Skip to main content

Menjawab Tuduhan Khairy Terhadap PERKASA


Menjawab Tuduhan Khairy
Terhadap PERKASA


ALOR SETAR 25 Jun - Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mendakwa pendekatan yang digunakan oleh Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) terhadap sesuatu isu merupakan penghalang kepada semangat 1Malaysia. Beliau berkata, meskipun niat Perkasa untuk memperjuangkan keistimewaan kaum pribumi negara ini adalah murni, namun presiden pertubuhan itu, Datuk Ibrahim Ali mengambil cara yang tidak bertepatan dengan konsep 1Malaysia dalam menyuarakan pandangan.

Katanya, pendekatan Ahli Parlimen Pasir Mas berkenaan sudah ketinggalan zaman dan tidak lagi laku untuk diguna pakai dalam era globalisasi.

"Ibrahim Ali, Perkasa punya pendekatan adalah penghalang kepada 1Malaysia. Konsep 1Malaysia tidak akan gadaikan orang Melayu tetapi cara yang beliau buat memang tidak memupuk perpaduan seperti yang dituntut 1Malaysia.

"Beliau ahli politik jaguh kampung, dalam zaman globalisasi, mana boleh. Sudah lapuk, tidak laku," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Kuala Kedah di sini hari ini.

Khairy sebelum itu ditanya mengenai kenyataan Ibrahim yang mendesak beliau meletakkan jawatan sebagai Ahli Parlimen Rembau kerana dikatakan membelakangkan agenda Melayu. Ia berikutan tindakannya mempertahankan kenyataan Ketua Pemuda MCA, Datuk Dr. Wee Ka Siong dalam isu biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).

Kelmarin, Ka Siong yang juga Timbalan Menteri Pelajaran menafikan bahawa beliau mempertikaikan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata, jika Perkasa benar-benar ingin membantu orang Melayu, Ibrahim patut melihat bagaimana perubahan untuk mencapai kemajuan itu perlu dibawa.

"Dia (Ibrahim) gaduh sahaja. Suruh dia ini letak jawatan, cabar orang itu. Ini bukan politik yang baik," katanya sambil menegaskan beliau tidak akan melayan desakan Ibrahim itu.

Katanya, Ibrahim tiada hak untuk memintanya berbuat demikian kerana Ahli Parlimen Pasir Mas itu bukan ahli UMNO dan bukan pengundi di kawasan yang diwakilinya sebagai wakil rakyat. Menurut beliau, dia bukan mempertahankan kenyataan Ka Siong tetapi menganggap Ketua Pemuda MCA itu tidak melakukan sebarang kesalahan berhubung isu pemberian biasiswa JPA.

"Bagi saya tidak timbul soal sensitif daripada Ka Siong dan saya menyarankan Ibrahim supaya jangan menimbulkan isu-isu seperti ini nak melagakan kita dalam Barisan Nasional (BN).

"Dia bukan ahli BN, jaga kawasan sendiri cukuplah di Pasir Mas," katanya.


Ulasan Saya

1. Berita di atas saya petik daripada Utusan dengan tajuk, "Khairy Anggap Perkasa Penghalang 1Malaysia". Saya berterus-terang bahawa saya sangat kecewa dengan kenyataan KJhairy tersebut. Pertama, DS Najid selaku Presiden UMNO tidak pernah secara terbuka mengkritik atau menuduh bahawa PERKASA adalah badan NGO yang menghalang dan "mengacau" konsep 1Malaysia yang telah diilhamkan oleh beliau sejak beliau menjadi Perdana Menteri. Jika Presiden UMNO sendiri tidak berkata apa-apa, mengapa dengan tiba-tiba Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan sombong mendakwa PERKASA adalah penghalang kepada aspirasi 1Malaysia?


2. Kita akui sejak PERKASA wujud, banyak isu-isu yang tidak boleh dimainkan oleh UMNO telah diambil alih oleh PERKASA dengan lantang dan berterus-terang. Isu bahasa, isu hak keistimewaan orang Melayu, isu peniaga Melayu yang ditindas di Pulau Pinang dan isu Kalimah Allah - secara tidak langsung menjadikan PERKASA juara baru orang Melayu. Malah, tanpa kita sedari, dari sehari ke sehari kepopularan Khairy sebagai Ketua Pemuda UMNO semakin tenggelam dalam menjuarai isu-isu yang berkaitan dengan orang Melayu. Bukankah sebelum ini Khairy juga dengan begitu lantang memperjuangkan hak-hak orang Melayu sehingga pemuda MCA pernah meminta agar beliau ditahan di bawah akta ISA pada satu ketika dahulu?


