KUALA LUMPUR 21 Jun - Pas yang selama ini menjadi jaguh dalam isu lesen judi bola sepak mendapat malu besar hari ini apabila Wee Choo Keong (Bebas-Wangsa Maju) mendedahkan Kelantan turut menikmati hasil daripada aktiviti haram. Choo Keong yang merupakan anak jati Kelantan mendakwa, Pas hipokrit dalam isu lesen judi bola sepak apabila mengaitkan perkara tersebut dengan nilai agama sedangkan pada masa yang sama, kerajaan Pas Kelantan meluluskan 40 lesen arak.
Pendedahan tidak terduga Choo Keong semasa beliau membahaskan usul Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK-10) menyebabkan wakil Pas seperti Khalid Abdul Samad (Pas-Shah Alam) dan Dr. Lo'lo Mohamad Ghazali (Pas-Titiwangsa) cuba untuk mematahkan hujahnya.
Bagaimanapun Lo'lo serta Khalid hanya mampu membangkitkan Peraturan Mesyuarat 36 (12) dan mendakwa Choo Keong cuba mengelirukan Dewan tetapi ditolak oleh Timbalan Yang Dipertuan Dewan Rakyat, Datuk Ronald Kiandee. Kiandee ketika menolak peraturan mesyuarat tersebut menjelaskan tidak wujud unsur yang boleh menjustifikasikan wakil rakyat Bebas itu sebagai berniat untuk mengelirukan dewan.
Choo Keong turut menegaskan bahawa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pernah menfatwakan bahawa 'hasil haram' yang diperoleh daripada aktiviti haram seperti jual beli arak boleh digunakan untuk pembangunan negeri Kelantan.
"Ini yang saya tidak faham. Kalau Tok Guru boleh membenarkannya, mengapa ada beberapa kerat wakil rakyat Pas hari ini menentang lesen judi bola sepak? Mengapa membantah? Mengapa bersikap talam dua muka?.
"Apakah mereka tidak setuju dengan fatwa Tok Guru atau mereka lebih menjadikan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kiblat mereka," katanya.
Pada ketika ini, Khalid mula membuat bising dengan mendakwa Choo Keong memang tidak faham tetapi beliau tidak diberi laluan oleh bekas wakil rakyat PKR itu untuk mencelah sebelum disusuli oleh Lo'lo. Susulan tindakan Khalid dan Lo'lo itu, Choo Keong membacakan dua fatwa Nik Abdul Aziz yang dibuat pada 19 November 1992 dan 26 November 1994 iaitu:
"Bagi penjualan arak, ia hanya dibenarkan kepada bukan Islam sahaja kerana jika diharamkan, sudah tentu menyulitkan orang bukan Islam untuk menikmatinya.
"Kelantan menggunakan hasil cukai arak, lesen anjing dan sebagainya bagi menampung kos membuat jalan serta lain-lain projek pembangunan. Arak itu sendiri boleh diminum oleh bukan Islam, maka untuk menjaga keselamatan, kerajaan mengambil duit dari mana?"
Dalam pada itu, Choo Keong membidas amalan politik 'dua alam' Anwar yang cuba menjadi jaguh kampung dalam menentang amalan judi sedangkan beliaulah yang menghalalkan judi di Sabah semasa menjadi Menteri Kewangan suatu ketika dahulu.
"Perangainya sekarang membuktikan pendirian 'cakap tak serupa bikin'. Inilah politik matlamat menghalalkan cara. Apa sahaja yang menguntungkan beliau dari segi politik, kira beres. Kini beliau mahu jadi 'suci dalam debu', lebih putih daripada pencuci clorox (peluntur pakaian)," tegasnya.
Ulasan Saya
1. Para penyokong PAS tidak gemar membaca kisah ini. Mereka mempunyai sejuta alasan untuk menghalalkan perbuatan Nik Aziz yang meluluskan 40 lesen arak dengan pelbagai hujah. Namun demikian, jika hal yang sama dilakukan oleh DS Najid, maka tunggulah tidak sampai 24 jam, Harakah akan segera melaporkan berita tersebut di muka hadapannya.
2. Perbuatan "Cakap tak serupa bikin" sememangnya sudah menjadi darah daging PAS. Tabiat tersebut sukar dikisis lantaran kaedah yang digunakan oleh PAS dalam perjuangannya adalah berasaskan kepada "Matlamat menghalalkan cara".
