Skip to main content

Mengapa Dr Asri Mesti Masuk UMNO?


Mengapa Dr Asri Mesti Masuk UMNO?

Oleh Satu Hala

(Malaysia Instinct)

Bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin dijangka akan menyertai UMNO minggu depan. Dan lebih menarik, hampir 100 pensyarah, cendiakawan dan guru-guru agama dari seluruh negara akan turut bersama beliau.

Sebahagian besar cendiakawan itu memiliki tahap pendidikan Doktor Falsafah atau PHD dalam pelbagai cabang ilmu Islam.Dalam erti kata lain, mereka sudah mencapai taraf ulamak.

Apa yang lebih menarik, sebahagian besar daripada hampir 100 orang itu adalah individu-individu yang selama ini dilihat sebagai sangat cenderung kepada perjuangan PAS di negara ini.

Pasti timbul persoalan di hati semua mengapa Dr. Asri dan begitu ramai tokoh Islam akan menyertai UMNO secara tiba-tiba? Untuk penyokong Pakatan Rakyat, tolong jangan bagi alasan setiap mereka dibayar RM2 juta ok!

Puncanya adalah amat nyata, mereka dikatakan menolak PAS kerana kecewa dengan sikap Mursyidul AM parti itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Nik Aziz ditafsir kumpulan berkenaan sebagai menghampiri kesesatan hanya kerana rakus untuk memastikan PAS dapat memegang kuasa dalam pilihan raya umum akan datang.

Sumber memberitahu Malaysia-instinct.com bahawa tindak tanduk Nik Aziz semenjak dua ini yang semakin jauh daripada ajaran sebenar Islam menyebabkan Dr Asri dan kumpulan hampir 100 tokoh Islam itu menolak terus PAS.

"Ini pastinya satu tamparan hebat buat PAS yang selama ini menjaja cerita ia adalah pejuang Islam sejati dengan kelebihan untuk memberikan syurga kepada pengikutnya," kata sumber itu.

Penyertaan Dr. Asri ke dalam UMNO juga pastinya sesuatu yang akan memeranjatkan ahli dan pemimpin PAS kerana baru minggu lalu beliau hadir ke muktamar agung tahunan PAS. Ketika itu ramai dalam PAS beranggapan Dr Asri akan menyertai parti berkenaan. Ternyata beliau mengambil tindakan yang sebaliknya. Dr. Asri dan kumpulannya itu dijangka akan menyerahkan borang keahlian UMNO mereka selepas atau sebelum mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO pada minggu hadapan.


Ulasan Saya


1. Saya tidak terkejut dengan berita baik ini. Dr Asri bakal menyertai UMNO - ia sudah diketahui empat atau lima bulan dahulu. Hal ini sudah saya ramalkan dalam blog saya baca di sini, di sini dan di sini. Mungkin pandangan saya ini kurang dipersetujui ramai pihak. Namun demikian, ini merupakan pandangan peribadi dan harapan saya sendiri. Mohon maaf jika para pembaca blog saya kurang bersetuju dengan hasrat saya ini. Wallahualam.

2. Oleh kerana saya juga bermanhaj salaf seperti Dr Asri, maka tidak sukar untuk meramal ke mana arah tuju politik Dr Asri. Seperti yang sering kali saya katakan, golongan salaf bukanlah golongan Wahabi - ini merupakan satu fitnah yang kotor dan jijik. Golongan yang berfahaman ahli sunnah wal jamaah salafiyah merupakan satu-satunya golongan yang hampir terhadap cara dan kaedah rasulullah dalam berkehidupan. Golongan ini termasuklah 4 Imam terkenal - Imam Ahmad, Imam Malik, Imam Syafie dan Imam Hambal - ini semua ulama salaf tidak ada sesiapa pun yang mampu menafikannya.

3. Secara adatnya, mana-mana golongan atau ulama yang berfahaman salaf, mereka pasti akan menyokong kerajaan yang sedang memerintah - ini adalah cara dan tunjuk ajar yang shahih daripada Rasulullah dan para sahabat sendiri. banyak hadis sahih yang mewajibkan kita taat kepada pemerintah - sekali pun mereka zalim. Golongan salaf sangat kuat berpegang kepada hadis-hadis sahih sekali pun ia bertentangan dengan pandangan ulama-ulama terkenal.

4. Saya menyambut berita baik ini dengan penuh kesyukuran - dan saya yakin Dr Asri bakal dilantik sebagai Ketua Ulama UMNO iaitu gelaran yang hampir sama dengan Mursyidul Am PAS. Hanya dengan ini sahaja InsyaAllah UMNO akan kembali kukuh, di samping UMNO dapat dibersihkan daripada budaya rasuah.