3. Adalah lebih baik kita bercakap secara jujur, sesungguhnya Khairy telah gagal menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia - beliau gagal mendepani isu orang Melayu, gagal menyatukan pemuda UMNO, gagal menjadi juara generasi muda. Lantaran itu, atas segala kegagalan inilah , maka - PERKASA telah wujud. Pemuda UMNO zaman Khairy seolah-olah tidak boleh diharap lagi. Pada saat kaum-kaum lain menuntut hak mereka, kita, orang Melayu seolah-olah berdiam diri - takut untuk bercakap dan mengatakan bahawa itu dan ini adalah hak kita yang tidak boleh disentuh. Ditambah lagi dengan sikap Ketua Pemuda UMNO Malaysia, dengan lagak mendakwa PERKASA merupakan penghalang kejayaan konsep 1Malaysia yang dibawa oleh Perdana Menteri, persoalannya yang timbul ialah siapa yang menghalang siapa? KJ atau Ibrahim Ali yang menjadi batu penghalang kejayaan DS Najib?


4. Pemuda UMNO semakin ketinggalan di belakang sejak PERKASA memainkan peranannya dengan dedikasi. Manakala Khairy pula kelihatan gagal mengemudi Pemuda UMNO di samping tidak bijak dalam memperjuangkan hak-hak orang Melayu. Pengalamannya yang cetek dalam politik, menyebabkan beliau kelihatan sangat lemah dan tidak mempunyai "sentuhan besar" sebagai seorang ahli politik yang mampu membawa pemuda UMNO ke hadapan. Lantaran itulah, mengapa kita tidak mahu beliau melompat naik dalam politik UMNO tanpa terlebih dahulu melalui asam garam dalam berpolitik. Menjadi Exco Pemuda UMNO yang dilantik, kemudian menang tanpa bertanding sebagai Naib Ketua Pemuda dan akhirnya menjadi Ketua Pemuda UMNO Malaysia dengan wang ringgit - membuktikan bahawa laluan politik beliau terlalu kerdil dan sempit jika dibandingkan dengan ahli-ahli pemuda UMNO yang lebih senior.


5. Pengalaman beliau yang setahun jagung dalam politik ini menyebabkan beliau gagal membaca dan menghidu politik perkauman yang sedang dimainkan oleh DAP dan PKR - lantas beliau pun tenggelam dalam lautan permainan mereka yang secara senyap-senyap meracuni para pemikiran pemuda MCA. Maka, Pemuda UMNO pun diperbodoh-bodohkan dengan pelbagai tafsiran berkenaan keadilan dan kesamarataan.


6. Serangan Khairy terhadap PERKASA pada pandangan saya bukanlah serangan yang ditujukan khusus kepada Ibrahim Ali semata-mata, bahkan muncung senapang turut dihalakan kepada Tun Mahathir yang merupakan individu disebalik tabir yang selama ini menjadi penaung dan penasihat kepada PERKASA. Menghentam PERKASA bermakna melukakan Tun Mahathir. Semakin ramai yang membenci PERKASA bermakna semakin ramailah yang akan membenci Mahathir. Seharusnya Pemuda UMNO melihat PERKASA sebagai rakan dan bukan musuh! Jangan kita menggunakan darah muda untuk mengemudi Pemuda UMNO, kelak binasa!


7. Jika Khairy menuduh bahawa cara dan kaedah perjuangan PERKASA sudah ketinggalan zaman, soalnya, mana pula cara dan kaedah Pemuda UMNO yang dikatakan tidak ketinggalan zaman itu? Yang jelas, rakyat, khususnya orang Melayu tidak nampak pun kaedah serta pendekatan Pemuda UMNO di bawah Khairy yang kononnya begitu "kehadapan" dalam menangani isu-isu sensitif yang melibatkan hak-hak orang Melayu. Tiada apa-apa pendekatan baharu pun yang diperkenalkan oleh Khairy, kepimpinannya hampir sama sahaja dengan gaya kepimpinan bekas bosnya Hishamuddin. Malah, sehingga sekarang pemuda UMNO masih tercari-cari idea kreatif dan hebat daripada Khairy, lulusan Oxford ini dalam memperkasa Pemuda UMNO Malaysia - namun masih tidak ditemui.