3. Sebenarnya PAS harus sedar terlalu banyak cara, tutur kata dan tingkah laku para pemimpinnya tidak selari dengan kehendak dan tuntutan Islam. PAS mesti kembali kepada ajaran Islam yang sebenar. Adalah lebih baik PAS menumpukan perhatian terhadap kerja-kerja dakwah berbanding dengan kerja-kerja politik.
4. Sedarlah perbuatan PAS selama ini dalam menegakkan amal ma'ruf nahi mungkar terlalu banyak bercanggah dengan Islam. Perbuatan membuka aib orang, mencaci pemimpin dan tidak taat terhadap perintah pemimpin merupakan perbuatan yang bercanggah dengan Islam.
5. Nasihat saya, PAS harus mencontohi Al-Arqam dari segi gerak kerja dakwah dan aktiviti ekonominya. Hanya cara itu sahajalah PAS berupaya memperoleh kuasa. Kuasa merupakan peringkat akhir dalam kejayaan sesuatu gerakan dakwah, tetapi, jika kuasa yang dikerja dahulu, maka tunggulah kehancurannya. Wallahualam.
Comments
zaid ibrahim juga lancarkan senjatanya, dalam buku bertajuk saya pun melayu.
beliau mendedahkan bahawa di dalam umno terdapat godfather. dan barangsiapa yang mengemukakan idea sendiri tanpa mengikut kesukaan godfather, dia tidak akan dipandang di dalam umno. seperti contoh godfather yang ada sekarang adalah ds najib. sesiapa yang ideanya tidak sealiran dengan idea ds najib, dia tidak akan dipandang dalam parti.
pas kini menggunakan faktor agama. zaid yang mewakili pkr pula menggunakan faktor godfather iaitu mengikut telunjuk pemimpin sekiranya mahu dikenali. ada usaha untuk mengaitkan kisah dr mahathir yang ideanya pernah menjadikan beliau dibuang dari kabinet gara-gara mengkritik pentadbiran tunku abdul rahman
- unperfectstone53
Jangan sampai semuanya terdedah dimata khalayak ramai baru keinsafan diperolehi dan masa itu nama, kuasa dan maruah akan tinggal di bawah tapak kaki.
Kesesatan yang pas wujudkan sekarang amat membahayakan Umat Islam di Malaysia.
Ada masanya Allah (S.W.T) tidak berkira dengan kita dan adakalanya Allah (S.W.T) memberikan kita CASH di dunia.
Judi n arak haram dalam Islam. Arak boleh dalam sesetengah agama. Judi? semua agama tidak benarkan judi.
Dasar Islam bertimbang rasa. sebab tu di kelantan, arak dilesenkan terhad. Kalu tempat lain, 7-E boleh dapat. Judi, oleh kerana semua agama x benarkan maka wajar diperangi.
satu lagi berkaitan isu agama ini, kalau yang keluarkan kenyataan tu TS HArussani ke, Dr. Asri ke, Dato, Jamil Khir ke, boleh juga kita terima. Ini Wee Chee Keong punya hujah pun kita pegang tanpa kaji dengan teliti.
Lain kali kalau nak petik berita atau cerita berkaitan agama ini kena kaji dulu, jangan sampai orang kata kita dungu.
bila dah tersasar jauh, bila dah hancur baru depa akan sedar.
betul la ada pepatah melayu, untuk org melayu, khas buat melayu.
"SUDAH TERANTUK BARU TERNGADAH"
bukankah apa-apa aktiviti yang berkaitan dengan arak ditegah dalam islam.
sumber biaya kerajaan negeri pula ada yang diambil dari hasil arak. kenapa dicampurkan dengan hasil kerajaan negeri yang lain?
kenapa tak asingkan sahaja, supaya hasil arak itu dikhaskan untuk kebajikan orang islam.
dengan pelesenan arak yang terhad itu, tidaklah susah mana pun hendak mengenal pasti wang yang mengalir.
cuba bayangkan, masjid yang dibina dengan biaya kerajaan negeri, yang ada sedikit serpihan jualan arak kepada bukan islam.
Inilah jadahnya menjadikan peliwat sebagai ketua.