5. Saya juga menyeru agar semua pendukung fahaman salaf segeralah menyertai UMNO, jika kita sayangkan kaum Melayu dan agama Islam, maka marilah bersama-sama kita sertai UMNO dan bersihkan UMNO daripada kekotoran dunia dan hidupkannya dengan Islam yang sebenar-benarnya. Kita jadikan UMNO sebagai wadah yang benar-benar berpaksikan kepada Islam sebagai dinul hayah dan menolak Islam sempit ala-PAS.

6. Saya yakin, semakin ramai golongan salaf menyertai UMNO, maka, semakin mudahlah Islam dilaksanakan di negara ini. Nasihat saya kepada semua pendukung gerakan salaf, jangan tunggu lagi..sertai UMNO agar sama-sama kita membangunkan Islam secara bijak sana. Takbir!!!

7. Saya mengimpikan UMNO yang lebih baik dan sempurna dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang. Dan ia tidak akan terhasil andaikata golongan salaf ini menjauhi UMNO atau kerajaan. Wallahualam.

Comments

Anonymous said…
Dia dah boleh bezakan antara ulamak dan pukimak
Anonymous said…
Dah bersedia ke dr asri dgn sepak terajang politik? saya bimbang bila jadi satu2 kes cthnye bila pendapatnya sering bercanggah atau tidak diterima oleh orang2 atas,dia akan beralih sokongan dan seterusnya bermusuhan.

pada saya,biarla dr asri bebas dalam lingkungannya cerdik pandai Islam, bebas bersuara tanpa sekatan politik. Adalah lagi baik dia baiki hubungan dgn jakim & mufti yang menasihati Sultan.

Lagipun perjuangan segala parti politik di Malaysia pun, sejauh mana pun hanya akan mencapai tahap Memanda Menteri sahaja, SPB Agong tetap menjadi Ketua Agama Islam & Ketua Negara.
Anonymous said…
AZLI- Alhamdulilah! sukur kehadarat Allah yang memberi kita pertunjuk dalam kehidupan kita semua.hendaknya ahli-ahli UMNO dapat menerima mereka ini dan jangan nanti dipuakan pula.
Anonymous said…
TERKINI
Penyertaan Ke Dalam Parti Politik
Disiarkan pada Jun 20, 2010 dalam kategori Kenyataan & Penjelasan | Tiada Komen

Sehingga saat ini saya belum membuat apa-apa keputusan untuk menyertai mana-mana parti politik. Saya mengharapkan semua pihak tidak membuat andaian yang terlalu cepat terhadap kenyataan mana-mana pihak mengenai isu ini.



Perbincangan dengan pihak yang membuat kenyataan akan di adakan. Sebarang kenyataan kepada media tidak akan dibuat setakat ini.



Saya berdoa kepada Allah agar diberikan kebaikan untuk umat Islam dan para pendakwah Islam yang ikhlas.




- dr mohd asri zainul abidin
Anonymous said…
alhamdolilah syukur kehadrat allah yg maha besar pencipta alam semesta,yg telah membuka pintu hati dr ASRI utk membela kebenaran dan menolak kebatilan.
azlishukri said…
terima kasih atas penjelasan Dr Asri...
Anonymous said…
Mudah-mudahan golongan agama bersama-sama berganding-bahu dengan UMNO.

Syukur jika ulama dan pemerintah dibawah wadah "ulama sebagai penasihat kepada pemimpin".

--Anak Malaysia--
Bahagianya bumi Malaysia jika mendapat nasihat ulama yang cintakan Allah dan Rasul.
Tuan punya diri belum buat keputusan. Jangan sampai hidung tak mancung pipi tersorong-sorong.

agbr47:Perjuangan itu iklas.
Anonymous said…
Salam Saudara.

Benar, manhaj Salaf tidak pernah melawan pemerintah secara terang-terangan sepertimana golongan Khawarij. Kita tidak turun ke jalan-jalan raya untuk berdemonstrasi seperti perbuatan Khawarij. Dan Salaf juga tidak berjuang kerana sesuatu Bangsa melainkan Islam. Pada pandangan Salaf,bangsa Arab, Melayu, India mahupun Cina adalah sama. Titik yang membezakannya hanyalah taqwa. Dan Saudara bacalah pandangan Salaf yg terdahulu daripada kita tentang penglibatan dalam politik. Insha Allah banyak manfaatnya. Menyokong pemerintah dan memasuki parti politik adalah dua perkara yang berpisah. Istiqamahlah dengan Salaf.
Anonymous said…
Amin , AlhamduliLlah !! Aku ahli UMNO, dan aku bangga kalau benar berita ini , bukan sebab aku ahli UMNO, tapi aku bangga kerana ada golongan alim ulama yang boleh aku harap untuk membetulkan umno. Pedulikan dengan sepak terajang politik kerana ini adalah JIHAD..
Tak apoalah kalau golongan ulamak ini yang memimpin UMNO dengan cara Islam yang sebenarnya...

whiteorange
xpas said…
Bukankah pas ditubuhkan oleh alim ulama umno ?