8. Hubungan yang cuba ditonjolkan oleh Khairy antara Pemuda UMNO dengan PERKASA adalah hubungan yang lebih bercorak permusuhan - dalam politik, kaedah "musuh jangan dicari" merupakan kaedah yang terbukti paling baik dalam menghadapi pesaing yang mempunyai kekuatan dan matlamat perjuangan yang sama dengan kita. Pemuda UMNO dan PERKASA - sama-sama memperjuangkan hak orang Melayu, hanya mungkin pendekatan sahaja yang berbeza. Namun demikian, menjadikan PERKASA sebagai musuh kepada Pemuda UMNO merupakan perbuatan orang-orang yang mementingkan diri sendiri! DS Najid nampaknya lebih bijak dalam soal ini. Berdiam diri dan tidak mengkritik PERKASA secara terbuka. Malangnya, Khairy tidak memahami bahasa politik - kerana beliau tidak mempunyai pengalaman yang mendalam dalam politik perkauman!


9. Nah! Sekarang kita bisa sahaja mempertikaikan kefahaman Khairy berkenaan konsep 1Malaysia. Apakah beliau benar-benar memahaminya? Atau beliau langsung tidak menghayati hakikat sebenar konsep 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri? Khairy harus faham soal perpaduan dan agenda Melayu adalah dua perkara yang berbeza. Isu yang sering diketengahkan oleh PERKASA adalah berhubung hak-hak orang Melayu yang jelas termaktub di dalam perlembagaan - PERKASA adalah badan bukan kerajaan, mereka berhak menuntuk hak dan mengingatkan pihak kerajaan berhubung hak-hak orang Melayu yang perlu dipertahankan, kerana itu merupakan fungsi kewujudan mereka. Ia sama sahaja dengan NGO-NGO lain yang ditubuhkan oleh orang Cina dan India. Soal perpaduan merupakan persoalan kedua di dalam PERKASA - mereka percaya perpaduan kaum tidak akan wujud, selagi semua kaum tidak mengiktiraf hak keistimewaan yang dimiliki oleh orang-orang Melayu yang sudah jelas termaktub di sisi perlembagaan.


10. Lantaran itu, perjuangan PERKASA adalah perjuangan dalam mempertahankan agenda Melayu-Islam yang jelas tertera di sisi undang-undang, PERKASA berjuang agar pihak kerajaan tidak menggadaikan keistimewaan yang dimiliki oleh orang Melayu atas nama perpaduan kaum dan toleransi! Oleh itu isu perpaduan kuam dan agenda Melayu - merupakan dua hal yang berasingan! Jika Khairy gagal melihat perkara ini secara tuntas, maka beliau merupakan seorang Ketua Pemuda UMNO yang gagal menjalankan tugasnya sebagai ahli politik dan ahli parlimen.


11. Pada hakikatnya PERKASA sama sahaja dengan pertubuhan Seqiu. Jika Sequi berfungsi untuk mempertahankan pendidikan kaum Cina, maka begitu jugalah PERKASA yang bertujuan mempertahankan hak keistimewaan orang Melayu. Khairy harus faham, konsep 1Malaysia adalah konsep yang berteraskan toleransi antara kaum. Namun demikian, toleransi antara kaum yang macam mana kita mahukan? Toleransi yang kita izinkan di bawah aspirasi 1Malaysia adalah toleransi yang berpaksikan kepada kerangka perlembagaan Malaysia dan bukan selain daripada itu. Dan adalah satu pengkhianatan namanya, seandainya kita menggadaikan hak yang kita miliki, semata-mata mahu mewujudkan perpaduan kaum atas nama toleransi serta mendapatkan undi daripada kaum Cina dan India atas nama sebuah demokrasi ! - semua ini tidak akan membawa kita kepada jawapan yang realistik, berhubung perpaduan kaum yang benar-benar kita inginkan selama ini!


