliki roh Islam yang sebenar.

PAS bukanlah pejuang Islam sejati.
PAS telah ditunggangi oleh manusia yang berkepentingan dalam parti.
Maka rosaklah PAS.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

untuk kenn sangat menarik artikel tuan
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Saya ingin mengupas satu topik mengenai satu sikap pelik beberapa kerat orng Melayu.

Yang saya maksudkan ialah sikap mudah lupa diri segelintir Melayu bila sudah senang dan kaya raya. Mereka ini semuanya dapat nikmat dari DEB.

Kerana Kerajaan Malaysia dipimpin oleh UMNO yang beri tumpuan pada Melayu untuk berjaya, mereka dapat hasil. Dari tak ada apa apa dapat belajar malah ada hingga ke tahap Phd.

Pendek kata kalau tak kerana DEB yang beri peluang timba ilmu dan peluang perniagaan, mereka ini tak kemana.

Namun hari ini mereka pula bantai orang Melayu dan ahli politik Melayu( UMNO) yang banyak menolong mereka.

Contoh terbaru ialah seorang Mamat lupa diri persenda Tan Sri Isa samad. Kononnya perlantikan Tan Sri Isa bawa kesan pada ekonomi.

Beliau lupa yang Tan Sri Isa sangat popular dikalangan orang Melayu kerana sikap rendah diri dan mesra. Beliau tak sombong dan merendah diri, satu kriteria yag penting untuk menerajui FELDA , kubu kuat UMNO.

Saya tak faham kenapa beliau hina Tan sri isa. Ada masalah peribadi dengan Tan sri isa ke? Nyata budak seorang ni tak reti jaga mulut dan biadap.

Satu ketika dulu seorang Melayu juga cakap "DEB bastardised( lebih kurang anak haram". Beliau terlupa barangkali yang tubuhkan DEB ialah bapanya sendiri.

Beliau terlupa yang kemuliaan didunia ini serta nikmat kekayaan diperolehi kerana nama "bapanya".

Beliau terlupa yang beliau tak mungkin ke puncak kerjaya jika beliau bukan anak 'bapanya'. Mereka dengan bangga cakap Melayu nesti berani bersaing tanpa "tongkat" tapi mereka terlupa bagaimana mereka naik. Mereka pura pura tak nampak bagaimana Melayu mahu maju dalam sektor swasta jika "Mandarin" diperlukan.

Jika ada kelemahan dalam DEB, itu kerana kegagalan pelaksanaan. Tetapi tiada siapa dapat nafikan yang kerana DEB, puluhan ribu Melayu dapat jadi profesional.

Ada juga bangga bila menguasai bank enggan pula menolong Melayu. BUkan nak "layanan diraja" tetapi cukuplah tidak ditolak peluang naik pangkat hanya kerana Melayu.

Bila menguasai bank, buat pula perangai lantik CEO atau ketua jabatan dari bukan Melayu. Bila bukan Melayu dah jadi ketua jabatan, maka jadilah senario budak muda naik pangkat tetapi pegawai senior Melayu diketepikan kerana mereka "Melayu'.

Ada juga Melayu macam Tan Sri Khalid yang mempertikaikan seorang Melayu( SUK) hanya kerana DAP tak suka. Lalu dibuat satu jawatankuasa untuk pilih SUK( 2 dari 3 ahli ialah DAP). Maka kita boleh bayangkan jenis calon DAP.

Dan ada jenis melayu yang tiap kali pilihanraya kecil akan cakap undi bukan Melayu jadi penentu. Di kawasan Tenang( 52% bukan Melayu),kita faham undi bukan Melayu jadi penentu.

Namun pelik di Bukit gantang yang lebih 70% Melayu pun undi bukan Melayu terlebih dipentingkan, Habis bila undi Melayu jadi penentu. Dari saikologi pun kita dah kalah.

Kadang kadang saya terfikir samada mereka semua ini asda otak atau tidak.

Pilihan Pembaca

Khairy Makin Jauh dari Landasan...

Khairy Makin Jauh dari Landasan Oleh Muhammad Azli Shukri Menonton siaran Hujah di TV9 semalam – sekurang-kurang telah membuka mata saya bahawa tahap retorik dan pengucapan awam pemuda-pemuda UMNO masih lemah dan perlukan latihan, khususnya dalam menyampaikan idea serta pandangan dengan tepat dan bernas. Bahasa dan struktur kata juga menjadi masalah kepada ketiga-tiga pemidato tersebut. Baik Khir Toyo, Khairy mahupun Mukhriz – mereka mempunyai masalah yang sama, yakni lemah dalam menyampaikan idea serta terlalu terpengaruh dengan gaya ucapan orang politik dan bukannya ucapan seorang pemimpin besar. Inilah yang sangat mengecewakan. Saya perlu bercakap benar dan jelas, bahawa saya agak kecewa dengan ketiga-tiga pemidato tersebut – idealisme yang tidak berupaya disampaikan secara jelas, karisma yang masih perlu diasah dan gaya bahasa yang lemah – menyebabkan mereka dilihat begitu jauh berbanding dengan tokoh-tokoh muda pembangkang. Maafkan saya jika saya terpaksa bercakap...

Anwar Ibrahim 2009 : Ilmu Kejam Di Hujung Dunia

ANWAR IBRAHIM 2009 Ilmu Kejam Di Hujung Dunia KUALA LUMPUR 23 Julai - Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim sengaja mahu mengelirukan rakyat apabila mempersoalkan langkah kerajaan menubuhkan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat punca kematian Teoh Beng Hock. Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Wira Syed Ali Alhabshee berkata, kerajaan berusaha sebaik mungkin menegakkan keadilan kepada semua pihak berhubung tragedi kematian Setiausaha Politik kepada seorang Exco kerajaan negeri Selangor itu. Katanya, sikap Anwar yang masih tetap tidak berpuas hati terhadap apa sahaja yang dilakukan oleh kerajaan menunjukkan beliau mempunyai agenda tertentu. ''Bermacam-macam tuduhan dilemparkan kepada kerajaan, semua pihak menuding jari kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). ''Ini menunjukkan mereka seolah- olah sengaja mahu membakar sentimen perkauman dalam kalangan rakyat,'' kata beliau dalam kenyataannya di sini hari ini....

Apabila Ridhuan Tee Mula Menyerang

Baca tulisan menarik Ridhuan Tee ini 1. MINGGU INI KITA dihidangkan dengan dua isu permohonan maaf melibatkan dua pemimpin utama negara. Pertama, Menteri Besar Kelantan dan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Nik Abdul Aziz mahukan mereka yang menyebarkan berita memfitnah kononnya beliau meninggal dunia agar memohon maaf dengannya. Lebih berat lagi beliau berkata: “Saya tidak akan ampun dan akan menanggung dosa di akhirat kelak selagi dia tidak minta maaf dengan saya”. 2. Kedua, ketua parti ultra kiasu Selangor dan pemimpin Pas Shah Alam mendesak Perdana Menteri memohon maaf berhubung satu arahan daripada pejabat PM supaya tidak menonjolkan elemen keagamaan Kristian seperti lambang salib, upacara sembahyang, doa dan nyanyian berunsur Kristian, dalam satu majlis sambutan Krismas (rumah terbuka) yang dihadiri oleh PM, di kediaman ketua biskop gereja Katolik Kuala Lumpur, 25 Disember lalu, anjuran Persekutuan Kristian Malaysia (CFM) itu. 3. Pemimpin ultra kiasu ini menyifatkan arahan daripada pej...