Sebenarnya ramai alim ulama yang bersama umno dan kerajaan tetapi mereka tidak mahu dilihat terbuka dalam arena politik kerana sumpah seranah pas.

semoga kemasukan dr asri dan rakan-rakan akan memantapkan Islam dan umat melayu
A-I-B said…
Biasanya golongan ulama/ustaz yang memasuki UMNO bukannya berupaya memperbetulkan UMNO dari dalam sebaliknya mereka terpaksa mengikut citarasa UMNO. Lihat sahaja Jamil Khir, dia telah diUMNOkan sehingga isu judi bola terpaksa tutup mulut.
Nasir said…
AIB engko tak faham ke, membetulkan dari dalam, bukan ulamak yg giler glamer cam Nik Ajis tu, ckp bukan main, habis org dikafirkanya, last2 dia sibuk menjilat buntut kafir demi politik yg tak boleh dipisahkan dari agama, dah betul dah tu tp beliau menggunakan agama sebagai tempat memecah belahkan ummah, tak belajar lagi ke umat Islam? kita dikalahkan bukan kerana kita tak kuat tapi kita dikalahkan kerana org2 yg spt TG nik Ajis. sanggup bersekongkol dgn bangsa yang terang2 menolak Islam.
Pas semakin menggila dan menghampiri kesesatan, jikalau para ulamak masih mengambil sikap berdiam diri nescaya Pok Nik akan mengeluarkan fatwa sesuka hati mak bapak dia. perhatikanlah semasa Pas kurang berkuasa dulu bagaimana pandangan2 mereka dilontarkan dan perhatikanlah sekarang bagaimana sombong dan bongkaknya mereka, seolah2 tiada lagi ulamak lain yg lebih benar dari mereka. wallahualam...
Anonymous said…
nak masuk umno.???

tu makna kata otak dia makin berkembang.

org tua2 yg umo 40an keatas saja yg sokong umno.

bdak2 masih ramai yg emosi tak stabil, sbb tu sokong pembangkang.

tapi azli shukri walaupun masih muda tapi otak dia cepat matang, cepat digest.

aku dah 40 lebih azli , dah lama observe politik pas.

bagi aku tak da yg lebih sia2 dari perjuangan politik bersama pas.

cukup sia2 segala keringat yg dicurah utk pas.

lebih baik membina, membina jauh lebih baik dari meruntuhkan.

tapi aku tak stuju kalau asri masuk pas sbb tak setuju dgn nik aziz.

dlm politik kena tgk perkara dasar bukan perkara cabang.

atau mungkin asri dah kena saman berjuta sbb nak slamatkan diri masuk umno.

kenapa dia tak nak terima jawatan YDP yadim tempohari.

tu lagi sesuai dgn karektor, dan dakwah tajdid asri.

jai
Anonymous said…
Aku pun sokong juga kalau Dr asri masuk umno.... dah lama tak dengar ulamak umno bersuara lebih-lebih lagi tentang isu lesen judiiiii yang begitu menyakitkan hati umat Islam.
Anonymous said…
saya x stuju komen num 3..
jika ia benar.maka wajib kita taati bush sbgai pmimpin jika kita rkyat US..cmtu ke?
saya yakin dr asri xkn sertai umno..
100%.
elok kte bce tulisan dr asri..
http://www.malaysiakini.com/columns/133035

muhasabahlah :)
azlishukri said…
terima kasih atas komen tuan2 semua
suara kuantan said…
Semoga mantan mufti akan masuk Umno..InsyaALLAH
Anonymous said…
Untuk setiap kelompok umat Islam, yang masih menginginkan persatuan umat Islam,
maka yang pertama kali harus mereka lakukan adalah keluar dari kelompok mereka,
membubarkannya, dan kembali ke tengah-tengah umat Islam dengan tanpa ikatan-ikatan
kebanggaan jahiliyyah seperti organisasi, parti, lembaga dakwah yang membuat mereka
terdikotomikan di tengah-tengah umat Islam. Dan juga yang paling penting mereka harus
meluruskan idea-idea mereka ke jalan pendahulu mereka, dan menyerahkan permasalahan
umat ini kepada para ulama salaf dan yang mengikuti mereka (ulama salaf) dengan baik.
Sungguh akan berantakan apabila suatu permasalahan tidak diserahkan kepada ahlinya,
bukankah kita punya banyak ulama salaf yang siap untuk menyelesaikan masalah umat ini?