12. Khairy nampaknya masih belum matang dalam mendepani isu yang sebegini. Menjadikan PERKASA sebagai musuh dan menuduh cara perjuangannya yang sudah ketinggalan zaman adalah perbuatan yang sia-sia dan membuktikan bahawa kita tidak memahami hakikat sebenar antara isu perpaduan kaum dengan isu agenda Melayu yang diperjuangkan oleh PERKASA. Dalam soal ini Khairy perlu banyak belajar lagi! Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
TAHNIAH. APA YANG ANDA TULIS AMAT TEPAT. SAYA SAMPAI SEKARANG KALAU TENGOK MUKA KHAIRY (HANTU ANWAR IBRAHIM DALAM UMNO - AGEN PEROSAK UMNO LA TU)RASA LOYA NAK MUNTAH. MELUAT.
ikan emas said…
juga sedikit terkilan dgn kenyataan KJ itu..

benar..dia kena belajar bahasa politik...
kena belajar bahasa bercakap dgn org Melayu yg begitu sensitif !

IA bercakap atas nama PERKASA..lantak dia la dah namanya pun bebas.
Unknown said…
maaf , minta izin utk memaki KJ ,

dengan bahasa paling mudah , Kj tu laknat pada melayu , bala pada kerajaan , bala pada perpaduan melayu ,
Kj tahu apa , dia besar diluar negara , sekolah luar negara , balik malaysia dah besar panjang , dia tahu apa hal2 yg sensitif pada melayu ?

jahanam KJ , sepatutnya dia buktikan pemuda Umno betapa bisanya , sepatutnya dia yg kena keras berjuang mempertahankan hak2 melayu seperti PERKASA buat ? dimana Kj ketika isu tulisan jawi , isu azan, isu kalimah allah , isu kedaulatan raja2 melayu , isu kouta kemasukan Uitm dibangkitkan bangsa cina ? Kj lari tak nampak muka ..

dia kata PERKASA amalkan politik ketinggalan zaman , cara lapuk , KJ kena tahu bangsa cina maju dan gagah hari ini kerana mereka masih mengamalkan politik cara lapuk , politik perkauman , rasis yg teramat ,mengutamakan kepentingan bangsa sendiri matlamat utama kaum ini ,

Syukurlah PERKASA ada , kalau nak harap pemuda Umno [KJ ketua pemuda ] alamat sampai kiamat pun tak ada apa suara dan tindakan pertahan hak melayu ,

mungkin ada baiknya PERKASA DIDAFTARKAN SEBAGAI PARTI POLITIK ,biar melayu membuat pilihan ,

Kj tak sedar diri , kalau bukan kerana pengaruh Pak lah dulu , dia tak mungkin jadi ketua pemuda ,
Anonymous said…
Parpukari zaman fitnah dan maki hamun kamu dah tak relevan

"Orang biadab tidak layak berada dalam Kabinet."Itu kenyataan keras Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali kepada Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong yang dianggapnya tidak memahami perlembagaan negara.

Hebat kenyataan Ibrahim Ali terhadap Ketua Pemuda MCA ini. Ada kawan kata ketika Ibrahim membuat kenyataan ini elok juga diberikan cermin kepada beliau UNTUK BELIAU MELIHAT DAN MENILAI KAN KEMBALI DIRI NYA .Lompat si katak lompat ini lebih biadab dari Wee Ka Siong.


Namun apa yang di perkatakan oleh Wee Ka Siong adalah fakta. Wee tidak pula ada menyarankan agar pinjaman MARA di tarik balik, Wee membandingkan apa yang dikempenkan oleh DS Najib kini , gagasan 1 Malaysia. Itu saja,Sejak bila pula Melayu menjadi sensatif, si Parpukari kata jangan sebut pasal MARA

Bagi KJ , nasihat mudah teruskan saja perjuangan dan apa yang beliau rasakan benar ,terus lakukan . Jika KJ tidak mempertahankan Wee Ka Siong yang diserang oleh sawan babi Ibrahim Ali baru baru ini tentu sekali sudah ada perbalahan di anatara Pemuda UMNO dan juga Pemuda MCA.

Ibrahim Ali peduli apa, dia bukan ahli UMNO dan dia bertanding atas tiket PAS dan kini tidak berparti. PERKASA di tubuhkan untuk kepentingan politiknya kerana dia sudah sampai ke penghujung longkang untuk masuk ke lubang taik dan sudah tidak boleh melompat lagi.


