Skip to main content

Mahathir Tidak Berdosa!

Akhirnya kebenaran terselah juga - kenyataan terbaru daripada mantan Ketua Polis Negara, Tun Hanif Omar yang mengesahkan bahawa Tun Mahathir tidak bersalah sama sekali terhadap penangkapan dan penahanan 106 ahli-ahli politik pembangkang di bawah Ops Lalang pada tahun 1987, sebaliknya tindakan tersebut adalah atas kehendak pihak polis yang melihat suasana dan keadaan yang boleh mengancam keselamatan negara pada ketika itu. Kenyataan Tun Hanif Omar ini secara tidak langsung menjawab kritikan pedas Lim Kit Siang semalam, yang mendakwa kononnya Mahathir telah berbohong dalam isu tersebut. Saya secara peribadi lebih menyakini kata-kata Mahathir daripada Lim Kit Siang. Maka jelaslah bahawa sepanjang Tun Mahathir mentadbir negara ini, beliau telah memimpin dengan penuh amanah serta tidak suka melakukan campurtangan dalam hal-hal pentadbiran yang berada diluar kemahiran dan kepakarannya. Baca laporan di sini...

Comments

Pokok said…
Tun M dah buat yang terbaik untuk negara. jangan sesekali menghina Tun M. Percayalah.. berjuta rakyat malaysia berada dibelakang dia.. Ingat tu Azmin..
To Live Again said…
Baru diaorg tau sape yg bercakap bohong selama ini..Jelas lagi bersulu Tun M sentiasa mengamalkan sistem pengasinagn kuasa..

Tp lumrah puak2 pas yg lbh mempercayai ckp kafir harbi lbh dr sesama Islam sndiri..
Anonymous said…
sejujurnya pemimpin bn tidak pernah campur tangn dalam urusan polis..
Fairosza said…
kalau menuduh bn tu laju je..
Anonymous said…
Hairan bin Ajaib.
Penyokong PAS lebih percaya Kafir Harbi daripada kata-kata saudara Muslim.

Apakah jadah yang ada dalam minda PAS. Kebenaran kelihatan Jahat dan kejahatan nampak mulia.
PAS sudah memesong umat Islam dengar Lidah Rasmi Harakah. Sejahat-jahat umat yang menggunakan Islam untuk kepentingan diri, melacurkan Islam dan memutar-belitkan kebenaran demi kepentingan diri dan parti.

PAS kelihatan tidak memiliki roh Islam yang sebenar.

PAS bukanlah pejuang Islam sejati.
PAS telah ditunggangi oleh manusia yang berkepentingan dalam parti.
Maka rosaklah PAS.
azlishukri said…
terima kasih komen tuan2

untuk kenn sangat menarik artikel tuan
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

Saya ingin mengupas satu topik mengenai satu sikap pelik beberapa kerat orng Melayu.

Yang saya maksudkan ialah sikap mudah lupa diri segelintir Melayu bila sudah senang dan kaya raya. Mereka ini semuanya dapat nikmat dari DEB.

Kerana Kerajaan Malaysia dipimpin oleh UMNO yang beri tumpuan pada Melayu untuk berjaya, mereka dapat hasil. Dari tak ada apa apa dapat belajar malah ada hingga ke tahap Phd.

Pendek kata kalau tak kerana DEB yang beri peluang timba ilmu dan peluang perniagaan, mereka ini tak kemana.

Namun hari ini mereka pula bantai orang Melayu dan ahli politik Melayu( UMNO) yang banyak menolong mereka.

Contoh terbaru ialah seorang Mamat lupa diri persenda Tan Sri Isa samad. Kononnya perlantikan Tan Sri Isa bawa kesan pada ekonomi.

Beliau lupa yang Tan Sri Isa sangat popular dikalangan orang Melayu kerana sikap rendah diri dan mesra. Beliau tak sombong dan merendah diri, satu kriteria yag penting untuk menerajui FELDA , kubu kuat UMNO.

Saya tak faham kenapa beliau hina Tan sri isa. Ada masalah peribadi dengan Tan sri isa ke? Nyata budak seorang ni tak reti jaga mulut dan biadap.

Satu ketika dulu seorang Melayu juga cakap "DEB bastardised( lebih kurang anak haram". Beliau terlupa barangkali yang tubuhkan DEB ialah bapanya sendiri.

Beliau terlupa yang kemuliaan didunia ini serta nikmat kekayaan diperolehi kerana nama "bapanya".

Beliau terlupa yang beliau tak mungkin ke puncak kerjaya jika beliau bukan anak 'bapanya'. Mereka dengan bangga cakap Melayu nesti berani bersaing tanpa "tongkat" tapi mereka terlupa bagaimana mereka naik. Mereka pura pura tak nampak bagaimana Melayu mahu maju dalam sektor swasta jika "Mandarin" diperlukan.

Jika ada kelemahan dalam DEB, itu kerana kegagalan pelaksanaan. Tetapi tiada siapa dapat nafikan yang kerana DEB, puluhan ribu Melayu dapat jadi profesional.