Pilihan Pembaca

Lagi Kisah Siti Nurhaliza : Mana Perginya Produk CTea?

Lagi Kisah Siti Nurhaliza Mana Perginya Produk CTea? Oleh Satu Hala (Malaysia Instinct) Inilah antara benda-benda yang buat sakit hati dengan orang kaya Melayu ni. Datuk K sanggup perabis RM66,550 untuk beli nombor plate KCT 1 untuk isteri tercinta, Datuk Siti Nurhaliza. Kononnya cintan maut habislah tu kan. Tak tahulah kot-kot Rozita Che Wan yang dulu orang kata dapat Mercedes dari Datuk K (lepas dah kahwin dengan Siti) pun akan dapat nombor plate yang sama. Gasaklah hal Rozita Che Wan tu. Yang penulis tertarik nak tulis ialah sikap orang macam Datuk K dan Siti Nurhaliza. Parasit adalah perkataan paling tepat. Tahu tak Siti Nurhaliza adalah pemohon pinjaman Tekun untuk bisnes barang solek Simply Siti. Kalau tak percaya, pergilah cek dengan Tekun. Pasti nama Siti akan terpacul. Sakit hati betul penulis dengan orang-orang macam ini. Dah tahu duit banyak, gunalah duit sendiri untuk berniaga, tak pun pinjamlah bank. Gi pinjam dengan Tekun tu buat apa? Mentanglah bayar

Banyak Membaca Buku Cara Terbaik Bayar Yuran Kemalasan

MENURUT ABANGNYA, ELON MUSK DIBESARKAN DENGAN CARA MEMBACA DUA BUAH BUKU SEHARI. Manakala Mark Zuckerberg membaca sekurang-kurangnya sebuah buku setiap dua minggu. Bill Gates pula membaca 50 buah buku setahun. Dan Warren Buffet menganggarkan 80 peratus daripada waktu bekerjanya digunakan untuk membaca. Dia percaya kepintarannya adalah hasil daripada tabiat membaca. Apabila selesai menyertai apa sahaja kursus perniagaan, selalu kita dengar rungutan seumpama ini, "Kalau inilah modul dan ilmunya, aku pun tahu. Tak berbaloi rasanya bayar ribu-ribu hanya untuk belajar ilmu yang boleh dapat percuma di internet." Saya tidak salahkan sangat penganjur program. Saya salahkan diri sendiri. Kita sebenarnya tidak membayar yuran "kebodohan", kita membayar yuran "kemalasan". Kita malas membaca dan malas mencari maklumat dan ilmu, akhirnya kita mudah ditipu melalui kursus yang ilmunya boleh diperoleh dengan mudah di alam maya.   Bagi golongan usahawan yang suka membaca

Perniagaan Para Sahabat Nabi Teladan Sepanjang Zaman

BELIAU SEORANG SAHABAT NABI YANG BIJAK. Tergolong dalam kalangan pengumpul al-Quran. Banyak meriwayatkan hadis nabi. Peniaga yang sangat berjaya di Madinah. Keuntungan perniagaannya sehari pernah mencecah 300 dinar (anggaran bersamaan RM360,000). Abu Darda’, sahabat nabi yang hebat berniaga ini berkata, “Yang paling membuatku gembira ialah ketika berdiri di ambang pintu masjid. Setelah itu aku berniaga, sehingga dalam sehari aku mendapat untung 300 dinar, sementara aku tetap mendirikan semua solat di masjid.” Perniagaan adalah tentang kepercayaan dan keyakinan terhadap Tuhan Yang Maha Memberi Rezeki. Mereka yang berjaya menguruskan masanya bersama Tuhan. Konsisten dan berdisplin bersama Allah setiap hari, pasti masanya akan dipenuhi dengan keberkatan dan aktiviti perniagaan yang produktif. Bercita-cita menjadi kaya bukanlah kesalahan di sisi Islam. Yang salah apabila lalai dengan kekayaan. Enggan berzakat dan bersedekah. Kekayaan ‘Abdurrahman ibn ‘Awf dianggarkan mencecah RM 2 bil