Si parpukari juga dikatakan mendapat imbuhan lumayan dari Mukhriz kerana berjaya melakarkan dirinya sebagai anti KJ, Kini setiap kali selepas bertemu Ibrahim Ali si
parpukari tersenyum lebar, Sendiri mahu ingat lah kenapa. namun ada orang kata , tidak lama lagi sepatah yang Parpukari tampal dalam blog dia pun orang sudah tidak percaya.

Pantang Tun Mahathir marah kepada mana mana individu. dia akan maki hamun dan cerca individu itu dan ada kala dia sendiri yang kurang bijak tidak tahu kenapa dia marah. Begitu lah taksubnya si parpukari ini, kalau Tun Mahathir kata pada dia , parpu poteng Konxxk bagi kat anjing. Dia akan potongg...........
Anon June 26, 2010 7:30 PM : sendiripun takut nak 'bernama' - komen macam taik.
Dalam mengharap jawatan kabinet, wajar KJ menunjukkan keberaniannya, menepati saranan Najib supaya pemimpin komponen jangan menunding sesama sendiri sebaliknya menyerang lawan.

Apa yang dapat? UMNO makin hilang undi Melayu.
ORANG KG said…
salam,

bagi teman KJ tak de karisma sebagai pemimpin,dia mengikut arus sahaja,jalan selamat..teman sokong perkasa
Anonymous said…
Tahniah,khairy TALAM DUA MUKA.
shamshul anuar said…
Saudara Azli,

PERKASA wujud ketika politik Melayu kelam kabut. Ia mengisi ruang yang ditinggalkan UMNO. Tidak ketinggalan, ia merupakan peringatan pada PAS supaya jangan gadaikan ugama serta Hak Melayu hanya kerana kuasa.

Orang Melayu patut berterimakasih pada PERKASA. PERKASA menyedarkan UMNO yang jika UMNO tidak bersedia untuk pertahankan Melayu, UMNO mesti terima yang ia tidak lagi "relevan".

Ramainya ahli PERKASA memaksa UMNO iktiraf kehadiran PERKASA. Tiada PM boleh persendakan PERKASA jika mahu undi Melayu.

Saya tak fikir dasar baru Najib akan berpaksikan kepentingan Melayu tanpa ketegasan PERKASA. Kini ahli politik Melayu( disebabkan kehadiran PERKASA) perlu jaga kepentingan Melayu jika tidak mahu dilihat bertelagah dengan PERKASA( yang sudah dianggap
jaguh Melayu). Memperlecehkan DEB seperti yang amirsham buat akan mengundang kritikan PERKASA( sesuatu yang tiada cPresiden UMNO sanggup hadapi).

Kenapa PERKASA ujud? Kerana sikap pemimpin Melayu yang galak perlecehkan hak bangsa Melayu hanya untuk popular dikalangan masyarakat Cina. Mereka masih tidak mahu sedar yang majoriti orang Cina masih tidak mengundi BN kerana sudah ada PR. Kenapa lebih cenderung PR? Kerana dalam PR tiada suara Melayu yang dominan seperti UMNO dalam BN.

Jadi jika ditakdirkan BN tumbang, yang paling untung ialah DAP. Ini yang ramai Melayu terlepas pandang.

siapa cakap DAP perjuangkan hak pelbagai bangsa. DAP hanya perjuangkan orang Cina. Dan kini DAP berjaya "menyejukkan hati Melayu" kerana bantuan sepenuh hati dari PAS.

Dan Khairi pula saya rasa jenis beraja dimata bersultan dihati. Saya sangsi dengan budak penghantar pasport ini. Kenapa pula Khairi yang kena hantar pasport pada Anwar. Dia pegawai imigresen kah?

Saya rasa dia hanya mahu Anwar "terhutang budi" pada dia. Khairi( firasat saya) rasa jika Sept 16 berjaya, dia dapat untung kerana pernah "berbudi" pada anwar.

Yang Khairi sibuk pertahankan Ketua pemuda MCA yang saya fikir( dari ucapan) cabar hak Melayu apa hal? Inilah masalah dengan budak mentah yang dapat kedudukan kerana pengaruh Pak Mentua.