Ada juga bangga bila menguasai bank enggan pula menolong Melayu. BUkan nak "layanan diraja" tetapi cukuplah tidak ditolak peluang naik pangkat hanya kerana Melayu.

Bila menguasai bank, buat pula perangai lantik CEO atau ketua jabatan dari bukan Melayu. Bila bukan Melayu dah jadi ketua jabatan, maka jadilah senario budak muda naik pangkat tetapi pegawai senior Melayu diketepikan kerana mereka "Melayu'.

Ada juga Melayu macam Tan Sri Khalid yang mempertikaikan seorang Melayu( SUK) hanya kerana DAP tak suka. Lalu dibuat satu jawatankuasa untuk pilih SUK( 2 dari 3 ahli ialah DAP). Maka kita boleh bayangkan jenis calon DAP.

Dan ada jenis melayu yang tiap kali pilihanraya kecil akan cakap undi bukan Melayu jadi penentu. Di kawasan Tenang( 52% bukan Melayu),kita faham undi bukan Melayu jadi penentu.

Namun pelik di Bukit gantang yang lebih 70% Melayu pun undi bukan Melayu terlebih dipentingkan, Habis bila undi Melayu jadi penentu. Dari saikologi pun kita dah kalah.

Kadang kadang saya terfikir samada mereka semua ini asda otak atau tidak.

Pilihan Pembaca

Roti Canai Banjir dari UIA

ROTI CANAI BANJIR DARI UIA Saya agak sibuk dalam minggu ini, namun demikian ada beberapa perkara menarik yang ingin saya katakan, dan ia sangat penting bagi melihat ke mana Malaysia selepas ini, hal ini terlintas dalam kota fikiran saya tatkala saya selesai minum pagi dan makan roti canai banjir di UIA pagi tadi. Antaranya : 1. Sultan Azlan mendakwa bahawa rakyat di negara ini lebih gemar berpolitik daripada memikirkan pembangunan negara - saya sangat bersetuju. Bagaimana penyelesaiaanya? 2. Tahap pembacaan dalam kalangan rakyat Malaysia masih rendah dan membimbangkan. Apa yang harus dibuat? 3. Terdapat segelintir individu/golongan yang lebih mementingkan kuasa dan politik, sehingga sanggup melakukan apa-apa sahaja agar cita-citanya tercapai. Siapakah mereka? 4. Pemilihan pucuk pimpinan PAS pada bulan Jun ini. Siapa pilihan kita? 5. Jambatan Bengkok atau Lurus? Apakah komen Datuk Seri Najib? 6. Transformasi pendidikan - Apa kata rakyat? 7. PPSMI - Bagaimana penyudahnya? 8. ...
MONOLOG AZLI SHUKRI Bab 10 : Muhammad Azli Shukri Lagi! Saya agak sukar untuk menulis Monolog ke-10 saya pada kali ini. Saya merasakan inilah monolog yang sangat susah untuk saya meluahkannya. Saya tidak tahu, bagaimanakah harus saya sampaikan monolog saya pada kali ini? Apakah saya harus menulis atas prinsip saya sebagai seorang wartawan? Atau sebagai seorang ahli politik? Atau sebagai seorang penulis bebas? Atau sebagai seorang editor? Semua ini menyukarkan saya untuk menulis monolog saya yang terakhir pada bulan ini. Saya merasakan bahawa saya harus berterus terang dengan jujur dan amanah, tanpa rasa takut dan kesal, kerana kebenaran dan jihad harus ditegakkan dengan segala kekuatan yang ada. Yang pasti, kebenaran tidak boleh disembunyikan lagi. Dan Sesungguh, untuk menjadikan kejahatan bermaharajalela, cukuplah sekadar kebenaran mendiamkan diri! Saya tidak berupaya membiarkan itu semua berlaku. Dan untuk kali ini saya harus bercakap benar dengan nada yang berterus terang. A...

UMNO 2009 : Tolong Jangan Baca Entri Ini, Nanti Kena ISA?

FROM NEW HOPE TO ONE HOPE Oleh Muhammad Azli Shukri Pagi ini Tun Mahathir telah menemui Perdana Menteri Malaysia yang baru iaitu Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bagi menyampaikan borang kemasukan semula sebagai ahli UMNO di Putrajaya. Serentak dengan itu, anak beliau Datuk Mokhzani Mahathir juga akan bertindak sama kembali kepada UMNO. Dan pada Isnin ini, Tun Mahathir dijangka turun berkempen di Dataran PPP, Batu 2 1/2 Simpang, Taiping untuk calon BN bagi kawasan Bukit Gantang. Semalam, sewaktu menyampaikan ucapan penghargaan kerana dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-6 di kaca television, Datuk Seri Najib mengumumkan pembebasan seramai 13 orang tahanan ISA dan pada masa yang sama menarik semula sekatan penerbitan terhadap akhbar Harakah dan Suara Keadilan yang digantung permit penerbitannya selama tiga bulan berkuatkuasa serta merta. Malah, Datuk Seri Najib juga berjanji akan mengkaji semula akta ISA yang digunapakai selama ini. Saya secara peribadi melihat Datuk Seri Najib...