Sepatutnya pemuda kena terangkan pada pemimpin UMNO kepentingan DEB untuk Melayu. Memang senang bercakap pasal meritokrasi dan dasar liberal kalau dilahirkan atau berkahwin anak pemimpin. Cubalah turun padang melihat kenyataan dimana orang Melayu dikampung masih daif atau graduan Melayu berhempas pulas cari kerja tapi dinafikan hanya kerana mereka Melayu.

Cubalah selami masalah kontraktor Melayu yang hadapi masalah pusingan modal kerana bayaran dari jabatan kerajaan tersanggup lebih setengah tahun. Cubalah PEMUDA UMNO ingatkan MB yang hampir semua Melayu akan kepentingan pastikan Melayu terus jadi majoriti bila satu kawasan dibangunkan.

Jika tidak, lihatlah apa terjadi Kelana Jaya, Bandar Utama. Cubalah pastikan yang harapan ibu bapa Melayu yang mahu anak jadi professional tercapai dengan pastikan biaya( kalau tak semua separuh) dibiayai oleh MARA. Lihatlah ramainya orang Melayu sanggup usaha hantar anak belajar buat kursus perubatan di Mesir. Jika kerajaan boleh bantu RM100000 setiap pelajar( baki dibayar ibu bapa) ramai akan berterimakasih.

Cubalah PEMUDA UMNO ingatkan Pemuda MCA akan pentingnya MCA jaga hati Melayu. sudahlah sokongan orang Cina pada MCA hampir tiada. Kini MCA pula sakitkan hati orang Melayu yang menyokong mereka. Sebenarnya tanpa UMNO, MCA sudah pupus.

Khairi satu species dengan anwar. Kelemahan utama ialah beliau gelojoh. Allah Maha kaya. Mukhriz yang tewas pada pemilihan Ketua pemuda UMNO jadi Timbalan Menteri. Tapi Khairi tak dapat apa.

Ini satu pengajaran pada beliau. Apa yang terjadi pada beliau dalam mesyuarat FAM juga satu pengajaran. Biar orang sukan selia masalah bola. Awak orang politik , jagalah Rembau baik baik).
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
Anonymous said…
eloklah KJ sampah tu resign dr ketua pemuda, dah xder kredibiliti pun aku tgk. Hrp ucapan berapi jer lebih, tapi isi hampeh kosong. Dah la idea kosong, tapi blagak nak kutuk Perkasa. Aper ler jasa ko keri dlm soal mbela org melayu??? Ko byk lg kena blajar dlm politik, jgn nak main politik selamatkan diri ko jer!! Aku ttp sokong Perkasa kerna berani dlm membangkitkan soal sensitif demi kpentingan org melayu itu sdiri. Aku hrp sekali lg, keri ko resign & keluar dari umno pastu masuk MIC utk kembangkan ko punya auta tu dgn samy vellu. cehh pooorahh
haz-ONE said…
This comment has been removed by the author.
haz-ONE said…
salam saudara..lame x komen sini..namun blog saudara masih kekal relevan dan up to date..benar skali n tepat apa yg dikatakan..die sekadar cube mengubah dirinya menjadi someone yg nampak hebat di mata rkyat..kalau PM x cakap ape2..apsal die lebeyh2 komen ckp akan gagalkan konsep 1malaysia dan sbginya..dgn memanggil presiden perkasa sebagai jaguh kampong adalah sesuatu yg tidk beradab dan tidak sopan..realitinya..sape yg cube jadi jaguh kampong..kite sendiri taw..

"ngaji tinggi2..sampai luar negara..biler balik sini..belom tentu nk bantu bangsa.."

inilah realitinya..salam..
al johari said…
Pendapat sdra Azli sangat tepat dan harus dibaca oleh semua pemuda UMNO yang sayangkan UMNO, yang faham serta menghayati perjuangan UMNO untuk Agama, Bangsa dan Negara.

Sebenarnya KJ tidak layak duduk di kerusi Ketua Pemuda UMNO kerana kemenangannya penuh dengan kontroversi. Mendapat pencalonan paling sedikit bererti mendapat sokongan paling rendah.

Dalam pengiraan sebanyak 790 undi perwakilan telah mengambil masa lebih lapan jam sesuatu yang agak aneh dan tak masuk akal. Apa telah terjadi sebenarnya.

Membawa perwakilan pemuda ke rumah pak mertua sehari sebelum mesyuarat perwakilan pemuda, apakah jadahnya?

Maka tidak hairanlah apabila sebahagian pemuda UMNO telah merasa tertipu dan mereka menjerit "KJ RASUAH" berulang-ulang kali.

Jadi macam mana nak harap Ketua Pemuda yang naik secara tak betul, nak membetulkan pemuda. Macam ketam menyuruh anaknya berjalan betul.

Yang kita lihat perjuangan KJ yang berterusan ialah memohon jawatan dalam kabinet dengan menggunakan beberapa saluran. Tapi DS Najib kenal siapa KJ sebenarnya. Jadi hasratnya gagal.

PERKASA dibawah pimpinan Dato Ibrahim Ali dan penaungnya Tun Dr. Mahathir telah mengambil tempat pemuda UMNO sebenarnya.
Anonymous said…
TEMAN SOKONG PERKASA DAN TELAH PUN MENJADI AHLI PERKASA.

HIDUP DATO IBRAHIM ALI.

Ahli Perkasa
Nizar_Ryza said…
benci betul saudara dengan Khairy, agak hairan. Bukankah beliau adalah pemimpin masa hadapan UMNO???
azlishukri said…
saudara nizar, saya tidak membenci beliau, tetapi saya membenci perbuatan beliau, itu sahaja...
Pemuda Harapan Bangsa said…
Salam tuan, apa sahaja isu yang berkaitan KJ, tuan tidak dapat menyembunyikan perasaan kurang senang terhadap KJ...walaupun tidak menafikan apa yag saudara katakan ada kebenarannya, tetapi sekiranya diamati secara teliti jelas Tuan mempunyai perasaan atau tidak keterlaluan dikatakan 'dendam kesumat' yang tidak kunjung padam.

Diharap Allah memberikan hidayah kepada kita semua agar di dalam kita menyuarakan pandangan dan pendapat agar kita benar2 ikhlas dan berpaksikan kebenaran dan tiada perasaan atau sentimen peribadi.

Wallahua'lam.
Anonymous said…
A.w.w. sdr/sdri seiman. Zaman pemuda pembela agama, bangsa dan negara bagaikan sudah berlalu. Sebelum terlambat, Khairy perlu teliti semula Perlembagaan Negara utk pastikan hak bangsa dan agama terpelihara dan berpadu tenaga dgn para pejuang agama, bangsa dan negara menyelamatkan maruah kita semua. Jangan sampai nasi jadi bubur baru nak buka mata! Dan janganlah sampai kemarahan org Melayu dan penganut Islam tidak dapat dibendung lagi hingga Khairy terpaksa disingkirkan..... Wassallam.
Saya amat setuju dengan pendapat saudara bahawa Khairy sepatutnya menjadikan Perkasa sebagai rakan , bukan musuh.

Pada saya kalau Khary buat baik dengan Perkasa dia tak akan rugi sesen pun kerana Perkasa bukan parti poltik.

Tetapi malangnya Khairy memilih cara yang tidak bijak sebaliknya lebih mempamerkan kendakalannya tentang politik Malaysia - mungkin kerana dia terlalu muda dengan masyarakat dan politik Malaysia.
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua

Pilihan Pembaca

6 Asas Penting Mengapa Perhimpunan Bersih Haram Di Sisi Islam

Demonstrasi, sering dilihat dari kaca mata perundangan dan ekonomi, jarang kita melihatnya dari aspek agama. Maksud saya, isu ini acapkali disisihkan daripada kaca mata Islam, bahkan tidak kedengaran langsung dalam kalangan ulama tempatan membicarakannya, seolah-olah mereka turut redho atas segala tindak tanduk penyokong-penyokong PKR yang menganjurkan demonstrasi besar-besaran selama ini bagi menjatuhkan kerajaan. Mengapa para ulama membisu? Mengapa mereka tidak bercakap perkara yang hak? Dan mengapa mereka menyembunyikan ilmu dan hukum? Jika berkenaan Karnival Sure Heboh atau konsert artis, para ulama pantas memberikan hukum, tetapi dalam isu demonstrasi dan tunjuk perasaan yang sering dianjurkan oleh parti pembangkang, tiada ulama pun yang menegur. Apakah mereka takut dituduh sebagai penyokong kerajaan? Atau mereka tidak mahu bercakap benar? Aneh, dan kadangkala menjadi misteri dalam kalangan ulama tempatan, baik yang berfahaman salaf mahup

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca